• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile untuk pembelajaran bahasa Inggeris (kemahiran mendengar dan bertutur)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile untuk pembelajaran bahasa Inggeris (kemahiran mendengar dan bertutur)"

Copied!
47
0
0

Teks penuh

(1)

i

KERANGKA BAGI MEREKA BENTUK PAKEJ PEMBELAJARAN MOBILE UNTUK PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS (KEMAHIRAN MENDENGAR

DAN BERTUTUR)

SITI NUR FAHDZIHA BINTI KHYAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

Dedikasi

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Segala puji hanya bagiMu Ya Allah

Kupanjatkan kesyukuran di atas nikmatMu yang tidak terhingga Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Istimewa buat kedua ibu bapa yang amat dikasihi, Khyar bin Abas & Jameyah binti Rabani

Ku pohon doa restu dan terima kasih atas segala pengorbanan kalian

Buat suami tercinta Sazeli bin Siman dan anak-anak yang tersayang… Nurul Syafiqah Hanim, Nurul Fatin Syuhada dan Syahir Fadhli Yang banyak berkorban dan bersabar, Yang tabah menghadapi kesukaran dan

kesibukan buat seketika, Untuk menimba ilmu Allah di muka bumi ini, Terima Kasih kerana memahami diriku ini

Penyelia Yang Dihormati, Dr. Tamil Selvan a/l Subramaniam

Terima kasih di atas ilmu, bimbingan, dan teguran yang membina sepanjang melaksanakan tugas yang mencabar ini.

Juga buat semua keluarga dan sahabat, Yang sentiasa memberikan sokongan moral.

Buat sahabat dan rakan seperjuangan

Susah dan senang takkan kulupa, terima kasih segala-galanya…Kejayaan ini Kejayaan semua. Semoga ukhuwah ini abadi selamanya. Amin.

(3)

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim…

Terlebih dahulu saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya jua dapat saya menyelesaikan projek sarjana ini walaupun menghadapi pelbagai rintangan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada penyelia bagi projek ini iaitu Dr. Tamil Selvam a/l Subramaniam di atas penerangan yang jelas, bimbingan, bantuan, dan segala tunjuk ajar serta nasihat yang diberikan sepanjang menyelesaikan laporan projek sarjana ini. Tidak lupa juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang banyak memberikan semangat dan galakan.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada suami dan anak-anak tercinta yang banyak memberikan galakan, sokongan, dorongan dan motivasi sepanjang perjalanan belajar serta menyelesaikan projek sarjana ini.

Ucapan terima kasih juga buat rakan dan sahabat seperjuangan kerana sentiasa bersama-sama memberikan galakan dan dorongan dalam menyelesaikan kajian ini. Tidak dilupakan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melicinkan segala urusan projek sarjana ini. Semoga Allah memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya seterusnya dikurniakan kejayaa di dunia dan di akhirat. Diharapkan hasil kajian yang tidak seberapa ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca. In shaa Allah.

(4)

ABSTRAK

Kerangka adalah struktur asas bagi sistem, konsep, atau teks dan menjadi panduan kepada pembangunan sesuatu idea baru. Hari ini, terdapat banyak kerangka pembelajaran mudah alih untuk membantu pembelajaran tetapi masih belum ada lagi kerangka untuk elemen yang perlu diintegrasikan dalam pakej pembelajaran mobile bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (kemahiran mendengar dan bertutur) khusus untuk pelajar Tahap 2. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan kuantitatif melibatkan 30 orang guru pakar Bahasa Inggeris di daerah Batu Pahat dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 16.0 bagi mendapatkan nilai peratus, min dan sisihan piawai. Tujuan kajian ini adalah bagi mengenalpasti elemen yang perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris, mengenalpasti elemen yang membantu dalam kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris dan mengenalpasti kerangka yang bersesuaian untuk bagi merekabentuk pakej pembelajaran mobile bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (kemahiran mendengar dan bertutur) khusus untuk pelajar Tahap 2. Dapatan kajian menunjukkan elemen audio, grafik dan teks perlu diintegrasikan dan elemen audio membantu dalam kemahiran mendengar.Elemen teks membantu dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris selain elemen-elemen lain seperti boleh dimulakan dan ditamatkan dimana-mana bahagian dan bila-bila masa, mudah digunakan tanpa bantuan orang lain, hyperlinks dan navigasi berfungsi dengan baik, sumber lain untuk maklumat yang berkaitan ada disediakan, direktori dan butang bantuan ada disediakan. Hasil kajian ini dapat digunakan oleh perekabentuk pakej pembelajaran mobile sebagai panduan dalam menyediakan pakej pembelajaran mobile Bahasa Inggeris, pengkaji dalam bidang pakej pembelajaran mobile dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sumbangan kajian ini adalah dari aspek kerangka yang dihasilkan, dapatan kajian dan instrumen soal selidik.

(5)

vi

ABSTRACT

Framework is the basic structure underlying the system, concept, or text and guides the development of a new idea. Today, there are many mobile learning frameworks to help teaching and learning but there is still no framework for elements that need to be integrated in mobile learning packages for English learning (listening and speaking skills) specifically for Level 2 students. A quantitative approach was adopted in this research involving 30 English teachers in Batu Pahat district using questionnaire and was analyzed using Statistical Packages for Social Science (SPSS) software version 16.0 to obtain percentage, mean and standard deviation. The purpose of this study is to identify the elements that need to be integrated in the mobile learning package for English speaking and speaking skills, identify elements that aid in listening and speaking skills and identifying the appropriate framework for designing mobile learning packages for English learning (Listening and speaking skills) for students Level 2. The findings show that audio, graphics and text elements should be integrated in mobile learning packages and audio help in listening skills while text help in English speaking skills as well as can be initiated and terminated in any part and any time, easy to use without the help of others, hyperlinks and navigation works well, other sources for relevant information is available, and the directory assistance are available. The results of this study can be used by mobile learning package designers as a guidance in preparing English mobile learning packages, researchers in the field of mobile learning packages and lecturers. The contribution of this study is from the aspect of the framework produced, the findings and the questionnaire. Finally, a preliminary framework has been developed to design a mobile learning packages that meet the needs of students at Level 2 for listening and speaking English.

(6)

KANDUNGAN TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kerangka Konsep Kajian 8

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Kepentingan Kajian 10

1.9.1 Perekabentuk Aplikasi Mobile 10 1.9.2 Pengkaji dalam Bidang Mobile Learning 10 1.9.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 11

(7)

viii

1.10.1 Kerangka 11

1.10.2 Pakej Pembelajaran Mobile 12 1.10.3 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 12 1.10.4 Elemen dalam Pakej Pembelajaran Mobile 13

1.11 Rumusan 13

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 14

2.2 Elemen yang Diintegrasi dalam Pakej Pembelajaran Mobile 14 2.2.1 Grafik 15 2.2.2 Teks 15 2.2.3 Animasi 16 2.2.4 Audio 16 2.2.5 Video 17

2.3 Kemahiran Bahasa Inggeris 17

2.3.1 Kemahiran Mendengar 18

2.3.2 Kemahiran Bertutur 20

2.4 Teori Pembelajaran 21

2.4.1 Teori Kognitif Multimedia 21

2.5 Kerangka Pakej Pembelajaran Mobile 24

2.6 Rumusan 24

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Kerangka Kerja Operasi 28

3.4 Populasi dan Persampelan 29

3.5 Instrumen Kajian 30

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan 32

3.6.1 Menilai Kesahan 33

(8)

3.6.3 Kajian Rintis 35

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 36

3.8 Kaedah Analisis Data 37

3.9 Rumusan 38

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Data bagi Persoalan Kajian 1 40 4.3 Analisis Data bagi Persoalan Kajian 2 45 4.4 Analisis Data bagi Persoalan Kajian 3 47 4.5 Analisis Data bagi Persoalan Kajian 4 49

