• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

PENGURUSAN BAKAT KENDIRI TERHADAP PENJANAAN KEWANGAN PERIBADI PELAJAR CITRA KEBUDAYAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Nurfitrianti Misheila

National University of Malaysia [email protected]

+60132974914 ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauhmana pengurusan bakat kendiri mempengaruhi penjanaan kewangan peribadi pelajar citra kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengurusan bakat kendiri merupakan salah satu kemahiran pengurusan yang perlu dimiliki oleh pelajar. Pengurusan bakat kendiri yang dimaksud di dalam kajian ini adalah merujuk kepada pengenalpastian bakat, pembangunan bakat dan budaya bakat. Kajian ini merupakan kajian berbentuk tinjauan. Kajian ini melibatkan 100 orang pelajar citra kebudayaan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengurusan bakat kendiri dan penjanaan kewangan peribadi pelajar secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan bakat kendiri dengan penjanaan kewangan peribadi pelajar. Implikasi dapatan kajian ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada pelajar untuk lebih menggunakan bakat yang ada untuk menjana kewangan peribadi berkaitan dengan keperluan ekonomi pada masa kini.

Kata Kunci : Pengurusan Bakat Kendiri, Penjanaan Kewangan Peribadi, Pelajar Citra Kebudayaan UKM

ABSTRACT

This study aims to observe to what extent the management of self talent influence the of UKM cultural citra students. Self-talent management is one of management skills that need to be possessed by students. Self-talent management in this study refers to talent identification, talent development and talent culture. This is a survey study involving 100 cultural citra students in UKM. Results of the study show that the overall level of self-talent management and self-generation finance is moderate. Besides that, results also reveal that there is a significant relationships between self-talent management and students’ self-generation finance. Implications of the study is to give awareness to students to utilise their talents to generate self financial in line with current economic needs.

(2)

PENGENALAN

Pengurusan bakat semakin dilihat sebagai suatu faktor yang kritikal dalam membangunkan organisasi yang berjaya serta keutamaan yang strategik dalam banyak perniagaan. Begitu juga untuk universiti yang berfokuskan manusia. Sumber utama dalam universiti adalah bakat staf yang bekerja dan juga bakat pelajar yang belajar di universiti tersebut. Dalam pendidikan, bakat boleh dianggap sebagai satu faktor yang susah untuk menjayakan sekolah. Dikatakan bakat sebagai suatu keupayaan yang semulajadi. Sebarang pemikiran, perasaan atau kelakuan yang berulang dan digunakan secara produktif juga dikatakan sebagai bakat. Misalnya naluri seseorang untuk ingin tahu, berdaya saing, menarik, gigih dan bertanggungjawab. Malah, yang bersifat negatif seperti sifat kedegilan, ketakutan atau kelemahan yang ada pada seseorang juga boleh disebut bakat jika bakat itu digunakan secara produktif. Apabila mempelajari sesuatu kemahiran, perkara yang didedahkan adalah langkah-langkah aktiviti untuk kemahiran tersebut. Melalui pembelajaran, beberapa perkara baru dihubungkaitkan. Kemahiran yang baru dipelajari mungkin dapat terlibat sama dengan beberapa keputusan dan mengarahkan kepada perkara yang lemah.

Kemahiran menentukan kemampuan untuk melakukan sesuatu sedangkan bakat menentukan bagaimana dan berapa kerap melakukannya. Sebagai contoh, katakan seorang itu kekurangan bakat empati dan ingin mempelajari kemahiran tersebut dengan menghadiri kelas kemahiran empati. Setelah berkursus, seseorang itu mungkin sudah mengetahui bila perlu berempati dan sudi mendengar perbualan dengan orang yang bermasalah. Semasa perbualan, pemikiran seseorang itu tidak ke arah saluran pemikiran dengan orang yang bermasalah. Jadi, langkah-langkah kemahiran empati dilakukan tetapi bakat empati tidak dimiliki oleh orang tersebut. Definasi bakat oleh Chartered Institute of Personnel and Development (CIPD, 2007) ialah keupayaan yang dimiliki oleh seseorang yang boleh membuat perubahan terhadap prestasi organisasi dengan mendedahkan tahap potensi yang tinggi. Manakala pengurusan bakat ditakrifkan sebagai suatu proses untuk membangunkan serta memajukan kerjaya seseorang yang berbakat dalam sesebuah organisasi menggunakan prosedur rasmi, sumber dan dasar bagi masa depan organisasi (Christie, 2005).

