• Tidak ada hasil yang ditemukan

2007 Seni Bina Masjid Tradisional Indone

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "2007 Seni Bina Masjid Tradisional Indone"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

STUDI TERHADAP SENIBINA MASJID TRADISIONAL INDONESIA Kajian terhadap Sejarah, Teori dan Morfologi-Fizikal

Nangkula Utaberta

Mahasiswa Doktor Falsafah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

Lecturer, Legenda Group of College, School of Built Environment, Mantin, Negeri Sembilan nangkula_arch@yahoo.com

Abstrak

Tujuan utama penulisan kertas kerja ini adalah bagi menjelaskan akar pensejarahan dan perkembangan bentuk dan struktur masjid-masjid yang telah dibangunkan di Indonesia. Kajian ini sangat penting dalam memahami aspek morfologi dan tektonik dari perancangan masjid yang ada di Nusantara secara keseluruhan. Pembahasannya dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu perkembangan awal Islam di nusantara, perkembangan kerajaan Islam pertama di nusantara, perkembangan Islam di Jawa, perkembangan senibina masjid di Indonesia, perwatakan khusus masjid-masjid tradisional Indonesia dan ciri-ciri khas dan unsur-unsur penting seni bina masjid di Indonesia. Diharapkan melalui paper ini dapat memberikan gambaran yang integratif mengenai perkembangan senibina masjid di Indonesia serta kaitannya dengan pembangunan masjid di Malaysia sebagai bahan bagi pengembangan fikiran dan perancangan masjid Nusantara di masa hadapan.

Kata Kunci: Masjid Tradisional Jawa, Sejarah, Teori, Morfologi-Fizikal.

1.0 Pendahuluan

Penulisan tentang Masjid tradisional di Indonesia terlalu sedikit dilakukan oleh para arkitek dan akademisi Seni Bina. Sebahagian besar penulisan adalah yang dilakukan oleh para sejarawan dan para ahli antropologi. Oleh kerana itu terlalu sedikit penemuan penulisan akademik yang mencuba menyatukan antara fakta sejarah, keadaan sosio-masyarakat suatu kawasan dengan produk seni bina yang dihasilkan. Tujuan utama penulisan kertas kerja ini adalah untuk menjelaskan akar pensejarahan dan perkembangan bentuk dan struktur masjid-masjid yang telah dibangunkan di Indonesia secara umum dan Jawa secara khusus. Kajian ini sangat penting dalam memahami aspek morfologi dan tektonik dari reka bentuk masjid yang ada di Nusantara secara keseluruhan. Pembahasannya dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu perkembangan awal Islam di nusantara, perkembangan kerajaan Islam pertama di nusantara, perkembangan Islam di Indonesia, perkembangan senibina masjid di Indonesia, perwatakan khusus masjid-masjid tradisional Indonesia dan ciri-ciri khas dan unsur-unsur penting seni bina masjid di Jawa. Diharapkan melalui kertas kerja ini dapat memberikan gambaran yang integratif mengenai perkembangan senibina masjid di Indonesia serta kaitannya dengan pembangunan masjid di Malaysia sebagai bahan bagi pengembangan fikiran dan perancangan masjid Nusantara di masa hadapan.

2.0 Perkembangan Awal Islam di Nusantara

Setelah melakukan beberapa kajian terhadap berbagai penulisan, peninggalan dan diskusi, adalah didapati bahawa terdapat berbagai teori berkenaan bila sebenarnya Islam pertama kali masuk ke Dunia Melayu Nusantara. Sebahagian dari teori dan pendapat tersebut didasarkan kepada penulisan dan dan perbincangan, sementara sebahagian yang lain didasarkan kepada penemuan-penemuan arkeologi. Terdapat juga beberapa teori yang hanya berasal dari cerita dan legenda yang beredar di kalangan masyarakat saja.

(2)

Bidang kajian ini tertumpu hanya kepada dua buah negara terpenting di Nusantara yaitu Indonesia dan Malaysia terutama beberapa daerah di sepanjang Selat Melaka.

Teori pertama tentang masuknya Islam di Nusantara berasal dari Berita China. Berita China1 adalah catatan yang dibuat oleh Kerajaan dan kekaisaran China berkenaan dengan aktiviti raja dan para pembesar istana, peristiwa penting kerajaan dan peristiwa-peristiwa di luar kerajaan yang berhubungan dengan Kerajaan China. Catatan ini secara lengkap mencatat pelbagai kejadian dan peristiwa penting tersebut lengkap dengan tarikh berlakunya serta butiran peristiwanya.

Menurut berita China (pada hikayat Dinasti Tang), diceritakan bahwa pada tahun 674 M, orang-orang Ta Shih telah membatalkan niat mereka untuk menyerang kerajaan Ho-Ling atau kerajaan Kalingga yang diperintah oleh Ratu Sima. Orang-orang Ta Shih ini jika menurut para ahli sejarah2 telah ditafsirkan sebagai orang Arab yang perkampungannya terletak di pesisir pantai Sumatera. Dari cerita ini dapat diketahui bahwa pada Abad ke-7, Orang-orang Islam yang berasal dari Tanah Arab sudah sampai dan tinggal secara tetap di Nusantara (wilayah pantai Pulau Sumatera).

Melalui Berita Cina (Tjandrasasmita, 1981) juga diketahui bahwa pada Abad ke 7 dan 8 Melaka sudah menjadi suatu daerah pedagangan utama yang menjadi rebutan antara tiga kekuatan besar yaitu Sriwijaya di Indonesia, Dinasti Tang di Asia Timur dan Bani Ummayyah di Asia Barat. Cerita dan hikayat tentang Melaka sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara juga didukung oleh para sejarawan Muslim sendiri seperti Ibnu Khurdadghbih (846), Yaqubi (875-880), Ibnu Fakih (902) dan Ibnu Rusteh (903), melalu berbagai sumber tersebut dinyatakan juga pusat-pusat perdagangan yang lain seperti Kalah (Kedah), Jawah (Sumatera), Fansur (Barus) dan Lamuri (Banda Aceh).

