• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISU ISU BERKAITAN TANAH WAKAF HALANGAN K

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ISU ISU BERKAITAN TANAH WAKAF HALANGAN K"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

ISU-ISU BERKAITAN TANAH WAKAF HALANGAN KEPADA PEMBANGUNAN INSTITUSI WAKAF PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA

Rohayati Hussin1 dan Dr. Rusnadewi Abdul Rashid2

Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan pemegang amanah tunggal harta-harta wakaf termasuklah harta tanah wakaf. MAIN menerima banyak harta tanah wakaf daripada pewakaf yang berbeza dari segi nilai. Johor, Terengganu, Sabah dan Kedah adalah antara negeri yang mempunyai keluasan tanah wakaf yang terbesar. Namun tidak semua tanah wakaf tersebut dibangunkan malah ada tanah-tanah wakaf dibiarkan kosong ditumbuhi lalang. Tanah wakaf yang berada di lokasi strategik mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan lebih berpotensi untuk dimajukan berbanding tanah wakaf yang berada di kawasan terpencil. Tanah wakaf pada masa kini bukan untuk ditahan tetapi untuk dimajukan seoptimum mungkin. Justeru itu, tanah wakaf yang sedia ada perlu dikaji dan disemak supaya tanah tersebut dapat dibangunkan secara optimum dan mapan. Membangunkan institusi pendidikan tinggi di atas tanah wakaf boleh dianggap sebagai ‘unlocking’ tanah tersebut demi mengangkat dan memartabatkan umat Islam. Pembangunan di atas tanah wakaf perlu diberi perhatian serius kerana pembangunan merupakan peningkatan nilai daripada suatu tahap kepada tahap yang lebih baik.Namun isu-isu yang timbul di atas tanah wakaf menjadi kekangan untuk membangunkan tanah wakaf. Oleh itu kertas kerja ini akan mengupas mengenai isu-isu yang ditimbul berkaitan tanah wakaf yang menjadi kekangan kepada pembangunan tanah wakaf terutamanya untuk pembangunan wakaf pendidikan tinggi. Beberapa pendekatan perlu diambil supaya isu-isu tersebut dapat diberi perhatian segera agar tanah wakaf dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Kata Kunci: Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Tanah Wakaf, Institusi Wakaf Pendidikan Tinggi, Kanun Tanah Negara (KTN).

PENGENALAN

Institusi wakaf telah diperuntukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri berdasarkan Jadual Ke-9 Perlembagaan Persekutuan. Bagi menyelaraskan pentadbiran tanah wakaf, Kerajaan Persekutuan meletakkannya di bawah tanggungjawab Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)3, Jabatan Perdana Menteri. Oleh sebab hal ehwal wakaf merupakan urusan negeri (state matter), adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri melaksanakan apa-apa urusan yang berkaitan dengannya. Oleh yang demikian juga, kerajaan negeri perlu menyediakan perundangan untuk membolehkan pelaksanaannya, menentukan bidang kuasa pihak-pihak yang melaksanakannya dan juga membolehkan diadakan peraturan-peraturan pelaksanaannya. Kerajaan-kerajaan negeri juga perlu menyediakan peruntukan secukupnya dan menyediakan infrastruktur pelaksanaannya, termasuk menyediakan sumber manusia (perjawatan) dan organisasi yang boleh dipertanggungjawabkan. Berdasarkan maklumat yang ada, setakat ini hanya Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor sahaja yang sudah ada perundangan yang khusus mengenai pentadbiran tanah wakaf (Sallehuddin, 2013).

(2)

Konsep wakaf perlu dilihat dari aspek yang lebih luas bukan hanya dari aspek keagaamaan dan kerohanian semata-mata. Sulaiman (2008) menyatakan bahawa fungsi dan peranan wakaf perlu diperkasa dari segi potensinya kepada penjanaan ekonomi, pembasmian kemiskinan, peningkatan taraf pendidikan dan kesihatan, pembangunan penyelidikan dan sebagainya bagi kepentingan umat Islam. Bagi memperkasa peranan wakaf pemahaman tentang konsep wakaf itu perlu lebih jelas dahulu supaya harta-harta wakaf dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Tanah wakaf merupakan harta tidak alih yang biasa diwakafkan bermula daripada amalan tradisi di zaman Rasulullah dan sahabat lagi hingga masa kini. Para ulama seperti Ibn Qudamah, Ibn ‘Abidin dan al-Ramli pernah mengungkapkan bahwa: “Semasa Rasulullah SAW, tidak ada wakaf yang dilakukan melainkan dalam bentuk tanah dan rumah” (Asmak, 2009). Oleh itu wakaf dalam bentuk harta tidak alih adalah sah. Pembangunan yang dilakukan di atas tanah wakaf dilihat sebagai salah satu cara memperkasakan peranan wakaf. Pembangunan tanah wakaf sewajarnya dilaksanakan secara profesional dan efisien kerana pulangan hasilnya akan memberikan impak yang besar terhadap kemajuan ekonomi umat Islam khususnya serta negara amnya.

(3)

Rajah 1: Keluasan Tanah Wakaf Mengikut Negeri4

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wakaf membawa maksud sesuatu yg diberikan untuk kegunaan orang ramai (sebagai derma) atau sesuatu yang diberikan dan diperuntukkan bagi keperluan yang berkaitan dengan agama Islam (Ahmad & Muhamed, 2011). Menurut Seksyen 2 Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999, wakaf ertinya

“menyerahkan apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa tujuan kebajikan sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas menurut Hukum Syarak tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949”.

