• Tidak ada hasil yang ditemukan

Falsafah Ekonomi Islam: Satu pengenalan / Basri Abd Ghani

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Falsafah Ekonomi Islam: Satu pengenalan / Basri Abd Ghani"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

^LeaKMUJfifll'Ggl

mm

JfFQ

J f f U

JGTT)

=anm

JffD

JULAI - DISEMBER 2003

'jffm

UNIVEiRBITI TfcKNOLODI M A R A

PfcRLIS

(2)

JURNAL INTELEK 2003

(Edisi 1 • Julai - Disember)

Diterbitkan Oleh :

Universiti Teknologi Mara

Cawangan Perlis

KampusArau

02000 Arau, Perlis.

© Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar mana-mana bahagian, artikel, Illustrasi, isi kandungan prosiding ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun samada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau Iain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit

(3)

JURNAL INTELEK • 2 0 0 3

Bil. 1 • Julai - Disember 2003

A) KERTASKONSEP mukasurat

i) Pengenalan Kepada Pembelajaran Kooperatif. 1 - Azizah Mat Isa, Sarina Muhamad Nor, Sharipah Isa

ii) Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9000 : Satu Tinjauan Awal. 8 - Azizan Kassim

iii) Konsep Pendidikan Islam. 22 - Ahmad Sabri Osman

iv) Falsafah Ekonomi Islam : Satu Pengenalan. 39 - Basri Abd Ghani

v) Pengaruh Nilai Guru Di Dalam Pelaksanaan Pengetahuan 46 Isi Kandungan Pedagogi Di Bilik Darjah.

- Naginder Kaur a/p Surjit Singh

B) JURNAL PENYELIDIKAN

i) Pemodelan Teori Kabur Dalam Penilaian Prestasi 54 Kakitangan Akademik, UiTM Kampus Arau.

- Mahmood Othman, Nadzri Mohamad

ii) An Empirical Study Of Input Methods Deployed 65 During Treatment Session In A Clinical System.

- Fakhrul Hazman Yusof, Norlis Othman, Abidah Hj. Mat Taib

iii) Tracing Malay Learners' Variations In Learning Strategies. 74

Mohamad Fadh/i Yahaya

iv) Penentuan Paras Fosfat Terlarut (P04 -P) 86 Di Tasik Timah Tasoh, Perlis.

(4)

JURNAL INTELEK • 2 0 0 3

Bil. 1 • Julai - Disember 2003

B) JURNAL PENYELIDIKAN mukasurot

v) A Study On Electroplating. 94 - Saidatulakmar Shamsuddin

vi) "RIM" Classification For Prediction Of SinkholeTragedy In 104 Limestone Areas.

- Roslan Zainal Abidin, Damanhuri Jamalludin,

Mohd Fadzil Arshad, Mukhlis Noordin

vii) Penghasilan Suatu Sistem Pencerap Suhu Berautomasi. 113 - Hamidi A. Hamid, Nor Arzami Othman, Mahadzir Hj. Din

viii) A Preliminary Study of the Water Quality Status along 122 Sungai Mada, Kodiang, Kedah to the Sungai Baru

estuary, Perlis.

- Faridah Hanum Hj. Badrun, Zailuddin Ariffin,

Baharuddin Salleh

ix) Rangsangan Pembelajaran Terhadap Prestasi Akademik 127 Pelajar Di UiTM Kampus Arau.

- Hamidah Jaafar Sidek

x) A Marketing Survey And A Perception Study Of Customers' 142 Acceptance And Interest On Vehicle Tracking System (VTS)

In Klang Valley.

- Shamshul Anaz Kassim

xi) Kesan Pemakanan Terhadap Tumbesaran 158 Dan Pengeluaran Telur ayam Katik, Gallus sp.

- Mohd Azlan Mohd Ishak, Said Hamid,

Baharuddin Salleh, Abd. Rahman Sabot

xii) A Case Study On The Performance Of Bachelor Of 164 Accountancy (Hons)

Students Of UiTM Kampus Arau. - Normah Ahmad, Roselina Amiruldin,

Wan Madihah Wan Zakiuddin, Azura Mohd Noor

(5)

PENGARAH K A M P U S

UITM PERLIS

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana UiTM Perils telah berjaya menerbitkan Jurnal Intelek yang merupakan dokumentasl hasll kerja-kerja penyelidlkan yang telah dljalankan dl kampus Ini. Tidak syak lagi berdasarkan penulisan yang dihasilkan, UiTM Perlis mampu menjalankan banyak kerja-kerja penyelldikan untuk manfaat bersama.