Teori yang kedua diungkapkan oleh ramai ahli orientalis yang menyatakan bahwa Islam masuk ke Asia Tenggara pada Abad ke 7 atau pada Abad ke-13. Sebahagian ahli orientalis menyatakan bahwa Islam masuk pada Abad ke-7, dengan teori bahawa Islam masuk ke Nusantara dibawa oleh para ulama dari Baghdad setelah kehancuran negeri ini akibat serangan oleh Bangsa Mongolia pada tahun 656 M. Sementara sebahagian yang lain seperti Snouck Horgronje menyatakan bahwa Islam masuk melalui para pedagang Gujarat yang masuk ke Indonesia pada Abad ke 13.3

Sementara teori yang ketiga disampaikan oleh John Crawford (Nik Hasan Suhaimi, 2002), menyatakan bahawa Islam sebenarnya masuk ke Indonesia pada tahun 30 Hijriah atau 651 Masihi, iaitu lebihkurang sekitar 20 tahun setelah wafatnya Rasulullah s.a.w. Pada masa tersebut, Khalifah Uthman ibn Affan r.a. mengirim delegasi ke China untuk memperkenalkan Daulah Islam kepada kerajaan China. Dalam perjalanan yang memakan masa selama empat tahun tersebut, menurut sumber berita Cina, para utusan Uthman telah sempat singgah di Kepulauan Nusantara. Beberapa tahun kemudian, iaitu lebihkurang tahun 674 M, Dinasti Umayyah telah mendirikan pangkalan dagang di pantai barat Sumatera. Diketika inilah, menurut teori tersebut, perkenalan pertama penduduk Indonesia dengan Islam. Sejak itu para pelaut dan pedagang Muslim terus berkunjung ke kawasan tersebut abad demi abad. Teori Crawford ini kemudian dirujuk oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1969) dengan menyatakan bahwa tidak wujud unsur Cina dan India dalam kitab-kitab yang dihasilkan oleh ulamak setempat; namun semua penulisan dan kitab tersebut ditulis

1

Cina adalah bangsa pertama yang menemui kertas-lihat Michael H Hart, Seratus tokoh yang paling Berpengaruh Dalam sejarah bagian Tsai Lun. Melalui penemuan kertas inilah di dokumentasikan berbagai catatan penting kerajaan ini.

2

Kajian Lebih lanjut lihat Groneveldt, W.P, Historical Notes on Indonesia and Malaya Compiled from Chinese Source.

3

(3)

dalam Bahasa Arab. Disamping itu terdapat banyak persamaan antara adat dan kebudayaan antara nusantara dengan Arab seperti kesenian gambus, tarian zapin dan adat menerima tetamu.

Alwi Shihab (2001) melalui penulisan beliau “Islam Sufistik: ‘Islam Pertama’ dan Pengaruhnya hingga Kini di Indonesia” juga telah merujuk kepada pendapat Crawford. Namun begitu beliau kemudiannya telah mengemukakan sebuah teori bahwa Islam yang berkembang di Nusantara berakar kepada Islam Sufi’ daripada Islam radikal sebagaimana yang ada di Timur Tengah. Walaupun terlihat sarat dengan tujuan untuk membesarkan Islam yang lebih sederhana (moderate), namun dalam tulisan tersebut Alwi jelas menolak pendapat yang menyatakan bahwa Islam yang berkembang di Indonesia merupakan Islam yang dibawa oleh para pedagang dari India dan Gujarat. Menurut beliau Islam yang yang ada di Nusantara (khususnya di Indonesia dan semenanjung Tanah Melayu), memiliki perwatakan yang berbeza dan khusus (sufi’) jika dibandingkan dengan Islam yang dibawa oleh para pedagang dari India dan Gujarat.4

Seiringan dengan perkembangan perdagangan di Selat Melaka, Kerajaan Sriwijaya yang merupakan kerajaan terdekat dan terbesar melihat para pedagang Islam yang datang dari Timur Tengah dan China ketika itu sebagai rakan berdagang dan bukannya sebagai ancaman atau lawan. Keadaan ini begitu nyata sekiranya dilihat dari apa yang terjadi pada abad ke-9 di kawasan tersebut. Pada abad ke-9, menurut berita China, terjadi pemberontakan di China Selatan yang ketika itu berada di bawah kekuasaan Kaisar Hi Tsung dari Dinasti Tang. Pemberontakan ini banyak melibatkan orang-orang Cina Muslim yang ketika itu banyak menguasai China Selatan. Dalam pemberontakan ini banyak orang Islam terbunuh dan mencari perlindungan di Kedah. Sriwijaya yang ketika itu menguasai Kedah melindungi orang-orang Cina tersebut.5

Dalam Abad-abad berikutnya iaitu sekitar abad ke-13, Kerajaan Sriwijaya mulai mengalami kemunduran yang berterusan. Kemunduran ini antara lain disebabkan oleh kelemahan raja yang memerintah disamping pelbagai serangan yang diterima oleh Kerajaan Sriwijaya dari pelbagai negara tetangganya. Namun ekspidisi Pamalayu yang dilakukan oleh Kerajaan Singosari di Jawa pada tahun 1275 merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan kehancuran yang mengakhiri Kerajaan Sriwijaya. Ekspedisi yang dipimpin oleh Kebo Anabrang ini telah menguasai banyak pusat-pusat perdagangan dan dan pusat politik Sriwijaya di Selat Melaka. Kemunduran Kerajaan Srwijaya inilah yang kemudian banyak memberikan kesempatan kepada para pedagang Muslim untuk mengembangkan kerajaan yang berasaskan Islam seperti Samudera Pasai dan Aceh.

3.0 Perkembangan Kerajaan Islam pertama di Nusantara

Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh Moquette pada tahun 1913, Kerajaan Islam pertama di Nusantara adalah Samudera Pasai yang dianggarkan muncul pada abad ke-13. Pernyataan ini diperkuat dengan penemuan batu nisan Sultan Malik As-Saleh (yang dipercayai sebagai raja pertama Samudera Pasai) yang wafat pada tahun 696 H atau 1297 Masehi.

Namun begitu pendapat Moquette ini ditentang oleh ramai ahli sejarah berikutan dari penemuan beberapa nisan di Leran, Gresik. Beberapa batu nisan yang ditemukan di Gresik Jawa Timur ini tercatat nama Fathimah binti Maimun yang wafat pada tahun 475 H atau 1082 Masehi. Yang menarik dari beberapa batu nisan yang ditemukan tersebut adalah

4 Kesimpulan itu berdasarkan Alwi pada manuskrip Cina pada masa Dinasti Tang. Manuskrip Cina itu

mensyaratkan adanya permukiman sufi-Arab di Cina, yang penduduknya diizinkan oleh kaisar untuk sepenuhnya menikmati kebebasan beragama. Cina yang dimaksudkan da-lam manuskrip pada abad pertama Hijriyah itu tiada lain adalah gugusan pulau-pulau di Timur Jauh, termasuk Kepulauan Indonesia dan semenanjung Malaysia. Lihat- Alwi Shihab (2001), Islam Sufistik: ‘Islam Pertama’ dan Pengaruhnya hingga Kini di Indonesia ,hal 6.

