• Tidak ada hasil yang ditemukan

AA301 Tamadun Islam Sumbangan dalam bida

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "AA301 Tamadun Islam Sumbangan dalam bida"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

AA301 Tamadun Islam

Monday, 7 October 2013

Sumbangan dalam bidang Ilmu Falak / Astronomi

3. Ilmu Falak dan Sejarahnya:

3.1 Ilmu falak dikenali umum sebagai Ilmu Kaji Bintang atau Ilmu Astronomi, perkataan Falak bererti jalan peredaran yakni peredaran bintang-bintang. Dalam surah Yaasin ayat 40 disebut bahawa: " (Dengan ketentuan yang diberikan oleh Allah) Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana tiap-tiap satunya beredar terapong-apong di tempat edarannya masing-masing".

3.2 Pada zaman dahulu ilmu falak dikenali juga dengan Ilmu Nujum yang digunakan bagi maksud meneka berlakunya satu-satu peristiwa atau nasib. Di kalangan Sarjana Islam, Ilmu Bintang dibahagi kepada dua bahagian iaitu :

1) Ilmu Tabie (sains) yang membincangkan kedudukan bintang-bintang, pergerakannya dan ketentuan-ketentuan gerhana matahari dan bulan.

2) Ilmu yang membincangkan perhubungan pergerakan bintang-bintang dengan kelahiran, kematian, kebahagiaan dan kecelakaan , hujan, kesihatan dan lain-lain.

Ilmu yang pertama tadi dinamakan ilmu falak (Astronomi) dan ilmu yang kedua dinamakan Ilmu Astrologi (tanjim). Secara umum ilmu falak boleh diertikan sebagai ilmu yang membicarakan tentang matahari dan bintang-bintang yang beredar tentang besar kecilnya, tentang jauh dekatnya daripada matahari atau juga tentang cakerawala-cakerawala langit, tarikan-tarikannya, kedudukan pergerakannya dan lain-lain fenomena yang berkaitan.

3.3 Orang-orang Arab pada zaman dahulu telahpun mengetahui kedua-dua bidang ilmu ini sejak zaman Jahiliah lagi. Mereka memperolehi ilmu ini dari Greek, Parsi, India dan Kaldan. Kemudian ilmu ini diwariskan kepada orang-orang Islam kemudiannya.

3.4 Umat Islam mula terlibat secara aktif dibidang Ilmu Sains termasuk ilmu falak pada zaman Kerajaan Umaiyah dan Abbasiah. Di zaman Umaiyah tokoh ilmu falak yang terkenal ialah Khalid bin Yazid Al-Amawi (meninggal 85H). Beliau adalah dikenali dengan nama Hakim Ali Marwan. Beliau dianggap orang pertama yang menterjemahkan buku-buku termasuk buku-buku-buku-buku mengenai ilmu Bintang pada pertengahan kurun ke-4 Hijrah didapati dalam Perpustakaan Kaherah sebuah globe dari tembaga karya Batlamus yang ditulis kata-kata bahawa globe itu disediakan untuk Khalid bin Yazid. Menurut sarjana sejarah iaitu Al-Mas'udi bahawa Khalifah al-Malik bin Marwan sangat gemar kepada ilmu bintang sehingga semasa berperang dibawa bersamanya ahli ilmu bintang. Di zaman Abbasiah, Khalifah Abu Jaffar Al-Mansor adalah khalifah yang pertama memberi perhatian kepada kajian Ilmu Falak. Baginda mengeluarkan banyak belanja untuk memulakan penyelidikan Follow 1

View my complete profile

About Me

October (9)

Blog Archive

(2)

dalam bidang ilmu falak. Baginda mengumpulkan nama sarjana falak yang terkenal di istana Baginda. Dalam pembinaan Kota Baghdad baginda melantik seorang ahli falak bernama Naubakh sebagai Ketua Perancang Projek itu.

3.5 Seterusnya perkembangan kajian ilmu falak berkembang pada zaman khalifah Al-Mansor. Usaha menterjemahkan buku Sdihanta dari bahasa Sanskrit ke Bahasa Arab dilakukan oleh Mohammad Al-Fazari yang kemudian ia diberi jodol "Al-Sindhindin Al-Kabir". Buku ini menjadi panduan utama kepada orang-orang arab dalam mengkaji ilmu falak hingga ke zaman Al-Makmun. Mohammad Al-Fazari merupakan orang Islam yang pertama mencipta astrolabe (jam matahari untuk mengukur tinggi dan jarak bintang). Buku ini telah disalin ke bahasa Latin pada abad pertengahan oleh Johannes de Luna Hispakusis. Buku terjemahan ini telah digunakan oleh universiti-universiti Eropah untuk mengejar Ilmu Bintang. Dari sinilah orang-orang Barat mula mengetahui benda-benda di cakerawala.

