• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengaruh Sekularisme Terhadap Profesion L

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengaruh Sekularisme Terhadap Profesion L"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Pengaruh Sekularisme Terhadap Profesion Kerja Sosial dalam Konteks Negara Malaysia Nur Syahirah Binti Ahmad Bastari

(2)

Pengenalan

Sekularisme adalah pemisahan agama daripada pentadbiran negara dan kehidupan masyarakat serta mengekalkan ia terbuku hanya di dalam hati individu malah tidak

melangkaui hubungan peribadi antara individu dan Tuhannya malah unsur keagamaan hanya dibenarkan hanya dalam upacara ibadat, perkara yang berkaitan perkahwinan, kematian dan seumpamanya sahaja ( Al-Qardhawi, 1999). Secara ringkasnya, sekularisme adalah suatu fahaman atau kepercayaan yang berandaian bahawa urusan keagamaan atau ketuhanan tidak seharusnya dicampurkan dengan urusan negara, politik, pentadbiran dan pendidikan.

Sejarah kemunculan sekularisme

Kemunculan sekularisme bermula pada era zaman gelap iaitu apabila berlakunya pertembungan dan konflik antara pihak gereja Katolik dan para saintis. Pada ketika itu sains dianggap terpencil malah dianggap sebagai sihir. Segala penemuan baru oleh sains dianggap ‘heresy’ oleh pihak gereja. Sejarah melakarkan pelbagai penindasan telah dikenakan oleh agamawan Kristian terhadap saintis misalnya pada tahun 1933 Galileo Galilei telah dihukum tahanan di dalam rumah sehingga mati atas pernyataan bahawa matahari merupakan pusat alam iaitu bertentangan dengan pendapat pihak gereja Katolik yang berpendapat bahawa bumi adalah sebagai pusat alam. Akibat tertekan, muncullah pelbagai konfrontasi dan pemberontakan agama sehingga melahirkan satu fahaman dalam kalangan saintis dan

masyarakat awam bahawa agama perlu dipisahkan dari kehidupan untuk mencapai kemajuan dan pembangunan sehingga lahirnya fahaman sekularisme.

Sekularisme dan Islam

(3)

Kesan sekularisme terhadap profesion kerja sosial dalam konteks negara Malaysia Kerja sosial adalah sebagai satu seni, sains dan profesion yang membantu manusia menyelesaikan masalah sama ada secara individu, kumpulan mahupun komuniti. Ia juga dikenali sebagai aktiviti pertolongan dan profesional yang berkait rapat dengan

perkembangan pemberian bantuan dan intervensi kepada klien dengan berprinsipkan kemanusiaan dan keadilan sejagat. Profesion kerja sosial berteraskan prinsip dan falsafah kemanusiaan sejagat yang diperkukuh dengan ikatan ilmu daripada penyelidikan dan pemerhatian sama ada saintifik mahupun empirikal. Namun, pengaruh sekularisme dalam profesion kerja sosial di Malaysia sedikit sebanyak dilihat memberi pengaruh yang besar terhadap perubahan sama ada berbentuk fizikal mahupun dalaman. Antara perubahan yang dapat dikenal pasti ialah perubahan bentuk perkhidmatan, nilai profesion kerja sosial dan intervensi kerja sosial.

Perubahan terhadap bentuk perkhidmatan profesion kerja sosial

Pembentukan kumpulan tertentu yang tidak formal sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat seiring dengan kehendak naluri manusia yang sememangnya ingin hidup

berkelompok atau berkumpulan (Abd Manaf & Jamaluddin, 2002). Perbezaan asas kepada pembentukan pertubuhan kebajikan menurut sejarah wujud atas pelbagai dimensi. Persamaan tujuan penubuhan persatuan bagi ketiga-tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India adalah berasaskan konsep keagamaan dan menjaga kebajikan ahli masing-masing.

Dalam kalangan masyarakat India dan Melayu, terdapat persatuan yang tidak

berdaftar yang dikenali sebagai persatuan sulit namun ia tidak sah dari segi undang-undang. Buktinya sekitar tahun 1855-1857, wujudnya persatuan “Bendera Putih dan Bendera Merah” yang dianggotai orang Islam dan diasaskan oleh orang India yang beragama Islam (Kim, 1976). Pertubuhan kebajikan tersebut bertujuan untuk saling menolong ahli yang menghadapi kesusahan dan desakan hidup, membangkang ketidakadilan, penindasan politik serta

membantu ketika upacara perkahwinan diadakan.

(4)

dalam bidang politik dan giat dalam melakukan aktiviti jenayah sehingga menimbulkan rusuhan, pemogokan dan rompakan.

