• Tidak ada hasil yang ditemukan

TRANSFORMASI PENDIDIKAN: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN ABAD KE 21 MELALUI e-pembelajaran CIDOS DI POLITEKNIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TRANSFORMASI PENDIDIKAN: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN ABAD KE 21 MELALUI e-pembelajaran CIDOS DI POLITEKNIK"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

357

TRANSFORMASI PENDIDIKAN: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN ABAD KE 21 MELALUI e-PEMBELAJARAN CIDOS DI POLITEKNIK

Hasnida Ibrahim1, Elyn Mohd Ridzwan2, Hamdan Zakaria3 1Politeknik METrO Johor Bahru,

Emel: hasnidaibrahim83@gmail.com

2Politeknik METrO Johor Bahru,

Emel: elyn_emr123@yahoo.com

2Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis

Emel: padeluah@gmail.com

Abstrak

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 [PPPM (PT)] mentransformasikan sistem pendidikan tinggi Malaysia untuk menghadapi cabaran baharu. PPPM (PT) telah menggariskan 10 lonjakan bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar. Melalui lonjakan ke 9 iaitu pembelajaran dalam talian secara global, model pembelajaran secara bersepadu (blended learning) menjadi pendekatan pedagogi utama untuk semua IPT termasuklah Politeknik Malaysia bersesuaian dengan trend terkini perkembangan teknologi abad 21. Kajian ini bertujuan membincangkan penggunaan sistem Pembangunan Pembelajaran Terbuka atau dikenali sebagai Curriculum Information Online System (CIDOS) di semua Politeknik Malaysia sebagai kaedah e-pembelajaran yang lebih inovatif. Ciri-ciri CIDOS yang terbuka dan percuma, serta boleh diakses dalam talian membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan dengan lebih kreatif. Penggunaan CIDOS dapat membantu pelajar mengakses sumber PdP secara kendiri dan menjimatkan kos apabila melaksanakan penilaian. Namun demikian, terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan penggunaan CIDOS di politeknik seperti proses PdP melalui perjumpaan face to face semakin berkurang, integriti pensyarah merosot, kekangan masa dalam kalangan pensyarah dan kekurangan kemudahan fasiliti. Selain itu, peluang penggunaan CIDOS di politeknik juga dibincangkan dengan terperinci dalam penulisan ini. Kertas konsep ini diharapkan dapat dijadikan sumber rujukan para pengkaji pada masa akan datang bagi mendapatkan informasi penggunaan e-pembelajaran CIDOS dalam PdP di abad ke 21.

(2)

358

PENGENALAN

Transformasi bermaksud perubahan mega dan komprehensif iaitu melibatkan perubahan kepercayaan, ilmu, sikap, struktur sistem dan organisasi, rupa bentuk sistem dan organisasi, teknologi, budaya kerja, proses kerja dan prestasi kerja. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 [PPPM (PT)] mentransformasikan sistem pendidikan tinggi Malaysia untuk menghadapi cabaran baharu. PPPM (PT) telah menggariskan 10 lonjakan bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar. Lonjakan ini mendorong kecemerlangan berterusan dalam sistem pendidikan tinggi. Lonjakan ini juga menjelaskan kaedah untuk menangani isu berkaitan prestasi utama sistem, terutamanya kualiti dan kecekapan serta pengaruh persekitaran global yang semakin mencorakkan landskap pendidikan tinggi [Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)2015-2025 (PPPM (PT)].

Melalui lonjakan ke 9 iaitu pembelajaran dalam talian secara global, model pembelajaran teradun iaitu blended learning menjadi pendekatan pedagogi utama untuk semua IPT bersesuaian dengan trend terkini perkembangan teknologi abad 21. Pelajar mendapat manfaat daripada prasarana siber yang mantap untuk menggunakan teknologi melalui kaedah e-pembelajaran. Bagi mencapai hasrat ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bekerjasama dengan IPT termasuklah politeknik untuk membina keupayaan komuniti akademik, meneroka penubuhan platform e-pembelajaran dan menjadikan pembelajaran dalam talian sebagai komponen penting pendidikan tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat [Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)2015-2025 (PPPM (PT)].