Menurut Sulaiman (2008), secara umumnya terdapat dua kategori wakaf iaitu wakaf am dan wakaf khas. Wakaf am ialah wakaf yang manfaatnya ditujukan untuk kegunaan semua golongan masyarakat. Perwakafan kategori ini boleh diaplikasikan kepada perkara-perkara atau tujuan-tujuan kebajikan yang umum. Ia juga dikenali sebagai al-waqf al-khairi. Wakaf khas pula adalah merujuk kepada wakaf yang manfaatnya didedikasikan untuk tujuan atau golongan tertentu. Dari segi amalan pentadbiran harta wakaf, wakaf am adalah lebih mudah untuk ditadbir kerana ciri-ciri umum pada wakaf am memudahkan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)5 selaku pentadbir harta wakaf merancang sebarang bentuk pembangunan harta berkenaan asalkan manfaatnya dapat digunakan atau dinikmati oleh

4 Sumber daripada kajian penulis Sallehuddin Ishak, DIMP, JSM, Ph.D (Glasgow), M.Phil (Aberdeen)

merupakan Timbalan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dan Ahli Jawatankuasa Akademik Universiti Islam Malaysia dalam Jurnal Pentadbiran Tanah , 3(1), 2013.

5Selepas ini Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) disebut sebagai MAIN.

Johor, 3,152.30

Kedah, 1,244.88

Kelantan, 173.65 Melaka, 33.25

N. Sembilan, 15.5 Pahang, 723.82

Perak, 116.12 Perlis, 17.23

Pulau Pinang 779.26 Sarawak, 10.9

Sabah, 2,095.16 Selangor, 267.45

Terengganu, 2,460.24

W. Persekutuan 2.08

(4)

orang awam seperti pembinaan hospital, sekolah, perpustakaan dan masjid.Mengikut Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) (Akta 56)6, tanah wakaf adalah rizab bagi tujuan keagamaan dan tanah wakaf pertanian yang kurang daripada 0.4 hektar tidak dibenarkan pemecahan sempadan. Manakala harta wakaf yang terlibat dalam aktiviti sewaan sebelum 31 Januari 1948 adalah tertakluk kepada Akta Kawalan Sewa 1966 (Majid & Said, 2014).

Wakaf juga memainkan peranan penting bagi pembangunan ekonomi dan pendidikan. Pendidikan tinggi adalah satu institusi sosial untuk menyebarkan ilmu, menggunakan dan mengembangkannya serta tempat untuk manusia melaksanakan analisis intelektual, menjana kecemerlangan dan keprihatinan sejagat. Istilah universiti membawa maksud ‘penyatuan’ yang merujuk kepada sekumpulan manusia dengan matlamat yang sama, bebas dan mempunyai keistemewaan atau hak yang dikaitkan dengan sebuah institusi akademik. (Ahmad Zaki et al, 2014). Wakaf pendidikan tinggi adalah sebahagian daripada wakaf khas iaitu pewakafan harta yang pada mulanya adalah untuk diri pewakaf sendiri sebagai keutamaan atau kepada mana –mana individu dengan niat untuk kebaikan. Antaranya seperti pewakaf mewakafkan harta berbentuk tanah, kemudian bangunan seterusnya kepada operasi perjalanan institusi pendidikan tinggi dari sudut pengajian, infratruktur bangunan serta kemudahan fasiliti unutk kegunaan para pelajar dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat dan kebaikannya.

DALIL PENSYARIATAN WAKAF

Menurut Hydzulkifli, Azizi, Mohd Sollehudin, dan Mohd Kamal (2014), pensyariatan wakaf tidak menyatakan dengan jelas mengenai pensyariatan wakaf dengan menggunakan kalimah al-waqf. Namun, terdapat beberapa dalil dari Al-Quran yang menyeru manusia agar berbuat baik demi kepentingan masyarakat umum dengan menyumbangkan sedekah mereka agar mendapat pahala yang berterusan. Antara dalil-dalil yang terdapat dalam Al-Quran bagi merujuk kepada ibadah wakaf ini sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sedekahkanlah sebahagian atau keseluruhan itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahuinya”.

(Surah Al-Baqarah: 280)

“Hai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”

(Surah Al-Baqarah: 267)

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebagian dari apa yang kamu cintai.”

(Surah Ali Imran : 92)

Di antara hadis yang menjadi dasar dalam menguruskan wakaf adalah yang menceritakan tentang kisah Umar bin al-Khaththab ketika memperoleh tanah di Khaibar. Beliau lalu bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, saya telah memperoleh tanah di bumi Khaibar yang nilainya tinggi dan tidak pernah saya peroleh yang lebih tinggi nilai daripadanya. Apakah yang tuan nak saya lakukannya? Rasulullah SAW bersabda: “Kalau kamu mahu, bekukan sumbernya dan bersedekah dengannya.” Lalu Umar menyedekahkan

(5)

kepada fakir miskin, untuk keluarga, untuk memerdekakan budak, untuk orang yang berperang di jalan Allah, orang musafir dan para tetamu. Jelaslah dari hadis tersebut, tanah wakaf tidak boleh dijual, dihibah atau dijadikan pusaka. Bagaimanapun ia boleh digunakan dengan cara yang sesuai oleh pihak yang mengurusnya, seperti memakan atau memberi makan kawan tanpa menjadikannya sebagai sumber pendapatan.”