Penerbitan jurnal ini juga diharapkan dapat menyemarakkan lagi budaya penyelidikan dan penulisan di kalangan kakitangan akademik UiTM Perlis.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang menyumbangkan penulisan untuk jurnal ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Unit Penyelidikan dan Perundingan UiTM Perlis di atas daya usaha menerbitkan jurnal ini. Semoga jurnal ini akan menjadi sumber rujukan sesuai dengan peranan UiTM Perlis sebagai

pusat ilmu di utara semenanjung ini.

Sekian, terima kasih.

PROF MADYA DR. AHMAD REDZUAN ABD RAHMAN

Pengarah Kampus UiTM Perlis

(6)

KETUA UNIT PENYELIDIKAN DAN

P E R U N D I N G A N (UPP)

UiTM PERLIS

Assalamualajkum Warahmatullahl Wabarakatuh

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya mencatatkan sepatah dua kata di dalam Jurnal Inteiek, UiTM Perlis.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Kampus UiTM Perlis iaitu Prof. Madya Dr. Ahmad Redzuan Abd Rahman, para pengurusan kanan, AJK-AJK UPP terutamanya para ADK Unit Penulisan dan Penerbitan kerana dengan inisiatif yang tidak berbelah bahagi, maka UPP dapat menghasilkan Jurnal Inteiek yang dinanti-nantikan.

Justeru, dengan adanya kelahiran Jurnal Inteiek ini hatta para pensyarah dapat sama-sama berkongsi idea dan maklumat bagi menyemarakkan lagi budaya ilmu, perundingan, penyelidikan, penulisan dan seminar.

Maka dengan adanya Jurnal Inteiek ini akan dapat membekal, menyediakan pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang sesuai dengan kehendak perkembangan dunia ICT dan negara.

Akhir kata, saya berharap para pensyarah dapat menyemai idea-idea yang bernas dan berguna untuk membimbing masyarakat dan pembangunan negara.

Sekian. Salam hormat.

PROF. MADYA DR. MAHADZIR HJ. DIN

Ketua Unit Penyelidikan & Perundingan UiTM Perlis

(7)

UNIT PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN (UPP)

UiTM PERLIS

SIDANG REDAKSIBIL 1/2003

Penaung

Prof. Madya Dr. Ahmad Redzuan Abd Rahman - Pengarah Kampus, UiTM Perlis

Ketua Unit Penulisan dan Penerbitan (UPP)

Prof. Madya Dr. Mahadzir Hj. Din

AJK Unit Penulisan dan Penerbitan (UPP)

Fakhrul Hazman Yusof (Ketua) Shamshul Anaz Kassim

Fazmawati Zakaria

Zahrullaili Ahmad Zakaria

Penyunting

Fakhrul Hazman Yusof Shamshul Anaz Kassim Fazmawati Zakaria

Penolong Penyunting

Hilwani Hariri Jasmani Bidin

Muhamad Abd Razak Nor Arzami Othman Rudzah Lebai Talib Sarina Muhamad Noor Yazid Mohd Esa

(8)

UMIT PZMYELIDIKAM DAM PEKUMDIMGAM (UPPj

UCTMPEKLIS

JAWATANKUASA INDUK UPP BIL 1/2003

Prof. Madya Dr. Ahmad Redzuan Abd. Rahman (Pengarah Kampus

Prof. Madya Dr. Mahadzir Hj. Din (Ketua UPP)

Prof. Madya Dr. Qamaruzaman Hj. Wan Yusof (TP HEA)

Prof. Madya Dr. Hamidi Abd. Hamid (TP HEP)

Prof Madya Alias Ramli

Prof. Madya Dr. Mat Saad Abdullah

AH LI JAWATANKUASA UPP BIL 1/2003

Ust. Abd Aziz Harjin Azizan Kassim Bahijah Md Hashim Fakhrul Hazaman Yusof Fazmawati Zakaria Hilwani Hariri Jasmani Bidin

