• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ciri ciri Kepimpinan Kejuruteraan Dalam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Ciri ciri Kepimpinan Kejuruteraan Dalam"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Ciri-ciri Kepimpinan Kejuruteraan Dalam Kalangan

Pelajar Semester Akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik,

Politeknik Port Dickson

Nur Zakiah Hani Bte Kamarolzaman

1

, Muhammad Khairi Bin Aziz

2

1

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson, KM 14 Jalan Pantai, 71050, Port Dickson,

Negeri Sembilan, nurzakiah.poli@1govuc.gov.my

2

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Kolej Komuniti Bukit Beruang, No.23, Jalan BBI 1, Taman Bukit

Beruang Indah, 75450 Melaka, abgkhairi@yahoo.com

__________________________________________________________________________________

Abstrak

Kepimpinan Kejuruteraan merupakan suatu kemahiran yang diperlukan oleh setiap graduan bidang kejuruteraan yang bakal menempuh alam kerjaya. Kemahiran kepimpinan kian menjadi sebuah komponen penting berbanding kemahiran teknikal. Maka kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji tahap ciri-ciri kepimpinan kejuruteraan dalam kalangan pelajar diploma kejuruteraan elektrik di Politeknik Port Dickson. Sampel kajian ini adalah seramai 155 orang pelajar semester akhir diploma kejuruteraan elektrik sesi Disember 2015, di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Kajian ini berbentuk tinjauan yang akan menggunakan borang soal selidik sebagai kaedah utama bagi mengumpulkan data. Data yang diperolehi melalui borang soal selidik dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk analisis statistik deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Science version 17. Taburan skor min telah digunakan bagi menentukan tahap ciri-ciri kepimpinan kejuruteraan dalam kalangan pelajar diploma semester akhir diploma kejuruteraan elektrik. Hasil kajian mendapati tahap ciri-ciri kepimpinan kejuruteraan oleh pelajar semester akhir diploma kejuruteraan elektrik adalah berada pada tahap yang tinggi. Di akhir kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Politeknik, pensyarah serta pelajar bagaimana mereka boleh membantu meningkatkan kepimpinan kejuruteraan dalam kalangan pelajar politeknik. Cadangan kepada penyelidikan akan datang juga ada dinyatakan.

Kata kunci

Ciri-ciri kepimpinan, Kepimpinan kejuruteraan.

_____________________________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan masa kini semakin meluas dan berkembang pesat merangkumi pelbagai bidang. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia turut memandang bidang pendidikan sebagai sangat kritikal dan perlu dibangunkan seiring dengan pembangunan negara. Sehubungan itu, pelbagai institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta telah dibangunkan bagi tujuan tersebut. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan dengan bantuan UNESCO telah memulakan langkah pertama di dalam penubuhan politeknik dengan menubuhkan Politenik Ungku Omar (PUO) di Perak pada tahun 1969. Ia merupakan salah satu usaha pihak kerajaan di dalam memperkasakan dan membekalkan tenaga kerja di dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Sehingga kini, Politeknik dilihat sebagai satu institusi yang berperanan besar membekalkan pekerja separa mahir di dalam bidang teknikal kepada agensi kerajaan mahupun swasta. Justeru itu, pelbagai usaha yang mampan telah dijalankan bagi

memastikan kesemua Politeknik di Malaysia benar-benar menjalankan fungsinya secara total. Usaha tersebut adalah untuk memastikan pendidikan yang diberikan benar-benar berkesan dan bermakna terhadap pembangunan ekonomi serta sosial negara. Melihat kepada keperluan pendidikan yang diperlukan oleh para graduan yang akan bekerjaya, di dapati bahawa politeknik telah menyediakan secukupnya ilmu serta pendidikan di dalam bidang kejuruteraan iaitu bidang utama mereka. Selain daripada ilmu di dalam bidang teknikal yang telah mereka pelajari, ilmu mengenai kepimpinan di dalam bidang kejuruteraan turut perlu diberi perhatian. Bagi menyokong matlamat serta visi dan misi Politeknik, kini ia telah menyediakan silibus yang lengkap bagi merangkumi kemahiran kepimpinan di dalam sistem pembelajarannya.

▸ Baca selengkapnya: bagaimana ciri-ciri kehidupan seorang warga kerajaan surga

(2)

seseorang pelajar di dalam program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), mereka juga telah diberikan ilmu kemahiran kepimpinan. Di mana sebanyak 11 kursus (28.21%) yang telah dijalani bermula semester 1 hingga semester akhir (semester 6), mereka telah diterapkan dengan kemahiran kepimpinan.

Di samping itu, bagi memperkukuhkan kemahiran kepimpinan serta kemahiran-kemahiran lain yang telah dipelajari, politeknik telah menetapkan syarat kepada pelajar-pelajarnya untuk menjalani Latihan Industri di mana-mana industri berkenaan. Manakala, bagi pelajar yang telah bergraduat pula kemahiran kepimpinan ini juga merupakan salah satu kemahiran yang sangat penting bagi memastikan kejayaan mereka sebagai seorang pembantu teknik, penolong jurutera, penolong pegawai, juruteknik, pembantu jurutera mahupun pembantu pengaturcara. Kemahiran kepimpinan ini mungkin juga boleh diperolehi daripada pengalaman serta kursus-kursus insentif yang disediakan oleh pihak majikan selain daripada ilmu yang diterapkan semasa pengajian di politeknik. Walau bagaimanapun, kemahiran ini perlu dikaji tahap amalannya bagi memastikan ia dipraktikan seiring dengan kemahiran teknikal yang ada.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kepimpinan kejuruteraan merupakan suatu kaedah yang sangat berguna bagi semua pekerja di dalam bidang kejuruteraan terutamanya bagi pengurus peringkat pertengahan. Ini adalah kerana tanggungjawabnya terhadap pengurus peringkat atasan serta pengurus operasi (Salmani & Bagheri, 2010). Menurut Maturo (2007) menerusi kajiannya terhadap pekerja senior dan pengurus di empat buah syarikat akauntasi, didapati bahawa kemahiran teknikal hanya dikategorikan sebagai sederhana penting, manakala kemahiran memimpin dan kemahiran komunikasi adalah lebih penting berbanding kemahiran teknikal. Sebagaimana yang diketahui umum, pereka ataupun pembangun produk baru serta penambahbaikan proses memerlukan segala-galanya iaitu bukan hanya kemahiran teknikal sahaja. Namun, sehingga kini kemahiran memimpin amat jarang dititik beratkan di dalam program pendidikan kejuruteraan mahupun teknologi kejuruteraan (Summers. M.,Davis, B. and Tomovic, C., 2004). Menyedari hakikat bahawa setiap graduan bidang kejuruteraan memerlukan kemahiran memimpin selain daripada kemahiran teknikal untuk berjaya di dalam kerjaya mereka, ilmu mengenai kemahiran memimpin perlu diberikan kepada mereka semasa menjalani pengajian di institusi masing-masing.

