• Tidak ada hasil yang ditemukan

Amalan Gaya Hidup Sihat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Amalan Gaya Hidup Sihat"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Excel in Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 1

Amalan Gaya Hidup Sihat

TEMA 1

PAK21 – ROLE PLAY

1 Murid diberikan tanggungjawab untuk memegang peranan atau watak dan diberikan masa untuk membuat persediaan. Contohnya watak sebagai seorang doktor.

2 Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan atau watak yang telah diberikan.

3 Murid juga boleh mencuba peranan atau watak lain seperti guru, penyampai berita televisyen, polis trafik, ahli sukan dan sebagainya.

Cadangan Jawapan

Murid melakonkan watak sebagai seorang doktor yang sedang merawat pesakitnya di hospital. Murid memeriksa tekanan darah pesakitnya dan memberikan penerangan tentang perkara yang perlu dilakukan untuk menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan pengambilan makanan yang masin.

(2)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Excel in Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 1

Beringat Supaya Selamat

TEMA 2

PAK21 – HOT SEAT

1 Guru meminta murid mencari maklumat tentang kemalangan jalan raya.

2 Seorang murid akan tampil ke hadapan dan duduk di kerusi yang disediakan oleh guru.

3 Murid tersebut bertindak sebagai polis trafik.

4 Murid tersebut perlu menjawab soalan yang dikemukakan oleh murid lain.

Cadangan Jawapan

Antara soalan yang boleh dikemukakan oleh murid untuk dijawab oleh polis trafik:

• Apakah jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya?

• Mengapakah kemalangan masih berlaku walaupun pelbagai kempen keselamatan jalan raya telah dilancarkan?

• Siapakah yang sering melanggar peraturan jalan raya?

• Bagaimanakah cara untuk menyedarkan pengguna jalan raya supaya tidak melanggar peraturan jalan raya?

• Di manakah dan bilakah kemalangan sering berlaku?

(3)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Excel in Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 1

Cahaya Perpaduan

TEMA 3

PAK21 – GALLERY WALK

1 Murid diberikan tugasan secara berkumpulan dan menyiapkan tugasan dalam bentuk kertas sebak atau kertas mahjung.

2 Guru mengedarkan tugasan yang perlu disiapkan, iaitu “Faedah Mengadakan Rumah Terbuka”.

3 Murid menampal hasil kerja mereka pada dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.

4 Ahli kumpulan lain boleh memberikan komen mereka tentang tugasan tersebut dengan menampalkan sticky note pada kertas sebak atau kertas mahjung.

Cadangan Jawapan

• Mengeratkan perpaduan antara kaum.

• Mengenali budaya kaum lain.

• Memupuk semangat menghormati budaya kaum lain.

• Mendapat kenalan baharu.

(4)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Excel in Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 1

Seni Bersendikan Budaya

TEMA 4

PAK21 – PETA I-THINK

1 Setiap murid berada dalam kumpulan masing-masing.

2 Setiap kumpulan ditugaskan untuk mencari isi-isi penting karangan. Tajuk karangan ialah “Kepentingan Memelihara Bangunan Bersejarah”.

3 Murid membentangkan isi karangan dengan menggunakan peta i-Think sebagai alat menjana idea.

Cadangan Jawapan

• Bukti kukuh tentang peristiwa yang telah berlaku.

• Sumber pendidikan kepada murid dan pendidik.

• Mengekalkan keaslian seni bina sesuatu bangunan.

• Menarik minat pelancong untuk melancong ke negara kita.

• Memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat, terutamanya golongan remaja.

(5)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Excel in Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 1

Jati Diri dan Kewarganegaraan

TEMA 5

PAK21 – MENDEKLAMASIKAN SAJAK ATAU MENYANYIKAN LAGU 1 Murid berada dalam kumpulan masing-masing.

2 Setiap kumpulan diberikan tugasan berdasarkan sajak “Kita Umpama Sehelai Daun” dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1.

3 Setiap kumpulan diminta untuk mendeklamasikan sajak yang diberikan mengikut rangkap.

4 Akhirnya, semua murid mendeklamasikan sajak bersama-sama.

5 Setelah mendeklamasikan sajak, murid-murid diminta untuk memberikan maksud setiap rangkap.

Cadangan Jawapan

Contoh maksud rangkap pertama

Penyajak menegaskan bahawa kita sebagai insan tidak ubah seperti daun yang bergantung pada banyak pihak demi kelangsungan hidup. Dalam masa yang sama, segala nikmat yang diperoleh hendaklah dikongsi dengan pihak lain yang memerlukan.

(6)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Excel in Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 1

Sektor Pertanian Pesat Membangun

TEMA 8

PAK21 – RALLY ROBIN

1 Guru memberikan satu tajuk, contohnya “Kepentingan Bidang Pertanian kepada Masyarakat”.

2 Murid memberikan respons secara bergilir-gilir tentang tajuk di atas secara lisan.

Cadangan Jawapan

• Menyediakan bekalan makanan kepada kita.

• Mengelakkan kebergantungan pada bekalan dari negara luar.

• Membolehkan rakyat menjana pendapatan.

• Membolehkan tanah dibangunkan secara optimum.

• Menjadi sumber pekerjaan penduduk.