Politeknik Malaysia mempunyai visi yang jelas iaitu menjadi peneraju institusi Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) yang unggul. Pada tahun 2025, politeknik akan menjadi institusi TVET tersohor di rantau ini bagi pelaksanaan program pendidikan dan latihan yang diperlukan industri dan komuniti, (Halatuju Strategik Jabatan Politeknik & Kolej Komuniti). Politeknik juga tidak terkecuali merealisasikan PPPM (PT) menerusi objektif strategik ke 4 iaitu mengolah reka bentuk sistem pendidikan selaras dengan perkembangan ICT (Information and Communication Technology) kini yang secara tidak langsung memberi impak besar dalam sistem pendidikan di abad 21. Dunia teknologi kini mentransformasikan pendidikan khususnya aspek proses PdP yang menekankan elemen integrasi teknologi dalam pendidikan, (Rogayah dan Mohd Aderi (2016). Perkembangan dan kepesatan ICT pada zaman globalisasi kini menuntut IPT termasuklah politeknik membuat anjakan paradigma dalam penyampaian sistem pendidikan agar terus relevan, (Christina Andin@Nur Qistina dan Hazman 2009; Marlina et al.2016).

Rajah 1: Statistik penggunaan internet di Malaysia. Sumber; Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)

(3)

359

Statistik penggunaan internet di seluruh dunia bertambah setiap detik melalui aplikasi seperti You Tube, Facebook, e-mel dan laman-laman web boleh diakses melalui tapak web Internet World Statistic (Internet World Statictis, 2017). Negara Malaysia juga tidak terkecuali menjadi penyumbang kepada peningkatan penggunaan internet seluruh dunia. Rajah 1 menunjukkan pengguna internet di Malaysia pada tahun 2017 iaitu sebanyak 24.5 juta berbanding bukan pengguna internet iaitu sebanyak 7.5 juta.

Penggunaan internet yang tinggi dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia menuntut politeknik melaksanakan e-pembelajaran berasaskan LMS (Learning Management System). Kaedah e-pembelajaran ini mula diperkenalkan dan digunakan pada tahun 2010 yang dikenali secara umum sebagai Curriculum Information Online System (CIDOS) (Suhaizi, Mohamad & Nurul, 2013). Melalui kaedah ini, proses PdP menjadi lebih mudah dan fleksibel dari segi tempat, masa, kaedah serta bahan pengajaran selaras dengan matlamat pendidikan negara yang terbaharu iaitu membudayakan sains dan teknologi serta penerapan pembelajaran sepanjang hayat (Tengku Norhayati bt tengku Othman, 2015). Rajah 2 menunjukkan platform CIDOS yang diaplikasikan oleh semua politeknik Malaysia.

Rajah 2: Platform CIDOS bagi Politeknik Malaysia

LATAR BELAKANG CIDOS

Melalui pengintegrasian perkakasan komputer, perisian, elemen multimedia, kendalian atas talian maka penyampaian lebih menarik dan mudah difahami. Dalam konteks pendidikan, gabungan komponen di atas dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System, LMS). LMS adalah sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi, pengesanan dan laporan program-program latihan, bilik kuliah, serta acara dalam talian, program e-pembelajaran dan kandungan latihan, (Khairul Azhar, Ahamad Tarmizi & Mohd Sanusi (2015). Selain itu, LMS juga dikenali sebagai CMS (Course Management System) dan VLE (Virtual Learning Environment). Sistem LMS telah digunakan secara meluas dalam proses PdP di peringkat universiti dan juga pengajian tinggi seluruh dunia. Faktor utama yang menjadi tarikan untuk penggunaan LMS ialah kos yang secara relatifnya agak rendah dan tahap kemahiran pengguna yang diperlukan juga agak asas, (Embi 2010).

(4)

360

Menyedari kepentingan ini, pada tahun 2010 Jabatan Pendidikan Politeknik telah memperkenalkan e-pembelajaran berasaskan LMS yang dikenali sebagai CIDOS. CIDOS menjadi platform utama yang digunapakai di seluruh politeknik Malaysia bagi mengaplikasikan kaedah dan pendekatan e-pembelajaran. CIDOS telah dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum, JPP dan telah dinaiktarafkan dari sistem terdahulu iaitu CIDOS versi 1.8 kepada CIDOS versi 2.5 di mana ia merupakan satu sistem pengurusan dokumen yang bertindak sebagai platform untuk memudahkan penerbitan kurikulum berkaitan maklumat secara digital untuk pensyarah dan pelajar politeknik, (Che Rohalan, Normah & Azahar (2017).