Seiring dengan kehendak industri yang sebegini, politeknik telah melakukan penambahbaikan di dalam silibus pengajian mereka. Di mana, atribut kemahiran kepimpinan (LD9) telah ditambah dalam kurikulumnya sejak tahun 2011 (Jabatan Pengajian Politeknik, 2015). Di samping itu juga, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat yang dapat meningkatkan ciri-ciri

kepimpinan telah dilaksanakan di Politeknik (Jabatan Pengajian Politeknik, 2015). Walaubagaimanapun, melalui proses pemantauan pelajar latihan industri, terdapat beberapa ulasan yang kurang memberangsangkan terhadap kemahiran kepimpinan para pelajar. Ini kerana, para pelajar dilihat kurang mengamalkan kemahiran kepimpinan yang telah diperolehi di sepanjang pengajian mereka di politeknik (Mohamad Siri, 2014).

Para pelajar juga didapati kurang proaktif (motivasi) dan kurang memberikan komitmen yang tinggi semasa menjalani latihan (Mohamad Siri, 2014). Sebahagian para pelajar politeknik yang menjalani latihan industri juga didapati mempunyai masalah kelewatan hadir serta ketidakhadiran ke tempat latihan (Aznul Rafizul, 2013; Raja Noorzihan, 2014; Tham, 2014). Akan tetapi, masih juga terdapat para ketua organisasi yang telah memberikan pujian terhadap kebolehan para pelajar yang dilihat sangat berpotensi di dalam kemahiran teknikal mahupun kemahiran kepimpinan. Maka dengan ini, penyelidikan ini perlu dilaksanakan menguji tahap ciri-ciri kepimpinan kejuruteraan yang telah diterapkan sejak semester 1. Namun sehingga kini, masih belum ada kajian telah dijalankan bagi menguji tahap ciri-ciri tersebut.

3.0 KAJIAN LITERATUR

Kepimpinan merupakan sebuah proses yang sangat kompleks. Ia sangat penting bagi seseorang pemimpin untuk memastikan ia dapat menerajui ahli bawahnnya mencapai matlamat yang telah disasarkan. Northouse (2004) di dalam Quennel (2008) telah menyatakan bahawa kepimpinan merupakan sebuah proses mempengaruhi satu mahupun lebih individu di dalam mencapai matlamat, menginspirasi, menyusun mahupun memandu usahanya untuk mencapai matlamat. Perubahan pesat yang berlaku di alam pekerjaan telah menyebabkan meningkatnya kehendak industri terhadap graduan kejuruteraan dan teknikal yang mempunyai lebih daripada akademik sebagai persediaan menempuhi alam pekerjaan yang serba mencabar. Terdapat beberapa kajian yang telah menunjukkan isu kesediaan graduan di dalam menempuh alam kerjaya serta mengenai kebolehpasaran siswazah di Malaysia oleh Robert (2008) dan Muhammad Hazrul Ismail (2012). Kesemua mereka mendapati bahawa walaupun kebanyakkan graduan merasakan mereka telah benar-benar bersedia di dalam aspek teknikal bagi sesuatu kerjaya, kebiasaannya mereka sebenarnya tidak bersedia untuk bekerja di dalam ketetapan di tempat kerja.

3.1 KEPIMPINAN KEJURUTERAAN

(3)

dan juga membuat keputusan yang sesuai. Menurut Richard (2010) dan (Brown, 2005), profesyen kejuruteraan kini telah menyampaikan suatu mesej bahawa kompetensi secara tenikal adalah tidak lagi releven bagi kejayaan pada masa akan datang, komunikasi, pengurusan projek serta kemahiran kepimpinan telah menjadi sesuatu yang lebih penting. Pada masa kini penekanan kepada pelbagai prinsip diperhatikan di mana komponen utama yang berkesan pemimpin kejuruteraan adalah keupayaan untuk memberi motivasi dan melengkapkan kakitangan dengan mampu berkomunikasi dengan jelas, mengurus dan mengatur konflik, membangunkan kreativiti dan tugas teknikal.

Menurut Shaw (2003), kepimpinan kejuruteraan merupakan suatu proses membayangkan, merekabentuk, membangun dan menyokong produk baharu dan perkhidmatan bagi menepati keperluan bajet dan jadual mengikut tahap risiko yang boleh diterima untuk menyokong objektif strategi sesebuah organisasi. Beliau juga menambah lagi bahawa kepimpinan kejuruteraan juga adalah suatu proses merancang masa hadapan, merekabentuk, membangun dan menyokong produk baru serta memberikan perkhidmatan bagi sebarang permintaan mengikut peruntukan dan jadual beserta tahap risiko yang boleh diterima.

