• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemilihan dan Penggunaan Media Sosial da

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pemilihan dan Penggunaan Media Sosial da"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Pemilihan dan Penggunaan Media Sosial dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) : Satu kajian di KIS

Fatin Fatinah Binti Manap Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) Email: ffatin22@gmail.com

ABSTRAK

Media sosial merupakan faktor penting dalam peningkatan kualiti pembelajaran. Penggunaan media sosial dalam proses pembelajaran memerlukan kepekaan tenaga pengajar dalam pemilihan media yang akan digunakan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan media sosial, jenis pemilihan media sosial dan juga kegunaannya dalam kalangan pensyarah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian deskriptif dalam bentuk tinjauan yang menggunakan kaedah kuantitatif. Soal selidik digunakan sebagai instrumen pengumpulan data. Responden terdiri daripada 35 orang pensyarah di Kolej Islam As sofa, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan pemilihan bagi media sosial yang sering digunakan oleh responden adalah facebook iaitu sebanyak 32.3%, manakala bagi kajian T-test mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara jantina dengan pemilihan media sosial (t=-0.289, p>0.05). Seterusnya, bagi penggunaan media sosial dengan pengalaman kerja pula, kajian mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara jantina dengan pemilihan media sosial (t=-0.535, p>0.05).

Kata kunci : Pemilihan media; penggunaan media; proses pengajaran dan pembelajaran; media sosial

ABSTRACT

(2)

As- Sofa, Selangor. The findings show that the frequent social media used by the respondents is Facebook, specifically by 32.3%, while for the T-test found no significant difference between the gender with the selection of social media (t = -0289, p> 0.05). Lastly, for the use of social media with work experience, studies have found no significant difference between the gender with the selection of social media (t = -0535, p> 0.05).

Keywords : Selection of media; use of media; teaching and learning process; social media

PENDAHULUAN

Media atau perantara merupakan pembawa/penyalur maklumat daripada penyampai kepada penerima. Tujuan media adalah untuk mempermudah dan menentukan keberkesanan dalam perhubungan. Asas media terdiri daripada enam kategori iaitu teks, audio, visual, video, manipulatif (objek) dan manusia. Enam kategori ini adalah berasaskan bentuk ciri fizikal. Contoh maklumat yang disalurkan di TV meliputi sekurang-kurangnya tiga kategori media iaitu teks, audio dan visual. Saluran buku teks tentulah tergolong dalam kategori media iaitu teks dan visual, manakala saluran telefon pula dari kategori audio. Saluran internet merangkumi kategori teks, audio dan video. Media pengajaran adalah pembawa maklumat mengenai bahan pengajaran yang menjadi keperluan untuk menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sesebuah institusi. Umumnya, dalam mana-mana proses pengajaran keperluan media kerap menjadi keutamaan selari dengan keperluan untuk mencapai hasil pembelajaran. Pemilihan media pengajaran menjadi aktiviti pereka bentuk pengajaran atau pensyarah dalam menentukan kesesuaiannya bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran mencapai hasil yang diharapkan.

(3)

sesuatu dengan berkesan apabila pembelajaran diintegrasikan dengan pelbagai media pembelajaran yang sesuai dengan pemilihan yang tepat daripada pensyarah.Tanpa media pembelajaran yang berkesan, mereka masih boleh belajar sesuatu, tetapi apa yang dipelajari akan dilupakan (Sudjana & Rivai 2008; Jamalludin & Zaidatun 2003).

PEMILIHAN MEDIA

Anderson (1976), mengemukakan dua pendekatan ataupun model dalam proses pemilihan media pembelajaran, iaitu model pemilihan tertutup dan model pemilihan terbuka.

a. Model Pemilihan tertutup, terjadi apabila alternatif media telah ditentukan “dari atas” (misalnya dari Jabatan Pendidikan), sehingga model ini perlu digunakan dalam pembelajaran . Pemilihan media lebih banyak dilakukan ke arah pemilihan topik atau jenis perbahasan yang mana lebih sesuai untuk digunakan pada jenis media tertentu. Contohnya penggunaan media audio seperti mana yang telah ditetapkan. Dalam situasi sedemikian, bukanlah persoalan mengapa media audio yang digunakan, dan bukan media lain? Jadi yang harus dilakukan adalah memilih dan memaparkan topik-topik yang tepat melalui media audio.