5

(4)

penggunaan Arab Kufi sebagai gaya penulisan hurufnya. Bentuk arab Kufi merupakan suatu bentuk gaya penulisan yang berkembang di Timur Tengah pada abad ke-11 dan 12. Dari penemuan ini, para sejarawan kemudian mengambil kesimpulan bahwa pada abad ke-11, Islam sudah menapakkan kaki dan mengembangkan sebuah kerajaan di tanah Jawa.6

Pendapat para ahli sejarah diatas kemudian dibantah oleh Rickfels (1995) yang memperkirakan bahwa Fathimah adalah orang Muslim tapi bukan pribumi yang bukan berasal dari Indonesia. Rickfels pun melalui penelitiannya menyatakan bahwa batu nisan tersebut mungkin dibawa ke Jawa beberapa ketika setelah Fathimah meninggal dan bukannya diambil dari kuburnya di Gresik. Namun bagi menangkis bantahan Rickfels diatas, sebuah kompleks makam ditemui lagi di Barus Sumatera yang terletak pada kompleks makam Tuan Makhdum. Tulisan pada salah satu nisan di kompleks pemakaman ini memuat nama Tuhar Amisuri yang wafat pada tahun 602 H atau 1205 yang jelas lebih tua dari makam Sultan Malik As-Saleh.

Sumber lain yang juga menjelaskan perkembangan Islam di Nusantara adalah berita dari Marcopolo. Marcopolo adalah seorang pelayar dari Itali yang banyak melakukan penjelajahan ke Asia terutama China dan Mongolia. Dalam perjelanan kembali ke Venesia beliau berkesempatan singgah di Sumatera pada tahun 1290. Dalam laporannya beliau menyatakan bahwa penduduk di Utara Sumatera iaitu Perlak telah sepenuhnya memeluk agama Islam. Beliau juga menyatakan bahwa telah berdiri suatu sistem sosial yang teratur bercorakkan Islam di daerah tersebut.7 Tidak dapat diketahui apakah pada masa tersebut telah berdiri kerajaan Islam atau belum, namun kalau kita lihat pendapat beliau diatas semestinya sudah ada suatu pemerintahan sendiri yang berdasarkan hukum Islam di daerah Sumatera Utara.

Dari pelbagai pendapat ini maka dapat diperkirakan Islam sudah mulai berkembang sebagai sebuah sistem sosial yang kuat di daerah Sumatera pada Abad ke-11 Masehi. Kerajaan Islam pertama dianggarkan telah dibangunkan di daerah Utara Sumatera (Samudera Pasai atau Perlak) dan kemudiannya menyebar ke Selatan menuju Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Jawa.

4.0 Perkembangan Islam di Jawa

Jawa merupakan antara daerah penting penyebaran Islam di Nusantara. Pulau Jawa, hingga hari ini tercatat sebagai pulau dengan jumlah Muslim terbesar di Nusantara bahkan dunia. Dari penemuan batu nisan Fathimah binti Maimun sebagaimana dijelaskan diatas, dianggarkan bahwa pada abad ke-11 Islam sudah ada dan berkembang di Jawa. Namun kerana tidak ada banyak bukti arkeologi, tidak dapat diketahui secara pasti bagaimana hubungan antara para pedagang Muslim dengan kerajaan-kerajaan yang ada di wilayah Jawa. Pada sekitar abad ke-13 ditemui pelbagai catatan dan bukti hubungan antara raja-raja di Jawa terutama yang terletak di pesisir Utara Jawa dengan para pedagang dan raja Muslim dari Gujarat, Arab, Samudera Pasai dan Perlak.

Hubungan perdagangan antara Majapahit dengan para pedagang dan penduduk Jawa yang kemudian memeluk agama Islam tercatat dalam Kitab Negarakertagama8 secara jelas. Dalam kitab tersebut diceritakan bahawa para pedagang Muslim tersebut datang dari Jambudwipa, Kemboja, China, Annam, Campa dan India Selatan. Mereka datang dengan menumpang kapal-kapal dagang. Selain itu dalam kitab tersebut juga diceritakan tentang

6

Kajian lebih jauh lihat Tjandrasasmita, Uka (1993), Masalah dan Kedatangan Islam serta Prosesnya” dalam 700 tahun Majapahit (1293-1993) Suatu Bunga Rampai, hal 278.

7

Kajian lebih lanjut lihat Ambary, Hasan Muarif (1981), Mencari jejak Kerajaan Islam Tertua di Indonesia (Kerajaan Islam Perlak, hal 515.

8

(5)

kerajaan Muslim tetangga yang memberikan ufti kepada kerajaan Majapahit iaitu Jambi, Palembang, Minangkabau, Siyak, Perlak, Samudera, Lamuri, Batan, Lampung dan Barus.9

Kewujudan masyarakat Muslim di Jawa juga dibuktikan dengan penemuan beberapa batu nisan di Tarlaya dan Trowulan yang dipercayai sebagai pusat pemerintahan Majapahit di masa lampau. Banyak dari nisan-nisan tersebut ditulis dengan Bahasa Arab namun menggunakan penanggalan Saka (penanggalan Jawa). Rickfels10 sendiri menganggarkan bahwa makam-makam tersebut bukanlah makam pendatang Muslim asing namun merupakan makam dari orang Islam Jawa. Damais (1957) sendiri menyatakan bahwa kemungkinan besar orang-orang tersebut merupakan orang-orang besar. Karena selain dari bentuk makamnya yang dipenuhi berbagai hiasan juga letak makamnya yang terletak di dekat pusat kerajaan Majapahit.

