• Tidak ada hasil yang ditemukan

AKAUNTABILITI PENGURUSAN SUKAN DAN KOKUR (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "AKAUNTABILITI PENGURUSAN SUKAN DAN KOKUR (1)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1 AKAUNTABILITI PENGURUSAN SUKAN DAN KOKURIKULUM

Mhd Radzi Hussain

Abstrak

Keberkesanan akauntabiliti dalam aspek pengurusan sukan dan kokurikulum di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin kini dipandang serius untuk mewujudkan golongan profesional dalam bidang sukan. Ini adalah kerana pencapaian akademik yang tinggi mempunyai pertalian dengan pelajar yang aktif dalam sukan dan kokurikulum. Akauntabiliti dalam pengurusan sukan dan kokurikulum menyentuh pelbagai aspek: pengurusan stok dan inventori alatan sukan, bilik-bilik khas, penyimpanan dan penyelenggaraan alatan, rancangan pembangunan, rekod penglibatan serta pencapaian. Penerapan sukan dan kokurikulum yang berkesan mampu menyemai sifat kepimpinan dalam hati sanubari pelajar. Sehubungan itu, salah satu akauntabiliti pengurus adalah untuk memastikan supaya sikap profesional dapat disemai bagi membimbing pelajar memahami aktiviti sukan dan kokurikulum dengan lebih mendalam.

Kata kunci: Akauntabiliti, pengurusan, sukan, kokurikulum.

1 PENGENALAN

Ke arah meningkatkan tahap profesionalisme, setiap peringkat individu yang berkhidmat dengan kerajaan perlu mengetahui dan memahami akauntabiliti masing-masing. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, akauntabiliti ditafsirkan sebagai “Kewajipan memberi jawapan dan menanggung segala akibatnya”. Setiap pegawai mestilah jelas dengan skop tugas dan memastikan semua tanggungjawab dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik serta mengikut kod etika yang ditetapkan oleh institusi masing-masing. Bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, semua perjalanan kerja perlulah diuruskan secara sistematik. Akauntabiliti bermaksud tanggungjawab seseorang terhadap tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Dalam konteks perkhidmatan awam, akauntabiliti bermaksud tanggungjawab pegawai-pegawai awam dalam melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan dan memastikan matlamat serta objektif tugas-tugas tersebut tercapai (INTAN, 1994).

Merujuk kepada (INTAN, 1994) di dalam Citra Karya Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam, antara tindakan yang perlu dijalankan bagi meningkatkan akauntabiliti ialah:

1.1 Pihak pengurusan perlu menyatakan dengan jelas akauntabiliti bagi setiap tugas dan tanggungjawab.

1.2 Sistem akauntabiliti perlu diwujudkan di semua agensi kerajaan yang menetapkan tugas dan tanggungjawab setiap pekerja yang terlibat dalam melaksanakan satu- satu tugas. Sistem ini perlu mengandungi penentuan tanggungjawab bagi setiap pekerja dan jenis tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

1.3 Akauntabiliti hendaklah dinyatakan secara bertulis dan didokumenkan melalui undang-undang, prosedur dan arahan-arahan yang spesifik.

(2)

2 1.4.1 Sistem belanjawan yang berkesan bagi pengagihan dan pembahagian

peruntukan kewangan.

1.4.2 Mengawas dan mengawal penggunaan tenaga manusia, aset dan perkhidmatan.

1.4.3 Mewujudkan sistem perakaunan yang cekap dan kemas kini.

1.5 Sistem pengawalan dan pengawasan seperti audit dalam hendaklah dipertingkatkan keupayaannya.

1.6 Penguatkuasaan hendaklah diambil perhatian agar arahan-arahan dan peraturan jabatan dapat dilaksanakan dengan tegas dan berkesan.

1.7 Akauntabiliti di peringkat individu ditingkatkan melalui perubahan-perubahan diri seorang individu itu dengan penerapan nilai-nilai murni dan positif seperti bersih, cekap dan amanah.

