• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi Masyarakat Terhadap Rancangan R

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Persepsi Masyarakat Terhadap Rancangan R"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP RANCANGAN REALITI TV Oleh:

Salmihah Binti Che Mud Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi

Pendahuluan

Semenjak rancangan survivor disiarkan pada tahun 2000 kepada khalayak ramai, ianya telah memberi satu pendedahan tentang format baru rancangan televisyen iaitu rancangan realiti TV. Realiti TV yang berunsur hiburan di Malaysia sememangnya telah memberikan impak yang besar kepada khalayak masyarakat Melayu yang boleh dikatakan Melayu itu ialah orang-orang Islam. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007), realiti memberi maksud kenyataan yang nyata (bukan khayalan), kenyataan dan hakikat. Rancangan realiti TV juga merupakan satu

genre yang mempersembahkan situasi dramatik atau humor yang dikatakan tidak berskrip, merakamkan peristiwa sebenar dan menampilkan orang biasa dan bukannya pelakon professional. Oleh itu, dokumentari dan rancangan bukan fiksyen seperti berita dan rancangan sukan tidak dikategorikan sebagai rancangan realiti.

Di Malaysia, rancangan realiti TV yang berjaya mendapat tempat di hati penonton ialah Akademi Fantasia, Mentor, Malaysian Top Host, Gadis Melayu, The Apparentice di TV3 dan banyak lagi. Situasi ini sangat membimbangkan kerana hasil kajian menunjukkan bahawa secara puratanya peringkat umur yang mengikuti rancangan ini adalah dalam kalangan para remaja. Para remaja mudah terdedah kepada rancangan sebegini kerana inginkan hiburan dan keseronokan bahkan sanggup menghabiskan masa dan duit semata-mata untuk mengundi peserta yang diminati. Kebijaksanaan penganjur program dalam memanipulasikan emosi penonton berjaya menarik kesetiaan penonton untuk sentiasa mengikuti dan memberi sokongan terhadap rancangan realiti TV yang dipaparkan. Sebagai contoh, sebanyak RM 7.5 juta dikaut oleh rancangan Akademi Fantasia musim kedua melalui 15 juta SMS yang dihantar sejak rancangan itu disiarkan pada 12 Jun 2004 (Utusan Malaysia 2004).

(2)

berunsur dakwah di televisyen harus diperhebatkan lagi bagi menyaingi rancangan realiti yang berunsurkan hedonisme semata. Sungguhpun begitu, terdapat juga rancangan realiti TV berunsurkan dakwah Islam yang cuba diketengahkan seperti Imam Muda dan Pencetus Ummah di Astro, Akademi al-Quran dan Akademi Nasyid di TV9, Daie Millenia di TV3 dan lain-lain

lagi. Namun begitu, tidaklah dapat dipastikan sejauhmana kejayaan rancangan realiti TV Islam ini mampu menarik penonton. Konklusinya, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat persepsi masyarakat terhadap rancangan realiti TV Islam di Malaysia.

Konsep Realiti TV Islam

Menurut Karhigesu, R (1990) televisyen adalah satu saluran yang begitu penting dalam pembangunan negara. Ia menjadi perkara utama dalam memupuk agenda sosial di kebanyakan negara. Di negara barat sendiri, televisyen dianggap sebagai salah satu alat komunikasi paling berpengaruh dalam kehidupan terutamanya dari aspek sosial, ekonomi dan politik. Walaupun begitu, pengaruh televisyen juga mampu memberikan kesan yang negatif terhadap penonton seperti menghabiskan masa dengan menonton rancangan realiti TV dan secara tidak langsung akan menyumbangkan duit bagi mengundi peserta yang diminati oleh mereka dari disingkirkan. Oleh itu, kemunculan rancangan realiti TV yang bercorak dakwah Islamiah penting dalam menarik perhatian penonton untuk turut serta dalam menimba ilmu agama daripada rancangan tersebut. Tambahan pula, dalam perspektif Islam turut mempunyai konsep berhibur dengan tujuan untuk kesejahteraan, menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan digalakkan selagimana ianya tidak bercanggah dalam Islam sebagaimana firman Allah (s.w.t.) dalam surah al-A’raaf ayat 32:











 











































































(3)

“Katakanlah: Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik? Katakanlah: Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka sahaja) di hari kiamat.

Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.” (al-Quran, al-A’raaf 7:32)

Konsep realiti TV Islam berkait rapat dengan konsep hiburan dalam Islam kerana rancangan yang dimainkan dalam realiti TV ini adalah berkisar tentang seni, budaya, muzik dan nyanyian. Menurut al-Qaradhawi (1967) dalam kitabnya “Al-Halal wal al-Haram fi Islam” iaitu tidak semua nyanyian atau hiburan adalah lagha bahkan ia mempunyai hukum tersendiri yang bergantung kepada niat si pelakunya. Malah, beliau berpendapat muzik yang diharuskan itu adalah selama mana ia tidak melampau serta tidak melalaikan sehingga lupa kepada tanggungjawab sebagai seorang muslim. Oleh yang demikian, hendaklah diketahui bahawa tujuan utama yang ditentukan dalam syariat Islam adalah untuk mengawal dan mendidik manusia agar tidak berlebih-lebihan serta keterlaluan dalam berhibur yang mana sesuai dengan fitrah semula jadi manusia itu sendiri. Antara ciri-ciri yang harus diikuti ialah tidak memberi pengaruh yang buruk kepada penonton, menggunakan bahasa yang sopan, tidak bercampur aduk dengan perkara maksiat dan mengandungi galakan bagi perkara yang baik dan menjauhi yang mungkar. Sebagaimana firman Allah s.w.t :









































(4)

Rancangan Realiti TV Islam Di Malaysia

Terdapat pelbagai rancangan realiti TV Islam yang muncul di Malaysia. Malah, terdapat juga rancangan yang berjaya memberi input dan pengajaran yang berguna kepada penonton. Antara

rancangan realiti TV Islam yang terawal muncul ialah rancangan realiti Akademi al-Quran iaitu pada 27 Julai 2006. Akademi al-Quran memberikan lembaran baru kepada dunia penyiaran Islam. Format rancangan berasaskan format asal dan bukannya diadaptasi daripada mana-mana format luar. Rancangan ini mendedahkan kepada masyarakat tentang keindahan Islam dalam membaca al-Quran dengan lagu dan qiraat yang tersendiri. Rancangan realiti Akademi al-Qur’an yang mengenengahkan bakat bacaan al-Quran bertarannum telah mengekalkan prestasinya selama lima musim berturut-turut dan baru sahaja berakhir musim kelima pada 26 Mac 2011. Rancangan Akademi al-Quran berjaya menarik minat penonton untuk menontonnya (Anon a. 2011)

Selepas itu, diikuti dengan Akademi Nasyid terbitan TV9 pada 21 Jun 2008 bersesuaian dengan imej TV9 sebagai stesen televisyen yang menjurus kepada rancangan berunsurkan Islam serta menerapkan nilai murni kepada penonton terutamanya masyarakat Melayu. Uji bakat pencarian peserta bermula pada 2 Mei sehingga 8 Jun 2008 pada setiap hujung minggu selama 6 minggu. Akademi Nasyid merupakan rancangan realiti muzikal nasyid yang pertama di Malaysia. Cara pemilihan pemenang, bergantung kepada juri dan juga undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Konsert pertandingan Akademi Nasyid berakhir pada 30 Ogos 2008.

Selain itu, tidak ketinggalan juga rancangan yang diterbitkan oleh JAKIM untuk

(5)

Kemudian, rancangan realiti TV Islam telah mengorak langkah ke hadapan dan berjaya menarik minat seluruh rakyat Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa dengan terbitnya rancangan Imam Muda terbitan Astro Oasis pada tahun 2010 dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Rancangan ini bertujuan untuk mencari anak-anak muda

yang terbaik di Malaysia dan dapat menyampaikan dakwah dengan baik. Program realiti TV Imam Muda ini telah mencatatkan 1.7 juta semakan carian di Google dan mengumpulkan lebih daripada 300 ribu peminat di Facebook serta disaksikan lebih tiga juta penonton. Situasi ini menunjukkan bahawa rancangan realiti TV Islam seperti Imam Muda ini mempunyai ramai peminat dari dalam dan luar negara. Rancangan Imam Muda ini telah membuktikan bahawa, masyarakat pada hari ini bukan sahaja inginkan rancangan hiburan semata-mata, tetapi program-program TV yang berunsurkan Islam (Astro 2012).

