1.0 PENDAHULUAN
Iklan merupakan suatu kaedah atau cara berkomunikasi massa yang efektif dan berkesan dalam era modenisasi dan globalisasi kini. Dengan kata lain, ia merupakan salah satu cara atau wadah penyebaran informasi dan maklumat kepada masyarakat umum tentang sesuatu perkara melalui pelbagai saluran media massa dan juga media cetak seperti televisyen, radio, surat khabar dan lain-lain.
Pada dasarnya, iklan digunakan sebagai suatu bentuk strategi pemasaran dan perniagaan oleh sesebuah syarikat, pengeluar atau mana-mana institusi yang berkehendakkan liputan tentang sesuatu produk atau perkhidmatan mereka diketahui oleh khalayak sasaran atau masyarakat umum.
Tambahan lagi, iklan bukan sahaja menjadi medium atau alat pemasaran yang membantu mempromosi dan menjual sesuatu produk malah membina keyakinan pelanggan dan pengguna terhadap sesuatu syarikat atau institusi melalui media massa. Selain itu, ia juga turut digunakan oleh kerajaan dan pihak-pihak lain untuk tujuan tertentu. Kebiasaannya, pengiklanan yang dilakukan oleh pihak kerajaan bertujuan untuk menyampaikan informasi, maklumat, seruan, nasihat dan sebagainya.
Dalam kehidupan seharian, manusia tidak boleh terlepas dari pengaruh iklan khususnya di media massa. Hal ini kerana iklan merupakan salah satu kaedah untuk menggalakkan, memujuk, merangsang atau mempengaruhi tingkah laku seseorang. Selain itu, iklan juga mampu mempengaruhi ingatan seseorang mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan. Salah satu golongan yang menjadi sasaran para pengiklan ialah kanak-kanak.
Oleh yang demikian, iklan yang dipaparkan di media massa memainkan peranan yang amat penting dalam membantu dan mempengaruhi kanak-kanak dari aspek perkembangan minda, pembentukan corak kehidupan dan sebagainya walaupun pada hakikatnya mereka belum berupaya berinteraksi secara sepenuhnya dengan suasana persekitaran.
Hal ini kerana kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting yang menjadi aset negara dan penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Kepentingan golongan kanak-kanak ini jelas dibuktikan dalam penyataan Wawasan 2020 di mana institusi keluarga dan kanak-kanak merupakan salah satu fokus yang diberi keutamaan dalam usaha negara mencapai status negara maju di samping melahirkan masyarakat yang saksama dan penyayang.
2.0 DEFINISI IKLAN
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), iklan bermaksud pemberitahuan untuk khalayak atau orang ramai atau dengan kata lain ianya merupakan segala bentuk pesanan tentang sesuatu produk yang disampaikan melalui media pencetakan mahupun elektronik. Ianya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang dikenali ramai serta ditujukan kepada sebahagian atau masyarakat umum.
3.0 KRITERIA IKLAN
Menurut Djayakusumah (1982), sesuatu iklan dibentuk dengan beberapa kriteria, antaranya :
(1) Perhatian : Mengandungi daya penarik (2) Minat : mengandungi perhatian dan minat
(3) Keinginan : Mewujudkan keinginan untuk mencuba atau memiliki (4) Sabitan : Mewujudkan keyakinan terhadap produk atau perkhidmatan (5) Keputusan : Menghasilkan kepuasan terhadap produk atau perkhidmatan (6) Tindakan : mengarah kepada tindakan untuk membeli
Kesan daripada gabungan kesemua kriteria ini dilihat mampu memberi kesan yang sangat berkesan kepada khalayak sasaran.
4.0 DAYA TARIKAN IKLAN TERHADAP KANAK-KANAK
Iklan yang dipaparkan di media massa mampu mempengaruhi ingatan kanak-kanak mengenai suatu produk atau perkhidmatan. Hal ini berlaku kesan daripada mesej yang disampaikan melalui sesuatu iklan itu mempunyai unsur-unsur atau elemen-elemen yang menarik perhatian dan minat mereka. Menurut Ishak Bin Mad Shah (2004), antara unsur-unsur yang mampu menarik perhatian dan minat mereka adalah :
(1) Elemen gambar
Elemen gambar yang dipaparkan di dalam iklan meliputi objek dan rajah yang digunakan mampu diserap dengan cepat oleh kanak-kanak serta memberi kesan emosi kepada mereka.