Oleh itu, para ulama sepakat menerima wakaf sebagai satu amal jariah yang disyariatkan oleh Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan dan menolak tuntutan amalan wakaf dalam Islam kerana wakaf telah meletakkan wakaf sebagai amalan dikalangan para sahabat Rasulullah SAW, ahli-ahli ibadat yang suka bersedekah atau membuat amal kebajikan dan ahli-ahli ilmu yang suka mendampingkan dirinya dekat dengan Allah SWT (Asmak, 2009).

HUKUM MEMBANGUNKAN TANAH WAKAF

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-80 pada 1-3 Februari 2008 di Terengganu telah membincangkan Hukum Membangunkan Tanah Wakaf Khas Dengan Membangunkan Selain Daripada Niat Asal Pewakaf di Kuala Terengganu. Dalam persidangan ini, muzakarah memutuskan: Membangunkan tanah Wakaf Khas khususnya wakaf masjid dengan tambahan projek pembangunan atau beberapa penambahbaikan bagi menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam, dengan syarat pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang boleh ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.7

Persidangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 1982, telah mengisytiharkan fatwa wakaf ibdal atau istibdal sebagai langkah atau usaha bagi pembangunan tanah-tanah wakaf terbiar di Malaysia. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan memandang berat dan berusaha agar harta wakaf dibangunkan supaya ianya dapat memberi manfaat kepada kemaslahatan ummah amnya dan khususnya kepada bidang pendidikan. Ini memberi kesan yang sangat mendalam bagi membentuk pembangunan institusi wakaf pendidikan agar terlaksana dengan berjaya dan berkesan. Namun hingga kini pembangunan harta wakaf di negara kita masih perlahan berbanding Negara-negara Timur Tengah seperti Mesir, Kuwait, Republik Arab Bersatu dan Turki (Sulaiman, 2008).

Merujuk kepada usaha-usaha membangunkan harta wakaf, jumhur fuqaha mengharuskan pembangunan dilaksanakan atas harta wakaf kerana sekiranya tiada usaha sedemikian dilaksanakan akan menyebabkan sesuatu harta itu rosak binasa dan tidak dapat dimanfaatkan. Hasil daripada pembangunan tersebut hendaklah digunakan bagi tujuan wakaf. Daripada perbincangan di atas dapat dirumuskan bahawa fuqaha membenarkan sesuatu tanah wakaf khas sama ada wakaf masjid atau bukan masjid seperti sekolah dan sebagainya dibangunkan dengan pelbagai aktiviti yang dapat menjana pendapatan. Manakala hasil atau manfaat yang diperolehi dikembalikan kepada wakaf seperti membenarkan lot-lot perniagaan dibina di atas tanah wakaf dan hasilnya disalurkan untuk tujuan penyelenggaraan bangunan dan tanah wakaf tersebut.

(6)

ISU-ISU BERKAITAN TANAH WAKAF

Tanah wakaf adalah aset penting umat Islam dan seharusnya ia dibangunkan secara optimum dan efisyen berdasarkan perancangan yang terperinci demi untuk memenuhi keperluan semasa Pembangunan yang dilakukan di atas tanah wakaf memerlukan perancangan yang teliti agar ia dimanfaatkan sebaik mungkin. Tidak dinafikan bahawa tidak semua tanah wakaf berpotensi untuk dimajukan kerana fizikal sesuatu tanah menyukarkan pembangunan dilakukan. Membangunkan institusi pendidikan tinggi di atas tanah wakaf merupakan satu cara untuk mengelakkan tanah wakaf tersebut daripada terus terbiar dan usang. Pembangunan pusat pendidikan tinggi samada Institusi Pendidikan Tinggi Awam ataupun Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di atas tanah wakaf secara tidak langsung membantu meningkatkan dan memartabatkan ekonomi umat Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa wakaf boleh memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Wakaf juga menjadi alat agihan semula kekayaan bagi mencapai keseimbangan ekonomi sesebuah negara dalam konteks yang menyeluruh melalui penyediaan kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, tempat ibadah, kemudahan jalan raya dan sebagainya. Pembangunan terhadap tanah wakaf seharusnya menjadi agenda kerajaan dengan memberi sokongan dalam pelbagai bentuk terutamanya dalam bentuk dana. Usaha membangunkan tanah wakaf untuk tujuan pendidikan tinggi mungkin tergendala dengan timbul pelbagai isu berbangkit di atas tanah wakaf. Oleh itu, kajian ini mengenengahkan beberapa isu yang timbul berkaitan tanah wakaf. Ianya terdiri daripada isu pendaftaran tanah wakaf, isu pengurusan dan pentadbiran tanah wakaf, isu kedudukan tanah wakaf, kekurangan dana untuk membangunkan tanah wakaf dan yang terakhir isu berkaitan ketidakfahaman masyarakat tentang pembangunan tanah wakaf.