2 FUNGSI PIHAK PENGURUSAN INSTITUSI

Kejayaan atau kegagalan satu institusi mahupun organisasi adalah bergantung kepada tunjang kepimpinannya. Dalam institusi pengajian tinggi (IPT), pihak pengurusan adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menerajui institusi ke arah mencapai kecemerlangan. Seseorang pemimpin perlu menghayati dan memahami akauntabilitinya bagi memastikan segala tugas dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan lancar. Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan merangkumi pelbagai aspek bermula daripada peringkat merancang, melaksana, menyelaras sehinggalah memantau semua aktiviti di dalam institusi. Ini adalah untuk memastikan setiap objektif yang disasarkan dapat dicapai tanpa berlakunya masalah ataupun penyelewengan.

Tugas seorang pengurus institusi pengajian tinggi meliputi pelbagai aspek pengurusan. Omardin (1999) bersetuju dengan fungsi guru besar di sekolah adalah meliputi keseluruhan organisasi. Guru besar adalah pengurus dan pentadbir sekolah yang meliputi pengurusan pejabat, pengurusan perkhidmatan dan perjawatan, pengurusan hal ehwal pelajar, pengurusan pendaftaran pelajar, pengurusan akademik, pengurusan kokurikulum, pengurusan perkhidmatan dan kaunseling, pengurusan disiplin sekolah, pengurusan asrama, pengurusan pusat sumber, pengurusan koperasi sekolah, pengurusan kantin, pengurusan peperiksaan, pengurusan kewangan, pengurusan pembangunan sekolah dan pengurusan persatuan Ibu Bapa dan Guru (Omar, 2006).

3 FUNGSI PENGURUSAN SUKAN DAN KOKURIKULUM

(3)

3 Ada kajian yang telah dijalankan oleh Ab. Alim(2001) pula telah mendapati bahawa pelajar yang aktif dalam kokurikulum mempunyai pencapaian akademik yang tinggi dan pelajar yang kurang aktif dalam kokurikulum mempunyai pencapaian akademik yang lebih rendah. Sehubungan dengan itu, pengurusan kokurikulum adalah salah satu aspek yang penting dalam akauntabiliti seorang pengurus. Pengurusan yang betul dan berkesan dapat memastikan pembangunan rohani dan jasmani para pelajar.

Antara tugas yang terdapat dalam pengurusan sukan dan kokurikulum adalah seperti berikut:

3.1 Pengurusan stok dan inventori alatan sukan

3.2 Pengurusan bilik-bilik khas

3.3 Penyimpanan dan penyelenggaraan alatan

3.4 Rancangan pembangunan

3.5 Rekod penglibatan dan pencapaian

3.1 Pengurusan stok dan inventori alatan sukan

Pengurusan stok dan inventori alatan sukan memberi impak yang besar dalam kejayaan sesuatu aktiviti kokurikulum. Tanpa peralatan yang mencukupi sesuatu aktiviti sukan sukar untuk dijalankan. Secara tidak langsung melemahkan semangat pelajar untuk menyertai dan membabitkan diri dalam sukan. Lim (2001), menjelaskan bahawa pengaruh aktiviti sukan dan rekreasi dalam masyarakat dapat dilihat dalam pelbagai perspektif seperti sosiologi, psikologi, politik dan ekonomi. Begitu juga dengan peranan peralatan sebagai perantaraan dalam program sukan dan rekreasi adalah untuk memastikan pengguna mahupun pelanggan dapat melakukan aktiviti sukan dan rekreasi dengan lancar dan seterusnya memperoleh kepuasan daripada penyertaan.

Untuk mengurus peralatan dengan berkesan, pentadbir atau pengurus sukan dan rekreasi seharusnya mempunyai pengetahuan tentang sistem dan prosedur pengurusan yang sistematik. Menerusi pengetahuan itu, program pembelian dan penjagaan peralatan dapat dirancang dan dikendalikan dengan cekap (Lim, 2001).