CIDOS merupakan satu inovasi pembelajaran di mana akses terhadap kursus yang ditawarkan adalah secara terbuka dan percuma. CIDOS boleh dicapai melalui alamat www.cidos.edu.my. Sistem pembelajaran atas talian ini secara umumnya telah menyediakan satu ruang maya kepada semua pensyarah dan pelajar untuk berinteraksi laman web. Secara teknikalnya, apabila pelajar mendaftar satu-satu kursus, pelajar tersebut akan dapat mencapai laman kursus tersebut. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan pada laman tersebut seperti memuat turun nota dan tugasan dari pensyarah, membuat kuiz secara atas talian, bertukar-tukar pendapat sesama pelajar dan pensyarah, menyampaikan maklumat mengenai kursus dan berkomunikasi secara maya di antara pelajar dan pensyarah melalui ruangan Chat Room.

CIDOS membolehkan proses PdP dijalankan secara atas talian di mana pensyarah boleh memasukkan bahan pengajaran ke atas talian dan pelajar boleh mengakses bahan pengajaran tersebut pada bila-bila masa dan di mana lokasi yang mempunyai capaian internet. Menurut Ibrahim (2015) CIDOS menyediakan ruang di mana pensyarah boleh berinteraksi dengan pelajar melalui ruangan seperti forum, menyediakan dan mengemaskini bahan pengajaran dan memberi cadangan pautan ke laman web ilmiah lain sebagai rujukan tambahan untuk subjek yang diajar secara atas talian.

PERKEMBANGAN CIDOS DI POLITEKNIK MALAYSIA Pendekatan Blended Learning melalui CIDOS

Pembelajaran teradun atau dikenali sebagai blended learning adalah merujuk kepada kursus yang mempunyai campuran pendekatan pembelajaran mod online dan mod pembelajaran bersemuka dengan 30%-80% kandungan dan aktiviti kursus dikendalikan secara online sama ada menyokong atau menggantikan pembelajaran bersemuka (Norliza, Mohamad & Roseamnah, 2013).

Konsep blended learning yang diamalkan di semua politeknik Malaysia memberi fokus kepada pedagogi abad ke 21 yang menggabungkan pembelajaran tradisional (bersemuka) dan pembelajaran secara atas talian. Pendekatan Blended learning di politeknik mengandungi beberapa komponen pembelajaran yang dikenali sebagai komponen pembelajaran teradun. Setiap komponen mempunyai peranan yang tersendiri dalam memastikan pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan.

Berikut adalah komponen blended learning iaitu: LO (Learning Object)

e-Notes

e-Collaborative Classroom Complementary e-Contents Practical

Kejayaan amalan konsep blended learning bergantung kepada lima aspek pelaksanaan iaitu: Aspek Pedagogi

(5)

361

Aspek Pensyarah Aspek Pelajar

Aspek Insitusi; Infrastruktur Aspek Institusi; Organisasi

Rajah 3: Item bagi mencapai status Blended Learning

JPP menjadikan platform CIDOS salah satu medium pelaksanaan pendekatan blended learning. Melalui e-pembelajaran CIDOS, satu kursus akan dianggap blended sekiranya memenuhi lima item utama di bawah. Rajah 3 menunjukkan 5 item tersebut di platform CIDOS.