Dalam kajian butirannya, Damais (1957-hal 408-409) menemukan 21 buah batu nisan di daerah Taralaya, enam buah dari Trowulan, dua dari kedaton dan satu dari Kedungwulan. Dari kajian tersebut juga didapati bahwa 12 buah batu nisan berasal dari abad-14, 15 buah dari abad ke-15 dan sebuah dari abad ke-17. Yang menarik dari penemuan batu nisan ini adalah kenyataan bahwa dua batu nisan yang tertua berangka tahun 1203 Saka (1281 M) dan 1204 Saka (1282 M) yang bemakna ianya berasal dari masa sebelum kerajaan Majapahit dibangunkan. Melalui penelitian secara mendalam terhadap ragamhias dari makam tersebut juga didapati betapa kuatnya pengaruh kesenian pra-Islam ketika itu. Hal ini jelas dari hiasan lengkung kala makara yang dihiasi oleh dedaunan dalam segitiga tumpal yang melambangkan ‘mahameru’ yang merupakan hiasan khas keagamaan agama Hindu.11

Dari sini dapat disimpulkan bahwa sudah ada masyarakat Muslim sebelum berdirinya Kerajaan Majapahit di Jawa. Sebagian besar dari mereka bermukim di Tralaya dan Trowulan. Mereka dikatakan mengalami proses Islamisasi melalui interaksinya dengan para pedagang dari luar Jawa.12 Perkembangan Islam di Jawa (terutamanya Gresik), juga dapat diketahui dari berita Ma Huan, seorang muslim Cina yang mengunjungi daerah pesisir Utara Jawa pada abad ke-14. Ia menyatakan bahwa hanya terdapat tiga kelompok masyarakat di Jawa, yaitu orang-orang Muslim dari Barat, orang-orang Cina (sebagiannya beragama Islam) dan orang-orang Jawa sendiri.13

Dari peninggalan makam Maulana Malik Ibrahim14 di Gresik yang wafat 822 H (1419), didapati adanya hubungan pelayaran dan perdagangan antara pesisir Utara Jawa Timur dengan Pasai bahkan Gujarat. Menurut J.P. Moquette (1912) nisan pada makam Maulana Malik Ibrahim dibuat dari fabrik di Cambay-Gujarat, India-seperti juga makam Sultan Malik Al-Saleh dari Samuder pasai. Persamaan kedua batu nisan tersebut tidak hanya dari bahannya saja, akan tetapi juga dari penempatan ayat-ayat Al-Qur’an pada ruang-ruang tertentu baik pada sisinya maupun pada tempat yang diperlukan untuk tulisan tersebut

Perkembangan masyarakat muslim di pesisiran tanah Jawa dan Majapahit pada peringkat permulaannya mungkin belum dirasakan sebagai suatu ancaman oleh Kerajaan Majapahit. Kedua belah pihak masih mementingkan usaha untuk memperoleh keuntungan dari perdagangan. Proses Islamisasi ini mencapai bentuk kekuasaan politik dengan lahirnya

9

Kajian lebih jauh lihat Tjandrasasmita, Uka (1993), Masalah dan Kedatangan Islam serta Prosesnya” dalam 700 tahun Majapahit (1293-1993) Suatu Bunga Rampai

10

Lihat Rifklefs, M.C (1995) A History of Modern Indonesia hal 29

11

Lebih lanjut lihat Damais, L.Ch (1957), Etudes JavanaiseI. Les Tombes Musulemanen Dates de Tralata, dalam BEFEO, Tome XLVII, hal 394

12

Lebih lanjut lihat Tjandrasasmita, Uka (1993), Masalah dan Kedatangan Islam serta Prosesnya” dalam 700 tahun Majapahit (1293-1993) Suatu Bunga Rampai, hal 280

13

Ibid, hal 284.

14

(6)

Kerajaan Demak yang kemudian mengambil alih kekuasaan Majapahit sebagai Kerajaan Islam pertama di tanah Jawa.

5.0 Perwatakan Khusus Masjid-Masjid Tradisional Indonesia

Senibina masjid tradisional di Nusantara bila dibandingkan dengan senibina masjid yang dihasilkan oleh peradaban Islam di Dunia Islam yang lain, adalah begitu sederhana binaannya. Mungkin di atas sebab inilah mengapa senibina masjid tradisional Melayu sering dilupakan oleh para ahli sejarah15 ketika membicarakan tentang senibina masjid sebagai salah satu peninggalan penting peradaban orang Islam.

Perkara ini sepatutnya menjadi suatu isu yang sangat menghairankan, kerana jika diamati pada peninggalan orang Jawa sebelum kedatangan Islam seperti Candi Borobudur atau Candi Prambanan kita akan mendapati sebuah hasil senibina yang begitu halus dan memiliki nilai seni yang tinggi. Fenomena ini tentu bertentangan dengan andaian bahawa senibina masjid suatu wilayah atau kawasan selalunya dipengaruhi oleh keadaan atau gaya senibina yang berkembang di kawasan tersebut. Bagaimana mungkin suatu kebudayaan yang begitu tinggi di masa sebelum kedatangan Islam tiba-tiba kehilangan kemampuannya untuk menghasilkan karya senibina yang juga tinggi nilainya.

Gambar 1: Candi Borobudur dan Candi Prambanan, beberapa diantara peninggalan monumen dari peradaban Melayu sebelum Islam.

Sumber: Kajian Lapangan

Wiyoso Yudoseputro (1986) mengemukakan sebuah teori bahawa keghairahan mencipta karya seni tidak mungkin lahir begitu saja. Ia haruslah lahir dari sebuah rangsangan atau motif tertentu. Ia melihat keadaan Indonesia yang penuh dengan perang dan perebutan kuasa telah menghilangkan keghairahan untuk mencipta. Inilah yang menurut beliau menyebabkan senibina ketika itu kembali ke zaman tradisional bangunan kayu.

Menurut Sutjipto Wirjosuparto (1961) antara kemunduran dalam teknologi pembinaan bangunan adalah kerana peradaban Hindu dan Budha telah memperkenalkan penggunaan batu sebagai bahan pembinaan sebuah bangunan. Hanya zaman pra-sejarah sahaja yang menggunakan kayu sebagai bahan bangunan.

Disamping itu, mengenai bentuk senibina masjid di Indonesia, W.F. Stutterheim (1953) berpendapat bahawa ruang-ruang yang kecil dan sempit di dalam candi tidak dapat dijadikan sebagai model dari perancangan sebuah masjid kerana masjid memerlukan sebuah ruang yang luas dan besar untuk keperluan solat berjamaah. Oleh kerana itu menurut beliau

15

(7)

bangunan gelanggang menyabung ayam (wantilan) merupakan model yang lebih sesuai. Bangunan ini adalah bangunan pada masa pra-Islam yang masih digunakan hingga kini di Bali, pelannya berbentuk empatsegi, mempunyai bumbung dan sisi-sisinya tidak berdinding. Menurut beliau, jika sisi-sisi tersebut ditutup dan pada sisi bahagian Barat diberi mihrab, maka jadilah ia memenuhi syarat sebagai sebuah masjid.