(2) Elemen pergerakan
Elemen pergerakan yang dimaksudkan adalah gerakan yang dilihat pada iklan yang dipaparkan dapat mempengaruhi emosi seseorang untuk berada di dalamnya meliputi serpihan cerita dari adegan yang ditampilkan.
Elemen warna yang dimaksudkan adala komposisi atau keserasian warna yang digunakan dalam gambar serta penggunaan cahaya yang terdapat dalam iklan yang dipaparkan.
(4) Elemen muzik
Elemen muzik yang dimaksudkan adalah muzik yang terdapat dalam iklan yang dipaparkan termasuk iringan muzik ataupun lagu yang ditampilkan.
(5) Elemen kata-kata yang didengar
Elemen kata-kata yang didengar bermaksud kata-kata yang terdengar dalam iklan yang mampu membuat pendengar mengetahu dan memahami maksud iklan yang ingin disampaikan
(6) Elemen kata-kata yang dilihat
Elemen kata-kata yang dilihat bermaksd kata-kata yang dilihat pada tayangan iklan yang dapat mempengaruhi fikiran penonton.
Kesemua unsur-unsur dan elemen-elemen ini perlu digabungkan bagi membentuk suatu bentuk komunikasi yang berkesan dan boleh membawa kepada pelbagai maksud seperti dari aspek pemikiran, perasaan dan pengamatan seterusnya meransang serta menarik minat golongan kanak-kanak.
Media merupakan salah satu ejen perubahan yang berpengaruh dalam kehidupan kanak-kanak. Hal ini dapat dilihat dengan kewujudan televisyen dan media lain yang menjadi pelengkap kepada kehidupan mereka dan menjadi pesaing kepada ejen sosial yang lain seperti keluarga, sekolah, rakan sebaya, komuniti dan lain-lain. Peranan iklan di media massa sebagai ejen perubahan boleh dilihat dari aspek kesan positif dan negatif kepada kanak-kanak. Antara kesan positif iklan terhadap kanak-kanak adalah :
(1) Medium pendidikan
Iklan mampu menjadi medium pendidikan yang baik kepada kanak-kanak. Hal ini dapat dilakukan melalui penerapan nilai-nilai murni dalam iklan yang dipaparkan. Antara contoh nilai murni yang boleh dipaparkan dalam iklan adalah budaya kasih sayang, tolak ansur dan sebagainya.
Contohnya adalah seperti iklan yang dihasilkan oleh Dutch Lady yang memaparkan usaha seorang kanak-kanak bagi memujuk adiknya yang sedang menangis dengan pelbagai cara namun tidak berhasil. Akhirnya, kanak-kanak tersebut berjaya memujuk adiknya yang sedang menangis dengan suatu kaedah setelah melakukan pemerhatian terhadap kaedah ayahnya memujuk adiknya.
Situasi ini menonjol dan memupuk sikap kasih sayang dalam diri kanak-kanak. Hakikatnya, kasih sayang merupakan elemen yang penting dalam sesebuah keluarga. Hal ini kerana kasih sayang akan membentuk suasana yang harmoni dan sejahtera, membina keyakinan diri dan lain-lain.
Oleh itu, pengiklan seharusnya menitikberatkan unsur pendidikan dalam iklan yang ingin dipaparkan dan tidak hanya memikir dan memfokuskan kepada keuntungan perniagaan semata-mata.
Menurut kajian dan penelitian American Psychological Asociation (APA) pada tahun 1995 menunjukkan bahawa paparan iklan yang bermutu memberi kesan dan mempengaruhi perilaku seseorang. Kajian dan penelitian ini juga dapat menyimpulkan bahawa hampir semua perilaku baik dan buruk yang dilakukan oleh seseorang adalah hasil pembelajaran yang mereka pelajari dan terima sejak usia kanak-kanak (Siti Juwariyah, 2014).
Peranan iklan di media massa sebagai ejen sosial boleh dilihat dari aspek kesan langsung dan tidak langsung hasil daripada pemaparan nilai-nilai sosial secara positif. Pemaparan nilai sosial ini menyumbang kepada pembentukan nilai sosial yang sebenar dalam kehidupan mereka seharian. Antara nilai sosial yang menjadi perhatian adalah kaedah iklan mempengaruhi mereka dalam mengadaptasi dan mempelajari nilai yang baik seperti suka bersosial, bijak dalam berinteraksi dengan orang lain dan sebagainya yang membawa kepada semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Contohnya adalah seperti iklan raya petronas yang memapar dan menonjolkan nilai murni iaitu budaya saling hormat menghormati dan tolong menolong dalam kalangan masyarakat. Iklan ini juga menonjolkan imej Malaysia yang memiliki pelbagai bangsa dan beraneka budaya. Hormat-menghormati penting untuk memastikan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan damai. Jika perasaan ini hilang, tidak mustahil negara akan menjadi huru-hara disebabkan pergaduhan dalam kalangan masyarakat.
