PERNYATAAN PENTING
UNTUK PERSIDANGAN HARI PERINGATAN 2022 Makan pohon hayat,
iaitu menikmati Kristus sebagai bekalan hayat kita, harus menjadi perkara yang utama dalam kehidupan gereja.
Dua pohon dalam Kejadian 2:9 —
pohon hayat dan pohon pengetahuan baik dan jahat — mewakili dua prinsip —
prinsip hayat serta prinsip betul dan salah.
Pemulihan Tuan ialah pemulihan
hal mengasihi Tuan Yesus dengan kasih pertama, yakni kasih yang terbaik, dan makan Tuan Yesus
sebagai pohon hayat untuk membina Tubuh Kristus yang organik, iaitu membina Yerusalem Baru
yang merupakan matlamat ekonomi abadi Tuhan.
Sebagai reproduksi Kristus yang merupakan pohon hayat, kita, percayawan dalam Kristus dan anak-anak Tuhan,
bukan sahaja mempunyai hayat abadi dan dapat mengalami hayat abadi,
malah kita juga dapat meministerkan hayat ini kepada anggota Tubuh Kristus yang lain.
© 2022 Living Stream Ministry
PENGENALAN:
MENGAMBIL JALAN MENIKMATI KRISTUS SEBAGAI POHON HAYAT Persekutuan Penting daripada Dikbang Lee
“Pohon hayat mentamsilkan Kristus yang menyalurkan hayat kepada manusia, yang menyenangkan hati manusia, serta memuaskan manusia” — Kajian-hayat Ke- jadian, m.s. 163.
“Seperkara yang kita perlukan ialah menikmati Tuan sebagai pohon hayat” — The Tree of Life, m.s. 23.
“Pada bulan Mei 1943…Saya menghidap penyakit batuk kering yang sangat teruk…
Dalam masa dua tahun setengah saya sakit, saya melihat pohon hayat. Sepanjang dua tahun setengah itu saya melihat bahawa dalam pemulihan Tuan dan dalam kerja- Nya, kita kekurangan hayat. Setiap jenis masalah, tidak kira apa masalah pun, ialah hasil daripada kekurangan hayat. Apabila saya melihat butir ini, saya penuh sesal se- kali. Saya banyak mengaku dosa dan bertaubat secara tuntas di hadapan Tuan; saya juga banyak menanggulangi diri di hadapan-Nya…Mesej-mesej berkenaan pohon ha- yat telah menyelamatkan banyak pekudus dan juga membebaskan banyak dikbang dan dikkak di Nanking. Disebabkan pergolakan selama empat tahun dalam gereja di Shanghai, para pekudus sudah bertahun-tahun berasa tawar hati dan tertekan serta tidak dapat berbuat apa-apa. Mesej-mesej ini membebaskan roh mereka dan men- cahayai hati mereka…Saya bersyukur kepada Tuan kerana menerusi mesej-mesej berkenaan pohon hayat, gereja di Shanghai telah disembuhkan…Mesej-mesej berke- naan pohon hayat telah meletakkan asas untuk kepulihbangkitan gereja di Shang- hai” — The History and Revelation of the Lord’s Recovery, jil. 1, m.s. 130, 133, 135, 138.
“Makan pohon hayat, iaitu menikmati Kristus sebagai bekalan hayat kita, harus menjadi perkara yang utama dalam kehidupan gereja” — Wahi 2:7, nota kaki 6, per. 4.
“Keadaan jahat orang durjana ialah mereka tidak datang kepada Tuan untuk ma- kan dan menikmati Tuan…Mereka melakukan banyak perkara, namun mereka ti- dak datang menghubungi Tuan, mengambil-Nya, menerima-Nya, mengecap-Nya, dan menikmati-Nya. Di mata Tuhan, tidak ada apa-apa yang lebih jahat daripada ini” — Yes. 57:20, nota kaki 1.
Hasrat Tuhan terhadap manusia ialah memberi diri-Nya sebagai pohon hayat ke- pada manusia untuk dinikmati manusia. “Melihat bahawa Tuhan menghendaki kita menikmati-Nya dan Dia tidak mahu kita berbuat apa-apa untuk-Nya bererti melihat bahawa kehidupan orang Kristian ialah perihal kenikmatan…Jika kon- sep kita berubah agar kita melihat dua butir ini, maka mudah bagi kita menjalani kehidupan menikmati Tuhan” — The Vision of the Tree of Life and the Tree of the Knowledge of Good and Evil, m.s. 60.
“Jika kita ingin mengambil jalan menikmati Tuhan, konsep kita harus berubah…
Jika kita ingin memasuki realiti menikmati Tuhan, kita harus melihat visi yang menguasai…Ketika saya berusia empat puluh tahun, barulah Tuan mewahikan ja- lan menikmati-Nya kepada saya. Saya berasa kecewa kerana selama dua puluh ta- hun, kebanyakan masa dan tenaga saya telah dibazirkan. Kebanyakan doa saya tidak bernilai, dan masa yang saya habiskan untuk membaca Bible dan buku-buku rohani yang lain juga tidak bernilai. Pada saat inilah saya menyedari bahawa cara kita bekerja adalah salah dan cara pengejaran rohani kita juga salah…Oleh sebab saya mengalami kerugian besar kerana mengambil jalan yang salah, saya tidak mahu orang lain mengulangi kesilapan yang sama. Saya berharap agar orang lain dapat mengambil jalan menikmati Tuhan. Saya merayu kepada para pekudus agar jangan lagi mengambil jalan yang salah. Kita harus mempertimbangkan jalan pe- ngejaran kita yang dahulu. Kita perlu mempunyai perubahan konsep secara dras- tik. Kita perlu mempunyai visi yang menguasai” — The Vision of the Tree of Life and the Tree of the Knowledge of Good and Evil, m.s. 51.
© 2022 Living Stream Ministry
SUBJEK AM:
MENGAMBIL JALAN MENIKMATI KRISTUS SEBAGAI POHON HAYAT
Mesej Satu
Mengambil Jalan Menikmati Kristus sebagai Pohon Hayat untuk Menyempurnakan Ekonomi Abadi Tuhan
Bacaan Bible: Kej. 2:7-9; Wahi 2:7; 22:14; Yoh. 1:4; 14:6a; 10:10b; 6:35, 57, 63
I. Dalam Kejadian 2, kita melihat dua pilihan di hadapan manusia — pohon hayat dan pohon pengetahuan baik dan jahat — ay. 7-9:
A. Dua pohon menunjukkan bahawa dalam alam semesta ini terdapat dua tekad, dua sumber, dan dua kemungkinan untuk manusia memilih dengan tekadnya yang bebas — bd. Ul. 30:19-20.
B. Pohon hayat menandakan Kristus, iaitu perjasadan Tuhan Tritunggal, sebagai hayat kepada manusia dalam bentuk makanan agar manusia menikmati-Nya dan dikonstitusikan dengan-Nya demi kemuliaan-Nya, ekspresi korporat-Nya, dengan itu menyempurnakan hasrat asal Tuhan menurut ekonomi abadi-Nya — Kej. 1:26;
Yes. 43:7; Kej. 2:9; Wahi 2:7; 22:14; Yoh. 1:4; 14:6a; 10:10b; 6:35, 57, 63; Wahi 21:10-11; bd. 4:3:
1. Pohon hayat, iaitu pohon Tuhan, Tuhan-pohon, ialah pusat alam semesta.
2. Wasiat Lama bermula dengan pohon hayat (Kej. 2:9), dan Wasiat Baru ber- akhir dengan pohon hayat (Wahi 22:2, 14); dengan itu, pemikiran berkenaan Tuhan menjadi hayat manusia merentasi seluruh wahi divin.