Jadual 1: Item bagi mencapai status blended learning

Item Bilangan Aktiviti

Course Introduction 1

Educational eContent, Forum/discussion 12

Assignment/quiz 2

Registered Students 10

Activity per Student 15

KPI Blended Learning bagi semua kursus politeknik Malaysia

Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) berdasarkan keputusan CAP e-pembelajaran KPM (2014) telah menetapkan bahawa 50% dari jumlah kursus yang ditawarkan di politeknik mestilah berlaku secara atas talian menggunapakai pendekatan blended learning pada tahun 2014. Manakala pada tahun 2016, KPI blended telah dinaikkan kepada 70%. Semua politeknik Malaysia telah ditetapkan KPI untuk blended learning ialah 70 peratus kursus yang ditawarkan di politeknik mendapat status Blended untuk setiap semester. Ini bagi memastikan pembelajaran atas talian di setiap politeknik telah dilaksanakan secara aktif dan berkesan. Pada tahun 2016 semua kursus yang ditawarkan di politeknik Malaysia perlu dilaksanakan secara blended learning selaras dengan PPPM (PT) iaitu pembelajaran dalam talian tahap global. Bagi mencapai Key Performance Indicator (KPI) blended learning tersebut, semua pensyarah perlu menjadikan CIDOS sebagai medium utama dalam menyampaikan PdP berkonsepkan e-pembelajaran. Platform kursus dibina oleh pensyarah-pensyarah mengikut kursus yang diajar seperti tertera di jadual waktu masing-masing. Dalam platform ini, pensyarah menjalankan aktiviti yang telah digariskan oleh pihak JPP seperti rajah 3 dan perlu memenuhi kriteria tersebut untuk mencapai status blended. Rajah 4 menunjukkan contoh status KPI blended learning di politeknik Malaysia yang boleh dicapai melalui aplikasi CIDOS.

(6)

362

Rajah 4: Status KPI Blended Learning bagi politeknik Malaysia

PELUANG PEMBELAJARAN MELALUI CIDOS DI POLITEKNIK MALAYSIA Pengurusan proses PdP lebih efisyen dan sistematik

Penggunaan CIDOS dalam proses PdP dapat menambah nilai teknik pembelajaran tradisional menjadi lebih efisyen dan sistematik selaras dengan usaha kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan jalur lebar dalam dunia ICT. Dapat ini disokong oleh Hafiza, Norehan & Siti Noor Othman (2016) menyatakan bahawa kecekapan pensyarah menggunakan CIDOS dapat mempercepatkan proses perkongsian maklumat, bahan pengajaran, pelaksanaan kuiz dan segala aktiviti yang berkaitan dengan PdP kerana ia dapat dilakukan secara atas talian. Oleh itu, CIDOS merupakan medium terbaik yang digunakan oleh politeknik bagi mengaplikasikan kaedah dan pendekatan e-pembelajaran.

Selain itu juga, e-pembelajaran seperti CIDOS juga memberi maklum balas segera. Kursus-kursus e-pembelajaran boleh disertakan dengan fungsi maklum balas segera untuk membetulkan atau menerangkan sesuatu perkara yang disalah fahamani oleh pelajar. Maklum balas segera adalah lebih berkesan kerana setiap tahap pembelajaran adalah bergantung kepada tahap pembelajaran yang sebelumnya. Menurut Nur Amirah & Mohd Aderi (2016) jika maklum balas tidak diberikan, langkah yang seterusnya dalam suatu perkara yang dipelajari akan berasaskan maklumat yang disalah fahami.

Interaksi yang Efektif

Melalui penggunaan CIDOS dapat mewujudkan interaksi yang efektif dalam kalangan pengguna CIDOS yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar-pelajar. Ruang chat, forum perbincangan dan instant messaging memberi interaksi yang efektif untuk pelajar-pelajar bagi menggantikan perbincangan dalam kelas. Hujah ini disokong oleh Abu Bakar & Zaidah (2017), menjelaskan bahawa pembinaan komuniti atas talian sebegini meningkatkan lagi keberkesanan perisian atas talian yang digunakan dalam e-pembelajaran.

Menurut Abu Bakar & Zaidah, (2017), kesan penggunaan dan kemampuan pelajar dalam mengoptimumkan kelebihan teknologi di IPT amat menggalakkan. Jika gaya pembelajaran

(7)

363

seperti ini berterusan, e-pembelajaran akan menjadi antara pemangkin utama sistem pendidikan pada tahun-tahun mendatang.

Pembelajaran Kendiri

Penggunaan CIDOS dalam proses PdP berjaya menerapkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar. Menurut Aishah, Saharuddin & Roshidi (2015) dalam pembelajaran e-learning, pelajar adalah bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka bila-bila masa. Pelajar berpeluang belajar tajuk yang sukar berulang kali dan belajar dalam keadaan selamat tanpa merasa malu untuk bertanya.

