• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peribahasa begitu penting dalam pengajar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Peribahasa begitu penting dalam pengajar"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Peribahasa begitu signifikan dalam pengajaran bahasa. Dengan adanya pengajaran dan pembelajaran peribahasa yang menarik dan berkesan, kemahiran berbahasa para murid akan dapat dilonjakkan . Ini bukan sahaja dalam aktiviti penulisan ayat atau karangan, malah murid juga digalakkan untuk

menggunakan bahasa kiasan ini dalam aktiviti lisan sama ada lisan formal atau sebaliknya. Lebih penting lagi, pengajaran peribahasa kepada generasi muda juga akan dapat memastikan warisan bangsa tidak terus dilupakan. Mereka juga boleh didedahkan dengan falsafah, pemikiran dan moral bangsa Melayu untuk dijadikan pedoman hidup.

Dalam pengajaran peribahasa , satu pendekatan yang kita semua hadapi adalah untuk menggalakkan murid supaya bersikap positif dalam pembelajaran peribahasa khususnya dalam Bahasa Melayu amnya. Ramai yang beranggapan bahawa pembelajaran Bahasa Melayu tidak ubah sebagai satu subjek yang harus di atasi dan dicapai gred A1. Kadangkala sebagai guru, kita juga terpaksa menggunakan

pendekatan latih tubi yang sememangnya tidak kondusif dalam pengajaran nilai melalui Bahasa Melayu. Yang ditekankan adalah peratusan lulus yang dicapai. Akibatnya, kita kurang menerapkan pengajaran nilai dan budaya dalam pengajaran Bahasa Melayu kita. Dengan itu, kita harus mempertingkatkan kesedaran dan melakukan apa sahaja yang terdaya dalam mempromosikan pengajaran nilai melalui peribahasa dan juga menyampaikan adat tradisi serta budaya dalam pengajaran Bahasa Melayu kita.

Mudah-mudahan dengan itu, murid-murid kita tidak sahaja akan mencapai gred yang

cemerlang tetapi akan juga memiliki rasa cinta dan bangga terhadap bahasa, budaya dan adat

bangsa mereka sendiri. Secara langsung, hasrat negara menerusi Falsafah Pendidikan

(2)

Izinkan saya memurnikan ruang ini. Melalui pembacaan, saya diperjelaskan bahawa

peribahasa Melayu sebagai

•segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak

beberapa lama,

•sebutannya sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya;

•dipakaiakan dia jadi sebutan-sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan dan

pengajaran.

•Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam masyarakat di negara kita

terutamanya di kalangan orang-orang Melayu.

•Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara

kiasan atau sindiran.

Menurut Izani Daud (2001), peribahasa merupakan gambaran secara berkias dan berseni

tentang sesuatu keadaan dan berupaya mengisahkan ciri-ciri negatif masyarakat Melayu.

Mohd Tajuddin Hj.Abdul Rahman ( 1984 ) menyatakan bahawa, peribahasa terhasil

daripada pengalaman dan pengamatan alam sekeliling yang teliti oleh masyarakat

Melayu lama.

Koh Boh Bon (1982:198) menyarankan pendekatan pengajaran peribahasa Melayu

dengan cara berkesan ialah menerusi pendekatan kontekstual.

(3)

Justeru itu wajar beberapa elemen positif diberikan penekanan dalam melestarikan pengajaran dan pembelajaran peribahasa. Antaranya

•Simpulan bahasa jua seharusnya diberi perhatian yang wajar dalam penulisan dan penuturan.

•Corak pengajaran simpulan bahasa pula bukan sekadar menghafal tetapi harus diajar untuk menikmati dan menggunakannya secara meluas dalam kehidupan harian mereka.

•Bertepatan dengan fungsi bahasa dalam masyarakat, maka wajarlah pengajaran peribahasa i di sekolah dipertingkatkan.

•Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru sering menggunakan pelbagai kaedah, antaranya komunikasi dua hala.

•Penggunaan peribahasa di dalam ayat pertuturan mampu membantu murid memahami maksud percakapan yang disampaikan dengan mudah serta menghasilkan ayat yang gramatis dan menarik. •Pengajaran peribahasa juga dapat membantu murid-murid dalam membentuk jati diri bangsa yang memiliki serta mengamalkan nilai-nilai murni.