Selain itu, kemunculan pelbagai rancangan realiti TV Islam yang lain seperti Daie Millenia, Pencetus Ummah, Solehah, Ustazah Pilihan dan lain-lain lagi telah membuka satu lembaran baru dalam kehidupan masyarakat. Rancangan realiti ini bukan bersifat realiti semata bahkan memberi banyak input yang berguna kepada penonton. Isu-isu semasa yang diketengahkan dan penyelesaiannya mengikut syariat Islam telah membuka mata penonton untuk menonton rancangan yang dipaparkan. Tambahan pula, terdapat juga peserta yang akan dijemput untuk memberikan pengisian yang berguna kepada masyarakat apabila tamatnya rancangan realiti TV ini. Inilah antara kejayaan rancangan realiti TV berunsurkan Islam dalam menyumbang sesuatu yang bermakna bukan sahaja kepada penonton bahkan kepada masyarakat keseluruhannya.

Pengaruh Realiti TV Terhadap Masyarakat

(6)

kepada skorpus ilmu pelbagai tahap bermula daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Fokus pada kali ini tertumpu kepada rancangan hiburan iaitu realiti TV yang mendapat ranking tertinggi dalam kalangan penonton.

Rancangan realiti TV terbahagi kepada tiga bahagian iaitu rancangan game shows

(berbentuk sukan), talent shows (rancangan mengasah bakat) dan dating shows (rancangan mencari pasangan). Adapun rancangan game shows yang terdapat di Malaysia seperti Fear Factor Malaysia, Wakenabeb, Bang Bang Boom, Who Wants To Be A Millionair dan banyak lagi, manakala rancangan talent shows seperti Malaysian Idol, Mentor, Akademi Fantasia, Imam Muda, Pencetus Ummah, Ustazah Pilihan, Solehah dan sebagainya manakala yang terakhir ialah rancangan mencari pasangan seperti Perfect Match dan Take Me Out.

Hasil kajian mendapati bahawa rancangan realiti TV mampu memberi pengaruh dan kesan ke atas sikap atau tingkahlaku, emosi dan minat para penonton. Hasil kajian yang dilakukan oleh

Parents Television Council pada tahun 2002 dan 2004 menunjukkan bahawa hampir setiap rancangan realiti TV memaparkan unsur-unsur yang berkaitan dengan seksual, keganasan dan juga bahasa kasar yang boleh mempengaruhi penonton (Cynthia Frisby 2004; Anon b. 2014).

Selain daripada itu, mantan pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Profesor Datuk Hamdan Adnan menegaskan bahawa, program realiti TV mampu menghapuskan tatasusila masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia. Ini kerana masyarakat di timur terutamanya Malaysia terkenal dengan adat dan ketatasusilaan sedangkan program-program realiti TV pada masa kini banyak memaparkan adegan yang menjerumus ke arah budaya kuning dari barat sekaligus mampu menghapuskan budaya ketimuran masyarakat Islam

di Malaysia. Sebagai contoh, dalam mana-mana program realiti TV terdapat adegan berpelukan dan menangis apabila rakan mereka tersingkir daripada program tersebut, manakala dalam program Akademi Fantasia pula peserta lelaki dan peserta perempuan tinggal di sebuah rumah dan sebagainya (Noor Hafiz Bin Abd. Jalil 2010).

Menurut Cynthia Frisby (2004) dalam penulisannya Getting Real With Reality TV

(7)

ada gembira, sedih, marah, kecewa dan sebagainya sepertimana yang ditunjukkan dalam rancangan Survivor yang meninggalkan perasaan gerun kepada penonton, rancangan Fear Faktor meninggalkan perasaan takut dan marah, rancangan Akademi Fantasia meninggalkan perasaan gembira dan banyak lagi.