Oleh yang demikian, pemimpin perlu mengetahui apakah akauntabiliti dalam pengurusan stok dan inventori alatan sukan. Menurut Smith dan Stewart (1999), pengurusan kemudahan sukan dan kokurikulum merangkumi lima dimensi utama seperti berikut:

3.1.1 Lokasi fizikal

3.1.2 Perabot dan peralatan

3.1.3 Penyelenggaraan dan pengubahsuaian

3.1.4 Kesihatan, keselamatan dan kepatuhan pada peraturan 3.1.5 Perkhidmatan-perkhidmatan tambahan

(4)

4 menyelaras peralatan tersebut dan beberapa prosedur telah dirangka untuk memastikan kelancaran pengurusan stok dan inventori peralatan sukan ini. Contohnya, setiap urusan perlu melalui pengisian borang bagi tujuan rekod dan laporan. Ianya penting untuk mengenal pasti pengguna peralatan terbabit dan memastikan peralatan tersebut dijaga dan berada dalam keadaan yang baik.

Strategi ini perlu untuk memastikan alatan dapat digunakan dalam jangkamasa yang disyorkan dan dikongsi oleh semua pelajar. Adalah menjadi tanggungjawab pengurus kemudahan tersebut untuk memastikan peralatan yang dibeli mencapai piawai yang ditetapkan tanpa berlaku sebarang penyelewengan. Setiap pembelian peralatan perlu melalui proses peninjauan keperluan peralatan dan kertas kerja cadangan perolehan mesti dibuat bagi menjelaskan objektif keperluannya. Hal ini penting bagi memastikan peralatan yang diterima adalah berkualiti dalam kuantiti yang diperlukan dengan kos yang berpatutan. Pemantauan juga dilakukan untuk memastikan peralatan sentiasa berkeadaan baik dan selamat untuk digunakan supaya program-program yang dirangka oleh pensyarah dan pelajar dapat dilaksanakan. Bagi tujuan ini, buku stok perlu dikemaskini dan sentiasa disemak dan disahkan. Pengurusan peralatan yang berkesan dan baik menentukan kejayaan sesuatu aktiviti sukan dan kokurikulum.

3.2 Pengurusan bilik-bilik khas

Aktiviti kokurikulum merangkumi badan beruniform, persatuan dan kelab, sukan dan permainan. Setiap pelajar diberi banyak pilihan untuk mengikuti aktiviti kokurikulum yang mereka minati. Sesuatu aktiviti yang aktif, memerlukan komitmen yang tinggi bukan sahaja daripada pelajar dan pelopor aktiviti berkenaan malah memerlukan penglibatan pihak pengurusan. Sebagai pemimpin, perlulah mengetahui keperluan setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Salah satu keperluan yang penting adalah penyediaan bilik-bilik khas. Berdasarkan perkara ini, satu kajian untuk mengenalpasti kepentingan bilik terhadap sesuatu aktiviti kokurikulum dijalankan supaya penggunaan ruang atau tempat pelaksanaan aktiviti dapat dioptimumkan tanpa banyak pembaziran.

Perancangan yang teliti dibuat untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya masalah pada masa akan datang. Bagi sesetengah aktiviti kokurikulum, bilik gerakan amat diperlukan yang bertujuan untuk melaksanakan aktiviti seperti perjumpaan kumpulan, sesi pembelajaran dan sebagainya.

Oleh itu pengurus perlu memahami dan kepentingannya konsep akauntabiliti dalam skop ini kerana ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada pelajar. Sebagai contohnya penyediaan bilik yang selesa berserta dengan kemudahan yang mencukupi mampu mempengaruhi pelajar untuk melaksanakan aktiviti yang mereka rancangkan dengan baik dan seterusnya dapat menaikkan semangat mereka dalam meningkatkan sahsiah diri.

3.3 Penyimpanan dan penyelenggaraan peralatan

(5)

5 dibaiki juga perlu direkodkan. Sistem pengurusan lebih sistematik dan mudah untuk dipantau.

