• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah

Tinggi Secara

Umum

Hutan tanah tinggi dari segi ekologinya, adalah kawasan yang berada pada ketinggian

melebihi 300 meter dari aras laut. Secara fizikal, ia merupakan kawasan hutan ynag

meliputi banjaran-banjaran. Kawasan Hutan Tanah Tinggi di negara kita adalah kurang

10% jumlah keluasan hutan berbanding Hutan Tanah Pamah Dipterokarp ynag meliputi

keluasan sebanyak 60%.

Profail hutanya lebih rendah, lebih rapat dengan komposisi spesies tumbuhan dan haiwan

yang berbeza dibandingkan hutan tanah pamah. Kesemuanya ini dihubungkaitkan dengan

keadaan alam sekitar yang lebih sejuk, lebih terdedah kepada tindakan alam dan keadaan

tanah yang lebih curam. Disebabkan perbezaan ketara ini, hutan tanah tinggi boleh

disifatkan sebagai suatu ekosistem yang agak unik bagi negara kita Sebagai satu sumber semulajadi, hutan memainkan peranan penting kepada manusia,

negara dan dunia amnya. Kepentingan dan peranannya meliputi bidang yang luas yang

mana ia mengandungi seribu satu macam khazanah yang tersimpan yang menyebabkan

ianya lebih unik dan menarik. Diantara kepentingan hutan dan peranannya ialah:

a. mengekalkan kestabilan alam sekitar melalui keseimbangan suhu,gas-gas dan udara.

b. habitat kepada flora dan fauna c. kawasan tadahan air

d. kawasan untuk penyelidikkan, pendidikan dan rekreasi

e. sumber kayu dan bukan kayu (rotan,herba dan lain-lain) dan f. warisan dan kebudayaan.

Sumber Maklumat: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Kesan Pembangunan Tanah Ke atas Alam

Sekitar

Pertanian

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya

(2)

penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan

biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada

hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia

Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan

menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan

semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak

setiap tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara

membangun untuk sebatian toksik seperti DDT, orgonofosfat dan organoklorin.

Menurut Repetto dan Baliga (1996), Malaysia merupakan salah sebuah negara yang

paling banyak menggunakan racun makhluk perosak yang paling intensif di Asia. Jumlah

racun makhluk perosak yang digunakan bagi setiap hekter tanaman untuk tahun 1992

dilaporkan 9.2 kilogram/hektar iaitu hampir sepuluh kali ganda jumlah yang digunakan di

Thailand untuk tempoh yang sama.

Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini,

rakyat Malaysia yang menggunakan penyembor serta operator mesin penyembur racun

makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit,

apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau

menyembur racun makhluk perosak.

Perlombongan

Kekayaan ekonomi boleh dicapai dari pembangunan industri perlombongan dengan

mengurangkan kerosakan kepada alam sekitar, tidak lebih daripada bentuk pembangunan

lain. Kebanyakan operasi perlombongan menjalankan penilaian kesan alam sekitar.

Satu dasar berkaitan dengan galian telah pun dirangka untuk mengambil kira faktor alam

(3)

sekitar melaui penggunaan bon prestasi dan langkah fisikal lain. Bagaimanapun,

perlombongan skala kecil dan operasi kuari perlu diperbaiki segera terhadap pengurusan

alam sekitar mereka.

Penyelidikan menunjukkan lombong emas skala kecil boleh mengganggu dengan tetap

sumber air semula jadi, menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian hilir

operasi dan menyebabkan saliran lombong berasid. Tambahan pula, operasi

perlombongan pasir di dataran serta tebusguna tanah dan lain-lain pembangunan di

sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi marin. Terutamanya terumbu

karang, hutan bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan.

Pengembangan kawasan perbandaran dan pembangunan industri secara langsung telah

menyebabkan perubahan yang besar kepada ekosistem semula jadi berbanding dengan

pembangunan hutan, perlombongan atau pertanian.

Isu alam sekitar berkaitan dengan perbandaran dan pembangunan industri, adalah lebih

kompleks dan sering lebih sukar untuk ditangani, Ini termasuklah sisa buangan dan

pembetungan, pemuliharan kawasan hijau di dalam perbandaran, maslah haba

perbandaran serta pencemaran air dan udara.

Sisa buangan/pembentungan

Perkhidmatan pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia untuk

memperbaiki pengurusannya. Bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan berkaitan

dengan kesan alam sekitar daripada kemudahan ini. Di antaranya ialah kemungkinan

pencemaran air bawah tanah di kawasan tapak pembuangan sampah lama majlis

perbandaran dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai serta pencemaran air sungai

akibat pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan kemudahan rawatan

kumbahan yang tidak mencukupi.

Ketiadaan dasar untuk mewajibkan kitar semula dan kekurangan insentif untuk

(4)

menggalakkan penggunaan semula melemahkan usaha majlis perbandaran untuk

mengurangkan sisa buangan. Akibatnya beberapa kawasan pembuangan sampah secara

terbuka akan meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah

mungkn juga akan meningkat.

Pembuangan industri telah menjadikan masalah toksik dan sisa buangan bahaya lebih

teruk lagi. Masalah ini dan kesannya yang menjejaskan kesihatan manusia hanya dikenal

pasti sejak awal 1990an. Masalah ini termasuklah pencemaran logam berat, nitrogen dan

sulfur oksida, hidrokarbon petrolium, bahan partikel, polychlorinated, biphenyls (PCBs),

sianida dan arsenik.

Pencemaran tanah dan air bawah tanah akibat pembangunan industri perlu dijelaskan dan

diklasifikasikan dengan cara yang lebih sistematik di Malaysia. Dalam usaha untuk

mengadakan kawalan sisa bahaya dan toksik yang berkesan, industri seharusnya

diwajibkan menyimpan rekod jenis dan jumlah sisa buangan yang dihasilkan oleh mereka

serta tarikh dan cara ia dilupuskan. Oleh kerana pembuangan sisa ini menelan belanja

yang tinggi, memerlukan kemudahan khas dan kontraktor serta kontraktor kecil mereka

seharusnya berhati-hati kerana insentif untuk menipu amat banyak.

