• Tidak ada hasil yang ditemukan

Latar belakang dan Sejarah penubuhan KUI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Latar belakang dan Sejarah penubuhan KUI"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Latar belakang dan Sejarah penubuhan KUIM

Kolej Universiti Islam Melaka atau lebih dikenali sebagai KUIM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Usaha Kerajaan Negeri yang komited dalam memacu kecemerlangan pendidikan seiring dengan matlamat Melaka Maju 2010 maka KUIM telah dinaik taraf menjadi Kolej Universiti pada 1 Julai 2009 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dahulunya KUIM dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) telah membuat satu anjakan paradigma dalam memperkenalkan wadah baru pendidikan, iaitu kombinasi bidang pengajian islam diintegrasikan dengan bidang sains dan diterapkan dengan disiplin psikologi seiringan.

Sebagai usaha untuk penjenamaan semula, maka KUIM telah meletakkan niche- areanya dalam bidang psikologi di mana Ia merupakan kolej universiti islam swasta yang pertama di Malaysia yang membangunkan pengajian yang memfokuskan bidang psikologi di peringkat ijazah sebagai intervensi mengurangkan permasalahan psikologi dikalangan individu dan komuniti di samping memenuhi permintaan tenaga kerja di pelbagai sektor awam dan swasta. Selaras dengan itu, KUIM terus menggorak langkah sebagai “Gerbang Pengajian Psikologi Insan” yang terus bersandarkan misi dan visi yang jelas bagi mendepani pelbagai cabaran dan perubahan. Falsafah pengajian yang menggabungkan unsur-unsur keimanan, akademik dan vokasional (duniawi dan ukhrawi) bagi melahirkan golongan yang bertaqwa dan progresif serta amat bertetapan dengan hasrat dan matlamat Kerajaan Negeri Melaka yang mahukan generasi berpengetahuan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang pengajian islam, teknologi, sains sosial dan ilmu terkini di samping memiliki daya ketahanan tinggi bagi menangani cabaran semasa. Dalam usaha memastikan KUIM terus cemerlang seiring dengan Motto yang dibawa “Kualiti Teras Kejayaan” maka program-program yang ditawarkan merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian islam, pengajian perniagaan, perbankan islam, undang-undang syariah, kejururawatan, bioteknologi dan teknologi maklumat adalah berdaya saing dan kompetitif yang memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pengantarabangsaan KUIM melalui jaringan akademik dalam dan luar negara boleh dibanggakan apabila KUIM kini memiliki pelajar antarabangsa dari Kemboja, Sri Lanka, Singapura dan Indonesia yang bertambah dari tahun ke tahun. Malah penghantaran pelajar-pelajar KUIM yang melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordon, Morocco dan lain-lain negara di Timur Tengah sangat menggalakkan. Dengan prestasi dan pencapaian KUIM yang sangat membanggakan, KUIM bertekad dan terus komited untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf antarabangsa islam, sains dan teknologi.

Kuim kini mempunyai lapan (8) fakulti iaitu:

 Fakulti Akademi Pengajian Islam

 Institut Pengajian Siswazah

 Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan

 Fakulti Pengurusan Hospitaliti

 Fakulti kejururawatan

(2)

 Fakulti Sains Sosial

 Pusat Bahasa dan Pengajian umum

Tujuan

Kuim merupakan saluran pertama bagi pelajar-pelajar aliran agama di sekolah-sekolah menengah agama untuk meneruskan peengajian mereka di peringkat pendidikan tinggi di Malaysia. Kuim kini ditubuhkan antara lainnya untuk:

- Melahirkan ilmuan Islam berpendidikan sepadu antara teori dan amali , bersifat ensaiklopedik dan mampu memimpin masyarakat majmuk serta mempumyai potensi yang tinggi untuk menerajui pembangunan Negara

- Mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang unggul dan mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi melahirka ulama dan intelektual muslim yang mampu memberi kefahaman dan penghayatan Islam.

- Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan, penerbitan dan kerjasama ilmiah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan dngan keislaman.

Objektif

- Memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya kedalam arus perdana pendidikan Negara.

- Membina kesepaduan antara teori dan amali dalam ciri setiap siswazah yang dikeluarkan.

- Melahirkan ilmuan berpendidikan sepadu yang mampu memimpin masyarakat majmuk untuk merajui pembangunan Negara.

- Meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang terbilang sesuai dengan persekitaran dan teknologi terkini.

- Membekal modal insan yang kukuh dengan penghayatan nilai Islam yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan dunia sejagat.

- Melahirkan generasi Muslim yang berilmu dan bertaqwa dalam menyebarkan ajaran Islam berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.

- Melahirkan generasi Muslim yang berilmu dan bertaqwa dalam menyebarkan ajaran Islam berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.

Falsafah

(3)

Visi

Menjadi sebuah pusat pengajian tinggi yang unggul dan cemerlang di dalam bidang pengajian yang berteraskan islam.

Misi

Referensi

Dokumen terkait

Karena Indonesia adalah sebuah negara dan sebuah negara memerlukan sebuah ideologi untuk menjalankan sistem pemerintahan yang ada pada negara tersebut, dan masing-masing negara berhak

Banyak kegiatan sosial yang dilakukan di daerah ini seperti perkumpulan arisan, tahlilan, kelompok tani, perkumpulan pemuda, kelompok seni musik islami dan Posyandu, yang

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui seberapa besar minat mahasiswa Prodi Pendidikan Kepelatihan Olahraga (PKO) angkatan 2013 dan faktor-faktor yang

Kuat lentur balok beton bertulangan bambu Petung vertikal takikan tidak sejajar tipe U dengan lebar takikan 20 mm sebesar 32,904 MPa atau sebesar 49,72% dari kuat

Secara umum terlihat bahwa dalam konteks pencapaian swasembada daging sapi, dari beberapa cara untuk mencapai swasembada, yaitu 1) menggeser kurva penawaran ke kanan

Otonomi Daerah Otonomi Daerah Landa san Huku m Tujuan Prinsip Landasan Ideal/Landasa n Idiil Landasan Ideal/Landasa n Idiil Landasan Konstituonal Landasan Konstituonal Landasan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa : (1) harga beli, biaya penunjang, biaya tenaga kerja dan pendapatan berpengaruh nyata terhadap kenaikan harga daging sapi, (2)

Informasi Obat Wasir Tanpa Operasi / Suntik - Sakit ambeien adalah sakit yang disebabkan karena pembuluh darah balik di dalam anus yang mengalami pembengkakan dan