Sebagai pihak pentadbir, pengetahuan tentang peralatan yang dibeli serta keadaan peralatan adalah penting supaya dapat mempertingkatkan mutu pengurusan penyimpanan dan penyelenggaraan peralatan. Sebagai contoh, sesetengah peralatan memerlukan penjagaan yang khusus supaya tidak cepat rosak. Ada juga peralatan yang sensitif kepada aliran pengudaraan dan perlu ditempatkan di bilik khas.

Pengurusan penyimpanan dan penyelenggaraan peralatan ini tidak boleh dipandang remeh kerana ianya memberi kesan yang besar dalam pembangunan kokurikulum pelajar. Oleh kerana pihak institusi telah mengeluarkan bajet yang besar untuk membeli peralatan maka perlulah setiap peralatan yang ada dijaga dengan baik supaya dapat digunakan oleh segenap lapisan pelajar. Pihak pengurusan, bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran hasil daripada penyalahgunaan peralatan dan penjagaan peralatan yang tidak betul.

3.4 Rancangan pembangunan

Dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengurusan kokurikulum di politeknik ini, segala aktiviti dan program yang telah dijalankan perlu dibuat kajian serta menganalisa keberkesanannya. Oleh itu, pengurus perlu meneliti perancangan pembangunan yang bakal diketengahkan bagi mengatasi sebarang kelemahan dan membuat penambahbaikan secara berterusan terhadap proses pelaksanaannya. Tugas ini memerlukan kerjasama daripada pelajar, pensyarah dan pihak pengurusan sendiri. Post mortem perlu dilakukan daripada peringkat bawah sehingga atasan supaya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan. Bagi memastikan rancangan penambahbaikan dapat dijalankan dengan lancar, pihak pengurusan juga perlu menggunakan pendekatan PDCA-QCC. Pendekatan ini sangat berguna untuk menilai sesuatu masalah daripada pelbagai sudut. Rajah berikut menunjukkan carta asas pelaksanaan sesuatu aktiviti bermula daripada ianya diperkenalkan sehinggalah kepada peringkat penambahbaikan terhadap proses tersebut.

Frederick Taylor’s Model

(6)

6 PDCA yang praktikal

Japanese Style

p

d

c

a D

P

C A

Pengurusan + staf

Pekerja + staf Pengurusan

+ staf Pengurus dan

+ staf

Plan

Do Action

Check

(Ubahsuai oleh Dr. Edwards Deming – 1950an) Pengurusan

(7)

7 Rajah 3.4.1 menunjukkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan dalam PDCA-QCC ini.

Plan

i) Memilih kumpulan. ii) Memilih tajuk. iii) Memahami masalah. iv) Mencari punca masalah.

Do v) Tindakan penyelesaian.

Check vi) Kajian keberkesanan.

Action vii) Standard/tingkatkan.

Rajah 3.4.1: PDCA-QCC

Aktiviti penilaian dan kajian ini bukan sahaja dapat mengatasi kelemahan malah ia juga dapat membuka ruang kepada pihak pengurusan untuk merancang program yang selaras dengan arus pembangunan semasa.

Pengurusan sukan dan kokurikulum telah dilihat sebagai satu aspek yang penting dalam sekolah dan juga institusi pengajian tinggi. Kepentingan untuk mewujudkan golongan profesional dalam sukan semakin dipandang serius.

Salah satu akauntabiliti pengurus adalah untuk memastikan sikap profesionalisme dapat diwujudkan bagi membimbing pelajar memahami aktiviti sukan dan kokurikulum dengan lebih mendalam. Bagi tujuan tersebut, pihak pengurusan politeknik bertanggungjawab untuk menghantar pensyarah bagi mengikuti kursus luar atau dalaman untuk meningkatkan kemahiran mereka di dalam bidang masing-masing. Sebagai langkah proaktif, pihak politeknik ini telah menghantar beberapa orang pensyarah untuk mengikuti beberapa kursus sukan yang menjadi sukan teras di politeknik Kementerian Pengajian Tinggi, sebagai contohnya Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah dipilih sebagai pusat kecemerlangan sukan untuk sepaktakraw.

Ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk melahirkan lebih ramai pelajar IPT mewakili negara dalam pelbagai bidang sukan. Justeru itu tenaga pengajar yang mahir diperlukan untuk memperkenalkan dan mempromosikan sukan ini dan seterusnya dapat menarik minat pelajar di politeknik ini menceburi sukan tersebut. Pihak pengurusan juga perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam memberikan sokongan dari segi modal insan dan juga mencari kursus yang bersesuaian. Kegigihan pelajar dan tenaga pensyarah akan dapat memperkukuhkan kedudukan sukan ini di politeknik dengan penglibatan lebih ramai pelajar dan seterusnya politeknik mampu untuk menghantar pasukan dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di peringkat yang lebih tinggi.

Dalam skop ini juga, akauntabiliti pengurus amat penting bagi membina dan memantapkan semangat pelajar terhadap sukan dan kokurikulum yang dibangunkan bagi melahirkan individu yang berjaya dalam bidang sukan yang diceburi. Sekiranya tiada usaha untuk mewujudkan sikap profesionalisme dalam sesuatu bidang sukan atau aktiviti kokurikulum akan mengakibatkan aktiviti-aktiviti sukan dan kokurikulum tersebut semakin pupus dan institusi itu sendiri akan malap.

(8)

8 3.5 Rekod penglibatan dan pencapaian

Adalah menjadi satu tanggungjawab pihak pengurusan untuk memperkenalkan institusi mereka kepada masyarakat luar dan setempat. Sehubungan dengan itu, aktiviti kokurikulum dapat juga dijadikan sebagai salah satu medium untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara politeknik ini dengan masyarakat luar khususnya dan kepada seluruh negara, secara amnya. Aktiviti- aktiviti sukan dan kokurikulum seperti pertandingan sukan persahabatan seperti bolasepak badminton, sukan berkayak, sukan lasak, dan juga sukan antara politeknik dan sebagainya akan dapat membantu pelajar untuk mengasah dan menyerlahkan bakat mereka di samping membina sahsiah diri pelajar.

Sebagai pengurus, sumber kewangan perlulah diuruskan dengan baik supaya setiap aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya mengikut kepentingan aktiviti yang dirancang. Perhatian yang menyeluruh dalam pengurusan kewangan adalah penting supaya pelajar mahupun pensyarah dapat merealisasikan perancangan aktiviti mereka. Perkara ini secara tidak langsung mampu memberikan motivasi di kalangan pelajar untuk bergiat aktif tanpa menghadkan kreativiti mereka hanya kerana kekurangan bajet.

Selain itu, pihak pengurusan politeknik juga bertanggungjawab dalam merekod segala penglibatan dan pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum. Ini adalah bertujuan untuk memberi motivasi kepada pelajar lain supaya melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kokurikulum yang dirancangkan oleh politeknik. Ia juga dapat membuka laluan kepada pelajar untuk melengkapkan sahsiah diri pelajar bagi menempuh alam pekerjaan yang sememangnya memerlukan individu yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik bahkan dilengkapi dengan modal insan yang tinggi hasil daripada penglibatan aktif mereka dalam bidang sukan dan kokurikulum.

4 REFLEKSI

Sebagai pihak pengurusan yang bertanggungjawab terhadap aktiviti pengurusan sukan dan kokurikulum di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, berdasarkan kepada pemerhatian dan beberapa maklum balas yang diterima, didapati tahap kesedaran dan kepekaan dalam bidang pengurusan peralatan tersebut masih lagi rendah. Ini dapat dilihat kerana masih terdapat beberapa kemudahan sukan dan rekreasi yang tahap penggunaannya sangat rendah dan ada juga keadaannya seolah-olah kelihatan seperti tidak pernah digunakan dan ada yang telah rosak kerana tidak digunakan.