Oleh itu, nilai ini perlu dipupuk sejak diusia kanak-kanak, seperti kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Ini jelas menunjukkan bahawa iklan memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai murni ini sejak diusia kanak-kanak.
(3) Mengasah kemahiran
memberi komen tentang iklan yang ditontonya. Lebih menarik lagi apabila kanak-kanak tersebut mampu meneroka aktiviti yang dipaparkan dengan cara mengadaptasinya dalam bentuk yang realiti.
Contohnya adalah iklan Play-Doh yang sering memaparkan kanak-kanak mencipta sesuatu menggunakan tanah liat tiruan. Apabila mereka menonton iklan tersebut, mereka mampu meneroka dan berfikir tentang kaedah pembuatan sesuatu yang dipaparkan dalam iklan tersebut. Selain itu, kanak-kanak tersebut akan cuba mengadaptasi iklan yang dipaparkan tersebut dengan menciptanya sendiri berdasarkan kreativitinya.
Hal ini mampu meningkatkan perkembangan minda dan mengasah kemahiran kanak-kanak secara optimum. Interaksi yang positif ini adalah bahagian penting dalam perkembangan yang sihat pada seoang kanak-kanak. Ianya lebih berkesan sekiranya dibantu dan dirancang dengan bijak oleh ibu bapa di rumah dan guru mereka disekolah.
6.0 KESAN NEGATIF IKLAN TERHADAP KANAK-KANAK
Walaupun iklan memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak, namun ia juga mampu memberi kesan yang negatif kepada mereka sekiranya disalah guna atau penggunaan yang berlebihan. Antara kesan negatif iklan terhadap kanak-kanak adalah :
(1) Kebahagian yang sementara
Periklanan yang memfokuskan kanak-kanak tidak prihatin terhadap kesan negatif dan tabiat buruk yang terhasil dari kanak-kanak pada masa akan datang kerana syarikat periklanan hanya memfokuskan kepada keuntungan semata-mata. Konsep kebahagian mempunyai hubung kait dengan tabiat menggunakan sesuatu dan hanya bersifat sementara.
daripada ibu bapa mereka. Apabila muncul permainan lain yang lebih menarik, pasti permainan sebelumnya ditinggalkan atau dibuang. Hal ini akan mewujudkan pembaziran sedangkan ianya sangat ditegah. Selain itu, kanak-kanak berkehendakan sesuatu hanya mengikut kehendak hati berdasarkan iklan yang dipaparkan tanpa memikirkan kepentingan dan tujuan ia dibeli sama ada ia mempunyai manfaat atau sebaliknya akan mengundang rasa penyesalan (Nasaruddin, 2015).
(2) Membantutkan kreativiti kanak-kanak
Bermain penting untuk kanak-kanak supaya mereka boleh belajar mengenai diri mereka sendiri dan dunia di sekeliling mereka. Dengan bermain mereka boleh meningkatkan daya imaginasi, bahasa, kemahiran sosial dan lain-lain. Walaubagaimanapun, kini, dengan kewujudan permainan yang berteknologi tinggi mengurangkan daya kreatif kanak-kanak untuk bermain dengan persekitaran dan menghadkan imiginasi kanak-kanak. Permainan seperti catur bagus untuk kecerdasan otak, selain memupuk daya berfikir menyelesaikan masalah dan mengatur strategi dalam membuat keputusan.
hanya sekadar sebuah permainan tetapi turut mempunyai agenda sendiri seperti Pokemon Go yang mampu mengugat keselamatan negara (Rogers, 2016).
(3) Berisiko terhadap keselamatan kanak-kanak
Banyak kisah kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan kerana ingin meniru aksi adiwira yang ditonjolkan dalam iklan. Hal ini kerana mereka telah mencampurkan fantasi yang ditonjolkan dalam iklan ke dalam dunia realiti. Ini kerana kanak-kanak percaya dengan apa yang dipaparkan tanpa melihat kepada amaran yang telah diberikan yang melarang perbuatan tersebut untuk dilakukan.