Penggunaan CIDOS dapat membantu pencapaian pelajar yang lebih baik kerana proses PdP yang bersifat kendiri ini mempunyai langkah-langkah pembelajaran yang lebih bersistem dan mudah. Penggunan CIDOS dapat memberikan keyakinan diri dan dapat mendorong kejayaan setiap pelajar terutamanya kepada pelajar yang kurang cekap. Ini adalah kerana pelajar ini dapat mengulangkaji kandungan PdP secara kendiri berulang kali. Kajian yang dijalankan oleh Nafisah, Aniza & Mohamad Hafiz (2012) menyatakan persepsi pelajar terhadap kepentingan sistem pembelajaran secara maya melalui aplikasi CIDOS menunjukkan tahap yang tinggi.

Dalam era moden di mana akses terhadap sumber pengetahuan di hujung jari, seseorang perlu membiasakan diri dengan mengambil setiap peluang untuk belajar. Perpustakaan merupakan contoh terbaik institusi sosial untuk tujuan menambah bahan bacaan dan ilmu pengetahuan. Namun demikian, melalui CIDOS, peluang untuk belajar adalah lebih mudah tanpa menggunakan kaedah pembelajaran tradisional berasaskan buku semata-mata dengan akses terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Dalam zaman teknologi ini, seseorang yang sentiasa bersemangat untuk belajar sepatutnya mempunyai peluang untuk belajar sekurang-kurangnya melalui pembelajaran dalam talian. Hal ini penting untuk melatih golongan kompeten dengan literasi maklumat melalui perpustakaan akademik yang memberi sokongan pedagogi (Nur Amirah & Mohd Aderi, 2016). CIDOS merupakan inisiatif sebagai perpustakaan digital yang dapat menyokong pembelajaran dengan memainkan peranan yang penting dalam pengadunan platform CIDOS dengan sumber-sumber pembelajaran yang terdapat di alam maya.

CABARAN PEMBELAJARAN MELALUI CIDOS Impak perjumpaan none face to face

Melalui penggunaan CIDOS dalam proses PdP menyebabkan sesi perjumpaan bersemuka antara pelajar dan pengajar semakin menurun. Menurut satu kajian, e-pembelajaran dilihat gagal merevolusikan pengajaran dan pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Kebarangkalian tahap kesahan terhadap sesuatu perkara tidak dapat dijelaskan secara mendalam kerana kurangnya perjumpaan bersemuka (Farah & Md Yusoff 2017). Situasi sama juga boleh berlaku melalui penggunaan aplikasi CIDOS dalam proses PdP. Contohnya, pelaksanaan tugasan dan kuiz melalui CIDOS menyebabkan berlakunya peniruan juga penipuan dalam kalangan pelajar. Perjumpaan tidak bersemuka juga boleh menyebabkan kadar keciciran pelajar yang tinggi.

Integriti pensyarah semakin merosot

Tanpa kita sedari penggunaan e-pembelajaran menyebabkan tugas-tugas ahli akademik mahupun tenaga pengajar yang melibatkan integriti dilihat semakin berkurang dalam kalangan pengajar mahupun pelajar. Pensyarah didapati tidak fokus kepada proses PdP apabila kerap mengadakan sesi PdP melalui CIDOS berbanding pelaksanaan dalam bilik kuliah. Pensyarah juga bersikap sambil lewa dalam menggantikan kuliah kerana mengambil kesempatan dengan menggunakan medium CIDOS sebagai penggantian kelas. Bukan itu sahaja, kualiti etika yang dipersembahkan juga kelihatan semakin merundum apabila ahli akademik dilihat semakin

(8)

364

bimbang terhadap disiplin pensyarah yang menggunakan e-pembelajaran. Bagaimanapun Embi (2010) menganggap penggunaan e-learning sebagai pelengkap kepada kaedah PdP yang dilaksanakan secara bersemuka atau kaedah konvensional. Bahkan perbincangan tentang pelajaran atau berkaitan tugasan yang diberikan biasanya perlu bersemuka dengan guru atau rakan-rakan.