4.6 Rumusan 53

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Rumusan Kajian 54

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 55

5.3.1 Elemen yang Perlu Diintegrasikan di dalam Pakej Pembelajaran Mobile bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Inggeris

55

5.3.2 Elemen yang Membantu Memenuhi

Keperluan Murid Tahap 2 dalam Penguasaan Kemahiran Mendengar Bahasa Inggeris

57

5.3.3 Elemen yang Membantu Memenuhi

Keperluan Murid Tahap 2 dalam Penguasaan Kemahiran Bertutur Bahasa Inggeris

(9)

x

5.3.4 Cadangan Kerangka bagi Mereka Bentuk Pakej Pembelajaran Mobile bagi

Pembelajaran Bahasa Inggeri (Kemahiran Mendengar dan Bertutur)

59

5.4 Implikasi Kajian 60

5.4.1 Implikasi kepada Perekabentuk Pakej Pembelajaran

61

5.4.2 Implikasi kepada Pengkaji dalam Bidang Mobile Learning

61

5.4.3 Implikasi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

61

5.5 Sumbangan Kajian 61

5.5.1 Penghasilan Kerangka 62

5.5.2 Dapatan Kajian 62

5.5.3 Instrumen Soal Selidik 63

5.6 Cadangan 63

5.7 Penutup 63

RUJUKAN

(10)

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1 Jadual bahagian dalam instrumen kajian 31

Jadual 3.2 Jadual Skala Likert 32

Jadual 3.3 Jadual maklum balas kebolehpercayaan, α 35

Jadual 3.4 Instrumen dan penganalisian data 37

Jadual 3.5 Pengkelasan tahap julat skor min 38

Jadual 4.1 Hasil maklum balas responden terhadap elemen teks di dalam pakej pembelajaran mobile

41

Jadual 4.2 Hasil maklum balas responden terhadap elemen grafik di dalam pakej pembelajaran mobile

41

Jadual 4.3 Hasil maklum balas responden terhadap elemen audio di dalam pakej pembelajaran mobile

42

Jadual 4.4 Hasil maklum balas responden terhadap elemen video di dalam pakej pembelajaran mobile

43

Jadual 4.5 Hasil maklum balas responden terhadap elemen animasi di dalam pakej pembelajaran mobile

43

Jadual 4.6 Hasil maklum balas responden terhadap elemen-elemen lain di dalam pakej pembelajaran mobile

44

Jadual 4.7 Hasil maklum balas responden terhadap elemen di dalam pakej pembelajaran mobile

45

Jadual 4.8 Hasil maklum balas elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam penguasaan kemahiran mendengar Bahasa Inggeris

46

Jadual 4.9 Hasil maklum balas elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris

48

(11)

xii

pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris

(12)

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 Kerangka konsep kajian 8

Rajah 2.1 Proses pemikiran berdasarkan Teori Kognitif Multimedia (Mayer, 2001)

22

Rajah 3.1 Kerangka operasi 29

Rajah 3.2 Formula pengiraan jumlah skor dan skor min 32 Rajah 4.1 Kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran

mobile untuk pembelajaran Bahasa Inggeris (kemahiran mendengar dan bertutur)

(13)

xiv

SENARAI SINGKATAN

ICT Information and Communication Technology PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

MBMMBI Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

PdP Pembelajaran dan Pengajaran

TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi PDA Personal Digital Assistant

(14)

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 Carta Gantt Proposal Kajian LAMPIRAN 2 Carta Gantt Laporan Penuh Kajian LAMPIRAN 3 Aplikasi Mobile : English Listening

and Speaking

LAMPIRAN 4 Data Pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015, sekolah-sekolah di daerah Batu Pahat LAMPIRAN 5 Soal Selidik

(15)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang penting dan juga merupakan bahasa pengantar kedua di Malaysia. Namun begitu, Bahasa Inggeris dilihat sebagai bahasa utama dunia membolehkan manusia berinteraksi dengan mudah dan berkesan (Jamil, 2002) serta dalam menghadapi cabaran global. Kini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua di semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Bahasa Inggeris telah mula dilihat penting dalam sistem pendidikan di Malaysia apabila beberapa transformasi telah dilakukan ke atas kurikulum sedia ada dan dasar bagi memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia diperkenalkan. Ini terbukti apabila elemen kedua yang bertujuan memastikan setiap murid profisien Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam 11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 diwujudkan.

Penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting kepada murid bagi mengakses maklumat dan pengetahuan di peringkat antarabangsa yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Bahasa dominan yang digunakan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ini hendaklah dikuasai untuk memudahkan pengguna mengakses media elektronik seperti Internet. Ini menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi yang sangat penting (Faozieh & Abbas Pourhosein, 2013). Selaras dengan dasar kerajaan kepada pengukuhan Bahasa Inggeris kurikulum Bahasa Inggeris digubal untuk membantu murid menguasai bahasa untuk membantu mereka

(16)

menggunakannya dalam kehidupan seharian mereka, prasyarat bagi melanjutkan pelajaran, dan untuk tujuan pasaran kerja.

Sejak tahun 2003, Malaysia mengalami perubahan radikal dalam polisi bahasanya. Bahasa Inggeris diangkat menjadi bahasa pengajaran dalam subjek Matematik dan Sains di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi membuktikan kepekaan kerajaan terhadap prestasi dan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah di kalangan pelajar dan bagi menjadikan Malaysia setanding di pasaran global (Nor, Aziz, & Jusoff, 2011). Malahan, Bahasa Inggeris di Malaysia dianggap penting kerana diajar secara formal dan dimasukkan sebagai silibus sejak pra-sekolah lagi (Paradis & Kirova, 2014). Walaubagaimanapun, perubahan dalam mengangkat Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dalam subjek Matematik dan Sains mendapat tentangan daripada nasionalis Melayu dan pendidik-pendidik Cina kerana dianggap serangan terhadap budaya dan identiti bangsa itu. Pada Julai 2009, kerajaan mengumumkan kajian dilakukan semula terhadap polisi itu dan bermula pada tahun 2010, soft landing terhadap pembelajaran matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan.

KSSR kemudiannya dilaksanakan pada tahun 2011 dengan memperuntukkan sepuluh waktu untuk subjek Bahasa Inggeris di sekolah rendah. Bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran berkesan, pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga diberi penekanan agar dapat menarik minat murid menguasai Bahasa Inggeris di sekolah rendah yang meliputi empat komponen iaitu mendengar dan bertutur (listening and speaking), membaca (reading), menulis (writing) dan seni bahasa (language arts). Selain itu, pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) secara berperingkat sejak tahun 2010 membuktikan bahawa Malaysia melihat dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dapat menghasilkan individu yang mempunyai kebolehpasaran pekerjaan yang tinggi selain mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang boleh berkomunikasi dengan berkesan, bersatu padu serta dapat menjana daya saing sehingga ke peringkat antarabangsa.

Mendengar dan bertutur adalah medium komunikasi yang tertua, terpenting dan paling kerap digunakan. Mendengar dan bertutur juga adalah kemahiran komunikasi utama dan yang paling awal dikuasai kanak-kanak. Ini bermaksud, lemahiran berbahasa terdiri daripada kemahiran mendengar dan bertutur. Perkembangan kanak-kanak akan bermula dengan mendengar diikuti dengan

(17)

3 membaca dan akhirnya menulis (Abdullah & Ahmad, 2012). Kemahiran mendengar dalam Bahasa Inggeris adalah kemahiran menerima komunikasi, manakala kemahiran bertutur adalah kemahiran menyampaikan komunikasi (Nation & Newton, 2009). Kedua-dua kemahiran ini diajar secara gabungan dalam silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Inggeris sejak murid berada di Tahun 1 lagi. Kemahiran yang diajar dalam bentuk gabungan secara otomatik akan meningkatkan kemahiran komunikasi seseorang dalam Bahasa Inggeris (Tavil, 2010). Ini bagi memenuhi sasaran pada akhir pembelajaran mereka di sekolah rendah, semua murid dapat berkomunikasi dengan berkesan, tepat dan koheren dalam apa juga konteks yang diberikan.