Khairul Anuar Sedek Muhamad Abd Razak Nordin Muhamad Nor Arzami Othman Rudzah Lebai Talib Sarina Muhamad Noor Shamshul Anaz Kassim Shahrizal Hasan

Yazid Mohd Esa Zailuddin Ariffin

(9)

r

£L

- 1

(10)

JURNAL INTSLEK 2003 (Edisi 1 Julai-Oisember)

FALSAFAH EKONOMI ISLAM: SATU PENGENALAN

Basri Bin Abd Ghani PPI UiTM. Kampus Arau.

ABSTRAK

Penulisan ini membicarakan aspek falsafah dalam perjalanan ekonomi Islam keseluruhannya. la mengutarakan bagaimana rupa bentuk dan kerangka suatu sistem ekonomi yang berlandaskan kehendak-kehendak Allah. Tanpa menafikan aktiviti-aktiviti ekonomi menjadi asas utama dalam kehidupan manusia. Falsafah Islam mampu membentuk gelagat individu ekonomi secara lebih realistik dengan mengandaikan segala sumber mutlak kepunyaan Allah sedangkan manusia hanya sebagai khalifah yang diberi tugas untuk memakmurkannya. Justeru perkaitan di antara akidah dan ekonomi memberi implikasi yang positif untuk kemajuan ekonomi.

ASAS FALSAFAH EKONOMI

Perbincangan sesuatu bidang ilmu seperti ilmu ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada asas falsafah yang mendasarinya. Falsafah itu sendiri merupakan pengetahuan tentang pengertian satu konsep atau realiti yang dianggap sebagai dasar ilmu yang tertinggi. la boleh diertikan sebagai perbahasan mengenai hakikat suatu perkara melalui jalan berfikir yang berpandukan kepada suatu pegangan atau keyakinan tertentu.1

Falsafah inilah yang menggerakkan perlakuan setiap agen ekonomi dalam sistem tersebut serta menentukan asas ekonomi mikronya. Sebagai contoh di negara Barat penyelesaian masalah yang berhubung dengan ekonomi sering diajukan oleh falsafah yang berbeza. Pada suatu ketika masyarakat tertentu menganut suatu konsep ekonomi dan meninggalkannya pada suatu ketika yang lain bila ternyata gagal untuk mencapai matlamat ekonomi yang dikehendaki.2 Disiplin ekonomi

Barat pada asasnya adalah dikembangkan dalam rangka kegiatan ekonomi individu yang diatur berteraskan nilai dan ideologi hidup yang dianuti mereka. Tulisan Adam Smith dalam "An Inquiry

into the Nature and Causes of the Wealth of Nations" pada tahun 1977 contohnya merupakan

sumbangan bagi melahirkan ekonomi sebagai satu disiplin ilmu yang diasaskan kepada masyarakat yang mempunyai ideologi hidup tersendiri.3

Menerusi sejarah, kedudukan ekonomi dan agama di Barat adalah seiringan sehinggalah lewat abad ke-18, ekonomi dan agama mula dipisahkan. Ramai tokoh-tokoh ekonomi barat seperti Thomas Aquinos dan Agustine adalah tokoh-tokoh gereja.4 Akibat kebangkitan Revolusi Industri,

terdapat ahli-ahli ekonomi yang berusaha untuk memisahkan kajian ekonomi daripada pengaruh agama. Ini adalah suatu kenyataan sejarah di Eropah apabila berlaku penentangan terhadap gereja dan kewibawaannya.5Dari perspektif ekonomi Islam ada beberapa kreteria penting dalam

pembangunan falsafah antaranya :

Tauhid

Mohd. Sulaiman Hj. Yasin (1982), Pengantar Falsafah Islam, Bhg. 1 dan 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 10.

Drs. Sidi Gazalba (1979), Ilmu Islam 2. Kuala Lumpur : Perusahaan Offset Bumi Kita, h. 257-258.

Adam Smith (1937), An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations. New York : The Mordern Library, h. 9.

Ahmad Seifuddin (1984), Nilai Sistem Ekonomi Islam. Jakarta : CV Samudera, h. 9.