b. Model pemilihan terbuka pula merupakan berlawanan dari pemilihan tertutup. Maksudnya, bebas memilih apa-apa sahaja jenis media yang sesuai dengan keperluan pada masa kini. Alternatif media masih terbuka luas. Proses pemilihan terbuka lebih anjal sifatnya kerana benar-benar bersesuaian dengan keperluan dan keadaan yang semasa. Namun proses pemilihan terbuka ini memerlukan kemampuan dan keterampilan pensyarah untuk melakukan proses pemilihan. Seseorang pensyarah kadang kala boleh melakukan pemilihan media dengan menggabungkan antara pemilihan terbuka dengan pemilihan tertutup.

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(4)

dan marker telah banyak digunakan. Media pengajaran dari bentuk elektronik kerap digunakan di bilik kuliah atau makmal seperti penggunaan komputer, internet dan projector LCD. Proses pengajaran adalah suatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama antara pensyarah dan juga pelajar. Tanpa salah satu daripadanya pengajaran tidak akan berlaku. Oleh itu, pengajaran dirancang oleh pensyarah secara sistematik dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai yang boleh terjadinya proses pembelajaran. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan secara relatifnya kekal sama ada dalam bentuk yang eksplisit ataupun implisit (Shababuddin et al. 2003). Dalam proses pengajaran, pelbagai pendekatan yang boleh diaplikasikan seperti pengajaran berpusatkan pelajar, pensyarah, hasil, proses dan nilai. Sehubungan dengan itu, pengajaran boleh ditambah baik dengan perkembangan ilmu, kemantapan kemahiran dan rujukan kepada amalan profesional yang berkaitan. Pengajaran juga merangkumi proses merekabentuk kurikulum, penyampaian kurikulum, dan sistem penilaian pelajar. Sistem pembelajaran adalah proses interaksi antara pelajar dengan pensyarah agar berlakunya proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan atau penguasaan kemahiran dan kepercayaan kepada pelajar. Secara ringkasnya komponen asas yang membentuk sesuatu proses pengajaran seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu pensyarah, pelajar, kandungan, kaedah, tujuan, hasil (perubahan yang kekal secara relatif) dan penilaian.

Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2002), skop pembelajaran sangat luas meliputi domain kognitif (pemikiran dan minda), afektif (perasaan dan emosi) dan psikomotor (anggota fizikal badan). Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2011 Vol.5 menyatakan bahawa pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Pembelajaran boleh berlaku tanpa melalui proses pengajaran formal dan pembelajaran memerlukan kaedah dan proses sama ada dari yang paling mudah sehinggalah kepada yang paling kompleks. Demikian juga pengajaran tidak semestinya menghasilkan pembelajaran. Namun, secara lazimnya pengajaran yang baik akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Justeru, terdapat pembelajaran yang tetap memerlukan proses pengajaran. Secara ringkas, komponen asas yang mesti dipenuhi untuk menghasilkan pembelajaran ialah pelajar, perkara yang dipelajari (bersifat kandungan atau pengalaman pembelajaran, kaedah dan hasil (perubahan yang kekal secara relatif)).

(5)

itu, pensyarah dan pengajaran yang berkesan sangat penting untuk mendapatkan pembelajaran yang baik. Pelajar belum memiliki pengetahuan dan kemahiran kaedah untuk belajar. Terdapat beberapa perbezaan antara pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran, pensyarah seharusnya mempunyai tujuan tertentu dan menetapkan sasaran yang ingin dicapai. Pengajaran juga memerlukan kesedaran dan objektif yang jelas.