3.6 Antara tokoh-tokoh Ilmu Falak Islam di zaman Abbasiah ialah Abu Sahl bin Naubakh, Ali bin Isa dan Masyaallah yang dikenali sebagai Phoenix pada zamannya. Dalam projek pembinaan Kota Baghdad telah didirikan sebuah 'observatorium' (balai cerapan). Di zaman Al-Makmun telah muncul ramai sarjana-sarjana Falak antaranya Thabit bin Qurrah, Al-Battani dan Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Di zaman Al-Makmun juga telah didirikan sebuah 'observatorium' yang digunakan untuk mengukur daya cahaya rebang matahari. Di zamannya juga Ahli Falak berjaya mengukur longkaran bumi sebuah 'observatorium' yang didirikan di Bukit Gaisun di Damsyek. Di zamannya juga observatorium juga didirikan di Bukit Qaisun. Di Damsyik. Di zamannya juga telah diterjemahkan Alomagest karangan mengenai Ptolemeus ke bahasa Arab. Ahli Falak Islam juga telah mengamati equinox, gerhana bintang berekor (comet) dan lain-lain gejala di langit.

3.7 Di samping itu Al-Battani (mati kira-kira 930M/317H) telah melakukan penyelidikan tentang perbintangan sejak tahun 877 hingga 918M dan bukunya yang telah disalin ke bahasa Latin disusun semula dalam bahasa Arab oleh Nallino (tahun 1903M). Al-Battani telah membahagikan sehari kepada 12 jam yang digunakan sekarang oleh tukang-tukang jam di Eropah. Beliau juga telah berjaya mengira setahun bersamaan dengan 356 hari, 5 jam 46 saat dan 24 secant iaitu kurang dalam pengiraan sekarang sebanyak 2 saat 23 secant. Al-Battani menduduki tempat tertinggi di kalangan Ahli Bintang dan dikatakan peranannya di kalangan umat Islam sama dengan peranan Ptolemeus di kalangan orang-orang Yahudi. Di zaman-zaman seterusnya lahir tokoh-tokoh Islam yang meneruskan kajian-kajian yang dilakukan oleh al-Battani dan tokoh-tokoh lain dan telah menghasilkan berbagai-bagai kejayaan kepada Ilmu Falak.

3.8 Tokoh-tokoh Ilmu Falak yang terkenal pada kurun ke-7 Hijrah ialah Nasiruddin al-Tusi yang hidup di zaman Hulagu Khan seorang Raja Monggol. Al-Biruni (362H-442H) pula merupakan seorang ahli Falak yang terkenal di zaman Sultan Mahmud al-Ghaznawi. Beliau telah meninggalkan berbagai-bagai hasil karya yang antara Athar al-Baqiah yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Dr. Sachan. Di zaman Kerajaan Turki Saljuk telah muncul seorang sarjana Falak terkenal iaitu Umar Khayyam. Kawannya ialah Abdul Rahman al-Hazimi. Sebenarnya kemasyhuran sarjana-sarjana Falak Islam merebak setiap sudut alam. Mereka menjadi tempat rujuk ilmu Falak. Wilayah Islam yang menjadi tumpuan rujukan Eropah ialah wilayah Andalus (Sepanyol) kerana berdekatan dengan mereka.

(3)

menumpukan tenaga yang banyak untuk menguasai ilmu-ilmu sains yang hasilnya telah dirasai oleh seluruh umat manusia. Kejayaan mereka itu adalah menunjukkan betapa Islam telah menjadi suatu sumber utama bukan sahaja dari segi panduan hidup tetapi juga dari segi penerokaan Ilmu Pengetahuan. Inilah semangat yang hendak dibangkitkan semula di kalangan kita umat Islam.

AL-BIRUNI

Abu Raihan al-Biruni dilahirkan di luar Birun. Kota Khwarazm Bandar Khiva di zaman ini dan pada zaman dahulu bernama Chorasmia iaitu di sebuah daerah yang melahirkan ramai hukama dan sarjana Islam yang terkemuka. Beliau juga dikatakan telah menuntut ilmu sains di bawah bimbingan Abu Nasr al-Mansur, seorang ahli astronomi dan matematik yang pernah menulis syarah ke atas buku Spherics karya Menelaus dan merupakan penuntut kepada Abu’l-Wafa’.