Contohnya seperti meniru aksi iklan Boboiboy. Kanak-kanak menanggap diri mereka sebagai adiwira dan rakan mereka sebagai musuh lalu memukul rakan mereka seperti lagak Boboiboy melawan penjahat. Dengan hampir setiap episod tanpa henti melawan penjahat, mereka beranggapan setiap hari mereka haruslah melawan penjahat barulah Boboiboy. Justeru kawan mereka menjadi musuh mereka dan dipraktiskan kuasa sang adiwira ni kepada rakan mereka seperti Boboiboy Halilintar. Senjata utamanya adalah Pedang Halilintar dan mampu melakukan serangan dengan pantas. Cerita ini boleh ditonton sebagai hiburan namun ibu bapa perlu menonton bersama sambil meluangkan masa melayan karenah anak-kanak. Selepas cerita ini tamat, ibu bapa mengadakan ala-ala bedah filem menerangkan kebaikkan dan keburukan daripada cerita terbabit tanpa membiarkan anak-anak ini membuat konklusi sendiri.
(4) Pemakanan yang tidak seimbang dan obesiti
Pengiklanan produk makanan tidak sihat seperti makanan segera atau makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi menggalakkan gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan penyakit tidak berjangkit.
Contohnya seperti pengiklanan makanan yang memukau dapat menarik minat kanak-kanak tanpa dinyatakan kandungan pembuatan makanan, kandungan nutrisi selain didatangkan dengan pakej permainan bagi setiap pembelian makanan tersebut. Contohnya seperti iklan Maggi dengan Maggi Big Curry, Mcd dengan Happy Meals, Kinder Joy dengan mainan percuma dan sebagainya. Iklan makanan segera ini mensasarkan kanak-kanak sebagai ‘target marketing’ mereka. Dengan gula yang berlebihan, pewarna yang tinggi dan kandungan MSG yang tinggi memberi risiko yang buruk terhadap kesihatan. Oleh itu, ibu bapa haruslah mempraktikkan budaya pemakanan sihat dalam keluarga seperti mengambil makanan berkhasiat seperti susu tanpa lemak, banyakkan minum air putih dan makan buah-buahan serta mengelakkan makanan segera sebagai menu harian.
(5) Maklumat Palsu
Pengiklan seharusnya memikul tanggungjawab utama bagi iklan dan promosi yang digunakan oleh mereka dan mestilah mampu membuktikan kebenaran iklan mereka tersebut. Sebagaimana iklan berkaitan makanan misalnya makanan segera. Contohnya seperti Maggi Big Kari. Dalam iklan tersebut, satu peket kari mampu memenuhi satu periuk besar dan boleh dinikmati oleh satu keluarga. Namun secara realitinya, maggi tersebut hanya besar sedikit sahaja daripada maggi yang terdpat dalam pek biasa.
(6) Merosakkan nilai-nilai baik
Iklan yang dihidangkan selain memaparkan visual yang menarik dan menyelitkan nilai-nilai murni dalam paparan iklan namun ada juga nilai-nilai-nilai-nilai kurang baik. Misalnya iklan KFC Bucket Ria yang memaparkan babak atau aksi anak-anak tersebut merungut apabila dihidangkan lauk yang sama. Ini menunjukkan sikap tidak bersyukur atas nikmat rezeki yang telah diberikan.
Tidak dinafikan bahawa telah menjadi sifat manusia yang mudah melupakan daratan apabila diberi nikmat. Hal ini membuatkan mereka berputus asa dan kecewa apabila nikmat tersebut ditarik. Oleh itu, kanak-kanak harus dididik agar sentiasa bersyukur dan menggunakan sebaik mungkin nikmat yang diberikan.
7.0 KAEDAH MENGATASI KESAN NEGATIF IKLAN TERHADAP KANAK-KANAK Industri periklanan di Malaysia begitu pesat berkembang. Setiap hari, masyarakat dihidangkan dengan iklan-iklan sama ada melalui media cetak atau media elektronik. Semua ini adalah untuk merayu agar pengguna memberli produk atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengiklan. Oleh yang demikian, pastinya disana wujud kesan negatif terhadap masyarakat khususnya kanak-kanak.
Kanak-kanak seharusnya dilindungi untuk mendapatkan asas kepada kehidupan yang baik dan sempurna. Hal ini kerana mereka merupakan pelapis pimpinan masa hadapan. Oleh yang demikian, pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan kanak-kanak tidak terkesan dengan unsur-unsur negatif kesan daripada iklan-iklan yang dipaparkan. Antara pihak yang perlu memainkan peranan adalah :
(1) Kerajaan
Selain itu, undang-undang ini juga ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam penerbitan dan penyiaran apa jua bahan siaran di radio dan televisyen. Ia juga meliputi penyiaran iklan di radio dan televisyen. Semua pihak yang terlibat dengan pengiklanan harus mematuhinya agar penyiaran iklan dapat dijalankan dengan lancar.
Selain itu, Dasar Periklanan Negara yang telah digubal pada tahun 2013 juga harus diperkasa dan dimantapkan. Dasar ini bertujuan memberi sumbangan ke arah pembentukan nilai, sikap dan tingkah laku pengguna supaya selaras dengan pola sosio-budaya dan ekonomi negara. Ia dibina atas kesedaran bahawa iklan mampu memberikan pengaruh yang besar kepada masyarakat.
(2) Agensi Media
Di Malaysia terdapat Lembanga Piawaian Pengiklanan Malaysia. Ianya berfungsi sebagai badan bebas yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa sistem pengawalseliaan dilaksanakan mengikut kepentingan awam. Oleh yang demikian, setiap agesi media, agensi pengiklanan, dan semua golongan yang terlibat dengan penghasilan iklan perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh lembaga ini. Matlamat utama garis panduan ini adalah untuk mengawal selia iklan perdagangan.
(3) Institusi pendidikan
Sistem pendidikan Malaysia memberi penumpuan terhadap dasar pendidikan untuk melahirkan insan yang lebih baik, menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang jelas. Selain itu, pembentukan elemen akhlak, moral dan nilai murni merupakan salah satu unsur penting yang perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak. Sekolah merupakan suatu bahagian yang penting dalam masyarakat. Antara peranan penting sekolah adalah sebagai medium pendidikan dan kemahiran.
Antara peranan penting pendidikan kepada kanak adalah untuk membentuk kanak-kanak yang mampu berfikir secara kritikal dan mempunyai daya kreativiti manakala latihan adalah proses memberi kemahiran secara teknikal. Sekolah juga bertanggungjawab mengawasi pelajar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. Hal ini kerana sekolah merupakan ibu bapa kedua dan memikul tanggungjawab seperti ibu bapa pelajar .
(4) Ibu bapa
Televisyen dan media lain telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian dalam sesebuah keluarga. Oleh itu, peranan ibu bapa di rumah sangat penting dalam memastikan media yang digunakan oleh kanak-kanak tidak memberi kesan negatif kepada mereka. Antara peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ialah dengan mengawal penggunaan media oleh kanak-kanak.
Selain itu, mereka juga perlu memberikan pendapat mereka apabila sesuatu yang dipaparkan oleh media adalah tidak tepat. Realitinya, kanak-kanak akan berpendapat bahawa itulah kebenaran yang wujud dalam realiti sedangkan itu hanya merupakan adegan-adegan atau kandungan dalam media sahaja.
8.0 KESIMPULAN
Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting, yang menjadi aset negara dan penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Pada tahun 2008, terdapat seramai 10.5 juta (37.9%) orang kanak-kanak daripada 27.7 juta penduduk Malaysia . Dengan itu, pihak Kerajaan amat prihatin kepada kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak.
Sehubungan ini, Malaysia telah meratifikasi atau meluluskan resolusi yang dicapai dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995. Konvensyen ini memberi tumpuan terhadap kebajikan dan kehidupan kanak-kanak yang menjurus kepada aspek kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan.
Kepentingan golongan kanak-kanak jelas dibuktikan dalam pernyataan Wawasan 2020 di mana institusi keluarga dan kanak-kanak merupakan salah satu fokus yang diberi keutamaan dalam usaha negara mencapai status negara maju di samping melahirkan masyarakat yang saksama dan penyayang.
RUJUKAN
Bernama. Makin Ramai kanak-Kanak Gemuk di Malaysia. Diperoleh pada 8 Sept 2017 daripada https://www.malaysiakini.com/news/340101
Djayakusumah. (1982). Periklanan. Bandung : Armico
Ishak, M.S. (T.t). Elemen Psikologi Pengguna Dalam Pengiklanan. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia
Izham A., Amin Harun M.S. & Jasni K.A. (2012). Mendidik Anak-Anak di Zaman Moden. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.
Juwariyah S. Pengaruh Media Sosial Pada Usia Dini. Diperoleh pada 8 Sept 2017 daripada https://juwariyahsiti.wordpress.com/2014/11/24/pengaruh-media-sosial-pada-anak-usia-dini/
Kamus Dewan. (4th ed.). (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Helmi, A.R. (2004). Pengiklanan dan Penampilan Budaya Tempatan. Jurnal Komunikasi, Jilid 20, 79-93.