1. Isu Pendaftaran Tanah Wakaf

Isu pendaftaran tanah wakaf bukan isu baru kerana isu ini pernah dibincangkan oleh beberapa orang penulis seperti Hasnol Zam Zam Ahmad pada tahun 2007 dalam kajian beliau 8.Sallehuddin Ishak pada tahun 2013 juga membangkitkan isu yang sama dalam kajian beliau yang bertajuk “Kuasa Menghurai Model Goodchild Dan Munton (1986) Dan Van Assen (2009) Dalam Masalah Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia”.Berdasarkan analisis masalah yang dijalankan oleh beliau dengan menggunkan model ‘Value Stream Mapping’, beliau mendapati bahawa penyumbang utama kegagalan pembangunan tanah wakaf ialah masalah pendaftaran di Pejabat Tanah. Isu lama ini perlu diberikan nafas baru supaya ia dapat diselesaikan dengan sewajarnya.Pejabat-pejabat Tanah dikatakan mempunyai amalan yang tidak seragam dalam pendaftaran tanah wakaf. Tidak dinafikan bahawa pembangunan tanah wakaf tidak dapat dipisahkan daripada KTN yang menjadi dasar kepada perundangan dan pentadbiran tanah (Sayuti Ab Ghani, Mohd Hamran Mohamad, Hasan Al-Banna Mohamed, 2011).

Jika dirujuk kepada KTN, tidak ada peruntukan khas mengenai pendaftaran tanah wakaf. Justeru itu tanah wakaf juga perlu didaftar seperti mana tanah – tanah yang lain mengikut undang-undang yang tertakluk di dalam KTN. Amalan pendaftaran tanah wakaf pada masa kini adalah mengikut MAIN setiap negeri. Tiada penyelarasan dalam pendaftaran

(7)

tanah wakaf bagi setiap negeri menyebabkan terdapat pelbagai borang yang dibuat dan disediakan oleh pihak majlis untuk mendaftarkan tanah wakaf .Tanah wakaf yang tidak didaftarkan sukar untuk dimajukan kerana akan timbul pelbagai konflik dikemudian hari. Secara hukum syarak, muwaqif telah mewakafkan tanah yang dikehendaki melalui MAIN masing-masing. MAIN akan mendaftar dan merekodkan pewakafan tersebut. Tindakan susulan, MAIN akan mendaftar tanah tersebut ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pentadbir Tanah Daerah (PTD). Namun, kaedah pendaftaran bagi setiap PTG dan PTD adalah berbeza-beza sama ada menggunakan kaedah: (i) pindah milik menggunakan Borang 14A; (ii) peletakhakan berkanun di bawah seksyen 416C; (iii) penyerahan tanah (surrender) – Borang 12A dan Borang 12B; atau (iv) peletakhakan berkanun di bawah seksyen 415 KTN – Borang 30A. Faktor-faktor yang mempengaruhi cara-cara pendaftaran wakaf adalah kurang kemahiran dalam pentadbiran MAIN dan Jabatan Agama Islam Negeri mengenai perundangan dan pentadbiran tanah, tidak patuh kepada peraturan-peraturan yang dikeluarkan, faktor pentadbiran dan faktor undang-undang tanah itu sendiri sebagai contoh perkataan “wakaf” tidak tercatat dalam dokumen hakmilik kerana tidak termasuk dalam bidang kuasa KTN dan boleh dianggap sebagai “Sekatan Hakmilik” (Sallehuddin , 2013). Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Sayuti Ab Ghani, Mohd Hamran Mohamad, Hasan Al-Banna Mohamed, 2011 bertajuk Amalan Pendaftran Tanah Wakaf: Satu Kajian Kes di Bawah Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia, mereka menyatakan beberapa sebab kenapa penyeragaman dalam proses tanah wakaf diperlukan ialah kerana:

i. Memudahkan pewakaf untuk mewakafkan tanah mereka

ii. Memudahkan MAIN untuk mengendalikan urusan pendaftaran tanah wakaf

iii. Memberi gambaran yang positif kepada bukan Islam bahawa agama Islam memberi kemudahan bukan menyusahkan.

Isu berbangkit mengenai pendaftaran tanah wakaf sedikit sebanyak memberi tempias kepada pembangunan tanah wakaf untuk institusi pendidikan tinggi.Oleh itu, isu ini perlu di diselesaikan terlebih dahulu sebelum perancangan pembangunan dilakukan untuk mengelakan masalah yang lebih besar berlaku.

2. Isu Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Wakaf

(8)

berhubung hartanah wakaf tidak direkodkan dengan baik dan tersusun yang akhirnya menyebabkan ia terus lenyap dalam senarai peruntukan (Ihsan & Mohamed Ibrahim, 2011). Selain itu, terdapat juga tanah wakaf yang direkodkan oleh pentadbir sebagai wakaf, tetapi nama pewakaf masih tercatat pada dokumen hak milik tanah yang telahpun diwakafkan. Malah tidak kurang juga para penyelidik yang mendapati tiadanya maklumat yang lengkap berhubung tanah wakaf. Kekurangan kakitangan disetiap MAIN mengakibatkan banyak tanah wakaf yang belum diproses pindah milik yang akhirnya menjurus kepada masalah pengisian pangkalan data yang tidak lengkap bagi merekod segala maklumat hartanah wakaf (Majid & Said, 2014).

