KENYATAAN SEBUT HARGA
Sebut harga ini dipelawa kepada Pembekal-Pembekal yang Berdaftar dengan Kementerian Kewangan yang mempunyai kod bidang 221401 pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh sebut harga ini diiklankan dan telah ePerolehan enabled masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi sebutharga di bawah ini :
NOMBOR
SEBUTHARGA TAJUK SEBUTHARGA PENGKHUSUSAN/STATUS KOD BIDANG TARIKH LAWATAN TAPAK & TEMPAT TARIKH IKLAN TARIKH TUTUP SEBUTHARGA
PSN(S) 5017/11/1 Merekabentuk, Membina, Membekal dan Memasang Kelengkapan Bilik Program dan Ruang Info STI di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara
Kod Bidang : 221401
Status : Kesemua
Pembekal mesti ePerolehan- Enabled
Tarikh Iklan :
1/3/2018 (Khamis)
Tarikh Lawatan Tapak & Tempat
7/3/2018 (Rabu)
Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Alor Setar, Kedah
Masa : 10.00pagi
21/3/2018 (Rabu)
Sebelum jam12.00 tengahari
2. Borang Sebut Harga boleh diperolehi pada 7/3/2018 (10.00pagi hingga 12.00 tengahari) di Aras 1, Bahagian Pentadbiran, Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Gunung Keriang 06570 Alor Setar, Kedah. Diberikan kepada Pembekal yang hadir taklimat/lawatan tapak sahaja. 3. Pembekal yang ingin menyertai sebutharga ini hendaklah datang sendiri LAWATAN TAPAK(wakil tidak dibenarkan) membawa bersama Kad
Pengenalan, dokumen salinan Perakuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah laku (tempoh sah laku mestilah sah sehingga sekurang-kurangnya 3 bulan sehingga tarikh tutup ). Untuk semakan dan pengesahan, sila bawa cop syarikat.
4. Lawatan Tapak/Taklimat adalah DIWAJIBKAN kepada pembekal yang nama dicatatkan pada sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan (MOF) pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan di atas. Pembekal yang tidak hadir lawatan tapak tidak dibenarkan menyertai sebut harga ini.
5. Borang Sebutharga yang telah diisi lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Sampul Surat Berlakri yang dicatatkan dengan nombor Sebut Harga dan tajuk sebutharga pada sebelah atas kiri sampul dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Pejabat Aras 1, Bahagian Pentadbiran, Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Gunung Keriang 06570 Alor Setar, Kedah sebelum jam 12.00 tenghari pada
tarikh dinyatakan di atas.
PUSAT SAINS NEGARA CAWANGAN WILAYAH UTARA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI JALAN GUNUNG KERIANG, 06570 ALOR SETAR, KEDAH