Aktiviti lain

Keadaan suhu pada umumnya lebih tinggi di kawasan bandar kerana haba yang

dikeluarkan oleh perumahan, pengangkutan dan industri serta termal dari bangunan dan

jalan. Suhu pada waktu malam di persimpangan Jalan Ampang-Jalan Tun Razak di Kuala

Lumpur di dapati meningkat kira-kira 4 darjah F antara 1972 dan 1980 akibat

peningkatan jumlah lalu-lintas.

Suhu pada waktu malam juga berubah dalam 3-4 darjah juga direkodkan di kawasan

perumahan. Kawasan perumahan lama dengan lebih banyak kawasan hijau dan

pertumbuhan pokok didapati suhunya lebih sederhana berbanding dengan kawasan

(5)

perumahan baru. Oleh sebab itu kepupusan kawasan hujau di bandar mestilah dihentikan

segera.

Keperluan semasa di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1970 (Semakan 1995)

untuk mengekalkan semua pokok dengan lilitan melebihi 80 cm dalam sebarang perojek

pembangunan mungkin boleh menyumbangkan kepada keadaan kecil terhadap

pemuliharaan kawasan hijau di bandar dan kawalan terhadap suhu di kawasan bandar.

Pencemaan udara di kawasan bandar merupakan salah satu contoh di Malaysia di mana ia

telah melebihi paras kritikal dan dengan itu menjejaskan potensi pembersihan sendiri

alam sekitar. Sumber utama pencemaran udara di Lembah Klang ialah kenderaan

bermotor yang menyumbangkan kepada partikel karbon (PM-10). Sumber lain

termasuklah pembuangan industri dan aktiviti pembinaan (JAS, 1993) Perbandaran juga mempengaruhi paras jumlah partikel terampai (TSP) dalam udara (JAS,

1993). Selain sumber daripada luar sempadan dalam tempoh tertentu setiap tahun,

sumber utama TSP ialah pembakaran secara terbuka daripada pembangunan perumahan

dan pertanian. Pencemaran udara di Lembah Klang tidak akan diperbaiki melainkan

langkah-langkah kawalan dilaksanakan dengan segera.

Penggunaan Tanah Yang Buruk

Timbulkan Masalah

Kategori undang-undang tanah di Malaysia seperti yang dicatatkan dalam Laporan

Klasifikasi Kemampuan Tanah (Lee dan Panton, 1971) termasuk Tanah Kerajaan, Tanah

Yang Diberi Milik Untuk Pertanian, Tanah Yang Diluluskan Untuk Perlombongan,

Tanah Rizab Melayu, Rizab Untuk Ternakan, Rizab Orang Asli, Rizab Hutan, Rizab

Hidupan Liar dan Tanah Diberi Mlik/Diwartakan untuk kemudahan awam dan tujuan

lain.

Kategori terakhir itu merujuk kepada tanah untuk pembangunan perbandaran, kubur,

(6)

polis dan rezab tentera, lapangan terbang dan rizab-rizab lain kerajaan tetapi tidak

termasuk rizab tadahan air.

Pembangunan tanah di Malaysia termasuklah pembangunan kawasan baru untuk

pertanian, perlombongan dan perhutanan serta penukaran tanah untuk pertumbuhan

industri dan perbandaran. Kepelbagaian penggunaan tanah meningkatkan konflik

berhubung dengan matlamat pembangunan. Pembangunan yang pesat telah menjadikan

tanah satu persaingan di Malaysia. Ia juga telah mengakibatkan amalan penggunaan tanah

yang buruk dalam keadaan tertentu.

Amalan penggunaan tanah yang buruk boleh membawa kepada masalah yang serius dan

berdepan dengan halangan untuk pembangunan dalam jangka panjang. Masalah yang

boleh timbul termasuklah kemusnahan yang kekal atas kemampuan tanah untuk

menyediakan faedah alam sekitar dan ekonomi, ketidakcekapan penggunaan sumber

semula jadi yang diperolehi serta pengumpulan kesan negatif. Dari segi kawasan,

pertanian akan menjadi salah satu bentuk pembangunan tanah yang paling meluas di

Malaysia.

Teknik dan amalan pertanian moden, disokong oleh penggunaan mesin dan input

sejumlah besar tenaga daripada minyak fosil telah menjadikan pertanian lebih produktif

di Malaysia tetapi memberikan kesan kepada alam sekitar. Penukaran tanah daripada

hutan kepada pertanian telah mengakibatkan meluasnya penebangan hutan,

mengurangkan jumlah hutan dan kepelbagaian bilogi hutan serta hidupan liar.

Selain itu, pembukaan kawasan baru untuk pertanian telah menyebabkan sumber galian

semakin berkurangan di kawasan ini. di sebalik fakta bahawa sebahagian besar tanah

telah dikurangkan untuk pembangunan pertanian, kebanyakan tanah yang subur tidak

digunakan untuk pengeluaran makanan, sebalinya digunakan untuk tujuan lain seperti

(7)

Pengeluaran makanan tempatan

Tambahan pula, perikanan persisir pantai dan pedalaman tidak begitu berjaya dalam

persaingan untuk pembangunan tanah yang seterusnya melemahkan pengeluaran

makanan tempatan. Usaha untuk menggalakkan pengeluaran makanan dan menggalakkan

industri berasaskan makanan perlulah diperkukuhkan dalam usaha untuk menyediakan

jaminan makanan untuk negara.

Kos import makanan negara dilaporkan sekitar RM8 bilion setahun dan turut

menyumbang kepada defisit akaun semasa negara (NST, 1997). Memandangkan

kemelesetan ekonomi semasa dan krisis mata wang, perkara ini perlu ditangani dengan

segera.