Pada masa ini pengurusan tanah wakaf sudahpun menjadi agenda negara-negara Asia. Di Brunei, pembangunan tanah wakaf telah menjanakan faedah yang pelbagai kepada penduduk setempat. Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) telah bertindak lebih bijak dengan memberikan lebih kesedaran di kalangan rakyat Brunei tentang kepentingan pembangunan wakaf yang baik. Di Singapura Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah menyerahkan tanggungjawab kepada badan lain iaitu Wakaf Real Estate of Singapore (WAREES Investment Pte. Ltd) bagi memastikan pembangunan tanah wakaf berjalan semaksima yang mungkin. Manakala di Bangladesh, Bank Islamnya bergiat aktif dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan wakaf (Majid & Said, 2014).

Pengurusan dan pentadbiran tanah yang kurang baik menyukarkan tanah wakaf untuk dibangunkan.Perlu juga diambil perhatian bahawa isu pentadbiran tanah wakaf tidak dapat dipisahkan daripada pentadbiran hal ehwal Agama Islam Negeri. Oleh itu, ia tidak dapat dipisahkan daripada Institusi Raja-Raja Melayu. Sebagaimana isu-isu lain yang seumpamanya sebelum ini, perbincangan dan penyelesaiannya memerlukan ketelitian dan perlu menjaga adab-adab tertentu. Sekiranya tidak, ia boleh disalahtafsirkan oleh pihak-pihak tertentu dan akhirnya usaha yang baik dengan niat yang ikhlas juga boleh menghadapi kesukaran dan kegagalan (Sallehuddin, 2013). Pengurusan dan pentadbiran yang baik memudahkan pembangunan wakaf pendidikan institusi pendidikan tinggi dilakukan atas tanah wakaf kelak.

3. Isu Kedudukan Tanah Wakaf

Kedudukan di mana tanah wakaf itu terletak menjadi faktor penentuan untuk tanah wakaf itu dimajukan bagi sesuatu projek terutamanya bagi projek-projek komersial. Kedudukan tanah wakaf yang berada di kawasan yang terpencil menjadi kekangan untuk tanah tersebut dimajukan. Ada juga tanah wakaf yang bersaiz kecil dan kedududkannya berselerak sukar untuk dimajukan.Kedudukan tanah wakaf yang berselerak dan keluasan yang kecil menyukarkan pembangunan dirancang untuk sesuatu projek pembangunan. Disamping itu, terdapat juga tanah-tanah wakaf yang terletak di kawasan pedalaman yang mana tiadanya kemudahan jalan masuk yang baik. Bukan itu sahaja malahan tanah yang berada di kawasan pedalaman tidak dapat digunakan untuk tujuan pembangunan kerana tiada nilai keperluan dan tiada nilai komersial selain jauh untuk pembangunan (Isamail et al., 2013).

(9)

pembangunan institusi wakaf pendidikan tinggi perlu diambil kira supaya mudah untuk diakses oleh ‘stakeholder’ yang terlibat. Kedudukan tanah yang berselerak perlu difikirkan inisiatifnya bagaimana untuk memajukan tanah tersebut samada diistibdal atau menggunakan cara lain yang difikirkan sesuai. Wujudnya institusi pendidikan tinggi disesuatu kawasan boleh meningkatkan taraf ekonomi di tempat tersebut secara tidak langsung ia menjadi nilai tambah kepada kawasan tersebut.

4. Isu Kekurangan Dana Untuk Membangunkan Tanah Wakaf

Kekurangan dana merupakan salah satu kekangan yang dihadapi untuk memajukan tanah wakaf. MAIN sebagai pemilik tunggal harta tanah wakaf mempunyai masalah untuk memajukan tanah wakaf kerana kekurangan dana. Kerjasama daripada pihak luar memungkinkan tanah wakaf tersebut dimajukan untuk pembinaan institusi wakaf pendidikan tinggi. Sungguhpun Malaysia merupakan antara negara Islam yang mempunyai persekitaran kewangan Islam yang dinamik bertaraf antarabangsa pembangunan harta wakaf yang menggunakan instrumen kewangan kontemporari berada pada tahap yang kurang memberangsangkan. Keadaan ini jelas menggambarkan bahawa pembangunan wakaf tidak berkembang sepantas pertumbuhan sistem kewangan Islam (Sulaiman, 2012). Malaysia mempunyai harta wakaf yang banyak terutamanya tanah dan sekiranya dibangunkan maka ia pasti dapat memberi sumbangan yang positif kepada pembangunan ekonomi umat Islam. Namun, kekurangan dana merupakan satu kekangan utama bagi tujuan pembangunan harta wakaf (Ahmad & Muhamed, 2011).

