• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nilai Kepimpinan untuk Kemerdekaan indonesia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Nilai Kepimpinan untuk Kemerdekaan indonesia"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

NILAI KEPIMPINAN HARI INI DALAM MENCORAK MASA DEPAN GENERASI MALAYSIA

‘Tetapi semakin saya terfikir mengenai 50 tahun merdeka, semakin itu juga saya mengimpikan apa yang terjadi dalam masa 50 tahun

lagi. Bagaimana wajah negara kita yang tercinta ini 100 tahun

selepas merdeka?. Apa yang akan kita tinggalkan untuk generasi

kita yang ke -100 yang sebahagian besar belum dilahirkan’.

Inilah ungkapan yang penuh bermakna daripada Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Menoleh ke Belakang, Mara Ke Depan: 50 Tahun Perniagaan Malaysia’ di Majlis Makan Malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bait-bait ayat yang terukir mengambarkan bagaimana perasaan YAB Perdana Menteri terhadap masa depan generasi akan datang. Sebagai pemimpin, beliau mengerti bahawa di bahunya terletak tanggungjawab untuk membentuk warga negara yang mempunyai minda kelas pertama dan bertaraf antarabangsa tetapi berjiwa Malaysia.

(2)

AS10,318 pada tahun 2005 jika dibandingkan KDNK perkapita pada tahun 1990 iaitu sebanyak AS5,284 (Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006).

Sama ada kita menyedari atau tidak, tempoh tersebut semakin singkat iaitu tidak sampai 13 tahun lagi. Kita perlu berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin yang lalu kerana atas jasa mereka kita berada di posisi yang ada pada hari ini. Setiap warga Malaysia menghirup nikmat kemerdekaan dan mencari rezeki di bumi bertuah ini dengan aman. Hari ini, kita menyaksikan nama Malaysia gah tertera di persada antarabangsa dalam pelbagai bidang.

Menyedari akan hakikat inilah, maka aspek nilai kepimpinan dalam mencorakkan masa depan generasi Malaysia perlu dilihat secara serius oleh semua pihak. Ini kerana merenungi nasib masa depan generasi akan datang sewajarnya bukan hanya tanggungjawab seorang Perdana Menteri sebaliknya perlu dihayati oleh setiap lapisan kepimpinan dalam semua lapangan sama ada sebagai seorang ahli politik, pensyarah, guru, kerani hatta Ketua kampung sekalipun. Ini kerana, di tangan mereka banyak keputusan untuk mencorakkan warna generasi Malaysia pada masa akan datang.

(3)

dan melakukan tugas itu dengan penuh kerelaan tanpa paksaan. Selain itu, beliau turut melihat perbezaan di antara seorang pengurus dengan seorang pemimpin.

Menurut beliau, seorang pengurus belum tentu dapat menjadi seorang pemimpin tetapi seorang pemimpin sudah tentu dapat menjadi seorang pengurus yang baik. Seseorang pengurus akan menjadi pemimpin apabila ia memiliki ciri-ciri kepimpinan iaitu mempunyai kemahiran mencakupi semua bidang dan fungsi pengurusan seperti merancang, mengelola, menyelenggara, menyelaras, melaksana, menilai dan lain-lain lagi.

Dalam konteks ini, Malaysia memerlukan pemimpin yang berkaliber dan berwawasan. Kesinambungan kepimpinan antara satu generasi ke satu generasi perlu dirancang secara sistematik. Maka dengan sebagai itulah, Kerajaan memberikan peruntukan sebanyak RM45.1 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK9) untuk melaksanakan pelbagai program pendidikan dan latihan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

(4)

Menyedari akan hakikat betapa pentingnya peranan nilai kepimpinan dalam membantu proses pembangunan negara, maka Kerajaan telah melancarkan kempen Kepimpinan Melalui Teladan (KMT) pada tahun 1983. Ini jelas mengambarkan bahawa isu kepimpinan telah mendapat perhatian serius pihak Kerajaan dalam memantapkan pentadbiran awam kerana menyedari kakitangan awam merupakan agen penyampaian bagi pelaksanaan dasar-dasar negara. Sehubungan itulah, nilai-nilai kepimpinan melalui teladan ini telah dilaksanakan dengan harapan agar pemimpin di jabatan kerajaan dapat memberikan contoh yang baik kepada semua kakitangannya.