Oleh kerana jumlah penduduk semakin meningkat di kawasan bandar, pembangunan

infrastruktur semakin meningkat ke kawasan yang bermasalah dan kurang sesuai.

Kawasan ini sering terdedah kepada kejadian banjir, hakisan sungai, tanah runtuh dan

pemendapan, melainkan langkah pengawalan yang sempurna diambil. Dalam kes tertentu, langkah pengawalan tidak dapat diambil dan cara terbaik untuk

keselamatan penduduk ialah kawasan ini tidak dimajukan untuk perumahan tetapi

digunakan untuk tujuan lain seperti taman, rezab semula jadi dan kawasan rekreasi.

Pada tahun 1996 terdapat lebih 100 kejadian banjir, 20 kejadian tanah runtuh, lapan

kejadian mendapan dan tujuh kes tebing sungai dihakis, yang dilaporkan di Lembah

Klang sahaja. Ini menunjukkan betapa perlunya diperkuatkan pengurusan perbandaran

bersepadu untuk menjadikan penempatan manusia lebih selamat dan terjamin.

(Petikan artikel-artikel daripada Utusan Pengguna, Mac 1998)

Pencemaran Alam Sekitar

PENCEMARAN

Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan

(8)

pencemaran alam sekitar. Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai

kepada kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil

bahan-bahan pencemar .

Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia.

Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu: ( a ) Pencemaran udara

( b ) Pencemaran air ( c ) Pencemaran tanah

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara berlaku bila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahanbahan

pencemar ini ialah habuk,

debu, asap, dan gas-gas beracun .

Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan

pencemar utama yang dihasilkan .

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN BAHAN-BAHAN PENCEMAR

Pembakaran bahan api di kilang dan dalam enjin kenderaan bermotor Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida, karbon monoksid dan debu

Pembakaran sampah sarap dan hutan secara besar-besaran Gas karbon dioksida dan debu Penyemburan racun serangga dan bahan-bahan kimia

Gas dan kimia beracun

Penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) Gas CFC

Kesan Pencemaran Udara

Menjejaskan kesihatan

1 . Apabila kita menarik nafas , udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskan

kesihatan kita .

2 . Debu dan gas-gas beracun daripada kilang -kilang , ekzos kenderaan dan

penyemburan racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut .

3 . Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata .

Penyusutan Lapisan Ozon

1 . Lapisan ozon di udara ialah lapisan yang melindungi kita daripada sinaran terik

(9)

matahari .

2 . Pembebasan gas CFC yang digunakan dalam alat-alat menyembur , alat penyaman

udara dalam peti sejuk menipiskan lapisan ozon .

3 . Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi .

4 . Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakit

kanser kulit .

Pembetukan Hujan Asid

1 . Gas-gas sulfur diosida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan

membentuk hujan asid .

2 . Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan . 3 . Ia juga menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan .

Kenaikan Suhu Di Bumi

1 . Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba .

2 . Jadi suhu di bumi menigkat dan persekitaran kita menjadi panas . 3 . Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di

beberapa tempat di dunia .

PENCEMARAN AIR

1 . Punca bekalan air datang dari sungai , laut , kolam dan tasik . 2 . Air boleh dicemari melalui

( a ) pembuangan bahan-bahan sisa kilang ( b ) tumpahan minyak dari kapal laut ( c ) pembuangan sampah-sarap dan najis

( d ) hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa .

Kesan Pencemaran Air

Menjejaskan Kesihatan

1 . Sisa-sisakilang yang dibuang ke dalam sungai meracuni air sungai . 2 . Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan untuk

mandi .

3 . Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula mengalakkan

pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit .

Pembunuh Hidupan Air

1 . Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut .

2 . Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat

(10)

bernafas dan akan mati .

3 . Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air .

4 . Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan

tanah menghalang kemasukan sinaran matahari kedalam air .

5 . Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air .

Memburukkan Keindahan Alam

1 . Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang .

2 . Air sungai dan laut juga berbau busuk .

PENCEMARAN TANAH

Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui :

( a ) pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat ( b ) penyemburan racun serangga

( c ) aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan .

Kesan Pencemaran Tanah

Hakisan Tanah

1 . Aktiviti-aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawal

menyebabkan kawasan tanah terdedah .

2 . Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan .

Membunuh Haiwan Di Bawah Tanah

1 . Racun serangga yang disembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah .

2 . Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini .

Menjejaskan Kesihatan

1 . Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan

kuman penyakit .

2 . Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman

penyakit ke tempat-tempat lain .

3 . Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , kita mungkin diserang

penyakit .

Kekurangan Tanah Subur

1 . Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan kesusutan tanah .

2 . Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian .

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

(11)

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran , kita perlu mengambil

langkah untuk mengatasi pencemaran . Di antara langkah-langkah yang diambil

ialah :

( a ) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka ( b ) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun

dari kilang-kilang dan kenderaan .

( c ) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan

( d ) mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan ( e ) menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar

( f ) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan.

Pengolahan Alam Hidupan

Mengolah Alam Hidupan Dengan Bertanggungjawab

1 Manusia mengolah alam sekitar dan hidupan untuk mendapatkan keperluan asas

hidupnya ( makanan , pakaian dan

tempat kediaman ) dan mendirikan tempat rekreasi .

2 Dalam usaha memenuhi keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk pertanian

, perumahan , industri

perlombongan , membina empangan dan mengeringkan hutan paya bakau .

3 Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar dan mencemarkan alam persekitaran serta

menhapuskan habitat semula jadi,

banyak spesies tumbuhan dan haiwan . Ini merupakan ancaman yang terbesar terhadap

kemandirian hidupan liar .

4 Tumbuhan dan haiwan yang juga diolah untuk keperluan manusia seperti sukan ,

makanan , ubatan , kulit dan bulu turut susut bilangannya .