Pakej pembelajaran mobile merupakan konsep baru dalam proses pembelajaran. Ia menekankan keupayaan peranti mobile dalam proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku (Kukulska-Hulme & Sharples, 2009). Ini bermakna, proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini tidak lagi tertumpu di dalam bilik darjah semata-mata, sebaliknya boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila masa sahaja. Pembelajaran mobile menggunakan peralatan telefon bimbit telah meningkatkan kemahiran pelajar bagi subjek Bahasa Inggeris dengan menggunakan bahan multimedia (Shantikumar, 2009).

Selain itu, menurut (Kim, Mims, & Holmes, 2006), penggunaan teknologi wireless dapat mengurangkan gap digital anatara negara membangun kerana peranti tangan seperti telefon bimbit dan PDA boleh dibeli dengan harga lebih murah berbanding komputer. Kajian yang dijalankan oleh (Savill-smith, 2004), menunjukkan penggunaan M-Learning dalam pembelajaran dapat menarik minat pelajar, serta meningkatkan motivasi pelajar, meningkatkan nilai murni seperti mengorganisasi, perasaan bertanggungjawab, menggalakan kolaboratif, dan membantu menyemak kemajuan pelajar dengan lebih cepat dan cekap (Savill-smith, 2004).

1.2 Latar belakang masalah

Pelbagai kajian menunjukkan kemahiran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dapat ditingkatkan dengan adanya bahan pembelajaran sokongan seperti bahan maujud,

(18)

kamus dan pengintegrasian teknologi (Lavasani & Faryadres, 2011). Kajian menunjukkan sama ada di kawasan bandar atau luar bandar, masih terdapat pelajar-pelajar yang memerlukan sumber pembelajaran tambahan yang sentiasa boleh diakses bagi membantu penguasaan dalam pembelajaran (Jantjies & Joy, 2015). Teknologi pendidikan adalah apa juga perkakasan yang dapat membantu menyampaikan maklumat di antara pengajar dan pelajar (Humes & Raisner, 2010).

Beberapa kajian terhadap aplikasi perubatan menunjukkan elemen video memberi kesan positif terhadap meningkatkan kefahaman dalam bidang tersebut (Holotescu & Grosseck, 2011). Ini kerana, telah terbukti bahawa elemen animasi dalam e-learning membantu penguasaan pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris (Paik & Schraw, 2012). Namun begitu, didapati kurangnya kajian berkaitan aplikasi mobile untuk matapelajaran Bahasa Inggeris bagi mengetahui elemen yang perlu diintegrasikan dalam memberi kesan kepada pembelajaran (Mahamod & Embi, 2005). Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti elemen yang perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.

Penggunaan teknologi mobile memberi kesan dari segi pengalaman yang berbeza kerana kaedah pembelajaran tradisional boleh ditransformasikan kepada kaedah pembelajaran yang lebih kreatif dan bermotivasi (Ahmad Chowdhury et al., 2013). Proses pembelajaran juga lebih mudah dengan hanya beberapa klik atau sentuhan pada paparan skrin telefon bimbit (Aliff Mohd et al., 2012). Kajian yang dijalankan oleh (Hwang et al., 2008) terhadap murid sekolah rendah dalam pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua melalui pembelajaran mobile, mendapati dengan melakukan beberapa aktiviti pembelajaran seperti kepelbagaian mendengar, mendengar berkali-kali, mendengar dan bertutur mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pembelajaran Bahasa Inggeris murid.

Sementara itu, ia juga didapati boleh merangsang motivasi pelajar dan membantu murid yang hanya boleh belajar Bahasa Inggeris melalui membaca dan menulis dalam kelas dengan merangsang motivasi mereka untuk bercakap dan mendengar melalui peranti mobile. Kajian juga menunjukkan bahawa model pembelajaran mobile mempunyai kesan positif dalam menggalakkan minat pelajar sekolah rendah terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris, serta penguasaan ilmu dan membangunkan kebolehan (Liu et al., 2008). Namun begitu, kurangnya kajian dalam menentukan elemen yang membantu memenuhi keperluan kemahiran mendengar dan

(19)

5 bertutur Bahasa Inggeris dalam pakej pembelajaran mobile (Bartram, 2009). Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris dalam konteks penggunaan pakej pembelajaran mobile.

Lambakan pakej pembelajaran mobile membuktikan tren pembelajaran mobile semakin menjadi pilihan di kalangan pengguna peranti mobile. Melalui statistik yang ditunjukkan oleh Gartner (2014), jumlah muaturun aplikasi mobile dijangka meningkat melebihi 268 billion pada tahun 2017. Ini menunjukkan bahawa pelajar mula memilih pembelajaran mobile kerana berjalan dalam keadaan lebih bebas dan santai kerana pengguna berpeluang menggunakannya tanpa ada kekangan waktu dan tempat (Savill-smith, 2004). Kajian terhadap Mobile-assisted Language Learning (MALL) menunjukkan pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua boleh dilakukan dengan bebas melalui pembelajaran mobile (Miangah, 2012).

Kajian persepsi terhadap pembelajaran mobile menjelaskan penggunaan peranti mobile akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan walaupun dijalankan di peringkat tinggi (Adegbija & Bola, 2015). Dari segi penguasaan, banyak kajian telah membuktikan dengan pengintegrasian ICT dalam prose PdP, penguasaan yang lebih dapat ditunjukkan. Kajian yang dijalankan di Australia menunjukan lebih banyak pengintegrasian ICT, lebih banyak impak positif diperolehi (Hayes, 2007). Hal ini turut disokong dalam kajian yang dijalankan terhadap suasana bilik darjah dengan pengintegrasian ICT dalam PdP, kesan yang lebih positif seperti tindak balas positif daripada pelajar, keadaan kelas yang lebih terkawal dan penguasaan kemahiran lebih baik telah ditunjukkan (Sutherland, Robertson, & John, 2008).

Namun begitu masih belum ada kerangka untuk dijadikan panduan oleh perekabentuk pakej pembelajaran mobile bagi merekabentuk pakej pembelajaran yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris (Mahamod & Embi, 2005). Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk mencadangkan kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.

Sebagai kesimpulan, kajian ini memang perlu dilakukan kerana memang terdapat jurang kajian tentang mengenalpasti elemen yang perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi

(20)

kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris, mengenalpasti elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan bertutur mencadangkan kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.

1.3 Pernyataan masalah

Permasalahan kajian adalah masih belum ada lagi kerangka untuk dijadikan panduan bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris (Mahamod & Embi, 2005). Berdasarkan hasil tinjauan awal kepada guru-guru Bahasa Inggeris, menunjukkan bahawa mereka tidak ada maklumat dalam memilih aplikasi yang sesuai sebagai bahan pembelajaran sokongan murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris. Selain itu, mereka juga tidak mengetahui elemen yang perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris, kandungan elemen yang dapat membantu murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris dan kandungan pakej pembelajaran mobile dapat membantu murid Tahap 2 dalam penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.

Oleh yang demikian, kajian ini perlu dijalankan bagi menentukan pakej pembelajaran yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam membantu kemahiran mendengar dan bertutur. Selain itu, kajian ini juga perlu dijalankan bagi mengetahui elemen yang perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris, kandungan elemen yang dapat membantu murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris dan kandungan pakej pembelajaran mobile dapat membantu murid Tahap 2 dalam penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris. Akhirnya, pengkaji telah mencadangkan satu kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.

(21)

7 1.4 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan berpandukan beberapa objektif seperti yang berikut:

(i) Mengenalpasti elemen yang perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.

(ii) Mengenalpasti elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar Bahasa Inggeris.

(iii) Mengenalpasti elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris.

(iv) Mencadangkan kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.

