• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI SEMESTER 3 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI SEMESTER 3 2"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI

SEMESTER 3

2017

SAINS UNTUK TEKNOLOGI

AMT 312

Folio 1:

Kegunaan ICT dalam Kehidupan Seharian & Kesannya

Terhadap Masyarakat

Disediakan oleh:

Nama penuh: ____________________________________________

No.K/Pengenalan: ________________________________________

Kelas: _____________

(2)

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya, _____________________________________ kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

(3)

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Definisi ICT 2

3.0 Kegunaan ICT dalam Kehidupan Seharian 3.1 Bidang Pendidikan

3.2 Bidang Perniagaan & Perbankan

3.3 Bidang Perindustrian dan Pengurusan Alam Sekitar 3.4 Bidang Perubatan/Kesihatan

3.5 Bidang Perindustrian

3-7

4.0 Kesan ICT Terhadap Masyarakat

4.1 Kesan Positif ICT kepada masyarakat 4.2 Kesan Negatif ICT kepada masyrakat

8

5.0 Kesimpulan 9

(4)

1.0 Pengenalan

Sedasarwasa ini, perkembangan kurikulum yang semakin kompleks memerlukan kemahiran pemikiran dan penaakulan yang tinggi agar dapat diproses dengan teknologi multimedia merentasi pelbagai displin ilmu yang ada pada dewasa ini. Penggunaan perisian multimedia merupakan satu medium dan juga cara penyampaian pengajaran konvensional kepada model baharu pengajaran dan pembelajaran berasaskan pelajar. Menurut Sharifah Maimunah (2003), Pengarah Pusat Perkembangan, menyatakan bahawa bermula daripada tahun 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik telah diajar di dalam bahasa Inggeris. Justeru, dengan adanya teknologi maklumat (ICT), ianya dapat memberikan satu kelebihan kepada pelajar mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana mereka dapat membuat pencarian ilmu tersebut daripada pelbagai sumber yang kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Inggeris.

(5)

2.0 Definisi ICT

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.

Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.

Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

(6)

3.0 Kegunaan ICT dalam Kehidupan Seharian

3.1 Bidang Pendidikan

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

(7)

hardware, software, internet dan sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan lagi pemahaman murid.

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT.

3.2 Bidang Perniagaan & Perbankan

(8)

untuk menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Ia juga membawa maksud tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki dalam bidang ekonomi.

Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia juga digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam tugasan. Ia berfungsi sebagai media yang menyampaikan maklumat dalam bidang perniagaan. Selain menjadi komponen yang penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global. Selain itu, pembangunan teknologi akan bertambah pantas dan bukan sebaliknya.

Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Teknologi juga mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka selaras dengan teknologi yang semakin maju ini.

3.3 Bidang Perindustrian dan Pengurusan Alam Sekitar

Pembangunan teknologi ICT dalam pengurusan alam sekitar memberi banyak manfaat kepada agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar. Secara umumnya penggunaan ICT dalam pengurusan alam sekitar di Malaysia semakin rancak dimajukan, namun ia masih ditahap permulaan.

Penggunaan Internet misalnya boleh memudahkan urusan aduan pencemaran alam sekitar kepada agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan alam sekitar. Pengurusan kawasan-kawasan sensitif alam sekitar di negara ini secara bersepadu perlu dimantapkan. Kawasan sensitif alam sekitar di negara ini yang kaya dengan biodiversity merupakan warisan alam yang perlu dikekalkan. Seterusnya, pemantauan kualiti alam sekitar secara berterusan amat penting bagi melihat sebarang perubahan yang berlaku terhadap kualiti alam sekitar di sesuatu kawasan. Penggunaan ICT adalah amat sesuai bagi memantau dan memberikan maklumat terkini mengenai status kualiti alam sekitar di sesuatu kawasan kepada orang ramai.

(9)

Sesungguhnya penggunaan ICT dalam pengurusan alam sekitar mempunyai manfaat yang amat besar. Namun sehingga kini terdapat beberapa halangan yang menyebabkan penggunaannya belum dapat diperluaskan dalam konteks pengurusan alam sekitar dengan menggunakan ICT tidak dilakukan secara meluas. Ini menyebabkan masyarakat kurang terdedah untuk memanfaatkanya. Akhirnya pembangunan sistem itu hanya dimanfaatkan oleh segolongan masyarakat sahaja. 3.4 Bidang Perubatan/Kesihatan

Teknologi dalam bidang perubatan telah pesat berkembang dan telah memberikan sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang menderita. Teknologi-teknologi baru dan terkini dalam bidang perubatan seperti teknologi MRI, Computer Tomography, Mata Bionik, Teknologi Llizarov serta implikasi-implikasi yang terlibat samada dari aspek positif mahupun negatif. Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.