Gambar 2: wantilan yang ada di Bali

Namun begitu, pendapat W.F. Stutterheim ditentang oleh H.J.de Graaf (1947), menurut beliau tidak mungkin orang-orang Islam di Indonesia memilih bangunan tempat menyabung ayam dan berjudi sebagai model masjid. Ini adalah kerana kedua-dua kegiatan tersebut adalah jelas diharamkan oleh Islam, maka bagaimana sesuatu yang diharamkan kemudiannya menjadi model bagi bangunan ibadah yang suci dan agung seperti masjid. Selain itu bumbung wantilan hanya satu tingkat saja, tidak bertingkat-tingkat seperti bumbung masjid tradisional Indonesia. Wantilan pun tidak memiliki serambi, berbeza dengan masjid tradisional yang sebahagian besarnya memiliki serambi di bahagian belakang atau tepi bangunannya. De Graaf (1976), selepas itu mengemukakan pendapat bahawa model masjid-masjid tradisional di Indonesia mengambil model dari Gujarat, Kashmir dan Malabar (India). Bukti yang memperkuat pendapatnya berasal dari hasil kajian yang dilakukan oleh Jan Huygens van Linschoten (seorang Belanda yang mengunjungi India pada abad ke-16). Dalam kajiannya Jan Huygens menyatakan bahawa masjid di Malabar juga memiliki pelan empatsegi serta bumbung bertingkat. Salah satu tingkat tersebut digunakan untuk belajar agama. Perkara yang sama ditemukan oleh de Graaf pada Masjid Taluk di Sumatera Barat. Berdasarkan perbandingan inilah ia kemudian menyimpulkan bahawa seluruh Masjid tradisional di Indonesia mengambil model dari Gujarat, Kashmir atau India.

(8)

Gambar 3: Masjid lama di Malabar dan Masjid Taluk

Melalui pendapat selanjutnya Sutjipto (1962) telah mengemukakan gagasan bahawa model masjid tradisional di Indonesia berasal dari bangunan tradisional Jawa yang dipanggil Pendopo (pendapa). Istilah pendopo berasal dari kata mendapa dimana dalam Bahasa Sanskrit merujuk pada suatu bahagian dari kuil Hindu di India yang berbentuk persegi dan dibangun secara terus di atas tanah. Pada bangunan tradisional Jawa, senibina mendapa ini kemudian diubah suai menjadi sebuah ruang terbuka dan besar yang sering digunakan untuk menerima tamu yang kemudian dinamakan pendopo. Pelan pendopo yang berbentuk bujur sangkar inilah yang menurut Sutjipto telah menjadi model kepada masjid-masjid tua di Indonesia.

Mengenai bumbungnya yang bertingkat-tingkat pula, menurut Sutjipto telah diambil dari bangunan Jawa yang lain iaitu rumah Joglo. Bentuk bumbung rumah Joglo tersebutlah yang menjadi model kepada bumbung masjid tradisional tersebut. Ketika diaplikasikan kepada masjid, ukuran dan bilangan tingkatnya dibuat untuk disesuaikan atasi alasan estetika untuk mengimbangi ruangnya yang besar. Mengenai persamaan yang terdapat pada masjid di Malabar dan masjid Taluk, Sutjipto kemudian menyatakan bahawa, telah terjadi “pertumbuhan yang sejajar” antara India dan Indonesia. Disamping itu kedua-dua masyarakat daerah India dan Indonesia telah melakukan suatu penyesuaian terhadap senibina mendapa ke dalam perancangan rumah mereka.

Identifikasi yang cukup mendalam yang lain telah dilakukan oleh G.F. Pijper (1992), dimana beliau menyatakan bahawa sekurang-kurangnya ada 12 perwatakan jelas dari masjid tradisional Indonesia (yang berasal dari Pulau Jawa) iaitu:

1. Asas lantai bangunan berbentuk empatsegi dan pejal yang agak tinggi dari aras tanah.

2. Masjid tidak berdiri di atas tiang, seperti sebahagian besar rumah tradisional Indonesia, tetapi di atas tanah yang padat.

3. Masjid umumnya memiliki bumbung yang meruncing ke atas, terdiri dari dua atau lima tingkat yang semakin ke atas semakin kecil.

4. Masjid memiliki ruang tambahan di sebelah Barat atau Barat laut (Mihrab) 5. Masjid umumnya memiliki serambi di hadapan dan di kedua sisinya.

6. Halaman di sekeliling masjid dibatasi oleh tembok dengan satu pintu masuk di depan disebut Gapura.

7. Pelannya berbentuk empatsegi. 8. Dibina di sebelah barat laut. 9. Arah mihrab tidak tepat ke kiblat. 10.Dibangun dari bahan yang mudah rosak

11.Terdapat parit, di sekelilingnya atau di hadapan masjid.

(9)

6.0 Ciri-ciri Khas dan Unsur-unsur Penting Senibina Masjid di Indonesia

Ciri-ciri dan elemen pertama yang dapat dilihat pada kebanyakan senibina masjid di Indonesia adalah bentuk asas rata atas tanah yang digunakan. Asas rata yang biasa digunakan berbentuk segiempat sama dan biasa digunakan pada pelbagai jenis candi di Pulau Jawa. Pada beberapa masjid yang masih terdapat di Pulau Jawa, pengaruh asas rata candi masih boleh dilihat sehingga kini. Pada bangunan- bangunan yang juga memiliki fungsi seperti masjid seperti langgar, tajug dan bale, biasanya dibangun di atas tiang sebagaimana bentuk bangunan tradisional Indonesia yang lain.

Selain dari asas rata, tembok atau pagar bangunan juga merupakan salah satu elemen yang sangat penting bagi pembangunan masjid tradisional Indonesia. Hanya di kota-kota atau dalam bandar yang tidak mempunyai halaman yang luas sahaja dasar pembinaan tembok tersebut tidak dilakukan. Tetapi pada masjid bentuk Jawa yang asli, tembok adalah suatu yang penting bagi memisahkan antara ‘kawasan suci’ dan ‘kawasan kotor’. Pada bahagian hadapan dari tembok biasanya dibangunkan gerbang yang mempunyai bermacam-macam bentuk dan gaya. Gerbang yang tidak berbumbung biasanya disebut Gerbang Bentar sedangkan gerbang yang berbumbung biasanya disebut Gapura (Bahasa Jawa) atau dalam Bahasa Sanskrit disebut Gopura.

Tembok yang mengelilingi sebuah masjid ini sebenarnya bukanlah ciri khas senibina Muslim, tetapi merupakan salah satu bentuk senibina peninggalan bangunan Candi desa yang disebut Pura Desa dan masih banyak dijumpai di Bali. Biasanya Pura Desa di Bali terdiri dari tiga halaman yang bertingkat- tingkat kesuciannya dan tiap halamannya dikelilingi oleh tembok. Pembahagian kawasan suci ini boleh dilihat pada bangunan-bangunan permakaman yang dibuat berdekatan dengan bangunan-bangunan masjid seperti makam suci Sunan Ampel (Ampel Rahmat) di Surabaya, makam Sunan Giri di Gresik, makam suci Tembayat atau Bayat di Klaten atau makam suci keluarga Raja Demak yang terdapat di persekitaran Masjid Demak. Makam yang lebih kecil pun sekurang-kurangnya terdiri dari dua halaman iaitu halaman masjid yang dikelilingi tembok dan di belakangnya terdapat pintu gerbang baru untuk tempat makam suci sebagaimana yang terlihat di Jatianom Surakarta.

Gambar 2: Pemakaman yang ada di sekeliling Masjid Demak. Sumber: Kajian Lapangan

(10)

perbezaan iklim dan keadaan budaya yang terdapat diantara keduanya. Sebenarnya jika kita amati pelbagai serambi yang terdapat pada kebanyakan masjid Nusantara, kita akan mendapati suatu kenyataan bahawa unsur ini ditambahkan setelah masjid tersebut siap. Keadaan tersebut boleh dikenalpasti dari perbezaan bumbungnya dengan bumbung ruang masjid utamanya dimana dari sini dapat kita lihat suatu usaha penyesuaian terhadap keperluan masyarakat Indonesia di ketika itu.

Gambar 3: Contoh serambi yang terdapat pada Masjid Demak Sumber: Kajian Lapangan

Namun begitu, jika merujuk kepada kebanyakan masjid di Jakarta, binaan serambinya tidak begitu dipertekankan. Keadaan tersebut berkemungkinan disebabkan oleh kuatnya pengaruh bangsa Arab di daerah Jakarta. Keadaan tersebut juga ditemui pada masjid yang telah dibangunkan oleh bangsa Arab di beberapa kota atau bandar-bandar lain di seluruh Indonesia. Mengenai perkara tersebut, sebahagian ahli sejarah16 berpendapat bahawa sebenarnya ketika orang-orang Arab mula membangunkan masjid mereka tidak meletakkan serambi sebagai sebahagian dari masjid. Namun begitu binaan serambi telah ditambah kerana wujud keperluan sosial terhadapnya, lalu binaan serambi tersebut dimasukkan ke dalam pembangunan masjid ketika berlakunya proses pembesaran masjid. Kesan binaan serambi masih boleh dilihat di beberapa buah masjid di sekitar Jakarta terutamanya pada bahagian sisi masjid.

Unsur lain yang diandaikan juga asing pada tipologi masjid tradisional Indonesia adalah tambahan berbentuk empat segi kecil atau melengkung di bahagian Barat atau Barat Laut atau dalam Bahasa arab disebut Mihrab. Jika dilihat dari dalam masjid, mihrab membentuk sebuah ruang pada bahagian tengah dinding masjid pada arah kiblat. Kegunaan mihrab pada masjid-masjid di negara Islam adalah sebagai penunjuk arah kiblat dan sebagai tempat untuk imam. Pada beberapa buah masjid di Jawa terdapat lebih dari satu ruang. Ruang yang pertama dijadikan sebagai mihrab dimana dalam Bahasa Jawa disebut pangimaman (Bahasa Sunda: Paimaman) yang bererti tempat imam, sedangkan ruang yang kedua dalam bahasa Jawa disebut pangimbaran (Bahasa Sunda Paimbaran, ertinya tempat Mimbar) di beberapa

16

(11)

masjid, bahkan terdapat tiga buah rongga yang berdekatan untuk pelbagai fungsi yang berbeza.

Unsur lain yang juga boleh dilihat pada bangunan masjid di Indonesia adalah menara. Pada kebanyakan pembangunan sebuah masjid, pembinaan menara adalah lebih kepada untuk mempercantikan saja berbanding dengan kepenggunaannya. Melalui pemerhatian ke atas beberapa buah masjid yang mempunyai menara, azan sering dikumandangkan dari gapura masjid atau dari aras bumbung masjid. Menara hanya digunakan untuk sesekali atau dua kali azan dari lima kali solat.

Menara masjid yang dianggap tertua di Indonesia adalah Menara Kudus. Bentuk bangunan dan gaya senibinanya adalah gaya asli Hindu-Jawa. Berdasarkan kepada penelitian Brumund dan Krom binaan tersebut telah dibangunkan pada abad ke-16. Namunbegitu telah menjadi persoalan kepada kebanyakan ahli sejarah tentang kepenggunaan sebenarnya menara tersebut. Apakah menara tersebut memang betul-betul dirancang dan dibina sebagai menara masjid. Sehingga kini sekurang-kurangnya telah ada dua kenyataan yang tidak bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa Menara Kudus memang direka dan dibina untuk masjid. Yang pertama adalah kenyataan bahawa menara yang dibina dengan sedemikian indah pada abad ke-16 namun tidak ada yang meniru dan menjadikannya sebagai model menara masjid tradisional yang kemudian dari pembangunannya. Semua menara tua yang dibangunkan telah menggunakan bentuk senibina asing dan tidak dalam bentuk tempatan iaitu Hindu-Jawa. Yang kedua ialah kerana di dalam menara Kudus telah ditemui sebuah beduk besar. Beduk merupakan hasil kebudayaan Hindu kuno. Pada awalnya ia tidak ada hubungan dengan agama Islam, namun ianya kemudian disesuaikan oleh orang Islam sebagai tanda isyarat masuknya waktu solat. Jika dilihat pada masjid tradisional yang lain di Indonesia, beduk tidak pernah diletakkan di menara, namun diletakkan di dalam atau di halaman masjid. Beduk juga kerapkali diletakkan di atas gapura. Dari sinilah kemudian para ahli sejarah mengandaikan bahawa menara kudus sebenarnya adalah sebahagian dari sebuah bangunan Hindu yang ditukar kepenggunaannya menjadi menara masjid17.

Gambar 4: Menara Kudus yang berbentuk bangunan bangunan tradisional Hindu-Jawa

17

(12)

Sumber: Kajian Lapangan

Dari kenyataan di atas, maka kemungkinan menara masjid yang tertua berada di Banten, iaitu merupakan sebuah menara berwarna putih tidak ramping yang bersegi-segi berdiri di bahagian hadapan Masjid Kesultanan Banten. Bangunan ini kalau di lihat dari jauh lebih menyerupai kepada menara mercu suar Belanda. Menurut cerita yang beredar di kalangan masyarakat Banten, menara masjid ini dibina oleh seorang arkitek Belanda bernama Lucas Cardeel. Menara ini berasal dari zaman Valentijn iaitu sewaktu beliau berkunjung ke Banten pada tahun 1694. Namun begitu, dalam buku beliau yang berjudul De Stad Banten (Kota Banten) tidak memperlihatkan adanya sebuah menara di hadapan Masjid Banten. Namun Wouter Schouten yang berada di sana sebelum Valentijn telah menyatakan bahawa beliau telah melihat satu atau lebih menara berhampiran Masjid Ternate, Masjid Makasar, Masjid Jepara dan Masjid Banten.18

Gambar 5: Masjid Banten dan Menaranya yang unik Sumber: Masjid 2000, Institut Teknologi Bandung.

Setelah pengaruh Belanda dan Portugis semakin berkurangan di Indonesia, didapati telah muncul pula pengaruh Arab. Sehingga abad ke-19, apabila jumlah pendatang keturunan Arab semakin terus meningkat di Indonesia, terutamanya di ibukota Jakarta dimana merupakan daerah yang paling ramai dihuni oleh bangsa Arab, beberapa masjid yang telah mereka bangunkan telah mengikuti bentuk yang ada di tempat mereka terutamanya Hadramaut yang terletak di bahagian selatan Arab Saudi. Menara Hadramaut, biasanya berbentuk bulat, tetapi kadang-kadang berbentuk empatsegi dan menirus ke atas dimana semakin ke atas semakin mengecil, dan puncaknya tumpul. Pada umumnya menara ini dicat putih. Permukaan dinding luarnya rata dan licin tanpa perhiasan. Bentuk menara ini dapat dilihat pada masjid di kampung Pekojan Jakarta (dahulunya merupakan kampung Arab) dan di Surabaya iaitu di Masjid Ampel yang bertarikh tahun 1862.

Antara unsur bangunan masjid yang paling banyak mengundang perhatian para sejarawan ke atas senibina masjid tradisional Indonesia adalah bumbung masjid. Sebagaimana dijelaskan sebelumnya bahawa terdapat banyak teori berkenaan dengan bumbung tersebut. Melalui kebanyakan teori-teori tersebut hampir kesemuanya merujuk kepada bentuk dan bangunan pada masa sebelum Islam.

18

(13)

Bumbung masjid tradisional Indonesia terdiri daripada beberapa tingkat yang meruncing dan di puncaknya terdapat hiasan. Bentuk bumbung tersebut menyerupai bumbung bangunan meru di Bali yang terdiri daripada antara lima sehingga sepuluh tingkat atau lebih (dalam bahasa Bali disebut Tumpang). Kemungkinan besar bumbung yang tinggi tersebut terdapat juga di Jawa. Namun begitu. oleh kerana ianya dibuat dari bahan kayu dan mudah rosak, berkemungkinan besar bumbung yang sedemikian telah rosak dan semakin pupus dari ingatan orang ramai. Bukti dari kewujudan bumbung yang bertingkat lima ini dapat dilihat pada Masjid Kesultanan Banten (sebelum abad ke-16) sebelum mengalami pengubahsuaian sebagaimana yang ada sekarang. Menurut Francois Valentijn yang mengunjungi Banten pada tahun 1694 ia mengatakan bahawa ia menjumpai Masjid Agung Banten memiliki bumbung yang bertingkat lima.19

Mengenai bumbung yang sedemikian H. Aboebakar melalui bukunya Sejarah Masjid 1 (1955), ia telah menjelaskan bumbung masjid tradisional Indonesia sebagai sebuah bumbung bertingkat-tingkat yang dibuat dari daun rumbia atau ijuk. Bumbung tersebiut biasanya ditopang oleh beberapa tiang kayu, empat tiang besar terletak di tengah-tengah ruangan untuk menompang sehingga kerangka bumbung yang tertinggi. Pada bahagian puncak bumbung masjid biasanya terdapat sepotong kayu yang berukiran. Pada beberapa masjid utama di tanah Jawa puncak masjid itu dibuat dari tanah liat bakar atau zink, bentuknya menyerupai nenas, dan diberi nama mustaka atau mastaka.

19

(14)

Gambar 6: Contoh Masjid Tradisional di Jawa: Masjid Agung Demak, Masjid Agung Banten, Masjid Cipta Rasa Cirebon, Masjid Agung Yogyakarta, Masjid Kasunyatan (Serang) dan Masjid

Mantingan (Jepara).

Sumber: Masjid 2000, Institut Teknologi Bandung dan Kajian Lapangan

Setelah dilakukan pemerhatian dan pengamatan secara lebih luas terhadap pelbagai jenis masjid di luar Tanah Jawa, adalah didapati bahawa bumbung masjid di Indonesia banyak dipengaruhi oleh bentuk bumbung rumah tradisional setempat. Masjid kuno di Sumatera Barat seperti masjid Taluk mendapat pengaruh yang sangat besar dari bentuk senibina rumah tradisional Minangkabau. Perkara yang sama juga boleh dilihat pada Masjid Asasi Nagari Gunung di Padangpanjang yang beratapkan ijuk yang meruncing, bersusun tiga tingkat dengan teratur. Masjid Pontianak yang merupakan salah satu bangunan masjid yang paling kuno di Kalimantan Barat menggunakan binaan kayu, berdiri di atas tiang , dan terletak di pinggir sungai. Keadaan tersebut kemungkinan besar dipengaruhi oleh keadaan kawasan dan oleh corak kehidupan masyarakat Kalimantan yang menjadikan sungai sebagai prasarana perhubungan utamanya. Di Sulawesi, Masjid Tua Bungku merupakan salah satu masjid kuno yang tertua di Sulawesi. Bumbungnya adalah lima tingkat dengan kombinasi bentuk kubah pada bahagian puncaknya. Diantara tiap-tiap tingkatan bumbung telah dikemaskan dengan jendela kaca.

Gambar 7: Contoh Masjid Tradisional di luar Jawa: Masjid Limo Kaum dan Masjid Asasi Nagari di Padang, Masjid Agung Pondok Tinggi, Jambi, Masjid Jamik Bengkulu, Masjid Pontianak dan Masjid

Bayan di Lombok.

Sumber: Kajian Lapangan dan Majelis Ulama Indonesia (1994), Masjid-Masjid Bersejarah di Indonesia, PT Potlot Nasional: Jakarta, hal 33, 48 dan 97.

7.0 Kesimpulan

(15)

sebahagian besar masjid menggunakan atap piramid bertingkat dengan sokongan empat tiang sokoguru pada ruang utamanya, sementara pemilihan bahan dan susunan ruangnya sangat dipengaruhi oleh keadaan setempat, teknologi, patron dan faktor yang mempengaruhi bangunan tradisi lainnya.Dari kajian ini penulis melihat keperluan bagi kajian yang lebih mendalam tentang masjid-masjid tradisional yang ada di Nusantara, kajian ini akan sangat berguna untuk perancangan masjid yang lebih baik bagi wilayah ini di masa hadapan.

Senarai Rujukan

Groneveldt, W.P (1960), Historical Notes on Indonesia and Malaya Compiled from Chinese Source, Jakarta: Bhratara.

Hart, Michael H (1986), Seratus tokoh yang paling Berpengaruh Dalam Sejarah, Jakarta Gramedia Press.

I.G.N Anom (1998). Masjid Kuno Indonesia, Jakarta: Proyek Pembinaan Peninggalan Sejarah dan Kepurbakalaan Pusat.

Moquette, JP (1912), De Datum op den Graafsteen van Malik Ibrahim, dalam TPG hal 54.

Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman (2002), Sejarah: Buku Teks, Kuala Lumpur:

Stutterheim Willem Frederik (1953), Pictorial history of civilization in Java, Leiden: Java Institute and G. Kolff

Th Pigeaud, Theodore G (1976). Islamic states in Java 1500-1700: Eight Dutch books and articles by H. J. de Graaf, Leiden: Nijhoff.

Tjandrasasmita,Uka (1981), Proses Kedatangan Islam dan Munculnya Kerajaan-Kerajaan Islam di Aceh, makalah dalam “Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia”, Banda Aceh: Al Ma’arif.

Tjandrasasmita, Uka (1993), Masalah dan Kedatangan Islam serta Prosesnya, dalam “700 tahun Majapahit (1293-1993) Suatu Bunga Rampai”, Surabaya: Dinas Pariwisata Daerah Propinsi Tingkat I Jawa Timur.

Tjandrasasmita, Uka (1993), Sepintas Mengenai Peninggalan Kepurbakalaan Islam di Pesisir Utara Jawa, dalam Aspek-aspek arkeologi, Edisi 3, Jakarta: Pusat Penelitian Arkeologi Nasional.

(16)

Wirjosuparto, Sutjipto (1962). Sejarah Bangunan Mesjid di Indonesia. Almanak Muhammadiyah Tahun 1381 H. No XXI. Jakarta: Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Majelis Taman Pustaka.

(17)

Lampiran: Tipologi Bentuk dan Struktur Beberapa Masjid di Indonesia

No Nama

Masjid Kedudukan

Tahun

Dibina Tampak Luaran Tampak Dalaman Pelan Keratan Rentas

1 Masjid Banten

Banten, Jawa Barat

1552 M

2 Masjid AgungDe mak

Demak, Jawa Tengah

1479 M

3 Masjid Agung Sang Cipta Rasa

Cirebon, Jawa Barat

(18)

No Nama

Masjid Kedudukan

Tahun

Dibina Tampak Luaran Tampak Dalaman Pelan Keratan Rentas

4. Masjid Kasunyat an,

Serang, Jawa Barat

1552 M

5. Masjid Al-Alam

Cilincing, Jakarta

Abad ke-17M

6. Masjid Al Mansyur

Jakarta 1717 M

7. Masjid Al-Alam

Marunda, Jakarta

(19)

No Nama

Masjid Kedudukan

Tahun

Dibina Tampak Luaran Tampak Dalaman Pelan Keratan Rentas

8. Masjid Angke

Jakarta 1761 M

9. Masjid Agung Yogya

Yogyakar-ta 1773 M

10. Masjid Mataram

Kota Gede Yogyakar-ta

1575 M

11. Masjid Agung Surakarta

Surakarta, Jawa Tengah

(20)

No Nama

Masjid Kedudukan

Tahun

Dibina Tampak Luaran Tampak Dalaman Pelan Keratan Rentas

12. Masjid Mantinga n

Jepara, Jawa Tengah

1559 M

13. Masjid Gala, Bayat

Klaten Jawa Tengah

Abad ke-17M

14. Masjid Sendang Duwur

Lamongan, Jawa Timur

1561 M

15 Masjid Sunan Ampel

Surabaya, Jawa Timur

(21)

No Nama

Masjid Kedudukan

Tahun

Dibina Tampak Luaran Tampak Dalaman Pelan Keratan Rentas

16. Masjid Sunan Giri

Gresik, Jawa Timur

Gambar

Gambar 1: Candi Borobudur dan Candi Prambanan, beberapa diantara peninggalan monumen dari peradaban Melayu sebelum Islam
Gambar 2:  wantilan yang ada di Bali
Gambar 2: Pemakaman yang ada di sekeliling Masjid Demak.
Gambar 3: Contoh serambi yang terdapat pada Masjid Demak
+4

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian terdahulu yang dilakukan oleh M.Latief Bachtiar (2016) menunjukkan bahwa secara simultan produk, harga, promosi dan tempat berpengaruh signifikan

hipotesis diterima. 1) Hipotesis 1 yang menyatakan bahwa lingkungan kerja berpengaruh positif dan signifikan terhadap motivasi karyawan kantor pusat, Bank Sinar

• Urut-urutan proses atau aktivitas penciptaan produk maupun jasa yang ditawarkan, mulai dari pembelian bahan mentah hingga produk jadi yang siap dikonsumsi pelanggan

Saat ini kerap terjadi pelanggaran privasi di media sosial berbasis ojek online, timbulnya pelanggaran privasi pada ojek online ini karena aplikasi

Dalam tahap klasifikasi, terdapat data status baru yang belum memiliki kategori yang nantinya akan ditentukan kategori dari masing-masing status, apakah kategori

Data utama yang dikumpulkan melalui studi dokumen, dan didukung oleh data primer, dianalisis dengan metode analisis kualitatif berdasarkan logika berpikir

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui: (1) modul yang layak digunakan pada pembelajaran Komputer Akuntansi di SMK Negeri 3 Surakarta dan (2) efektifitas

Perintah chmod 000 tersebut merupakan perintah untuk menghapus/menghentikan semua izin akses yang ada pada home directory baik izin membaca, melihat dan lain-lain