Manakala Iain (2009), pula menyatakan bahawa seorang pemimpin kejuruteraan adalah merupakan seseorang yang boleh mencipta suatu perubahan yang signifikan terhadap para pengikutnya serta organisasinya. Sementara itu Hartmann & Jahren (2015) menyatakan bahawa kepimpinan kejuruteraan telah dipersoalkan bahawa ianya sama sahaja dengan kepimpinan secara umumnya, walau bagaimanapun terdapat juga pandangan yang menolak kenyataan tersebut dengan menyatakan bahawa kepimpinan kejuruteraan adalah merangkumi elemen rekaan kejuruteraan. Manakala menurut Crumpton-Young et.al (2010) dan Shaw (2003) kepimpinan kejuruteraan merupakan sebuah keupayaan untuk memimpin sebuah kumpulan jurutera dan personel kejuruteraan yang bertanggungjawab terhadap mencetus, merekabentuk, membangun, menggunapakai serta menilai produk, sistem ataupun servis mengikut permintaan di dalam perbelanjaan dan menguruskan tahap risiko bagi menyokong objektif organisasi. Di samping itu juga, kepimpinan kejuruteraan juga didefinisikan sebagai sebuah perubahan di dalam kepimpinan teknikal iaitu meliputi, konsep inovatif, merekabentuk dan menggunapakai pelbagai produk baru, proses, projek, bahan, molekul, ataupun sistem yang mana ia telah disokong oleh sebuah penciptaan pelbagai teknologi, bagi memenuhi kehendak pelanggan dan masyarakat (Bernard, 2011). Walaupun kepentingan kemahiran kepimpinan telah pun dikenalpasti, ia masih lagi belum menjadi sebahagian daripada kurikulum pelajar kejuruteraan.

3.2 CIRI-CIRI KEPIMPINAN KEJURUTERAAN

Sehingga kini terdapat banyak kajian telah dilaksanakan berkaitan ciri-ciri seorang transformational di antaranya adalah kajian oleh Hall, J.,Johnson, S., Wysocki, A. & Kepner, K., (2002); Simic (1998); Iain (2009); Salmani, D., & Bagheri, O. (2010). Kepimpinan transformasi merupakan sebahagian daripada paradigma

“the New Leadership” dan amat menitikberatkan nilai, etika, tahap serta matlamat jangkamasa panjang (Amin Akhavan Tabassi & Mahyuddin Ramli et. al, 2014). Di samping itu, Bass and Avolio (1990), Bass and Riggio (2006) dan Sylvie, Clara & Monique (2012) menyatakan bahawa seorang pemimpin transformational adalah seorang eksekutif yang mempromosikan dan memotivasikan para pengikutnya dengan menjangkakan dan berkomunikasi secara menarik mengenai visi, matlamat utama dan nilai di samping mempamerkan contoh perilaku yang diperlukan. Maka dengan ini, kepimpinan transformational sangat bersesuaian dengan keperluan tugas seorang jututera di dalam pelbagai bidang kejuruteraan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Pankaj & Pathak (2015), mendapati bahawa terdapat perkaitan yang kuat di antara motivasi berinspirasi dengan kreativiti para jurutera di sebuah sektor automobil di India. Dengan ini, kajian ini akan menggunakan ciri-ciri kepimpinan transformasional bagi mengenalpasti ciri-ciri kepimpinan di dalam bidang kejuruteraan. Di antara ciri seseorang pemimpin transformational adalah seorang yang boleh dipercayai, pentadbir, setia dan dihormati oleh pengikutnya (Barbuto, 2005). Walau bagaimanapun, Hall, Wysocki &Kepner (2002) berdasarkan kajiannya telah menyenaraikan empat ciri-ciri utama seorang pemimpin transformasional iaitu mempunyai pengaruh idealistik, motivasi berinspirasi, pencetus intelektual serta pertimbangan individual. Keempat-empat ciri berkenaan turut disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Judge & Piccolo (2004) di dalam Flanigan, R. L. (2012).

4.0 OBJEKTIF

Oleh itu, satu kajian dijalankan berdasarkan objektif kajian di bawah:

 Mengenalpasti tahap ciri pengaruh idealistik dalam kalangan pelajar semester akhir jabatan kejuruteraan elektrik.

 Mengenalpasti tahap ciri motivasi inspirasi dalam kalangan pelajar semester akhir jabatan kejuruteraan elektrik.

 Mengenalpasti tahap ciri pencetus intelektual dalam kalangan pelajar semester akhir jabatan kejuruteraan elektrik.

(4)

5.0 METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif iaitu bagi mengetahui tahap ciri pengaruh idealistik, motivasi berinspirasi, pencetus intelektual dan pertimbangan individu dalam kalangan pelajar semester akhir jabatan kejuruteraan elektrik. Secara khususnya kajian ini adalah berbentuk tinjauan di mana setiap maklumat diperolehi daripada borang kaji selidik yang diedarkan kepada responden. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 155 orang pelajar semester akhir Jabatan Kejeurteraan Elektrik, Politeknik Port Dicskon (sesi Disember 2015). Sesi penerangan berkenaan borang soal selidik telah diberikan bagi memastikan responden benar-benar faham dengan item-item yang dinyatakan. Jadual 1 menunjukkan secara ringkas kaedah analisis yang digunakan bagi memenuhi objektif kajian.

Jadual 1. Kaedah Analisis Data

Bah Perkara Kaedah Analisis

A Persoalan Kajian 1

Apakah tahap ciri pengaruh idealistik dalam kalangan pelajar semester akhir jabatan kejuruteraan elektrik?

Skor min

B Persoalan Kajian 2

Apakah tahap ciri motivasi inspirasi dalam kalangan pelajar semester akhir jabatan kejuruteraan elektrik?

Skor min

C Persoalan Kajian 3

Apakah tahap ciri pencetus intelektual dalam kalangan pelajar semester akhir jabatan kejuruteraan elektrik?

Skor min

D Persoalan Kajian 4

Apakah tahap ciri pertimbangan individu dalam kalangan pelajar semester akhir jabatan kejuruteraan elektrik?

Skor min

Soal selidik telah dibina dengan menggunakan skala likert bagi mengukur aras persetujuan responden terhadap item yang dikemukakan. Kajian ini juga melibatkan skor min dan peratusan bagi menunjukkan kecenderungan responden ketika menjawab soal selidik yang diedarkan. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences

(SPSS) versi 17.0. Jawapan responden akan diukur dengan menggunakan skala yang merujuk Skala Likert Lima Point dengan skor 1, 2, 3, 4 dan 5 dari Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Kurang Setuju, Setuju dan Sangat Setuju. Analisis dilakukan berdasarkan kepada jadual skor min (Jadual 2).