Teknologi moden membawa begitu banyak manfaat kepada pengguna. Dalam konteks bidang perubatan, teknologi mampu memberi rawatan yang lebih efektif dan cekap kepada para pesakit. Pesakit-pesakit yang serius seperti Tubercolosis, Polio, Leprosy dan lain-lain dapat diubati dengan perkembangan teknologi. Seiring dengan perkembangan teknologi, sesetengah pesakit kanser dapat juga dapat diubati contohnya dengan melalui sesi kemoterapi yang ternyata menggunakan teknologi moden.

Hospital dan klinik menggunakan komputer untuk menyimpan rekod pesakit, jadual doktor, jururawat dan kakitangan lain, inventori dan belian ubat-ubatan, penyelidikan perubatan dan juga diagnosis perubatan. Pengaplikasian peralatan-peralatan berasaskan komputer atau penggunaan teknologi maklumat telah membantu para doktor untuk mendiagnosis penyakit. Ternyata penggunaan komputer dalam bidang perubatan menyediakan penyelesaian kepada masalah-masalah rumit.

Antaranya teknologi komputer yang baru menyediakan pelbagai bantuan kepada mereka yang cacat. Mikropemproses yang berasaskan sistem suara membantu orang-orang yang cacat percakapan dengan menggunakan terminal yang mengarahkan komputer untuk melakukan sesuatu tugas secara lisan.

Begitu juga perkembangan komputer telah membantu orang buta untuk melihat, orang bisu untuk berkomunikasi, sama ada dengan bantuan percakapan pensintesis atau dengan menggunakan papan kekunci. Ini dapat membantu mereka menjadi lebih aktif dan dapat membuat apa yang mereka tidak boleh buat sebelum ini. Selain itu kerja-kerja pemprosesan data secara tradisional seperti mengeluarkan bil pesakit, statistik perubatan dan penjadualan kakitangan dan lain-lain telah turut diperkemas dan diproses dengan menggunakan komputer.

(10)

jangkitan lain secara automatik bagi mengesan dan mengenalpasti sesuatu penyakit seterusnya membolehkan pihak hospital dan makmal untuk memulakan rawatan. Contohnya mesin Temography Bantuan Komputer (Computer Aided Temography, CAT) yang digunakan untuk trjuan tersebut. Begitu juga komputer digunakan untuk mengaawasi pembolehubah psikologi seseorang pesakit seperti tekanan darah, suhu badan, ECG (Electro-Cardiograph) dan membunyikan amaran jika sesuatu yang tidak biasa berlaku. Untuk tujuan ini komputer membaca pembolehubah yang berlainan dan membuat pembandingan dengan nilai-nilai piawai. Jika ada sesuatu yang luar biasa yang berlaku komputer akan menarik perhatian doktor dan jururawat dengan mengeluarkan amaran. Jelaslah didapati bahawa komputer mempunyai bidang pergunaan yang luas dalam bidang perubatan.

3.5 Bidang Perindustrian

Penggunaan ICT dalam bidang Industri yang paling umum adalah penggunaan komputer untuk merancang atau merancang sebuah produk, yang lebih dikenali dengan CAD atau Computer Aided Design. CAD boleh mereka sebuah produk, sehingga produk tersebut boleh dinilai, dianalisis. CAD sangat berguna agar produk yang diinginkan agar dapat dirancang secara tepat, mudah, dan mempunyai ketepatan tinggi.

Sebagai contoh salah satu program CAD, seperti AutoCAD dapat menggambarkan bentuk sebenar sebuah reka bentuk produk dari pelbagai sudut atau 3 Dimensi (3D). Adapula penggunaan Computer Numerical Control (CNC) dan Computer Aided Manufacture (CAM) dalam tahap pengeluaran pada bidang industri untuk menggerakkan robot. Penggunaan robot ini contohnya adalah untuk menguji ketahanan kenderaan dan disimulasikan dengan menggunakan komputer.

ICT juga digunakan dalam industri pertanian. Dalam sektor pertanian, ICT digunakan guna menunjang Ketepatan dan kecekapan maklumat yang diperolehi. Penggunaan software-software dan internet membantu produktiviti daripada produk-produk pertanian.