Berikutan dengan itu, kerajaan British telah menetapkan setiap persatuan atau pertubuhan perlu didaftarkan secara rasmi mengikut peraturan dan undang-undang tertentu sebagai langkah mengawal keamanan di Tanah Melayu pada ketika itu (Hussain, 1986). Namun pelaksanaan akta-akta berkaitan pertubuhan tersebut menimbulkan pemogokan umum dan rusuhan besar pada mulanya di Pulau Pinang pada tahun 1867 (Hussain, 1983). Hal ini disebabkan oleh tindakan British yang menganggap perarakan penganut agama Islam, Hindu dan Buddha mengganggu ketenteraman awam, tidak terkawal dan kasar malah pertunjukan wayang Cina dianggap menyekat lalu lintas. Rentetan daripada kejadian tersebut, kerajaan British memperkenalkan Ordinan Persatuan 1889 ke atas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Johor dan Kedah pada awalnya bagi mengawal kegiatan berpersatuan.

Pada tahun 1912, program-program kebajikan masyarakat secara formal di Malaysia mula diperkenalkan dengan sebuah jabatan khas diwujudkan tanpa mengaitkan mana-mana agama dalam jabatan tersebut oleh pemerintahan penjajah British (Baba, 1990). Jabatan tersebut berobjektif untuk membantu para penghijrah memperbaiki taraf kehidupan mereka di negara yang baru mereka jejaki namun telah ditutup pada tahun 1930-an berikutan

kemelesetan ekonomi. Pada tahun 1937, pemerintahan penjajah British sekali lagi telah mewujudkan sebuah jabatan khas semula bagi membantu penghijrah dan meningkatkan kebajikan masyarakat di tanah jajahan (Baba,1998).

Kewujudan jabatan seumpama ini dilihat sebagai langkah pertama penjajah British untuk memperkenalkan khidmat menolong-bantu dengan memasukkan unsur-unsur sekularisme dalam perkhidmatan berbentuk bantuan atau kebajikan. Pengamal khidmat kebajikan masyarakat pada ketika itu diberikan latihan dan memerlukan kelulusan yang tertentu terutamanya bagi menangani skop aktiviti yang luas malah Pegawai Kebajikan Masyarakat yang ditugaskan di negeri jajahan juga telah diberikan kursus selama dua tahun di London School of Economics and Political Science, University of London dalam program kerja sosial (Abdul Aziz, 2002).

(5)

pekerjaan kepada para pekerja sosial profesional di Malaysia yang juga di bawah pengawasan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat namun ia terpisah antara keagamaan dan pentadbiran sehingga kini kesan daripada pengaruh sekularisme. Pengaplikasian nilai-nilai profesion kerja sosial

Pengaruh sekularisme terhadap nilai profesion kerja sosial pula dilihat amat kuat pengaruhnya sehingga membawa manusia menjalani kehidupan dengan mudah, ringkas, pantas, menjimatkan serta melibatkan fizikal semata-mata sehingga menyebabkan

pengabaian nilai dalaman manusia termasuklah nilai pembangunan diri, rasa kebersamaan, rasa kekitaan dan rasa kerohanian dalam proses intervensi bersama klien. Nilai-nilai yang amat ketara dipengaruhi oleh sekularisme ialah nilai penerimaan, nilai tidak menghukum, nilai penentuan diri dan nilai kerahsiaan.

Bagi nilai penerimaan dan tidak menghukum, pekerja sosial perlu menunjukkan pemahaman akan pandangan dan perspektif yang ada dalam diri klien bagi menghalang klien rasa rendah diri dalam mendapatkan sokongan serta memerlukan pekerja sosial tepikan nilai sendiri dan hormat diri klien seadanya malah tidak boleh menghukum perbuatan yang telah dilakukan oleh klien walaupun bercanggah dengan budaya, agama dan kepercayaan yang dianuti oleh klien sedangkan dalam perspektif agama memandang serius perkara tersebut. Hal ini demikian kerana majoriti agama tidak membenarkan umatnya untuk menghukum individu tersebut walaupun individu tersebut melakukan perkara yang dilarang oleh agama dan perlu menerimanya seadanya tetapi perbuatan salah tetap salah dan ia perlu disedarkan dan diperbetulkan.

Seterusnya, bagi nilai penentuan diri dalam profesion kerja sosial pula membawa maksud klien berhak memilih dan membuat keputusan sendiri dalam proses pertolongan dalam mengenal pasti masalah, perancangan, membuat keputusan dan penyusunan rancangan tindakan. Namun hakikatnya, dalam konsep keagamaan, setiap keputusan yang dibuat

(6)

Intervensi berdasarkan konsep bio-psikososial

Pembawaan nilai kerja sosial terhadap intervensi bersama klien pada masa kini lebih dilihat hanya bersifat luaran dan mengambil kira aspek dalaman secara holistik dan

menyeluruh. Jika kita lihat, teori atau konsep yang diambil ketika pekerja sosial menjalankan intervensi tertumpu pada aspek ‘individu dan persekitaran’ dan ‘ individu dalam

persekitaran’. Sedangkan hakikat kejadian manusia terbahagi kepada dua iaitu aspek jasmani dan rohani. Aspek jasmani merangkumi aspek hubungan individu dengan ibu bapa, keluarga, rakan, institusi dan sebagainya manakala aspek rohani pula terbahagi kepada an-nafs atau konsep yang berkaitan id, ego, superego (teori psikoanalitik). Walaupun begitu, teori psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Freud turut terdapat kelompangan di mana ia menekankan konsep kehendak, kawalan diri, kesedaran dan ketidaksedaran secara luaran tetapi tidak ada konsep ketuhanan dalam mencari punca permasalahan dan penyelesaian masalah. Sedangkan konsep penyelesaian atau mujahadah yang telah ditetapkan oleh Tuhan adalah jauh lebih baik berbanding hukum yang ditetapkan oleh manusia kerana manusia mempunyai batasan akal fikiran iaitu sesuatu yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia.

Permasalahan yang berlaku pada hari ini dilihat adalah disebabkan kurangnya didikan atau rasa tanggungjawab terhadap agama. Semua agama mengajar dan menyuruh kepada berbuat kebaikan dan menjauhi larangan tetapi masyarakat hari ini dilihat jauh terpesong daripada agama. Apabila wujudnya perasaan Tuhan sentiasa melihat apa yang kita lakukan, pastinya kita sentiasa berasa takut untuk melakukan perkara yang melanggar norma

masyarakat dan agama khususnya. Namun, kurangnya penghayatan agama dalam kalangan masyarakat dan ketiadaan sistem yang melahirkan rasa cinta masyarakat terhadap agama sedikit sebanyak telah mengganggu sistem kehidupan manusia secara keseluruhannya. Intervensi kerja sosial yang dijalankan juga kurang ditekankan mengenai agama padahal hakikatnya kebanyakan masyarakat Malaysia mempercayai agama.

Rujukan

Abd Manaf, A.R. & Jamaluddin, Z. (2002). Kerja Sosial Artikel-artikel Pilihan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdul Aziz, A.R. (2002). Sosiologi untuk Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Al-Qardhawi, Y. (1997). Pertentangan Islam dan Sekular. Selangor: Maktabah Wahbah, Kaherah.

(7)

Muhd Salleh, I. (Eds.).Caring Society: Emerging Issues and Future Directions. Malaysia: ISIS.

Baba, I. (1998). The Need for Professionalism of Social Work in Malaysia. In. Report on Advancing Social Work Education. Kuching: Faculty of Social Science.

Hussain, M. (1983). Asal Mula Akta Pertubuhan di Malaysia: Satu Catatan Ringkas. In Malaysia dari Segi Sejarah. Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia, Vol 12, 160-266.

Kim, K.K. (1976/77). Keterlibatan Orang-orang Melayu dalam Persatuan-persatuan Sulit. In Jurnal Sejarah, Vol. XIV, 63-69.

(8)

Referensi

Dokumen terkait

Masih banyak terdapat kekurangan- kekurangan yang dirasakan oleh masyarakat da- lam mendapatkan pelayanan pada Kantor Sam- sat Selat Panjang Kabupaten Kepulauan Me- ranti,

Gambar 10A merupakan perkecambahan dengan menggunakan biji pada media kultur tanpa pemberian GA 3 jika dibandingkan dengan Gambar 10C dan 10D terlihat bahwa

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah penghasilan video dokumentari pendidikan dalam bentuk CD-ROM bagi subjek PI701 Pemasaran 1 untuk tajuk

Tabel 1.1 Persamaan, Perbedaan dan Originalitas Penelitian Nama Peneliti, Orisinalitas No Persamaan Perbedaan Judul Penelitian 1 Apriliya Safitri, - Pengembangan - Objek Penelitian

Neraca eksergi dalam sistem menara pendingin (gambar 1) adalah jumlah eksergi masuk dan daya fan harus sama dengan eksergi keluar dan kerugian eksergi (irreversibilitas) yang

Konsentrasi dalam larutan berpengaruh pada pengambilan spesifik ion logam dan dengan adanya variasi konsentrasi maka dapat ditentukan kapasitas adsorpsi dengan

SDM jasa pendidikan yang akan sulit berhasil apabila tidak mendapat dukungan memadai dari pemimpin sekolah, terutama dukungan motivasi.. 23 rutin, dimana jasa dihasilkan

Berdasarkan pada model persamaan regresi tersebut di atas, dapat diinterprestasikan, yaitu sebagai berikut: (1) Konstanta, konstanta merupakan intersep variabel terikat,