Jadual 2. Tahap Kecenderungan

Skor Min Tahap kecenderungan

1.00 – 2.40 Rendah

2.41 – 3.80 Sederhana

3.81 – 5.00 Tinggi

(Adaptasi daripada Landell, 1997 dalam Noor Suriani, 2000)

6.0DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Hasil dapatan kajian telah dianalisa bagi mengetahui tahap ciri pengaruh idealistik, motivasi berinspirasi,

pencetus intelektual serta pertimbangan individual dalam kalangan pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson.

6.1 CIRI KEPIMPINAN KEJURUTERAAN : PENGARUH IDEALISTIK

Pembolehubah pertama di dalam menentukan ciri-ciri kepimpinan kejuruteraan oleh pelajar adalah pengaruh idealistik. Bagi mengukur ciri pengaruh idealistik ini, pengkaji telah membariskan sebanyak lima item, iaitu item 1B, 2B, 3B, 4B dan 5B. Hasil analisa skor min mendapati bahawa hanya satu item yang berada pada tahap tinggi iaitu

item 4B „Saya bertanggungjawab untuk mempengaruhi / menasihati rakan untuk menjadi lebih baik‟. Manakala

empat lagi item hanya mencatatkan tahap sederhana. Di samping itu, Item 4B juga telah menduduki hiraki pertama dimana ia telah mencatatkan nilai skor min tertinggi iaitu

3.9097. Item 3B iaitu „Saya menjadi rujukan rakan-rakan di dalam menyelesaikan masalah rakan-rakan‟ pula mencatatkan skor min terendah iaitu 3.2387 (Jadual 3). Ini bermakna ciri pengaruh idealistik dalam kalangan reponden adalah berada pada tahap yang sederhana. Ini dapat dilihat apabila hanya satu item daripada lima item mencatatkan hasil analisa skor min tahap tinggi.

Jadual 3. Skor Min Dan Tahap Ciri Kepimpinan Kejuruteraan : Pengaruh Idealistik

Item Pernyataan Skor

Min

Tahap

1B Saya pernah menjadi wakil/ketua kelas

3.2774 Sederhana

2B Saya berupaya mempengaruhi kebanyakkan rakan-rakan di dalam membuat apa jua keputusan

3.5226 Sederhana

3B Saya menjadi rujukan rakan-rakan di dalam menyelesaikan masalah rakan-rakan.

3.2387 Sederhana

4B Saya bertanggungjawab untuk mempengaruhi / menasihati rakan untuk menjadi lebih baik.

3.9097 Tinggi

5B Kebanyakkan rakan akan memilih untuk mengikut keputusan yang telah saya buat.

3.3806 Sederhana

6.2 CIRI KEPIMPINAN KEJURUTERAAN : MOTIVASI BERINSPIRASI

(5)

dan tahap item-item ciri-ciri kepimpinan bagi pembolehubah motivasi berinspirasi.

Jadual 4. Skor Min Dan Tahap Ciri Kepimpinan Kejuruteraan : Motivasi Berinspirasi

Manakala item 11B pula mencatatkan hiraki teratas di mana ia mencatatkan skor min 5.00. Item ini menyatakan

bahawa „Saya tidak pernah ditahan daripada menduduki peperiksaan akhir‟. Item 8B yang menguji bahawa responden sentiasa bersemangat untuk mendengar & memahami segala ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah sepanjang sesi kuliah dijalankan turut mencatatkan skor min pada tahap yang tinggi iaitu 4.5290. Hasil analisis mendapati bahawa item 8B menduduki hiraki kedua. Di samping itu, item 6B dan 13B menduduki hiraki yang sama iaitu keenam, masing-masing mencatatkan skor min

sebanyak 3.8065. Item 6B menyatakan bahawa „Saya mempunyai motivasi dalam diri yang tinggi‟ manakala item

13B pula menyatakan bahawa „Saya tidak pernah datang

lewat ke kuliah/amali‟.

Maka, didapati bahawa secara keseluruhannya ciri-ciri kepimpinan kejuruteraan yang kedua iaitu motivasi berinspirasi bagi responden adalah pada tahap yang tinggi. Di mana para pelajar didapati sentiasa bersemangat dan bermotivasi di dalam pelajaran mereka. Mereka juga berjaya menggalas tanggungjawab mereka dengan baik di dalam melaksanakan kesemua tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah di dalam masa yang telah ditetapkan.

6.3 CIRI KEPIMPINAN KEJURUTERAAN : PENCETUS INTELEKTUAL

Hasil analisis pembolehubah ketiga di dalam mengukur ciri-ciri kepimpinan ialah pencetus intelektual. Sebanyak sembilan item telah disenaraikan oleh pengkaji di dalam menguji pembolehubah pencetus intelektual (Jadual 5).

Hasil analisis mendapati bahawa sebanyak enam item berada pada tahap tinggi iaitu item 14B, 15B, 16B, 18B, 21B dan 22B. Manakala bagi item 17B, 19B dan 20B berada pada tahap sederhana. Di dapati bahawa item 21B

iaitu „Kehidupan seharian saya di kampus Politeknik banyak memikirkan cara bagaimana untuk meningkatkan

PNM/HPNM‟ berada pada hiraki pertama dengan skor min sebanyak 4.5032. Item 20B iaitu „Saya lebih suka

memikirkan perkara-perkara intelektual berbanding

hiburan‟ berada pada hiraki terakhir iaitu kesembilan. Item 20B mencatatkan skor min sebanyak 3.3419. Di samping

itu, item 22B iaitu „Saya gemar menubuhkan kumpulan

belajar untuk berbincang dan melaksanakan tugasan

bersama‟ mencatatkan skor min pada tahap tinggi iaitu

3.8129.

Jadual 5. Skor Min Dan Tahap Ciri Kepimpinan Kejuruteraan : Pencetus Intelektual

Justeru di dapati bahawa, para responden mempunyai tahap yang tinggi bagi ciri kepimpinan yang ketiga ini. Para responden di dapati berjaya menjadi seorang pelajar yang mampu mencetuskan inspirasi kepada rakan-rakan yang lain. Mereka juga di dapati gemar belajar di dalam kumpulan. Ini mungkin kerana keperluan tugasan yang diberikan, di mana sesetengah tugasan perlu disiapkan secara berkumpulan. Dengan ini, seorang pemimpin kejuruteraan perlu bijak menggunakan kebolehan diri untuk mengetuai kumpulan perbincangan tersebut.