Aktiviti di luar bilik darjah merupakan aktiviti yang sudah dilazimi oleh belia sejak bermula di alam persekolahan lagi. Aktiviti kokurikulum merupakan salah satu

(3)

cabang kurikulum yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memberikan ilmu, pembentukan peribadi dan kemahiran kepada belia. Keterlibatan belia di dalam aktiviti kokurikulum juga boleh mendedahkan mereka kepada pembangunan modal insan yang sempurna yang mencakupi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pembangunan modal insan yang sempurna akan membentuk sahsiah yang tinggi dalam kalangan belia. Walaubagaimanapun, mutakhir ini isu berkaitan moral dan sahsiah belia menjadi antara isu yang penting dan mendapat pelbagai respon dari semua lapisan masyarakat. Peneropongan ke masa hadapan menjadi semakin kritikal, kerana jika tidak peka dan tidak bersiap sedia, berkemungkinan besar generasi kini akan berhadapan dengan kejutan masa depan yang membawa kepada kesan ke atas peribadi, psikologi dan sosiologi (Ismail, 2007). Sistem pendidikan negara turut berubah mengikut keperluan negara pada masa kini. Penglibatan belia di dalam akiviti kokurikulum digalakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejajar dengan falsafah pendidikan Negara untuk melahirkan masyarakat yang seimbang antara jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Menurut Faudziah et.al (2005), kewangan sebenarnya adalah satu seni dan sains mengurus wang manakala mengurus kewangan pula melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan matlamat-matlamat perakaunan bagi mencapat matlamat firma dan individu. Wang bagi seorang pelajar sama seperti manusia yang lain. Pelajar, terutamanya peringkat tinggi memerlukan wang untuk menampung kos pembelajaran dan sara hidup di universiti. Namun begitu, kos pendidikan tinggi di institusi pendidikan awam dan swasta semakin meningkat hari demi hari. Menurut Siti Alida et.al (2006), hal ini berlaku disebabkan kesan daripada peningkatan kos, serta perubahan orientasi pendidikan dan dasar pembiayaan di peringkat tinggi. Keperluan kewangan semasa di bangku sekolah dan di institusi pengajian tinggi amatlah berbeza. Perbelanjaan di peringkat sekolah rendah dan menengah biasanya ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa dan mendapat bantuan dari kerajaan. Lebih-lebih lagi kini pendidikan rendah dan menengah telah diberikan secara percuma seperti yang dinyatakan dalam Berita Harian (12 September 2007), dimana Perdana Menteri telah mengumumkan dalam bajet 2008 untuk memansuhkan yuran tahunan sekolah rendah dan menengah serta memperluaskan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak.

(4)

Namun begitu, senario yang berbeza akan dialami apabila pelajar mula menjejakkan kaki ke universiti. Keperluan kewangan jauh lebih tinggi daripada yang diperlukan di peringkat seolah rendah dan menengah. Antara kos yang timbul termasuklah yuran pengajian, buku dan bahan pembelajaran, perbelanjaan makan dan minum, penginapan, perjalanan, pakaian dan kemudahan telekomunikasi. Oleh sebab itu lah, pelajar perlu menggunakan bakat dan kemahiran yang ada untuk menjana kewangan peribadi yang boleh membantu dalam memenuhi keperluan kewangan pelajar tersebut.

Pernyataan Masalah

Bidang pendidikan dan perancangan pembangunan tenaga manusia yang komprehensif telah menjadi agenda penting dalam proses pembangunan di Malaysia. Pendidikan juga merupakan satu pelaburan jangka panjang dalam pembangunan modal insan. Matlamatnya adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang berilmu, mahir dan dinamis bagi pembangunan negara. Ianya diakui sebagai salah satu jenis pelaburan manusia yang menghasilkan keuntungan atau manfaat ekonomi dan menyumbang kepada kekayaan negara. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa kerajaan memperuntukkan wang yang banyak untuk bidang pendidikan ini. Dalam Utusan Malaysia (13 April 2006), Perdana Menteri telah mengumumkan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) peruntukan sejumlah RM 50.6 bilion untuk pendidikan dan latihan.

Walaupun bidang pendidikan memberikan nilai tambah yang tinggi kepada kemakmuran dan kemajuan negara, semua pihak perlu sedar bahawa pendidikan khususnya pendidikan tinggi bukanlah percuma. Ia tidak lagi dapat ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Dasar pengkorporatan universiti juga menyebabkan institusi pengajian tinggi terpaksa menambah dana melalui sumber tersendiri selain bantuan kerajaan. Oleh yang demikian, kos pengajian dari segi yuran, buku-buku akademik dan juga bahan-bahan tugasan semakin meningkat. Begitu juga halnya dengan kos sara hidup yang tinggi terutamanya di bandar-bandar besar.

Tidak dapat dinafikan bahawa memikirkan bagaimana mendapatkan sumber kewangan untuk melanjutkan pelajaran menjadi perkara yang sering mengganggu fikiran ibu bapa, khususnya pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi dan datang dari latar belakang keluarga yang sederhana dan miskin. Untuk memastikan semua golongan

(5)

mendapatkan pendidikan yang seimbang, maka kerajaan dan badan bukan kerajaan ada menawarkan skim pinjaman pelajaran dan juga beasiswa bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Contohnya PTPTN, KPM, JPA dan MARA. Namun begitu, menurut Siti Alida et.al (2007), pembiayaan kerajaan kepada para pelajar peringkat tinggi telah mengalami perubahan yang ketara semenjak sepuluh tahun yang lalu, di mana bantuan kerajaan dalam bentuk biasiswa semakin berkurangan dan digantikan dengan program pinjaman pelajar. Pinjaman dan biasiswa ini adalah untuk menampung yuran pengajian, penginapan dan perbelanjaan harian pelajar di universiti. Namun begitu, pinjaman dan biasiswa yang diberikan kepada pelajar adalah terhad. Lebih-lebih lagi, dewasa ini kita dibebankan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan yang mendadak. Ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi kedudukan kewangan pelajar.

Dalam hal ini, pengurusan kewangan dan penjanaan kewangan peribadi yang bijak oleh pelajar dapat membantu mereka dalam menjalani kehidupan dengan lancar di universiti. Bagi pelajar yang bijak dalam menggunakan bakat mereka dalam menjana kewangan peribadi mereka, mereka mungkin boleh melakukan sedikit tabungan untuk kegunaan pada masa akan datang. Sebaliknya, pelajar akan berdepan dengan pelbagai masalah jika tidak mampu mengurus sumber kewangan yang diperoleh dengan baik. Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengurusan bakat kendiri bagi aspek pengenalpastian bakat, pembangunan bakat dan budaya bakat terhadap penjanaan kewangan peribadi pelajar citra kebudayaan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti hubungan pengurusan bakat kendiri dengan penjanaan kewangan peribadi pelajar.

METODOLOGI Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah kajian tinjauan yang berbentuk kuantitatif yang dilakukan dengan tujuan utama untuk mengenalpasti pengurusan bakat bagi aspek pengenalpastian bakat, pembangunan bakat dan budaya bakat. Selain itu, kajian ini turut meninjau penjanaan kewangan peribadi pelajar citra kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

(6)

Sampel Kajian

Sampel kajian adalah terdiri daripada 100 orang pelajar citra kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia yang dipilih secara rawak. Sampel kajian yang dipilih ini meliputi pelajar dari bidang seni muzik, seni tari dan seni lakon.

Instrumen Kajian

Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah deskriptif dan korelasi melalui penggunaan soal selidik skala 7 Likert sebagai instrumen kajian. Kajian ini mengandungi 22 item yang melibatkan empat konstruk utama, iaitu 2 item untuk demografi, pengenalpastian bakat (5 item), pembangunan bakat (5 item), budaya bakat (5 item) dan penjanaan kewangan peribadi (5 item).

Jadual Interpretasi Skor Min yang digunakan oleh pengkaji adalah Jamil Ahmad (2012), Universiti Kebangsaan Malaysia dirujuk bagi menentukan tahap pengurusan bakat bagi aspek pengenalpastian bakat, pembangunan bakat dan budaya bakat. Selain itu, jadual ini juga digunakan untuk menentukan tahap penjanaan kewangan peribadi pelajar citra kebudayaan.

Jadual 1 InterpretasiSkor Min

Julat skala Interpretasi skor min 1.00 – 2.20 Rendah 2.21 – 3.40 Sederhana Rendah 3.41– 4.60 Sederhana

4.61 – 5.80 Sederhana Tinggi 5.81 - 7.00 Tinggi

Bagi melihat hubungan antara dua pembolehubah iaitu pengurusan bakat dan penjanaan kewangan peribadi, ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan kesignifikannya pada aras 0.01 dan melihat kekuatan antara dua pembolehubah.

