• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAP2030 Mondi Action Plan Bertindak mencapai matlamat kelestarian kita

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MAP2030 Mondi Action Plan Bertindak mencapai matlamat kelestarian kita"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

Januari 2021

MAP2030

Mondi Action Plan

Bertindak mencapai matlamat

kelestarian kita

(2)

Matlamat Mondi adalah untuk menghasilkan

pembungkusan dan kertas yang

lestari dari segi

reka bentuknya

Cara Mondi

menghubungkan rakan-rakan

sekerja kita seramai 26,000 di merata dunia,

serta memautkan strategi dan budaya kita

dengan tujuan kita bersama.

Sepanjang 10 tahun yang lepas, model

Berkembang Secara Bertanggungjawab

kita

telah membimbing pendekatan kita terhadap

kelestarian dan kita boleh berbangga dengan

pencapaian ini

Rancangan Tindakan Mondi 2030

(MAP230)

menetapkan tindakan yang perlu kita ambil sepanjang

10 tahun yang seterusnya untuk menunaikan komitmen

kelestarian 2030 kita yang baharu

2

(3)

3

Memperkenalkan MAP2030, rancangan kita untuk

menyumbang ke arah dunia yang lebih sejahtera

Proses menyusun MAP2030

selama 2 tahun telah

melibatkan rakan-rakan

sekerja daripada segenap

bahagian perniagaan

Kita percaya bahawa jika kita

bertumpu pada

penyelesaian

yang terdorong oleh

peredaran

yang dicipta oleh

pekerja yang diperkasa

, yang

bertindak memelihara iklim

,

kita akan memperoleh kesan

yang paling besar

Kita bertekad hendak

mengubah keadaan walaupun

kita belum lagi ada semua

jawapannya

(4)

3 Bidang Tindakan Kita

Komitmen dan sasaran

Menyumbang kepada SDG PBB

(5)

Penyelesaian Yang Terdorong Oleh Peredaran

Penyelesaian pembungkusan dan kertas yang inovatif, yang memastikan bahan-bahan sentiasa

beredar dan meniadakan sisa

5

Pastikan penyelesaian pembungkusan dan kertas kita boleh digunakan semula, boleh dikitar semula atau boleh dijadikan kompos

o 100% produk kita boleh digunakan semula, boleh dikitar semula atau boleh dijadikan kompos menjelang tahun 2025

Elakkan penghasilan sisa dengan cara memastikan bahan-bahan sentiasa beredar

o Tiadakan sisa daripada proses-proses perkilangan kita yang dibawa ke tapak timbusan tanah

Berusaha seiring dengan pihak-pihak lain untuk meniadakan pembungkusan yang tidak lestari

o Kemajuan yang dicapai melalui perkongsian kita dan aktiviti penglibatan pihak berkepentingan setiap tahun

Komitmen

Sasaran

(6)

Dicipta Oleh Pekerja Yang Diperkasa

Pasukan yang diperkasa dan merangkum, yang menyumbang ke

arah dunia yang lebih sejahtera

6

Pelajari kemahiran yang membolehkan keupayaan jangka panjang diambil sebagai pekerja

o Upayakan para pekerja kita supaya dapat menyertai program-program untuk mengasah kemahiran

Berikan pekerjaan yang mempunyai tujuan

kepada kita semua di tempat kerja yang majmuk dan merangkum

o Peroleh markah Pencapaian Tujuan sebanyak 90% dalam tinjauan pekerja kita

o Peroleh markah Keterangkuman sebanyak 90% dalam tinjauan pekerja kita

o Ambil seramai 30% pekerja wanita di seluruh Mondi

Wujudkan suasana yang memberikan pengalaman kerja yang positif, yang menghargai keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan mental kita

o Sifar kematian dan kecederaan yang mengubah hidup

o Penurunan kadar keseluruhan kes yang perlu dicatatkan sebanyak 15%

o Sokong para pekerja kita dalam usaha memperoleh pengalaman kerja yang menyejahterakan lagi hidup mereka

o Operasi kita menimbulkan kesedaran tentang kesihatan dan kesejahteraan mental, serta mengambil langkah untuk meningkatkannya

Komitmen

Sasaran

(7)

