Nama Pelajar : ………. Tahun : ………
JK ProPA DAERAH KAPIT
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KAPIT
MODUL ProPA 3 (JULAI) 2016
BAHASA MELAYU
–
PEMAHAMAN
011
BAHAGIAN A Julai
jam Satu jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1 Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2 Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3 Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah
dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
Bahagian A
[ 20 markah]
Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Tun Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. _______________ dilahirkan pada 10 Julai 1925.
A Dia
B Beliau
C Kalian
D Mereka
2. “Berehatlah dahulu di pondok ______________ yang serba kekurangan ini,” kata Damak kepada Hang Nadim.
A hamba
B patik
C beta
D baginda
3. Bola yang ditendang oleh Jemat berjaya _____________ gawang gol pasukan lawan.
A melalui
B melepasi
C merentangi
5. Encik Salim menghadiahkan _____________ cincin kepada isterinya sempena ulang tahun
6. Puan Ellya menunjukkan bahagian depan keretanya yang _____________ kepada mekanik itu.
A kemik
B leper
C kempis
D nipis
7. Tangan Vanessa berbau _____________ selepas menyiang dua ekor ikan keli tadi.
A hapak
B hanyir
C hamis
D hancing
8. Kerepek pisang itu perlu disimpan di dalam tin yang kedap udara supaya tidak ___________.
A lembik
B lembut
C empuk
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah ini.
9. Franklin _______________ anak ikan di dalam parit di belakang rumahnya. A menyauk
B mencedok C mengambil D menangkap
10. Para pekerja di kilang itu akan terus berpiket _____________ tuntutan mereka tidak dipenuhi.
A sementara
B selagi
C selama
D sebelum
11. Mulut Jerryson kelihatan ____________ kerana dia sedang menghafal sifir.
12. Jalan yang ______________ menyukarkan perjalanan kami ke kampung Pak
Kamal.
A lintang-pukang
B serbah-serbih
C hingar-bingar
D lekak-lekuk
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah ini.
13 Sekawan pengakap sedang ____________________ Sungai Kapit dengan menaiki sampan.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
14. Pak Man menggunakan seruas buluh untuk menadah air nira dari pokok kelapa.
A Seruas buluh digunakan di atas pokok kelapa untuk menadah air nira.
B Seruas buluh digunakan oleh Pak Man untuk menadah air nira dari pokok kelapa.
C Seruas buluh di atas pokok kelapa digunakan oleh Pak Man untuk menadah air nira.
D Untuk menadah air nira, seruas buluh di atas pokok kelapa digunakan oleh Pak Man.
15. Pak Akob melarang anaknya menebang pokok rambutan yang sudah berbunga Itu.
A “Jangan tebang pokok rambutan yang sudah berbunga itu,” kata Pak Akob kepada anaknya.
B “Marilah kita tebang pokok rambutan yang sudah berbunga itu,” kata Pak Akob kepada anaknya.
C “Ayah akan menebang pokok rambutan yang sudah berbunga itu,” kata Pak Akob kepada anaknya.
D “Tebanglah pokok rambutan yang sudah berbunga itu,” kata Pak Akob kepada anaknya.
Pilih ayat yang betul.
16. A Rajesh bukan pandai berenang.
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan tokoh usahawan yang disegani di negara ini. Beliau telah banyak berbakti kepada masyarakat dan bangsa. Walaupun sebagai bumiputera yang terkaya di Malaysia, beliau tidak pernah lalai dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Semasa menjadi pengarah beras pada suatu masa dahulu, sebahagian elaunnya yang berjumlah RM750 didermakan kepada jiran-jiran yang kesempitan wang. Selebihnya disimpan oleh ibunya. Selain itu, beliau turut disuruh menghantar lampu minyak tanah ke surau-surau. Tujuannya supaya surau-surau diterangi, terutamanya pada bulan Ramadan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah dilahirkan di Alor Setar pada tahun 1951. Keluarga ibu dan bapa beliau berasal dari Hadhramaut, Yemen. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dibesarkan dalam keluarga yang berpendapatan sederhana. Pendidikan beliau cuma setakat tingkatan lima sahaja.
Oleh sebab kesusahan hidup, beliau bekerja sambilan semasa belajar di sekolah rendah dan menengah. Beliau membantu ibunya menanam sayur di kebun atau menjual sayur tersebut di pasar. Selepas menamatkan persekolahan, beliau membantu bapanya menternak lembu pula. Setelah cukup pengalaman, beliau memulakan perniagaan menjual dan membungkus daging lembu. Usaha beliau berjaya. Dari situlah, perniagaan beliau semakin berkembang.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memang tidak suka akan publisiti. Beliau lebih berminat melakukan kerja-kerja kebajikan melalui yayasan miliknya, iaitu Yayasan Al-Bukhary. Sumbangan terbesar yayasan ini termasuklah membina Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur.
17. Siapakah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary?
A Tokoh usahawan
B Tokoh negarawan
C Tokoh sejarawan
18. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berjaya … A membina Muzium Kesenian Al-Bukhary.
B menamatkan persekolahan hingga tingkatan enam.
C memajukan perniagaan menjual dan membungkus daging lembu.
D menghadiahkan Yayasan Al-Bukhary kepada bapanya.
19. Bagaimanakah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary membantu ibunya?
A Dengan menternak lembu
B Dengan berkebun dan menjual sayur di pasar
C Dengan bekerja sambilan pada waktu malam
D Dengan menghantar lampu minyak ke surau-surau
20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dibesarkan dalam keluarga yang kaya-
raya
B Perniagaan pertama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ialah menjual beras
C Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary suka menonjolkan diri di khalayak ramai.