Peringkat awal penghidupan al-Biruni ialah di bawah pemerintahan a’munid yang memerintah Khwarzm dan juga dikenali sebagai pemerintahan Khwarazmiyah. Pemerintahan ini asalnya adalah di bawah perlindungan kerajaan Samaniyah tetapi kemudian boleh dikatakan berkuasa sendiri. Al-Biruni mengembara ke tempat lain di Parsi dan pada tahun 388H/998M hingga403H/1012M beliau berada di Jurjan iaitu di Iistana Shams al-Ma’ali Qabus ibn Wushmgir. Pada masa inilah iaitu pada tahun 390H/1000M beliau menulis risalahnya yang sangat masyhur, bertajuk al-Athar al-Baqiyah. Nama penuhnya ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada 3 Zulhijah 362 H (4 September 973 M di negeri Parsi. Beliau adalah orang asing dalam kalangan penduduk Khawarizm. Olen sebab itulah beliau digelar al-Biruni yang bermaksud orang asing dalam bahasa Parsi. Beliau sangat terkenal di kawasan Khawarizm sehingga diberi gelaran Khawarizmi bersempenadengan nama kawasan itu.

Kuasa bangsa Turki di Asia Tengah yang kian memuncak, mencapai kekuatannya semasa pemerintahan mahmud dari Ghazna di mana kebanyakan pemerintahan Mahmud kecil kerajaan Parsi di daerah itu dimusnahkan. Dalam tahun 408H/107M. Mahmud berjaya mengusai Khwarazm, dan pada tahun berikutnya membawa Abu Raihan, yang menjadi musuh politiknya ke Ghazna. Sebagai ahli astrologi dan ahli matematik istana pula kemudiannya, al-Biruni kerap mengiringi Mahmud dalam pergerakan tentera raja itu dan turut serta dalam pergerakan tentera yang masyhur iaitu pergerakan menawan India yang juga memberi peluang yang seluas-luasnya kepada al-Biruni untuk mengkaji manifestasi yang pelbagai bagi agama Hindu. Pada tahun 422H/1031H, al-Biruni kembali ke Ghazna dan menulis kitab beliau yang paling terkemuka sehingga kini iaitu, India dan sebuah kitab lain yang bertajuk Kitab al-Tafhim.

Mahmud meninggal dunia di Ghazna pada tahun 421H/1030M. Perebutan kuasa berlaku di antara putera-puteranya dan berkesudahan dengan kemenangan Mas’ud, yang kemudiannya menjadi penaung al-biruni dan kepadanya, iaitu pada tahun ia

memenangi kuasa pemerintahan, sebuah kitab yang bertajuk al-Qanun al-Mas’udi dipersembahkan sebagai dedikasi al-Biruni kepada

(4)

Penghidupan al-Biruni bukan sahaja dipenuhi dengan pergolakan politik dan perubahan hidup di Asia Tengah dan Parsi tetapi juga penuh dengan perubahan minatnya sendiri daripada satu bidang ilmu kepada bidang ilmu yang lain. Pada peringkat awal beliau sangat tertarik hati kepada lapangan ilmu matematik dan astronomi sehingga ia menjadi tokoh yang paling berwibawa di dalam sejarah sains islam. Kemudian minatnya tertumpu pula kepada sejarah dan kronologi dan akhirnya iaitu pada penghujung hayatnya ia memberi tumpuan pula kepada optika, perubatan, mineralogy dan farmakologi iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Kitab al-saidanah (atau saidalah). Di sepanjang perubahan minatnya dalam bidang ilmu itu, minatnya terhadap agama dan kultus tetap kuat; petikannya akan Bhagavad-Gita dan gambaran yang diberikannya tentang hari kebebasan agama bagi agama-agama di Asia Barat memberi petanda kepada minatnya yang mendalam dan kefahamannya akan agama. Karya beliau tentang perbandingan agama tetap menjadi sumbangan beliau yang paling penting.

Walaupun tidak ada hasil penulisan falsafah al-Biruni yang terdapat di dalam simpanan khazanah atau diketahui selamat tersimpan kini namun adalah diketahui bahawa al-Biruni telah mempelajari falsafah dengan mendalam dan sangat mahir dalam bidang ini. Beliau sangat berminat dalam falsafah anti Aristotle yang dibawa oleh tokoh falsafah seperti Muhammad ibn Zakariyya’ al-Razi. Al-Biruni berusaha bertahun-tahun mencari kitab Sirr al-Asrar karya al-Razi dan juga lain-lain karya falsafah. Namun beliau menulis sebuah risalah membahas tentang kesalahan-kesalahan al-Razi. Beliau juga mempelajari, sekadar yang termampu pada zaman itu, tentang Vendanta dan teks lain mengenai agama Hindu yang kalaupun tidak berciri falsafah dalam pengertian moden atau pengertian aliran Aristotle namun tetap merupakan pengajaran himah yang sangat halus. Sikap dan pandangan Abu Raihan terhadap falsafah Yunani aliran Aristotle tidak langsung menunjukkan sebarang simpati atau sokongan.