•Berasaskan peribahasa, murid dapat menjaga tingkah laku serta disiplin yang baik ketika berada di sekolah dan di luar sekolah.

•Pengajaran peribahasa bukan sahaja berguna untuk kemahiran bahasa tetapi mempertajam rasa sehingga karangan menjadi indah dan bermutu.

•Peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan dan kata-kata hikmah mempunyai ciri-ciri yang unik. •Peribahasa memancarkan keistemewaan apabila maksud pengajaran nasihat dan teguran dapat disampaikan dengan pendekatan yang halus dan tidak menyinggung perasaan.

Peribahasa masih dan terus relevan digunakan secara meluas dalam wacana, sama ada lisan atau tulisan,

(4)

1. Mewujudkan keseronokan dalam pergaulan

Kerseonokan dalam pergaulan menunujkkan individu yang terlibat dalam pergaulan tersebut merasa gembira dan selesa semasa bergaul. Kadang-kandang terdengar tawa dan wajah yang ceria sentiasa ditunjukkan. Keseronokan dalam komunikasi berlaku apabila kesefahaman wujud dan terselit unsur humor di dalamnya. Unsur humor ini boleh ditunjukkan dengan adanya penggunaan perumpamaan yang sedikit jenaka tetapi tidak keterlaluan. Berikut beberapa contoh peribahasa atau perumpamaan yang boleh digunakan dalam pergaulan untuk tujuan menimbulkan keseronokan.

Dalam pergaulan, keseronokan boleh timbul apabila ada pujian yang ikhlas dan jujur di antara individu yang terlibat. Contohnya anda dan sahabat anda baharu sahaja pulang dari kelas mengaji. Secara jujurnya anda ingin memuji kelunakan suara sahabat anda yang begitu pandai mengaji. Maka anda boleh mengatakan “Amin suara kamu merdu bagai bulu perindu”. Perumpamaan ini bermaksud pujian yang berkias dengan bahasa yang lebih lembut dan menyeronokan.

Mungkin anda juga mahu bergurau dengan sahabat anda dalam majlis yang kamu hadiri. Selesai sahaja makan dan merasa kenyang anda meminta izin pulang dengan sedikit gurauan dalam komunikasi. Gurauan seperti ini mungkin anda boleh gunakan, “Kamal saya mahu pulang, saya seperti pacat kenyang”. Gurauan ini bermaksud anda pulang tergesa-gesa selepas sahaja makan dengan kenyang. Mungkin anda ada hal penting yang ingin diselesaikan. Mendengar ungkapan ini rakan-rakan anda pasti gelak bukan bertujuan menyindir tetapi seronok kamu berbahasa dengan menggunakan kiasan.

2. Memberi nasihat

(5)

3. Menyindir dengan sopan

Perumpamaan juga boleh digunakan untuk menyindir dengan sopan. Menyindir dengan sopan bertujuan untuk menegur seseorang dengan bahasa yang bertapis supaya tidak keterlaluan tetapi memberikan mesej yang tajam. Menyindir dengan sopan menandakan seseorang itu bijak menggunakan bahasa supaya mesej yang disampaikan berkesan dan orang yang mendengarnya dapat memperbetulkan kesilapannya. Perumpamaan yang sederhana dan bersifat praktikal boleh digunakan supaya maksudnya betul-betul sampai kepada penerima. Contoh perumpamaan yang digunakan untuk menyindir seseorang adalah seperti situasi yang berikut. “Akmal kamu tidak akan dapat kahwin sekiranya terus duduk diam seperti Mat Jenin, pergilah bekerja”. Sindiran seperti ini boleh menyedarkan seseorang supaya bertindak untuk mendapatkan keinginannya.