Dalam bidang industri perhotelan, komputer sangat membantu dalam bidang perkhidmatan pelanggan. Dari melayani pelanggan, melayani pembayaran, melayani tempahan, melayani check in, dan masih banyak lagi.

Pada industri pengangkutan, penggunaan argo pada teksi merupakan salah satu penggunaan ICT yang paling umum yang paling sering kita temukan. Tempahan teksi pun kini boleh dilakukan melalui internet. Hal ini disokong dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, sehingga penggunaan teknologi dan maklumat dapat meningkatkan kenyaman dan kepuasan bagi pelanggan.

(11)

manusia pun kini telah beralih peranan dilakukan oleh robot, kerana dapat menjimatkan masa dan kos yang perlu dikeluarkan oleh syarikat.

4.0 Kesan ICT Terhadap Masyarakat

4.1 Kesan Positif ICT kepada masyarakat

Memudahkan Komunikasi – Kemudahan ini dapat diukur dari segi kebolehan untuk berkomuniksai pada bila-bila masa.

Meluaskan Pandangan dan Pengetahuan - Seseorang itu boleh mendapat pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber, sama ada dari dalam atau luar negara.

Memudahkan Proses Pendidikan – Keupayaan media untuk menggerakkan deria-deria utama manusia menyebabkan proses pembelajaran itu berlaku dengan berkesan.

Membentuk Masyarakat yang Peka kepada Keadaan Semasa – Menyedarkan masyarakat terhadap isu-isu semasa seperti perpaduan, alam sekitar, golongan kurang bernasib baik, hak mereka sebagai pengguna dan banyak lagi.

4.2 Kesan Negatif ICT kepada masyarakat

Pengaruh Budaya Asing – Oleh sebab ICT mempunyai pengaruh dan banyak bahan asing dari luar negara dimuatkan dalam media tempatan, maka terdapatlah unsur- unsur negatif yang menular masuk ke dalam budaya tempatan.

Menerapkan Amalan Kebendaan – Oleh sebab ICT digunakan sepenuhnya untuk menyokong kegiatan perdagangan, maka timbul pula keinginan pada pihak orang ramai untuk berbelanja bagi mendapatkan atau memiliki barangan yang mungkin tidak begitu diperlukan.

Menjejaskan Kesihatan – Tidak dapat dinafikan bahawa kegunaan ICT dapat menjejaskan kesihatan. Hal ini kerana terdapat ICT yang mengeluarkan radiasi elektromagnetik yang dikaitkan dengan penyakit barah dan keguguran kandungan.

(12)

5.0 Kesimpulan

(13)

6.0 Rujukan

1. http://vjshamie.blogspot.my/2008/03/kesan-negatif-penggunaan-ict.html

2. https://www.scribd.com/doc/274007101/Ict-Kesimpulan

3. http://melodyangwyns.blogspot.my/

4. http://nvidiark2014.blogspot.my/2014/10/penggunaan-teknologi-maklumat-dalam.html

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan kondisi di atas perlu mengembangkan e-market atau e-marketplace yaitu suatu tempat atau arena di dunia maya dimana calon pembeli saling bertemu untuk

Dalam upaya mengurangi angka golput dan meningkatkan kesadaran masyarakat kota Pekanbaru dalam menggunakan hak pilihnya, tentunya tidak terlepas dari peran

Hasil crosstab keberadaan telur cacing STH dengan pengetahuan petani sayur di Desa Waiheru Kecamatan Baguala Kota Ambon diketahui bahwa dari 106 responden yang positif ditemukan telur

Responden dalam penelitian ini adalah petani yang menanam cengkeh, metode pengambilan sampel yang digunakan adalah metode acak sederhana (simple random sample

dimaserasi dengan menggunakan metanol selama 3x24 jam untuk menarik senyawa metabolit sekunder yang ada pada batang brotowali dan volume total metanol yang

Keadaan ini menunjukkan karies gigi banyak terjadi pada golongan usia produktif (Dinkes, 2008). Perilaku masyarakat terhadap kesehatan gigi, salah satunya diukur

Adanya perintah menuliskan hutang adalah sesuatu bukti penghormatan Islam terhadap harta, baik itu berupa hutang uang yaitu sejumlah uang yang akan dibayar pada waktu

Dari analisis data penelitian menunjukkan adanya poin tertinggi yang diperoleh dari hasil menulis secara berantai (Estafet Writing) dengan kategori sangat baik,