Perkara ini telah menyebabkan berlakunya pembaziran, oleh itu perlulah setiap warga politeknik memandang sistem pengurusan sukan dan kokurikulum sebagai tanggungjawab bersama. Sehubungan dengan itu juga, semua warga politeknik perlu memahami bahawa proses pengurusan aset sukan dan kokurikulum hendaklah dilaksanakan dengan lebih terancang dan sistematik bagi menentukan keberkesanan tahap penggunaan yang optimum dan efektif. Kesan daripada pengurusan peralatan sukan dan kokurikulum yang baik akan dapat memberi impak jangkamasa panjang seperti berikut:

4.1 Menjimatkan kos pembelian peralatan dari masa ke semasa.

4.2 Kemudahan peralatan dapat digunakan dalam tempuh yang lebih lama.

4.3 Aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan dengan lancar.

(9)

9 4.5 Meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan warga politeknik dari segi penjagaan

dan senggaraan kemudahan yang disediakan.

Kesedaran pelajar dari segi kepentingan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum perlu ditekankan supaya sebarang perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk kegunaan institusi akan lebih bermakna, dapat dimanafaatkan untuk tujuan mengoptimumkan kesan pengajaran dan pembelajaran dan dalam jangkamasa panjang ianya adalah merupakan sebahagian daripada asas pembentukan modal insan pelajar tersebut untuk membina kerjaya masing-masing di masa akan datang. Kesedaran ini juga dapat dimanafaatkan oleh tenaga pengajar dalam menyediakan bahan keperluan untuk kegiatan aktiviti kokurikulum kepada pelajar secara lebih sistematik. Ini adalah supaya ianya dapat dipraktikkan di pelbagai peringkat komuniti selepas tamat pengajian di peringkat politeknik melalui bidang yang diceburi.

Di samping itu juga, penglibatan pensyarah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan kokurikulum hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa mengira tenaga dan masa kerana penglibatan di dalam bidang ini memerlukan komitmen yang tinggi bagi memastikan ianya berjaya. Bagi memastikan kejayaan di dalam bidang ini, akauntabiliti di peringkat pengurusan perlulah dilakukan dengan teliti dari segenap aspek pengurusan yang berkaitan dengan kokurikulum.

5 CADANGAN

Pengurusan sukan dan kokurikulum di politeknik dan di kebanyakan institusi memerlukan banyak pembaharuan dan penekanan. Di antara penekanan yang boleh dilaksanakan ialah penyediaan sumber manusia iaitu pegawai yang pakar untuk menerajui unit sukan dan kokurikulum serta tenaga kerja yang mencukupi bagi melaksanakan semua aktiviti sukan dan kokurikulum. Nilai-nilai murni dalam pengurusan kewangan untuk tujuan pelaksanaan aktiviti dan pembelian aset sukan dan kokurikulum hendaklah diterapkan kerana pihak kerajaan telah membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar dalam menyediakan kemudahan prasarana, peralatan dan sebagainya untuk menyokong pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum samada di peringkat institusi sehingga ke peringkat nasional. Adalah diharapkan dengan penubuhan struktur Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Warisan di politeknik masa kini akan dapat melancarkan proses pengurusan aktiviti sukan dan kokurikulum di politeknik dan peranannya akan lebih mencabar di samping memerlukan perbelanjaan yang lebih besar.

Di samping itu juga pihak pengurusan Sukan, Kokurikulum dan Warisan perlu memikirkan supaya aktiviti-aktiviti yang berkaitan diperbanyakan kerana setiap pelajar mempunyai selera dan minat yang berbeza. Dicadangkan supaya tenaga kerja yang khusus dan berkelayakan untuk melaksanakan proses pengurusan kokurikulum tidak lagi dijalankan oleh staf akademik yang mempunyai kekangan masa dan pengetahuan yang tidak begitu mendalam di dalam bidang tersebut. Oleh itu pihak pengurusan sukan dan kokurikulum politeknik perlu mengadakan kerjasama yang lebih erat dengan badan-badan yang berkaitan bagi memastikan program yang dijalankan memenuhi visi dan misi politeknik serta mempunyai matlamat yang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(10)

10 “Kai” bermaksud untuk berubah (change) atau mengubah (modify) atau mengubahsuai (alter) atau membaharui (renew) atau merubah (reform) atau untuk diperbetulkan (to be corrected)

“Zen” bermaksud untuk menambahbaikkan (improve) atau menjadi baik (become good).