4. Menyatakan pendirian yang tegas

Perumpamaan juga boleh digunakan untuk menyatakan pendirian yang tegas dengan menggunakan pemilihan kata dan kiasan yang memberi kesan yang sangat mendalam. Kadangkala kita mahu

menyatakan pendirian dengan menggunakan kata putus yang biasa diungkapkan, namun kata putus ini lebih jelas dan tegas sekiranya disertakan dengan perumpamaan. Contohnya, perumpamaan “seperti berkerat rotan berpatah arang” yang bermaksud memutuskan tali persahabatan atau persaudaraan dengan niat tidak mahu menyambungkannya semula. Perumpamaan yang dibayangkan dengan kiasan berkarat rotan dan berpatah arang cukup jelas bahawa pendirian yang dibuat itu adalah sungguh-sungguh dan tegas.

Secara keseluruhannya, peranan perumpamaan sangat jelas dalam mendidik masyarakat. Perumpamaan yang tergolong dalam peribahasa perlu dipraktikkan supaya tidak hilang ditelan zaman kerana

perumpamaan merupakan khazanah bahasa yang tidak ternilai harganya. Generasi baharu perlu sedar bahawa perumpamaan bukanlah kata-kata yang biasa tetapi merupakan ketertinggian permikiran. Za’ba pernah menyatakan bahawa peribahasa merupakan lidah pendeta. Pernyataan ini jelas menggambarkan nilai dan ilmu yang terkandung dalam perumpamaan itu. Dengan hal yang demikian, perumpamaan ini juga perlu diajar di sekolah dengan sungguh-sungguh kerana perumpamaan yang termasuk dalam peribahasa merupakan salah satu karya sastera yang perlu dihayati seperti mana yang dikehendaki dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu.

(6)

Seperti ayam tambatan (orang yang berani)

Seperti anak muda jolong berkeris (keghairahan seseorang untuk menggunakan sesuatu yang baharu diperolehinya)

Seperti anjing dengan bayang-bayang (orang yang sangat tamak selalu rugi) Seperti belut pulang ke lumpur (anak kampung pulang ke tempat asalnya)

Seperti belanda minta tanah (mula-mula minta sedikit tetapi akhirnya ingin memiliki semua) Seperti bersaksi ke lutut (bersaksi kepada keluarga dendiri)

Seperti berkerat rotan berpatah arang (memutuskan tali persahabatan atau persaudaraan dengan niat tidak mahu menyambungkannya semula)

Seperti buluh perindu (suara yang sangat merdu)

Seperti durian dengan timun, menggolek binasa, kena golekpun binasa (orang yang lemah dan tidak berupaya hendak menentang orang yang kuat dan berkuasa.)

Seperti duri dalam daging (menanggung beban masalah yang sukar diatasi. Lama-kelamaan masalah itu semakin berat dan mendatangkan mudarat)

Terdapat beberapa fungsi peribahasa dalam kehidupan masyarakat seharian iaitu:

Peribahasa sebagai pemberi pengajaran- peribahasa mengingatkan individu tentang pelbagai kemungkinan yang akan datang, membuat pilihan untuk bertindak,

Peribahasa memberikan gambaran kepelbagaian hidup manusia.

(7)

Setiap bangsa mempunyai peribahasa yang mencerminkan watak sesuatu bangsa itu. Begitu juga dengan peribahasa Melayu yang merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Peribahasa terbit dengan tujuan didaktik untuk masyarakat pada ketika itu. Peribahasa lebih kerap digunakan ketika itu kerana kekata yang terkandung di dalamnya membawa maksud yang tepat malahan kias ibaratnya agak tajam serta susunan kata yang begitu teratur, ringkas dan padat. Menurut Za’ ba (1962,165), peribahasa berfungsi untuk perkara berikut:

•Menghiasi karangan dan percakapan.

•Menguatkan tujuan karangan atau percakapan. •Boleh dijadikan pedoman hidup kerana isinya yang besar dan luas.