(5)

sebelum ia meninggal dunia. Tambahan kepada semua ini ialah tujuh lagi manuskrip telah dijumpai yang tidak langsung disebutkan dalam senarai-senarai tadi. Jika seseorang pengkaji memasukkan senarai Yaqut yang menyebutkan terjemahan daripada bahasa Sanskrit dan karya yang ditulis oleh orang lain tetapi dipadankan kepada nama al-Biruni, maka jumlah kesemuanya akan menjadi 180.

Di samping bersemuka dengan sebilangan sarjana dan hukama Muslim, Kristian dan Hindu di zamannya, al-Biruni juga mengkaji dan mendalami teks sains Greek, Babylonian, Manichean dan Zoroaster. Malah harus diingati bahawa karya agung seperti al-Qanun al-Mas’udi bukan sahaja merupakan kitab besar astronomi Muslim, tetapi juga adalah sumber bagi kebanyakan sains zaman dahulu, sama ada sains Chaldean ataupun Greek yang teks asal mereka sudah tidak terdapat lagi.

Selain mempunyai pengetahuan yang asasi tentang teks astronomi-matematik seperti Almagest, Elements, pelbagai buku Sinddhanta dan lain-lain penulisan Hindu, Al-Biruni juga sangat fasih mendalami banyak penulisan yang berkaitan dengan “falsafah tabii” dan sejarah. Sumber-sumber yang dirujuk dalam Kitab al-jamahir fi ma’rifat al-jawahir, teks ilmu Islam yang paling lengkap tentang mineralogy, termasuklah para ahli sains Muslim seperti al-Kindi, al-Jahiz, Muhammad ibn Zakariyya’ al-Razi, Jabir ibn Hayyan, tokoh-tokoh sastera, sejarah dan geografi seperti Nasr ibn Ya’qub Dinawari, Ahmad ibn ‘Ali, Abu’l- ‘Abbas al-‘Ummani dan penulis Greek seperti Aristotle, Archimedes, Apollonius dari Tyana, Dioscorides, Plutarch, Ptolemy, Galen, Bolos Democritus, Plato, Heraclides, dan Diogenes. Beliau juga banyak memetik puisi Arab - sama ada zaman Islam atau praIslam – dan juga puisi Parsi, India, Suryani dan karya-karya Alexandria di dalam bidang ini. Tambahan Kitab al-jamahir, dan dalam kitab-kitabnya yang lain juga akan bahagian-bahagian daripada kitab-kitab suci bagi banyak agama termasuklah Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, Avesta dan tentu juga al-Qur’an sendiri yang mana al-Biruni sangat mahir tentangnya. Dalam risalahnya Ifrad al-maqal fi amr al-dalal, semasa membicarakan waktu sembahyang beliau telah memetik hadith nabi, kata-kata ‘Umar ibn al-Khattab, al-Ash’hari, al-Shafi’I, dan ramai lagi tokoh agama yang berpengaruh yang kesemuanya ini menunjukkan kebolehan beliau yang sangat mendalam tentang sumber hukum serta teologi Islam. Bagaimanapun, memang terdapat bebaerapa bidang sains di zamannya yang tidak disentuh.

(6)

sina’at al-tanjim oleh Sayyid al-‘Ulama’ abu’l-Mahamid ibn Mas’ud ibn Zaki Ghaznawi, yang ditulis pada bad ketujuh dan juga Kitab tafhim fi ma’rifat istikhraj taqwim oleh Mazhar Din Muhammad al-Lari, iaitu karya abad kesepuluh adalah kedua-duanya berdasarkan kepada hasil penulisan al-Biruni.

Karya-karya al-Biruni bersemarak di arena aktiviti intelektual yang berkemuncak pada abad keempat. Karya-karya beliau juga merupakan satu usaha yang paling rapi serta teliti dalam menyatukan cabangan-cabangan ilmu kaum Muslimin dan juga ilmu-ilmu yang diwarisi daripada tamadun zaman dahulu. Dengan sifatnya yang demikian, karya-karya al-Biruni memberi khidmat kepada zaman selepas beliau sebagai sumber sains tabii dan sains peradaban dan mendapat sanjungan dan berpengaruh sebagai bahan penulisan seorang sarjana yang tidak dipertikaikan. Sebagai ahli astronomi dan juga terutamanya ahli astrologi keidealan beliau sentiasa diikuti.