Menurut Balqis Abd Ghani (2006), selepas setahun kempen ini dijalankan didapati kakitangan kerajaan dan rakyat secara keseluruhannya berpendapat mutu perkhidmatan kerajaan bertambah baik walau pun tidak mencapai tahap yang membanggakan. Beliau turut menyenaraikan faktor-faktor yang mengurangkan keberkesanan kempen ini seperti terdapat pemimpin yang tidak tahu menjalankan kerja dan tidak mempunyai keyakinan diri; perangai yang sombong; mementingkan diri sendiri; dan juga takut mendapat saingan dari golongan bawahan.

(5)

berkualiti; Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita; Keutuhan budaya dan moral; Pemuliharaan alam semulajadi; dan juga Kekuatan pertahanan akan dapat membantu menyediakan landasan bagi membentuk generasi baru Malaysia kelak.

Islam Hadahari tidak akan berjaya sekiranya Malaysia tidak mempunyai pemimpin yang mempunyai nilai dan maruah yang dihormati oleh masyarakat tempatan mahu pun antarabangsa. Maka dengan sebab itulah, pendekatan untuk menjayakan konsep ini memerlukan pemimpin yang memahami erti tanggungjawab kepada bangsa, agama dan juga negara. Pemimpin mestilah bijak mengatur strategi dalam membuat perancangan untuk pembangunan masyarakat dan negara ke arah kecemerlangan dan kegemilangan.

(6)

Rujukan

Balqis Abdul Ghani. 2006. Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia (suntingan Yusof Ismail). A.S. Noordeen.

Zakaria Ahmad. 1993. Warisan Gemilang-Kumpulan Rencana Pilihan Buletin INTAN 1976-1991). INTAN

_____________1994. Citra Karya. Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. INTAN

_____________2003. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) 1991-2003. MDC Publishers Sdn Bhd.

_____________2003. Malaysia Kita . International Law Book Services.

_____________2005. Islam Hadari Satu Penjelasan. JAKIM

___________. Rancangan Malaysia Kesembilan. 2006. Kerajaan Malaysia. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil algoritma genetika berupa centroid masing-masing variabel yang akan digunakan sebagai initial centroid dari proses klasterisasi K-means. Data centroid merupakan

Hasil dari penelitian menunjukkan bahwa kehadiran Imam Desa dalam proses politik memberikan pengaruh yang cukup signifikan dan membawa perubahan pada pola prilaku

Hasil penelitian menunjukkan dari enam varietas yang diuji, tiga varietas lokal memiliki kelebihan yang seimbang dari segi potensi produksi, indeks mutu, indeks tanaman, kadar

terjadinya banjir kiriman dan antisipasi penduduk terhadap banjir terdapat di Kelurahan Tawangsari, Tawang Mas, Cabean, Krobokan, Bojongsalaman, Ngemplak Simongan

Adapun fokus penelitian ini adalah Fokus penelitian ini adalah peran institusi litbang atau dalam penelitian ini yakni bidang penelitian dan pengembangan

Dari hasil uji validitas semua penyataan mengenai variabel citra merek di katakan valid karena r hitung > r tabel yaitu sebesar 0,279 sedangkan reabilitas variabel citra

pemecahan masalah siswa yang telah diuji pada saat pretes dan postes dikelas eksperimen dan kontrol dapat dilihat kemampuan pemecahan masalah siswa kelas eksperimen

Skripsi yang disusun oleh Resah Anika Maria jurusan Siyasah Jinayah Universitas Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya yang berjudul ‚Analisis Hukum Pidana Islam Terhadap