Peribahasa menggambarkan tasawwur atau ‘world view’ masyarakat ataupun bangsa yang mendukungnya, sekaligus menyatakan pengalaman hidup yang telah dilalui serta corak kehidupan sesuatu bangsa itu secara keseluruhan. Oleh yang demikian, isi dan tema peribahasa yang dibicarakan disifatkan sebagai cerminan pandangan dunia serta etos iaitu nilai masyarakat Melayu, khususnya dalam konteks pemakaian peribahasanya. Etos ini dapat dijelaskan dengan lebih lanjut lagi apabila makna sesuatu peribahasa itu diaplikasikan dan dipraktikkan ke dalam kehidupan seharian sesuatu masyarakat itu seperti dalam contoh-contoh berikut:

a)Berbudi dan berjasa

(8)

i. Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik dikenang juga.

ii. Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati iii. Muka berpandangan

Budi kedapatanKasih bak lama juga

Budi berkait erat dengan jasa. Budi dan jasa lengkap melengkapi antara satu sama lain. Budi adalah jasa dan jasa adalah budi. Tidak mungkin seseorang dapat dianggap membuat jasa jika dia tidak berbudi. Setiap anggota masyarakat ingin membuat jasa yang termampu olehnya kerana jasa serta namanya akan sentiasa dikenang walaupun setelah dia meninggal dunia.

i. Hidup kayu berubah

Hidup manusia biar berjasa.

ii. Kayu mati berpunggur Manusia mati biar bernama.

iii. Harimau mati tinggal belangnya Gajah mati tinggal tulangnya Manusia mati tinggalkan nama.

b)Merendah diri

(9)

i. Bawa resmi padi;

Makin berisi makin merunduk Jangan bawa resmi lalang Makin berisi makin jegang.

ii. Berfikir sebelum berkata Berunding sebelum dibuat.

c)Menuntut pelajaran

Masyarakat Melayu sememangnya menyedari peri pentingnya ilmu pengetahuan. Masyarakat Melayu lama berpendapat bahawa menuntut ilmu atau belajar tidak semestinya secara formal. Perkara ini masih boleh diraih melalui pengalaman, penelitian, sendirian ataupun melalui khabar-khabar yang

disebarluaskan. Orang yang berpelajaran akan mendapat kejayaan dan kedudukan yang tinggi dalam hidup sementara mereka yang tidak pula, akan dipandang hina dan dianggap sebagai sampah masyarakat. Ini dapat dilihat melalui beberapa contoh peribahasa yang tercipta.

i. Kurang wang ringgit boleh dicari Kurang akal fikiran habis bicara.

ii. Arang habis besi binasa Tukang bekerja penat sahaja.

iii. Berguru kepalang ajar

Bagai bunga kembang tak jadi

d)Bekerja kuat dan berjimat-cermat

Kepekaan masyarakat terhadap ekonomi, penghasilan dan pendapatan daripada usaha yang

(10)

kepentingan berjimat-cermat. Sikap yang baik ini dipuji sementara sikap yang bertentangan dikecam, seperti dalam contoh berikut:

i. Sehari selembar benang Lama-lama menjadi kain.

ii. Ditangkap buaya nampak riaknya Ditangkap malas tak bertanda.

iii. Berhemat sebelum habis

Sediakan payung sebelum hujan.

iv. Besar pasak dari tiang Besar sendal dari gelegar.

v. Sekali merengkuh dayung Dua tiga pulau terlangsung Sekali mengorak pura Dua tiga hutang langsai

e)Taat setia dan menghormati undang-undang

(11)

i. Raja adil raja disembah Raja zalim raja disanggah.

ii. Biar mati anak Jangan mati adat.

iii. Hidup dikandung adat Mati dikandung tanah.

iv. Di mana bumi dipijak Di situ langit dijunjung.

v. Bagai pucuk ru: Ke mana angin keras Ke sana ia berpihak.

vi. Hujan emas di negeri orang

Hujan keris lembing di negeri sendiri Baik juga di negeri sendiri.

vii. Penohok kawan seiring Penggunting dalam lipatan.

(12)

sebagai alat untuk menasihati dan memberi arahan yang bertepatan serta bersesuaian dengan peri hidup setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa. Peribahasa yang kaya dengan segala macam tuntutan dan nasihat merupakan cerminan kepada keaslian budi bicara masyarakat Melayu yang sejak azali lagi sesungguhnya terkenal dengan kekayaan budi pekerti dan nilai-nilai kemanusiaan. Peribahasa ini juga merupakan asas-asas kemelayuan yang menyintai kedamaian sekaligus mengajak semua untuk hidup rukun dan saling hormat-menghormati agar tidak membawa kepada kerosakan kepada diri sendiri mahupun orang lain dan alam sekitarnya.

