• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KESAN KRISIS BANK TERHADAP GELAGAT PENGGUNA KEWANGAN

Khairun Nabilah binti Samsudin Hendon Bt. Redzuan

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kertas kerja ini mengkaji kesan-kesan krisis yang melanda bank di Malaysia dan juga gelagat pengguna dalam, menghadapi keadaan krisis bank di Malaysia. Hal ini kerana, sistem perbankan merupakan komponen penting dalam infrastruktur kewangan dan ekonomi negara. Pengguna merupakan pendorong utama di dalam pembangunan sistem perbankan, hal ini kerana, pengguna meletakkan kepercayannya dalam menyimpan wang di dalam bank. Untuk membolehkan bank diterima oleh pengguna kewangan, maka beberapa bank telah berusaha menawarkan khidmat yang terbaik bagi pengguna mereka. Bank bertanggungjawab dalam menjaga perkhidmatan mereka untuk menjaga hubungan yang baik kepada semua pengguna kewangan. Oleh itu, reputasi bank sedikit sebanyak bergantung kepada gelagat pengguna. Terdapat beberapa faktor luaran serta dalaman yang mempengaruhi keadaan pengguna terhadap bank kepercayaan mereka. Krisis bank merupakan satu keadaan di mana pengguna kewangan perlu elakkan bagi menjamin kedudukan kewangannya di dalam bank.

Kata Kunci: Krisis Bank, Gelagat Pengguna Kewangan

PENGENALAN

Krisis perbankan adalah krisis kewangan yang memberi kesan kepada aktiviti perbankan, sering dikaitkan dengan panik atau berlari keluar dari bank kepunyaan peribadi. Kedudukan bank biasanya menjejaskan bank-bank tunggal manakala serangan panik perbankan melibatkan banyak bank. Sebilangan besar pelanggan bank yang mengeluarkan kesemua simpanan mereka pada masa yang sama disebabkan oleh kebimbangan tentang keadaan bank dipanggil istilah “Run bank”. Kajian telah menunjukkan bahawa beberapa larian bank adalah disebabkan oleh maklumat negatif mengenai bank-bank. Tetapi banyak berjalan bank juga telah dikaitkan dengan panik pendeposit daripada insolvensi sebenar yang dialami oleh bank. Oleh kerana lebih ramai pendeposit mengeluarkan wang, maka peluang kenaikan insolvensi bank juga meningkat. Apa sahaja yang bermula daripada panik oleh pengguna kewangan maka boleh bertukar menjadi keadaan kegagalan bank sebenar. Kegagalan bank di Malaysia adalah tidak diketahui, kerana bank-bank Malaysia beroperasi di bawah jaminan daripada PIDM. Tambahan pula, khabar angin kegagalan bank boleh mencetuskan

(2)

jangka di bank kerana ia mungkin merangsang pengeluaran panik yang akhirnya boleh menyebabkan lalai.

Lebih sedekad yang lalu, beberapa larian bank telah menyaksikan seluruh dunia seperti Northern Rock di UK dan Countrywide Financial di Amerika Syarikat. Peristiwa

“bank run” ini juga melibatkan Swedbank dan SEB di Sweden dan First Investment

Bank di Bulgaria.

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gelagat pengguna sebagai tindak balas kepada keadaan krisis kewangan akibat khabar angin kegagalan bank. Tanggapan panik kewangan pengguna tidak begitu difahami dengan baik lagi, walaupun kepentingan akademik dan praktikal. Oleh itu, memahami tindak balas dan reaksi pengguna terhadap khabar angin perbankan runtuh akan menyediakan maklumat yang berguna ke dalam memahami sifat-sifat dan toleransi risiko semasa krisis perbankan mereka. Memahami tingkah laku pengguna mempunyai kepentingan yang ketara kerana ia boleh membantu menjelaskan jawapan pengguna kolektif kepada krisis kewangan.

Untuk memahami kesan panik kewangan, emosi pendeposit perlu diterokai sebagai aspek ini mungkin mempengaruhi kepekaan mereka kepada risiko bank, yang seterusnya akan memberi kesan kepada tindakan mereka semasa krisis perbankan. Kajian ini merupakan satu usaha ke arah itu, mendokumentasikan kepentingan penentu emosi (atau afektif) keputusan di bawah risiko dan ketidaktentuan semasa potensi krisis perbankan. Tambahan pula, pendeposit merupakan tunggak utama dalam sistem perbankan di mana, pengguna sebagai pendeposit merupakan aliran modal dalam urusniaga bank. Tanpa deposit ini, operasi bank sukar untuk di jalankan.