(7)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Excel in Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 1

Pelancongan

TEMA 10

PAK21 – TEAM WORD-WEB

1 Murid diberikan tajuk untuk dibincangkan dalam kumpulan. Tajuk yang diberikan ialah “Langkah- langkah Memajukan Sektor Pelancongan di Malaysia”.

2 Murid menulis di tengah-tengah kertas sebak atau kertas mahjung.

3 Setiap ahli kumpulan diminta untuk menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea daripada mereka.

Cadangan Jawapan

• Kempen dan promosi oleh pihak kerajaan.

• Membina chalet atau hotel yang rendah sewanya.

• Mengadakan persidangan/pameran antarabangsa tentang tempat-tempat menarik di negara kita.

• Memberikan pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan.

• Membuka kawasan hutan simpan.

(8)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Excel in Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 1

Sukan dan Rekreasi

TEMA 12

PAK21 – ROUND TABLE

1 Guru meminta murid duduk dalam kumpulan masing-masing.

2 Guru meminta murid membincangkan topik tentang “Kepentingan Bersukan”.

3 Setiap ahli kumpulan mesti mencatat idea secara bergilir-gilir pada kertas yang sama.

4 Hasil perbincangan akan dibentangkan di hadapan kelas.

Cadangan Jawapan

• Dapat menyihatkan badan.

• Dapat merapatkan hubungan sesama murid.

• Dapat meningkatkan stamina diri.

• Dapat menenangkan fikiran.

• Dapat mendisiplinkan diri.

• Dapat meningkatkan keyakinan diri.

(9)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Excel in Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 1

Pengantarabangsaan Industri Negara

TEMA 13

PAK21 – THINK-PAIR-SHARE

1 Guru memberikan topik tentang perniagaan dalam talian kepada ahli pasukan.

2 Setiap ahli kumpulan diberikan masa untuk berfikir dan dua orang murid dipilih untuk tampil ke hadapan kelas untuk berbincang tentang topik tersebut.

3 Murid mencatat dan menilai pandangan rakan tentang kebaikan perniagaan dalam talian kepada pembeli.

4 Murid diminta untuk berkongsi idea dan maklumat dengan murid lain di dalam kelas.

Cadangan Jawapan

• Dapat membeli-belah dengan selesa dari rumah atau pejabat.

• Menjimatkan masa, kos dan tenaga pembeli.

• Menikmati barang yang berkualiti tinggi pada harga yang lebih murah.

• Pilihan pelanggan adalah pelbagai disebabkan dapat menembusi pasaran global.

• Mendapat maklumat yang relevan secara terperinci dan terkini dengan segera.

• Memupuk amalan pegangan tunai yang minimum kerana pelanggan membayar secara dalam talian, bukannya secara tunai.

(10)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2018 Excel in Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 1

Kerjaya

TEMA 16

PAK21 – ROAM THE ROOM

1 Murid membuat carian di Internet tentang kerjaya idaman mereka.

2 Dengan isyarat daripada guru, murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan.

3 Apabila guru memberikan isyarat kedua, semua murid akan balik ke tempat asal dan berkongsi dengan ahli pasukan berkaitan dengan perkara yang diketahui daripada rakan atau pasukan lain.

Cadangan Jawapan Contoh kerjaya sebagai guru

• Kerjaya sebagai guru ialah kerjaya yang mulia.

• Mendidik anak bangsa agar berjaya dalam hidup • Mengajar ialah sedekah yang paling baik.

• Sanggup berkorban untuk anak bangsa.

• Dapat berkongsi ilmu melalui penulisan buku dan ceramah.

Referensi

Dokumen terkait

Di dalam UU yang disahkan di Yogyakarta pada 10 Juli 1948 tersebut, diatur bahwa se ap daerah memiliki kekuasaan untuk mengatur dan mengurus rumah tangganya

Pengolahan air ini dimulai dari air Sungai Cikapundung kemudian dialirkan ke kolam melalui tahap pertama yaitu Bar Screen untuk memisahkan antara sampah yang ada di sungai

Adapun tujuan dari penelitian ini adalah sebagai berikut yakni: menentukan fungsi bangunan yang cocok pada lokasi tersebut, menentukan desain kawasan fungsi

Pendekatan dengan masyarakat di Kota Pariaman ini sangat penting, karena ini dapat menjalin hubungan yang baik antara peneliti dengan masyarakat sehingga dalam melakukan

Jenis perniagaan yang dijalankan adalah program tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak. Tadika ini bertindak sebagai pusat asuhan dan penjagaan kanak-kanak. Tadika ini terletak di

(3) Pembinaan melalui kegiatan Pengawasan sebagaimana dimaksud dalam Pasal 17 ayat (3) huruf c yang dilakukan pemerintah kabupaten/kota dan Pemerintah Provinsi DKI Jakarta

Ketentuan Pajak Progresif Kendaraan Bermotor disisi lain menjadi beban baru bagi pemilik kendaraan yang terlanjur lebih dari satu, kita lihat Peraturan Daerah Provinsi Jawa

Tarif retribusi pelayanan kesehatan pada RSUD Kelas D Pratama Kabupaten Hulu Sungai Selatan dengan rincian sebagaimana tercantum dalam Lampiran yang merupakan