5 Beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana pupolasi

mereka adalah terlampau rendah akibat aktiviti manusia .

6 Spesies tumbuhan atau haiwan yang terpupus akan hilang dari bumi ini selamalamanya

(12)

harimau bali , dan harimau kaspia adalah diantara beribu-ribu hidupan yang telah

pupus dari permukaan bumi .

7 Manusia perlu mengolah alam hidupan dengan lebih bertanggung jawab kerana

kemandirian manusia juga berkait

rapat dengan kemandirian tumbuhan dan haiwan .

Kepentingan Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan

Tumbuhan

1 Makanan : manusia bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya

.Masih banyak spesies tumbuhan dan

haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepada

populasi manusia dunia yang semakin meningkat .

2 Ubat-ubatan : Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia

ubat moden diperoleh daripada

haiwan dan tumbuhan . Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang

belum sempat dikaji tetapi mempunyai

potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah , AIDS dan sebagainya .

3 Sumber bahan mentah

( a ) Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah

dan perabot serta membuat kertas .

( b ) Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasal

daripada tumbuhan dan haiwan . 4 Keseimbangan alam sekitar :

( a ) Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan

makanan dan keseimbangan alam .

( b ) Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera

yang perlu untuk haiwan dan

manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon

diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis .

( c ) Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon

(13)

dioksida dan dengan itu

membantu mengawal pencemaran udara .

( d ) Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir ,

hakisan tanah dan tanah runtuh

daripada berlaku semasa hujan turun .

( e ) Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya

matahari , langsung mengurangkan

penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi . 5 Sumber air : Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang

sangat penting untuk mengisi

empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia . 6 Rekreasi : Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi

alam sekitar untuk aktiviti

riadah dan rekreasi manusia . juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancong

dan menyumbang kepada ekonomi negara .

7 Ekonomi : hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman , hasil

tangkapan ikan , kayu balak ,

damar ,ubat-ubatan , kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .

KEPUPUSAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

1 Di Malaysia , pemusnahan habitat dan pencemaran alam sekitar mengancam banyak

spesies hidupan ini adalah seperti :

( a ) Spesies tumbuhan yang dikenali dan belum dikenali dalam hutan hujan tropika

( bunga pakma , orkid - orkid liar dan pisang liar ) .

( b ) Burung-burung ( misalnya burung enggang , bangau dan helang bahu hitam ) .

( c ) Haiwan (misalnya tapir , harimau , badak Sumatera , orang utan , siamang , lutong ,

dan ular sawa ) . ( d ) Serangga .

( e ) Penyu ( misalnya penyu belimbing dan penyu hijau . 2 Contoh hidupan lain di dunia yang menghadapi kepupusan :

( a ) Panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China . Kini , terdapat kurang

(14)

( b )Gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan

habitatnya akibat aktiviti pertanian

serta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan . ( c ) Ikan paus biru , haiwan yang terbesar , terancam dengan kepupusan kerana diburu

untuk dagaing dan lemaknya .

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar

1 Pemuliharaan hidupan liar ialah usaha pengurusan hidupan liar secara bijaksana

supaya hidupan ini dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang .

2 Sumber Bumi adalah terhad . Dengan penambahan populasi dunia , lebih makanan

dan keperluan lain diperlukan

daripada sumber hidupan liar . Pada masa yang sama , kita perlu memastikan kita

sentiasa dapat mengekalkan spesies hidupan yang ada .

3 Usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar termasuk :

( a ) Mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk memelihara hidupan liar .

Contohnya , hutan dara , hutan simpanan ,

dan taman negara ( T.N. Pahang ; T.N. Kinabalu di Sabah ; T.N. Bako , T.N. Mulu

dan T.N. Niah di Sarawak ) .

( b ) Memindahkan tumbuhan yang diancami kepupusan untuk ditanam di kebun khusus

atau aboretum dalam usaha pemeliharaan .

( c ) Melindugi hidupan liar di hutan paya bakau dengan mewujudkan hutan simpanan

paya bakau , misalnya di Matang ( Perak ) dan Pulau Kukup ( Johor ) .

( d ) Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang terancam dengan kepupusan , seperti

ikan dan penyu ( di pantai timur ) ,

tuntung ( Perak ) dan orang utan ( Sabah dan Sarawak ) .Pusat-pusat ini akan

membiakkan haiwan

-haiwan tersebut untuk dikembalikan kepada habitat asalnya .

( e ) Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan laut . Contohnya taman-taman

marin di Pulau Redang ,

(15)

( f ) Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesies

terpelihara dan tiada siapa pun

dibenarkan menangkap , menembak atau menjualnya . Antara spesies-spesies

terpelihara ialah orang utan , siamang , kera , badak Sumatera dan harimau .

( g ) Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar . ( h ) Mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan pemusnahan habitat hidupan

liar .

( i ) Penghutanan semula , iaitu menanam semula hutan dengan anak benih baru

setelah pokok balak ditebang .

( j ) Pendidikan : Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang kepentingan

pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar .

( k ) Mengawal pencemaran sungai dan laut yang memusnakan habitat hidupan air .

ALAM SEKITAR

PENGENALAN

Dalam tahun 1995, proses disentralisasi kerja-kerja menyemak dan meluluskan laporan

EIA telah dilaksanakan di semua 13 Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri. Walau

bagaimanapun, projek-projek yang meliputi lebih daripada satu negeri dan laporan

terperinci EIA masih diproses di Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar. Langkah-langkah untuk mempertingkatkan lagi prosedur EIA terus diberi penekanan.

Antaranya ialah kajian semula Buku Panduan EIA yang diterbitkan semula pada bulan

Ogos 1995. Manakala 12 set garis panduan spesifik juga telah diterbitkan yang

melibatkan aktiviti-aktiviti seperti bekalan air bawah tanah dan air permukaan, penjanaan

dan pemancaran kuasa, saliran dan pengairan, pelabuhan perikanan dan akuakultur

berasaskan penggunaan tanah, empangan dan takungan air, perlombongan dan kuari,

tempat peranginan di kawasan bukit, kemudahan pelancongan di kawasan taman negara,

kemudahan pelancongan di pulau-pulau yang dikelilingi oleh perairan yang diwartakan

(16)

sebagai taman laut, industri, pengolahan dan pelupusan sisa pepejal perbandaran dan

pelupusan serta pengolahan sisa toksik dan berbahaya. Selain daripada itu, Jabatan juga

telah bekerjasama dengan memberikan input kepada penyediaan dan penerbitan garis

panduan bagi aktiviti pembinaan jalan raya dan lebuh raya oleh Jabatan Kerja Raya.

PROSEDUR EIA

Pemberitahuan Projek-Projek yang tertakluk kepada Perintah EIA Sebagai langkah

proaktif, Jabatan Alam Sekitar meneruskan usaha menyenaraikan projek-projek yang

tertakluk di bawah Perintah Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling sebagaimana yang

dimaklumkan oleh pihak pencadang projek ataupun yang dilaporkan oleh media massa

walaupun tiada keperluan mengenai pemberitahuan ini. Pada tahun 1995, sejumlah 1,705

cadangan projek yang tertakluk kepada Perintah Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling

telah diawasi berbanding dengan hanya 344 projek dalam tahun 1994. Antara projek yang

paling banyak dicadangkan ialah untuk aktiviti pembangunan kemudahan rekreasi dan

tempat peranginan (19 peratus), dan diikuti oleh kuari (18 peratus), infrastruktur (12

peratus), perumahan (10 peratus) dan industri (9 peratus).

Semakan Laporan

Bilangan laporan EIA yang diterima pada tahun 1995 telah meningkat sebanyak 16

peratus berbanding dengan tahun 1994. Daripada 348 laporan yang diterima, sebanyak

339 adalah laporan awal EIA, 1 laporan terperinci EIA dan 8 laporan analisa risiko yang

berkaitan dengan kemudahan berbahaya (rujuk Rajah 5.1).

Semenjak Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan

kepada Alam Sekeliling) dikuatkuasakan pada 1 April 1988, sehingga 31 Disember 1995,

bilangan laporan EIA yang telah diterima adalah berjumlah 1,444 dan daripada jumlah

itu, sebanyak 1,363 (94 peratus) adalah laporan awal EIA, 62 (4 peratus) laporan analisa

risiko, 8 laporan terperinci EIA dan selebihnya iaitu sebanyak 11 laporan bagi cadangan

(17)

pembangunan yang dijalankan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

Kategori Projek dan Aktiviti-aktiviti yang Ditetapkan

Sehingga kini, bilangan laporan yang paling banyak diterima semenjak Perintah Kualiti

Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling),

1987 dikuatkuasakan ialah pembangunan tempat-tempat peranginan dan rekreasi (17

peratus) diikuti dengan pembangunan projek-projek infrastruktur (16 peratus) dan projekprojek

perumahan serta aktiviti kuari, masing-masing sebanyak 14 peratus Laporan EIA

yang berkaitan dengan aktiviti kuari didapati telah meningkat pada tahun 1994 dan 1995,

manakala keadaan sebaliknya berlaku bagi aktiviti industri setelah tidak mengalami

perubahan antara tahun 1991 sehingga 1993. Laporan terperinci EIA yang pertama bagi

aktiviti penjanaan kuasa iaitu Projek Kuasa Hidroelektrik Bakun di Sarawak telah dirujuk

kepada Jabatan Alam Sekitar untuk ulasan. Projek ini merupakan aktiviti yang tertakluk

di bawah bidang kuasa Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Negeri Sarawak. Rajah

5.2 menunjukkan perbandingan taburan laporan EIA mengikut kategori aktiviti-aktiviti

bagi tahun 1995 dan untuk tempoh antara tahun 1988 hingga 1995. Sehingga 31 Disember 1995, sejumlah 353 laporan EIA (86 peratus) telah disemak. Ini

termasuklah 61laporan EIA yang dibawa ke hadapan dari tahun 1994. Manakala yang

selebihnya iaitu sebanyak 56 laporan EIA masih dalam semakan ataupun keputusannya

masih tertakluk kepada beberapa maklumat tambahan yang belum diperolehi daripada

pihak penggerak projek. Rajah 5.3 menunjukkan bilangan laporan EIA yang telah

disemak setiap tahun dalam tempoh masa dari tahun 1988 sehingga 1995.

Sejumlah 238 daripada 348 laporan EIA yang diterima telah diluluskan, 38 laporan

ditolak, 16 laporan telah ditarik balik oleh penggerak projek dan selebihnya iaitu

sebanyak 56 laporan telah dibawa ke tahun 1996 untuk disemak. Secara keseluruhannya,

(18)

bermula dari 1 April 1988, sebanyak 1,081 (75 peratus) laporan telah diluluskan, 194 (13

peratus) laporan telah ditolak dan 52 laporan (3 peratus) telah ditarik balik oleh pihak

pemaju. Rajah 5.4 menunjukkan status laporan EIA yang telah diproses pada setiap tahun

dalam tempoh masa 1988 hingga 1995.

Rajah 5.5 pula menunjukkan kemajuan bagi tempoh pemprosesan laporan EIA. Secara

purata, masa yang diambil adalah 1.6 bulan bagi satu laporan iaitu dengan kadar yang

lebih baik daripada tempoh 3 bulan yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan.

Berdasarkan pencapaian ini, bermula dari 1 Mac 1995, Piagam Pelanggan bagi

memproses setiap laporan EIA telah dikurangkan kepada 2.5 bulan bagi setiap laporan.

Sepanjang pelaksanaan EIA, analisa taburan laporan EIA mengikut negeri projek

dibangunkan menunjukkan tren yang sama dengan tahun 1994, iaitu 38 peratus daripada

keseluruhan jumlah laporan yang diterima ialah dari negeri Selangor dan Johor, iaitu jauh

melebihi negeri-negeri lain. Manakala laporan EIA bagi negeri Perlis dan Kelantan pula

merupakan yang terendah diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan

Labuan .

Rajah 5.6 menunjukkan taburan laporan EIA bagi setiap negeri untuk tempoh 1988

hingga 1995.

Kemajuan Dalam Pelaksanaan Prosedur

EIA

Garis Panduan Spesifik

Jabatan meneruskan usaha membuat susulan kepada cadangan-cadangan yang telah

diperakukan oleh Kabinet pada 9 Disember, 1992 bagi mempertingkatkan keberkesanan

prosedur EIA dengan menerbitkan 12 set garis panduan spesifik EIA. Garis panduan

yang diterbitkan ini adalah untuk aktiviti bekalan air bawah tanah dan air permukaan,

penjanaan dan pemancaran kuasa, saliran dan pengairan, pelabuhan perikanan dan

(19)

akuakultur berasaskan penggunaan tanah, empangan dan takungan air, perlombongan

dan kuari, tempat peranginan di kawasan bukit, kemudahan pelancongan di kawasan

taman negara, kemudahan pelancongan di pulau-pulau yang dikelilingi oleh perairan

yang diwartakan sebagai taman laut, industri, pengolahan dan pelupusan sisa pepejal

perbandaran, serta pengolahan dan pelupusan buangan toksik dan berbahaya.

Sebanyak 4 bengkel telah diadakan bagi menyediakan garis panduan-garis panduan

tersebut yang dihadiri oleh wakil daripada agensi Kerajaan di peringkat Negeri dan

Persekutuan, penggerak-penggerak projek, perunding-perunding alam sekitar, badanbadan

profesional dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat dengan alam

sekitar.

Pendaftaran Perunding-Perunding EIA

Pada bulan Januari 1995, senarai perunding-perunding EIA yang didaftarkan telah

diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Sehingga

31 Disember 1995, sebanyak 55 firma perunding dan 176 perunding individu telah

didaftarkan dengan Jabatan Alam Sekitar. Satu mesyuarat bersama dengan perundingperunding

EIA yang didaftarkan ini telah diadakan pada Julai 1995 untuk perbincangan

kriteria pendaftaran dan isu-isu mengenai kualiti laporan EIA yang dikemukakan kepada

Jabatan. Mesyuarat tersebut telah memperakukan beberapa perkara antaranya:

• Penubuhan Jawatankuasa Sementara

• Perunding-perunding EIA yang berperanan mengkaji perkara-perkara yang

berkaitan dengan perakuan perunding-perunding EIA; dan

• Pembentukan Lembaga Perunding-perunding EIA.

• Promosi EIA

Program-program kesedaran terus ditingkatkan melalui pembentangan beberapa kertas

kerja dan mengadakan hubungan baik antara Jabatan dan pelanggan. Sepanjang tahun

1995, sebanyak 15 kertas kerja yang berkaitan dengan EIA telah dibentangkan di

(20)

beberapa persidangan dan seminar di dalam dan luar negara. Terbitan IMPAK merupakan satu makalah keluaran Jabatan Alam Sekitar mengenai EIA

dan diterbitkan setiap sukutahun. Isu-isu seperti pembangunan tanah tinggi, Ulangtahun

Ke-7 Prosedur EIA dan kemajuannya, pelupusan sisa toksik secara haram serta audit

alam sekitar telah diberi fokus dalam keluaran-keluaran yang diterbitkan.

INPUT ALAM SEKITAR DALAM

PERANCANGAN

PEMBANGUNAN

Jabatan meneruskan usaha menggalakkan penerapan dimensi alam sekitar ke dalam

perancangan projek. Dalam tahun 1995, input-input alam sekitar kepada 66 buah projek

pembangunan telah disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.7. Bilangan ini

adalah sama seperti tahun yang sebelumnya.

Projek-projek pembangunan yang berkaitan kebanyakannya merupakan projek-projek

kerajaan yang terdiri daripada penggubalan pelan-pelan tindakan (6%), pelan-pelan

pemuliharaan (5%), pelan-pelan pembangunan (17%), pelan-pelan tempatan (6 %),

pelan pengurusan (7.5%), pelan induk (9 %) dan pelan-pelan struktur (27%).

Selainnya ialah projek tebatan banjir (7.5%), industri (1.5%), infrastruktur (7.5%),

pengairan (1.5%), lanskap (1.5%), sumber asli (1.5%) dan projek-projek pembetungan

(1.5%). Senarai projek-projek ini ditunjukkan dalam Jadual 5.1. Jadual 5.1 Jabatan Alam Sekitar : Senarai Input Alam Sekitar bagi Perancangan

Pembangunan Projek, 1995.

Jenis Projek

Pelan Tindakan Pelan Tindakan Akuakultur Jalan Haji Abdul Rahman (Kuantan)

Pelan Tindakan Strategi Pembangunan Negeri Melaka

Sungai Kuantan

Pelan Pemulihan Kajian Pinggir Pantai dan Luar Pantai bagi Penyediaan Pelan Struktur Kuala

(21)

Pembangunan Zon Pinggir Pantai bagi Garis Panduan Perlindungan Hakisan Pantai

Strategi Pemuliharaan Kebangsaan

Pelan Pembangunan Pembangunan Akuakultur Besut Kajian Kemungkinan dan Pembangunan Kawasan Air Panas bagi Pelancong

di Malaysia

Hulu Terengganu Kuala Terangganu

Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Kajian Kemungkinan Projek Pemusatan Ternakan Khinzir di Bidor

Kajian Semula Pembangunan Ekonomi Jangka Panjang Negeri Johor: 1995-2010

Setiu

Pelan Pembangunan Tasik Kenyir

Projek Tebatan Banjir Pelan Pengurusan Menyeluruh bagi Lembangan Sungai Muda

Kajian Kemungkinan dan Rekabentuk Khusus bagi Sistem Sungai-sungai

Prai, Sungai Juru, Sungai Jejawi.

Kajian Kemungkinan bagi Pembaikan Sungai Kelantan

Lembangan Sungai Kelang Lemal dan Rantau Panjang

Projek Industri Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana

Projek Infrastruktur Kajian Awal dan Kemungkinan kejuruteraan bagi Jambatan Sungai Dinding

Lumut, Perak,

Kajian Kemungkinan dan Rekabentuk Terperinci bagi Kerja-kerja

Perlindungan Pantai di Pengkalan Datu, Kuala Besar, Kampung Buntal,

Sarawak dan Tanjung Aru, Sungai Kinarut, Sabah Kajian Hidrolik bagi Kawasan Tadahan Sungai Sarawak Kiri dan

Kajian Kemungkinan bagi Cadangan Penambakan Merentasi Sungai Sarawak.

Cadangan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bantuan Teknikal bagi Peraturan dan Polisi Pengairan.

Projek Pengairan Kajian Kemungkinan bagi Pembangunan Takungan Air Kecil

Projek Lanskap Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya Pelan Tempatan Bukit Jalil

(22)

Pinggir Pantai Kuantan Pusat Bandar Kuantan Seberang Kuantan

Pelan Pengurusan Pelan Pengurusan Pantai Johor Selatan Pelan Pengurusan Menyeluruh Lembangan Sungai

Muda

Rancangan Malaysia ke-7 bagi Pasukan Petugas Alam Sekitar

Jawatankuasa Kecil bagi Piawai Alam Sekitar-Syarat & Definisi

Taman Negara Endau- Rompin Pelan Induk Johor

Kajian mengenai Pelan Induk Operasi bagi Wilayah Jengka

Pulau Tioman

Cadangan Pelan Induk bagi Taman Botanikal di Sungai Buloh

Seri Iskandar, Perak

Pelancongan di Bandar Mersing

Sumber Asli Bidang Rujukan bagi Kajian Pengurusan Menyeluruh Sumber-Sumber Air di Malaysia

Projek/Sistem

Pembetungan Kajian Pengurusan Sungai dan Kawalan Alam Sekitar Sg. Sarawak :

Ringkasan Kajian Kemungkinan Pembetungan

Pelan Struktur Alor Gajah dan Jasin, Bentung, Bera, Besut, Cameron Highlands

Daerah Kuala Kangsar, Kinta dan Hulu Perak, Daerah Manjung dan Perak Tengah,

Hulu Terengganu, Jerantut, Kuala Terangganu, Lipis, Majlis Perbandaran Seberang Prai

Maran, Pekan, Raub, Rompin. Setiu dan Termeloh

Sistem Informasi Geografik (GIS)

Perkakasan dan perisian GIS telah ditingkatkan bagi menampung tiga pengguna yang

menggunakan Sistem GIS serentak melalui Rangkaian Tempatan (LAN) yang sedia ada.

Peta-peta tematik GIS yang dihasilkan terus memainkan peranan dalam membekalkan

maklumat untuk membuat sesuatu keputusan. Antara projek-projek yang dijalankan

dalam tahun 1995 ialah:

• Pemetaan bagi Projek Pembangunan di Lojing, Kelantan

(23)

• Aktiviti pembersihan tanah di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Subang

• Pembangunan di sekitar Genting Highlands

• Peta Kegunaan Tanah (1990) bagi Selangor, Pahang, Terengganu, Negri Sembilan

dan Perlis

Program antara-muka antara GIS dan Sistem Inventori Punca-punca Pencemaran (SIPP)

telah juga dibangunkan. Program antara-muka GIS-SIPP ini dapat menghubungkaitkan

antara maklumat ruang dengan maklumat ‘tabular’. Di samping itu, projek baru iaitu

Sistem Pembantu Pembuat Keputusan Alam Sekitar (EDSS) telah dicadangkan untuk

dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh.

Penilaian Awal Tapak Projek

Penilaian awal tapak projek-projek dapat memastikan aspek alam sekitar diambilkira

dalam pembangunan projek projek yang tidak tertakluk kepada Perintah Penilaian Kesan

kepada Alam Sekeliling, 1987.

Penempatan

sesuatu cadangan projek dinilai berasaskan kegunaan tanah sedia ada di sekeliling

kawasan tersebut. Pelan-pelan pembangunan telah dikaji bagi memastikan kawasankawasan

sensitif alam sekitar seperti kawasan perumahan, sekolah, kawasan tadahan air,

hutan simpan dan taman negara terletak pada jarak yang mencukupi bagi mengelakkan

sebarang impak alam sekitar akibat daripada aktiviti pembangunan yang dijalankan di

sekitarnya.

Pencadang-pencadang projek perlu melaksanakan langkah-langkah kawalan yang

bersesuaian bagi mengurangkan pencemaran pada awal peringkat perancangan projek.

Jabatan Alam Sekitar Negeri memainkan peranan utama dalam menjalankan siasatan

tapak cadangan projek dan kemudiannya memajukan ulasan, pandangan dan cadangan

kepada pihak-pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.

Pada tahun 1995, sejumlah 6,565 permohonan bagi penilaian awal tapak telah diterima

oleh Jabatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.8. Jumlah ini merupakan

(24)

peningkatan sebanyak 12% berbanding dengan tahun sebelumnya. Manakala Rajah 5.9

pula menunjukkan pecahan permohonan penilaian awal tapak yang diterima oleh Jabatan

Alam Sekitar Negeri.