1.5 Persoalan kajian

Permasalah kajian dapat dikenalpasti berdasarkan objektif kajian seperti berikut: (i) Apakah elemen multimedia yang perlu diintegrasikan di dalam di

dalam pakej pembelajaran mobile agar memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris? (ii) Apakah elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2

dalam kemahiran mendengar Bahasa Inggeris.?

(iii) Apakah elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris.?

(iv) Bagaimanakah kerangka yang dicadangkan untuk mereka bentuk pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris?

(22)

1.6 Kerangka konsep kajian

(Adaptasi Zahari, 2004) Rajah 1.1 : Kerangka konsep kajian

Kerangka konsep ini menerangkan proses yang dilalui oleh pengkaji dalam melihat elemen yang perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris, elemen yang dapat membantu murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar Bahasa Inggeris dan elemen yang dapat membantu murid Tahap 2 dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris. Akhirnya, pengkaji telah mencadangkan satu kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.

1.7 Skop kajian

Kajian ini melibatkan guru Bahasa Inggeris di daerah Batu Pahat kerana penguasan Bahasa Inggeris dalam UPSR 2015 yang lemah berbanding matapelajaran yang lain. Kajian ini tertumpu kepada kemahiran mendengar dan bertutur dengan penilaian kepada pakej pembelajaran mobile yang disenaraikan agar menjadi panduan kepada pemilihan bahan pembelajaran sokongan oleh murid Tahap 2 sekolah rendah dalam membantu kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Tumpuan

Pakej Pembelajaran mobile Elemen yang membantu dalam kemahiran mendengar Kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris Elemen yang membantu dalam kemahiran bertutur Elemen yang perlu

diintegrasikan  Audio  Video  Grafik  Video  Animasi  Elemen tambah lain

(23)

9 kajian ini adalah untuk menilai pakej pembelajaran mobile dari segi elemen yang perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris, menilai elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam penguasaan mendengar Bahasa Inggeris, menilai elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris dan mencadangkan kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.

1.8 Batasan kajian

Dalam kajian ini, pengkaji tidak menilai kesemua pakej pembelajaran mobile yang terdapat di storan. Hanya satu pakej pembelajaran mobile yang akan dinilai berdasarkan kriteria tertentu iaitu English Listening & Speaking. Pakej pembelajaran ini dipilih kerana hasil temubual awal bersama guru-guru pakar mendapati pakej pembelajaran mobile ini sesuai serta mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai rating tinggi iaitu lima bintang dalam senarai muat turun pakej pembelajaran mobile, boleh dimuat turun dengan percuma, boleh diakses tanpa internet, mempunyai saiz aplikasi yang tidak besar, sesuai untuk apa juga jenis peranti, mempunyai capaian fungsi yang banyak, isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka yang bersesuaian, merangsang penglibatan akif pengguna dan mempunyai ciri interaktiviti yang sesuai.

Penilaian terhadap pakej pembelajaran ini akan dilakukan oleh 30 orang guru-guru pakar Bahasa Inggeris di daerah Batu Pahat bagi mengenalpasti elemen yang perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris dan elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam penguasaan mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris di sekolah rendah di daerah Batu Pahat. Penemuan kajian ini hanya terbatas kepada pakej pembelajaran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris sahaja.

(24)

1.9 Kepentingan kajian

Kepentingan kajian ini adalah untuk mengetahui elemen yang perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris, elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam penguasaan mendengar Bahasa Inggeris, elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris dan mencadangkan kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.

Hasil dapatan daripada kajian ini diharap dapat memberi kesan yang positif kepada:

1.9.1 Perekabentuk aplikasi mobile

Hasil kajian ini diharapkan dapat digunakan oleh perekabentuk-perekabentuk pakej pembelajaran mobile sebagai panduan dalam menyediakan pakej pembelajaran mobile Bahasa Inggeris yang memenuhi elemen yang dapat membantu kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

1.9.2 Pengkaji dalam bidang mobile learning

Hasil kajian ini dapat memberi maklumat kepada pengkaji dalam bidang mobile learning terutama dalam subjek Bahasa Inggeris berdasarkan elemen yang membantu kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris. Soal selidik yang telah digunakan dalam kajian ini juga boleh diubahsuai dan digunakan untuk kajian yang lebih mendalam dalam bidang yang sama.

(25)

11 1.9.3 Kementerian Pendidikan Malaysia

Hasil kajian ini diharapkan dapat digunakan untuk mengesan kompetensi dalam penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah dan seterusnya memberi peluang kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengkaji semula kemudahan fasiliti yang dibekalkan sama ada dapat menampung keperluan ini atau tidak.

1.10 Definisi istilah dan operasional

Terdapat beberapa istilah yang perlu diperjelaskan bagi menerangkan dengan tepat berkaitan dengan kehendak dan keperluan pengkaji di dalam kajian ini. Antara istilahnya ialah seperti berkut:

1.10.1 Kerangka

Kerangka adalah struktur asas yang mendasari sistem, konsep, atau teks dan membimbing perkembangan idea baru (Shackel, 2009). Kerangka dalam istilah penulisan tesis adalah satu bentuk struktur yang dipersembahkan secara visual grafik untuk menunjukkan perkaitan yang logik antara variabel kajian (Soofi, Retzer, & Yasai-Ardekani, 2000).

Dalam kajian ini, kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris akan dihasilkan hasil maklumbalas terhadap satu jenis aplikasi mobile iaitu English Listening and Speaking agar dapat menjadi panduan kepada perekabentuk pakej pembelajaran mobile dalam merekabentuk pakej pembelajaran mobile yang sesuai.

(26)

1.10.2 Pakej pembelajaran mobile

Satu koleksi cadangan strategi pengajaran dan pembelajaran, aktiviti, bahan sumber dan prosedur perlaksaan yang dirancang unuk membantu pelajar menguasai bidang dan hasil pembelajaran tertentu dalam spesifikasi kurukulum matapelajaran (Leray & François, 2004).

Dalam kajian ini, satu jenis pakej pembelajaran mobile iaitu English Listening and Speaking telah dimuaturun dan dinilai bagi menentukan elemen yang perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris, menilai elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam penguasaan mendengar Bahasa Inggeris, menilai elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris dan mencadangkan kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.

1.10.3 Kemahiran mendengar dan bertutur

Kemahiran mendengar dan bertutur adalah kemahiran asas dalam berbahasa. Menurut Abdul Talib (1993), kemahiran tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi dan semantik secara automatik akan dikuasai setelah seseorang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur.

Dalam kajian ini, hanya kemahiran mendengar dan bertutur sahaja yang akan menjadi fokus di antara kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran membaca (reading), kemahiran menulis (writing) dan kemahiran seni bahasa (language arts) dan tatabahasa (grammar).

(27)

13 1.10.4 Elemen dalam pakej pembelajaran mobile

Merujuk Wikipedia, elemen ialah unsur yang mendasari sesuatu. Penyatuan beberapa elemen media menjadi satu multimedia. Terdapat lima elemen utama dalam multimedia (Savill-smith, 2004). Setiap elemen akan memberi kesan yang besar dalam proses komunikasi atau penyaluran maklumat. Dalam kajian ini, elemen yang akan dinilai dalam pakej pembelajaran mobile ialah grafik, teks, animasi, audio dan video.

1.11 Rumusan

Penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Inggeris di kalangan murid Tahap 2 amat penting dalam meningkatkan penguasaan dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Daripada objektif dan persoalan kajian, pengkaji ingin mengenalpasti elemen yang perlu diintegrasikan di dalam penggunaan aplikasi mobile untuk membantu kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris, elemen yang dapat membantu kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris dan akhir sekali suatu kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris dapat dikenalpasti.