Annette Hill (2005) pula dalam kajiannya Reality TV: Audience And Popular Factual Television mendapati bahawa kebanyakan penonton rancangan realiti TV lebih cenderung kepada jalan cerita di sebalik tabir dalam sesuatu cerita berbanding ceritanya sendiri. Hal ini akan mempengaruhi penonton bilamana penonton mengetahui gaya hidup sebenar mereka dan menjadikan mereka sebagai sumber idola. Sebagai contoh, dalam Malaysian Idol atau Akademi Fantasia yang mengajar mengenai hiburan, glamour dan mengamalkan gaya hidup yang bebas antara lelaki dan perempuan maka penonton akan berpusu-pusu mengejar sebagaimana yang telah idola mereka kecapi dan meniru gaya hidup yang bebas sebagai mengikuti trend masa kini. Berbeza sekiranya penonton yang menonton rancangan realiti TV yang positif dan berbentuk keagamaan sebagai contoh, Program Solehah, Ustazah Pilihan, Imam Muda dan banyak lagi. Hasil kajian yang dilakukan oleh Mohd Amir Ismail (2012) menunjukkan penonton yang menonton rancangan yang berbentuk postif lebih cenderung ke arah perbuatan yang positif.

Rentetan daripada itu, rancangan realiti TV memainkan peranan penting dalam menjadi faktor yang boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat sama ada berubah ke arah yang positif mahupun negatif. Kawalan dan penapisan rancangan seharusnya dilakukan secara lebih ketat dan terperinci sama ada menerusi pihak yang berkuasa, ibu bapa atau individu agar dapat memandu pemikiran masyarakat ke arah yang positif seterusnya melahirkan generasi Ulu al-Albab yang terbaik dalam diri masyarakat.

Persepsi Masyarakat Terhadap Pengaruh Realiti TV

(8)

realiti TV mempunyai unsur yang negatif seperti yang didakwa, walaubagaimanapun sejauhmana tanggapan masyarakat terhadap rancangan ini walaupun terdapat sebilangan rancangan realiti TV yang berunsurkan kepada keagamaan.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Mohd Amir Ismail (2012) mendapati bahawa pandangan masyarakat terhadap rancangan realiti TV ialah rancangan berbentuk ini mampu meningkatkan pengetahuan penonton terhadap sesuatu isu sama ada isu semasa mahupun maklumat tambahan terutamanya apabila melihat rancangan realiti TV yang mempunyai unsur-unsur keagamaan seperti Imam Muda, Pencetus Ummah, al-Kuliyyah dan sebagainya. Ini kerana dalam program tersebut terdapat segmen soal jawab yang berkaitan dengan isu semasa yang melanda masyarakat, oleh itu secara tidak langsung peserta yang menjawab soalan yang dikemukakan dapat merungkai segala persoalan penonton. Tambahan pula terdapat juga rancangan Who Wants To Be A Millionair Malaysia, Roda Impian dan banyak lagi program realiti yang berbentuk akademik dengan mengutarakan soalan-soalan yang dapat menambah pengetahuan penonton dalam bidang yang berlainan.

Selain itu, dengan menonton rancangan realiti TV ini turut dapat membuka ruang lingkup pemikiran penonton agar lebih bersikap terbuka dan tidak terlalu timid terhadap sesuatu isu. Sebagai contoh rancangan Tanyalah Ustazah, Bicara Mufti, Al-Kuliyyah dan banyak lagi yang ditayangkan demi mengutarakan dan menjelaskan sesuatu isu kontemporari yang berkaitan dengan agama secara lebih mudah dan terperinci. Tambahan pula, terdapat juga rancangan realiti TV yang memaparkan hubungan kekeluargaan antara ayah dan anak seperti The Return Of Superman, cerita ini juga mengajar bagaimana untuk mengeratkan hubungan seorang ayah dan anak disamping mengajar ayah itu sendiri bagaimana membentuk dan mendidik anaknya.

Terdapat juga, program Survivor yang mendidik masyarakat untuk berdikari ketika berada dalam kesusahan, program Imam Muda, Ustazah Pilihan, Solehah dan banyak lagi yang mendidik masyarakat mengenai kepentingan ilmu agama dalam kehidupan seharian dan bersikap berani serta proaktif dalam menangani sesuatu isu.

(9)

melalui rancangan ini. Perkara yang seharusnya diberi penekanan ialah mengenai pemilihan rancangan realiti TV yang tepat dan yang boleh meninggalkan implikasi yang positif terhadap penonton.

