RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 31 Mac 2015
Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi-9.00 pagi
Tahun : Tahun 4
Bil. Murid : 30 Orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Keselamatan
Tajuk : Keselamatan jalan raya
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang
mengandungi wacana.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-
I. Bercerita tentang keselamatan semasa melintas jalan raya dengan menggunakan 3 daripada 5 ayat yang mengandungi wacana.
II. Bercerita dengan menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Sistem Bahasa :
i. Peribahasa : Malang tak berbau
Pengisian Kurikulum / Elemen Merentas Kurikulum  Ilmu : Sivik, Pendidikan Keselamatan Jalan Raya  Nilai : Berdikari dan berhemah tinggi
 KB : Boleh membezakan baik buruk setiap tindakan.
Kepelbagaian Teknik dan Kaedah
 Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik,
 Pembelajaran kontekstual : Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada tentang keselamatan di jalan raya.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) & BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)
1. LCD 1
2. Komputer Riba 1
3. Lembaran Kerja  Gambar  Dialog
 Susunan cerita
30 30 10
4. Kad Manila 6
5. Marker Pen 12
Pengetahuan Sedia Ada : Murid selalu melintas jalan semasa datang ke sekolah dan pulang dari sekolah.
Langkah/
masa Isi pelajaran Aktiviti Catatan
Set Induksi
(5minit)
Video nyanyian “berhati-hati di jalan raya”.
1. Murid menonton tayangan video berkenaan dengan cara melintas jalan.
2. Murid bernyanyi beramai-ramai mengikut lirik..
1. Murid menceritakan perkara yang berlaku dalam gambar.
2. Secara berkumpulan, murid diminta menyenaraikan cara menjaga
keselamatan semasa melintas jalan. (Dalam bentuk peta minda).
BBM:
Lembaran kerja berbentuk dialog.
(Isi tempat kosong).
1. Murid dikehendaki mengisi tempat kosong dalam dialog.
2. Secara rawak, murid di minta untuk membaca teks dialog tersebut dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
BBM:
Aktiviti 3
Secara berkumpulan, murid akan melakonkan watak yang terdapat dalam lembaran kerja tersebut.
1. Pencerita 2. Pelakon
Pemulihan.
Murid di minta untuk menyusun ayat yang diberikan bagi melengkapkan sebuah cerita.
1. Apakah yang kita pelajari pada hari ini?
2. Mengapa kita perlu menjaga keselamatan diri.
Soalan.
1. Sebagai seorang rakan, apakah tanggungjawab kita apabila terlihat rakan kita bermain di jalan raya?
Isi tempat kosong dengan jawapan yang telah disediakan.
lalu lalang pelanggaran
berbahaya berhati-hati
adik beradik
Ali budak nakal.
Ammar dan Ali merupakan __________. Mereka berdua berasal dari keluarga yang sederhana. Umur kedua-duanya tidak jauh beza. Ammar berumur 12 tahun manakala Ali berumur 11 Tahun. Mereka bersekolah di___________. Sk Jelantong terletak disimpang jalan. Kawasan tersebut sangat _________. Setiap hari, mereka akan melalui jalan yang ___________ dengan _____________ sebelum sampai ke sekolah. Ibu sentiasa menasihati Ammar dan Ali supaya ____________ ketika melintas jalan. Bagi ibu, malang tidak berbau. Disebabkan itu dia sentiasa mengingatkan mereka berdua. Ibu tidak dapat menghantar kedua-duanya ke sekolah kerana ibunya menjaga adik bongsu mereka yang berumur 2 tahun. Manakala Ayah pula telah pergi bekerja seawal jam 5 pagi.
Ali : Abang, jum ______.
Ammar : Ali, masih banyak kereta yang __________. Kita tak boleh melintas jalan sesuka hati.
Ali : Ala, kereta itu masih jauhlah abang.
Ammar : Jauh pada pandangan Ali, pada pandangan abang kereta tu hampir dengan kedudukan kita.
Ali : Cepatlah bang, nanti aiskrim di kantin sekolah habis.
Ammar : Sekejap lagi ya Ali. Selepas _____________ ini lalu, kita lintas jalan ya.
( Bang ..kedengaran seorang budak di langgar kereta dari arah bertentangan)
Ammar : eh, mana Ali ni?
Ammar mula panik. Ketiadaan Ali dan bunyi ___________ menjadikannya begitu risau. Dia terus bergerak ke tempat kemalangan tersebut. Didapati adiknya Ali terbaring lemah, kakinya patah dilanggar oleh motosikal. Ali dihantar ke hospital oleh orang ramai.
Mulai hari itu, Ali tidak lagi berani melintas jalan sesuka hati.
Di penghujung persimpangan, Kumar melihat ramai orang berkumpul. Dia merasa hairan kerana kawasan tersebut merupakan laluan ke rumahnya.
Kumar menyesal kerana tidak mampu menghalang rakannya dari berlumba di jalan raya.
Ah Meng dan Ali telah berpakat untuk berlumba balik ke rumah. Namun itu tidak dipersetujui oleh Kumar.
Ah Meng dan Ali tetap meneruskan niat mereka berdua. Kumar hanya mampu memandang kedua-duanya berlalu begitu sahaja.
Apabila berada pada jarak yang dekat, barulah Kumar dapat melihat perkara yang berlaku. Dia terkejut kerana kemalangan dihadapannya melibatkan dua sahabatnya iaitu Ah Meng dan Ali.
Ali, Kumar dan Ah Meng menggunakan basikal untuk pulang ke rumah. Mereka pulang bersama-sama kerana jarak rumah ketiga-tiga mereka tidak jauh antara satu bersama-sama lain.
Mereka bersama-sama pergi ke hospital untuk melihat keadaan Ah Meng dan Ali. Malangnya, apabila sampai di hospital. Kedua-dua sahabatnya itu disahkan meninggal dunia akibat pendarahan di kepala.