Untuk memastikan konsep “kaizen” dapat dilaksanakan oleh seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi atau institusi pendidikan, tiga prinsip utama perlu difahami iaitu:

1. Sumber manusia adalah aset yang terpenting dalam sesebuah organisasi atau syarikat.

2. Proses penambahbaikan / pembaharuan hendaklah dibuat secara sedikit demi sedikit dan tidak secara radikal.

3. Penambahbaikkan pencapaian proses mestilah berdasarkan kepada penilaian statistik / kuantitatif.

Sebagai seorang pengurus yang berwawasan, perkara-perkara berikut perlu dibuat semasa melaksanakan tindakan penyelesaian sesuatu masalah iaitu:

1. Senaraikan tindakan penyelesaian.

2. Tindakan penyelesaian mestilah menyelesaikan punca masalah.

3. Pilih tindakan yang sesuai.

4. Dapatkan persetujuan pihak pengurusan.

5. Laksanakan tindakan penyelesaian.

6. Kenalpasti masalah yang mungkin akan berlaku terhadap tindakan.

Selepas tindakan penyelesaian dilakukan maka kajian keberkesanan perlu dibuat iaitu:

1. Kajian dilakukan terhadap tindakan penyelesaian yang dilakukan.

2. Mengambil masa yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.

3. Tindakan adalah berkesan sekiranya ia mampu menyelesaikan masalah atau mencapai objektif yang ditetapkan.

Secara umumnya, akauntabliti pengurus di dalam menangani sesuatu masalah dan membuat sebarang keputusan mestilah berdasarkan samada mengikut piawaian yang telah ditetapkan atau membuat peningkatan terhadap institusi dan hendaklah melalui proses berikut iaitu:

1. Sekiranya tindakan penyelesaian berkesan, pihak pengurusan perlu membuat keputusan samada hendak mengekalkan mengikut piawaian sedia ada (standard) atau membuat peningkatan.

2. Pengurus mesti membuat perubahan prosedur kerja yang bertujuan untuk penambahbaikan atau peningkatan terhadap hasil atau keberkesanan terhadap proses kerja.

(11)

11 4. Perubahan yang dibuat mestilah dimaklumkan kepada anggota kerja yang lain supaya mereka mendapat gambaran yang lebih jelas tentang halatuju perubahan yang dibuat.

5. Pengurus hendaklah sentiasa bersikap positif, bertanggungjawab dan istiqamah, sentiasa bersama turun padang untuk memberi motivasi kepada anggota kerja dan tidak lokek untuk memberi penghargaan kepada ahli kerana kejayaan sesuatu kerja dapat dilakukan .

6 RUMUSAN

Pihak pengurusan sukan dan kokurikulum juga perlu peka terhadap perkembangan pesat bidang sukan samada di peringkat sekolah, pusat pengajian tinggi atau nasional. Terdapat ramai pelajar yang berjaya mendapat tempat di pusat pengajian tinggi selepas tamat persekolahan dan semasa di peringkat sekolah pelajar tersebut mempunyai bakat dan pernah mewakili negeri di dalam sesuatu bidang sukan. Senario yang berlaku sekarang adalah bakat pelajar tersebut hanya terpendam begitu sahaja selepas tamat alam persekolahan, oleh itu pengurusan sukan dan kokurikulum di institusi tersebut perlulah memainkan peranan supaya pelajar tersebut masih dapat memberi sumbangan kepada sukan yang diceburi dan pada masa yang sama pelajar tersebut dapat mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Sehubungan dengan itu peranan pengurus sukan dan kokurikulum perlulah sentiasa bersikap pro-aktif dan bersedia untuk menjalankan tanggungjawab dan melaksanakannya sehingga ke peringkat yang sepatutnya bagi membantu pelajar yang berkaitan.