6.4 CIRI KEPIMPINAN KEJURUTERAAN : PERTIMBANGAN INDIVIDUAL

Pembolehubah terakhir bagi menguji ciri-ciri kepimpinan kejuruteraan dalam kalangan pelajar adalah

Item Pernyataan Skor

Min

Tahap

6B Saya mempunyai motivasi dalam diri yang tinggi

3.8065 Tinggi

7B Saya jarang memerlukan motivasi daripada luar (rakan/keluarga)

2.8194 Sederhana

8B Saya sentiasa bersemangat untuk mendengar & memahami segala ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah sepanjang sesi kuliah dijalankan

4.5290 Tinggi

9B Saya sentiasa bersemangat untuk melaksanakan kesemua tugasan yang diberikan oleh pensyarah

4.2323 Tinggi

10B Saya sentiasa bersemangat untuk melaksanakan kesemua ujikaji yang diberikan

4.2839 Tinggi

11B Saya tidak pernah ditahan daripada menduduki peperiksaan akhir

5.0000 Tinggi

12B Saya tidak pernah menerima surat peringatan ketidakhardiran ke kuliah sepanjang pengajian semester ini.

4.4452 Tinggi

13B Saya tidak pernah datang lewat ke kuliah/amali

3.8065 Tinggi

Item Pernyataan Skor

Min

Tahap

14B Saya kerap memberikan idea/pendapat di dalam kelas

3.8581 Tinggi

15B Saya kerap menjawab pertanyaan pensyarah di dalam kelas

4.1419 Tinggi

16B Saya kerap bertanya di dalam kelas 4.0968 Tinggi 17B Saya kerap memberikan idea /

pendapat kepada rakan-rakan di dalam menyelesaikan pelbagai masalah

3.7161 Sederhana

18B Di dalam kumpulan amali, saya sering bertindak sebagai seorang yang selalu memberikan idea untuk

menyelesaikan

4.0516 Tinggi

19B Di dalam kumpulan projek, saya banyak memberikan idea di dalam menjayakannya

3.4774 Sederhana

20B Saya lebih suka memikirkan perkara-perkara intelektual berbanding hiburan.

3.3419 Sederhana

21B Kehidupan seharian saya di kampus Politeknik banyak memikirkan cara bagaimana untuk meningkatkan PNM/HPNM

4.5032 Tinggi

22B Saya gemar menubuhkan kumpulan belajar untuk berbincang dan melaksanakan tugasan bersama

(6)

pertimbangan individual. Sebanyak sembilan item telah dihasilkan bagi menguji responden mengenai pembolehubah pertimbangan individual ini. Hasil analisis Skor Min dan Tahap adalah sepertimana dinyatakan di dalam Jadual 6.

Jadual 6.Skor Min dan Tahap Ciri-ciri Kepimpinan Kejuruteraan bagi Pembolehubah Pertimbangan Individual

Item Pernyataan Skor

Min

Tahap

23B Saya tidak pernah bergaduh dengan rakan-rakan dan selalu beralah.

3.5806 Sederhana

24B Saya merasa lebih selesa untuk berdiam diri apabila dimarahi oleh rakan-rakan.

3.6774 Sederhana

25B Saya berupaya untuk membuat keputusan yang betul tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

3.8000 Tinggi

26B Saya berupaya untuk memilih untuk membuat kebaikan berbanding mengikut hati.

3.9548 Tinggi

27B Kebanyakkan keputusan yang saya buat adalah berdasarkan pemikiran yang matang dan positif.

3.8129 Tinggi

28B Sekiranya ada rakan yang memohon pertolongan saya di kala saya juga sedang menghadapi masalah yang besar, saya akan memilih untuk membantu rakan saya untuk menyelesaikan masalahnya terlebih dahulu.

3.9097 Tinggi

29B Emosi saya tidak mudah terganggu dengan pengaruh luar.

3.6839 Sederhana

30B Saya tidak mudah menggelabah / panik ketika menghadapi sesuatu masalah yang besar.

3.8581 Tinggi

31B Dikala menghadapi mengahadapi masalah yang yang besar, saya masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa

4.1484 Tinggi

Hasil analisis ini mendapati bahawa item 31B yang

menyatakan bahawa „Dikala menghadapi mengahadapi

masalah yang yang besar, saya masih boleh menjalani

kehidupan seperti biasa‟ telah menduduki hiraki teratas

dengan skor min sebanyak 4.1484 dan sisihan piawah sebanyak 0.70980. Manakala item yang menduduki hiraki

terendah adalah 23B iaitu „Saya tidak pernah bergaduh

dengan rakan-rakan dan selalu beralah‟, di mana Skor Minnya hanyalah 3.5806 dan berada pada tahap sederhana.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya sebanyak 6 item di dalam bahagian ini iaitu 25B (Saya berupaya untuk membuat keputusan yang betul tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak), 26B (Saya berupaya untuk memilih untuk membuat kebaikan berbanding mengikut hati.), 27B (Kebanyakkan keputusan yang saya buat adalah berdasarkan pemikiran yang matang dan positif.), 28B (Sekiranya ada rakan yang memohon pertolongan saya di kala saya juga sedang menghadapi masalah yang besar, saya akan memilih untuk membantu rakan saya untuk menyelesaikan masalahnya terlebih dahulu), 30B (Saya tidak mudah menggelabah / panik ketika menghadapi sesuatu masalah yang besar) dan 31B (Dikala menghadapi mengahadapi masalah yang yang besar, saya masih boleh

menjalani kehidupan seperti biasa) berada pada tahap yang tinggi dan hanya 3 item sahaja berada pada tahap sederhana.

Dengan ini, didapati bahawa ciri kepimpinan kejuruteraan yang terakhir iaitu pertimbangan individual adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu para responden di dapati dapat mengawal perasaan dan emosi tatkala berhadapan dengan pelbagai masalah mahupun konflik. Mereka juga didapati sangat matang di dalam berhadapan dengan masalah yang mendatang.