(28)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR NGENALAN

2.1 Pengenalan

Kajian literatur merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku, prosiding dan penyelidikan-penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu penyelidikan terbaru (Rowley & Stack, 2004). Kajian literatur ialah maklumat yang dikumpul tentang permasalahan yang sedang dikaji. Dalam proses membuat tinjauan literatur seseorang penyelidik akan mengenalpasti apakah yang telah dipelajari oleh orang lain mengenai permasalahan yang serupa dengan permasalahan yang dikaji. Kajian dalam bab ini berfokus kepada:

(a) Elemen yang diintegrasi dalam pakej pembelajaran mobile (b) Kemahiran Bahasa Inggeris

(c) Teori pembelajaran

(d) Kerangka pakej pembelajaran mobile

2.2 Elemen yang diintegrasi dalam pakej pembelajaran mobile

Multimedia menyenaraikan teks, grafik, bunyi, video dan aminasi dapat menghasilkan prestasi yang menakjubkan selain mempunyai keupayaan interaktif yang tinggi. Dari perspektif pengguna komputer, multimedia juga boleh

(29)

15

dipersembahkan melalui audio atau video sebagai tambahan kepada teks, imej, grafik dan animasi (Mayer, 2004). Terdapat beberapa elemen-elemen asas multimedia yang biasa digunakan iaitu:-

2.2.1 Grafik

Grafik adalah penggunaan pelbagai media atau komputer bagi menghasilkan lukisan, pencetakan, gambar atau huruf (Ambrose & Harris, 2008). Grafik berkomputer banyak diaplikasi dalam dunia kejuruteraan, industri berat, animasi dan perfileman (Khalid et al., 2010). Teknik ini dapat merealisaikan sesuatu imaginasi seseorang pada skrin komputer (Thornton, 1996).

Grafik sebenarnya mengeksploitasi keupayaan teks, ilustrasi dan gambar foto dengan menggunakan media statik (Torres & Clares, 1993). Ilustrasi dan gambar berupaya menarik perhatian dan mengambarkan orang, tempat atau benda (Linstrom, 1994). Menurut Linstrom lagi, pelbagai maklumat boleh diperolehi daripada carta, graf ataupun rajah. Grafik pula dapat menyalurkan maklumat terperinci bergambar dan berfungsi sebagai ikon yang mewakili sesuatu (Rockley, 1994).

Dalam kajian ini, elemen grafik akan dinilai dari aspek grafik yang digunakan menarik, grafik boleh dimuat turun (downloading) dengan cepat, grafik paparan skrin (layout) adalah menarik, grafik yang ditunjukkan menepati kandungan pakej pembelajaran mobile dan grafik yang ditunjukkan adalah jelas.

2.2.2 Teks

Teks adalah sejenis data yang paling mudah kerana memerlukan storan yang sedikit jumlah ruang ingatan sahaja (DeRose, Durand, Mylonas, & Renear, 1990). Teks boleh digunakan dalam pelbagai sub bidang untuk memberi penjelasan kepada sesuatu perkara dalam bentuk bacaan. Keberkesannanya ialah untuk memperkukuhkan media-media lain (Wilson, 2012). Pembelajaran menggunakan teks amat berkesan berbanding dengan audio mahupun video jika penggunanya

(30)

mahir menggunakan teks dalam mencari maklumat dengan lebih pantas dan bertsrategi. (Halliday & Hasan, 1989). Tanpa menggunakan teks, penggunaan media lain akan menjadi kurang berkesan (Rockley, 1994).

Dalam kajian ini, elemen teks akan dinilai dari aspek font teks sesuai, saiz font sesuai, teks yang digunakan menarik, teks yang digunakan relevan, teks pada arahan skrin mudah difahami, teks pada manual pengguna mudah difahami dan teks bebas daripada kesalahan mekanis seperti tatabahasa, tanda bacaan dan lain-lain.

2.2.3 Animasi

Ia merupakan paparan pantas gabungan imej-imej yang berjujukan (Shen, 2006). Ianya akan memberi kesan lebih hampir kepada bahan maklumat (Lindstrom, 1994). Untuk lebih memahami sesuatu perkara, simulasi melalui animasi digunakandengan mengawal keterperincian, tahap serta bilangan maklumat yang diingini (Xie, 2013). Unsur-unsur realisasi sebagaimana alam kehidupan sebenar boleh diperolehi melalui klip-klip video.

Dalam kajian ini, elemen animasi akan dinilai dari aspek animasi yang digunakan menarik, pergerakan animasi yang jelas, pergerakan animasi yang terang, pergerakan animasi yang lancer dan perisian kursus mempunyai elemen interaktif yang menyeronokkan.

2.2.4 Audio

Kesan audio memainkan peranan pening dalam teknologi multimedia pada hari ini (Systems, Wall, & Brewster, 2006). Kini, teknologi kad suara, pembesar suara bina dalam digunakan untuk membolehkan komputer mengeluarkan suara manusia. Format yang menyokong suara adalah .wav, .voc., snd., .aud. dan sebagainya. Kesan amaran atau simbol wujudnya masalah juga dapat disediakan melalui audio. Selain itu, bagi menghasilkan mood kepada pengguna, muzik dimainakn sebagai lagu latarbelakang. Perhatian pengguna dapat lebih berfokus melalui kesan-kesan audio.

(31)

17

Audio menghapuskan perasaan janggal dan seolah-olah pengguna sedang berkomunikasi dengan manusia lain dan bukan dengan mesin (Claire, Klein, & Koroghlanian, 2004).

Dalam kajian ini, elemen audio akan dinilai dari aspek audio yang digunakan menarik, audio yang digunakan jelas, audio yang digunakan terang, audio yang digunakan lancar, penggunaan suara sesuai (jelas, menarik, intonasi yang betul), kesan bunyi yang digunakan sesuai dan kesan bunyi yang digunakan jelas.

2.2.5 Video

Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen yang lain (Miller & Zhou, 2007). Ia juga merupakan elemen yang menggabungkan beberapa elemen lain seperti teks, grafik dan audio di dalam satu medium (Song, Marchionini, & Oh, 2010). Oleh yang demikian, penggunaan video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi emosi para penggunanya (Tasir & Harun, 2003).

Dalam kajian ini, elemen video akan dinilai dari aspek audio dan video berfungsi seiring, video yang digunakan menarik, klip video yang digunakan jelas, klip video yang digunakan terang dan klip video yang digunakan lancer.

2.3 Kemahiran Bahasa Inggeris

Kemahiran Bahasa Inggeris terdiri daripada kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis (Bae, 2007). Untuk memastikan pembelajaran berkesan, pelajar hendaklah menguasai kesemua kemahiran ini (Demie, 2013). Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur (AHBAB, 2011). Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan.

(32)

Aspek kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa kerana kemahiran membaca dan menulis akan dapat dikuasai selepas murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik (Yalçinkaya, Muluk, & Şahin, 2009). Ketepatan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat bergantung kepada penguasaan kemahiran mendengar yang baik (Hwang, Wu, & Su, 2008).

Terdapat beberapa andaian oleh Chomsky (1987) tentang kemahiran mendengar dan bertutur. Pertama, perilaku berbahasa adalah sesuatu yang diturunkan (genetik), setiap bahasa memiliki perkembangan yang sama (merupakan sesuatu yang universal), dan lingkungan yang memiliki peran kecil di dalam proses pematangan bahasa. Kedua, bahasa dapat dapat dikuasai dalam waktu yang relatif singkat. Ketiga, lingkungan bahasa anak tidak dapat menyediakan data yang cukup bagi penguasaan tata bahasa yang rumit dari orandg dewasa.

2.3.1 Kemahiran mendengar

Pelajar yang mampu mendengar dengan teliti dan memberi respon dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan dikatakan mempunyai kemahiran mendengar yang baik. Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level) (Kutlu et al., 2009). Menurut (Rastogi, 2008), pelajar dengan pantas dapat memahami maksud serta mentafsir maklumat yang didengari dengan tepat jika menguasai kemahiran mendengar dengan baik.

Menurut (Feyten, 1991), kemahiran mendengar adalah proses minda dalam menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan. Menurutnya lagi, komunikasi berkesan bergantung kepada kemahiran mendengar dan bertutur. Disebabkan itu, kemahiran mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif dalam sukatan pelajaran terutama semasa di peringkat persekolahan (Goh, 2008). Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian.