Monzer Khaf (1989), "Islamic Economics System : A Review dalam Aidit Ghazali et al. (ed) Readings in the

Concept and Methodology oflslamics Economic. Petaling Jaya : Pelanduk Pub. Sdn. Bhd., h. 69.

(11)

JURNAL INTELEK 2003 (Edisi 1 Julai-Disember)

Falsafah ekonomi Islam, terungkap kukuh kepada dasar-dasar tauhid yang dipegang oleh individu Islam itu sendiri. Allah s.w.t. telah menentukan undang-undang untuk semua kejadian dan semuanya sudah sedia patuh kecuali manusia. Manusia dikurniakan Allah s.w.t. dengan kebebasan sama ada untuk mengikut undang-undang tabii atau mengingkarinya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Terjemahan: Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orangyang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.

SurahalKahfi(18):29.

Dengan mendukung falsafah tauhid, Islam berpandangan bahawa faktor-faktor yang terdapat dalam diri manusia berada dalam kesatuan, justeru itu kesempurnaan keperibadian seseorang itu akan tercapai jika kesemua faktor-faktor dalam diri manusia diberi penumpuan dengan sepenuhnya tanpa mengecualikan sesuatu pun. Oleh itu keperluan kebendaan dan kerohanian manusia hendaklah dipenuhi secara seimbang. Merujuk kepada ekonomi, asas falsafah pendekatan Islam terhadap ekonomi adalah amat berbeza dengan sistem-sistem ekonomi yang lain.6 Menurut Dr. Muhammad

Nejatullah Siddiqi, perkara yang menjadi pokok kepada falsafah ekonomi Islam terletak kepada perkara-perkara berikut:7

a. Hubungan manusia dengan Tuhan b. Hubungan manusia sesama manusia. c. Hubungan manusia dengan alam. d. Tujuan kehidupan manusia di dunia ini.

Perhubungan antara manusia dengan Tuhan ditakrifkan sebagai tauhid. Intisari kepada tauhid ialah penyerahan diri sepenuhnya kepada kehendak syariat Allah s.w.t. Ini merupakan sumber nilai dan matlamat manusia untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t. Hidup di dunia ini adalah satu ujian dan segala-galanya yang diberikan kepada manusia itu merupakan amanah. Manusia bertanggungjawab kepada Allah s.w.t. dan kejayaannya dalam kehidupan di akhirat bergantung kepada prestasi dalam kehidupan di dunia. Ini menambahkan satu lagi dimensi baru kepada penilaian terhadap benda dan perlakuan dalam hidup ini. Demikianlah seperti yang dinyatakan oleh Al-Faruqi:

Perlakuan ekonomi adalahpenjelmaan daripada kerohanian Islam....

Secara terperinci kedudukan falsafah Tauhid dalam bidang ekonomi adalah seperti yang dirumuskan oleh Jawatankuasa Konsep dan Metodologi Ekonomi Islam yang diadakan di Mekah pada 21-26 Februari 1976.9 Pembangunan konsep ekonomi Islam berasaskan kepada:

Muhammad Arif (1989), "Towards Establishing the Microfoundation of Islamic Economics: The basis of the

basics " dalam (Ghazali Aidit et ai, ed.) Reading in the Concept and Methodology of Islamic economics. Petaling

Jaya : Penerbitan Pelanduk Sdn. Bhd., h. 82-96.

Muhammad Najetullah Siddiqi (1981), Muslim Economics Thinking : A Survey of Contemporary Literature.

United Kingdom : The Islamic Foundation, h. 5. Muhammad Arif (1989), op. cit, h. 82-96.

Khursid Ahmad (1980), Economic Development in an Islamic Framework. United Kingdom : The Islamic

(12)

JURNAL INTELEK2003 (Edisi 1 Julai-Visember)

a) Keyakinan bahawa seluruh alam ini dan harta adalah kepunyaan Allah s.w.t.

b) Manusia adalah pemegang amanah terhadap apa yang dimilikinya yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

c) Pemilikan persendirian yang diizinkan oleh Islam adalah tertakluk kepada perolehan dan perbelanjaannya dengan cara yang betul serta harta itu hendaklah digunakan bagi memenuhi tanggungjawabnya yang tertentu.

d) Sistem ekonomi Islam membawa kepada perpaduan dan keseimbangan sosial.