7.0 PERBINCANGAN

Berdasarkan kepada dapatan kajian yang telah diperolehi, secara keseluruhannya para pelajar diploma semester akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Port Dickson mempunyai ciri-ciri kepimpinan di dalam kejuruteraan. Ini dapat dibuktikan dengan sebanyak 20 item penilaian telah mencatatkan tahap yang tinggi meliputi item-item ciri motivasi berinspirasi, ciri pencetus intelektual dan juga ciri pertimbangan individu, berbanding hanya 11 item mencatat tahap yang sederhana. Ini menunjukkan bahawa sebanyak 64.5% item bahagian ciri-ciri kepimpinan kejuruteraan mencatatkan tahap tinggi berdasarkan skor min yang diperolehi. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa para pelajar semester akhir diploma Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) di Politeknik Port Dickson mempunyai ciri-ciri pengaruh idealistik, bermotivasi yang berinspirasi, pencetus intelektual serta mempunyai pertimbangan individual di mana kesemua ciri-ciri tersebut mencerminkan ciri kepimpinan kejuruteraan yang ada di dalam diri mereka.

Kepemimpinan menurut Nik Rashid (1993) akan melibatkan penggunaan pengaruh, komunikasi, dan matlamat. Kepemimpinan adalah satu percubaan untuk pengaruh-mempengaruhi antara peribadi, yang diarahkan melalui proses komunikasi, menuju pencapaian satu matlamat atau beberapa matlamat. Kepimpinan juga ditakrifkan sebagai aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif sesuatu kumpulan (Jaafar, 1996). Takrif ini menyamai pendapat Abdullah & Ainon (1998) bahawa kepemimpinan merupakan suatu tingkahlaku yang bertujuan untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka sanggup dan secara senang hati melakukan apa yang dikehendaki oleh orang yang memimpin. Maka dengan ini keupayaan mempengaruhi adalah sesuatu yang penting di dalam kepimpinan. Suatu ciri yang dinamai Pengaruh Idealistik merupakan salah satu ciri kepimpinan yang perlu ada di dalam diri seseorang pemipin kejuruteraan khasnya dan seorang pemimpin amnya.

(7)

kebanyakkan rakan-rakan di dalam membuat sebarang keputusan. Ini mungkin berlaku di dalam hal urusan penentuan masa dan tempat kuliah gantian akan dijalankan serta penghantaran kerja-kerja kursus yang perlu dilakukan. Mereka juga turut menjadi rujukan kepada rakan-rakan di dalam menyelesaikan masalah. Ini mungkin berlaku kerana mereka dilihat berkebolehan untuk memberi pandangan serta nasihat yang baik di dalam menyelesaikan masalah rakan mereka dan apa yang sangat membanggakan adalah, mereka juga didapati dapat memberikan pengaruh kepada rakan-rakan untuk mengikut keputusan yang telah dibuat. Di samping itu juga, para pelajar semester akhir JKE juga mempunyai sifat tanggungjawab di dalam menasihati serta mempengaruhi rakan-rakan mereka untuk menjadi lebih baik.

Selain daripada itu, para responden dilihat mempunyai pengaruh yang idealistik, mereka juga di dapati mempunyai motivasi yang berinsprasi. Mereka jelas dilihat sebagai individu yang sangat bermotivasi di dalam menjalani aktiviti harian di Politeknik Port Dickson. Mereka juga didapati sentiasa bersemangat untuk mendengar & memahami segala ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah disepanjang sesi kuliah. Kajian turut mendapati bahawa para pelajar ada mempamerkan motivasi dan semangat semasa melakukan aktiviti di dalam kelas.Semasa sesi amali pula, mereka juga didapati sentiasa bersemangat dan bermotivasi untuk melaksanakan segala ujikaji yang telah diberikan.

Di samping itu juga, mereka didapati sangat cemerlang dari aspek kehadiran ke kelas, di mana mereka tidak pernah ditahan daripada menduduki peperiksaan akhir. Pihak Politeknik telah menggariskan bahwa mana-mana pelajar yang mencatatkan jumlah kehadiran kurang daripada 80% akan ditahan daripada menduduki peperiksaan akhir. Mereka juga didapati jarang sekali menerima surat peringatan ketidakhadiran ke kuliah sepanjang sesi pengajian serta mereka juga jarang sekali datang lewat ke kuliah. Didapati juga mereka merupakan pelajar yang cukup bermotivasi serta bersemangat di dalam kelas apabila mereka kerap menjawab pertanyaan pensyarah, kerap bertanya serta mereka kerap memberikan idea ataupun pendapat di dalam kelas.

Melalui analisis yang telah dijalankan di dalam bahagian ini juga mendapati bahawa para pelajar semester akhir jabatan kejuruteraan elektrik juga mempunyai ciri Pencetus Intelektual di mana mereka dilihat kerap menjawab pertanyaan pensyarah serta kerap mengajukan soalan ketika di dalam kelas. Ini membuktikan bahawa mereka mempunyai daya fokus yang tinggi semasa sesi kuliah dijalankan dan mereka juga merupakan pelajar yang serius di dalam pembelajaran mereka.

Sementara itu, mereka juga didapati sering bertindak sebagai seseorang yang selalu memberikan idea untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul ketika sesi amali dijalankan. Mereka juga di dapati dapat bekerjasama dengan baik di dalam kumpulan serta dapat menyelesaikan amali yang telah diberikan. Ia sangat

bertepatan dengan penyataan Wormley (2005) di dalam Richard (2010):

As corporations depend increasingly on developing new products, processess and services to be competitive,

students’ ability to work in and lead groups of people with various backgrounds and cultures....will be a key to success” (ms.121)

Sementara itu, mereka juga didapati mempunyai ciri-ciri pertimbangan individual yang sangat baik. Ini terbukti dengan majoriti item yang dinyatakan di dalam soal jawab mencatatkan tahap tinggi untuk hampir kesemua item. Melalui soal jawab yang telah diberikan, didapati bahawa para pelajar semester akhir jabatan kejuruteraan elektrik berupaya untuk membuat keputusan yang betul tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, mereka juga berupaya membuat keputusan dengan akal yang waras berbanding menurut kata hati semata-mata.

Bertepatan dengan Teori trait Gordon Allport (Zainal & Sharani, 2005) di dalam bukunya yang bertajuk Panduan mengurus Remaja Moden, sifat-sifat yang menunjukkan personaliti matang adalah seperti bersifat terbuka dan memahami masalah orang lain, mempunyai matlamat yang cekal dan bersifat celik akal. Di samping itu juga, para pelajar dikatakan matang apabila mereka boleh mengasihi orang lain seperti mengasihi diri sendiri serta boleh berhubung mesra dan menghormati orang lain. Mereka yang matang juga bersifat yakin pada diri dan juga bersedia mengatasi masalah diri.

Berdasarkan kepada dapatan ini, ia membuktikan bahawa para pelajar semester akhir JKE, PPD adalah bersifat matang. Mereka didapati mempunyai sifat pertimbangan yang baik di dalam diri. Ini memberi gambaran bahawa apabila mereka bekerja nanti, mereka akan menjadi seorang juruteknik yang bijak mengawal emosi, suka bertolak ansur, berupaya membuat keputusan yang betul, matang dalam memutuskan sebarang keputusan, rajin membantu serta dapat berfikir secara waras walaupun sedang berhadapan pelbagai masalah. Kesemua sifat ini sangat diperlukan di dalam diri seseorang juruteknik yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah serta cabaran di dalam bidang teknikal. Keputusan yang betul dan tepat perlu dibuat di dalam pelbagai situasi dan keadaan tanpa mengira emosi mereka dikala itu. Dengan itu, sememangnya sangat perlu mereka mempunyai sifat pertimbangan individual yang baik.

8.0 KESIMPULAN

(8)

(2003), kepimpinan kejuruteraan merupakan suatu proses membayangkan, merekabentuk, membangun dan menyokong produk baharu dan perkhidmatan bagi menepati keperluan bajet dan jadual mengikut tahap risiko yang boleh diterima untuk menyokong objektif strategi sesebuah organisasi.

Kepimpinan kejuruteraan sangat diperlukan bagi seorang pemimpin di dalam bidang kejuruteraan sehinggakan bagi memastikan sesorang itu kekal kompetatif di dalam ekonomi global masa kini di Amerika, industri memerlukan individu yang berani mengambil risiko, melakukan perubahan yang besar, pemikir yang global, mempunyai komunikasi yang baik serta banyak lagi kualiti penting yang lain untuk terus berdaya saing (Farr, Walesh Forsythe, 1997; Farr & Brazil, 2009). Menyedari kepentingan ini,bagi memastikan graduan yang dihasilkan oleh institusi pendidikan di negara kita selari dengan keinginan dan keperluan industri, Kementerian Pendidikan telah mewujudkan pelbagai institusi teknikal yang turut menitikberatkan ilmu kepimpinan. Sebagaimana yang telah dilaksanakan di Politeknik di seluruh Malaysia, kurikulumnya turut memberikan ilmu kepimpinan kepada kesemua pelajarnya.

Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk menguji tahap ciri-ciri kepimpinan kejuruteraan para pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson. Maka hasil daripada kajian yang telah dijalankan, mendapati bahawa secara keseluruhannya tahap ciri-ciri serta amalan kepimpinan kejuruteraan dikalangan pelajar semester akhir JKE PPD adalah pada tahap yang tinggi. Mereka didapati mempunyai ciri-ciri pengaruh idealistik, motivasi berinspirasi, pencetus intelektual serta pertimbangan individual.

9.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Muhamad (1998). Komunikasi untuk pemimpin. Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Amin Akhavan Tabassi, Mahyuddin Ramli, Abu Hassan Abu Bakar & Abd. Hamid Kadir Pakir (2014). Transformational leadership and teamwork improvement:the case of construction firms. The Journal of Management Development: 1034-1019. Dicapai pada 27 April 2016 daripada

talian:http://search.proquest.com.newdc.oum.edu.my/educati on/docview/1651323726/fulltextPDF/76EBA9EC387C4AF2 PQ/1?accountid=48462

Aznul Rafizul (2013). Jadual dan Laporan Penyeliaan Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2013. Politeknik Port Dickson.

Barbuto (2005). Motivation and transactional, charismatic, and transformational leadership: a test of antecedents. Journal of Leadership and Organizational Studies, 11(4), 26-40.

Bass, B. & Avolio, B. (1990). Transformational Leadership Development: Manual for The Multifactor Leadership Questionnaire. Consulting Psychologists Press, Palo Alto, CA.

Bass, B. M., & Riggio, R. E. (2006). Transformational leadership (2nd. ed.). Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates

Bernard, M. G. (2011) .MIT Engineering Leadership Program Capabilities of Effective Engineering Leaders Version 3.6. Dicapai. pada 1 September 2015 daripada

http://gelp.mit.edu/sites/default/files/documents/leadershipca pabilities.pdf

Brown, J. (2005). Special Report: Wanted: Civil Engineers. Civ. Eng., 10.1061/ciegag.0000028, 46-49.

Crumpton,Y. L., et.al (2010). Engineering Leadership

Development Programs a Look at What Is Needed and What Is Being Done. Journal of STEM Education:Innovations and Research, 11(3), 10-21.

Farr, J. V., Walesh, S. G. & Forsythe, G. B. (1997). Leadership development for engineering managers, Journal of Management in Engineering 13(14), 38–41.

Farr & Brazil (2009). Leadership skills development for engineers. Engineering Management Journal. 21(1), 3-8.

Flanigan, R. L. (2012). An Examination of the effect of transformational and transactional leadership styles on branch level Success of Industrial Distribution Companies. Utah State University, ProQuest Dissertations Publishing, 2012. Dicapai pada 20 April 2016 daripada

http://search.proquest.com.newdc.oum.edu.my/docview/101 5628731/fulltextPDF/7629B93FB6214DF3PQ/3?accountid= 48462.