5. Ketidakfahaman Masyarakat Tentang Pembangunan Tanah Wakaf

Selain itu pengurusan hartanah wakaf juga berhadapan dengan masalah salah faham di kalangan penduduk setempat. Lazimnya wakaf khusus terhad kepada tujuan tertentu atau bagi maksud yang telah diusulkan oleh pewakaf. Berbeza dengan wakaf am yang membolehkan ia dibangunkan dengan meluas tanpa limitasi tertentu serta membawa kebajikan kepada penduduk setempat. Namun majoriti penduduk setempat hanya memahami akan keperluan tanah wakaf ke atas suatu keperluan sahaja. Ekoran itu banyak hartanah yang diwakafkan secara khusus sekaligus menghalang pihak pengurusan menjalankan pembangunan lain selain dari hajat pewakaf. Meskipun negara Malaysia kian membangun dan sedang berkembang pesat seiring dengan era globalisasi dunia, tahap kesedaran dan pengetahuan tentang wakaf dan kepentingannya masih lagi kurang. Seruan kepada wakaf ini juga pernah disentuh oleh cendiakawan agung Melayu, Prof Diraja Ungku Aziz, beliau menyatakan, “Kalaulah semua umat Islam menyimpan seringgit seorang sebulan (untuk tujuan wakaf), dan bayangkan jika umat Islam berjumlah enam juta orang, maka modal terkumpul sebulan (bagi umat Islam) ialah sebanyak enam juta ringgit” (Isamail et al., 2013).

PENDEKATAN TERHADAP ISU-ISU BERKAITAN TANAH WAKAF

(10)

Pengurusan Tanah Wakaf adalah untuk membantu MAIN dalam mendaftar dan mengurus tanah - tanah wakaf dengan baik.9

Disamping itu, ia diharapkan akan dapat mewujudkan penyeragaman prosedur pendaftaran dan pengurusan tanah-tanah wakaf diseluruh negara. Manakala diantara objektif Manual Pengurusan Model Perundangan Wakaf diwujudkan adalah untuk menyelaras dan menyeragamkan peruntukan undang-undang berkaitan wakaf untuk digunapakai oleh MAIN dan juga untuk membentuk satu sistem pendaftaran dan pengurusan wakaf yang teratur dan seragam di seluruh negara.10 Namun begitu usaha kearah menggubal akta khusus berkaitan wakaf perlu diteruskan kerana sehingga kini masih belum ada undang-undang khusus mengenai wakaf dalam negara kita. KTN juga perlu dipinda dengan memasukkan konsep wakaf supaya memudahkan dan memperjelaskan segala isu dan urusan berkaitan wakaf. Sungguhpun hingga kini KTN tidak memperuntukan peruntukan khusus mengenai perkara wakaf, namun amalan pentadbiran tanah wakaf hari ini menujukkan bahawa KTN masih lagi diguna pakai sebagai sumber utama (Mohiddin, 2013).

Amalan wakaf sebelum tahun 1952 adalah atas dasar percaya mempercayai dan amanah diantara pewakaf dan orang yang berpengaruh pada waktu di dalam kampung mereka seperti imam , nazir masjid dan ketua kampung kerana tiada satu undang-undang bertulis yang diguna pakai oleh MAIN untuk pelaksanaan pengurusan harta wakaf. Akan tetapi selepas tahun 1952, terdapat beberapa negeri mewujudkan enakmen sendiri sebagai garis panduan mengenai pengurusan harta wakaf. Namun kewujudan enakmen tersebut didapati tidak selaras menyebabkan kekeliruan berlaku dikalangan masyarakat. Oleh itu perundangan berkaitan hal ehwal wakaf masih perlu diselaraskan bagi setiap negeri yang kelihatan berbeza-beza fatwa dalam hal ehwal wakaf bagi setiap negeri. Justeru, perlu diwujudkan satu kaedah dan fatwa khas berkaitan wakaf di peringkat nasional (Isamail et al., 2013). Tambahan lagi menurut Sallehuddin 2013, memandangkan masalah pengurusan pembangunan tanah wakaf hanya boleh diselesaikan melalui kaedah perundangan, penggubalan satu undang-undang khas, di peringkat negeri (dan nasional bagi maksud keseragaman jika perlu dengan kajian yang mendalam) perlu dibuat dengan segera. Pendaftaran tanah di semua negeri adalah menggunakan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB). Sistem ini yang merupakan aplikasi kepada arahan-arahan dan larangan-larangan yang ada dalam KTN hanya boleh melayan arahan-arahan yang telah diperundangkan sahaja.

Isamail et al., (2013), mencadangkan bahawa akta dan enakmen wakaf yang diwujudkan perlu lebih terbuka dan dapat dirombak pada bila-bila masa sesuai dengan perkembangan semasa dan mengikut keperluan dan kepentingannya. Di samping itu, MAIN juga perlu memudahkan proses berhubung dengan harta wakaf agar semua orang tertarik untuk melaksanakan ibadah wakaf meskipun ia berkaitan dengan harta benda, yang sedia maklum agak banyak urusan dan proses dokumentasinya. Contohnya seperti di negeri Kelantan sendiri, terdapat banyak harta-harta wakaf yang seakan “beku”, dibiarkan dan tidak bernilai ekonomi.Ianya juga tidak dapat digunakan untuk pembangunan oleh kerana ketiadaan akta dan undang-undang yang fleksibel tentang harta wakaf. Jadi, fatwa berkenaan kaedah istibdal dalam menangani harta wakaf yang tidak berkembang diwujudkan agar harta wakaf dapat dikembangkan untuk kegunaan lain.Undang-undang berkaitan proses mewakafkan tanah oleh kerajaan Persekutuan juga perlu dikaji semula agar segala proses pewakafan hak milik harta wakaf menjadi lebih mudah dan cekap.