Pihak pengurusan sukan dan kokurikulum juga dapat memainkan peranan yang bersifat kemasyarakatan kerana terdapat banyak aktiviti sosial yang berkaitan dengan kokurikulum yang dianjurkan samada oleh jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan swasta, persendirian dan sebagainya terhadap masyarakat dan sudah tentulah memerlukan penglibatan dari pelbagai pihak. Di sinilah terletaknya aspek akauntabliti pengurus untuk memastikan penglibatan pelajar di dalam aktiviti tersebut dapat dilakukan. Kekuatan mental dan fizikal pengurus mesti berada pada tahap yang tinggi kerana di dalam situasi begini akauntabiliti pengurus akan benar-benar teruji kerana terpaksa berhadapan dengan masalah dan tekanan dari pelbagai peringkat, pihak luaran dan dalaman. Bagi pelajar pula, mereka akan mempraktikan segala ilmu yang telah dipelajari dan sentiasa akan menjadikan pengurus aktiviti berkenaan sebagai pakar rujuk untuk memastikan program tersebut dapat dilaksanakan sehingga berjaya. Secara umumnya kejayaan sesuatu program kemasyarakatan dapat diterjemahkan apabila terdapatnya penghargaan dan pujian yang disampaikan oleh pihak luar dan masyarakat setempat kepada politeknik.

BIBLIOGRAFI

Ab. Alim Abdul Rahim. (2001). Hubungan antara tahap penyertaan kokurikulum

pelajar, pencapaian akademik dan penghargaan kendiri. (Tesis Sarjana). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Ahmad Esa (2005). Peningkatan kemahiran bakal pensyarah politeknik menerusi kursus pengurusan kokuikulum. Jurnal Sains Sosial.

(12)

12 Developing critical thinking and interest among students. (1998). San Francisco: Jossey

Bass Inc.

Institut Tadbiran Awam Negara. (1994). Citra karya: Falsafah, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara

Jailani Md Yunos. (2004). Peningkatan kemahiran bakal pensyarah politeknik menerusi kursus pengurusan kokurikulum. Jurnal Sains Sosial.

Lim, K. C. (2001). Pengurusan pendidikan dan implikasi terhadap program sukan dan rekreasi. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pengurusan Kemudahan Sukan Kebangsaan, di Hotel Quality, Shah Alam, pada 12 – 13 Mac 2001 – Prosiding.

Mohamed Shariff Abu Bakar. (2006). Peningkatan berterusan (Kaizen). Kuala Lumpur: Training & Consulting Sdn.Bhd.

Mohd. Lotpi Razali (1997). Kesan aktiviti kokurikulum ke atas peribadi pelajar (Satu

kajian di Sekolah Menengah Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak). (Tesis Sarjana). Universiti Utara Malaysia, Kedah.

Omar Abdul Laja. (2006). Perkaitan kepimpinan pengajaran guru besar dengan keberkesanan pengajaran guru: Kajian di beberapa buah sekolah pulau di daerah Semporna.

Omardin Ashaari. (1999). Pengurusan sekolah: Satu panduan lengkap. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Smith, A., & Stewart, B. (1999). Sports management: A guide to professional practice. Australia: Allen & Unwin.

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertujuan untuk meninjau perlaksanaan e-pembelajaran di kalangan pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan

Bagi persepsi pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan terhadap penglibatan pensyarah dalam e-pembelajaran, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar- pelajar

Abstrak: Kajian ini bertujuan mengukur tahap kerisauan pelajar Semester 1 Sesi Jun 2019 jurusan kejuruteraan dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan

Kesan Penggunaan Peta Konsep Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Fizik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. Tesis

Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa para pelajar semester akhir diploma Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) di Politeknik Port Dickson mempunyai ciri- ciri pengaruh

Kajian kebolehlaksana penggunaan 3 Phase Trainer For DEE2033 – Electrical Circuits di kalangan pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Melaka dilaksanakan untuk melihat

Set soal selidik diedarkan kepada pelajar semester 4 dan 5 Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang terdiri daripada 4 bahagian iaitu demografi responden, penerimaan

Sesungguhnya pada malam yang mulia ini kita berkumpul bagi memperkenalkan ketua-ketua jabatan baru di KUKUM dan ketua-ketua jabatan lama kepada Duli Yang... Maha Mulia Tuanku