Peribahasa juga digunakan untuk mengindahkan wacana. Penggunaan peribahasa yang sesuai akan menambahkan lagi keindahan sesebuah wacana dan akan memperlihatkan keberkesanannya terutama di dalam penghasilan genre-genre penulisan. Genre-genre penulisan yang mengandungi peribahasa dapat menjana minda dan pemikiran golongan pembaca agar menjadi lebih kritis dan kreatif. Memang pada umumnya semua peribahasa mengandungi tema didaktik iaitu dengan maksud mengajar dan mengingatkan anggota-anggota masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan. Bagaimanapun terdapat ungkapan-ungkapan tertentu yang khusus merujuk kepada sesuatu bidang tertentu, misalnya, dalam mengingatkan pelbagai kemungkinan yang akan datang, membuat pilihan dan bertindak, berhutang, meminjam dan memberi pinjam dan sebagainya. Contoh berikut menjelaskan:

i. Ingat-ingat yang di atas

Kelak di bawah akan menimpa.

ii. Hutang kajang belum langsai Hutang samir sudah tiba pula

iii. Ibarat kain tengah empat Elak ke atas bawah terbuka Elak ke bawah atas terbuka.

Sebahagian besar pengajaran dapat diraih melalui pengalaman hidup. Kehidupan telah mengajar

(13)

i. Sesal dahulu pendapatan Sesal kemudian tiada berguna.

ii. Lepas di tangan jangan diharap Orang pulang jangan dinanti Mulut manis jangan didengar.

Kesimpulannya, peribahasa merupakan cerminan peradaban sekaligus lambang jati diri masyarakat Melayu. Peribahasa dapat dijadikan pegangan atau panduan di dalam kehidupan seseorang kerana banyak peribahasa mengandungi pengajaran yang tidak bercanggah dengan anutan agama, yang sentiasa mengajar manusia untuk mencari dan menganjurkan kebenaran, kemuliaan dan

(14)

TAKRIFAN PERIBAHASA

Peribahasa itu ialah rangkaian-rangkaian perkataan yang tetap; tersimpul dan terbeku dengan susunan-susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang khas dan dipakai dengan erti yang khas yang berlainan daripada asalnya.

- Zainal Abidin Ahmad (Za'ba), Ilmu Mengarang Melayu, DBP(1965) Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Za'ba menakrifkan peribahasa sebagai susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.

Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing-masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.

Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.

Sebagai contoh (ciptaan sendiri):

Seperti tetikus tanpa wayar / Seperti tetikus lepas tambatan.

Referensi

Dokumen terkait

Anda juga bisa membagikan ayat Alkitab yang dipilih melalui berbagai platform, terutama melalui berbagai aplikasi yang telah ter-install dalam perangkat anda (Facebook, twitter,

Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.. ** Sila tandakan (

Berdasarkan hasil analisis data dan pembahasan penelitian, maka dapat ditarik kesimpulan sebagai berikut: 1) Pemberian REBT terbukti efektif untuk meningkatkan self esteem siswa

untuk pembelajaran Saya mengetahui materi yang akan dipelajari Saya takut untuk bertanya kepada guru Saya selalu memperhatikan saat guru menjelaskan materi Saya merasa bosan

Sebagai pesan persuasif, musik yang diputar oleh sopir angkot trayek 6 pada umumnya digunakan sebagai alat membujuk, menarik perhatian dan mempengaruh perhatian,

Spesifisitas IgY anti EPEC K1.1 yang telah dimurnikan dari kuning telur, diuji dengan AGPT terhadap berbagai antigen bakteri enterobakter.. Imunoglobulin lgY anti EPEC

Penelitian ini bertujuan untuk memperkirakan jumlah kebutuhan tablet tambah darah untuk periode tahun 2015, berdasarkan data distribusi tahun 2013 dan 2014;

Perbedaan tunas terpanjang antara subkultur I dengan subkultur II diduga oleh kemampuan tunas dalam mensintesis NAA endogen sehingga konsentrasi NAA endogen dan NAA eksogen