Bertindak Memelihara Iklim

Daya pulih iklim melalui hutan dan operasi kita demi masa depan planet ini

7

Kurangkan jumlah gas rumah hijau yang kita lepaskan sejajar dengan sasaran berasaskan sains

o Kurangkan pelepasan Skop 1 dan 2 kita sebanyak 34% bagi setiap tan hasil pengeluaran yang boleh dijual menjelang tahun 2025 dan sebanyak 72% menjelang tahun 2050 berbanding dengan tahun dasar 2014

o Kurangkan pelepasan gas rumah hijau Skop 2 sebanyak 39% bagi setiap MWh menjelang tahun 2025 dan sebanyak 86% menjelang tahun 2050 berbanding dengan tahun asas 2014

o Sasaran pengurangan Skop 3 berasaskan sains ditetapkan menjelang tahun 2025

Kekalkan sebanyak sifar pembasmian hutan untuk mendapatkan bekalan kayu kita,

sebaliknya menggunakan hutan yang sihat dan berdaya pulih

o Kekalkan perakuan FSC®100% pada pegangan tanah hutan

kita sendiri

o Serat yang diperoleh 100% secara bertanggungjawab, dan 75% serat yang diperakui FSC®/PEFC™ diperoleh menjelang tahun 2025

manakala yang selebihnya kayu terkawal

o Melaksanakan langkah-langkah perhutanan yang terunggul untuk menjamin hutan yang produktif, sihat dan berdaya pulih

Pelihara kepelbagaian hidupan dan sumber air dalam operasi kita dan selanjutnya

o Lakukan penilaian penjagaan air di kilang-kilang dan operasi hutan kita menjelang tahun 2025, dan laksanakan tindakan-tindakan yang diperlukan untuk menangani hasil penilaian ini menjelang tahun 2030

o Lakukan penilaian kepelbagaian hidupan di kilang-kilang dan operasi hutan kita, dan perkenalkan rancangan tindakan kepelbagaian hidupan jika perlu menjelang tahun 2025

Komitmen

Sasaran

(8)

Amalan Perniagaan Yang

Bertanggungjawab

(9)

Etika Dan Tadbir Urus Perniagaan

9

Skim latihan dan audit SD yang disemak semula akan diperkenalkan untuk mencegah

ketidakpatuhan

o Laksanakan Piawaian Pengendalian Tadbir Urus pada tahun 2021 o Latih juruaudit menjelang tahun 2022

Audit pematuhan di semua kilang kita

menjelang tahun 2025 dan di semua operasi penukaran kita menjelang tahun 2030

o Lakukan audit pematuhan di semua kilang menjelang tahun 2025

o Lakukan audit pematuhan di semua operasi penukaran menjelang tahun 2030 o Kajian semula dan pengukuran oleh pihak pengurusan meninggikan markah

audit menjelang tahun 2022 dan proses ini berterusan selepas itu

Kriteria penilaian kelestarian ditentukan

menjelang tahun 2021 dan digunakan bagi 100% pelaburan CAPEX kita >500k EUR mulai tahun 2022

o Kenal pasti ukuran-ukuran yang berkenaan (contohnya gas rumah hijau yang dilepaskan, sisa yang dibawa ke tapak timbusan tanah, air)

o Laksanakan beberapa proses agar bersepadu dengan keputusan yang dibuat mengenai pelaburan

Komitmen

Sasaran

Para pekerja akan dilatih mengenai tajuk-tajuk kelestarian yang berkenaan

o Keperluan latihan dikenal pasti menjelang tahun 2022

o Latihan yang berkenaan disusun dan dilaksanakan sebagai proses yang berterusan

(10)

Hak Asasi Manusia

10

Kukuhkan sistem tadbir urus untuk mencegah pelanggaran hak asasi manusia dan

memulihkan kesan buruk yang ditinggalkan

o Hasilkan kaedah dan panduan perisikan dan penilaian risiko dengan

sokongan Institut Hak Asasi Manusia Denmark (DIHR) menjelang penghujung tahun 2021

o 100% operasi selesai menjalani perisikan dan penilaian risiko hak asasi

manusia, dan rancangan tindakan disediakan untuk menangani hasil perisikan dan penilaian ini menjelang tahun 2025

o 100% operasi selesai menangani kesan masing-masing terhadap hak asasi manusia (siasat, cegah kejadian akan datang dan pulihkan kesan buruk) menjelang tahun 2030

Komitmen

Sasaran

(11)

Komuniti

11

Peruntukkan sekurang-kurangnya 1%

keuntungan sebelum dicukai untuk pelaburan sosial setiap tahun, bertumpu pada pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), perlindungan alam sekitar, sokongan perusahaan dan pewujudan pekerjaan

o Perbelanjaan seluruh Kumpulan sebagai % keuntungan tahunan sebelum dicukai, mengikut kategori-kategori strategik yang dinamakan di atas ini (sasaran: >1% setahun bagi seluruh Kumpulan)