Mahmoud Abu Saud seterusnya turut menulis bahawa tujuan hidup seseorang manusia seperti yang diwahyukan dalam al-Qur'an bolehlah dicatit seperti berikut:10

i) Bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah, semua individu mesti menjaga segala kurniaan Allah s.w.t. dalam keadaan yang baik. Berasaskan kewajipan ini aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kerosakan kepada diri, orang lain, alam sekitar, pembaziran, pengabaian terhadap sumber manusia, sumber asli dan Iain-lain aktiviti yang seumpamanya adalah dilarang. Status manusia adalah diciptakan untuk menjaga milik Allah s.w.t. dan bukan untuk mendatangkan kerosakan kepadanya. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. :

Terjemahan: Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana la hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya la Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah al-An'am (6): 165.

ii) Bagi beribadat kepada Allah s.w.t., ia merujuk kepada ketaatan dan mengikut petunjukNya dalam segala tindakkan dalam perlakuan muamalat. Allah s.w.t. menyatakan dalam firmanNya:

Terjemahan: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah s.w.t. Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Surah al-An'am (6): 162.

iii) Bagi memakmurkan bumi, umat Islam mestilah berusaha untuk melakukan kebaikan, menambah pengeluaran, mempertingkatkan khidmat bakti kepada masyarakat, membangun dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t.:

Terjemahan: Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan la mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).

Surah al-An'am (11): 61

Istikhlaf

Foundation, h. 357.

Mahmud Abu Saud (1983), Outlines of Islamic. Delhi: Hindustan Publications, h. 10

(13)

JURNAL INTELEK2003 (Edisi 1 Julai-Disember)

Nilai-nilai agung dan istimewa yang menjadi asas nilai Ilahiah dalam ekonomi Islam adalah nilai yang menetapkan bahawa manusia menjadi "wakil" dalam harta Allah s.w.t. . Individu ekonomi Islam meyakini bahawa harta dan segala sumber yang ada di muka bumi adalah milik Allah s.w.t. .n

Berdasarkan firman Allah s.w.t:

Terjemahan: Demi sesungguhnya, kqfirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah s.w.t. ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah s.w.t. sedikit jua pun kalau la mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah s.w.t. jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara

keduanya. la menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah s.w.t. Maha Kuasa at as tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Maidah : 17)

Oleh itu manusia bertanggungjawab menjaga, mengolah, mengguna dan mengagihkan harta yang mereka miliki sebaik-baiknya bagi memenuhi keperluan bagi mereka yang memerlukanya. Secara detailnya boleh dijelaskan seperti berikut:

i) Melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah.

Kedudukan ini meletakkan peranan individu untuk menjaga semua kurniaan Allah s.w.t. dalam keadaan yang baik. Dengan kewajipan ini, aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kerosakan kepada diri dan orang lain, kerosakan kepada alam sekitar, pembaziran dan pemborosan, pengabaian terhadap sumber-sumber manusia dan asli dan Iain-lain aktiviti yang seumpama ini adalah dilarang. Status manusia dalam konteks ini diciptakan untuk menjaga kurniaan Allah s.w.t. dan bukan untuk mendatangkan kerosakan kepadanya. Tentang kedudukan manusia sebagai khalifah ini seperti dalam surah al An'am ayat 165 yang lalu bermaksud:

Terjemahan: Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana la hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya la Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-An'am, 6:165)

ii) Memakmurkan Bumi.

Umat Islam mestilah berusaha untuk melakukan kebaikan, menambah pengeluaran, mempertingkatkan kidmat bakti kepada masyarakat, membangun dan menggalakkan pertumbuhan. Tentang peranan ini dalam al-Quran menyebut:

Terjemahan: Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah s.w.t. dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankanpermohonan hambaNya". (Surah Hud: 61)

Dr. Yusuf al-Qardhawi (1998). Peranan Nilai dan Moral Dalam Perekonomian Islam, terjemahan olah K.H Didin Haidhuddin. Kuala Lumpur : Angkatan Belia Islam Malaysia, h. 10.