Kesimpulan

Hasil lambakan rancangan realiti TV pada keseluruhannya bukan sahaja meninggalkan implikasi yang negatif bahkan terdapat juga implikasi yang positif. Ini berikutan daripada munculnya rancangan-rancangan realiti yang berbentuk ilmiah sehingga mampu membuka ruang lingkup pemikiran penonton seperti Who Want To Be A Millionair, Roda Impian dan sebagainya. Selain daripada itu, terbitnya rancangan realiti TV yang berbentuk keagamaan turut meninggalkan kesan yang positif terhadap penonton.

Adapun rancangan realiti TV yang berbentuk keagamaan mempunyai ciri-ciri seperti tidak memberi pengaruh yang buruk kepada penonton, menggunakan bahasa yang sopan, tidak bercampur aduk dengan perkara maksiat dan mengandungi galakan bagi perkara yang baik dan menjauhi yang mungkar. Kemunculan rancangan realiti TV yang bercorak dakwah Islamiah dilihat penting dalam menarik perhatian penonton untuk turut serta menimba ilmu agama daripada rancangan tersebut.

Walaubagaimanapun, kajian mendapati penghasilan rancangan realiti TV yang berunsurkan keagamaan masih tidak dapat menyaingi realiti TV yang berunsurkan hiburan berikutan jumlah pengeluarannya yang terlalu sedikit berbanding hiburan. Rentetan daripada itu, kawalan dan penapisan rancangan seharusnya dilakukan secara lebih ketat dan terperinci sama ada menerusi

pihak yang berkuasa, ibu bapa atau individu agar dapat memandu pemikiran masyarakat ke arah yang positif.

(10)









































“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung.” (al-Quran, al-Imran 3:104)

Rujukan

Al-Quran.

al-Qaradhawi, Yusof. 1967. Al-Halal wa al-Haram fi Islam. Terj. Zulkifli Mohd al-Bakri. Nilai: Pustaka Cahaya Kasturi Sdn.Bhd.

Annette Hill. 2005. Reality TV: Audience And Popular Factual Television. Routledge Madison Ave: New York.

Anon a. 2011 .TV9/akademi al-quran 5.http://www.TV9.com.my.html [15 November 2014].

Anon b. 2014.Violence and the Media.http://w2.parentsTV.org[12 Disember 2014].

Astro. 2012. Imam muda 3 terus dapat sambutan. http://www. Astrogempak.com my [15 November 2014].

Cynthia Frisby. 2004. Getting real with reality TV. USA Today vol. 133(2712). September 2004: 50.

Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007. Kamus Dewan Edisi ke-Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(11)

Karhigesu, R. 1990. Sejarah Perkembangan Televisyen di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Amir Ismail. 2012. Persepsi masyarakat muslim kuala krai terhadap rancangan realiti TV islam. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noor Hafiz Bin Abd. Jalil. 2010. Program Realiti TV : Antara Kebaikan dan Keburukan. Selangor: Kolej Mara Banting.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hal tersebut maka penelitian ini dilakukan untuk mencoba mencari hubungan antara hasil pemeriksaan darah lengkap yang terdiri dari jumlah trombosit,

informasi karena di Kota Padang untuk media beriklan yang menggunakan media ini masih kurang efektif. Nantinya billboard ini akan didirikan di tempat strategis seperti

Penelitian selanjutnya oleh Saripah (2010) model konseling dengan empati menunjukkan hasil yang efektif untuk menurunkan perilaku bullying pada siswa usia sekolah

Hubungan timbal balik yang terjadi pada masyarakat pemulung merupakan modal bagi mereka karena akan terjalin saling membutuhkan satu sama lain yang dalam

Dalam proses pemilihan calon mahasiswa penerima bidikmisi di amikom masih memungkinkan pemilihan atau penilaian bersifat subyektif.Penerapan sistem pendukung

Lampiran 6 Hasil Estimasi Pengaruh Pertumbuhan terhadap Kemiskinan untuk Model Gabungan dengan Program STATA SE 10. # Penghitungan dalam

Hasil penelitian menunjukkan Formasi Halang mempunyai karakteristik paling mirip dengan sampel minyak, tetapi dianggap tingkat kematangannya tidak memungkinkan

Selain itu apartemen juga dipandang sebagai peluang investasi properti yang lebih baik dari perumahan, sehingga dalam memutuskan untuk tinggal di apartemen,