Jadual 3.2Penerangan PekaliKorelasi

NilaiPekali Tafsiran/Penerangan 0.01 -0.09 Bolehdiabaikan 0.10-0.29 Rendah 0.30-0.49 Sederhana 0.50-0.69 Kuat 0.70-0.99 Sangattinggi 1.00 Sempurna

(7)

Analisis Data

Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan korelasi. Statistik deskriptif digunakan ialah min skor dan sisihan piawai. Manakala statistik korelasi pula menggunakan ujian korelasi Pearson. Analisis data menggunakan SPSS versi 22.0.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini melibatkan responden di kalangan pelajar kebudayaan yang melibatkan jantina, fakulti, bidang seni, fakulti dan status sosio ekonomi dan secara terperincinya dijelaskan sebagai berikut. Berdasarkan jadual 2 dibawah, analisis profil responden menunjukkan keseluruhan sampel adalah 100 orang. Daripada jumlah tersebut, 40 responden adalah dari bidang seni muzik (40%), 30 orang responden dari bidang seni tari (30%), 30 orang responden dari bidang seni lakon (30%). Bagi aspek jantina pula, 50 orang lelaki (50%) dan 50 orang responden adalah pelajar wanita (50%).

Jadual 2 : Profil Demografi

Profil Demografi Kekerapan Peratusan

BidangSeni Jantina Muzik Tari Lakon Lelaki Perempuan 40 30 30 50 50 40% 30% 30% 50% 50%

Pengurusan Bakat Kendiri

Jadual 3 : Tahap Pengurusan Bakat Bagi Aspek Pengenalpastian Bakat

Item Pernyataan Min S.P

A.1 Saya mempunyai bakat seni dalam diri 3.916 1.764 A.2 Saya mampu bermain muzik/menari/berlakon dengan baik 3.527 1.555 A.3 Saya merasabanggadenganbakatseni yang saya miliki 3.732 1.474 A.4 Saya mengenalpasti bakat di bidang seni yang saya pilih 3.269 1.401 A.5 Saya mampumenentukan hala tujubakat yang saya miliki 4.558 1.359

Min Keseluruhan 3.601 0.922

Berdasarkan jadual 3 analisis deskriptif menunjukkan tahap pengurusan bakat bagi aspek pengenalpastian bakat di kalangan pelajar citra kebudayaan secara keseluruhannya berada di tahap sederhana. Kajian ini mendapati pelajar telah mampu menentukan hala tuju bakat yang mereka miliki. Ini menyokong pendapat Abdul Ghani, et al (2007) yang menyatakan bahawa pelajar yang mampu mengenalpasti bakat mereka juga mempunyai kebolehan mengenalpasti, mengetahui, mengiktiraf emosi dan

(8)

keupayaan dalam mengawal perasaan bagi pemahaman berkaitan dengan masa depan mereka sendiri.

Jadual 4 : Tahap Pengurusan Bakat Bagi Aspek Pembangunan Bakat

Item Pernyataan Min S.P

B.1 Saya selalu meminta bimbingan dari guru seni untuk meningkatkan kemahiran dalam satu bidang seni yang saya pilih 4.390 1.334 B.2 Saya sentiasa meminta bimbingan dari rakan-rakan untuk meningkatkan kemahiran dalam satu bidang seni yang saya pilih 3.271 1.634 B.3 Saya menggunakan masa lapang untuk mengasah bakat yang saya miliki 4.253 1.306 B.4 Saya selalu mengikuti latihan-latihan yang disediakan oleh pusat kebudayaan untuk mengasah bakat yang saya miliki 3.295 1.531 B.5 Saya belajar menggunakan internet untuk mengasah bakat yang saya miliki 3.943 1.455

Min Keseluruhan 3.830 0.835

Pengurusan bakat bagi aspek pembangunan bakat di kalangan pelajar citra kebudayaan juga menunjukkan tahap yang sederhana. Ini menunjukkan pelajar kurang mengamalkan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan bakat ataupun kemahiran yang mereka miliki. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar selalu meminta bimbingan dari guru seni untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam satu bidang seni yang mereka pilih.

Dapatan kajian ini selari dengan pendapat Rhodes et al (2009) yang setuju bahawa individu tidak boleh meningkatkan prestasi mereka kecuali mereka menerima bentuk maklum balas ataupun bimbingan yang berkaitan dengan bidang yang mereka pilih. Bimbingan yang diterima oleh pelajar daripada guru seni mereka mampu menyokong pelajar membangunkan bakat mereka secara berterusan (DETE, 2013). Maklum balas yang membina ataupun konstruktif adalah perkongsian mengenai kemahiran dan menyediakan tindakan ataupun latihan yang tepat pada masanya berdasarkan bakat yang mereka miliki (McLoughney, 2007). Kajian telah menunjukkan bahawa komunikasi tentang jangkaan, maklum balas yang berterusan serta membina dan melatih pelajar ke arah cita-cita mereka akan meningkatkan tahap penglibatan mereka dalam satu bidang tersebut. Ini seterusnya, akan meningkatkan prestasi dan mengembangkan bakat (Becom & Insler, 2011).

(9)

Jadual 5 : Tahap Pengurusan Bakat Bagi Aspek Budaya Bakat

Item Pernyataan Min S.P

C.1 Saya sering melibatkan diri dalam program kebudayaan 3.930 1.178 C.2 Saya selalu hadir dalam aktiviti kebudayaan 3.350 1.458 C.3 Dengan memiliki bakat didalam kebudayaan, saya mampu menjana kewangan peribadi saya sendiri 3.900 1.143 C.4 Bakat yang saya adamendorong saya untukselalumenghasilkan idea yang barudidalambidangseni yang saya pilih 3.281 1.458 C.5 Saya memberikan tumpuan yang lebih terhadap bidang seni yang saya pilih 3.850 1.339

Min Keseluruhan 3.599 0.839

Jadual 5 menunjukkan bahawa tahap pengurusan bakat bagi aspek budaya bakat. Secara keseluruhannya, tahap pengurusan bakat bagi aspek budaya bakat berada di tahap sederhana. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar sering melibatkan diri dalam program kebudayaan. Ini selari dengan data markah kokurikulum negeri Selangor tahun 2010 yang menunjukkan penglibatan pelajar masih berada di tahap sederhana. Selain itu, dapatan kajian Mohanaraju (2012) terhadap minat dan penglibatan pelajar terhadap aktiviti kebudyaan yang disertai menunjukkan bahawa kumpulan yang berminat berada pada tahap sederhana.

Jadual6 :TahapPenjanaanKewanganPeribadiPelajar

Item Pernyataan Min S.P

D.1 Perancangan perbelanjaan bulanan 4.560 1.274

D.2 Simpanan masa hadapan 4.521 1.373

D.3 Matlamat kewangan tercapai 3.032 1.500

D.4 Tidak pernah risau tentang hutang 3.042 1.688

D.5 Bayar hutang tepat masa 4.426 1.437

Min Keseluruhan 3.916 0.859

Analisis min menunjukkan bahawa di universiti, pelajar yang mengambil citra kebudayaan mampu merancang perbelanjaan bulanan dengan baik. Secara keseluruhannya, tahap penjanaan kewangan peribadi pelajar masih berada di tahap sederhana. Ini menjadi salah satu masalah yang dialami pelajar saat ini, seperti yang dinyatakan oleh Siti Alida et. al (2007) bahawa pembiayaan kerajaan kepada para pelajar peringkat tinggi telah mengalami perubahan yang ketara semenjak sepuluh tahun yang lalu dimana bantuan keajaan dalam bentuk biasiswa semakin berkurangan dan

(10)

yang diberikan kepada pelajar adalah terhad. Lebih-lebih lagi, dewasa ini dibebankan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan yang mendadak. Oleh sebab itulah, perancangan perbelanjanan bulanan yang baik patut diamalkan pelajar untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Jadual 7 : Korelasi Pearson Hubungan antara Pengurusan Bakat dengan Penjanaan Kewangan Peribadi Pelajar Kebudayaan

Domain penilaian proses Penjanaan Kewangan Peribadi Interpretasi

r Sig.