3. Tuhan menempatkan manusia di hadapan pohon hayat menunjukkan bahawa Tuhan mengingini manusia menerima Dia menjadi hayat manusia dengan ma- kan Dia secara organik dan mengasimilasikan Dia secara metabolik, supaya Tuhan dapat menjadi konstituen diri manusia — Yoh. 6:57, 63; Yer. 15:16;
Mat. 4:4.
C. Pohon pengetahuan baik dan jahat menandakan Syaitan sebagai sumber maut kepada manusia — Ibr. 2:14:
1. Pohon ini juga menandakan segala sesuatu yang selain Tuhan kerana apa-apa sahaja yang bukan Tuhan sendiri, termasuk hal-hal yang baik, bahkan hal- hal yang menurut Bible dan hal-hal agama, dapat diperalatkan oleh Syaitan yang licik itu untuk membawa maut kepada manusia — Yoh. 5:39-40; 2 Kor.
3:6b.
2. Baik dan jahat bukan dilambangkan oleh dua pohon, tetapi satu pohon, ia- itu pohon kedua; dengan demikian, mencari kebaikan selain Tuhan adalah kepunyaan Syaitan.
3. Kebaikan yang sejati ialah Tuhan sendiri; oleh itu, beroleh Tuhan bersamaan dengan beroleh kebaikan yang sejati — Mat. 19:17a; Mrk. 10:17-18; Mzm. 16:2.
D. Pohon hayat menyebabkan manusia bergantung pada Tuhan (Yoh. 15:5), mana- kala pohon pengetahuan menyebabkan manusia memberontak terhadap Tuhan dan merdeka daripada-Nya (bd. Kej. 3:5):
1. Makan menunjukkan kebergantungan; Tuhan ialah makanan kita, dilambang- kan oleh pohon hayat, bermaksud bahawa kita harus bergantung pada Tuhan secara berterusan.
2. Pohon pengetahuan menunjukkan kemerdekaan; di mata Tuhan, dosa per- tama manusia dan dosa terbesar ialah kemerdekaan.
E. Dua pohon menghasilkan dua garis, dua jalan — jalan hayat dan jalan maut — yang merentasi seluruh Bible dan berakhir dalam buku Wahi:
1. Maut bermula dengan pohon pengetahuan (Kej. 2:17) dan berakhir dengan tasik api (Wahi 20:10, 14).
2. Hayat bermula dengan pohon hayat dan berakhir dengan Yerusalem Baru, iaitu kota air hayat — 22:1-2.
II. Kita harus kekal dalam jalan hayat, iaitu garis hayat, dalam pemeliharaan hayat dengan menikmati Kristus sebagai pohon hayat untuk pembinaan Tuhan dalam hayat melalui pertumbuhan kita dalam hayat — Yoh. 10:10b;
Wahi 22:1-2; Ef. 4:16; 2:21-22; Kol. 2:19:
A. Kita kekal dalam jalan hayat dengan hidup dan melayan menurut prinsip ha- yat, bukan menurut prinsip betul dan salah:
1. Kita harus hidup dan bertindak menurut perasaan hayat dalaman dalam roh kita, iaitu pimpinan hayat, bukan menurut betul dan salah — Roma 8:6;
2 Kor. 2:13.
2. Standard kehidupan orang Kristian ialah hadirat Kristus yang huni secara da- laman dalam kita; ini bukan soal apa yang betul atau salah, tetapi soal sama ada hayat divin dalam kita itu bersetuju dengan sesuatu atau tidak — Mat.
17:3, 5, 8; bd. Mal. 2:15-16.
B. Kita kekal dalam jalan hayat dengan mengasihi Tuan sehingga tahap kemun- cak, menarik hati orang lain agar lari mengikut-Nya — Mrk. 12:30; Kid. 1:4a:
1. Untuk menikmati Kristus sebagai pohon hayat, kita harus sentiasa memberi- tahu Dia, “Tuan Yesus, aku cinta pada-Mu”; jika kita mempunyai kasih yang membara-bara terhadap Tuan Yesus, memberi Dia tempat pertama dalam segala sesuatu, kita akan menikmati segala apanya Dia — Wahi 2:4-5, 7.
2. Untuk menikmati Kristus sebagai pohon hayat, kita harus menunangkan orang lain kepada-Nya, membawa mereka ke dalam penghargaan, kasih, dan kenikmatan yang sejati terhadap persona Tuan Yesus yang mestika — 2 Kor.
11:2-3.
C. Kita kekal dalam jalan hayat dengan makan Yesus menerusi kita mendoa-baca Sabda, merenungkan sabda, dan meministerkan sabda sebagai Roh itu ke dalam orang dengan melatih roh iktikad kita — Yoh. 6:57, 63; Yer. 15:16; Mzm. 119:15;
Mat. 4:4; 24:45; 1 Kor. 2:4-5, 13:
1. Kita harus menikmati Dia dalam Sabda awal-awal pagi untuk mempunyai permulaan baru setiap hari, dan kita harus menerima sabda-Nya dengan pertimbangan yang banyak dan teliti — Mzm. 119:15, 147-148; bd. Im. 11:3.
2. Kita harus membicarakan Kristus kepada segala jenis orang saban hari da- lam musim dan di luar musim (Kis. 5:42; 8:4; 2 Tim. 4:2) dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memupuk tabiat berbicara dalam apa jua per- himpunan (1 Kor. 14:26, 4-5, 12, 31).
D. Kita kekal dalam jalan hayat dengan menikmati Tuhan Tritunggal sebagai hu- kum Roh hayat berserta kapasiti divinnya — Roma 8:2; Yer. 32:39:
1. Dalam Taman Eden yang mempunyai dua pohon, kita melihat hayat, kebaikan, dan kejahatan; kita ialah miniatur Taman Eden yang mempunyai hukum Roh hayat dalam roh kita, hukum kebaikan dalam minda kita yang alamiah dan merdeka, serta hukum kejahatan dalam tubuh daging kita — Roma 7:23; 8:2, 16.
2. Kita harus “membuka suis” hukum Roh hayat dengan bergerak-hidup me- nurut roh dan meletakkan minda kita pada roh untuk pendispenan Tuhan Tritunggal sebagai hayat ke dalam diri tripartit kita — ay. 2, 4, 6, 10-11.
E. Kita kekal dalam jalan hayat dengan hidup dalam kebangkitan, dalam realiti gereja sebagai Tubuh Kristus, yang dilambangkan oleh kaki pelita emas yang merupakan pohon hayat kebangkitan; hal ini demikian agar kita dapat mem- bawa kemuliaan Tuhan demi ekspresi Tuhan sebagai kota hayat, Yerusalem Baru — Ef. 1:22-23; Kel. 25:31-40; Wahi 1:11-12; 21:10-11.
III. Satu-satunya jalan untuk kita menjadi pejayeng adalah dengan makan dan menikmati Kristus sebagai pohon hayat agar kita dapat ditransform dalam
hayat untuk menjadi anak lelaki demi mempamerkan kemenangan Kristus dan untuk kita menjadi pengantin perempuan demi kepuasan Kristus — 2:7, 17; 3:20-21; 12:5-12; 19:7-9; 22:2, 14.
© 2022 Living Stream Ministry
Mesej Dua
Dua Pohon dan Dua Prinsip Kehidupan
Bacaan Bible: Kej. 2:9; Ibr. 4:12; 1 Kor. 2:14-15; Roma 8:4, 6; Ef. 4:18-19; 2 Kor. 11:3 I. Dua pohon dalam Kejadian 2:9 — pohon hayat dan pohon pengetahuan baik
dan jahat — mewakili dua prinsip kehidupan:
A. Dua pohon menunjukkan bahawa orang Kristian boleh hidup menurut dua prin- sip yang berbeza — prinsip betul dan salah, atau prinsip hayat — 1 Kor. 8:1.
B. Menjadi orang Kristian bukan soal prinsip betul dan salah, prinsip baik dan jahat, tetapi soal hayat — 1 Yoh. 5:11-13, 20.
C. Apabila kita menerima Tuan Yesus dan beroleh hayat baru, kita beroleh satu lagi prinsip kehidupan — prinsip hayat; jika kita tidak mengetahui prinsip ini, kita akan mengetepikan prinsip hayat dan mengikut prinsip betul dan salah.
D. Menjadi orang Kristian bukan soal bertanya sama ada sesuatu itu betul atau salah, tetapi soal menyemak dengan hayat dalam kita setiap kali kita melaku- kan sesuatu — Roma 8:6; Ef. 4:18-19.
II. Kehidupan Kristian kita adalah berdasarkan hayat dalaman, bukan standard luaran betul dan salah; prinsip kehidupan kita bersifat dalaman, bukan bersifat luaran:
A. Jika kita hidup melalui prinsip betul dan salah, maka kita sama dengan orang di dunia — ay. 17.
B. Betul dan salah bukan ditentukan melalui standard luaran tetapi ditentukan melalui hayat dalaman.
C. Kita bukan sahaja perlu elak daripada melakukan segala hal yang jahat, bah- kan juga hal yang baik semata-mata:
1. Orang Kristian hanya boleh melakukan hal yang berasal daripada hayat;
memang terdapatnya hal-hal jahat, hal-hal baik, dan hal-hal hayat — Yoh.
1:4; 10:10; 1 Yoh. 2:25; 5:13.
2. Dalam Kejadian 2:9, “baik dan jahat” diletakkan bersama-sama sebagai satu jalan, manakala “hayat” ialah jalan yang satu lagi.
3. Terdapat satu standard yang lebih tinggi daripada standard baik, iaitu stan- dard hayat — Yoh. 11:25; 1 Yoh. 5:11-12.
4. Standard kehidupan orang Kristian bukan sekadar menanggulangi hal yang jahat, malah juga menanggulangi hal yang baik dan betul.
5. Banyak perkara adalah betul menurut standard manusia, namun standard divin memutuskan perkara itu salah disebabkan perkara itu kekurangan ha- yat divin.
D. Kehidupan orang Kristian adalah berdasarkan hayat dalaman — Roma 8:2, 6, 10-11:
1. Tidak ada orang Kristian yang harus membuat apa-apa keputusan di luar hayat — 1 Yoh. 5:13.
2. Apa-apa sahaja yang menambah hayat dalaman adalah betul, dan apa-apa sahaja yang mengurangkan hayat dalaman adalah salah.
3. Jalan kita ialah hayat Tuhan, bukan betul dan salah; perbezaan antara dua prinsip ini adalah besar sekali, dan kontras di sini amat ketara.
4. Satu-satunya soalan yang harus kita tanya ialah sama ada hayat divin da- lam kita bangkit atau mengundur; inilah yang seharusnya menentukan jalan yang kita ambil.
5. Tuhan mahu kita memuaskan hayat divin; kita harus melakukan hal sehing- gakan ia memuaskan hayat yang diberikan Tuhan kepada kita — Yoh. 1:4;
3:15.
6. Sebagai orang Kristian, kita tidak harus hanya bertaubat di hadapan Tuhan
atas dosa-dosa yang kita lakukan; sering kali kita perlu bertaubat di hadapan Tuhan atas hal-hal baik yang kita lakukan.
7. Prinsip kehidupan kita bukan membezakan antara yang baik dengan yang jahat; kita harus datang ke hadapan Tuhan untuk membezakan apa yang daripada hayat dan apa yang daripada maut — Roma 8:6; 1 Yoh. 3:14.
III. Jika kita ingin hidup menurut prinsip hayat, kita perlu mentamyizkan roh daripada sukma dan mengenali roh — Ibr. 4:12; 1 Kor. 2:14-15:
A. Tuan yang merupakan Roh itu hidup, huni, bekerja, bergerak, serta bertindak dalam roh kita, dan kita adalah satu roh dengan-Nya — 2 Kor. 3:17; Roma 8:16;
1 Kor. 6:17:
1. Jika kita berhasrat untuk mengenali Tuan secara praktikal dan mengalami- Nya dalam kehidupan harian, kita harus belajar mentamyizkan roh kita — 2:14- 15.
2. Jika kita tidak mengenali roh insani kita, kita tidak dapat memahami per- gerakan Tuhan dalam kita dan tidak dapat mengikut Tuan, kerana Tuan ialah Roh itu yang hidup dalam roh kita — 1 Yoh. 2:27; 2 Tim. 4:22.
B. Kita perlu mengenali perbezaan antara roh kita dengan bahagian dalaman kita yang lain — Mzm. 51:6; Yeh. 36:26; 1 Ptr. 3:4.
C. Melakukan apa-apa sahaja dalam sukma kita, tidak kira betul atau salah, ber- erti hidup dalam manusia lama; oleh itu, kita perlu menyangkal hayat-sukma kita, diri kita — Mat. 16:24-26.
D. Apabila kita mengikut roh, kita mengikut Tuan sendiri, kerana Tuan berada dalam roh kita — 2 Tim. 4:22; 1 Kor. 6:17.
IV. Untuk hidup menurut prinsip hayat, kita perlu mengikut perasaan hayat dalaman — Roma 8:6; Ef. 4:18-19; Yes. 40:31:
A. Perasaan hayat adalah subjektif, peribadi, dan praktikal:
1. Perasaan hayat dari aspek negatif ialah perasaan maut — Roma 8:6a.
2. Perasaan hayat dari aspek positif ialah perasaan hayat dan damai sejahtera, dengan mempunyai kesedaran terhadap rasa kuat, puas, rehat, terang, dan selesa — ay. 6b.
B. Sumber perasaan hayat ialah hayat divin (Ef. 4:18-19), hukum hayat (Roma 8:2), Roh Kudus (ay. 11; 1 Yoh. 2:27), Kristus yang tinggal dalam kita (Yoh.
15:4-5), dan Tuhan yang beroperasi dalam kita (Flp. 2:13).
C. Fungsi perasaan hayat adalah untuk membolehkan kita mengenali sama ada kita hidup dalam hayat alamiah atau dalam hayat divin, dan sama ada kita hidup dalam tubuh daging atau dalam Roh — 1 Kor. 2:14-15; Roma 8:8-9; Gal.
5:16-17.
D. Pertumbuhan hayat bagi seseorang percayawan bergantung pada bagaimana dia memperlakukan perasaan hayat dalaman — Ef. 4:15; Kol. 2:19; 1 Kor. 3:6-7.
E. Kita perlu mendoakan diri kita ke dalam perasaan hayat dan saban hari hidup di bawah elemennya yang menguasai, membimbing, dan mengarah — Roma 8:6;
Ef. 4:18-19; 1 Yoh. 2:27.
F. Semakin kita bergerak-hidup menurut roh dan mengikut perasaan hayat, sema- kin kita akan hidup menurut prinsip hayat — Roma 8:4, 6.
V. Jika kita hidup menurut prinsip hayat, kita akan mentamyizkan hal bukan menurut betul dan salah, tetapi menurut hayat dan maut — 2 Kor. 11:3:
A. Injil Yohanes menekankan hakikat bahawa pohon hayat adalah berlawanan de- ngan pohon pengetahuan baik dan jahat, dan kita harus mengambil berat ten- tang hayat, bukan baik atau jahat — 4:10-14, 20-21, 23-24; 8:3-9; 9:1-3; 11:20-27.
B. Cara yang terbaik untuk mentamyizkan suatu perkara — rahsia pentamyizan — ia- lah mentamyizkan menurut hayat atau maut; kita harus belajar mentamyiz- kan, membezakan perkara melalui hayat dan maut, menolak apa-apa sahaja
pembicaraan yang merampas kenikmatan kita terhadap Kristus sebagai bekalan hayat kita, sebaliknya menerima ministri sejati kepunyaan Tuan yang sentiasa memperkuat kita untuk menikmati Kristus sebagai bekalan hayat kita — Roma 8:6; 2 Kor. 11:3.
© 2022 Living Stream Ministry
Mesej Tiga
Mengasihi Tuan dengan Kasih Pertama, Menikmati Tuan sebagai Pohon Hayat,
dan Menjadi Kaki Pelita Emas yang Merupakan Kesaksian Yesus untuk Membina Yerusalem Baru
yang Merupakan Matlamat Ekonomi Abadi Tuhan
Bacaan Bible: Wahi 2:1-7; Ef. 6:24; 2 Tim. 1:15; 2 Kor. 11:2-3; Yoh. 14:21, 23; 21:15-17 I. Dalam Wahi 2:7, pohon hayat menandakan Kristus yang disalibkan (di-
implikasikan dalam pohon itu sebagai sebatang kayu — 1 Ptr. 2:24) dan dibangkitkan (diimplikasikan dalam hayat Tuhan — Yoh. 11:25); pada hari ini, Kristus berada dalam gereja dan konsumasi gereja ialah Yerusalem Baru; dalam Yerusalem Baru, Kristus yang tersalib dan bangkit itu ialah pohon hayat untuk pengkhasiatan dan kenikmatan seluruh umat yang di- tebus Tuhan hingga keabadian (Wahi 22:2, 14; bd. Kel. 15:25-26).
II. Gereja-gereja di Asia, termasuk gereja di Efesus, telah berpaling daripada ministri pertunangan dutus Paulus (2 Tim. 1:15; 2 Kor. 11:2-3); oleh itu, kita melihat bahawa kira-kira dua puluh enam tahun kemudian, apabila dutus Yohanes menulis surat kepada gereja di Efesus, mereka telah me- ninggalkan kasih pertama mereka dan kehilangan kenikmatan yang sejati terhadap Kristus sebagai pohon hayat (Wahi 2:4-5, 7):
A. Ministri Wasiat Baru yang sejati sentiasa membangkitkan kita agar mengasihi Tuan Yesus dengan kasih pertama, memperkuat kita dalam kemurnian mema- kan dan menikmati Kristus sebagai pohon hayat untuk bekalan hayat kita — 2 Kor. 11:2-3; 3:3-6.
B. Mengasihi Tuan dengan kasih pertama bererti memberi-Nya kedudukan unggul, tempat pertama, dalam segala sesuatu, didesak oleh kasih-Nya agar mengambil dan menerima Dia sebagai segala-gala dalam kehidupan kita — Wahi 2:4-5; Kol.
1:18b; 2 Kor. 5:14-15; Mrk. 12:30; Mzm. 73:25-26.
C. Kata penutup Paulus dalam Surat kepada orang Efesus ialah berkat kurnia kepada “semua yang mengasihi Tuan kita Yesus Kristus dalam ketakkorupan”
(6:24); dalam buku Efesus, frasa dalam kasih yang penuh dengan perasaan di- gunakan berulang kali (1:4; 3:17; 4:2, 15-16; 5:2).
D. Matlamat buku Efesus ialah membawa kita ke dalam kasih, iaitu substan da- laman Tuhan, agar kita dapat menikmati Tuhan sebagai kasih dan menikmati hadirat-Nya dalam kasih divin-Nya yang manis, dan dengan itu mengasihi orang lain seperti Kristus — 1:15; 2:4; 3:19; 5:2, 25; 6:23; bd. 1 Yoh. 4:16-19.
E. Gereja di Efesus gagal dalam hal mengasihi Tuan; kegagalan ini menjadi sebab utama kegagalan gereja sepanjang zaman — Mat. 24:12; Mrk. 12:30-31; bd. Dan.
7:25.
F. Terdapat empat butir utama dalam surat Tuan kepada gereja di Efesus dalam Wahi 2:1-7; perkataan Inggeris untuk keempat-empat butir utama ini bermula dengan huruf l — kasih (love), hayat (life), cahaya (light), dan kaki pelita (lamp- stand):
1. Kita harus memberi Tuan Yesus tempat pertama dalam setiap segi dan dalam segala-gala untuk memulihkan kasih pertama; dengan demikian, kita akan menikmati Dia sebagai pohon hayat, dan hayat ini akan menjadi cahaya ha- yat — Yoh. 8:12; Ef. 5:8-9, 13.
2. Kemudian kita akan bersinar sebagai kaki pelita emas yang merupakan ke- saksian Yesus; jika tidak, kaki pelita akan diambil daripada kita — Wahi 1:9- 12, 20:
a. Kaki pelita emas melambangkan Tuhan Tritunggal — Bapa sebagai substan terjasad dalam Anak, Anak sebagai perjasadan diekspresikan menerusi
Roh itu, Roh itu direalisasikan dan diekspresikan sepenuhnya sebagai gereja-gereja, dan gereja-gereja ialah kesaksian Yesus — Kel. 25:31-40; Za.
4:2-10; Wahi 1:10-12.
b. Dalam pemikiran divin, kaki pelita emas sebenarnya ialah pohon yang hidup dan bertumbuh dengan mempunyai salut bunga dan bunga badam;
oleh itu, kaki pelita menggambarkan Tuhan Tritunggal yang terjasad da- lam Kristus sebagai pohon kebangkitan keemasan yang hidup — bertumbuh, bercabang, berkuntum, dan berbunga dalam kita, bersama dengan kita, melalui kita, dan daripada kita sebagai buah cahaya (buah Roh itu), yang baik dalam sifat, adilbenar dalam prosedur, dan benar dalam ekspresi, supaya Tuhan dapat diekspresikan sebagai realiti dalam gerak-hidup ha- rian kita — Kel. 25:31, 35; Ef. 5:8-9; Gal. 5:22-23; Yoh. 12:36.
G. Makan pohon hayat, iaitu menikmati Kristus sebagai bekalan hayat kita, harus menjadi perkara utama dalam kehidupan gereja; Kristus sebagai pohon hayat
“baik untuk dimakan” (Kej. 2:9) agar kita dapat makan-Nya untuk kenikmatan kita serta dikonstitusikan dengan-Nya demi ekspresi Tuhan (1:26; Yoh. 6:57, 63):
1. Isi kandungan kehidupan gereja bergantung pada kenikmatan terhadap Kristus — lebih banyak kita menikmati-Nya, lebih kayalah isi kandungan ke- hidupan gereja; namun untuk menikmati Kristus, kita perlu mengasihi-Nya dengan kasih pertama.
2. Jika kita meninggalkan kasih pertama kita terhadap Tuan, kita akan kehi- langan kenikmatan terhadap Kristus dan kehilangan kesaksian Yesus; aki- batnya kaki pelita akan diambil daripada kita — Wahi 2:1-7.
3. Ketiga-tiga perkara ini — mengasihi Tuan, menikmati Tuan, dan menjadi ke- saksian Tuan — adalah seiring.
III. Pemulihan Tuan ialah pemulihan hal mengasihi Tuan Yesus dengan kasih pertama, yakni kasih yang terbaik, dan makan Tuan Yesus sebagai pohon hayat untuk membina Tubuh Kristus yang organik, iaitu membina Yeru- salem Baru yang merupakan matlamat ekonomi abadi Tuhan — Ef. 4:15-16;
Wahi 22:14:
A. Untuk menikmati Kristus sebagai pohon hayat, kita harus sentiasa memberi- tahu-Nya, “Tuan Yesus, aku mengasihi-Mu”; jika kita mempunyai kasih yang membara-bara terhadap Tuan Yesus, memberi Dia tempat pertama dalam segala sesuatu, kita akan menikmati segala apanya Dia — 2:4-5, 7; 1 Kor. 2:9.
B. Percaya kepada Tuan bererti menerima Dia sebagai hayat, dan mengasihi Tuan bererti menikmati Dia sebagai hayat, menikmati persona yang telah kita terima;
iktikad diberi kepada kita oleh Tuhan agar melaluinya kita dapat menerima Kristus sebagai hayat; kasih dihasilkan daripada iktikad yang mengagumkan ini dan membolehkan kita menghidup keluar segala kekayaan Tuhan Tritunggal dalam Kristus sebagai hayat kita — 2 Ptr. 1:1; Ibr. 12:1-2a; 2 Kor. 4:13; Gal. 5:6;
Yoh. 1:12-13; 21:15-17; Kol. 3:4.
C. Hayat yang kita terima semasa kita percaya kepada Tuan Yesus ialah suatu persona, dan satu-satunya jalan untuk mengaplikasikan dan menikmati persona ini adalah dengan mengasihi-Nya dengan kasih pertama; oleh sebab Tuan Yesus sebagai hayat kita ialah suatu persona, kita perlu mempunyai perhubungan yang baru dengan-Nya untuk menikmati hadirat-Nya yang sekarang pada saat ini dan juga pada setiap hari — Yoh. 11:25; 14:5-6; 1 Tim. 1:14; 2 Kor. 5:14-15;
Wahi 2:4-7; Kol. 1:18b; Roma 6:4; 7:6.
D. “Persembahkanlah dirimu untuk mengasihi Tuan. Tidak ada jalan lain yang se- begitu berkesan, dan tidak ada jalan lain yang sebegitu selamat, sebegitu kaya, dan sebegitu penuh dengan kenikmatan. Hanya kasihilah Dia. Jangan endahkan hal lain” — Life and Building as Portrayed in the Song of Songs, m.s. 23-24.
E. Apabila kita mengasihi-Nya, Dia akan memanifestasikan diri-Nya kepada kita, dan Dia serta Bapa akan datang kepada kita dan membuat tempat tinggal
Mereka bersama dengan kita (Yoh. 14:21, 23); dengan itu, kita perlu meng- ungkapkan doa sebegini, “Tuan, perlihatkan kasih-Mu kepadaku, dan desaklah aku dengan kasih-Mu agar aku dapat mengasihi-Mu dan hidup terhadap-Mu”;
“Tuan, peliharalah aku agar sentiasa mengasihi-Mu”; kita perlu sentiasa mem- beritahu Tuan, “Tuan Yesus, aku mengasihi-Mu; Tuan, peliharalah aku dalam kasih-Mu! Pikatlah aku dengan diri-Mu! Peliharalah aku agar sentiasa berada dalam hadirat-Mu yang penuh kasih dan hadirat-Mu yang sekarang.”
F. Semakin kita mengasihi-Nya, semakin kita mempunyai hadirat-Nya dalam per- sekutuan kita dengan-Nya; kita berada dalam pemulihan Tuan secara intrinsik bererti kita mengasihi Tuan Yesus; jika kita tidak mengasihi-Nya, kita tidak lagi berbahagian dalam pemulihan-Nya — Kid. 1:1-4; 1 Kor. 2:9; 16:22.
G. Berdasarkan ini, kita harus menyanyi dan berdoa, “Ku kasih Tuan, nan bukan kasih ku, / Dek tiada ku milik; / Ker’na kasih-Mu, Tuan ku kasih-Mu, / Ku hidup dalam-Mu” (Kidung Inggeris, #546, rangkap 1); “Setiap hati kasih suatu:
/ Kalau bukannya Yesus, / Pasti tiada rehat, girang; / Tuan, ku serah hati ku”
(Kidung Inggeris, #547, rangkap 1).
© 2022 Living Stream Ministry
Mesej Empat
Dicantumkan ke dalam Kristus
untuk Menjadi Sebahagian daripada Pohon Hayat Bacaan Bible: Kej. 2:9; 1 Kor. 6:17; Roma 11:17, 24; Yoh. 15:1, 4-5
I. Bible mewahikan bahawa hubungan Tuhan dengan manusia yang dihas- ratkan-Nya ialah Dia dan manusia menjadi satu — 1 Kor. 6:17:
A. Setiap kali kita datang kepada Bible, kita perlu melatih satu prinsip — Tuhan berhasrat untuk menjadi satu dengan umat pilihan-Nya — Yoh. 14:20.
B. Tujuan utama Tuhan ialah menjadikan diri-Nya satu dengan manusia dan men- jadikan manusia satu dengan-Nya — Ef. 4:4-6.
C. Tuhan berhasrat agar hayat divin dan hayat manusia digabungkan menjadi satu hayat.
D. Garis utama ekonomi Tuhan ialah menjadikan Tuhan dan manusia, manusia dan Tuhan, satu entiti, dengan kedua-duanya mempunyai satu kehidupan me- lalui satu hayat dengan satu sifat — Wahi 22:17.
E. Dalam inkarnasi-Nya, Kristus membawa Tuhan ke dalam manusia, dan dalam kebangkitan-Nya Dia membawa manusia ke dalam Tuhan; melalui ini, Dia me- nyempurnakan pembauran Tuhan dan manusia menjadi satu — Roma 8:3; 1:3-4:
1. Kita berada dalam Kristus, dan Dia berada dalam kita; Dia dan kita menjadi satu persona — 1 Kor. 12:12.
2. Kristus menjadi kita, dan kita menjadi Dia — Ibr. 2:14, 11.
II. Hubungan Tuhan dengan manusia yang dihasratkan-Nya ialah Dia dan manusia dicantum bersama dan dengan itu menjadi satu dalam penyatuan organik — Roma 6:3-5; Yoh. 15:4-5:
A. Hayat pencantuman bukan hayat yang bertukar ganti, tetapi merupakan pem- bauran hayat manusia dengan hayat divin — 1 Kor. 6:17.
B. Dalam pencantuman, dua hayat yang serupa digabungkan kemudian bertumbuh bersama secara organik — Roma 11:24:
1. Oleh sebab hayat insani kita dijadikan menurut imej Tuhan dan mengi- kut rupa Tuhan, hayat ini dapat digabungkan dengan hayat divin — Kej.
1:26.
2. Hayat insani kita mirip dengan hayat divin; oleh itu, hayat divin dan hayat insani dapat dicantum bersama dan hidup bersama.
C. Untuk kita dicantumkan ke dalam Kristus, Dia perlu melalui proses inkarnasi, penyaliban, dan kebangkitan untuk menjadi Roh beri-hayat — Yoh. 1:14; 1 Kor.
2:2; 15:45.
D. Kita telah dicantumkan ke dalam Kristus yang merupakan pohon hayat, dan pencantuman ini menjadikan kita satu dengan-Nya — Roma 11:24:
1. Kristus dan percayawan ialah satu pohon; Dia ialah pohon anggur dan kita ialah ranting-ranting — Yoh. 15:1, 5a, 4a.
2. Kristus menjadi hayat, sifat, dan persona kita — Kol. 3:4, 10-11; Ef. 3:17a.
E. Sebagai orang yang dilahirukan, yang telah dicantumkan ke dalam Kristus, kita harus menjalani kehidupan pencantuman; dalam kehidupan ini, kedua-dua pihak digabungkan agar bertumbuh secara organik:
1. Memandangkan kita telah dicantumkan ke dalam Kristus, kita tidak harus lagi hidup melalui diri kita; sebaliknya, kita harus membenarkan Kristus pneumatik hidup dalam kita — Gal. 2:20.
2. Kita tidak harus lagi hidup melalui tubuh daging atau diri alamiah kita;
sebaliknya, kita harus menjalani kehidupan pencantuman melalui roh pem- bauran — Roh divin berbaur dengan roh insani yang dilahirukan — 1 Kor. 6:17;
Roma 8:4.
F. Dalam hayat pencantuman, hayat manusia tidak disingkirkan tetapi diperkuat, dipertinggi, dan diperkaya oleh hayat divin — Gal. 2:20; 4:19; Ef. 3:16-17a:
1. Dalam hayat pencantuman, ranting-ranting mengekalkan ciri esensial yang sama namun telah diperkuat, dipertinggi, dan ditransform dengan dicantum ke dalam hayat yang lebih tinggi — Yoh. 15:4-5; Roma 11:17.
2. Dalam hayat pencantuman, hayat divin bekerja dalam kita untuk menying- kirkan elemen negatif:
a. Hayat divin bekerja secara beransur-ansur untuk menyingkirkan apa-apa sahaja yang alamiah.
b. Hayat divin menelan kecacatan dan kelemahan kita.
c. Elemen negatif disposisi kita dibunuh; kemudian Tuan mempertinggi dan menggunakan disposisi kita, bukan membuangnya.
3. Dalam hayat pencantuman, hayat divin membangkitkan ciptaan asal Tuhan dan mempertinggi fakulti kita — Yoh. 11:25; Ef. 4:23:
a. Ketika hayat divin menyingkirkan hal negatif, hayat divin bekerja dengan membangkitkan ciptaan asal Tuhan.
b. Dengan cara ini, fungsi asal kita — fungsi yang diberi kepada kita semasa penciptaan — dipulihkan, diperkuat, dan dipertinggi — Gal. 2:20.
4. Dalam hayat pencantuman, hayat divin membekalkan kekayaan Kristus ke dalam bahagian dalaman kita dan menepui seluruh diri kita — Roma 12:2;
8:29-30.
III. Kristus sebagai pohon hayat ialah perjasadan Tuhan untuk menjadi hayat kita, dan dengan dicantumkan ke dalam Kristus, kita disatukan dengan- Nya secara organik; dengan itu, kita ialah sebahagian daripada pohon ha- yat — Kol. 2:9; Yoh. 15:1, 4-5:
A. Kita bukan hanya makan Kristus sebagai pohon hayat — kita juga disatukan dengan-Nya dan menjadi sebahagian daripada-Nya — 1 Kor. 6:17.
B. Pohon hayat adalah untuk mendispenkan hayat divin ke dalam kita; apabila kita, iaitu ranting-ranting, tinggal dalam pohon anggur, kita menerima pen- dispenan hayat daripada pohon hayat, dan hidup sebagai sebahagian daripada pohon hayat — Yoh. 15:5; Roma 8:2, 10, 6, 11; bd. Flp. 4:13.
C. Kristus sebagai pohon hayat adalah untuk ekonomi divin bagi mendispenkan diri-Nya ke dalam kita; sebagai ranting-ranting pohon anggur, kita tinggal dalam- Nya dan Dia tinggal dalam kita.
D. Apabila kita tinggal dalam pohon anggur, terdapatnya pendispenan Tuhan ke dalam kita, yakni pendispenan hayat daripada pohon hayat ke dalam ranting-ran- ting; pendispenan ini menjadikan kita Tuhan-manusia — Roma 8:10, 6, 11.
E. Tinggal dalam Kristus sebagai pohon anggur bererti mengambil Dia sebagai tempat huni kita; inilah pengalaman yang paling tinggi dan paling penuh ter- hadap Tuhan; tinggal dalam Kristus bererti menjalani kehidupan dalam Kristus, mengambil Dia sebagai segala-gala bagi kita — Mzm. 90:1; 91:1, 9.
F. Jika kita hidup sebagai sebahagian daripada pohon hayat, kita tidak akan mem- beri perhatian kepada baik dan jahat tetapi memberi perhatian kepada hayat, dan kita akan mentamyizkan hal bukan menurut betul dan salah, tetapi me- nurut hayat dan maut — Kej. 2:9, 16-17; 2 Kor. 11:3.
© 2022 Living Stream Ministry
Mesej Lima
Rahsia Menjalani Kehidupan Orang Kristian untuk Menjadi Pejayeng —
Mengambil Jalan Makan dan Menikmati Kristus sebagai Pohon Hayat
Bacaan Bible: Kej. 2:9; Wahi 2:7; Yoh. 6:57, 63; Yer. 15:16; Mzm. 119:15; Yeh. 3:1-4 I. Rahsia menjalani kehidupan orang Kristian untuk menjadi pejayeng ialah
kita mengambil jalan makan dan menikmati Kristus sebagai pohon hayat;
Tuhan tidak bermaksud kita melakukan apa-apa untuk-Nya; satu-satunya hasrat-Nya ialah memberi diri Dia sebagai makanan kepada kita untuk kita nikmati; hanya orang yang mengambil jalan menikmati Kristus seba- gai pohon hayat akan melihat kehidupan dan kerja mereka kekal dalam Yerusalem Baru — Kej. 2:9; Wahi 2:7.
II. Kita dapat makan Tuan Yesus sebagai makanan rohani kita untuk kenik- matan kita, menerima Dia sebagai Roh itu yang memberi hayat menerusi makan sabda-Nya yang merupakan roh dan hayat melalui segala doa serta dengan merenungi sabda-Nya — Yoh. 6:57, 63; Yer. 15:16 dan nota kaki; Ef.
6:17-18; Mzm. 119:15 dan nota kaki; Mat. 4:4; Mzm. 119:103:
A. Apabila kita makan Tuan Yesus dengan makan sabda-Nya yang merupakan roh dan hayat, kita hidup kerana Dia (Yoh. 6:57, 63); kita bukan hidup melalui Kristus tetapi hidup kerana Kristus sebagai elemen yang memberi tenaga dan faktor yang membekal; kita berhidupkan Kristus dalam kebangkitan-Nya, dan kita berhidupkan Kristus dengan makan-Nya (Gal. 2:20; Flp. 1:19-21a).
B. Apabila kita makan Tuan Yesus dengan makan sabda-Nya, kita perlu mem- punyai penghadaman rohani yang wajar — Yeh. 3:1-4; Yer. 15:16; Wahi 10:9- 10:
1. Jika kita mempunyai penghadaman yang baik, makanan dapat disalurkan ke dalam setiap bahagian diri dalaman kita dengan lancar; dengan makan, kita mempunyai penghadaman; dengan menghadam, kita mempunyai asimilasi; dan dengan asimilasi, kita menerima pengkhasiatan daripada kekayaan Kristus secara praktikal ke dalam diri kita — Ef. 3:8, 16-17a.
2. Ketakhadaman bermaksud Tuan sebagai makanan rohani tidak dapat masuk ke dalam bahagian dalaman kita; apabila makanan tidak dapat disalurkan ke dalam bahagian dalaman kita dengan lancar, kita akan mengalami ke- takhadaman — Ibr. 3:12, 15; 4:2.
3. Kita perlu memelihara seluruh diri berserta seluruh bahagian dalaman kita terbuka kepada Tuan agar makanan rohani mempunyai laluan yang bebas dalam kita; jika kita berbuat demikian, kita akan mempunyai penghadaman dan asimilasi yang baik, kita akan menyerap Kristus sebagai pengkhasiatan rohani, dan Kristus akan menjadi konstituen kita demi ekspresi Tuhan — Ef.
3:16-17a; Kol. 3:4, 10-11.
III. Kita dapat makan-Nya dengan melakukan kehendak Bapa untuk memuas- kan orang yang lapar dan haus, dan dengan memuliakan Bapa di bumi dengan menjalani kehidupan Tuhan-manusia bagi memuliakan Tuhan Tri- tunggal yang terproses — Mat. 24:45-47; Flp. 1:19-21a:
A. “Aku mempunyai makanan untuk dimakan yang tidak kamu tahu…Makanan- Ku ialah melakukan kehendak Dia yang mengutus Aku dan menyiapkan kerja- Nya” — Yoh. 4:32, 34.
B. “Aku telah memuliakan Engkau di bumi dengan menyiapkan kerja yang Engkau beri kepada-Ku untuk dilakukan” (Yoh. 17:4); memuliakan Tuhan bererti meng- ekspresikan Tuhan dalam segala sesuatu (bd. Kol. 1:9-11).
C. Dalam kehidupan insani Tuan, Dia makan mentega (kurnia yang terkaya) dan
madu (kasih yang termanis); ini memberi-Nya kudrat untuk sentiasa memilih kehendak Bapa — Yes. 7:14-15, ASV 1901.
D. Kita ialah orang yang mempelajari Kristus sebagaimana “realiti itu ada dalam Yesus”; realiti itu ada dalam Yesus merujuk kepada keadaan sebenar kehidupan Tuan Yesus seperti yang tercatat dalam empat Injil, iaitu kehidupan yang me- muliakan Bapa di bumi untuk mendirikan teladan bagi percayawan-Nya — Ef.
4:20-21:
1. Yesus menjalani kehidupan yang sentiasa melakukan segala-galanya dalam Tuhan, bersama dengan Tuhan, dan untuk Tuhan agar memuliakan Tuhan;
Tuhan berada dalam kehidupan-Nya, dan Dia dengan Tuhan adalah satu;
dalam kebangkitan, Dia menjadi Roh beri-hayat supaya Dia dapat mema- suki kita untuk menjadi hayat kita; kita belajar daripada-Nya (Mat. 11:29) menurut teladan-Nya, bukan melalui hayat alamiah kita tetapi melalui Dia sebagai hayat kita dalam kebangkitan (Kol. 3:4; 1 Ptr. 2:21).
2. Tuan Yesus tidak pernah melakukan apa-apa daripada diri-Nya (Yoh. 5:19);
Dia tidak melakukan kerja-Nya sendiri (4:34; 17:4), Dia tidak membicarakan kata-kata-Nya sendiri (14:10, 24), Dia tidak melakukan kehendak-Nya sendiri (5:30), dan Dia tidak mencari kemuliaan-Nya sendiri (7:18).
3. Mempelajari Kristus bererti dibentuk mengikut teladan Kristus, iaitu dikon- form kepada imej Kristus; Dia sendiri sebagai Roh yang huni secara dalaman, hukum Roh hayat, serta segala kekayaan hayat-Nya, menghasilkan semula diri-Nya dalam kita — Roma 8:2, 28-29.
E. Yesaya 43:7 berkata, “Setiap orang yang digelar menurut nama-Ku, / Yang Aku cipta, bentuk, malah jadikan demi kemuliaan-Ku”; pelayanan tertinggi yang da- pat kita beri kepada Tuhan ialah mengekspresikan kemuliaan-Nya — 2 Kor. 3:18;
Roma 9:23.
F. Satu Korintus 6:20 berkata, “Kerana kamu telah dibeli dengan harga yang tinggi.
Jadi, muliakan Tuhan dalam tubuhmu”; ini adalah untuk membenarkan Tuhan yang huni dalam kita (1 Yoh. 4:13) menduduki dan menepui tubuh kita serta mengekspresikan diri-Nya menerusi tubuh kita sebagai bait-Nya (1 Kor. 6:19);
1 Korintus 10:31 berkata, “Sama ada kamu makan atau minum, ataupun apa jua yang kamu lakukan, lakukanlah segalanya untuk memuliakan Tuhan.”
IV. Kita dapat makan-Nya dengan menghubungi orang yang wajar — Im. 11:1-3, 9, 13, 21:
A. Makan bererti menghubungi hal-hal di luar kita dan menerimanya ke dalam kita supaya hal-hal ini akhirnya menjadi konstitusi dalaman kita; dalam Imamat 11, semua binatang menandakan orang yang berlainan jenis, manakala makan menandakan kita menghubungi orang (Kis. 10:9b-14, 27-29); jika umat Tuhan hendak menjalani kehidupan yang kudus seperti yang dituntut oleh Tuhan yang kudus, mereka harus berjaga-jaga tentang jenis orang yang dihubungi mereka (Im. 11:46-47; 1 Kor. 15:33; 2 Kor. 6:14-18; 2 Tim. 2:22).
B. Binatang yang berkuku belah dan memamah biak (Im. 11:3; bd. ay. 4-8, 26-28) menandakan orang yang mempunyai daya tamyiz dalam aktiviti mereka (Flp.
1:9-10) dan yang menerima sabda Tuhan dengan banyak pertimbangan (Mzm.
119:15).
C. Hidupan air yang bersirip dan bersisik menandakan orang yang dapat bergerak dan bertindak secara bebas di dunia namun pada masa yang sama dapat me- nolak pengaruh dunia (sirip membantu ikan bergerak dan bertindak dalam air menurut kehendaknya, dan sisik melindungi serta mencegah ikan yang hidup dalam laut daripada diasinkan) — Im. 11:9.
D. Burung yang bersayap untuk terbang dan yang makan benih hayat sebagai be- kalan makanannya menandakan orang yang dapat hidup dan bergerak dalam hayat yang menjauhi dan mengatasi dunia, serta menerima benda hayat sebagai bekalan hayat mereka — ay. 13.
E. Serangga yang bersayap dan mempunyai paha di sebelah atas kakinya untuk melompat di atas tanah menandakan orang yang dapat hidup serta bergerak dalam hayat yang mengatasi dunia dan dapat memelihara diri daripada du- nia — ay. 21-22.
V. Kita dapat makan-Nya dengan menikmati Dia sebagai perayaan dalam per- himpunan di atas tapak kesatuan:
A. Bani Israel dapat menikmati hasil tanah permai dengan dua cara: cara yang umum dan peribadi ialah menikmati tanah permai sebagai bahagian yang umum pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, dan dengan sesiapa sahaja (Ul. 12:15);
cara yang khusus dan korporat pula ialah menikmati bahagian yang terbaik, yakni buah sulung dan binatang yang pertama-lahir, bersama dengan semua orang Israel pada perayaan-perayaan yang ditetapkan dan di tempat unik yang dipilih Tuhan (ay. 5-7, 17-18).
B. Begitu juga, kenikmatan percayawan Wasiat Baru terhadap Kristus juga mem- punyai dua aspek: aspek yang umum dan peribadi untuk menikmati Kristus pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja; aspek yang khusus dan korpo- rat untuk menikmati bahagian Kristus yang terbaik dalam perhimpunan dalam kehidupan gereja yang wajar di atas tapak kesatuan yang unik, yakni tempat yang dipilih Tuhan.
VI. Hasrat Tuhan terhadap manusia ialah memberi diri Dia sebagai pohon hayat kepada manusia untuk dinikmatinya; melihat bahawa Tuhan mahu kita menikmati-Nya dan Dia tidak mahu kita melakukan apa-apa untuk-Nya bererti melihat bahawa kehidupan orang Kristian ialah perihal menikmati Kristus sebagai pohon hayat; jika konsep kita berubah agar melihat ke- dua-dua butir ini, maka mudah bagi kita menjalani kehidupan yang me- nikmati Tuhan.
© 2022 Living Stream Ministry
Mesej Enam
Menjadi Reproduksi Kristus yang Merupakan Pohon Hayat untuk Ministri Hayat
Bacaan Bible: Yoh. 1:4; 12:24; 15:1, 4-5; 1 Yoh. 5:16; 2 Kor. 4:12
I. Dalam ekonomi Tuhan, kita bukan hanya pemakan pohon hayat, malah kita juga ranting-ranting pohon ini; akhirnya kita juga akan menjadi pohon hayat kecil, iaitu reproduksi Kristus yang merupakan pohon hayat — 1 Ptr.
2:21; Yoh. 1:4; 12:24; 15:1, 4-5:
A. Tuhan berhasrat agar semua percayawan dalam Kristus menjadi reproduksi Kristus, Tuhan-manusia — 12:24; Roma 8:29:
1. Menjadi reproduksi Kristus memerlukan kita dilahirkan semula daripada Kristus pneumatik dalam roh kita, kemudian ditransform oleh Kristus pneu- matik dalam sukma kita secara beransur-ansur — Yoh. 3:6; 2 Kor. 3:18.
2. Kita menjadi reproduksi Kristus melalui satu proses yang merangkumi ke- kayaan hayat divin didispenkan ke dalam kita dan kita mengalaminya — Ef.
3:8; Kol. 3:4, 10-11.
3. Untuk menjadi reproduksi Kristus yang merupakan model kita, kita perlu mengalami Kristus sebagai Dia yang hidup dalam kita, dibentuk dalam kita, dan berumah dalam hati kita — Gal. 2:20; 4:19; Ef. 3:16-17a.
4. Apabila kita menjadi reproduksi Kristus, secara spontan kita akan berhidup- kan Kristus melalui perbekalan limpah lengkap daripada Roh-Nya — Flp. 1:19, 21.
B. Dalam Kejadian 2:9, pohon hayat adalah unik, tetapi pohon hayat telah dita- nam ke dalam kita dan sedang bertumbuh dalam kita, menjadikan kita pohon hayat kecil.
II. Sebagai reproduksi Kristus yang merupakan pohon hayat, kita mempunyai ministri hayat — 1 Yoh. 5:16; 2 Kor. 4:12:
A. Oleh sebab kita ialah percayawan dalam Kristus dan anak-anak Tuhan, kita bukan sahaja mempunyai hayat abadi dan dapat mengalami hayat abadi, malah kita juga dapat meministerkan hayat ini kepada anggota Tubuh Kristus yang lain — 1 Yoh. 5:11-16.
B. Meministerkan hayat bererti menyalurkan hayat; apabila kita mempunyai lebih- an hayat, kita dapat meminister daripada bekalan ini kepada orang lain — 1:1-2;
2:25; 5:11-13, 16.
C. Pelayanan dalam gereja ialah pelayanan yang meministerkan hayat — pelayanan yang membekalkan hayat divin kepada orang lain — 2 Kor. 4:12:
1. Kita perlu mempunyai tanggapan yang dalam tentang butir ini dan meman- dang kepada Tuan agar pelayanan kita menjadi saluran keluar bagi hayat- Nya — Yoh. 11:25; 1 Yoh. 1:2.
2. Hayat yang kita bekalkan kepada orang lain itu berada dalam Roh itu, Roh itu berbaur dengan roh kita, dan hayat Tuhan terletak, tinggal, serta ber- tumbuh dalam roh pembauran — 1 Kor. 15:45b; 6:17; Roma 8:4:
a. Jika kita ingin membekalkan hayat kepada pekudus, kita harus membebas- kan roh kita, kerana hayat divin berada dalam roh pembauran kita — 7:6;
1:9.
b. Jika roh kita tidak dapat dibebaskan, maka tidak adanya jalan untuk hayat divin dibebaskan — 8:10.
D. Jika kita ingin hidup sebagai reproduksi Kristus yang merupakan pohon hayat, kita harus tersemat dalam hati bahawa kita perlulah berupaya meministerkan hayat — 1 Yoh. 5:11-16:
1. Pelayanan yang diinginkan Tuhan daripada kita tidak berfokus pada mela- kukan kerja tetapi pada meministerkan hayat — ay. 16.
2. Untuk meministerkan hayat kepada orang lain, kita perlu digabungkan de- ngan Kristus, tinggal dalam Kristus, dan memberi Dia tapak dalam kita untuk memenuhi kita supaya hayat, sifat, kesukaan, dan kecenderungan-Nya menjadi hayat, sifat, kesukaan, dan kecenderungan kita — 2:27; Ef. 3:16-17.
E. Meministerkan hayat bererti mempunyai pengaliran keluar hayat; pelayanan kita ialah pengaliran keluar Tuhan untuk membekalkan hayat divin kepada orang lain — Yoh. 19:34; 7:37-39:
1. Hayat ialah isi kandungan Tuhan dan pengaliran keluar Tuhan; isi kandungan Tuhan ialah diri Tuhan, dan pengaliran keluar Tuhan ialah penyaluran diri Dia sebagai hayat kepada kita — Ef. 4:18; Wahi 22:1.
2. Untuk hayat dibebaskan daripada roh kita, manusia luaran kita harus di- tanggulangi dan dihancurkan — 2 Kor. 4:16; Ibr. 4:12:
a. Jika manusia luaran kita tidak dihancurkan, tidak akan adanya aliran hayat divin yang tulen — Yoh. 7:38.
b. Jika kita menginginkan hayat divin dibebaskan dari dalam kita, kita ha- rus ditundukkan dalam sukma dan membiarkan roh kita mendominasi serta berkuasa atas setiap perkara; dengan demikian barulah hayat Tuan dapat mengalir keluar — Ef. 3:16-17.
3. Untuk mempunyai pengaliran keluar hayat, kita perlu bersatu dengan Kristus dalam kematian-Nya yang membebaskan hayat; ini bererti disepadukan de- ngan Kristus yang dipukul, yang ditamsilkan oleh batuan yang dipukul — Yoh.
19:34; Kel. 17:6:
a. Apabila kita bersatu dengan Kristus sebagai batuan yang dipukul, hayat divin sebagai air hidup akan mengalir keluar daripada kita — ay. 6; Yoh.
7:38.
b. Hayat insani kita, hayat alamiah kita, harus dipukul agar air hidup da- pat mengalir keluar dari dalam kita — 2 Kor. 4:10-11, 16.
c. Jika kita bersatu dengan Kristus yang dipukul, kita akan mengalami penyaliban hayat alamiah; kemudian sebagaimana hayat divin Kristus mengalir keluar sebagai air hidup menerusi hayat insani-Nya dipukul, begitu juga kita akan mengalami pengaliran air hayat menerusi hayat alamiah kita dipukul — ay. 10-12.
F. Jika kita ingin meministerkan hayat kepada orang lain, kita perlu sedar akan serangan maut, pintu-pintu Hades, ke atas gereja — Mat. 16:18; Roma 5:17:
1. Apa yang berasal daripada Tuhan mempunyai ciri hayat, manakala apa yang berasal daripada Syaitan mempunyai ciri maut; dalam gereja, segala-gala yang berasal daripada Tuhan ialah hayat, manakala segala-gala yang berasal daripada Syaitan ialah maut — Yoh. 11:25; Ibr. 2:14.
2. Apa yang paling ditakuti Syaitan ialah gereja menentang kuasa maut- nya — 2 Tim. 1:10.
3. Hayat abadi dalam kita dapat mengatasi maut dalam diri kita dan dalam anggota gereja yang lain — 1 Yoh. 5:11-13, 16.
4. Sebagai reproduksi Kristus yang merupakan pohon hayat, kita perlu menga- lami hayat abadi dan meministerkan hayat ini kepada orang lain dengan menjadi saluran yang menerusinya hayat abadi dapat mengalir — Yoh. 7:37-39;
Flp. 1:24-25.
© 2022 Living Stream Ministry