KRISIS KEWANGAN PENYEBAB KRISIS PERBANKAN DI MALASIA

Krisis kewangan yang melanda Asia bermula pada Julai 1997 merupakan satu fenomena yang telah menjejaskan aktiviti perdagangan dan hampir melumpuhkan ekonomi negara-negara terbabit. Kedatangannya di tengah-tengah pertumbuhan pesat rantau Asia khususnya Asia Timur dikatakan angkara spekulator asing, namun tidak dapat dinafikan ada faktor-faktor lain yang menyumbang kepada fenomena ini dan menyebabkan krisis menjadi bertambah parah. Krisis yang bermula sebagai krisis mata wang dan kecairan telah berkembang menjadi krisis struktur seluruh ekonomi dan merebak keseluruh Asia dan menjejaskan perdagangan dunia. Pelbagai macam tanggapan dan penjelasan telah dikemukakan bagi menghuraikan sabab musabbab

(3)

tercetusnya krisis tersebut. Namun tiada kesepakatan antara mereka. Ahli-ahli ekonomi mungkin memerlukan beberapa tahun lagi sebelum mencapai suatu penjelasan yang dipersetujui bersama tentang fenomena ini. Namun pada waktu itu nanti, fenomena ini mungkin sudah menjadi suatu sejarah bagi tatapan generasi baru.

Secara khususnya krisis kewangan di Asia dapatlah dikatakan bermula pada 2 Julai 1997 iaitu sehari selepas kembalinya Hong Kong kepada pemerintahan China dengan runtuhnya nilai baht di Thailand. Fenomena ini dengan cepatnya merebak dari negara ke negara di rantau ini. Namun bibit-bibit krisis sebenarnya sudah mula bercambah lama sebelum tarikh tersebut lagi. Ia kemudiannya merebak dengan kelajuan yang sama sekali tidak dijangka oleh sesiapapun. Malah, bahang krisis ini turut dirasai di Amerika Utara dan Eropah.

Serangan spekulatif terhadap mata wang kali ini dianggap penganalisis sebagai agak luar biasa iaitu bagaikan teori domino bermula dengan baht di Thailand, diikuti peso Filipina dan ringgit Malaysia. Tidak terkecuali rupiah Indonesia, dolar Singapura serta won Korea dan dolar Taiwan. Kegawatan ini telah membimbangkan hampir kesemua pasaran yang baru muncul yang diibaratkan sebagai pasaran yang hampir tenggelam. Malah krisis ini boleh menjadi lebih teruk dan menyebabkan kemelesetan ekonomi dunia sama seperti yang pernah berlaku dalam tahun 60-an.Presiden Amerika, Bill Clinton pernah menyifatkan krisis kewangan Asia hanya seperti ‘kerikil kecil di jalan raya’. Sebaliknya, krisis tersebut telah bertukar daripada salah tanggapan sebagai selesema Asian yang bukan hanya menggugat rantau Asia-Pasifik, bahkan mengancam untuk menyelubungi dunia. Krisis bermaksud keadaan tidak terkawal atau tidak tenteram yang boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesutu kejadian (perkembangan, perubahan dll), keadan yang lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yang genting, kegentingan, ketegangan dan keributan. Kewangan pula merujuk perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yang dikaitkan dengan wang. Manakala frasa krisis kewangan adalah bermaksud keadaan yang membimbangkan mengenai soal-soal kewangan (seperti kekurangan wang dll). Dalam tempoh beberapa tahun sebelum krisis, ekonomi Asia Timur termasuk Malaysia mengalami pertumbuhan yang begitu pesat. Pertumbuhan ini telah disertai dengan kadar inflasi yang rendah, pendapatan per kapita yang meningkat dan kadar kemiskinan yang berkurangan.