Pengenalpastian Bakat 0.305 0.000 Sederhana

Pembangunan Bakat 0.350 0.000 Sederhana

Budaya Bakat 0.550 0.000 Kuat

Jadual 7 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan bakat bagi aspek pengenalpastian bakat dengan penjanaan kewangan peribadi pelajar citra kebudayaan dengan nilai r = 0.305 dan sig = 0.000 (p<0.05). Kekuatan hubungan ialah sederhana. Selain itu juga terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan bakat bagi aspek pembangunan bakat dengan penjanaan kewangan peribadi pelajar dengan nilai r = 0.350 dan sig = 0.000 (p<0.05). Kekuatan hubungan ialah sederhana. Manakala hubungan pengurusan bakat bagi aspek budaya bakat dengan penjanaan kewangan peribadi pula mempunyai kekuatan hubungan kuat dengan nilai r = 0.550 dan sig = 0.000 (p<0.05).

Ilmu yang dipelajari lebih berharga jika diaplikasikan secara praktikal dan bukan hanya semata-mata untuk lulus peperiksaan dan berkisar di dalam bilik kuliah sahaja. Kursus citra kebudayaan boleh dijadikan landasan bagi pelajar mengembangkan minat dan bakat yang mungkin terbatas dalam khusus pengajian mereka (Mahoney et al., 2003; Jamaludin et al, 2009; Canham & Bennett 2002). Penganjuran pelbagai aktiviti atau projek dan penglibatan pelajar didalam aktiviti tersebut sebagai salah satu cara dalam menerapkan budaya bakat mereka secara tidak langsung membantu mendedahkan mereka kepada realiti dunia luar, cara kerja dan cabaran sebenar. Seterusnya, penglibatan mereka di dalam aktiviti kebudayaan mampu menyelesaikan masalah kewangan dengan menjana kewangan peribadi melalui bakat yang mereka miliki. Selain itu, pengalaman yang diperolehi ini dapat membantu mereka membina personaliti yang baik (Jumali et al., 2010) dan mampu menguasai kemahiran insaniah.

(11)

KESIMPULAN

Pelaksanaan program citra kebudayaan menjadi salah satu aktiviti kokurikulum berkredit di UKM telah menunjukkan hasil seperti mana yang diharapkan. Kajian ini merupakan dapatan awal bagi menjelaskan bagaimana pengurusan bakat kendiri yang dilakukan oleh pelajar dalam menjana kewangan peribadi mereka. Usaha yang berterusan bagi mendapatkan reaksi pelajar akan diteruskan bagi menambahbaik serta mengukuhkan kesemua elemen pengurusan bakat sepertimana yang telah dijelaskan di dalam kajian ini. Kejayaan pengurusan bakat kendiri pelajar secara keseluruhannya memakan masa dengan pelbagai aktiviti lain yang perlu diperkemaskan. Bagaimanapun, ianya bukan sesuatu yang mustahil dicapai dan perlu dilakukan bagi membantu membangunkan pelajar dengan bakat yang boleh digunakan dalam menjana kewangan peribadi mereka sendiri.

RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah, et.al (2008). Gaya-gaya Kepimpinan dalam pendidikan.. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

CIPD (2007). Talent: Strategy, Management, Measurement. CIPD, London.

Christie, D. (2005). Learning to grow our own: A study of succession planning at Douglas College. Thesis Sarjana, Royal Roads University, Canada.

Faudziah, H. F., Hasnah, H. & Muhamad, J. (2005). Internal auditing practices and internal control system. Managerial Auditing Journal, 20(8), 844-866.

Ismail Abas. 2007. Peranan Guru Membina Murid Menghadapi Cabaran Wawasan 2020. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Islam, Selangor, Jilid 10. Jumali Hj. Selamat, Khaidzir Hj. Ismail & Shaharuddin Ahmad, 2010. Objektif dan

faedah berpersatuan. Dlm.Shahruddin Ahmad, Khaidzir Hj. Ismail & Jumali Hj. Selamat (pnyt). Mengurus Persatuan : Proses dan Kemahiran, Bangi : Penerbit UKM

Mahoney, J. L., Cairns, B. D. & Farmer, T. W. 2003. Promoting interpersonal compentence and educational success through extracurricular activity participation. Journal of Educational Psycohology. 95(2): 409-418.

Mohanaraju Annamalai. 2012, Pengaruh Sokongan Keluarga dalam Penglibatan Ko-Kurikulum Sekolah terhadap Pencapaian Kemahiran Insaniah Murid. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA.

Rhodes, C., & Brundrett, M. (2009). Leadership development and school improvement. Educational Review, 61(4), 361–374.

Siti Alida Abdullah & Halimah Ahmad. 2007. Kewangan & Pelajar IPT. Kuala Lumpur: PTS Professionals.

Referensi

Dokumen terkait

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (