• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengaruh Fahaman Orientalisme Terhadap P (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengaruh Fahaman Orientalisme Terhadap P (1)"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1

Pengaruh Fahaman Orientalisme Terhadap Pemikiran Umat Islam

Oleh : Ahmad Tarmizi Zakaria

ORIENTALISME bukanlah satu bidang baru yang dijadikan bidang kajian dan disebarkan ke serata dunia. Sebaliknya ia telah lama bertapak semenjak zaman Renaissance yang dianggap sebagai zaman kegemilangan dan kebangkitan Barat dalam sejarah-sejarah dunia. Namun, amatlah sedikit umat Islam yang menyedari bahawa orientalisme ini telah dijadikan salah satu dari agenda Barat untuk merosakkan dan menjatuhkan umat Islam. Pelbagai cara telah diusahakan oleh Barat agar umat Islam terpengaruh untuk mengikuti ajaran dan pemikiran Barat.

Cara yang digunakan Barat ini amat halus dan teliti sehinggakan ramai umat Islam yang secara tidak sedar telah terpengaruh dan mengikut pemikiran tersebut. Barat sentiasa mencanangkan bahawa semua kajian yang dijalankan di bawah orientalisme itu adalah bersifat ilmiah dan objektif. Justeru, dengan mengaburi mata umat Islam berdasarkan alasan akademik mereka itu, mereka menjadikan orientalisme sebagai satu bidang kajian yang diiktiraf dan dibolehkan dalam undang-undang. Sedangkan sebenarnya bidang kajian orientalisme mereka itu rata-rata mempunyai motif memanipulasi dan untuk kepentingan Barat semata-mata.

Tulisan ini akan memulakan perbincangan dengan mengemukakan konsep orientalisme. Seterusnya, akan dibincangkan mengenai tujuan orientalisme, sejarah dan kegiatannya serta tokoh-tokoh orientalis beserta karya dan latar belakang mereka.

Konsep Orientalisme.

Orientalisme berasal dari kata ‘orient’ dan ‘isme’. ‘Orient’ ertinya Timur dan ‘isme’ ertinya faham. Di dalam orientalisme, apabila kita menyebut ‘orient’ ertinya ialah semua wilayah yang terbentang dari Timur Dekat sampai ke Timur Jauh dan juga Negara-negara yang berada di Afrika Utara dan tengah. (Drs. A. Muin Umar : 1978)

Pengertian lain bagi orientalisme adalah satu kajian akademik yang dilakukan oleh Barat dari Negara-negara imperialis mengenai dunia Timur dengan segala aspeknya, baik mengenai sejarah, pengetahuan, bahasa, agama, sosial, politik, hasil bumi serta semua potensinya. (Dr. Ahmad Abdul Hamid Ghurab C : 1991)

Bagi Mahmud Hamdy Zaqzuq (1984), orientalisme adalah suatu ilmu ketimuran atau ilmu tentang dunia Timur. Adapun kata orientalis dalam pengertian umum bererti semua ahli Barat yang mempelajari dunia Timur (jauh, Tengah atau Dekat) tentang bahasanya, sasteranya, peradabannya atau pun agamanya.

Daripada beberapa pengertian di atas, dirumuskan bahawa orientalisme diertikan sebagai ilmu tentang ketimuran atau pengajian tentang dunia Islam manakala orientalis adalah orang yang pakar dalam bidang pengajian ketimuran atau pengajian Islam. Oleh itu, orientalisme adalah kajian akademik yang dilakukan oleh para ilmuan Barat mengenai Islam dan kaum muslimin dari seluruh aspeknya termasuk akidah, syariah, kebudayaan, peradaban, sejarah dan manusia. Ia bertujuan untuk membentuk pandangan umum dan dalam hal-hal tertentu untuk menguasai dunia Islam yang mencerminkan latar belakang ideologi, sejarah dan kebudayaan antara Barat dan Timur.

(2)

2

orientalisme pula, Barat berhasil memantapkan kehadirannya atau penjajahannya dalam bentuk ketenteraan, ekonomi, budaya dan ideologi di hampir seluruh dunia Islam.

Dari segi latarbelakangnya, orientalisme adalah gagasan pemikiran yang mencerminkan pelbagai kajian tentang negara-negara Timur Islam. Objek kajiannya meliputi peradaban, agama, seni, sastera, bahasa dan kebudayaannya. Gagasan pemikiran ini telah memberikan kesan yang besar dalam membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya termasuklah dengan menyebarkan kemunduran cara berfikir dunia Islam dalam pertarungan peradaban antara Timur (Islam) dengan Barat.

Perlu difahami, orientalisme bukanlah satu fahaman atau kelompok yang baru. Kajian ketimuran ini telah lama berjalan dan terus berjalan hingga kini. Banyak pemikiran dan penemuan telah diperolehi oleh para orientalis dalam usahanya untuk melemah dan menguasai dunia Timur khususnya Islam. Oleh itu, pemahaman tentang pengertian, sejarah serta objek penelitian ini amatlah diperlukan. Bukan sahaja orientalis mampu mewarnai fahaman keIslaman dari sudut pandang Barat namun juga untuk menempatkan lagi posisi pemahaman tentang dunia Timur dalam sudut pandang keTimuran itu sendiri. Ini kerana, banyak fahaman yang akhirnya menyesatkan umat Islam dalam keislamannya ataupun sekadar memperkaya sudut pandang pemahaman.

Orientalisme mempunyai pengertian yang sangat luas kerana ianya langsung berkaitan dengan hal-hal yang menyangkut bangsa-bangsa di dunia Timur beserta lingkungannya sehingga meliputi seluruh bidang kehidupan dan sejarah bangsa-bangsa di dunia Timur. Dan kegiatan penyelidikan tersebut dilakukan dalam pelbagai bidang iaitu bidang purbakala (archeology), sejarah(history), bahasa(linguistics), agama(religion), kesusasteraan(literatures), keturunan(ethnology), adat-istiadat(customs), kekuasaan(politik), kehidupan(ekonomi), lingkungan(fauna dan flora) dan lain-lainnya. Maka dapat dibayangkan betapa luas ruang lingkup yang diliputi oleh orientalis itu yang betul-betul memerlukan ketekunan dan keahlian.

Ungkapan Orientalis secara umumnya disebut untuk orang-orang Barat yang pakar dalam mengkaji ilmu Timur sama ada kepakaran mereka sampai kepuncaknya, pertengahan atau peringkat rendah sama ada dalam bidang bahasa, sastera, tamaddun dan agama.Walaupun pengajian Timur itu boleh diberikan pengertian yang begitu luas, namun yang penting dalam kajian ini ialah tentang kajian Barat yang berkaitan dengan Islam dan penganutnya sama ada yang menyentuh bidang bahasa, sastera, akidah, syariah dan tamadun secara umum.

Dari segi definisi lain, terdapat tiga pengertian yang biasa diinterpretasi untuk Orientalisme iaitu

:-(a) Pengertian yang lebih bersifat akademik.

Sesiapa sahaja yang memberi pengajaran , menulis dan mengkaji mengenai Timur, tidak kira sama ada ia seorang ahli antropologi, sosiologi, ahli sejarah, fisiologi dan lain-lain, maka ia digelar sebagai oreintalis dan hasilan aktiviti mereka itu disebut Oreintalisme.

(b) Orientalisme ialah suatu stail pemikiran yang diasaskan kepada perbezaan-perbezaan ontologikal epistemologikal yang dilakukan di antara orient dan occident.

(3)

3

(c) Pengertian yang lebih bercorak sejarah dan material.

Dengan memandang suasana akhir di abad ke-18, Orientalisme boleh dianalisakan sebagai institusi korporat yang berurusan dengan Timur sama ada dalam bentuk membuat kenyataan terhadapTimur, mengulas, mengajar, menguasai dan mengawalnya. Atau dalam kata lain ia adalah satu stail Barat yang bertujuan untuk mendominasi, mengatur dan memiliki kuasa ke atas Timur.

Di samping itu, ada beberapa pengertian yang hampir sama tentang istilah orientalisme. Ini dimaksudkan untuk dapat memberikan pengertian yang lebih terperinci iaitu sebagai berikut:

(i) Pengertiannya yang merupakan definisi yang dibatasi oleh kata orientalisme itu sendiri iaitu metod berfikir ala Barat. Metod inilah yang menjadi landasan dalam menilai dan memperlakukan segala sesuatu iaitu ada perbezaan yang fundamental antara Barat dan Timur. (ii) Orientalisme merupakan kajian akademik yang dilakukan oleh bangsa Barat dari negara-negara imperialis mengenai dunia Timur dengan segala aspeknya, baik mengenai sejarah, pengetahuan, bahasa, agama, sosial, politik, hasil bumi, serta semua potensinya.