Malaysia misalnya, telah mencatat kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar sebanyak 8.5 peratus bagi tempoh 1991-1997, manakala

(4)

pendapatan per kapita telah meningkat dua kali ganda dalam dolar Amerika Syarikat (USD) pada tahun 1997. Di samping itu, kadar kemiskinan telah berjaya dikurangkan daripada 16.5 peratus kepada 6.1 peratus dalam tempoh yang sama. Di Thailand, pada penghujung tahun 1996, Kementerian Kewangan Thailand begitu positif terhadap masa depan ekonomi negaranya dengan meramalkan pertumbuhannya kekal pada purata antara tujuh hingga 7.5 peratus setahun serta mengekalkan inflasi pada kadar maksimum lima peratus sepanjang tuga tahun lagi. Mereka turut meramalkan akaun defisit semasa negara berada pada kadar antara 7.5 dan 7.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 1997. Eksport juga dijangka meningkat.

Suasana ekonomi makro serantau yang menggalakkan telah berjaya menarik minat pelabur untuk menanam modal di rantau ini. Menurut Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), antara tahun 1990-1996, jumlah modal yang mengalir masuk ke “pasaran-pasaran baru muncul” Asia melebihi USD$ 400 billion. Dana tersebut mengalir masuk dalam bentuk pelaburan langsung (dengan membeli syarikat-syarikat atau membina kilang-kilang), pinjaman bank serta membeli saham dan bon. Zaman muncah (“keajaiban Asia”, “ekonomi naga”, “ekonomi harimau”) berlaku apabila modal asing itu ditukar menjadi mata wang tempatan dan dibelanjakan dalam pelbagai sektor. Maka pastilah tidak mungkin bahawa segala wang tersebut telah disalurkan kepada pelaburan yang bijaksana.Aliran masuk modal terhenti – malah berbondong-bondong merempuh keluar – apabila para si peminjam (creditors) itu membuat tafsiran bahawa dana tersebut semakin banyak yang digunakan untuk membina bangunan, kilang dan pejabat yang sebenarnya tidak diperlukan. Maka tinggallah negara-negara tersebut sebagai mangsa krisis ekonomi dan penanggung hutang luar yang amat besar jumlahnya.

Implikasi daripada fenomena ini amat mendalam yang bukan setakat menurunkan nilai mata wang dan harga saham sesebuah negara yang telibat, bahkan membawa kepada kegawatan ekonomi secara keseluruhannya di samping memberi kesan jangkitan kepada negara-negara serantau. Penurunan nilai mata wang menular ke seluruh Asia. Negara Thailand umpamanya, mengalami kejatuhan nilai mata wang baht ke paras paling rendah dalam tempoh 30 tahun, satu situasi yang menggegarkan seluruh Thailand. Sejak 2 Julai 1997, nilainya susut sehingga 25 peratus. Seterusnya ekonomi Thailand diramal sekadar meningkat 2.5 hingga 3 peratus sahaja pada 1997, iaitu kadar paling perlahan dalam tempoh tiga dekad, berbanding 6.4 peratus pada 1996.

(5)

Sejak bulan Julai 1997, nilai ringgit telah jatuh dengan ketaranya. Dari RM2.50 kepada satu dolar AS, ringgit turun nilai kepada RM4.16 (8 Julai 1998) kepada satu dolar AS. Sebaliknya dolar AS mengukuh sebanyak 66 peratus berbanding ringgit. Kejatuhan dalam mata wang adalah berkait rapat dengan kejatuhan di bursa saham. Indek Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) umpamanya menjunam daripada paras tertinggi 1271 pada 25 Februari 1997 kepada 262.7 mata pada 1 September 1998. Nilai pasaran ini merosot melebihi dua pertiga daripada mata tertinggi tersebut, iaitu daripada RM917 bilion kepada RM181.5 bilion pada tempoh yang sama menyebabkan kerugian melebihi RM700 bilion dalam pasaran sahamnya. Dalam menghuraikan bagaimana terjadinya krisis kewangan di rantau Asia ini, pelbagai pendapat dan teori telah dikemukakan oleh ahli-ahli ekonomi. Masing-masing mempunyai hujah tersendiri untuk menyokong pendapat mereka. Sama ada faktor itu berbentuk faktor luaran atau dalaman, ataupun faktor di luar batasan kawalan manusia, semuanya memainkan peranan yang sama penting untuk mencetuskan krisis kewangan.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GELAGAT PENGGUNA TERHADAP KRISIS BANK