MEDIA SOSIAL

Perkembangan internet pada era kini, aplikasi media sosial menjadi kian popular. Menurut Kaplan & Haenlein (2010) media sosial boleh didefinisikan sebagai sekumpulan aplikasi internet yang dibina berasaskan ideologi dan teknologi Web 2.0. Ia turut membenarkan penghasilan dan perkongsian bahan-bahan yang dijana oleh pengguna. Media sosial banyak bergantung kepada penglibatan golongan remaja. Mengikut Wardrip-Fruin dan Montfort (2003) menyatakan bahawa golongan remaja yang terdedah kepada teknologi maklumat pada usia muda lebih cenderung penglibatanya dalam perkongsian maya, khususnya melalui media sosial.

Walaubagaimanapun, aplikasi media sosial telah menjadi salah satu cara komunikasi yang paling penting sejak kebelakangan ini. Menurut Bryer dan Zavatarro (2011), media sosial adalah teknologi yang memudahkan interaksi sosial, membuat kerjasama, dan membolehkan perbincangan. Media sosial yang dicipta pada asalnya untuk tujuan komunikasi kini telah mempunyai kepelbagaian fungsi. Kesan daripada itu, media sosial diwujudkan untuk menyediakan komunikasi dalam kalangan rakyat tanpa mengira jarak, membuatnya lebih terbuka kepada semua orang supaya mudah berkongsi maklumat, fail dan gambar-gambar dan video, membuat blog dan menghantar mesej, dan membuat perbualan masa nyata. Sistem ini dikenali sebagai sosial kerana menyediakan perkhidmatan komunikasi yang mudah dan berkesan dengan keluarga, saudara- mara dan rakan-rakan. Bukan itu saja malah media sosial juga menguatkan hubungan antara manusia.

(6)

tertumpu kepada aplikasi yang membantu pelajar dalam penulisan seperti Wikipedia dan blog (Huang & Hung, 2009; Kessler, Bikowski, & Boggs, 2012).

Justeru itu, Alexa (2012) mencatat lima media sosial teratas di dunia iaitu Facebook, diikuti oleh Twitter, Linkedln, Google+ dan Pinterest. Sehubungan dengan itu, Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg sebagai medium untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat bagi pelajar Harvard sahaja kini menjadi media sosial paling dikenali di dunia. Pada Jun 2011, Facebook melaporkan jumlah pengguna telah mencapai 750 juta.Menurut laman web Internet Lives Stats pula, seramai tiga bilion atau 40 peratus daripada penduduk dunia menggunakan Internet. Di Malaysia terdapat hampir 20 juta atau 67 peratus rakyat menggunakan internet dan lebih daripada 15 juta orang akses kepada Facebook. Media sosial juga dijadikan tempat menyampaikan maklumat dan bertukar pendapat serta sebagai wadah pembelajaran dan sumber rujukan yang interaktif dan kreatif. Media sosial juga telah membuka dunia komunikasi dengan lebih luas tanpa sempadan dan kaedah ini menjimatkan waktu. Melalui internet, apa sahaja yang diperlukan boleh diperoleh jawapan dengan mudah.

PERNYATAAN MASALAH

(7)

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengetahuan media sosial, faktor pemilihan media sosial dan kegunaannya dalam kalangan pensyarah semasa pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dilakukan di sebuah Kolej Islam As Sofa, Ampang Selangor.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti jenis pemilihan aplikasi media sosial yang sering digunakan dalam kalangan pensyarah.

2. Mengenal pasti tahap pengetahuan media sosial dalam kalangan pensyarah.

3. Mengenal pasti tahap penggunaan media sosial dalam kalangan pensyarah.

4. Mengenal pasti perbezaan antara jantina dengan pemilihan media sosial dalam kalangan pensyarah.

5. Mengenal pasti perbezaan antara pengalaman kerja dengan penggunaan media sosial.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian ini adalah seperti berikut :

1. Apakah jenis pemilihan aplikasi media sosial yang sering digunakan dalam kalangan pensyarah

2. Apakah tahap pengetahuan media sosial dalam kalangan pensyarah.

3. Apakah tahap penggunaan media sosial dalam kalangan pensyarah.

(8)

5. Adakah terdapat perbezaan antara pengalaman kerja dengan penggunaan media sosial.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian mengunakan kajian tinjauan yang menggunakan kaedah kolerasi yang mana bermatlamat untuk mengetahui tahap pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh golongan pensyarah yang berkaitan dengan penggunaan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran. Soal selidik juga dijalankan ke atas responden bagi kajian ini untuk mendapatkan data dan pandangan pensyarah mengenai penggunaan media sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu menurut Mohd Najib (1999) mengatakan kajian berbentuk ini adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang menerangkan suatu fenomena yang sedang berlaku, iaitu merujuk kepada penggunaan media sosial yang semakin penting dalam sistem pendidikan pada masa kini, serta kepentingan pensyarah menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran media sosial untuk kegunaan peribadi atau dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala data-data mengenai persoalan kajian diperolehi daripada kaedah soal selidik. Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana merasakan ianya paling sesuai untuk mendapatkan maklumat secara terperinci tentang kajian yang dijalankan.

(9)

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi kajian ini terdiri dari 35 orang pensyarah di Kolej Islam As sofa ampang, Selangor. Menurut persamplelan krejcie dan morgan (1970) saiz sample yang di perlukan adalah sebanyak 32 responden. Menurut Mohd Najib (1999) sample adalah sumber mendapatkan data bagi sesuatu kajian.

DAPATAN KAJIAN

Soal selidik yang telah diedarkan adalah sebanyak tiga puluh lima set tetapi hasil daripada edaran soal selidik hanya tiga puluh dua orang yang dikembalikan.

Jadual 1 Profil Responden

Jadual 1 memaparkan profil responden dari aspek jantina dan juga umur. Berdasarkan Jadual 1, terdapat 28.1% (9 orang) pensyarah lelaki dan 71.9% (23 orang) pensyarah perempuan. Berdasarkan 32 orang pensyarah, seramai 26 orang (81.3%) pensyarah yang berumur antara 21 tahun hingga 30 tahun dan 6 orang (18.3%) pula pensyarah yang berumur antara 31 tahun hingga 40 tahun.

Jantina Frequency Percent Cumulative

(10)

Jadual 2 Profil Responden

Jadual 2 memaparkan profil responden dari aspek pengalaman kerja, taraf pendidikan dan juga status. Sehubungan dengan itu bagi pengalaman kerja, seramai 9 orang (28.1%) pensyarah yang mempunyai pengalaman antara 1 hingga 2 tahun, seramai 16 orang (50.0%) pensyarah yang mempunyai pengalaman antara 3 hingga 4 tahun, seramai 4 orang (12.5%) pensyarah yang mempunyai pengalaman antara 5 hingga 6 tahun dan juga seramai 3 orang (9.4%) sahaja pensyarah yang mempunyai pengalaman paling lama antara 7 hingga 8 tahun. Walaubagaimanapun bagi taraf pendidikan pula menunjukkan 32 orang (100%) responden yang memiliki Ijazah/Sarjana/PhD dan akhir sekali hanya 20 orang (62.5%) responden yang berstatus Berkahwin dan sebanyak 12 orang (37.5%) responden masih berstatus bujang.

Pengalaman Kerja Frequency Percent Cumulative Percent

Ijazah/Sarjana/PhD 32 100.0 100.0

(11)

Soalan Kajian 1: Apakah jenis pemilihan aplikasi media sosial yang sering digunakan dalam kalangan pensyarah

Rajah 1 menunjukkan pemilihan Media Sosial yang sering digunakan oleh pensyarah. Nilai paling tinggi bagi kekerapan tersebut adalah facebook iaitu seramai 20 orang (32.3%) dan nilai paling rendah pula ialah twitter seramai 2 orang (3.2%) sahaja.

Jadual 3 Tahap Pengetahuan Media Sosial

Adakah

Std. Deviation 1.05446 1.01401 1.03517 1.14828 .99798

Soalan Kajian 2: Apakah tahap pengetahuan media sosial dalam kalangan pensyarah Jadual 3 menunjukkan min bagi tahap pengetahuan media sosial. Berdasarkan jadual tersebut min yang paling ialah 3.71 iaitu pensyarah yang mengikuti perkembangan aplikasi media

32.3

Facebook Twitter YouTube Wikipedia WhatsApp Lain-lain Total

Media Sosial yang sering digunakan

(12)

sosial. Manakala Min keseluruhan bagi konstruk tahap pengetahuan media sosial adalah 3.59 dengan membawa maksud yang memuaskan.

Jadual 4 Tujuan Pemilihan Media Sosial

Melihat

Jadual 4 menunjukkan tujuan pemilihan media sosial. Berdasarkan jadual tersebut, min yang paling tinggi adalah 4.25. iaitu merujuk kepada sistem komunikasi yang pantas. Secara keseluruhannya, responden telah membuat pemilihan media sosial dengan tahap penerimaan yang baik iaitu pada kadar min keseluruhan adalah 4.2

Jadual 5 Tahap Penggunaan Media Sosial

Kekerapan

Std. Deviation 1.24434 1.09939 1.01947 1.23744 1.39085

(13)

Jadual 6 Perbezaan Jantina dengan Pemilihan Media Sosial

Soalan Kajian 4: Adakah terdapat perbezaan antara jantina dengan pemilihan media sosial dalam kalangan pensyarah

Berdasarkan Jadual 6, kajian mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara jantina dengan pemilihan media sosial (t=-0.289, p>0.05).

Jadual 7 Perbezaan Pengalaman Bekerja dengan Penggunaan Media Sosial

Soalan Kajian 5 : Adakah terdapat perbezaan antara pengalaman kerja dengan penggunaan media sosial.

Berdasarkan Jadual 7, kajian mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara jantina dengan pemilihan media sosial (t=-0.535, p>0.05).

PERBINCANGAN

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji melalui data berkaitan pengetahuan, pemilihan dan penggunaan Media Sosial mendapati Facebook merupakan pilihan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Melor Md Yunus dan Hadi Salehi (2012) telah menguji keberkesanan Facebook dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran dalam kalangan pelajar. Kajian tersebut telah menghasilkan keputusan yang positif. Facebook

Perbezaan Tujuan pemilihan media sosial

t P

Jantina -0.289 0.774

Perbezaan Penggunaan Media Sosial

t P

(14)

diwujudkan pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg kerana aplikasi ini mudah diakses menggunakan telefon pintar. Facebook juga adalah salah satu media sosial yang mudah digunakan oleh pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sistematik. Sebanyak 92 peratus rakyat Malaysia mengikuti media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter, (Prof Dr Abu Hassan Hasbullah, Universiti Malaya). Kajian sebelum ini mendapati walaupun pembelajaran yang menggunakan alat bantuan seperti elemen mesej visual yang menarik namun, implikasinya dalam meningkatkan kemahiran dan keyakinan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar masih lagi terbatas berbanding penggunaan aplikasi facebook (Harold 1999; Seltzer & Bentley, 1999; Shaffer, 2006).

Secara keseluruhan ianya menjelaskan bahawa responden mempunyai pengetahuan yang memuaskan berkaitan media sosial dengan min keseluruhan 3.59 namun responden kurang menggunakan media sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan min sebanyak 2.8. Menurut Anderson (1976) jenis media social yang biasa digunakan oleh pensyarah kepada pelajar adalah aplikasi yang menarik berbentuk komunikasi dan juga elemen mesej visual yang menarik perhatian. Justeru, menurut Mc. Connell (1974) pula mengatakan bila media itu sesuai pakailah “If The Medium Fits, Use It!”

CADANGAN KAJIAN

(15)

dijalankan pada masa akan datang untuk membuktikan keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

KESIMPULAN

Kesimpulan secara keseluruhannya, kajian ini telah mengenal pasti tahap tertinggi penggunaan media sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah

facebook. Sehubungan dengan itu, didapati media sosial ini sangat popular dalam kalangan pensyarah untuk tujuan perbincangan. Kajian ini telah membuktikan responden bersetuju mengikuti perkembangan aplikasi media sosial. Walaupun terdapat kekangan dalam penggunaannya, media sosial ternyata dapat meningkatkan minat pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi-aplikasi media sosial memberikan konteks dan kemudahan yang baik untuk pengajaran dan pembelajaran. Namun, pensyarah harus memilih strategi pembelajaran yang efektif dan sesuai mengikut konteks.

RUJUKAN

Alexa. 2012. Top sites. Retrieved from http://www.alexa.com/ [2 September 2012]. Alshare,K.A., & Alkhateeb, F.B. 2008. Predicting students usage of Internet in two emerging economies using an extended technology acceptance model (TAM). Academy of Educational Leadership Journal 12(2): 109-128.

Arief S. Sadiman, et al. Media Pendidikan, (Jakarta : PT. Raja Grafindo Persada, 2007), hlm. 84

Asik belajar dot com 2012. Pengertian, Manfaat, Jenis Dan Pemilihan Media Pembelajaran http://www.asikbelajar.com/2013/09/pengertian-manfaat-jenis-dan-pemilihan.html. 26Mei2016

Chuah, K. M. 2013. Aplikasi media sosial dalam pembelajaran Bahasa Inggeris: Persepsi

(16)

Detiki-Net. 2012. Jakarta masih ibukota Twitter. Retrieved from http://inet.detik. com/?cti [4 September 2012].

Ika Destiana, Ali Salman & Mohd Helmi Abd. Rahman. 2013. penerimaan media sosial: kajian dalam kalangan pelajar universiti di Palembang. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication29(2): 125-140

Kenpro. 2012. Kenya Projects Organization. sample size determination using Krejcie and Morgan table. http://www.kenpro.org/sample-size-determination-using-krejcie-and- morgan-table/. 26Mei2016

Lyndon, Suhana S,Sivapalan S, Azima M, Mohd Yusof Hussain , Abd hair Awang, Zaimah R, Sarmila MS dan Lim Jie Wei. 2014. Pemerkasaan dengan media sosial: Aplikasi facebook dan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space 10

(1): 78 – 86

Malaysia kini 2010. 92 peratus rakyat Malaysia percaya media baru. https://www.malaysiakini.com/news/127089. 26Mei2016.

Mustafa, S. E., & Hamzah, A. 2010. Media sosial: tinjauan terhadap laman jaringan sosial dalam talian tempatan. Jurnal Pengajian Media Malaysia,12(2): 37-52.

(17)

Utusan Online 2015. Menjaga integriti penggunaan media sosial.

http://www.utusan.com.my/rencana/menjaga-integriti-penggunaan-media-sosial-1.93493. 26Mei2016.

Zamri Mahamod & Yahya Othman. 2016. Penulisan Akademik dalam bidang Sains Sosial.

Referensi

Dokumen terkait

Peneliti mengamati sejumlah mahasiswa yang sedang online disekitar fakultas ilmu sosial dan ilmu politik universitas sebelas maret yang menggunakan laptop, peneliti

Jurusan Ilmu Al – Qur’an dan Tafsir IAIN Ponorogo tahun 2018 berada pada kategori sedang dengan 25 responden dan prosentase sebesar 71,42%. 2) tingkat perilaku konsumtif mahasiswa

Hasil analisis korelasi Pearson yang telah digunakan bagi kajian ini juga menunjukkan bahawa kebimbangan imej badan mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan risiko

pd dia mengatakan bahwa: “Anak remaja setelah mengenal media sosial adalah banyak dampak yg ditimbulkan anak remaja memiliki karakter sikap individualisme di sebabkan karena

Persepsi Pelajar Tahun Akhir Bidang TVET Terhadap Penggunaan Media Sosial Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kesimpulan Secara keseluruhannya, kajian ini telah mencapai objektifnya

1.2 Hipotesis Kajian • H1: Terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor kebergunaan dengan penggunaan media sosial dalam kalangan PKS.. • H2: Terdapat hubungan positif yang

Kajian mendapati bahawa pekali Korelasi Pearson penggunaan media sosial dengan tingkah laku destruktif adalah secara keseluruhannya menunjukkan penggunaan media sosial r = 0.028, p >

Kategorisasi Tingkat Penggunaan Teknologi Media Sosial dan Youtube Keterangan Frekuensi Sangat Tinggi 3 Tinggi 4 Sedang 13 Rendah 7 Sangat Rendah 3 Ket: 𝑥̅ = nilai rata-rata x =