(33)

19

Untuk menguasai isi pembelajaran, penekanan terhadap penguasaan kemahiran mendengar dengan baik perlu dilakukan. Pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar mendengar pada jangka masa yang lama sebelum mencuba untuk bertutur. Kemahiran mendengar juga dapat membantu pelajar mendapatkan makna bagi mesej yang didengar bagi bahasa itu. Hal ini juga menggalakkan pelajar memperbaiki kemampuan dari segi penggunaan bahasa dengan lebih bai. Pelajar akan hilang fokus dan tumpuan serta gagal menguasai isi pembelajaran sekirannya pelajar tidak menguasai kemahiran mendengar ini dengan baik.

Menurut seorang pakar komunikasi, Paul Rankin (1929), 70% daripada waktu tidak tidur kita dalam sehari digunakan untuk berkomunikasi dan 45% pula digunakan untuk mendengar sesuatu. Manakala 30% lagi digunakan untuk percakapan atau perbualan, sebanyak 16% daripada masa komunikasi anda digunakan untuk bacaan dan hanya 9 % masa anda dihabiskan untuk penulisan. Kajian yang telah dibuat oleh kebanyakan pakar menunjukkan bahawa kira-kira 85% daripada pengetahuan kita diperolehi melalui pendengaran.

Menurut Markgraf (1957) yang dipetik oleh Koh Boh Boon dalam bukunya iaitu ‘Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia’ menyatakan , kajian terhadap murid-murid sekolah tinggi pula menunjukkan bahawa pelajar ini telah menggunakan 46% daripada masa mereka di sekolah untuk mendengar sahaja dan 60% daripada aktiviti pendengaran itu adalah untuk mendengar percakapan guru. Seterusnya, terdapat beberapa kaji selidik yang dijalankan yang berkaitan tentang kepentingan kemahiran mendengar yang diajar di luar dan dalam bilik darjah.

Kemahiran mendengar penting untuk dikuasai kerana melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh memperoleh idea, mencari isi-isi penting, melakukan arahan dan bertindak balas, mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan, mengenal pasti isi-isi yang tersirat, mentafsir makna-makna yang tersirat, mengenal pasti mud penutur, suasana, dan keadaan dan mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda. Kesimpulannya, kemahiran mendengar ini merupakan sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.

(34)

2.3.2 Kemahiran bertutur

Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran kedua dalam aspek kemahiran berbahasa. Kemahiran ini dikuasai dan dipelajari selepas seseorang kanak-kanak berjaya menguasai kemahiran mendengar. Kemahiran ini dikatakan sebagai dikuasai selepas menguasai kemahiran mendengar kerana kedua-dua kemahiran lisan ini mempunyai kolerasi antara satu dengan yang lain. Hal ini kerana, jika seseorang kanak-kanak itu tidak berjaya menguasai kemahiran mendengar bermakna dia tidak dapat mengetahui tentang bahasa yang digunakan. Sekali imbas, dapat ditafsirkan kemahiran bertutur ini sebagai kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia.

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda serta helaan yang betul Dani (2007). Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar.

Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di sekolah, kemahiran bertutur diajarkan kepada murid-murid bagi membolehkan murid-murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan betul dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan (Pfister & Robinson, 2010). Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat. Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid menyebut dengan jelas, menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi, menunjukkan arah, bertemu ramah, memberikan penerangan dan memberi alasan, membina soalan untuk mencari maklumat, bertukar-tukar pendapat dan maklumat, melaporkan peristiwa dan member sesuatu huraian dengan tepat, bertutur secara bertatasusila dan bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.

(35)

21

2.4 Teori Pembelajaran

Teori adalah hubungan beberapa konsep atau suatu kerangka konsep, atau definisi yang memberikan suatu pandangan sistematis terhadap gejala-gejala atau fenomena-fenomena dengan menentukan hubungan spesifik antara konsep-konsep tersebut dengan maksud untuk menguraikan, menerangkan, meramalkan dan atau mengendalikan suatu fenomena (Cover & Thomas, 2005). Teori dapat diuji, diubah atau digunakan sebagai suatu pedoman dalam penelitian (Stets & Burke, 2000). Teori kajian yang akan digunakan sebagai landasan kepada kajian ini adalah Teori Kognitif Multimedia.

2.4.1 Teori Kognitif Multimedia

Teori kognitif multimedia adalah kesinambungan daripada teori beban kognitif. Teori ini turut dikenali sebagai model pemprosesan maklumat dan teori generatif (Abdullah et al. 2007). Andaian melalui teori kognitif multimedia ialah terdapat dua saluran berbeza yang memainkan peranan dalam memproses maklumat (Mayer 1990). Dua saluran tersebut ialah saluran audio dan visual (Abdullah et al. 2007; Ashfahani et al. 2015; Ibrahim 2013). Dua saluran tersebut dikumpul melalui deria mata dan telinga sebelum ditapis semasa di memori bekerja. Kedua-dua medium ini dikatakan mempunyai kapasiti yang terbatas dalam suatu masa ketika menerima maklumat. Proses pembelajaran aktif berlaku ketika maklumat sampai di memori bekerja dan apabila melibatkan proses penapisan, pemilihan, mengorganisasi dan mengintegrasi maklumat.

(36)

Rajah 2.1: Proses pemikiran berdasarkan Teori Kognitif Multimedia (Mayer, 2001)

Deria mata dan telinga akan menerima maklumat melalui persembahan multimedia. Memori sensori akan mengenal pasti maklumat teks dan imej yang tepat untuk disimpan dalam memori jangka masa yang pendek. Seterusnya maklumat penting daripada teks dan imej akan dipilih secara automatik untuk disusun atur dalam satu bentuk pengetahuan bermakna. Maklumat tersebut seterusnya diorganisasi mengikut skema pengetahuan sedia ada yang bertepatan. Kemudian maklumat yang penting diintegrasi kepada bentuk pengetahuan yang kekal dalam memori jangka panjang. Memori jangka panjang mampu menyimpan maklumat lebih lama berbanding di memori bekerja. Bagi memastikan maklumat tersebut berkekalan, individu perlu mengaktifkan informasi tersebut di memori bekerja semula, iaitu proses pengulangan (Abdullah et al. 2007; Ibrahim 2013).

Terdapat beberapa prinsip yang telah ditetapkan dalam menggunakan pendekatan teori multimedia Mayer (2009). Prinsip tersebut berfungsi sebagai panduan dalam menyediakan persembahan multimedia yang bertepatan dengan kemampuan kognitif manusia (Mayer 2009; Sorden 2008). Prinsip tersebut ialah prisnsip multimedia, keselarasan, modaliti, penindihan, koheren dan prinsip pembahagian (Kuo et al. 2013).

Prinsip pertama ialah prinsip multimedia yang menjelaskan bahawa penglibatan dua mode adalah lebih baik jika dibandingkan satu mode secara bersendirian. Dalam erti kata lain, maklumat disampaikan dalam dwimode contohnya paparan gambar bersama verbal (verbal dan pictorial), persembahan audio dan visual (auditory dan visual), atau media bersama penerangan lisan (komputer dan penerangan). Penglibatan dwimode mampu

(37)

23

menyediakan maklumat yang pelbagai dan memudahkan penyusunan informasi dalam memori. Walaubagaimanapun, jumlah maklumat perlulah bersesuaian agar tidak terlalu padat dalam suatu masa (Leow & Neo 2014; Mayer 2001; Toomey & Ketterer 1995).

Prinsip kedua pula ialah prinsip contiguity iaitu kesan persembahan yang berdekatan. Menurut Mayer (2001), setiap teks penerangan bagi sesuatu grafik mestilah dipaparkan berdekatan, bukan pada slaid berikutnya. Hal ini supaya, idea atau kandungan sebenar dapat dikaitkan secara terus dan tepat oleh audien.

Seterusnya prinsip ketiga multimedia ialah kesan koheren (coheren principle) iaitu mengelakkan penggunaan perkataan, grafik, audio, atau visual yang tidak berkaitan dengan bahan yang utama yang sepatutnya disampaikan. Hal ini kerana audien perlulah diperlihatkan perkaitan maklumat utama dengan jelas tanpa diganggu bahan yang tidak relevan. Audien akan terdorong untuk fokus kepada maklumat utama sahaja tanpa diganggu oleh maklumat yang tidak penting (Kozma 2000; Mayer 2001, 2009). Kesannya, penyampaian maklumat akan lebih berkesan kerana hanya memaparkan kandungan pembelajaran sahaja.

Prinsip keempat pula menyatakan maklumat perlu disediakan dalam keadaan yang sangat teratur atau bersegmen (segmentation principle). Apabila bahan multimedia disusun atur dengan baik, maka akan memudahkan penyampaian maklumat terutamanya pembelajaran konsep baharu (Mayer & Moreno 2003; Mayer 2001, 2009). Pensyarah perlulah merancang susunan dan jumlah maklumat yang perlu dipersembahkan supaya tidak membebankan audien dengan informasi yang terlalu padat.

Bagi prinsip kelima pula menyatakan prinsip modaliti iaitu keperluan teks audio (telinga) berbanding teks bertulis (mata) apabila melibatkan persembahan animasi (deria mata). Hal ini bermaksud audien tidak mengalami pemerhatian yang bertindih iaitu memerlukan melihat animasi dan teks dalam masa yang sama. Maka disarankan agar penggunaan animasi atau penceritaan dibantu dengan teks dalam bentuk audio iaitu proses melihat dan mendengar sahaja (Mayer & Moreno 2003). Kesimpulannya, kelima-lima prinsip ini perlu dijadikan garis panduan utama bagi tenaga pengajar dalam menyediakan bahan pembelajaran multimedia yang berkesan. Selain dapat melaksanakan proses pengajaran yang efektif dan cepat, proses pembelajaran mahasiswa juga menjadi mudah. Ulangkaji dapat dilakukan dengan

(38)

lebih baik sekiranya bahan multimedia yang disediakan mudah difahami dan menepati objektif pembelajaran.

2.5 Kerangka pakej pembelajaran mobile

Kerangka kajian adalah struktur asas yang mendasari sistem, konsep, atau teks dan membimbing perkembangan idea baru (Shackel, 2009). Kerangka kajian dalam konteks penulisan tesis adalah satu bentuk struktur yang selalunya dipersembahkan secara visual grafik untuk menunjukkan perkaitan yang logik antara variabel kajian (Soofi, Retzer, & Yasai-Ardekani, 2000). Kerangka kajian membekalkan landasan bagi sesuatu kajian dengan menjelaskan pendekatan yang digunakan dalam kajian tersebut. Ia boleh dianggap sebagai tempat rujukan yang menyediakan konteks bagi meneliti masalah atau soalan yang menjadi fokus sesuatu kajian. Kerangka kajian mewarnai seluruh aspek kajian yang dijalankan.

Kerangka amat penting dalam pembangunan sesuatu pakej pembelajaran mobile (Lai & Hitchcock, 2015). Perekabentuk pakej pembelajaran mobile harus bijak memilih kerangka kerana ia akan menjadi panduan dalam proses pembangunan bagi mengenal pasti terma yang relevan dengan konsep (Giam & Olden, 2016). Menurut (Bandura, 1971) teori pembelajaran perlu diambil kira dalam usaha merekabentuk perisian pendidikan kerana teori pembelajaran menentukan asas bagi proses pembelajaran. Manakala, (Sharples, Taylor, & Vavoula, 2005) pula menyatakan bahawa pendekatan pedagogi yang berkaitan dengan pembangunan perisian kursus ialah penetapan isi pelajaran, aliran pelajaran dan kawalan kemajuan pelajar.

2.6 Rumusan

Pembelajaran menggunakan teknologi mobile telah mula memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran. Kewujudan teknologi tanpa wayar telah menjadikan inovasi ini satu realiti untuk dibangunkan dalam bidang pendidikan. Fleksibiliti

(39)

RUJUKAN

Abd Rahman, R., & Mohd Hashim, M. H. (2011). Mobile Learning in Malaysia Technical and Vocational Education (TVE): A Qualitative Case Study. In International Conference on Teaching and Learning in Higher Education (ICTLHE 2011)

Adegbija, M. V., & Bola, O. O. (2015). Perception of Undergraduates on the Adoption of Mobile Technologies for Learning in Selected Universities in Kwara state, Nigeria. Procedia - Social and Behavioral Sciences.

Ahmad Chowdhury, S., Arshad, H., Parhizkar, B., & Obeidy, W. K. (2013). Handheld augmented reality interaction technique. In Lecture Notes in

Computer Science (including subseries Lecture Notes in Artificial Intelligence and Lecture Notes in Bioinformatics)

Ahmad Zaki, A., & Md Yunus, M. (2015). Potential of Mobile Learning in Teaching of ESL Academic Writing. English Language Teaching

Aliff Mohd, Nawi, M., Jamsari, E. A., Hamzah, M. I., & Sulaiman, A. (2012). The Impact of Globalization on Current Islamic Education. Australian Journal of Basic and Applied Sciences

Aliff Nawi, & Mohd Isa Hamzah. (2013). Tahap Penerimaan Penggunaan Telefon Bimbit Sebagai M-Pembelajaran dalam Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education

Ally, M. (2009). Mobile Learning: Transforming the Delivery of Education and Training. Athabasca University Press

(40)

Immersion: Grades 1 And 2 Writing Assessment In A Korean/English Two-Way Immersion Program. Language Learning

Bandura, A. (1971). Social learning theory. Social Learning Theory.

Basoglu, E. B., & Akdemir, O. (2010). A comparison of undergraduate students’ English vocabulary learning: Using mobile phones and flash cards. The Turkish Online Journal of Educational Technology

Brink, J. (2011). M-Learning: The Future of Training Technology. Retrieved from http://search.ebscohost.com

Brinkerhoff, D. W., Fotzo, P. T., & Ormond, B. J. (1983). Haiti: HACHO rural community development. AID Project Impact Evaluation Report, US Agency for International Development. Retrieved from http://search.ebscohost.com

Chang, C.-C., Yan, C.-F., & Tseng, J.-S. (2012). Perceived Convenience In An Extended Technology Acceptance Model: Mobile Technology And English Learning For College Students. Australasian Journal of Educational Technology,

Chen, C.-M., & Chung, C.-J. (2008). Personalized Mobile English Vocabulary Learning System Based On Item Response Theory And Learning Memory Cycle. Computers & Education

Chen, C.-M., & Li, Y.-L. (2010). Personalised Context-Aware Ubiquitous Learning System For Supporting Effective English Vocabulary Learning. Interactive Learning Environments

Chen, C., & Chung, C. (2008). Personalized Mobile English Vocabulary Learning System Based On Item Response Theory And Learning Memory Cycle. Computers & Education

Chen, C. M., & Hsu, S. H. (2008). Personalized Intelligent Mobile Learning System For Supporting Effective English Learning. Educational Technology and Society

(41)

Device And Online System With Contextual Familiarity And Its Effects On English Learning On Campus. Educational Technology and Society Cochran, W. G. (1977). Sampling Techniques. Wiley Series in Probability and

Mathematical Statistics Applied (Vol. 20)

Collins, T. G. (2005). English Class On The Air: Mobile Language Learning With Cell Phones. In Proceedings - 5th IEEE International Conference on Advanced Learning Technologies, ICALT 2005

Cover, T. M., & Thomas, J. A. (2005). Elements of Information Theory. Elements of Information Theory.