Pengguna merupakan pendeposit kepada bank. Justeru itu, pendeposit memerlukan pengetahuan yang secukupnya terhadap bank yang dilaburkan. Oleh itu, pengetahuan tentang bank adalah salah satu faktor yang penting dalam mempengaruhi gelagat pengguna terhadap krisis-krisis yang akan berlaku terhadap bank mereka. Pengetahuan adalah sebagai salah satu input yang amat penting dan menyumbang kepada pembangunan dan pembentukkan daya saing kepada sesebuah organisasi ( Applegate et.al., 1996; Chen et al., 2007)(petikan dari Daim, N.(2008). Oleh itu untuk terus bersaing, organisasi perlulah mengumpul, menggunakan dan menyimpan pengetahuan secara efisen yang mana ia merupakan sebahagian daripada proses pengurusan pengetahuan. Ini bermakna dengan adanya pengurusan pengetahuan yang baik, ia akan dapat membantu organiasai untuk terus belajar yang mana pengetahuan baru dapat dipraktikkan dan boleh diguna pada bila-bila masa ia diperlukan (Brandenburg dan Carroll, 1995).

Bowyer et al (1986) menyatakan bahawa pendeposit hanya mempunyai pengetahuan yang asas dan terhad tentang insurans deposit. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pendeposit hanya mengetahui pengetahuan asas sahaja dan tidak selanjutnya

(6)

yang diterangkan oleh pihak bank. Oleh sebab itu, apabila berlakunya bank krisis, pendeposit cepat melenting dan bertindak melulu. Inakura et al (2005) menyatakan bahawa pendeposit yang mempunyai tahap pendapatan dan pendidikan yang tinggi akan mempunyai pengetahuan yang lebih banyak tentang insurans deposit. Pengatahuan amat penting dalam mendalami sistem bank yang dijalankan. Pendeposit perlu menitikberatkan soal pengetahuan agar tidak berlakunya salah faham antara pihak bank dan juga pendeposit.

Namun begitu, menurut Norbert et al. (2008), pendeposit tidak mengetahui bagaimana deposit mereka dilindungi. Hal ini bagi, pendeposit yang mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap bank tersebut dan juga boleh menyebabkan pendeposit bertukar bank apabila bank tersebut mengalami krisis. Terdapat kajian yang dijalankan oleh Safakli dan Guryay (2007) yang telah mengkaji pengetahuan pendeposit terhadap bank. Mereka menjalankan kajian terhadap 81 orang pekerja bank dan 100 orang pendeposit. Mereka dapati pekerja bank dan pendeposit tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang deposit. Sekali lagi kajian yang jelas menunjukkan bahawa pengguna mengambil remeh akan hal-hal berkaitan dengan perbankan. Menurut pemerhatian, kebanyakkan pengguna tidak membaca terma dan syarat yang telah diberikan oleh pihak bank. Pengguna semata-mata menandatangani kontrak dan tidak mendalami pengisisan yang telah dinyatakan oleh pihak bank. Hal ini tidak boleh diambil remeh kerana pengguna berhak untuk mengkaji keuntungan dan kerugian yang dialami.

Faktor kedua yang mempengaruhi gelagat pengguna terhadap krisis bank adalah kepercayaan pengguna kepada bank.Prinsip kepercayaan dalam bank adalah sangat penting bagi bank dan juga bagi pengguna. Atas sebab kepercayaan pengguna itulah pengukur kepada kejayaan bank tersebut. Prinsip kepercayaan diatur dalam Pasal 29 ayat (4) UU Nomor 10 tahun 1998 tentang Perubahan atas Undang-Undang Perbankan Nomor 7 tahun 1992 tentang Perbankan. Dimana asas kepercayaan adalah suatu asas yang menyatakan bahwa usaha bank dilandasi oleh hubungan kepercayaan antara bank dengan pengguna. Bank terutama bekerja dengan dana dari masyarakat yang disimpan padanya atas dasar kepercayaan, sehingga setiap bank perlu terus menjaga kesihatannya dengan tetap memelihara dan mempertahankan kepercayaan masyarakat padanya. Kehendak pengguna untuk menyimpan sebagian wangnya di bank, semata-mata dilandasi oleh kepercayaan bahwa wang mereka akan dapat diperolehnya kembali pada

(7)

waktu yang diinginkan atau sesuai dengan yang diperjanjikan dan disertai dengan imbalan.