Pengkajian terhadap geografi, astronomi, dan lain-lain adalah sesuai kerana ia sangat mustahak kepada penghidupan beragama masyarakat Islam dan perlu dikaji dengan matlamat atau tujuan ini. Tidak timbul persoalan ‘sains untuk sains’ dalam pemikiran al-Biruni sama juga halnya dengan tidak wujudnya gagasan ‘seni untuk seni’ dalam pemikiran Islam. Seni dan sains perlu memberi khidmat kepada keidealan penghidupan Islam yang merupakan ‘penghidupan sejahtera’ dan matlamat terakhir yang perlu dicita-citakan. Kewajaran serta kesahihan bagi pengkajian sains tidak seharusnya ditentukan oleh kegunaan praktikal, kerana kegunaan tidak menentukan nilai dalaman bagi sesuatu. Sebaliknya, kesahihan pengkajian sains bersama dan tujuan dan matlamatnya adalah bersandarkan kepada suruhan al-Qur’an yang mempertanggungjawabkan manusia merenung kejadian langit dan bumi yang telah dijadikan Tuhan dengan Haqq (bi’l-haqq).

Walaupun ketaatan dan usaha ikhlas al-Biruni sebagai seorang Muslim adalah jelas, namun kemiripan beliau terhadap aliran tertentu di dalam Islam susah dipastikan. Sebagaimana juga karya para penulis abad ke-4 umumnya, penulisan Abu Raihan tidak menunjukkan dengan jelas sama ada ia dipengaruhi oleh mazhab Syiah atau Sunni. Beliau menulis tentang kedua-dua mazhab dengan pengetahuan dan kebijaksanaan tetapi tidak membayangkan pilihan beliau atau

kemiripan beliau. Seseorang dapat meilihat pengaruh Syiah yang lebih kuat ke atas diri beliau semasa ia muda dan tarikan yang lebih kuat kepada mazhab Sunni pula apabila umurnya sudah lanjut, namun pilihan beliau sendiri tidak dinyatakan dengan tegas. Malah Abu Raihan pernah menyatakan bahawa ia memakai sebentuk cincin dengan dua jenis batu, yang satu dimuliakan oleh Sunni dan satu lagi oleh Syiah. Dengan begitu ia cuba menyatakan bahawa ia menerima kedua-duanya.

(7)

berfikir dan telah berjaya menguasai banyak cabangan ilmu

pengetahuan, namun ia tidak mengikuti jalan penyucian jiwa dan intuisi Qalbu yang bersifat terus yang di dalam Islam adalah berkaitan dengan ilmu tasawwuf. Beliau memuliakan kerohanian Sufisme seperti kaum Muslimin lainnya tanpa mempunyai pengalaman rohani sendiri.

Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang tersebut menjadikan al-Biruni dijuluki sebagai "ustaz fil ulum" atau guru segala ilmu. Meski sebahagian besar ilmuwan Muslim masa lalu memang memiliki kemampuan multidimensi, namun al-Biruni tampaknya lebih menonjol. Ia tak hanya menguasai bahasa Arab, tapi juga Sanskrit dan Ibrani. Ia memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang filsafat Yunani, menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berhasil membuktikan, menyandingkan ilmu dan filsafat telah memungkinkan agama bisa terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.

Al-Biruni telah menghasilkan lebih dari 150 buah buku. Di antara buku-buku itu adalah "Al-Jamahir fi al-Jawahir" yang berbicara mengenai batu-batu permata; "Al-Athar al-Baqiah" berkaitan kesan-kesan lama peninggalan sejarah, dan "Al-Saidalah fi al-Tibb", tentang obat-obatan. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol.

Sejak usia muda, Al-Biruni sudah tertarik pada astronomi dan matematik. Ia banyak belajar kepada astronom dan ahli matematika terkemuka kala itu, Abu Nasr Mansur. Pada tahun 990 atau saat usianya baru menginjak 17 tahun, Al-Biruni sudah melakukan pengamatan serius di bidang astronomi, yakni dengan menghitung garis lintang Kath melalui pengamatan ketinggian maksimum Matahari.

Al-Biruni amat berminat dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan teori-teori abstrak, falsafah, sains praktis matematik, geografi, fizik, dan astronomi. Dalam semua bidang itu, beliau lebih memberi penumpuan terhadap bidang astronomi. Ini dibuktikan melalui pengakuannnya sendiri, “Oleh kerana saya berminat dalam bidang astronomi, malah saya dikenali dalam bidang ini, maka saya tidak berniat untuk keluar dari bidang ini dan mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Mas’ud) yang dikenali sebagai nikmat, dengan menulis undang-undang astronomi”.

Bagi menunjukkan kepentingan ilmu astronomi dan matematik dalarn kehidupan harian, beliau telah memberi contoh dengan

mengemukakan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan air pasang surut. Ilmu kaji bintang juga penting dalam menentukan arah pengembaraan dan perjalanan, kiblat, waktu solat, dan kedudukan garis lintang dan garis bujur sesuatu tempat.