(iii) Orientalisme merupakan kajian atau metod Barat untuk menjajah bangsa Timur, dengan demi memlancarkan lagi kekuasaannya.

(iv) Orientalisme adalah kajian akademik yang dilakukan oleh bangsa Barat yang kafir khususnya dari kalangan ‘ahlul kitab’ tentang Islam dan umat Islam dalam segala aspek baik mengenai akidah, syariat, pengetahuan, kebudayaan, sejarah, aturan dan peraturan, hasil bumi dan potensinya. Tujuannya adalah untuk merosak dan mengotorkan citra Islam, meniupkan keraguan kepada kaum muslimin akan kebenaran dan kepercayaan mereka terhadap ajarannya malah menyesatkan kaum muslimin dari jalan yang diharuskan oleh syariatnya. Kemudian dengan pelbagai cara diusahakan agar kaum muslimin terdorong mengikuti ajaran dan pemikiran Barat.

Manakala antara faktor pendorong berkembangnya orientalisme adalah;

(i) Faktor agama; kerana propaganda secara meluas mengenai perlunya mengkaji dunia Timur terutama untuk misi agama Kristian (missionaris).

(ii) Faktor imperialisme; setelah kekalahan dalam perang Salib maka usaha untuk menguasai dunia Timur menjadi lebih hebat di samping meneliti kelemahan dan kekuatan dunia Timur. Kemudian lagi, faktor perdagangan, politik, dan ilmiah.[9]

Tujuan Orientalisme.

Kelahiran gerakan orientalisme adalah berkait rapat dengan gerakan untuk penyebaran agama Kristian dan penjajahan. maka strategi gerakan dan usaha awal mereka adalah diatur untuk mencapai matlamat bersama. Apa yang diatur oleh pihak pengembang kristian adalah mendapat dokongan berbentuk akademik dari golongan orientalis. Pendakwah kristian telah menggunakan pelbagai cara dalam menjayakan misi mereka terhadap bangsa Timur.

(4)

4

Secara umumnya, antara tujuan penyebaran fahaman orientalisme ini adalah :

(i) Mempunyai tujuan ilmiah atau bersifat akademik.

Aktiviti dan usaha penyelidikan dan pengajian tentang Timur oleh kalangan Barat adalah didorong oleh matlamat keilmuan dan akademik iaitu untuk memahami dan mendalami selok belok Timur termasuk bahasa, budaya dan adat resam mereka. Ini telah berlaku dan berjalan sejak lama dahulu iaitu sejak berlaku perhubungan dan keilmuan di antara orang-orang Timur khususnya Orang Islam dan Barat melalui pertukaran maklumat, penterjemahan dan sebagainya. Tetapi pengajian dengan maksud yang lain di sebaliknya tidak berlaku hanya setelah resolusi dibuat dalam Perhimpunan gereja-gereja di Vienna yang berlaku pada tahun 1312 M.

Di samping itu, menurut Dr. Musthafa As-Siba’ie (1983), orientalisme bertujuan untuk menimbulkan keraguan terhadap risalah Nabi Muhammad SAW dan sumbernya yang berasal dari Tuhan. Sebahagian besar kaum orientalis mengingkari kebenaran Rasulullah SAW sebagai seorang Nabi yang mendapat wahyu dari Allah SWT. Mereka merosakkan penafsiran terhadap gejala-gejala wahyu yang kadang-kadang dilihat secara langsung oleh sahabat-sahabat serta isteri Rasulullah SAW khususnya A’isyah Ummul Mukminin r.a.

(ii) Bertujuan keagamaan.

Para sejarawan orientalis meyakini bahawa tujuan agama adalah merupakan motif besar bagi perkembangan fahaman orientalisme melalui penubuhan akademi pengajian serta pengajaran Bahasa Arab dan kajian Islam di Eropah. Motif keagamaan oreintalis ini dapat dilihat melalui :

(a) Menyerang Islam dan mencari titik kelemahannya dan meyakinkan orang lain bahawa Islam adalah agama yang diambil dari agama Nasrani dan Yahudi serta merendah-rendahkan nilai-nilai Islam.

(b) Memelihara penganut Nasrani atau Kristian daripada bahaya Islam dengan cara menutup kebenaran Islam dan meyakinkan penganut Kristian tentang kekurangan Islam serta memperingatkan mereka supaya tidak menyerah kalah kepada Islam.

(c) Menyebarkan agama Kristian di kalangan orang timur. Oleh itu, mereka telah cuba sedaya upaya untuk merosakkan kemuliaan Islam dan menanamkan keraguan dalam hati pengikut dan penganutnya.

Dorongan keagaman ini adalah kerana kegiatan orientalis itu sendiri adalah dimulakan oleh gereja. Bagi mereka, Islam adalah merupakan satu-satunya musuh yangmengancam Kristian dan ia adalah satu agama yang sepatutnya tidak boleh berkembang. Kegiatan orientalis yang didorong oleh tujuan keagamaan ini dapat dirumuskan daripadakenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh kalangan tokoh-tokoh orientalis sendiri tentang tujuan mereka dan juga penelitian terhadap hasil-hasil kajian mereka berkaitan dengan Islam.

(iii) Dorongan Penjajahan.

(5)

5

Peperangan salib telah berlaku dalam tujuh pusingan dan berakhir dengan kekalahan di pihak musuh Islam. Ia pada zahirnya adalah peperangan yang berlaku atas sebab agama tetapi pada hakikatnya adalah merupakan peperangan untuk matlamat penjajahan. Bagaimanapun, Barat tidak berputus asa untuk terus kembali dan menjajah negara-negara Arab dan Islam setelah kekalahan dan kejatuhan kerajaan Othmanyah Turki yangmenjadi pelindung dan penaung kepada umat Islam. Mereka telah menjajah negara-negara Arab dan negara-negara Islam yang lain.

Selepas itu, mereka telah berusaha untuk mengkaji semua aspek yang ada di negara-negara berkenaan sama ada di sudut akidah, adat resam, corak dan perangai masyarakat serta hasil bumi yang ada. Tujuannya ialah untuk mengenalpasti sudut kekuatan yang ada supaya dapat dilemahkan dan dikuasai.

(iv) Dorongan Perniagaan.

Di antara faktor yang mendorong kegiatan orientalis ialah keinginan Barat untuk berdagang dengan orang Islam sama ada untuk melariskan barangan keluaran mereka dan juga untuk memperolehi serta membeli barangan mentah yang ada pada orang Islam dengan harga yang murah di samping dapat mematikan kilang-kilang perusahaan setempat yang bersaing dengan kilang-kilang mereka yang besar-besar yang diwujudkan di serata tempat di negara Islam. .

(v) Dorongan Siasah (Politik).

Pada masa kini, setelah negara-negara Arab dan negara-negara Islam telah mencapai kemerdekaan, maka muncul pula satu lagi pendorong baru untuk kegiatan orientalis ini. Di kedutaan-kedutaan Barat yang terdapat di negara-negara Arab dan negara Islam terdapat pegawai khas yang fasih berbahasa Arab atau bahasa umat Islam di negara-negara yang berkenaan. Dengan itu membolehkan mereka berhubung secara terus dengan para pemikir, wartawan dan ahli politik untuk mereka menyelami arah pemikiran mereka.

Mereka akan berusaha untuk menyuntik pemikiran yang selari dengan siasah dan kemahuan negara mereka . Di negara-negara Arab misalnya mereka berusaha untuk menanam pemikiran yang bertentangan dan memecah belahkan pemimpin-pemimpin Negara Arab agar saling bertentangan antara satu dengan yang lain. Hal ini dilakukan dalam bentuk nasihat dan menyampaikan bantuan-bantuan tertentu. Ia dilakukan setelah mereka dapat mengenali sikap kebanyakan pemimpin utama yang bertanggungjawab dalam mengatur strategi negara.

Sejarah dan Kegiatan Orientalisme.

Anwar Al-Jundy (1991) menjelaskan, Orientalisme berupaya mengetahui rahsia kekuatan kaum muslimin yang ingin dihancurkannya dan menanamkan keraguan mengenai Islam yang merupakan landasan kewujudan mereka. Dan mereka ini sentiasa memainkan peranan penting dalam jabatan-jabatan malah kementerian-kementerian yang strategik di sesebuah negara supaya mudah bagi mereka menyebarkan fahaman yang akhirnya menyesatkan masyarakat terutama umat Islam.

(6)

6

Orientalisme muncul di Eropah hanya pada penghujung abad ke 18 M di mana pertama kalinya muncul di England pada tahun 1779 M. Gerbert de Oraliac (938—1003 M), seorang paderi Venezia telah pergi ke Andalusia dan telah belajar dengan seorang profesor. Setelah kembali ke tanah air, dia dipilih sebagai Paderi Agung dengan gelaran Silvester II (999—1003) M. Beliau merupakan Paderi yang pertama dari Perancis. Pada tahun 1130 M, Ketua Paderi Toledo turut menterjemahkan beberapa buku ilmiah berbahasa Arab.

