INSTITUSI PENDIDIKAN ACHEH
Meunasah (Rendah/Dasar)
- Dikenali sebagai madrasah, merupakan institusi pendidikan awal
- Para pelajar diajar membaca al-quran, membaca dan menulis huruf Arab dan perkara asas dalam Islam
- Pelajar turut mempelajari ilmu fardhu ain seperti rukun iman, rukun islam, fiqah, ibadat dan akhlak
- Pelajar dilatih bernasyid berhubung agama, dinakan dike (zikir) atau seulaweut (selawat) pada setiap malam
Jumaat
- Kanak-kanak yang khatam al-quran diajar beberapa kitab agama dalam bahasa Jawa dan Acheh seperti Kitab
Perukunan dan risalah Masail-al Muhtadin
- Diwujudkan di setiap kampung dan desa, centre of culture, pusat peradaban masyarakat Acheh
- Juga diajar ilmu pengetahuan dalam kehidupan
Masjid
- Pusat segala kegiatan dan pendidikan umat islam
- Masjid telah diangkat martabatnya sebagai Pusat Pendidikan Tinggi atau universiti yang mempunyai beberapa fakulti
- Peranan masjid setaraf dengan Jami’ al-Azhar (Kaherah), Jami’al-Mansur (Baghdad), Jami’al-Umawi (Damsyik).
Rangkang (Menengah)
- Untuk melanjutkan pelajaran agama lebih tinggi, pelajar akan belajar di rangkang atau disebut pondok atau
pesantren
- Pelajar mendirikan pondok kecil mengelilingi masjid yang dijadikan asrama
- Terdapat beberapa tahap rangkang bergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki oleh guru pengajar
- Pelajar yang pintar biasanya akan berpindah dari satu rangkang ke rangkang yang lain untuk mengikuti pelajaran dengan guru mahir
- Mata pelajaran yang diajar ialah fiqah, ibadat, tauhid, tasawwuf, sejarah Islam, sejarah Dunia dan bahasa Arab
- Ilmu umum turut diajar seperti geografi, sejarah dan matematike
- Didirikan di setiap daerah, pengajian bidang agama dan bukan agama, teks rujukan mengandungi bahasa Melayu dan bahasa Arab
Dayah (Negeri)
- Boleh disamakan dengan Sekolah Menengah Atas di Indonesia
- Didirikan di setiap Nanggore (negeri)
- Terdapat sebuah balai utama yang dikenali aula digunakan sebagai tempat belajar sembahyang
- Pusat pengajian tinggi Dayah Cot Kala merupakan pusat pendidikan Islam tinggi pertama di Asia yang melahirkan banyak ulama ;seperti pendakwah Islam di Nusantara
- Dayah bersifat umum dan khusus. Khusus adalah untuk wanita sahaja dan khusus dalam bidang tertentu seperti pertanian
- Antara ilmu yang diajar ialah tauhid, fiqah, muamalat, tasawwuf, akhlak, geografi, sejarah, ilmu tatanegara, dan bahasa Arab
- Antara dayah yang terkenal ialah Dayah Cot Kala, Dayah Rumpet, Dayah Seuruleu, Dayang Blang Peria dan Dayah Batu Karang
Jami’ah (Tertinggi)
- Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah mendirikan Masjid Baiturrahman digunakan khas sebagai tempat menuntut ilmu
- Universiti, yang pertama ialah Jamiah Baiturrahman (UNIVERSITI BAITURRAHMAN)
- Memiliki 17 dar fakulti seperti Fakulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Fakulti Ilmu Kedoktoran, Fakulti Ilmu Kimia, Fakulti Pertanian, Fakulti Peperangan dan lain-lain
- Di Jami’ah tersebut, tenaga pendidiknya terdiri daripada ulama dan sarjana dari Acheh, negara Arab, Turki, Parsi, India dan sebagainya
- Kota Acheh menjadi pusat kegiatan ilmu islam yang ulung membawa Acheh kepada gelaran ‘Serambi Mekah’
Lembaga Pelaksana Pendidikan
- Balai Setia Hukama, Lembaga ilmu pengetahuan sebagai tempat berhimpun para ulama dan ahli fikir
untuk membahas dan mengembangkan ilmu pengetahuan
- Balai Setia Ulama, Jawatankuasa Pendidikan dan
Pengajaran berfungsi untuk mengurus dan menyelesaikan masalah berkaitan pendidikan
- Balai Jama’ah, Sebuah kelab perbincangan (study club) sebagai tempat perhimpunan para ulama dan sarjana untuk bertukar-tukar pendapat, berseminar ,berbahas dan mengembangkan ilmu pengetahuan