(14)

JURNAL /NTELEK2003 (Bdisi 1 Julai-Uisember)

Falsafah ini jelas mengikat manusia dengan peranan yang positif untuk memakmurkan bumi. Dalam perspektif kegiatan ekonomi, falsafah ini akan menjuruskan segala aktiviti perekonomian di atas landasan yang sihat dan bermanfaat.

Ukhuwwah

Penghayatan konsep ukhuwwah turut menjadi sebahagian dari falsafah ekonomi Islam yang penting. " Konsep ini mencetuskan ikatan persaudaraan di atas paksi tauhid. la tidak sahaja memberi kesan yang positif kepada aspek sosial malah turut memberi kesan yang sama dalam kehidupan ekonomi dan politik ummah. Mengenai perkara ini al-Quran menyatakan:

Terjemahan: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah s.w.t. supaya kamu beroleh rahmat.

(Surah al Hujurat, 49 : 10)

Malah dalam surah yang sama, al-Quran turut menganjurkan konsep perpaduan sejagat seperti berikut:

Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orangyang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al Hujurat, 49:13)

Umat Islam mesti hidup dalam satu kumpulan sosial yang tersusun iaitu secara berjamaah sebagai satu ummah. Mereka mesti mencorakkan kehidupan selaras dengan peraturan yang ditetapkan Allah s.w.t. serta mengkaji segenap ciptaan Allah s.w.t. bagi memperolihi hukum-hakam yang berkaitan. Semua aktiviti ini mestilah dilaksanakan dalam suasana harmonis dengan mengutamakan perpaduan dan kerjasama semua pihak.

Setiap individu Islam saling bertanggung jawab kepada Allah s.w.t., kepada sesama manusia, negara dan kepada diri sendiri dalam kaitan dengan perlaksanaan hukum syarak untuk manusia. Tanggungjawab ini adalah asas kepada sebarang hak yang berkaitan dengan individu atau masyarakat. Ini membawa kepada satu lagi elemen yang penting dalam falsafah ekonomi Islam iaitu konsep tazkiyyah.

Tazkiyyah

Manusia diciptakan dengan maksud yang mulia iaitu untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Dalam konteks ini, ibadat merujuk kepada ketaatan perintah Allah s.w.t. dan mengikuti pertunjuknya dalam segala tindakan dan perlakuan mu'a>malah. Tentang hal ini dapat dirujuk kepada ayat al Quran:

Muhammad Hussain (1987). Development Planning in a Islamic State. Karachi: Royal Book Co., h. 33-34.

(15)

JURNAL INTELEK 2003 (Bdisi 1 Julai-Visember)

Terjemahan: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah imtuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah al An 'am, 6:162).

Selaras dengan tujuan yang murni, manusia perlu mewujudkan hubungan yang bersih dalam apa pun peringkat hubungan dengan Allah s.w.t., sesama manusia dan alam. Penghayatan konsep ini berserta dengan konsep-konsep lain yang berupa perincian kepada tuntutan konsep tauhid akan membawa aktiviti ekonomi menuju kepada matlamat yang murni.

Berasaskan penjelasan-penjelasan di atas, tergambar betapa pentingnya pengaruh falsafah tauhid dalam menentukan asas perjalanan aktiviti-aktiviti kehidupan khususnya dalam bidang perekonomian untuk mencapai keadilan, kesaksamaan, pertumbuhan serta pembangunan ekonomi keseluruhannya.

KESIMPULAN.

Ekonomi Islam berasaskan falsafah tauhid yang unggul. Asasnya mampu meletakkan kebendaan dan kerohanian sama penting dan berupaya melahirkan individu ekonomi yang sejahtera dan tunduk kepada kekuasaan Allah. Keadaan ini dapat memperteguhkan keyakinan bahawa ekonomi Islam adalah sistem ekonomi sejagat Ianya juga merupakan sistem ekonomi yang praktikal untuk pembangunan dan pertumbuhan yang baik bagi operasi dalam kehidupan dunia dan akhirat. Namun ekonomi moden pada asalnya mempunyai prinsip asas dalam ideologi agama yang mantap. la secara mendadak berubah apabila berlakunya Revolusi industri di barat pada lewat abad ke-18, apabila unsur-unsur agama dan ideologi mula ditinggalkan. Sumber rujukan ilmu ekonomi moden mula tertumpu kepada pengamatan empirikal dan pengolahan akal semata-mata. Sebaliknya sumber ilmu ekonomi Islam tidak sahaja terhad kepada dua perkara tersebut malah melibatkan juga institusi dan sumber utama iaitu wahyu ilahi. Kedudukan ini memberi implikasi yang besar kepada perbezaan antara kedua-dua disiplin ekonomi Islam dan moden.

BIBLIOGRAFI

Mohd. Sulaiman Hj. Yasin (1982), Pengantar Falsafah Islam. Bhg. 1 dan Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 10.

Drs. Sidi Gazalba (1979), Ilmu Islam 2. Kuala Lumpur : Perusahaan Offset Bumi Kita, h. 257-258. Adam Smith (1937), An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations. New York : The Mordern Library, h. 9.

Ahmad Seifuddin (1984), Nilai Sistem Ekonomi Islam. Jakarta : CV Samudera, h. 9.

Monzer Khaf (1989), 'islamic Economics System : A Review dalam Aidit Ghazali et al. (ed)

Readings in the Concept and Methodology oflslamics Economic. Petaling Jaya : Pelanduk Pub. Sdn.

Bhd., h. 69.

Muhammad Arif (1989), 'Towards Establishing the Microfoundation of Islamic Economics: The basis of the basics " dalam (Ghazali Aidit et al, ed.) Reading in theConcept and Methodology of

Islamic economics. Petaling Jaya : Penerbitan Pelanduk Sdn. Bhd., h. 82-96.

(16)

JURNAL INTSLEK2003 (Edisi 1 Julai-Visember)

Muhammad Najetullah Siddiqi (1981), Muslim Economics Thinking : A Survey of Contemporary Literature. United Kingdom : The Islamic Foundation, h. 5.

Muhammad Arif (1989), op. cit, h. 82-96.

Khursid Ahmad (1980), Economic Development in an Islamic Framework. United Kingdom : The Islamic Foundation, h. 357.

Mahmud Abu Saud (1983), Outlines of Islamic. Delhi: Hindustan Publications, h. 10

Dr. Yusuf al-Qardhawi (1998). Peranan Nilai dan Moral Dalam Perekonomian Islam, terjemahan olah K.H Didin Haidhuddin. Kuala Lumpur : Angkatan Belia Islam Malaysia, h. 10.

Muhammad Hussain (1987). Development Planning in a Islamic State. Karachi: Royal Book Co., h. 33-34.

Referensi

Dokumen terkait

7 Pada sisi yang lain Bali Adat/Desa Pakraman merupakan kelembagaan adat yang secara konsisten menjalankan sistem Hukum Adat yang dijiwai oleh Ajaran Agama Hindu pada

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas dapat disimpulkan bahwa database adalah kumpulan data yang memiliki hubungan satu sama lain yang digunakan untuk mencatat, mengorganisir,

Pengaruh Suhu Air Perendaman Dan Jamur Trichoderma Harzianum Terhadap Pemecahan Dormansi dan Pertumbuhan Bibit Enau ( Arenga pinnata (Wumb) Merr.)

Meliputi method-method yang harus di-set pada HTTP response header, untuk mendeklarasikan tipe MIME dari response, sebaik method yang digunakan untuk mengambil instance dari

Bidang ilmu ekologi manusia yang telah berkembang dari ruang-lingkupnya yang kecil-terbatas pada kajian antropologi budaya (kesetimbangan ekologis pada sistem

Lähes kaikki toivat haastatteluissa esille, että lapset puhuvat hyvää suomen kieltä ja sen lisäksi myös äidinkieltään.. Haastatelluiden lapsilla oli myös

Film ve elyaf için talep sürekli bir artõş göstermektedir ve bu artõşõn devam edeceği tahmin edilmektedir.Paketleme sektöründeki talep ise 1998 yõlõnda % 8 ‘lik çok

Karena dengan adanya citra positif, akan mendorong sikap positif konsumen terhadap brand tersebut (Orlando, 2015). Oleh karena itu, dapat ditarik kesimpulan bahwa dengan