9Manual Pengurusan Tanah Wakaf terbitan JAWHAR

(11)

Oleh kerana terdapat banyak situasi di mana harta wakaf tidak dapat dibangunkan kerana permasalahan seperti kedudukan yang kurang strategik, penguatkuasaan undang-undang dan sebagainya, amalan konsep istibdal adalah jalan keluar terbaik untuk membangunkan semula harta wakaf berkenaan. Konsep dan perlaksanaan istibdal ini sebenarnya telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 1982. Namun begitu, setelah sekian lama, pembangunan harta wakaf dan perkembangannya di Malaysia masih lagi kurang maju jika dibandingkan dengan negara Timur Tengah seperti Mesir, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu dan Turki. Perkembangannya di Malaysia masih lagi kurang maju jika dibandingkan dengan negara Timur Tengah seperti Mesir, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu dan Turki. Konsep dan perlaksanaan istibdal ini seharusnya perlu lebih efisien. Antara agenda pembangunan yang boleh diketengahkan melalui kaedah ini ialah seperti mendirikan institusi masjid, institusi pendidikan, pusat tanggungjawab sosial (rumah anak yatim), penternakan, pertanian, pusat khidmat komuniti dan pusat perniagaan. Cara ini sekaligus boleh meningkatkan pendapatan dan ekonomi umat Islam dengan pulangan keuntungan dan peluang pekerjaan yang tersedia dengan pembangunan harta wakaf ini. (Isamail et al., 2013).

Isu berkaitan pengurusan dan pentadbiran harta tanah wakaf dapat diselesaikan sekiranya wujud sistem yang komprehesif bagi tujuan itu. Bertepatan dengan tujuan itu penyelidik daripada Pusat Kajian Harta Tanah (CRES), Universiti Teknologi Malaysia telah memperkenalkan Sistem Maklumat Wakaf Berasaskan Sistem Maklumat Geografi (GISWAQF) yang mengambil manfaat daripada Geographic Information System (GIS). Dengan wujudnya sistem ini ia membolehkan tanah-tanah wakaf dapat diuruskan dengan lebih efisien dan teratur oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan. Hal ini seterusnya akan memperlihatkan penglibatan tanah wakaf dalam pembangunan dan perancangan dan pembangunan negeri, wilayah dan kerajaan tempatan (Isamail et al., 2013).

Di samping itu, wakaf juga boleh dibangunkan bersama elemen Islam lain seperti zakat untuk tujuan manfaat seperti untuk program pendidikan. Negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Great Britain sudah mula menjalankan dan membangunkan serta memaksimumkan aplikasi wakaf dalam urusan muamalah seharian mereka. Ternyata, ia dapat memberi keuntungan dan kemudahan terbaik dalam segenap lapangan untuk kesejahteraan hidup rakyatnya. Wakaf pendidikan yang dilaksanakan oleh negara lain sudah pun membuahkan hasil dengan lahir dan berkembangnya pusat pengajian ulung seperti universiti Oxford, universiti al-Azhar al-Syarif, al-Jamiah al-Islamiyyah di Madinah, universiti Cordoba di Andalus dan sebagainya.Universiti-universiti ini kesemuanya terus maju dengan hasil dan sumbangan wakaf. Universiti al-Azhar sebagai contoh telah membangun dan berkembang hasil sumbangan harta wakaf. Sehingga kini, pembiayaan universiti al- Azhar yang dibina sejak 1000 tahun dahulu telah memberi khidmat pengajian percuma kepada pelajar Islam di seluruh dunia. (Isamail et al., 2013).

(12)

pihak juga mesti “turun padang” melancarkan kempen-kempen, kursus-kursus kesedaran kepada seluruh anggota masyarakat tentang wakaf, membentuk jawatankuasa khas wakaf, dan mencari dana wakaf melalui syarikat-syarikat besar yang berminat untuk membangunkan harta wakaf di Malaysia. Selain itu usaha untuk menyelaraskan pengurusan wakaf diseluruh negeri di Malaysia juga perlu dilakukan, ia dilihat mampu untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan harta wakaf di Malaysia (Isamail et al., 2013).

PENUTUP

Harta wakaf adalah aset umat Islam yang tidak boleh dimanipulasikan. Banyaknya harta wakaf yang dimiliki serta diuruskan dengan baik menunjukkan kejayaan pentadbiran umat Islam dan memartabatkanekonomi Islam. Tanah wakaf adalah harta tak alih yang penting bagi umat Islam. Di Malaysia didapati masih banyak harta wakaf yang berpotensi untuk dibangunkan, akan tetapi sehingga kini masih belum dimajukan sewajarnya. Malahan, banyak harta wakaf yang tidak ada rekod dan maklumat sistematik. Hal ini tidak sewajarnya berlaku. Menubuhkan institusi pendidikan tinggi atas tanah wakaf merupakan cara yang terbaik memelihara tanah wakaf. Beberapa institusi pendidikan tinggi di Malaysia memperkenalkan konsep wakaf seperti UIAM, UKM, USIM dan beberapa univeristi lagi di Malaysia. Walaupun konsep wakaf tidak diamalkan secara menyeluruh tetapi ia adalah langkah yang baik dalam menjana pendapatan institusi itu sendiri. Di Malaysia, terdapat sebuah universiti yang berasaskan institusi wakaf pendidikan iaitu UIM. Penubuhan UIM ini mendapat persetujuan dan galakkan daripada pentadbiran kerajaan dan dinaungi di bawah Majlis Raja-Raja Melayu (Latiff et al., 2013). Jelasnya, penubuhan UIM telah memberi transformasi dalam institusi wakaf pendidikan di Malaysia dan bertindak sebagai platform bagi pembangunan institusi pendidikan pengajian tinggi di Malaysia dan di serantau dunia. Diharapakn pada masa –masa akan datang masih banyak lagi institusi pendidikan tinggi dapat diwujudkan dengan menggunakan konsep wakaf sepenuhnya di atas tanah wakaf. Isu-isu berkaitan tanah wakaf perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi merealisasikan hasrat ini.