Kemudiannya langkah ini diikuti oleh Gerard de Cremona (1114—1187 M) dari Itali. Dia telah pergi ke Toledo dan menterjemahkan buku-buku yang tidak kurang dari 87 judul di bidang falsafah, kedoktoran, astronomi dan geologi. Di Perancis, Pierre le Venerable (1094-1156), seorang paderi Venezia dan Kepala Biarawan Cluny menubuhkan kumpulan penterjemah. Tujuannya ialah untuk memperolehi ilmu dan pengetahuan secara objektif tentang Islam. Dia sendiri adalah orang pertama yangmenterjemahkan al-Qur'an ke dalam bahasa Latin (1143 M). Manakala penterjemahan al-Qur'an ke dalam bahasa Inggeris dilakukan pertama kali oleh Robert of Ketton.

Manakala Juan de Sevilla, seorang Yahudi yang memeluk agama Kristian, muncul pada pertengahan abad ke-12 dan memberi perhatian dalam bidang astronomi. Ia telah menterjemah 4 buah buku berbahasa Arab karya Abu Ma'syar al-Balkhi (1133 M). Tugas penterjemahannya dibantu oleh Adelard.Roger Bacon (1214—1294 M) dari England. Dia menuntut ilmu di Oxford dan Paris serta mendapat gelaran doktor di bidang Teologi. Dia telah menterjemahkan buku berbahasa Arab berjudul ‘Mir'at al-Kimia’ dalam tahun 1251 M.

Tokoh-tokoh Orientalis.

Merujuk kepada kajian Zaharuddin Abdul Rahman (2006), berikut disenaraikan sebahagian tokoh orientalis yang telah bertanggungjawab mengembang dan menyebarkan fahaman orientalisme di seluruh dunia beserta karya-karya mereka iaitu

:-Bil Nama Tajuk Buku / Karya Latarbelakang

1. A.J Arberry  Islam Hari Ini (Islam Today)

 Pendahuluan Sejarah Tasawuf

 At-Tasawuf

 Terjemahan Quran (1948-1950)

 Warga British, sangat memusuhi Islam. Professor di Universiti Cambridge.

 Ramai pelajar Mesir belajar dengannya dalam Pengajian Islam

2. A. Geom  Buku: Al-Islam  Warga British, sangat memusuhi Islam. Pensyarah di Universiti di Britain & USA. Jelas dalam karyanya agenda missionary. Ramai pelajar Mesir

mempelajari ilmu Timur darinya dengan biasiswa kerajaan Mesir.

3. H.A.R Gibb  Pengarang utama Islamic Encyclopedia

(7)

7

4. Goldziher  Pengarang utama Islamic Encyclopedia oreintalis , terlalu benci kepada Islam

5. S.M. Zweimer  Dunia Islam (pengasas majalah ini)

 Islam Mencabar

 Demi ‘Aqidah

 Al-Islam (1908-1911)

 Berasal dari Amerika Syarikat , seorang missionary dan sangat terkenal

permusuhannya dengan Islam.

6. G.Von Grunbaum  Islam di zaman pertengahan

 Perayaan Muhammad

 Rakyat Jerman berbangsa Yahudi tetapi menetap di Amerika Syarikat. Profesor di Universiti Chicago. Terlampau banyak menyerang Islam.

7. Phillip Hitti  Ensaiklopedia Islam, Bab Sastera Arab Amerika . Sangat benci kepada Islam dan enggan menisbahkan Islam dengan sebarang kebaikan atau keutamaan.

8. A.J Weinsink :  Aqidah Islam (1932).  Mendakwa Nabi SAW mereka Al-Quran hasil dari ringkasan kitab-kitab agama dan falsafah sebelumnya. Tetapi

sesetengah karya Weinsink boleh dibaca (lihat selepas ini).

9. Kenneth Gragg  Ketua Editor Majalah The Muslim World.

 Dakwah al-Makzanah (956).

 Berasal dari Amerika. Sangat benci dan menentang Islam. Mengajar di Universiti Amerika di Qaherah beberapa ketika. Missionari Kristian. Ketua Jabatan Kristian di Universiti Hartford.

10. L. Massignon  Al-Hallaj, sufi yang syahid di Alam Islam.

 Salah seorang penting dalam karya Ensaiklopedia Islam.

 Berbangsa Perancis, Orientalis terbesar keluaran Perancis.

(8)

8

 Pengawas Kerohanian Kesatuan Missionari Perancis di Mesir.

 Pernah menjadi askar Perancis selama 5 tahun dalam Perang Dunia Pertama.

 Ahli Majlis Bahasa di Mesir dan Kesatuan Ilmu ‘Arab di Dimasq, Syria. Mendalami bidang Falsafah dan Tasauf Islam.

Kesimpulannya, fahaman orientalis merupakan satu serangan pemikiran dan ancaman yang sangat berbahaya terhadap umat Islam pada masa kini. Bahayanya aliran fahaman ini amat sukar untuk dikesan oleh mata kasar dan ia dapat diumpamakan seperti penyakit barah yang hanya dapat dikesan setelah ianya benar-benar parah. Persefahaman yang berlaku di antara umat Islam dan orang Barat pada masa kini adalah disebabkan terdapatnya kepentingan yang saling memerlukan di antara satu sama lain dan lengkap melengkapi dalam sesetengah keadaan. Tujuan fahaman ini disebar sejak zaman penjajah lagi adalah kerana orang Barat ingin memusnahkan agama Islam di muka bumi ini.

Di samping itu, orang Barat turut mempunyai sikap yang negatif terhadap dunia Islam dan kadang-kadang turut membantu usaha yang dilakukan oleh sebahagian pihak yang mahu menghancurkan Islam. Sebagai umat Islam, kita seharusnya berusaha-usaha bersungguh-sungguh dan berterusan memelihara agama suci ini daripada dinodai pengaruh-pengaruh Barat yang tidak jemu berusaha menjatuhkan Islam.

RUJUKAN

Drs. A. Muin Umar. (1978). Orientalisme dan Studi Tentang Islam. Jakarta : Bulan Bintang.

Dr. Ahmad Abdul Hamid Ghurab C. (1991). Menyingkap Tabir Orientalisme.Terj. Oleh A.M. Basalamah. United Kingdom : Al-Muntadaa Al-Islami.

Mahmud Hamdy Zaqzuq. (1984). Orientalisme dan Latar Belakang Pemikirannya. Terj. Oleh Luthfie Abdullah Ismail. Indonesia : Fa. Al-Muslimun.

Dr. Musthafa As-Siba’ie. (1983). Akar-Akar Orientalisme. Terj. Oleh Ahmadie Thaha. Kuwait : Maktabah Daar el Bayaan.

Dr. Adnan M. Wizan. (2003). Akar Gerakan Orientalisme. Terj. Oleh A. Rofiq Zainul Mun’im dan Fathur Rohman. Yogyakarta : Fajar Pustaka Baru.

Anwar Al-Jundy. (1991). Pembaratan Di Dunia Islam. Terj. Oleh Ahsin Mohammad. Bandung : PT Remaja Rosdakarya.

(9)

Referensi

Dokumen terkait

samanaikaisesti: haavoittunut Tubal-cain on hoitanut itsensä kuntoon arkissa ja haastaa Nooan taisteluun, Ila synnyttää kaksi tyttöä ja yhdeksän kuukautta merellä

Fungsi produksi perikanan jangka pendek (short run yield curve) adalah hubungan antara tangkapan (catch) dan upaya (effort) dalam level populasi tertentu sedangkan

Penerapan Metode Experiential Learning Pada Pembelajaran Ipa Untuk Meningkatkan Hasil Belajar Siswa Sekolah Dasar.. Experiential Learning from a

Selanjutnya penulis merumuskan dalam sebuah judul penelitian ”Pengaruh Metode Pembelajaran dan Kebugaran Jasmani Terhadap Hasil Belajar Gerak Lompat Jauh Gaya Jongkok.”

Sedangkan hasil perhitungan untuk mengetahui reliabilitas skala diperoleh nilai α = 0.944 (≥ 0.7) dengan demikian skala religiositas bisa dinyatakan cukup reliable dan bisa

Dari hasil penelitian terdahulu yang dilakukan oleh Rapida Safitri (2011) dengan judul Korelasi Parameter Kuat Geser Hasil Uji Geser Langsung dan Uji Triaksial

Berdasarkan hasil kuisioner penelitian yang dilakukan kepada 51 responden, 32 responden (63%) merasa komunikasi terapeutik perawat adalah baik dan puas dan 19

Bahasa pemrograman yang digunakan oleh Google Maps yang terdiri dari HTML, Javascript dan AJAX serta XML, memungkinkan untuk menampilkan peta Google Map di website