• Tidak ada hasil yang ditemukan

rekod tak lengkap kedah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "rekod tak lengkap kedah"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Percubaan SPM 2017 – Negeri Kedah (Rekod Tak Lengkap – Kaedah Perbandingan) BCL-KKPP 2017

5. Puan Halimaton pemilik Perniagaan Hamat di Yan menyimpan rekod perakaunannya tidak mengikut sistem catatan bergu. Berikut ialah baki - baki aset dan liabiliti perniagaannya:

1 Julai 2016 30 Jun 2017

RM RM

Kenderaan 30 000 30 000

Lengkapan 20 500 28 000

Bank 8 400 (1 350)

Pemiutang 10 870 12 700

Stok 14 600 22 220

Kadar bayaran terakru 375 260

Penghutang 5 340 7 280

Tunai 1250 950

Insurans terdahulu - 300

Komisen diterima terakru 1 200 -

Maklumat tambahan:

(i) Sepanjang tahun kewangan, Puan Halimaton mengambil wang tunai RM325 setiap bulan dan barang niaga berjumlah RM1 015 untuk kegunaan keluarganya.

(ii) Lengkapan bernilai RM7 500 dibeli pada 31 Disember 2016 untuk kegunaan perniagaan dengan wang peribadi Puan Halimaton. Lengkapan disusut nilaikan 10% mengikut kaedah garis lurus berdasarkan baki awal tahun.

(iii) Kenderaan disusut nilaikan 10% setahun atas kos.

(iv) Baki akaun seorang penghutang berjumlah RM280 dihapuskan sebagai hutang lapuk pada akhir tahun kewangan.

(v) Peruntukan hutang ragu ialah 5% atas baki bersih penghutang.

(vi) Satu invois yang diterima daripada pembekal Kedai Adham bernilai RM1 385 telah dicatat sebagai RM1 835 belum dibuat pelarasan.

Anda dikehendaki menyediakan:

(a) Penyata menghitung modal pada 1 Julai 2016. [ 4 markah ]

(b) Penyata menghitung modal pada 30 Jun 2017. [ 9 markah ]

(c) Penyata menghitung untung atau rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2017. [ 5 markah ]

(d) Menyenaraikan dua (2) sebab rekod tak lengkap boleh berlaku. [ 2 markah ]

TIP: Rumus mengira modal ialah Aset – Liabiliti

Modal awal = Aset (awal tahun) – Liabiliti (awal tahun)

Modal akhir = Aset (akhir tahun) – Liabiliti (akhir tahun) Tiada pelarasan

(2)

Percubaan SPM 2017 – Negeri Kedah (Rekod Tak Lengkap – Kaedah Perbandingan) BCL-KKPP 2017

Jawapan (a):

Penyata menghitung modal pada 1 Julai 2016

Aset RM RM

Kenderaan 30 000

Lengkapan 20 500

Bank 8 400

Stok 14 600

Penghutang 5 340

Komisen diterima terakru 1 200

Tunai 1 250 81 290

Tolak : Liabiliti

Pemiutang 10 870

Kadar bayaran terakru 375 11 245

Modal Awal 70 045

HURAIAN MAKLUMAT TAMBAHAN UNTUK PENGIRAAN MODAL AKHIR:

(i) Sepanjang tahun kewangan, Puan Halimaton mengambil wang tunai RM325 setiap bulan dan barang niaga berjumlah RM1 015 untuk kegunaan keluarganya.

Huraian: Makluman mengenai ambilan. Jumlah ambilan tunai ialah RM325 x 12 = RM3 900. Jumlah keseluruhan ambilan ialah RM3 900 + RM1 015 = RM4 915. (Nota: Baki tunai dan stok tidak perlu ditolak dalam pengiraan modal akhir)

(ii) Lengkapan bernilai RM7 500 dibeli pada 31 Disember 2016 untuk kegunaan perniagaan dengan wang peribadi Puan Halimaton. Lengkapan disusut nilaikan 10% mengikut kaedah garis lurus berdasarkan baki awal tahun.

Huraian: Makluman modal tambahan. Susut nilai lengkapan perlu ditolak daripada nilai kos lengkapan pada akhir tahun. Memandangkan susut nilai dikira berdasarkan baki awal tahun, maka susut nilai = RM20 500 x 10% = RM2 050. [Nota: Baki akhir Lengkapan telah

mengambil kira lengkapan RM7 500 yang dibeli pada 31 Disember 2016 (RM28 000 – RM20 500 = RM7 500). Elakkan daripada menambah nilai RM7 500 dua kali pada kos lengkapan].

(iii) Kenderaan disusut nilaikan 10% setahun atas kos.