(8)

Pertamanya teori alam semesta yang mana beliau menganggap alam ini terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semester sebagai kuasa sebenar. Teori yang kedua ialah kosmogoni. Beliau membincangkan asal-usul alam semesta secara terperinci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bumi ini kekal. Beliau telah melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busi dengan mengumpulkan pelbagai arus pertukaran bumi pada zamannya.

Ketika usianya belum genap 22 tahun, Al-Biruni telah menulis sejumlah kertas kerja, meski dalam bentuk pendek. Sayangnya, semua kertas kerja Al-Biruni hilang ditelan sejarah. Salah satu karyanya yang bisa selamat adalah kartografi yang berguna dalam proyeksi pembuatan peta. Seperti halnya mendeskripsikan proyeksinya mengenai belahan Bumi melalui suatu pesawat, Al-Biruni pada usia 22 tahun dengan fasih membaca proyeksi peta yang ditemukan orang lain dan mendiskusikannya dalam risalah.

Tapi sayang, masa-masa ketika Al-Biruni hidup, adalah masa-masa genting Dunia Islam. Situasi politik yang berkembang saat itu juga turut memengaruhi dan menentukan arah kehidupan Al-Biruni. Penguasa Khwarazm adalah Banu Iraq dan secara kebetulan guru Al-Biruni, Abu Nasr Mansur adalah seorang pangeran dari keluarga tersebut. Pada tahun 995 terjadi kudeta politik. Perang saudara pun berkecamuk. Sebagai murid, Al-Biruni tentu saja terkena imbas persoalan politik tersebut. Ia kemudian melarikan diri dari Khwarazm sehingga ia kemudian tidak mengetahui bagaimana nasib sang guru. Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah mengetahui keilmuwan Al-Biruni, sang sultan pun menugaskan Al-Biruni sebagai ulama istana. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Di sana Al-Biruni mendapat kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan filsafat India. Hasilnya, ia menulis beberapa buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu. Dalam satu tulisannya, Al-Biruni menyatakan, ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan ajaran tauhid dalam Islam dan triniti dalam agama Kristen.

Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaidah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan perhitungan matematika. Al-Biruni berhasil menyusun satu daftar peta yang berisi kedudukan ibu kota negara di dunia. Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalin hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.

(9)

di awang-awangan. Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam perkembangan dan kemajuan Islam serta peradaban manusia. Pencapaian besar al-Biruni termasuklah penciptaan kaedah

penggunaan angka-angka India dengan menggunakan angka sifar, penentuan garis bujur serta garis lintang bumi dan penjelasan tentang hakikat kelajuan perjalanan cahaya mengatasi perjalanan bumi. Malah al-Biruni juga mewariskan banyak hasil penulisan yang sangat berharga termasuklah Saidalah fi al-Tibb" (ubat-ubatan) dan "Al-Qanun" (falak). Selain membuktikan kecintaan yang mendalam terhadap ilmu, al-Biruni dan juga sarjana-sarjana agung Islam zaman silam ternyata menunjukkan banyak teladan yang selayaknya dicontohi oleh umat Islam kini. Antaranya termasuklah usaha yang dilakukan dengan membuka pintu pengajian di seluruh dunia; timur serta barat dan bagi kemasukan segala bentuk warisan tamadun manusia sejagat. Proses penerimaan, penyerapan, penterjemahan,

pengembangan semula dan pengubahsuaian ilmu asing menurut asas yang ditentukan Islam demi kepentingan masyarakat Islam, tidak terhenti di situ sahaja, malah ditingkatkan sehingga mereka berjaya mencapai tahap kreativiti dan inovasi yang sebenar, iaitu pada kurun ke-3H./9M.