Crescente, M. L., & Lee, D. (2011a). Critical Issues Of M-Learning: Design Models, Adoption Processes, And Future Trends. Journal of the Chinese Institute of Industrial Engineers

Crescente, M. L., & Lee, D. (2011b). Critical Issues Of M-Learning: Design Models, Adoption Processes, And Future Trends. Journal of the Chinese Institute of Industrial Engineers

Creswell, J. W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Approaches (3rd Edition). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches.

Demie, F. (2013). English As An Additional Language Pupils: How Long Does It Take To Acquire English Fluency? Language and Education

DeRose, S. J., Durand, D. G., Mylonas, E., & Renear, A. H. (1990). What Is Text, Really? Journal of Computing in Higher Education

Drost, E. A. (2011). Validity And Reliability In Social Science Research. Education Research and Perspectives

Feyten, C. M. (1991). The Power Of Listening Ability: An Overlooked Dimension In Language Acquisition. The Modern Language Journal

Fisher, D., & Frey, N. (2014). Speaking And Listening In Content Area Learning. Reading Teacher

(42)

Learning System. In Procedia Computer Science

Georgieva, E. S., Smrikarov, A. S., & Georgiev, T. S. (2011b). Evaluation Of Mobile Learning System. Procedia Computer Science

Giam, X., & Olden, J. D. (2016). Quantifying Variable Importance In A Multimodel Inference Framework. Methods in Ecology and Evolution

Godwin-jones, R. (2011). Emerging Technologies Mobile Apps for Language Learning Language Learning & Technology.

Goh, C. (2008). Metacognitive Instruction For Second Language Listening Development: Theory, Practice And Research Implications. RELC Journal Gould, B. E., & Dr. Norman Vaughan. (2012). Using Multimedia Feedback to

Enhance Cognitive, Affective, and Psychomotor Learning. Education Studies. Graham, S. (2006). Listening Comprehension: The Learners’ Perspective. System Halliday, M. A. K., & Hasan, R. (1989). Language, Context And Text: Aspects Of

Language In A Social-Semiotic Perspective. Language Education

Harris, J., Mishra, P., & Koehler, M. (2008). Teachers’ Technological Pedagogical Content Knowledge and Learning Activity Types: Curriculum-Based

Technology Integration Reframed. Journal of Research on Technology in Education

Hayes, D. N. A. (2007). ICT And Learning: Lessons From Australian Classrooms. Computers and Education

Hitchcock, A., & Porter, K. (2004). The Likert Scale. Methodology, 7–10.

Holotescu, C., & Grosseck, G. (2011). Mobile learning through microblogging. In Procedia - Social and Behavioral Sciences

Hsu, L. (2012). English as a foreign language learners’ perception of mobile assisted language learning: a cross-national study. Computer Assisted Language

(43)

Huang, R. T., Jang, S. J., MacHtmes, K., & Deggs, D. (2012). Investigating The Roles Of Perceived Playfulness, Resistance To Change And Self-Management Of Learning In Mobile English Learning Outcome. British Journal of

Educational Technology

Hwang, W. Y., Wu, S. Y., & Su, J. H. (2008). A Study Of Listening Diversity And Speaking For English Learning With Mobile Device Supports. In Lecture Notes in Computer Science (including subseries Lecture Notes in Artificial

Intelligence and Lecture Notes in Bioinformatics)

Jantjies, M., & Joy, M. (2015). Mobile Enhanced Learning In A South African Context Educational Technology and Society.

Keegan, D. (2005). Mobile Learning: The Next Generation of Learning. The 18th Asian Association of Open Universities Annual Conference.

Khalid, P. I., Yunus, J., Adnan, R., Harun, M., Sudirman, R., & Mahmood, N. H. (2010). The Use Of Graphic Rules In Grade One To Help Identify Children At Risk Of Handwriting Difficulties. Research in Developmental Disabilities Kukulska-Hulme, A. (2006). Mobile Language Learning Now And In The Future.

Fran Vision till Praktik: Sprakutbildning Och Informationsteknik (From Vision to Practice: Language Learning and IT)

Kukulska-Hulme, A. (2009). Will Mobile Learning Change Language Learning? ReCall

Kukulska-Hulme, A., & Sharples, M. (2009). Mobile And Contextual Learning. Alt-J Kukulska-Hulme, A., & Traxler, J. (2005). Mobile Learning: A Handbook For

Educators And Trainers. Mobile Learning: A Handbook for Educators and Trainers

Kutlu, ??mer, & Aslano??lu, A. E. (2009). Factors Affecting The Listening Skill. Procedia - Social and Behavioral Sciences

Lai, I. K. W., & Hitchcock, M. (2015). Importance-Performance Analysis In Tourism: A Framework For Researchers. Tourism Management

(44)

Collaborative Writing. Teacher Librarian

Liu, J., Yu, S., & Ran, M. (2008). Research On The Communicative Mobile English Learning Model. In Proceedings - 5th IEEE International Conference On Wireless, Mobile, And Ubiquitous Technologies In Education

Liu, T. Y., Tan, T. H., & Chu, Y. L. (2010). QR Code And Augmented Reality-Supported Mobile English Learning System. In Lecture Notes in Computer Science (including subseries Lecture Notes in Artificial Intelligence and Lecture Notes in Bioinformatics)

Lu, M. (2008). Effectiveness Of Vocabulary Learning Via Mobile Phone. Journal of Computer Assisted Learning

Margaret Rouse. (2005). DEFINITION framework. Retrieved from http://whatis.techtarget.com/definition/framework

Mattila, P., & Fordel, T. (2005). MOOP – Using M-Learning Environment In Primary Schools. Proceedings of mLearn 2005 Cape Town South Africa McDaniel, S. C., & Flower, A. (2015). Use of a Behavioral Graphic Organizer to

Reduce Disruptive Behavior. Education & Treatment of Children

Miangah, T. M. (2012). Mobile-Assisted Language Learning. International Journal of Distributed and Parallel Systems

Miller, K., & Zhou, X. (2007). Learning From Classroom Video: What Makes It Compelling And What Makes It Hard. Video Research in the Learning Sciences Motiwalla, L. F. (2007). Mobile Learning: A Framework And Evaluation. Computers

and Education

Najeeb, S. S. R. (2013). Learner Autonomy In Language Learning. Procedia - Social and Behavioral Sciences

Nawi, A., Hamzah, M. I., Akmal, S., & Sattai, A. (2014). Potensi Penggunaan Aplikasi Mudah Alih ( Mobile Apps ) Dalam Bidang Pendidikan Islam. Online Journal of Islamic Education

Referensi

Dokumen terkait

Oleh karena itu penelitian ini bertujuan untuk menganalisa pengaruh pengalaman kerja, independensi, dan kompetensi terhadap kualitas hasil pemeriksaan dengan

Baik bapak-lbu yang saya hormati terhadap asas-asas yang diusulkan oleh Pak Mahfud.. maupun tambahan asas dari bapak - lbu yang lain maupun dari usulan pemerintah ini menjadi bagian

Pengaruh positif terbesar terhadap keputusan pembelian sepeda motor Yamaha pada mahasiswa Universitas Diponegoro adalah pada variabel layanan purna jual dengan koefisien

一方(鍵盤操作側) がアイデアを出す: 音でアイデアを次々 に提示。一方の参加 者は鍵盤に貢献して

01-4449-2006 yang menetapkan kadar air maksimal pada papan serat adalah 13%, maka dari hasil pengujian pada sampel parket sabut kelapa berlaminasi didapatkan bahwa

Dari hasil penelitian deskriptif yang diadakan pada waktu bakti sosial wabah skabies di Dusun Gunung Pentul, Pengasih, Kulonprogo diperoleh hasil bahwa keadaan lingkungan di

Penelitian ini diharapkan dapat memberikan kontribusi yang berarti bagi masyarakat secara umum dalam memanfaatkan limbah sekam dan jerami padi sebagai bahan bakar

Tumbuhan ganggang merupakan tumbuhan yang hidup di air,baik air tawar atau air laut,setidak-tidaknya selalu menempati habitat yang lembab dan basah.Ada yang bergerak aktif dan