Kelulusan Pemasangan Alatan/ Kemudahan

Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan

Peraturan-peraturan yang berkaitan, kelulusan dalam bentuk kebenaran bertulis dan

kelulusan bertulis perlu diperolehi daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling

sebelum pembinaan atau pemasangan sebarang kemudahan yang akan mengakibatkan

pelepasan bahan-bahan pencemar kepada persekitaran. Ini bertujuan untuk memastikan

langkah-langkah pengawalan pencemaran digabungkan bagi mematuhi standard yang

ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan)

(Minyak Kelapa Sawit Mentah), 1977,

Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Getah Asli

Mentah), 1978, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 dan

Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-effluen

Perindustrian), 1979.

(i) Kawalan Pencemaran Air

Sejumlah 796 permohonan kebenaran bertulis bagi pemasangan alat kawalan pencemaran

air diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri, iaitu pertambahan sebanyak 27% daripada

tahun sebelumnya. Rajah menunjukkan Negeri Johor menerima paling banyak

permohonan (42%), dan ini diikuti oleh Negeri Selangor (15 %). Jumlah kelulusan yang

dikeluarkan dalam tahun 1995 ini menghasilkan penambahan sebanyak 4,468,473 meter

padu/hari effluen yang diolah. (ii) Kawalan Pencemaran Udara

Sepanjang tahun 1995, sebanyak 1,189 permohonan kelulusan bertulis bagi pemasangan

ala pembakaran bahanapi telah diterima dan jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak

(25)

17% dari tahun 1994. Permohonan yang paling banyak telah diterima daripada Negeri

Sabah (20%), diikuti oleh Negeri Selangor (19%) dan Johor (17%) seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah 5.11. Jumlah penggunaan bahanapi cecair dan gas adalah

sebanyak 268,562 tan/hari manakala jumlah penggunaan bahanapi pepejal pula ialah

sebanyak 12,516 tan/hari.

PUSAT KHIDMAT NASIHAT ALAM SEKITAR

DI

MIDA

Pusat Khidmat Nasihat di Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

menjalankan peranan sebagai penasihat bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan alam

sekitar, bukan sahaja kepada pelabur-pelabur malah kepada orang ramai. Dalam tahun

1995, sebanyak 35 pelabur tempatan dan asing serta 40 orang awam telah mendapatkan

nasihat dan maklumat mengenai alam sekitar. Perkara-perkara berkaitan dengan alam

sekitar yang seringkali ditanya atau dirujuk adalah mengenai pembangunan projek-projek

yang tertakluk di bawah Perintah Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling 1987,

kesesuaian tapak bagi projek yang dicadangkan, keperluan-keperluan di bawah Akta

Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan yang berkaitan, galakan-galakan

bagi pemasangan alat pengawalan pencemaran, prosedur EIA dan keperluankeperluannya,

peluang-peluang untuk memberikan perkhidmatan berkaitan alam sekitar

termasuk perundingan dan teknologi kepada industri yang sedia ada, dan juga peranan

penswastaan dalam rancangan jangka panjang kerajaan dan polisi-polisi alam sekitar

yang akan memberi kesan kepada sektor industri.

Jabatan Alam Sekitar juga merupakan ahli jawatankuasa kepada Jawatankuasa Tindakan

Berkenaan Pengindustrian yang meluluskan lesen pengilang dan galakan. Pada tahun

(26)

1995, sejumlah 80 permohonan lesen pengilang telah dirujuk kepada Jabatan Alam

Sekitar untuk nasihat dan ulasan. MIDA juga menerima sejumlah 1,075 permohonan bagi

projek-projek pengilangan berbanding dengan hanya 1,018 permohonan pada tahun 1994.

Daripada jumlah tersebut, 554 permohonan adalah bagi projek-projek pengilangan baru

dan selebihnya iaitu 521 permohonan adalah bagi projek pembesaran dan

mempelbagaikan pengeluaran. Sejumlah 894 buah projek telah diberikan kelulusan oleh

pihak MIDA berbanding 870 kelulusan dalam tahun 1994. Sebanyak 516 buah projek daripada 894 kelulusan yang telah dikeluarkan adalah projek

pengilangan baru, sementara 378 adalah bagi projek pembesaran dan mempelbagaikan

pengeluaran kilang. Daripada jumlah ini, 41 projek adalah tertakluk di bawah Perintah

Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling yang kebanyakannya merupakan projek industri

kimia dan petrokimia, projek kitar semula buangan terjadual, pengeluaran bahan bukan

logam seperti simen dan kapur, kilang kertas dan juga kawasan peranginan pinggir

pantai.

(Petikan daripada Sumber Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar)

Referensi

Dokumen terkait

a) Cadangan revaluasi aktiva tetap, yaitu cadangan yang dibentuk dari selisih penilaian kembali aktiva tetap yang telah mendapat persetujuan dari Direktorat

Pemahaman mengenai pesan yang akan disampaikan (termasuk aspek terkait, seperti: pemahaman produk, profil sasaran pembaca, media yang digunakan, dan lain-lain) merupakan hal

Maka dari itu adanya tingkat konformitas teman sebaya dikategorikan tinggi karena tidak ada pendiriannya untuk mengikuti perilaku orang lain agar lebih spesifik agar dapat dilihat

Pengawasan obat secara online melalui operasi Pangea yang dilakukan oleh Badan Pengawas Obat dan Makanan bekerjasama dengan International Criminal Police

Ud fra Ryan og Decis teori kan man tolke, at det at få gode karakterer giver eleverne en kortvarig følelse af glæde og øget motivation, men hvis de ikke bliver ved med at få

Oleh karena itu, PT MPP telah membalik rugi penurunan nilai sebesar Rp67.210 dan Rp56.672 masing-masing untuk periode enam bulan yang berakhir pada tanggal 30 Juni

Karena sifat dan peran jender merupakan produk dari konstruk sosial budaya, maka ia bersifat tidak permanen dan dapat dipertukarkan, sehingga jika perbedaan

menunjukkan bahwa tidak adanya perbedaan yang bermakna pada asupan sumber lemak sebelum dan sesudah pemberian edukasi gizi pada kelompok kontrol, sedangkan pada