Komitmen

Sasaran

(12)

Pemerolehan

12

Kita mengurangkan risiko dan menambahkan ketelusan pada rantai bekalan kita melalui proses pemerolehan kita yang

bertanggungjawab

o Kita akan mengurangkan nisbah risiko pembekal tahun berbanding tahun

Komitmen

Sasaran

Nisbah risiko pembekal = 𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑒𝑘𝑎𝑙 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑠𝑖𝑘𝑜 𝑡𝑖𝑛𝑔𝑔𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑏𝑎𝑘𝑖

𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑒𝑘𝑎𝑙 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑠𝑎𝑟𝑖𝑛𝑔

Pastikan semua serat kayu kita (kayu bulat, serpihan kayu dan pulpa pasaran) diperoleh hanya daripada sumber kayu yang boleh dipercayai

o Kekalkan kepatuhan serat kayu sebanyak 100% kepada piawaian yang boleh dipercayai (FSC, PEFC atau kayu terkawal)

o Kekalkan 100% serat yang diperakui FSC daripada negara-negara berisiko tinggi pengecualian: negara yang menempatkan operasi dan kepakaran tempatan Mondi (iaitu Rusia, Bulgaria)

o 100% pulpa pasaran yang diperakui PEFC atau FSC

o 100% kilang pulpa dan kertas kita yang diperakui Rantai Penjagaan PEFC atau FSC o Kita akan terus berusaha seiring dengan badan-badan perakuan untuk memastikan

kebolehpercayaan sistem perakuan dan kayu terkawal

(13)

Kesan Terhadap Alam Sekitar

13

Kita akan terus berusaha meninggikan prestasi operasi kita untuk mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar

o Kurangkan sisa khusus yang dihantar ke tapak timbusan tanah sebanyak 20% menjelang tahun 2025 berbanding dengan tahun dasar 2020

o 100% operasi kita akan diperakui menurut piawaian alam sekitar yang diterima secara global, setaraf dengan ISO 1400 menjelang tahun 2025

o Kurangkan NOx khusus yang dilepaskan daripada kilang pulpa dan kertas kita sebanyak 5% menjelang tahun 2025 berbanding dengan tahun dasar 2020 o Kurangkan beban cecair buangan khusus ke sekitaran (ukuran COD)

sebanyak 5% menjelang tahun 2025 berbanding dengan tahun dasar 2020 o Kurangkan penggunaan air sentuhan khusus oleh kilang pulpa dan kertas kita

di kawasan-kawasan kekurangan air sebanyak 5% menjelang tahun 2025 berbanding dengan tahun dasar 2020

Komitmen

Sasaran

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Kinerja BPR selama triwulan III-2009 secara umum jika dibandingkan baik dengan periode yang sama tahun lalu dan triwulan sebelumnya mengalami peningkatan tercermin

Arsyad (2009: 6-7) melengkapi pendapat yang disampaikan oleh beberapa ahli.Media pendidikan memiliki pengertian umum sebagai berikut. 1) Media pendidikan memiliki pengertian

Mikroba asal limbah ternak dapat dimanfaatkan dalam proses pembuatan silase untuk mempersingkat waktu inkubasi dengan produksi silase yang berkualitas baik.. Pada umumnya

Lembar respon siswa digunakan untuk mengetahui respon siswa terhadap proses pembelajaran mata pelajaran menggunakan sistem pengapian konvensional dengan menggunakan

ubudiyahnya kepada Allah subhanahu.. wa ta’ala membebaskannya dari kufur dan syirik. Inilah amal yang utama dan selainnya berada di bawahnya dalam keutamaan di sisi Allah

Dari tahap pertama kemudian akan di kurangkan dengan bilangan 79 maka tangan kiri berubah menjadi 20 (buka telunjuk dan jari tengah) karena kita menggunakan teknik

Kurangkan biaya terendah dalam tiap baris pada tabel biaya tertentu dari semua biaya dalam baris tersebut.. Kurangkan biaya terendah dalam tiap kolom tabel yang diperoleh dari

I 5 : “… Kita tidak asal dalam melakukan kegiatan ini, bahkan kita memerlukan hari khusus untuk melakukannya yaitu menjelang Hari Saraswati. Kita chek terlebih