Apabila kepercayaan penyimpan dana terhadap suatu bank telah berkurang, tidak tertutup kemungkinan akan terjadi sesuatu terhadap dana yang disimpannya. Sama halnya dengan kredit, Sutan Remy Sjahdeini menyatakan bahwa hubungan antara bank dengan nasabah penyimpan dana adalah hubungan pinjam-meminjam wang antara kreditur (bank) dan debitur (nasabah). Prinsip kepercayaan adalah suatu prinsip yang menyatakan bahwa usaha bank dilandasi oleh hubungan kepercayaan antara bank dengan nasabahnya. Bank terutama bekerja dengan dana dari masyarakat yang disimpan padanya atas dasar kepercayaan, sehingga setiap bank perlu terus menjaga kesehatannya dengan tetap memelihara dan mempertahankan kepercayaan masyarakat padanya. Kemauan masyarakat untuk menyimpan sebagian uangnya di bank, semata-mata dilandasi oleh kepercayaan bahwa uangnya akan dapat diperolehnya kembali pada waktu yang diinginkan atau sesuai dengan yang diperjanjikan dan disertai dengan imbalan.

Reputasi bank merupakan faktor yang penting dalam pemilihan bank oleh pengguna. Reputasi bank ini didefinasikan sebagai nama baik (Kamus Dewam 1989). Reputasi atau imej sesebuah bank amat penting bagi membina keyakinan pengguna terhadap bank (Erol 1984). Selain kualiti, perkhidmatan bank juga merupakan faktor penting dalam pemilihan sesebuah bank di kalangan pengguna. Risiko reputasi adalah risiko akibat menurunnya tingkat kepercayaan stakeholder (al.Regulator, nasabah, masyarakat, pengurusan bank dan pegawai) yang bersumber dari persepsi negatif terhadap bank. Diantara risiko yang dihadapi bank, risiko reputasi merupakan risiko yang memiliki dampak paling signifikan dan dapat mempengaruhi keberlangsungan usaha bank.

Menurut Fombrun dan Shanley (1990), reputasi bank yang baik akan mengurangkan risiko kerugian kepada pengguna di bank tersebut. Hal ini kerana, jika berlaku krisis bank, pengguna tidak terburu-buru dalam mengeluarkan wang mereka. Namun demikian, Kim dan Choi (2003), menafikan bahawa reputasi bank boleh membataskan tahap pengeluaran deposit secara besar-besaran.Risiko reputasi dapat timbul akibat faktor internal maupun eksternal bank. Industri perbankan secara umum dan atau terjadinya krisis keWangan (un-controllable oleh bank) merupakan area regulator. Sumber risiko internal dan langkah mitigasi yang dilakukan oleh bank

(8)

merupakan area yang wajib dikelola oleh bank melalui penerapan manajemen risiko reputasi.

Persepsi negatif yang menjadi sumber risiko reputasi dapat timbul dari hal yang tidak secara nyata terjadi atau hanya sekedar rumor. Rumor tentang kerugian yang dialami suatu bank, jika tidak dikelola dengan baik dapat mengakibatkan timbulnya kekhawatiran berlebih dari nasabah dan dalam skala yang lebih luas dapat mengakibatkan timbulnya penarikan dana secara besar-besaran (‘bank rush’) dari sistem perbankan. Mengembalikan reputasi tentunya membutuhkan biaya yang sangat besar dan waktu yang cukup. Hal tersebut di atas menjadi landasan mengapa bank perlu mengelola risiko reputasi.

Pengurusan Risiko dalam Bank juga menjadi faktor gelagat pengguna apabila menghadapi krisis bank. Pengurusan risiko adalah mengenal pasti, menilai, dan mengatur kepentingan risiko (ditakrifkan dalam ISO 31000 sebagai kesan ketidak tentuan pada matlamat, samaada positif atau negatif) diikuti oleh penggunaan sumber secara teratur dan ekonomi bagi mengurangkan, memantau dan mengawal kemungkinan dan/ kesan peristiwa tidak diingini atau bagi memaksimakan penzahiran peluang. Risiko boleh datang dari ketidak tentuan dalam pasaran kewangan, kegagalan projek (pada sebarang fasa reka bentuk, pembangunan, penghasilan, atau pengekalan kitaran hayat), liabiliti perundangan, risiko kredit, kemalangan, takdir (“kejadian alam dan malapetaka”) termasuk juga serangan sengaja dari musuh, atau peristiwa yang tidak pasti atau punca tidak dijangka. Beberapa teknik piwaian pengurusan risiko telah dibangunkan termasuk Institute Pengurusan Projek, Institute Kebangsaan Piwaian dan Teknologi,persatuan aktuari, dan piwaian ISO.

Kaedah, takrifan dan matlamat jauh berbeza menurut samaada kaedah pengurusan risiko adalah dalam konteks pengurusan projek, keselamatan, analisa risiko kejuruteraan, proses industri, portfolio kewangan, penilaian aktuari, atau keselamatan dan kesihatan awam.Strategi bagi menguruskan risiko biasanya termasuk memindahkan risiko tersebut pada pihak lain, mengelak risiko, mengurangkan kesan negetif kemungkinan risiko, malah menerima sebahagian atau keseluruhan kemungkinan atau akibat sebenar sesuatu risiko tertentu. Bank terus mengukuhkan rangka kerja pengurusan risiko untuk meningkatkan ketangkasan dalam menangani risiko baharu yang timbul disebabkan oleh landskap yang berubah dengan pesat. Langkah-langkah ini tertumpu pada keupayaan Bank untuk bertindak balas dengan berkesan dalam situasi

(9)

sukar, dan merangkumi kemudahan pemulihan, peranan dan tanggungjawab, serta proses urusan yang mengurangkan masa tindak balas, meningkatkan kebolehjangkaan tindak balas dan pelbagai tindak balas yang mungkin diambil. Pengurusan risiko yang mantap merupakan elemen penting yang menyokong kemampanan operasi sekiranya berlaku sebarang perkembangan buruk dalam persekitaran. Tadbir urus pengurusan risiko Bank memberikan kejelasan berhubung dengan akauntabiliti dan tanggungjawab bagi memastikan strategi pengurusan risiko dilaksanakan dengan berkesan dan risiko-risiko penting diurus dengan sewajarnya. Pengurusan risiko-risiko dalam Bank dipantau oleh beberapa jawatankuasa risiko, dengan peranan yang melengkapi satu sama lain.

CADANGAN KEPADA PENGGUNA DALAM SISTEM PERBANKAN

Cadangan yang pertama ialah, meningkatkan keberkesanan struktur dan operasi. Struktur persekitaran sektor perbankan terus berubah pada tahun 2005. Berikutan

kefleksibelan yang diberikan kepada kumpulan perbankan domestik bagi

merasionalisasikan perniagaan perbankan perdagangan dan syarikatkewangannya, industri perbankan telah melalui satu transformasi yang melibatkan penggabungan perniagaan perbankan runcit dalam satu entiti tunggal. Kesemua sepuluh kumpulan perbankan telah menyempurnakan usaha perasionalan mengikut jadual bagi memanfaatkan pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta yang diberikan oleh Kerajaan yang berakhir pada 15 Januari 2006. Usaha perasionalan yang disempurnakan dengan jayanya itu membolehkan modal dan sumber kumpulan perbankan digunakan dengan lebih berkesan, yang akan meningkatkan potensi mereka untuk memenuhi kemahuan pelanggan yang semakin berbeza dan permintaan yang lebih canggih.

Kedua ialah, menggalakkan kemantapan dan kestabilan sistem perbankan. Kewujudan sistem kewangan yang mantap dan stabil adalah penting dalam mencapai pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran yang mapan. Dalam landskap kewangan dan integrasi global pasaran kewangan yang terus berkembang, adalah penting bagi sistem kewangan untuk kekal responsif dan berupaya mengurus pelbagai risiko yang bakal muncul. Oleh itu, perhatian yang sewajarnya terus diberikan ke arah memastikan bahawa elemen asas sistem kewangan yang selamat dan mantap kekal tidak berubah. Ini termasuk pewujudan rangka kerja pemantauan dan pengawasan yang komprehensif dan berkesan, peraturan berhemat dan pengawasan penyeliaan yang kukuh dan dinamik,

(10)

serta infrastruktur ewangan yang efisien dan jaringan keselamatan kewangan yang boleh dipercayai.

Ketiga ialah peningkatan infrastruktur perlindungan pengguna dan penggalakan pendidikan pengguna. Menurut BNM, pada tahun 2005, teras inisiatif perlindungan dan pendidikan pengguna terus dihalakan ke arah pemberian kuasa kepada pengguna supaya mereka lebih bersedia untuk bertanggungjawab atas kesejahteraan mereka sendiri. Satu strategi serampang dua mata telah diterima pakai. Strategi pertama adalah untuk mengukuhkan infrastruktur pengawalseliaan perlindungan pengguna dan strategi kedua adalah untuk meningkatkan inisiatif pendidikan pengguna. Salah satu elemen penting dalam pembinaan asas perlindungan pengguna yang efektif seperti yang digariskan dalam PISK ialah penubuhan sistem insurans deposit yang eksplisit. Kelulusan Akta Perbadanan Deposit Insurans Malaysia 2005, berikutan penyempurnaan pembangunan rangka kerja insurans deposit membolehkan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) memulakan operasi pada bulan September 2005. Pencapaian penting ini menandakan perubahan dalam pendekatan ke arah memberikan perlindungan kepada pendeposit dan ini merupakan petanda baik bagi objektif yang berterusan untuk meningkatkan keutuhan kewangan institusi perbankan melalui penggalakan amalan kewangan, perniagaan dan pengurusan risiko yang baik.

KESIMPULAN

Pengguna merupakan tunjang utama dalam sistem perbankan dan juga sistem kewangan negara. Oleh itu, menjaga hubungan baik antara pengguna dan bank juga amatlah satu langkah yang penting yang perlu dititikbeatkan. Bank berperanan sebagai pusat yang menjaga asset pengguna, dan bank juga yang menyimpan wang pendeposit. Oleh itu, pengurusan risiko bank amatlah perlu dijaga dengan baik. Hal ini keranna, pengurusan risiko yang mantap merupakan elemen penting yang menyokong kemampanan operasi sekiranya berlaku sebarang perkembangan buruk dalam persekitaran. Tadbir urus pengurusan risiko Bank memberikan kejelasan berhubung dengan akauntabiliti dan tanggungjawab bagi memastikan strategi pengurusan risiko dilaksanakan.Selain itu, pengguna juga perlu bertanggungjawab dalam menilai sesebuah bank. Oleh itu, amat penting bagi pengguna untuk mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi mengenai sistem perbankan di Malaysia.Hal ini kerana, pengetahuan adalah

(11)

sebagai salah satu input yang amat penting dan menyumbang kepada pembangunan dan pembentukkan daya saing kepada sesebuah organisasi.

Menghadapi krisis bank itu adalah tanggungjawab bank dalam menyelesaikan masalahnya, akan tetapi, pengguna perlu tenang dalam menghadapi situasi ini agar dapat memberikan sokongan yang mantap bagi sektor kewangan dalam menyelesaikan masalah mereka. Kesedaran yang luas perlu diterapkan dalam setiap pengguna agar bersama-sama dalam menangani krisis bank di Malaysia.

RUJUKAN

Aznan Zuhid Bin Saidin (2002), Pengurusan Pengetahuan Sebagai Satu Elemen Pengurusan Organisasi Era K-Ekonomi

Bank Negara Malaysia (2005). Laporan Tahunan 2005. Kuala Lumpur: Percetakan Kumpulan Utusan Sdn. Bhd.

Bank Negara Malaysia (2007). Laporan Tahunan2005.. Kuala Lumpur: Percetakan Kumpulan Utusan Sdn. Bhd

Chebat, Jean-Charles, Moshe Davidow and Isabelle Codjovi, (2005) “Silent Voices: Why Some Dissatisfied Consumers Fail to Complain”. Journal of Service Research. 7(4): 328-342.

Galloway, T. M., Lee, W. B. & Roden, D. M.(1997). Banks' changing incentives opportunities for risk taking, Journal of Banking and Finance, 21, 509-527 Gorrod, Martin (2004). Risk Management Systems : Technology Trends (Finance and

Capital Markets). Basingstoke: Palgrave Macmillan. ISBN 1-4039-1617-9. Hubbard, Douglas (2009). The Failure of Risk Management: Why It's Broken and How

to Fix It. John Wiley & Sons. p. 46.

Suhaimi Sudin (2002), Pengurusan Pengetahuan Yang Strategik: Pengupayaan Organisasi Di Dalam K-Ekonomi

Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman, dalam Ucapan Pelan Pemulihan Semula Ekonomi Negara – Beberapa Ciri Dan Keadaan Terkini, 17 September 1998, Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 1998

Thilainathan, R., (I 997 j. The Malaysian bankingcrisis and the way forward. Malavsian Journal of Economic Studies, XXXIV:32-65

Referensi

Dokumen terkait

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga