• Tidak ada hasil yang ditemukan

Definisi Tingkah Laku Bermasalah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Definisi Tingkah Laku Bermasalah"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 DEFINISI KONSEP TINGKAH LAKU BERMASALAH

Menurut Lewis M. Baker (2001) yang dipetik dari

http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/05/pengurusan-tingkah-laku-no-1.html, tingkah laku bermasalah bermaksud sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku juga adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Dari sumber yang sama, Carl Rogers (1999) menekankan seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, ‘tingkah laku’ bermaksud gerak geri, kelakuan dan perbuatan. Manakala ‘masalah’ pula membawa maksud perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran (kesulitan). Selain itu, tingkah laku bermasalah juga boleh membawa pengertian tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behavior dalam Bahasa Inggeris dan terkeluar dari nilai dan norma sosial dalam masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.

Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) yang dipetik daripada Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku oleh Mok Soon Sang, tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah.

Maka, jika mengikut definisi-definisi yang telah dinyatakan, pengertian tingkahlaku bermasalah ialah gerak geri atau kelakuan atau perbuatan yang menimbulkan kesukaran atau terkeluar dari norma sosial dalam masyarakat. Kesulitan atau kesukaran yang dinyatakan ialah apa yang berlaku di dalam bilik darjah apabila adanya murid yang melakukan tingkah laku yang boleh mengganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran.

(2)

2.0 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Selalunya, apabila disebut mengenai tingkahlaku bermasalah, ramai beranggapan bahawa ia merujuk kepada bermasalah disiplin sahaja. Sebenarnya, jenis-jenis tingkah laku bermasalah boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu tingkah laku bermasalah negatif dan tingkah laku bermasalah positif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti ialah tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala, tingkah laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku yang menghalang(bergantung), tingkah laku yang mengganggu (disruptif) dan tingkah laku anti sosial (distruktif).

2.1 TINGKAH LAKU BERMASALAH POSITIF

Seperti yang telah dinyatakan, tingkah laku bermasalah positif merujuk kepada perlakuan murid yang ingin tahu yang keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Ramai yang beranggapan bahawa tingkah laku positif tidak begitu merumitkan. Malah, ramai beranggapan terutamanya ibu bapa menganggap perkara sebegini makin menyenangkan kerja dan mengurangkan tanggung jawab guru di bilik darjah. Apabila difikirkan, memang ada betulnya kerana perlakuan tersebut secara umumnya dilihat sangat baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid. Namun sebaliknya, ia mengganggu kelancaran proses Pengajaran dan Pembelajaran yang berlangsung.

Murid yang mempunyai perasaan ingin tahu yang keterlaluan boleh menyebabkan gangguan terhadap rakan-rakan yang lain serta mengganggu guru untuk menjelaskan topik dengan lebih lanjut. Soalan yang ditanya serta jawapan yang dijawab akan menyebabkan murid-murid yang lain merasa bingung. Lebih teruk sekiranya murid-murid lain langsung tidak dapat menguasai topik kerana mendengar soalan yang tidak sepatutnya ditanya ataupun keluar daripada topik.

Manakala, murid yang cepat belajar pula memberi masalah kerana memberi tekanan kepada rakan-rakannya yang kurang cepat berbanding murid tersebut. Selain itu, rakan-rakan yang lain merasa rendah diri. Lagipun, dengan adanya murid sebegini, ia pasti menyusahkan murid tersebut kerana guru hendaklah membuat perancangan dan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan majoriti. Ini menyebabkan murid yang cepat belajar tersebut menjadi cepat bosan.

(3)

Bagi murid yang pintar cerdas pula, keadaan bilik darjah menjadi tidak seimbang kerana murid tersebut sudah pun menguasai topik yang diajar. Bagi murid ini, tiada gunanya untuk pergi ke sekolah kerana perkara yang diajar adalah perkara yang sudah lama diketahui.

2.2 TINGKAH LAKU BERMASALAH NEGATIF

Tingkah laku bermasalah negatif boleh dibahagikan kepada tiga iaitu tingkah laku bergantung, tingkah laku disruptif serta tingkah laku distruktif. Tingkah laku bergantung merupakan kelakuan yang membahayakan diri sahaja dan tidak membahayakan pelajar lain. Antara kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku bergantung ialah kebimbangan. Murid yang mengalami kebimbangan tidak dapat memberi perhatian semasa dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Selain itu, murid juga merasa rendah diri serta kurang berkeyakinan. Selain daripada itu, pergantungan berlebihan juga merupakan salah satu kelakuan yang merumitkan keadaan di dalam bilik darjah. Contohnya, murid terlalu mengharapkan nota daripada guru dan tidak berusaha dalam pembelajaran. Murid sebegini tidak mempunyai keyakinan diri ataupun memang tidak mempunyai keinginan untuk belajar sendiri. Biasanya, murid sebegini sangat inginkan perhatian daripada guru. Seterusnya, kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku bergantung ialah pengasingan diri iaitu murid tidak mahu terlibat dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Murid lebih suka duduk di sudut dan berkhayal serta tidak mempunyai hubungan yang bagus dengan rakan sekelas.

Tingkah laku disruptif merupakan kelakuan yang boleh menyebabkan gangguan dalam proses pembelajaran dan pengajaran, di mana sebuah kelas susah untuk berjalan dengan lancar jika pelajar-pelajar ini gagal dikawal. Antara kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku disruptif ialah hiperaktif. Murid yang hiperaktif akan mengganggu rakan-rakan sekelas yang lain seperti berlari di dalam kelas, mengganggu rakan dan sebagainya. Selain itu, bising juga termasuk dalam tingkah laku disruptif di mana murid tidak menumpukan perhatian malah membuat bising semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. Kelakuan agresif secara lisan atau fizikal juga termasuk dalam tingkah laku disruptif. Contohnya, murid menggunakan perkataan kesat bagi kelakuan agresif secara lisan.

Akhir sekali ialah tingkah laku distruktif iaitu tingkah laku yang paling serius dalam ketiga-tiga tingkah laki bermasalah ini. Perkataan distruktif dipinjamkan dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu destructive yang bermaksud membinasakan atau merosakkan. Tingkah laku ini

(4)

bukan sahaja merosakkan diri, rakan malah masyarakat serta sekolah. Perkara ini merupakan perkara yang boleh menggugat keharmonian di sekolah. Antara kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku ini ialah permusuhan yang nyata. Ini boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan yang boleh menyebabkan kecederaan. Paling teruk, murid yang terlibat boleh disabitkan kesalahan di bawah jenayah juvana. Selain itu, vandalisme juga merupakan kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku distruktif. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, ‘vandalisme’ bermaksud perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Sekiranya murid membuat vandalisme, ia akan melibatkan sekolah mendapat rugi serta banyak kemudahan tidak boleh digunakan dengan sempurna. Seterusnya, murid yang mempunyai klik, geng dan kumpulan liar tertentu di dalam sekolah mahupun di luar kawasan sekolah juga merupakan antara kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku distruktif. Adanya kumpulan liar, geng dan klik boleh menyebabkan permusuhan di antara satu sama lain mengikut kumpulan atau geng masing-masing. Selain itu, perkara sebegini juga punca berleluasanya kes buli di kalangan murid. Ini menyebabkan murid-murid lain tidak berminat untuk turun ke sekolah dan sekolah bukan lagi tempat yang selamat.

3.0 CONTOH-CONTOH TINGKAH LAKU BERMASALAH

Terdapat pelbagai contoh tingkah laku bermasalah termasuk murid berkomunikasi di antara satu sama lain di bilik darjah semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. Cara murid berkomunikasi tidak semestinya secara lisan. Contohnya, murid menghantar nota bertulis kepada rakan yang lain dan rakan tersebut membalas nota yang diberikan.

Seterusnya, antara tingkah laku bermasalah ialah murid tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang telah diberikan oleh guru. Biasanya, mereka akan memberikan alasan bagi menjelaskan keadaan tersebut berlaku. Kadang-kadang, alasan yang diberikan tidak kurang wajar dan tidak boleh diterima.

Selain itu, murid yang lupa membawa buku juga merupakan contoh tingkah laku bermasalah seperti lupa membawa buku latihan, buku teks atau buku kerja. Apabila berkongsi buku teks dengan rakan, sudah pasti ia akan mengganggu rakannya tersebut. Jika terlupa untuk membawa buku latihan atau buku kerja, sudah tentu murid tidak membuat latihan yang diberikan di dalam kelas.

(5)

Malas membuat latihan kelas juga merupakan tingkah laku bermasalah. Murid ini lebih gemar berbual-bual antara satu sama lain. Selain itu, murid ini juga akan mengganggu rakan lain yang ingin membuat kerja yang diberikan.

Ada sesetengah murid gemar menggunakan bahasa yang kesat di depan rakan-rakan. Selalunya, murid yang menggunakan bahasa kesat tersebut ialah murid lelaki dan sengaja menyebutnya di depan murid-murid perempuan. Tingkah laku sedemikian dianggap kurang sopan dan tidak menghormati guru dan rakan-rakan.

4.0 PUNCA-PUNCA TINGKAH LAKU BERMASALAH

Di peringkat sekolah, punca-punca utama salah laku dikenal pasti, kebanyakannya disebabkan oleh pelajar sendiri. Sebilangan kecilnya berlaku kerana masalah keluarga, pengaruh persekitaran dan kecuaian sekolah.

Pada umumnya pelajar sering melakukan sesuatu yang dianggap baru dan menyebabkan berlakunya tingkah laku negetif. Perlakuan negatif pelajar adalah berpunca daripada sikap ingin tahu yang telah disalahgunakan oleh pelajar untuk belajar perkara-perkara yang lain. Pelajar juga sering melakukan sesuatu tindakan negatif kerana inginkan perhatian daripada guru dan pelajar lain. Kegagalan pelajar untuk melawan sikap ini telah mengundang pelbagai masalah kepada guru dan pelajar lain. Secara umumnya seseorang individu akan memberontak apabila keperluan kendiri dan kasih sayangnya tidak dipenuhi. Perkara ini terdapat dalah heriaki Keperluan Marslow dimana keperluan individu harus dipenuhi untuk memastikan individu berada dalam ruang yang selesa.

Punca kedua iaitu masalah keluarga juga merupakan perkara yang amat penting ini kerana pelajar menghabiskan separuh masa mereka dirumah, iaitu masa mereka berada diluar peraturan dan undang-undang sekolah. Jika ibu bapa pelajar sibuk dan mengabaikan anak mereka terutamanya yang berada disekolah rendah ini akan membentuk satu peribadi yang bebas didalam diri mereka. Peribadi tersebut akan merosak nilai yang telah diterapkan sewaktu disekolah. Ini disebabkan pelajar kurang mendapat contoh yang nyata untuk sesuatu nilai itu diterima dalam logik akal mereka. Sebagai contoh jika guru mengajar merokok merupakan perkara yang tidak elok dan membahayakan kesihatan tetapi bapa pelajar itu merokok dihadapnya pada setiap masa dirumah maka pengajaran yang diberikan oleh guru itu akan menjadi sia-sia. Begitu juga dengan tutur kata sopan dan sebagainya, ini kerana ibu bapa boleh

(6)

dikatan guru kedua kepada pelajar dan merupakan orang yang terdekat yang dapat memberikan contoh maujud kepada mereka.

Persekitaran tempat tinggal dan sekolah juga memainkan peranan dalam tingkah laku bermasalah negetif ini. Kecenderungan pelajar untuk mencontohi segala perbuatan dan percakapan telah dibuktika melalui teori Albert Bandura iaitu teori Peniruan. Percakapan lucah sering kali diperlajari oleh pelajar melalui peniruan dan ini menyebabkan mereka tidak takut untuk mentuturkannya apabila berada disekolah. Pelajar yang mentah dalam penilaian mengenai kebaikan dan keburukan akan mudah terpengaruh dengan satu perbuatan yang dianggap seronok berbanding perbuatan yang menuju kearah kebaikan. Punca ini menjadi semakin teruk apabila pelajar dibesarkan dalam keadaan persekitaran yang tidak sihat atau dalam masyarakat yang tidak mementingkan pelajaran. Kecuaian pihak sekolah juga menjadi punca tingkah laku negetif, ini berlaku sekiranya pihak sekolah gagal membimbing pelajar bermasalah ini dan kurangnya perhatian daripada guru-guru. Padangan negetif guru-guru terhadap murid bermasalah seharusnya diubah dan bimbingan harus diberikan jika pelajar menunjukkan sikap luar biasa di kelas ataupun dipersekitaran sekolah.

Selain itu secara terperinci terdapat juga beberapa punca yang lain yang menyebabkan wujudnya masalah salah laku disekolah iaitu.

Penggunaan Pendekatan dan Strategi mengajar yang kurang sesuai. Ini berlaku apabila murid merasa bosan hingga mereka memberontak dan mencetuskan masalah didalam bilik darjah. Perkara ini merupakan kelemahan guru dalam mewujudkan suatu suasana pengajaran yang kondusif dan ceria.

Keadaan fizikal bilik darjah yang kurang selesa. Contohnya kerusi meja terlalu sesak, tidak teratur, cuaca terlalu panas, cahaya kurang cukup, udara dan tempat kurang bersih dan sebagainya. Keadaan fizikal yang kurang selesa ini akan menjadikan murid-murid gelisah. Perasaan murid yang kurang selesa merupakan punca masalah disiplin yang berlaku.

Hubungan guru dengan murid kurang baik dan kurang mesra. Misalnya, guru mengamalkan kepimpinan bercorak autokratik dan mengawal disiplin murid secara kuku besi. Dibawah kepimpinan jenis ini, interaksi dua hala di antara guru dan murid tidak dapat diwujudkan, sebaliknya keadaan ini mewujudkan suasana sosioemosi yang kurang sihat. Murid-murid sentiasa merasa bimbang, gelisah dan takut pada guru. Perasaan yang kurang sihat ini merupakan salah satu punca yang menimbulkan masalah disiplin di dalam bilik darjah.

(7)

Sahsiah guru yang kurang meyakinan. Guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid yang nakal akan sering menimbulkan masalah disiplin dengan tujuan membuli guru yang kurang tegas.

Kesihatan murid yang kurang baik. Murid-murid yang kurang sihat dan tidak mendapat masa rehat yang mencukupi akan menghadapi kesulitan untuk menumpukan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid ini sering mengantuk dan tidak cergas mengikuti pelajaran dan akibatnya tidak berupaya menyempurnakan tugasan yang diberikan. Untuk mengelakkan hukuman daripada guru, murid-murid ini terpaksa meniru kerja murid yang lain atau tidak langsung membuat tugasan.

Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi. Pihak sekolah yang amat menekankan pencapaian dan prestasi akademik akan menggalakkan murid-murid yang kurang cerdas menimbulkan masalah disiplin sekolah. Ini kerana murid-murid yang tidak berupaya mencapai aspirasi sekolah sebagaimana yang diharapkan biasanya lebih cenderung untuk menibulkan masalah disiplin.

Pengaruh negative dari keluarga, rakan sebaya dan alam sekitar. Murid-murid mudahdipengaruhi oleh tingkah laku daripada ahli keluarga atau alam sekitar. Pengaruh negative seperti berjudi, bergaduh, bercakap kasar, membaca buku lucah dan sebagainya adalah mudah dicontohi oleh murid-murid mereka. Aktiviti-aktiviti yang kurang sihat ini akan dibawa oleh mereka ke sekolah, dan menimbulkan masalah disiplin semasa mereka belajar.

Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah pula menimbulkan masalah disiplin. Dalam keadaan bilanagan murid yang ramai ini, kawalan kelas adalah rumit dan sukar bagi guru member perhatian kepada setiap murid semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid yang tidak dapat layanan yang wajar daripada guru ataupun tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajarkan akan merasa bosan dan kecewa, kemudiannya menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah, seperti membua bising, berbual-bual dengan rakan sedarjah, berkeliaran, ponteng kelas, membuli rakan sedarjah, tidur dalam kelas dan sebagainya. Kerja kelas diberikan pun tidak dapat disempurnakan kerana tidak sanggup mengikuti pelajaran secara sepenuhnya.

(8)

5.0 PELBAGAI KAEDAH PENGURUSAN MASALAH DAN DISIPLIN DI DALAM BILIK DARJAH

Masalah disiplin bilik darjah yang gagal ditangani oleh guru akan bertambah serius sehingga berkemungkinan menjadi jenayah seperti kecurian, rompakan dan sebagainya. Perlakuan yang agresif di bilik darjah jika tidak dibendung boleh menyebabkan berlakunya kecederaan di kalangan murid mahupun guru. Oleh itu, pengurusan disiplin bilik darjah merupakan aras pertama dalam sistem disiplin sekolah.

Terdapat beberapa kaedah pengurusan masalah dan disiplin di dalam bilik darjah yang boleh diguna pakai iaitu pactoral care, kaunseling, teknik modifikasi tingkah laku,

5.1 PACTORAL CARE

Pastoral care merujuk kepada perkhidmatan jagaan kerohanian dan kaunseling yang diberikan oleh golongan paderi, dan pemimpin-pemimpin agama kepada penganut-penganut Kristian dalam seting berasaskan agama. Antara kemahiran-kemahiran yang penting termasuk mendengar, member sokongan moral, member dorongan dan bersifat sebagai seorang kawan.

Manakala dalam konteks pendidikan pula, pastoral care bermaksud amalan guru dari segi menjaga kebajikan peribadi dan sosial muris-murid bawah tanggungjawabnya. Ianya merangkumi skop yang agak luas termasuk isu-isu kesihatan, sosial dan pendidikan moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan emosi. Dengan kata lain, ia merupakan satu himpunan sistem, prosedur dan program yang bertujuan untuk memenuhi keperluan murid secara menyeluruh agar mereka berpeluang mencapai potensi masing-masing serta melengkapi diri dengan kemahiran-kemahiran penting bagi mengharungi liku-liku dalam kehidupan nanti.

Menurut Hornby, Hall dan Hall (2003), pastoral care merujuk kepada proses pendidikan yang berhubung dengan bantuan yang diberikan kepada murid-murid dari segi peribadi, perkembangan sosial dan moral, bimbingan akademik dan vokasional. Justeru, pastoral care dianggap sebagai cirri utama pendidikan yang ditawarkan kepada semua murid.

Secara keseluruhannya, terdapat tiga jenis strategi pastoral, iaitu kaunseling, bimbingan dan pendidikan peribadi dan sosial. Kaunseling bermaksud membantu murid-murid secara individu atau kelompok untuk menangani masalah yang sedang dihadapi serta mengurus kehidupan dengan lebih berkesan.

(9)

Bimbingan pula adalah untuk membantu muird-murid secara individu atau kelompok membuat keputusan berhubung dengan hal-hal peribadi, akademik atau kerjaya. Bantuan yang diberikan oleh guru kelas, tutor peribadi, guru bimbingan dan kaunseling, dan agensi luar biasanya berbentuk maklumat penting yang berkaitan.

Selain daripada itu, bagi pendidikan peribadi dan sosial pula isu-isu penting boleh diserapkan merentasi kurikulum oleh guru mata pelajaran yang berkeaan, diintegrasikan dalam tutorial oleh tutor, atau disampaikan sebagai satu mata pelajaran yang berasingan oleh guru bimbingan, guru bimbingan dan kaunseling dan sebagainya.

Menurut ahli teoris, kualiti perkhidmatan pastoral care yang ditawarkan mempengaruhi etos dan iklim sekolah secara keseluruhan. Perkhidmatan yang positif akan mewujudkan suasana yang sihat dan prihatin di mana murid-murid berasa selamat, dihargai dan digalakkan untuk berkembang dari segi akademik, emosi dan sosial. Di samping itu, ia juga berasaskan prinsip-prinsip hubungan guru-murid dan murid-murid yang baik dan saling menghormati.

Oleh itu, terdapat satu jawatankuasa khas diwujudkan di sekolah yang dikenali sebagai jawatankuasa pastoral care dan bimbingan (Wettasinghe, dalam Myint Swe Khine et al.. 2004). Ahli-ahli jawatankuasa tersebut bekerjasama dengan ahli-ahli jawatankuasa tersebut berkerjasama dengan ahli-ahli jawatankuasa disiplin di peringkat sekolah. Mengikut kebiasaan, guru disiplin adalah pengerusi jawatankuasa tersebut. pendekatan yang digunakan adalah soft approach seperti kaunseling bertujuan membantu murid-murid menyelesaikan masalah mereka. kes-kes tertentu seperti mereka yang menghadapi masalah pembelajaran, sosial, emosi dan tingkah laku akan dirujuk oleh guru-guru untuk menjalani sesi kaunseling.

5.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bimbingan dan kaunseling merupakan dua strategi yang terangkum di bawah pastoral care. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ditawarkan di semua sekolah menengah dan kebanyakkan sekolah rendah seluruh negara ini. Malahan sejak tahun 1996 kebanyakan sekolah menengah sudah mempunyai kaunselor sepenuh masa dengan penguatkuasaan dasar yang berkaitan. Hari ini, banyak sekolah rendah juga mempunyai guru bimbingan dan kaunseling yang terlatih berikutan keputusan Jemaah Menteri pada akhir tahun 2002 untuk melatih guru-guru sekolah rendah melalui Kursus Dalam Perkhidmatan 14 minggu (KDPM 14M)

(10)

Guru Bimbingan Sekolah Rendah dua tahun lalu. KDP 14M juga terbuka kepada guru-guru sekolah menengah.

Konsep bimbingan dan kaunseling

1. Bimbingan, atau ‘guidance’ dalam bahasa inggeris bermaksud memberi panduan atau nasihat kepada seseorang.

2. Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan, di bawah konteks pendidikan merujk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar yang berkenaan.

3. Kaunseling, mengikut Shertzer dan Stone (1968), ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami ciri dan situasinya.

4. Menurut Arbuckle (1965), kaunseling bukan bertujuan menolong klies meyesuaikan diri dengan alam sosial, tetapi menolongnya memahami kelebihan dan kelemahannya, potensi dan keupayaannya.

5. Partterson dan Eisenberg (1983) menghuraikan kaunseling sebagai proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan klien pada akhirnya.

6. Mengikut kamus dewan (1998), kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan perbncangan rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbngan dan nasihat.

7. Berdasarkan huraian diatas, kita boleh rumuskan bahawa konsep bimbngan adalah saling berkait dengan konsep kaunseling. Sebagaimana yang dihuraikan oleh G. S Belkin dalam bukunya Practical Counselling in the schools, beliau menulis :

“Bimbingan merangkumi aspek-aspek otientasi, inventori, maklumat pendidikan dan kerjaya. Manakala, kaunseling merupakan penempatan dan perkhidmatan.”

8. Kesimpulannya, kaunseling merupakan sebahagian proses daripada perkhidmatan. Di peringkat institusi pendidikan, kaunseling merupakan proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang pengajar yang memainkan peranan sebagai kaunselor, dengan seorang pelajar (disebut sebagai klien) yang menghadapi masalah peribadi, akademik, dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku pelajar itu kearah

(11)

menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Bimbingan merangkumi segala aspek seperti orientasi, inventori, penempatan, kaunseling, tunjuk ajar dan nasihat serta tindakan susulan.

Prinsip-prinsip bimbingan dan kaunseling

1. Tiap-tiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi peluang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaannya.

2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah tanggungjawab bersama, iaitu kerjasama harus wujud bukan sahaja di antara kaunselor dan pelajar yang memerlukan bimbingan, tetapi juga di antara kaunselor dengan pihak pentadbiran, termasuk rakan sejawat dan ibubapa yang berkenaan.

3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling haruslah diuruskan mengikut prosedur dan pertauran atau tatacara yang ditetapkan. Ia akanmenjadi berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.

4. Kaunseling ialah interaksi di antara kaunselor dengan pelajar berdasarkan hubungan mesra dan kepercayaan.

5. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diberi kepada pelajar yang sudi rela menerimanya dan tidak boleh dipaksa, termasuk memilih tempat perbincangan. 6. Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan di antara kaunselor dan kliennya di dalam bilik

yang disediakan khas.

7. Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak pelajar. Segala maklumat pelajar adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.

8. Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan dalam situasi bersendirian di antara kaunselor dan pelajar sahaja. Segala perkara yang dibincangkan haruslah dirahsiakan. 9. Tindakan susulan hendaklah dirancangkan selepas proses perkhidmatan Bimbingan

dan Kaunseling agar memastikan masalah yang dihadapi, sama ada akademik ataupun emosi sosial, tidak akan timbul semula.

(12)

10. Erkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diuruskan oleh kaunselor yang bertauliah atau pengajar bimbingan yang terlatih, iaitu orang yang mahir serta berupaya membimbing klien dirinya menyelesaikan masalah akademik ataupun masalah peribadi.

Objektif-objektif bimbingan dan kaunseling

Objektif utama Bimbingan dan Kaunseling ialah menolong pelajar menyelesaikan masalah, sama ada akademik ataupun emosi sosial yang diahadapinya. Di antara objektif yang lain ialah :

1. Menolong pelajar memahami dan membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai dengan budaya sekolah dan norma masyarakat.

2. Melayan keperluan-keperluan pelajar kea rah perkembangan potensi mereka secara optimum.

3. Menolong pelajar memahami kekuatan dan kelemahannya agar mereka dapat menyesuaikan diri mengiut kebolehannya serta memilih dan merancang masa depan dengan berkesan.

4. Mendorongkan pelajar menghadapi masalah dengan tabah hati dan berusaha menyelesaikannya dengan penuh keyakinan.

5. Menyedari pelajar bahawa ada orang yang rela membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

6. Member nasihat supaya membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai pada masa depan.

7. Mengubah tingkah laku bermasalah pelajar dan seterusnya membentuk tingkah laku yang diingini.

(13)

9. Member tunjuk ajar supaya pelajar dapat mengatasi masalah akademik, dan seterusnya meningkatkan prestasinya dalam bidang pelajaran yang dahulu dinilai lemah.

10. Member nasihta supaya membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif atau jurusan yang sesuai mengikut potensi dan minatnya.

11. Menganjurkan kem motivasi bagi pelajar yang mempunyai motivasi rendah untuk belajar.

Matlamat utama Bimbingan dan Kaunseling

Berdasarkan objektif-objektif Bimbingan dan Kaunseling yang dihuraikan maka matlamat utamanya ialah memberikan bimbingan dan saranan penyelesaian supaya pelajar dapat menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan kaunselornya untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya melalui usaha diri sendiri.

Konsep bimbingan dan kaunseling kadangkala disalahertikan sebagai satu sesi digunakan untuk menganalisis dan mengkriti kesalah pelajar, menentukan punca kesalahan, member ajaran ataupun memaksa pelajar yang berkenaan supaya menurut cara penyelesaian yang dicadangkan oleh kaunselor.

Konsep Bimbingan dan Kaunseling yang sebenar ialah kaunselor hanya perlu mendengar dan memahami masalah yan dihadapi oleh kliennya, dan membimbingnya memikir masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya memahami pelbagai cara yang boleh dipilih untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya.

Secara ringkasnya, Bimbingan dan Kaunseling ialah :-1. Memupuk kebolehan menyelesaikan masalah sendiri

2. Membantu kliennya menguasai pelbagai kemahiran asas untuk adaptasi dan penyesuaian diri

3. Dapat menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang sedia ada untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam kehidupan.

(14)

Jenis Bimbingan

Jenis bimbingan boleh dibahagikan kepada dua iaitu bimbingan individu ataupun bimbingan berkelompok.

Mengikut Cottle dan Downie (1970), kaunseling di bawah bimbingan secara individu merujuk kepada proses perbincangan di antara seorang kaunselor dan seorang kliennya, di mana kaunselor berusaha menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima masalah yang dihadapinya, sehingga dia membuat keputusan daripada pilihan-pilihan yang boleh membantunya mengatasi masalah.

Blackhma (1977) menjelaskan kaunseling secara individu sebagai hubungan dan kerjasama unik di antara seorang kaunselor dan seorang klien yang akan diberi peluang menghayati, berfikir dan berubah mengikut cara yang boleh memberinya manfaat.

Shertzer dan Stone (1981) merujuk kaunseling secara individu sebagai proses interaksi yang menyediakan hubungan bermakna diantara diri dengan persekitaran dan menghasilkan pencapaian matlamat serta mewujudkan nilai-nilai yang sesuia untuk tingkah laku pada masa kelak.

Di peringkat sekolah, bimbingan secara individu merujuk kepada proses perhubungan bersemuka di antara seorang pelajar dengan seorang pengajar bimbingan yang menyediakan peluang untuk sesuatu situasi temu bual dengan tujuan membantu pelajar yang berkenaan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi, dan seterusnya membuat pemilihan daripada alternatif-alternatif yang disarankan, dengan harapan dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah diri sendiri.

Oleh itu, di antara tujuan-tujuan kaunseling individu yang dapat disimpulkan ialah untuk menjalin hubungan baik di antara kaunseling dengan klien, membantu pelajar membina kemahiran dan keyakinan untuk menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu pelajar supaya membuat keputusan secara rasional dan praktikal dan menyelesaikan masalah dengan berkesan atau mencegah masalah kritikal menimbul, atau mengubah tingkah laku negatif kepada positif.

Apabila pengajar mendapati bahawa terdapat ramai pelajar menghadapi masalah yang serupa, bimbingan secara kelompok adalah lebih sesuai digunakan.

(15)

C. A Mahler dan E. Caldwell dalam buku mereka Group Counseling in Secondary Schools, menghuraikan kaunseling kelompok sebagai ‘proses sosial tentang masalah perkembangan dan sikap para pelajar di bawah keadaan terkawal. Isi kandungan kaunseling kelompok merangkumi keperluan dan minat bersama dalam kalangan kebanyakan pelajar’.

Carl Rogers (1970) menjelaskan kaunseling di bawah Bimbingan Kelompok sebagai orientasi permasalahan dan proses pemulihan untuk merasionalisasikan setiap orang pelajar mengikut kehendak kumpulannya.

Dyer dan Vocind (1973) menyatakan kaunseling kelompok sebagai perubahan sosial dan psikologi setiap individu, iaitu mengubah tingkah laku dan pengalamnnya dengan individu yang lain serta persekitarannya.

Berdasarkan huraian-huraian di atas, bimbingan dan kaunseling kelompok boleh dirumuskan sebagai proses mencari alternatif untuk membantu sekumpulan pelajar yang menhadapi masalah yang serupa, sama ada dalam bidang akademik atau bidang sosial. Teknik yang biasanya digunakan untuk melaksanakan proses bimbingan dan kaunseling secara berkelompok ialah pemerhatian atau soal selidik dalam peringkat pembentukan kumpulan, dan sesi sumbangsaran.