RUJUKAN

Ahmad Zaki Abdul Latiff, Baharuddin Sayin, Mohd Afandi Mat Rani & Muhammad Hamizan Ab Hamid. (2014). Wakaf Pengajian Tinggi: Konsep dan Kelestarian di Malaysia.Prosiding Penyelididkan Geran Kementerian Pendidikan Malaysia LRGS/2013/UKM-UKM/SI.

Ahmad, S., & Muhamed, N. D. (2011). Institusi Wakaf dan Pembangunan Ekonomi Negara : Kes Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia. Dalam Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI) (Vol. 1, ms. 138–147).

Asmak Ab Rahman. (2009). Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam Dan Implikasinya Di Malaysia. Shariah Journal, 17(1), 113–152.

Harun, R., Mohamed Isa, Z., Ali, N. (2012) Preliminary Finding on Waqf Management Practices among selected Muslim Countries, Proceedings of 2012 International Conference on Economics Marketing and Mangement IPEDR Vol 28. LACSIT Press, Singapore.

(13)

Ihsan, H.; Mohamed Ibrahim, S. H. (2011) Waqf accounting and management in Indonesian Waqf Institution. Humanaomics. 27(4), 252-269.

Isamail, M. Z., Ahmad, K., Md Ariffin, M. F., & Rosele, M. I. (2013). Pemerkasaan Wakaf Di Malaysia: Satu Sorotan. In 5th Islamic Economics System Conference (iECONS 2013), “Sustainable Development Through The Islamic Economics System” (pp. 4–5).

Latiff Azha, Sayin Baharuddin, Sayurno, S. S Salahuddin, Mohd Rani Afandi, & Hamid Afifah H. (2013). The practice and management of waqf education in Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 90(InCULT 2012), 22–30. doi:10.1016/j.sbspro.2013.07.061

Majid, R. A., & Said, R. (2014). Permasalahan Pengurusan Hartanah, 29–43.

Mohiddin Md Omar.(2013). Isu pentadbira Tanah Wakaf Dalam Konteks KTN 1965 Dan Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Sembilan. Dalam Masalah Pembangunan Tanah Wakaf Di Malaysia. Jurnal Pentadbiran Tanah, Jilid 3 Bil 1, ms 28.

Noor Inayah Yaakob. (2014). Mencorakkan Kejayaan Wakaf Pendidikan. Utusan Malaysia, 13 Jun.

Sallehuddin Ishak. (2013). Kuasa Menghurai Model Goodchild Dan Munton (1986) Dan Van Assen (2009) Dalam Masalah Pembangunan Tanah Wakaf Di Malaysia

Jurnal Pentadbiran Tanah, Jilid 3 Bil 1, ms. 1 – 24.

Sayuti Ab Ghani, Mohd Hamran Mohamad, Hasan Al-Banna Mohamed, B. A. G. & C. Z. I. (2011). Amalan Pendaftaran Tanah Wakaf: Satu Kajian Kes Di Bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di Malaysia. Dalam International Conference 2011: Future Education in Global Challenges (ICETA 3).

Sulaiman,S. (2008). Hukum Pembangunan Tanah Wakaf Khas Menurut Perspektif Syarak, Jurnal Muamalat Bil 1, 45–64.

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur kehadirat Tuhan Yang Maha Esa atas segala rahmat dan hidayahnya, sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi dengan judul “Pengaruh Ukuran Perusahaan,

Sehubungan dengan bentuk penyajian kesenian Angguk Sripanglaras, penulis mengharap kesenian ini untuk selalu dijaga kelestariannya dan juga dikembangkan, salah satunya

RENCANA KERJA KECAMATAN JEJANGKIT TAHUN 2018 30 Berdasarkan table di atas, Kecamatan Jejangkit merubah sebahagian besaran anggaran dan mengurangi output-output

juga jembatan dengan bentang panjang serta memiliki fungsi lebih dari jembatan biasa dalam ini perhitungan strukturnya akan lebih kompleks sehingga struktur-struktur

Dari Tabel 1 dapat diketahui bahwa dari 12 mode shapes yang di tampilkan, nilai maximum pada Ux terdapat pada mode shapes ke 11 yang dominan bergerak ke arah X atau

Model pengukuran terdiri dari hubungan antara item-item variabel dapat diobservasi dan konstruk laten yang diukur dengan item-item tersebut.. Untuk melakukan analisis

Penelitian ini lebih memfokuskan penelitian pada unggahan di media sosial instagram, oleh karena itu hasil penelitian Rulli Nasrullah yang berjudul Konstruksi Identitas

Hipotesis yang diajukan dalam penelitian ini adalah terdapat pengaruh Jumlah Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dan Remitansi terhadap Pertumbuhan Ekonomi Sumatera Utara,