Pengetahuan pensyarah, kekangan masa & kemudahan fasiliti

Ahmad, Mustaffa dan Hussian (2013) mendapati kekangan masa dalam penyediaan bahan pengajaran menjadi faktor kepada pensyarah untuk tidak menggunakan CIDOS dalam proses pembelajaran. Kemudahan akses internet tidak menyeluruh di sekitar politeknik turut menyumbang kepada faktor kurangnya minat pensyarah untuk menggunakan CIDOS. Oleh itu, kadar capaian sistem CIDOS perlu ditambahbaik untuk keselesaan pengguna. Hal ini menjadi cabaran kepada pihak KPT dalam menyediakan sistem pembelajaran yang mengikut keperluan piawaian kurikulum, teknologi semasa dan kemahiran yang diperlukan oleh pensyarah.

Terdapat isu berkaitan dengan capaian portal CIDOS yang lemah menyukarkan untuk melaksanakan e-pembelajaran di bilik kuliah. Hal ini menyumbang kepada faktor kurangnya amalan pembelajaran CIDOS dalam kalangan pensyarah di politeknik. Menurut Mohammed (2015) masalah capaian portal CIDOS tidak stabil merupakan cabaran besar bagi pensyarah yang ingin melaksanakan aktiviti PdP berasaskan CIDOS. Faktor ini turut mendorong kurangnya penggunaan platform CIDOS dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Perkara ini menyumbang kepada kegagalan misi untuk melaksanakan 50% pembelajaran secara atas talian tidak tercapai oleh pihak JPP (Zainal Abidin 2014). Menurut Shah, Mohd Isa & Khadijah (2017), kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak Jabatan Pendidikan Politeknik berada pada tahap memuaskan. Namun, kualiti CIDOS perlu dipertingkatkan lagi terutama yang berkaitan dengan aspek capaian CIDOS yang perlahan dan juga aspek kemesraan CIDOS terhadap pengguna.

Selain itu, faktor kelemahan pengetahuan dalam menggunakan platform e-pembelajaran turut membawa kepada kurangnya minat pensyarah untuk mengamalkan pembelajaran berasaskan CIDOS (Mohammed 2015). Oleh itu hal ini dilihat menjadi penghalang bagi merealisasikan pembelajaran berbentuk atas talian di politeknik.

PERBINCANGAN

Penggunaan CIDOS di politeknik telah menyokong PPPM (PT) dalam mentransformasikan pendidikan di abad 21. Penggunaan CIDOS telah membuka ruang suasana pembelajaran yang lebih terbuka, kondusif dan fleksibel kepada semua pelajar secara percuma. Persekitaran pembelajaran dalam talian ini juga telah memperuntukkan medium baru dalam penyampaian kursus dan ilmu pengetahuan mengikut keperluan semasa pelajar generasi sekarang mahupun generasi akan datang.

Kajian lepas menunjukkan penggunaan CIDOS dalam kalangan pelajar dan pensyarah politeknik semakin baik berbanding sebelum ini. Menurut Shah, Mohd Isa & Khadijah (2017), penerimaan pensyarah Pendidikan Islam mempunyai penerimaan yang tinggi terhadap ICT sebagai BBM serta mengaplikasikannya dalam proses PdP. Penggunaan CIDOS diaplikasikan oleh semua pensyarah tanpa mengira sama ada mereka pensyarah yang baharu atau yang lama. Menurut Che Rohalan, Normah & Azahar (2017) pula, pelaksanaan pembelajaran teradun di POLIMAS telah mencapai prestasi yang memuaskan di mana KPI POLIMAS telah tercapai dua semester berturut-turut.

Namun demikian, perlu kita sedari bahawa terdapat kekurangan dalam penggunaan CIDOS walaupun kaedah PdP ini mampu meningkatkan mutu sistem pendidikan bertaraf global. Suasana PdP melalui penggunaan CIDOS tidak lagi memperuntukkan kehadiran bersemuka

(9)

365

baik bagi pensyarah mahupun pelajar seperti kita dapati dalam pendidikan atas talian hari ini. Keadaan ini menyebabkan integriti dalam kalangan pengajar merosot apabila mengambil peluang melaksanakan PdP melalui CIDOS berbanding perjumpaan bersemuka. Selain itu, kebarangkalian tahap kesahan terhadap sesuatu perkara tidak dapat dijelaskan secara mendalam kerana kurangnya perjumpaan bersemuka.

Walaupun sesetengah pihak menganggap bahawa pembelajaran atas talian lebih menjimatkan kos, namun masih ada yang berpendapat bahawa pembelajaran atas talian ini menyebabkan gangguan kepada pembelajaran yang lebih tinggi (Bujak et al, 2012: Christensen, Horn & Caldera,2011). Justeru itu bagi mengatasi isu penggunaan CIDOS, ahli akademik khususnya pensyarah hendaklah bertanggungjawab dan bijak menguruskan penggunaan CIDOS dalam proses PdP. Menurut kajian Zainal Abidin (2014), terdapat empat aspek penting dan wajib diberi keutamaan bagi memastikan pelaksanaan pembelajaran melalui CIDOS dapat dilaksanakan iaitu aspek kesediaan, penggunaan, kemahuan dan cabaran yang dihadapi pensyarah.

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan yang dikaji melalui kajian-kajian yang lepas, dapat disimpulkan bahawa penggunaan CIDOS adalah suatu inovasi pengajaran dan pembelajaran alaf baharu dalam dunia teknologi pendidikan. Ciri-ciri CIDOS yang dapat diakses dengan mudah oleh pelajar merupakan faktor yang memberi impak yang paling besar dalam kajian ini. Akses pendidikan menjadi lebih mudah dan meluas apabila menggunakan inovasi CIDOS.

Kebelbagaian platform CIDOS yang dibangunkan oleh pensyarah memiliki keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Terdapat banyak kelebihan yang dapat diperolehi daripada penggunaan CIDOS ini. Namun terdapat juga beberapa kekurangan yang diperolehi daripada penggunaan CIDOS dalam proses PdP. CIDOS adalah suatu inovasi pembelajaran abad ke 21 yang bersifat terbuka dan boleh diakses di mana mana pada bila-bila masa dengan syarat setiap peserta disediakan dan dilengkapi dengan kemudahan akses yang mencukupi serta mempunyai komitmen yang tinggi dalam menuntut ilmu.

Walaupun pengurusan CIDOS bukanlah sesuatu yang mudah, namun piawaian kualiti global menjadi penanda aras terhadap masa depan sistem pendidikan tinggi Malaysia yang menjadikan pembelajaran dalam talian sebagai suatu akses serta ekuiti dalam memastikan kumpulan pelajar yang kurang berpeluang dalam bidang akademik dapat memanfaatkannya.

Rujukan

Abu Bakar Zakaria & Zaidah Mamat. (2017). Pelaksanaan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pelajaran pensyarah di Politeknik Hulu Terengganu.e-Proceeding National and Invention Competition Through Exibition 2017.

Ahmad, A.N., Mustaffa, M., Hussain, S.N. (2013). Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran; Satu Kajian di Jabatan Pengajian AM, Politeknik Merlimau Melaka. Aishah Saim, Saharuddin Talib & Roshidi Zakaria (2015). Kajian Terhadap Kesedaran dan Kesediaan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik dalam Penggunaan CIDOS di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Che Rohalan Ahmad, Normah Cheman & Azahar Mohd Noor. (2017). Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Pembelajaran Teradun di kalangan Pensyarah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEX’17)

(10)

366

Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah& Hazman Bin Ali. (2009). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan.

Dasar e-pembelajaran Negara (DePAN) Retrived from

https://smart2.ums.edu.my/pluginfile.php/2/course/section/2/dasar_e-pembelajaran_negara_depan.pdf

Embi, M.A. (2010). Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-pembelajaran di IPT Malaysia. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, KPTM.

Farah Nurshahira Zulkifli & Md Yusoff Daud. (2017). Transformasi Pendidikan: Isu Dan Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 Melalui Aplikasi Massive Open Online Courses (MOOC) Di Malaysia. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Hafiza Ibrahim, Norehan Abu Hassan & Siti Noor Othman. (2016). Kesediaan Pelajar Politeknik Sulan Azlan shah Terhadap Penggunaan e-learning. National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’16)

Ibrahim, H., Abu Hassan, N. & Othman, S.N. (2015). Kesediaan Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah Terhadap penggunaan E-Learning. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak. Khairul Azhar Mat Daud, Ahamad Tarmizi Azizan & Mohd Sanusi Deraman. (2015). Penerimaan dan Kebolehgunaan Rekabentuk e-Pembelajaran (CIDOS) Sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran di Politeknik Malaysia.

Mohammed, I. (2015). Tahap Kesediaan dan Kesedaran PdP Berasaskan CIDOS bagi Pensyarah di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Sultan Abudl Halim Muadzam Shah (POLIMAS). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Sarjana Muda.

Nafisah Harun, Aniza Tahir, Mohamad Hafiz Abdul Rahman. (2012). Kajian Persepsi Pelajar Semester Satu Terhadap Pembelajaran Secara Atas Talian. PSAS Digest 2012, Vo.03, No.01.

Norfadzilah binti Makzin. (2016). Pelaksanaan Pembelajaran Melalui Curriculum Information Document Online System (CIDOS) dalam Memperkasakan Pengajaran Pensyarah di Politeknik. Projek Sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul, Roseamnah Abd. Rauf. (2013). Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. The Journal of Islamic Education. June 2013, Vol. 1 Issue 2. 58–73.

Nur Amirah Bt Mohd Rashid & Mohd Aderi Che Noh. (2016). Penggunaan Vle-Frog Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Prosiding wacana Pendidikan Islam Siri Ke 11(WPI11), hlm 223-228

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)2015-2025 (PPPM (PT) Retrived from https://www.mohe.gov.my/en/pppm-pt

(11)

367

Rogayah Bt Mohd Zain & Mohd Aderi Che Noh. (2016). Kesan Globalisasi Ke Atas Pendidikan Islam Kini. Prosiding wacana Pendidikan Islam Siri Ke 11(WPI11), Hlm 35-42.

Shah Rulbani Zakaria, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. (2017). Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik Zon Selatan. Artikulasi Membina Ummah 3(1),2017 29-41.

Suhaizi Ramli, Mohamad Najib Mohamad Zain & Nurul Azyra Said. (2013). Kajian penggunaan CIDOS e-Learning dalam kalangan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Technical and Education Colloqium (TEC) PTSB, 2013.

Tengku Norhayati bt tengku Othman. (2015). Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam Di Negeri Selangor. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainal Abidin, Z (2014). Garis Panduan Amalan Terbaik Konsep Pembelajaran Teradun bagi Politeknik-Politeknik Malaysia. Jabatan Pengajian Politeknik.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian menunjukkan bahwa bakteri endofit berpengaruh postif dan nyata dalam meningkatkan pertumbuhan, produksi herba segar dan kering serta andrografolid pada

Hal ini sejalan dengan penelitian yang dilakukan oleh Pinakesti (2016) menyebutkan adanya hubungan yang negatif dan signifikan antara pengungkapan diri (self-

Dalam mendirikan suatu usaha tidak terlepas dari resiko usaha dan investasi modal, sehingga predikat layak dibutuhkan dalam pembangunan usaha tersebut.Pembahasan

Berdasarkan data hasil penelitian yang didapat bahwa penelitian ini dapat dijadikan sumber belajar biologi dalam perencanaan pengembangan hasil penelitian materi

Alhamdulillahhirobbil’alamin, puji syukur Penulis panjatkan kehadirat Allah SWT karena telah melimpahkan segala taufik, rahmat dan hidayah-Nya sehingga penulis dapat

Konsep kedua pemikiran Nietzsche tentang Ubermensch dapat diartikan sebagai manusia unggul.Ubermensch terdapat kaitannya dengan kehendak untuk berkuasa.Ubermensch

Perawat dan tenaga kesehatan lainnya dapat menyampaikan atau mempromosikan serta menerapkan terapi relaksasi otot progresif dan rendam kaki air hangat sebagai salah

Berdasarkan hasil penelitian, dari semua jenis obat yang mengalami DRPs penderita gagal menerima obat diambil sesuai dengan data rekam medik pasien dengan