Di samping itu, hubungan yang dijalin dengan bangsa-bangsa maju di dunia ketika itu dijadikan penggerak usaha untuk memanfaatkan kemajuan dan pengetahuan yang dimiliki oleh bangsa-bangsa tersebut. Lebih utama daripada itu, tokoh-tokoh agung kebanggaan Islam ini membuktikan bahawa pencapaian hebat dan sumbangan besar lagi terbilang mereka itu hanyalah dengan satu tujuan yang suci, iaitu demi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada kehidupan manusia sejagat, bukan sahaja yang sezaman dengan mereka tetapi juga selepas mereka. Ini terbukti dengan penghasilan karya-karya agung yang dapat dimanfaatkan hingga pada zaman kini. Amat menarik juga jika diteliti bahawa kegigihan tokoh-tokoh agung Islam dalam pelbagai bidang itu sebenarnya turut didorong oleh pemerintah yang berilmu dan juga memiliki kecintaan yang mendalam terhadap ilmu seperti Khalifah al-Ma'mun (yang memerintah dari tahun 198-218H./813-833M.). Antara usaha penting khalifah `Abbasiyyah ini termasuklah titah baginda kepada sekumpulan besar ahli geografi dan ahli astronomi untuk menghasilkan sebuah buku geografi yang lengkap dan peta dunia yang baharu. Demikianlah pula dengan usaha untuk menentukan ukur lilit bumi di khatulistiwa. Pada awal kurun ke-3H./9M., Khalifah al-Ma'mun menitahkan supaya sekumpulan besar ahli astronomi menajdikan ukuran darjah longitud sebagai asas bagi penghasilan peta dunia. Kumpulan ahli astronomi ini melaksanakan titah baginda di Padang Pasir Sinjar, di utara Iraq dan juga di Tadmur dengan menggunakan pelbagai alat pengukuran, iaitu astrolab, rod serta tali pintal untuk menentukan permulaan dan penghujung darjah latitud serta jarak di antara kedua-duanya. Kesimpulan yang dicapai oleh mereka ialah darjah longitud mencapai 56 2/3 batu Arab dan dengan demikian, longitud khatulistiwa adalah hampir 40,000 km. Pada hakikatnya, longitud khatulistiwa yang diiktiraf oleh ahli geografi moden berpandukan hasil ilmiah yang cemerlang dan terperinci ini.

Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat martabat ahli filsafat dari pelbagai stigma dan label negatif, serta mengubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli filsafat itu sendiri. Al-Biruni meninggal dunia pada tanggal 13

(10)

Rumusan dan Cadangan

Sesungguhnya usaha menghayati serta menyuburkan semula ingatan terhadap sumbangan besar cendekiawan Islam yang terbilang itu di samping menjadikannya sebagai pencetus semangat dan inspirasi merupakan sesuatu yang harus dipuji. Ia diharapkan dapat

menimbulkan kesedaran yang tinggi tentang kepentingan penguasaan ilmu sains dan teknologi yang dapat membantu usaha membentuk sejumlah besar cendekiawan dan pakar bagi memacu kecemerlangan negara. Sehubungan itu juga, penglibatan aktif cendekiawan serta pakar ini dalam kegiatan penyelidikan dan pembangunan,

membolehkan negara mencipta teknologi sendiri yang bukan sahaja dapat mengelakkan pergantungan pada teknologi asing. Bahkan sebaliknya dapat merancakkan perkembangan iktisad ummah seluruhnya. Namun demikian, seharusnya pula kesedaran, minat, semangat serta inspirasi yang berhasil dipupuk sepanjang pameran yang dijadualkan berlangsung lebih dua bulan ini tidak terhenti di situ sahaja.

Lebih banyak langkah susulan yang perlu dirancang dan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan. Ini misalnya dengan memperkenalkan tokoh ilmuwan Islam silam ini secara berterusan dan melalui

pendekatan yang berkesan. Salah satunya ialah melalui kurikulum atau sukatan pelajaran dan pengajaran di sekolah, khususnya di peringkat rendah. Misalnya melalui mata pelajaran matematik, pelajar-pelajar diberikan maklumat tentang peribadi dan sumbangan al-Khawarizmi, antaranya bagaimana beliau menggunakan angka sifar sebagai gandaan puluh, ratus dan juta selain mengasaskan algebra (al-jabr) dan menjadikannya sebagai cabang ilmu yang terpisah daripada ilmu hisab dan geometri. Demikian juga melalui mata pelajaran sains, kegigihan dan sumbangan Ibn al-Haitham dalam bidang ini wajar didedahkan kepada pelajar-pelajar, apatah lagi kejayaan beliau untuk menguasai bidang sains, falsafah dan geometri bermula sejak usia remaja lagi.

Bagi penuntut-penuntut di institusi pengajian tinggi pula, keagungan tamadun Islam dan sumbangan ilmuwannya seharusnya tidak dibataskan hanya melalui pembelajaran subjek tamadun Islam semata-mata. Sebagai contoh, pensyarah boleh memainkan peranan dalam memberikan pendedahan dan pengetahuan yang mendalam tentang sumbangan tidak terhingga nilainya oleh ilmuwan agung Islam terhadap bidang atau kursus yang diikuti oleh pelajar-pelajar.

Kehebatan dan pencapaian mengagumkan ilmuwan Islam dalam seni bina (seperti Istana al-Hamra'/al-Hambra serta Taj Mahal), astronomi, geografi, pengembaraan dan pelayaran (misalnya jam matahari, astrolab dan kompas), teknologi dan penciptaan dalam bidang pertanian, pembinaan serta kejuruteraan (sebagai contoh, pam air automatik), penciptaan dan penemuan dalam bidang perubatan (misalnya kelalang tanah liat yang digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan), pasti dapat menyuntik semangat yang luar biasa sifatnya di kalangan penuntut, sekurang-kurangnya untuk mencipta kejayaan tersendiri.

(11)

Posted by Brandon prestley at 17:41

yang tiada taranya. Ternyata melalui rancangan tersebut, masyarakat negara ini memperoleh maklumat sebenar tentang sumbangan dan usaha yang dirintis oleh ilmuwan atau sarjana agung Islam. Sekadar menyebut contoh, pendedahan "Ilmuwan Islam" tentang sumbangan Ibn Firnas dalam kejuruteraan penerbangan dan merupakan orang pertama yang membuat percubaan untuk terbang pada tahun 875 (sebagaimana yang juga disebut oleh Philip Hitti, History of Arabs) membetulkan tanggapan orang ramai yang sebelumnya hanya mengetahui pencapaian Wilbur dan Orville Wright dalam bidang yang sama sekitar tahun 1900. Rancangan bermutu seumpama ini seharusnya mendapat sokongan dalam pelbagai bentuk, khususnya tajaan dan pengiklanan yang memungkinkan ia terus berperanan memberikan manfaat yang tidak terbanding nilainya kepada segenap lapisan masyarakat negara ini. Dalam hubungan ini, pihak pengiklan seharusnya menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap usaha kerajaan menyemarakkan budaya keilmuan dan tradisi menyelidik serta menghasilkan teknologi di kalangan rakyat. Bahkan inilah juga sebahagian daripada tanggungjawab kemasyarakatan yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Telah tiba masanya juga untuk pengiklan-pengiklan mengutamakan rancangan keilmuan berbanding dengan minat, tumpuan serta sasaran mendapatkan keuntungan melalui rancangan berbentuk hiburan semata-mata.

Secara peribadi, setiap kita perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan usaha menimbulkan minat mengikuti jejak dan pencapaian ilmuwan Islam silam. Sekurang-kurangnya inilah tandanya kita menyokong penuh dan menghargai kegigihan Prof Dr Fuat Sezgin, pemilik 148 replika pameran anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Institute for the History of Arabic-Islamic Science, Johanne Wolfgang Goethe University, Frankfurt, Germany yang bertemakan "Sains Islam Mendahului Zaman" itu. Memetik inti pati ucapan beliau pada hari pelancaran pameran, "Sains moden yang bermula di Eropah beberapa kurun silam sebenarnya begitu biasa dan dekat dengan kita. Justeru itu, umat Islam tidak harus sama sekali berasa terasing daripadanya kerana sebahagian besarnya merupakan cabang bagi tahap awal perkembangan dalam dunia Islam. Sebaliknya kini telah tiba masanya bagi kita mempelajari dan menyerap

pencapaian dalam tamadun barat sehingga kita berkeupayaan menyumbang pencapaian kita sendiri.".

+1 Recommend this on Google

Enter your comment...

Comment as: Google Account

Publish Preview

(12)

Newer Post

Home

Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Referensi

Dokumen terkait

Yang perlu diperhatikan pada perencanaan adalah kemudahan, kejelasan dan faktor keamanan terutama bagi bahan pustaka untuk menghindari kekacauan kegiatan dalam

Banyaknya pemirsa yang mengikuti forum chatting lewat sms di Chat Mate ini menurut penulis cukup menarik untuk diteliti, karena jika dilihat dari jam tayang program yaitu

Kebijakan puritanisme oleh sultan Aurangzeb dan pengislaman orang-orang Hindu secara paksa demi menjadikan tanah India sebagai negara Islam, dengan menyerang berbagai praktek

Berdasarkan hasil penyusunan kinerja Rencana Kerja Dinas Kehutanan Kabupaten Tambrauw, mencakup sasaran, program dan kegiatan yang dilaksanakan pada tahun lalu

Seluruh Dosen dan staf program studi Akuntansi Fakultas Ekonomi dan Bisnis Universitas Mercu Buana Bekasi yang telah memberikan segenap ilmunya.. Kepada teman-teman

Hasil penelitian dapat disimpulkan bahwa Prabu Brawijaya sebagai tokoh utama pada jagong pertama wayang beber Pacitan memiliki beberapa karakter antara lain; cermat, adil,

İslâm din ve kültürü Hindistan’a XI. yüzyıldan itibaren Gazneli fetihleriyle girmiş olmasına rağmen burada Türk-İslâm mimarisinin başlaması XII. yüzyılın

Dari hasil observasi tim pengabdi melihat kemampuan berbahasa Inggris para ibu-ibu PKK di lingkungan tersebut masih sangat memrihatinkan bahkan kemampuan dalam bahasa