5.3 TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Secara amnya, modifikasi tingkah laku merujuk kepada penggunaan teknik-teknik pembelajaran asas untuk mengubah tingkah laku manusia, sama ada meningkatkan tingkah laku yang wajar atau mengurangkan tingkah laku yang tidak wajar. Tetapi, bagi muris-murid yang mempunyai masalah tingkahlaku bermasalah, guru seharusnya mengurangkan tingkah laku yang tidak wajar itu ataupun menghapuskannya sama sekali. Terdapat beberapa teknik untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak wajar. Di antaranya ialah pengukuhan kebezaan, penghapusan, teguran, kehilangan keistimewaan, time-out dan juga hukuman.

Pengukuhan kebezaan ditakrifkan sebagai proses pengukuhan tingkah laku yang wajar tetapi pada masa yang sama tidak mengukuhkan tingkah laku yang tidak wajar.

Penghapusan pula merujuk kepada ketidaksinambungan atau penahanan pengukuh yang sebelum ini merupakan pengukuhan bagi sesuatu tingkah laku.

(16)

Teguran pula bermaksud memarahi, memekik, melaung murid yang melakukan salah laku. Wajar jikalau ingin berhentikan tingkah laku yang kurang wajar dengan serta merta. Seelok-eloknya disertai dengan satu pernyataan sebagai alternatif kepada tingkah laku yang kurang ajar.

Kehilangan keistimewaan pula berbentuk intervensi pengurusan tingkah laku yang negatif, namum mempunyia akibat positif. Ia juga dikenali sebagai kos respon. Ia hanya berkesan sekiranya keistimewaan yang kehilangan itu merupakan konsekuen semulajadi atau logikal.

Selain itu, time-out juga adalah salah satu daripada teknik-teknik untuk mengurangkan atau menghapuskan tingkah laku bermasalah. Ia bermaksud mengeluarkan murid daripada seting yang memperkukuhkan kepada satu seting yang lain yang tidak bagi satu tempoh masa yang khusus dan terhad. Haris dalam Walker, Shea dan Bauer, 2004 menyenaraikan lima jenis time-out seperti pemulauan, pengenepian, pemerhatian kontingen. Pemindahan keadaan rangsangan yang bersifat pengukuhan dan ketidakendahan atau penghapusan. Manakala Lweellen dalam Walker, Shea dan Bauer, 2004 pula mengkategorikan time-out kepada tiga jenis iaitu time-out berbentuk pemerhatian, pengenepian dan juga pengasingan. Time-out berbentuk pemerhatian ialah murid dikehendaki untuk membuat pemerhatian terhadap aktiviti yang dilakukan di dalam kelas tetapi dilarang untuk mengambil bahagian. Pengenepian pula ialah murid yang berkenaan tidak dibenarkan memerhatikan rakan sekelas yang sedang melakukan aktiviti. Pengasingan pula bermaksud murid yang berkenaan keluar dari bilik darjah dan pergi ke satu bilik yang terpencil.

Referensi

Dokumen terkait

Tulisan ini hendak memberikan legal problem solving terhadap permasalahan penumpukan perkara pidana di Indonesia yang hingga saat ini belum mampu terpecahkan,

Berdasarkan uraian diatas maka penelitian ini dilakukan untuk mengetahui efek ekstrak etanol Centella asiatica pre sampai post hatching terhadap osifikasi tulang dan

(5) Penjabaran lebih lanjut mengenai tugas pokok dan fungsi Rumah Sakit Umum Daerah Kelas D ditetapkan dengan Peraturan Bupati.. Bagian Kedua

Untuk menampilkan gambar yang direkam kamera dan mengunggah gambar tersebut agar dapat dilihat pemirsanya, Elja TV menggunakan perangkat komputer. Perangkat komputer

Kebijakan puritanisme oleh sultan Aurangzeb dan pengislaman orang-orang Hindu secara paksa demi menjadikan tanah India sebagai negara Islam, dengan menyerang berbagai praktek

Pendapatan seseorang tidak berpengaruh terhadap inklusi keuangan pada masyarakat di Kota Surabaya disebabkan karena responden yang berpendapatan rendah memiliki keterbatasan

Bila seseorang berupaya membaca huruf d, maka sebagai selingan pelajaran membaca d ini, pengajar bisa menginstruksikan pembelajar untuk menulis huruf d (misalnya sebanyak satu

Hal ini disebabkan oleh bahan baku yang digunakan dimana kertas seni dari serat Abaca menggunakan bahan yang sudah berbentuk serat, sedangkan kertas seni dari batang pisang