Huraian: Susut nilai kenderaan perlu ditolak daripada nilai kos kenderaan pada akhir tahun. Susut nilai = RM30 000 x 10% = RM3 000.

(iv) Baki akaun seorang penghutang berjumlah RM280 dihapuskan sebagai hutang lapuk pada akhir tahun kewangan.

Huraian: Baki akhir penghutang RM7 280 perlu ditolak dengan hutang lapuk RM280.

(v) Peruntukan hutang ragu ialah 5% atas baki bersih penghutang.

Huraian: Pengiraan hutang ragu = RM7 000 x 5% = RM350. Pengiraan hutang ragu dibuat atas baki penghutang bersih (rujuk maklumat iv).

1 Julai 2016 RM

Kenderaan (A) 30 000

Lengkapan (A) 20 500

Bank (A) 8 400

Pemiutang (L) 10 870

Stok (A) 14 600

Kadar bayaran terakru (L) 375

Penghutang (A) 5 340

Tunai (A) 1250

Insurans terdahulu (A) - Komisen diterima terakru (A) 1 200

(3)

Percubaan SPM 2017 – Negeri Kedah (Rekod Tak Lengkap – Kaedah Perbandingan) BCL-KKPP 2017

(vi) Satu invois yang diterima daripada pembekal Kedai Adham bernilai RM1 385 telah dicatat sebagai RM1 835 belum dibuat pelarasan.

Huraian: Angka pemiutang telah terlebih catat pada nilai RM450. Pemiutang perlu ditolak semula dengan nilai ini.

Jawapan (b)

Penyata menghitung modal pada 30 Jun 2017

Aset RM RM

Kenderaan (30000 – 3000) (iii) 27 000

Lengkapan (28000 – 2050) (ii) 25 950

Stok 22 220

Penghutang (7280 – 280) (iv) 7 000

(-) Peruntukan hutang ragu (7000 x 5%) (v) 350 6 650

Tunai 950

Insurans Terdahulu 300

83 070 Tolak : Liabiliti

Pemiutang (12700 – 450) (vi) 12 250

Bank (overdraf)# 1350

Kadar bayaran terakru 260 13 860

Modal Akhir 69 210

Jawapan (c)

Penyata menghitung untung rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2017

RM RM

Modal akhir (jawapan b) 69 210

(+) Ambilan (i) 4 915

74 125

( - ) Modal tambahan (ii) 7 500

( - ) Modal awal (jawapan a) 70 045

77 545

Rugi bersih 3 420

TIP: Rumus mengira untung / rugi bersih adalah rumus ekuiti pemilik Kunci Kira-kira.

Modal Awal + Untung bersih + Modal tambahan – Ambilan = Modal akhir

Modal Awal + Untung bersih + Modal tambahan – Ambilan = Modal akhir

Rumus mengira untung atau rugi bersih menjadi:

Untung bersih = Modal akhir + Ambilan – Modal Awal – Modal Tambahan

Nota: Rujuk semula huraian pelarasan mengikut nombor roman dalam kurungan.

#Bank pada 30 Jun 2017

adalah liabiliti kerana berbaki kredit.

Referensi

Dokumen terkait

matematika yang heterogen. Masing- masing kelompok siswa mendapat tugas menyajikan data dalam bentuk diagram batang, diagram garis atau diagram lingkaran. Kemudian secara

Dengan demikian dapat dikatakan pula bahwa masalah kerusakan alam clan lingkungan hidup sesungguhnya hanyalah sebuah gejala, gejala dari sesuatu yang lebih mendasar yaitu

Jika P adalah matrik transisi dari satu basis ortonormal ke basis ortonormal yang lain pada sebuah ruang hasil kali dalam, maka P -1 = P

Peserta didik mengumpulkan informasi sebanyak- banyaknya dari berbagai sumber, dan mengajukan pertanyaan pada peserta didik lain untuk berpikir tentang jawaban terhadap

Berdasarkan pengertian diatas, dapat disimpulkan bahwa manajemen pembinaan akhlak adalah perencanaan dan kegiatan diluar jam pelajaran yang terorganisir dan

Untuk memperdalam pengetahuan dan pengalaman estetis siswa terhadap tema bahasan ini, disarankan setiap siswa mulai melihat pertunjukan musik tradisional yang berkembang

Artikel ketiga ditulis oleh Ratna Dewi Wuryandari berjudul Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengeluaran Makanan, Pendidikan, dan Kesehatan Rumah Tangga Indonesia (Analisis data

Data sekunder, diperoleh melalui Library Research (penelitian kepustakaan), yaitu dengan cara mempelajari buku-buku yang berkaitan dengan judul skripsi seperti Teori