Hall, J.,Johnson, S., Wysocki, A. & Kepner, K. (2002). Transformational Leardership: The transformation of manager and associates. Dicapai pada 2 Feb 2015 daripada http://edis.ifas.ufl.edu/pdffiles/HR/HR02000.pdf

Hartmann & Jahren (2015). Leadership: Industry Needs for Entry-Level Engineering Positions. . Journal of STEM Education : Innovations and Research 16.3. Dicapai pada 16 April 2016 daripada

http://search.proquest.com.newdc.oum.edu.my/education/do cview/1728610843/fulltextPDF/75472C9E2A32449CPQ/2? accountid=48462

.Iain (2009). Transformational Leadership : Characteristics and criticisms,School of Geography , Flinders University . Dicapai pada 4 April 2016 daripada

(9)

Jaafar Muhamad (1996). Kelakuan organisasi. Kuala Lumpur: Leed Publication

Jabatan Pengajian Politeknik (2015). Manual Pembangunan Kurikulum Program Pengajian Politeknik. Dicapai pada 20 Mac 2016 daripada http://cidos.edu.my:8081/.

.Maturo, D. (2007). Being a technician is not enough: Develop leadership and communication skills. Pennsylvania CPA Journal, 77(4), 1-2.

Mohamad Siri (2014). Jadual dan Laporan Penyeliaan Pelajar Latihan Industri Sesi Jun 2014. Politeknik Port Dickson.

Muhammad Hazrul Ismail (2012). Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia: Tinjauan dari Perspektif Majikan. PROSIDING PERKEM VII, JILID 2 (2012) 906 - 913 ISSN: 2231-962X. Dicapai pada 15 November 2015 daripada

http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012 _3E1.pdf

Nik Rashid Ismail (1993). Kepemimpinan : ulasan teori dan kajiannya di Malaysia. Dlm Psikologi Melayu, diselenggara oleh Abdul Halim Othman. Kuala Lumpur : Dewan .

Pankaj, S. & Pathak, S. C.(2015). Impact of transformational Leadership of Engineers Working in Automobile Sector in India on their own Creativity.International Journal of Enterprise and Innovation Management Studies (IJEIMS) Vol. 1 No. 3. Dicapai pada 27 April 2016 daripada http://www.ijcns.com/pdf/61-67.pdf

Quennel.B (2008). Leadership behavior of undergraduates in the College of Agricultural and Life Sciences (CALS) at the University of Florida. University of Florida, ProQuest Dissertations Publishing, 2008. 3440908. Dicapai pada 5 Februari 2016 daripada

http://search.proquest.com.newdc.oum.edu.my/education/do cview/849726170/fulltextPDF/EC335E7C11040C6PQ/2?acc ountid=48462

Raja Noorzihan.(2014). Jadual dan Laporan Penyeliaan Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2014. Politeknik Port Dickson.

Richard (2010). Engineering Leadership Education-The search for definition and curicular Approach. Journal of STEM

Education : Innovations and Research 11.3/4 (2010): 61-69.

Robert L.(2008). Engineering graduate preparedness for the workplace: Employer assessments of outcome based education. University of Nevada, Reno, ProQuest Dissertations Publishing, 2008. 3339098. Dicapai pada 3Mac 2016 daripada

http://search.proquest.com.newdc.oum.edu.my/pqdtglobal/d ocview/275863051/fulltextPDF/49E1EE3B8E0D4A31PQ/9? accountid=48462

Salmani, D., & Bagheri, O. (2010). Engineering leadership. Academic Leadership Journal, 8(1), 187-194. Dicapai pada 20 Mac 2016 daripada

http://contentcat.fhsu.edu/cdm/compoundobject/collection/p 15732coll4/id/835

Shaw (2003). A review of leadership theory and competency frameworks. Dicapai pada 1 Mac 2015. daripada

http://business-school.exeter.ac.uk/documents/discussion_papers/cls/mgmt_ standards.pdf

Simic, I.(1998). Transformational Leadership-the key to succesful management of transformational organizational changes. Facta Universitas, 1(6), pp. 49-55.

Summers. M.,Davis, B. and Tomovic, C. (2004). When engineering and technology skills are not enough:

Engineering leaders out of their element’. Dicapai pada 5

april 2016 daripada

https://www.researchgate.net/profile/Michele_Summers/publ ication/237291540_WHEN_ENGINEERING_AND_TECH NOLOGY_SKILLS_ARE_NOT_ENOUGH_ENGINEERIN G_LEADERS_OUT_OF_THEIR_ELEMENT/links/00b495 2d5e511ec0ca000000.pdf

Sylvie, V. H, Clara,M. & Monique, J. (2012). Transformational leadership, work engagement, and occupational success.

Career Development International17 (2012): 663-682.

Dicapai pada 20 April 2016 daripada

http://search.proquest.com.newdc.oum.edu.my/education/do cview/1191981499/fulltextPDF/76EBA9EC387C4AF2PQ/1 5?accountid=48462

Tham, Y. C. (2014). Jadual dan Laporan Penyeliaan Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2014. Politeknik Port Dickson.

Referensi

Dokumen terkait

Dari pelaksanaan program kerja PPL yang telah dilaksanakan dan hasil yang diperoleh, dapat dikatakan bahwa program PPL berjalan dengan baik. praktikan mendapat

DESKRIPSI UNIT : Unit ini berhubungan dengan keterampilan dan pengetahuan yang dibutuhkan untuk prosedur kebersihan utama yang diterapkan di banyak sektor industri

Hasil penelitian menunjukkan bahwa penerapan model pembelajaran kooperatif metode Two Stay Two Stray terbukti dapat meningkatkan (1) keterampilan guru dari 2,8

Output yang dihasilkan dari penelitian ini nantinya adalah berupa rekomendasi pendukung keputusan baik untuk calon investor maupun investor sesuai dengan nilai

Permasalahan sistem keamanan informasi pada penelitian ini, hanya difokuskan pada pembahasan algoritma DES dan aplikasi transformasi wavelet diskrit yang digunakan

Tidak berpengaruhnya jarak sumber air terhadap nilai WTP rumah tangga di sebagian Desa Sitimulyo dan Bawuran disebabkan oleh beberapa faktor yaitu kondisi fisik yang

Tipe kepribadian ternyata memang mempengaruhi tingkat burnout yang dialami oleh seseorang , hal ini sesuai dengan teori DISC yang menyebutkan bahwa orang dengan tipe