• Tidak ada hasil yang ditemukan

Secara umumnya, papan litar utama atau motherboard adalah antara komponen paling penting sebuah sistem komputer. Diantara fungsinya:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Secara umumnya, papan litar utama atau motherboard adalah antara komponen paling penting sebuah sistem komputer. Diantara fungsinya:"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

MENGESAN KEROSAKAN PAPAN LITAR UTAMA

Kandungan:

Fungsi dan Pengendalian Papan Litar Utama

Kerosakan Semasa Proses

Boot

Kerosakan Slot-slot Pengembangan dan

Chipset

Mengenalpasti Pesanan-pesanan Kesalahan

Senggaraan dan Baikpulih Papan Litar Utama

Fungsi dan Pengendalian Papan Litar Utama

Secara umumnya, papan litar utama atau ‘motherboard’ adalah antara komponen paling penting sebuah sistem komputer. Diantara fungsinya:

1.

Menghubungkan kesemua komponen-komponen utama komputer (CPU, memori RAM, GPU / grafik, cakera keras, peranti I/O).

2. Mengawal perhubungan dan kawalan fungsi setiap komponen. 3. Diagnosis masalah dan ralat fungsi sistem komputer.

(2)

1.

Papan Litar Utama (motherboard) Sebagai Tapak Sambungan

Setiap Komponen Komputer

Sewaktu proses pemasangan sistem, biasanya motherboard akan diuji terlebih dahulu bersama-sama mikropemproses (CPU), memori (RAM), dan kad grafik. Kesemua komponen ini akan dipasang bersama-sama dan dihubungkan dengan sebuah monitor pada palam VGA kad grafik. Sambungkan bekalan kuasa (power supply unit -PSU) kepada motherboard dan pintaskan pin ‘power on’ untuk menghidupkan sistem. Apabila paparan POST kelihatan pada skrin, sistem itu telah sedia dan boleh digunakan.

Gambar 2: Pemasangan dan ujian komponen utama komputer

Pintaskan kembali pin ‘power on’ selama 10 saat untuk mematikan sistem. Pasang motherboard ke dalam perumah komputer (casing) dan sambungkan kesemua komponen yang diperlukan ke dalam slot atau palam yang sesuai. Berikut adalah ringkasan slot/soket motherboard dan komponen yang boleh disambungkan kepadanya:

Slot / Soket Komponen

Soket CPU Mikropemproses

Slot memori Memori RAM (SDRAM, DDRAM) Slot AGP / PCI-E Kad Grafik

Slot PCI Kad Bunyi, Kad Rangkaian, Kad Modem, Kad TV, Palam IDE Cakera Keras, Pemacu CD-ROM, Pemacu DVD Palam FDD Pemacu Cakera Liut (floppy)

(3)

2.

Kawalan Fungsi Setiap Komponen

Selain menjadi tapak yang menghubungkan setiap komponen komputer, motherboard juga berfungsi untuk mengawal fungsi setiap komponen. Untuk itu, motherboard dimuatkan dengan beberapa cipset kawalan dan setiapnya unik untuk kawalan komponen tertentu sahaja. Dibawah disenaraikan beberapa cipset yang utama dan fungsinya:

Cipset Kawalan

Northbridge Mikropemproses CPU, memori RAM, Kad Grafik (slot AGP /PCI-Express), Grafik bina dalam (onboard)

Southbridge Slot PCI, Palam IDE, Palam FDD, Palam SATA, Palam USB, Palam I/O* (peranti input/ouput)

BIOS (EEPROM) Uji & kawal fungsi komponen (proses POST & CMOS setup)

Gambar 3: Pelan asas papan litar utama

(4)

3.

Diagnosis dan Kawalan Fungsi Komponen

Bagi memastikan setiap komponen berfungsi dengan betul, motherboard akan melaksanakan proses semakan yang dikenali sebagai POST (Power On Self Test) sebaik sahaja komputer dihidupkan. Berikut adalah ringkasan proses yang berlaku:

Komputer dihidupkan ↓

BIOS dimulakan ↓

Mulakan proses 'POST' (diagnosis kehadiran/keadaan perkakasan) ↓

Semak/kemaskini CMOS (cip yang simpan maklumat perkakasan & cara guna perkakasan)

Memulakan program OS (operating system - seperti Windows, Linux, ataupun Unix) Rajah 1: Turutan proses apabila komputer dihidupkan (dikenal sebagai BOOT) Tujuan proses POST adalah:

• Semak kehadiran perkakasan

Uji fungsi asas perkakasan

• Maklumkan ralat / kerosakan kepada pengguna

Proses POST sebenarnya adalah proses ujian yang dilakukan oleh sistem pengoperasi kecil pada motherboard, digelar BIOS (Basic Input Output System). Tanpa BIOS, motherboard tidak dapat berfungsi. BIOS adalah aturcara kecil yang disimpan di dalam sebuah cipset digelar ROM (Read Only Memory). BIOS lazimnya dibina untuk menyokong perkakasan tertentu sahaja. Bagi memastikan ia mampu menyokong teknologi / perkakasan baru, cipset ROM telah digantikan dengan cipset baru digelar EEPROM (Electronically Erasable Programmable ROM – memori boleh padam dan diprogramkan semula). Oleh itu, BIOS pada masa kini lazimnya boleh diperbaharui (update) untuk menyokong perkakasan baru.

Kebanyakan perkakasan mempunyai BIOS. Lazimnya BIOS pada motherboard akan berinteraksi dengan BIOS perkakasan lain (seperti BIOS kad grafik) bagi mengetahui maklumat perkakasan tersebut.

Maklumat perkakasan ini seterusnya akan disimpan di dalam cip CMOS** (Complementary Metal Oxide Semiconductor) iaitu cip yang mampu menyimpan maklumat perkakasan dan ketetapan pengguna. Sewaktu BIOS membaca maklumat perkakasan, data yang diperolehi akan dibandingkan dengan data yang disimpan di dalam CMOS. Jika terdapat perbezaan, maklumat di dalam CMOS akan digantikan (update). CMOS adalah memori jenis meruap (tidak kekal). Bagi memastikan datanya tidak hilang, sebuah bateri digunakan bagi membekalkan kuasa padanya sewaktu komputer dimatikan. Selain menyimpan maklumat terkini perkakasan, CMOS juga menyimpan maklumat tarikh dan masa.

(5)

Gambar 4: Contoh paparan CMOS setup

Paparan CMOS Setup boleh digunakan bagi mengubah arahan dalam CMOS. Antara perkara yang boleh kita lakukan dalam CMOS setup (atau BIOS setup) adalah:

Melihat maklumat berkenaan perkakasan

Menukar tarikh dan masa sistem

Mengawal fungsi perkakasan

Menukar keutamaan BOOT*** bagi mencari OS (Operating System)

*** Proses carian OS boleh berlaku pada harddisk, cd-rom, disket, USB, ataupun rangkaian. Bagi memasuki persekitaran CMOS Setup, tekan salah satu daripada kombinasi kekunci berikut sewaktu proses POST:

• Del • F2 • F10

• Ctrl + Alt + Esc

Jujukan kekunci ini bergantung kepada jenis BIOS yang digunakan (biasanya maklumat ini akan dipaparkan pada skrin monitor semasa komputer dihidupkan). Antara jenis BIOS yang ada di pasaran adalah:

• Phoenix

Award (kini dimiliki oleh Phoenix) • Phoenix-Award

American Megatrends Inc.(AMI)

(6)

Kerosakan Semasa Proses

Boot

Proses Boot adalah istilah bagi komputer yang dihidupkan dan memulakan sistem pengoperasi (OS) seperti Windows. Walau bagaimanapun, proses boot ini boleh terganggu sekiranya berlaku sebarang masalah sewaktu proses berlangsung. Berikut adalah ringkasan proses boot;

Komputer dihidupkan ↓

Bekalan Kuasa uji kestabilan kuasa ↓

CPU mulakan BIOS ↓

BIOS laksanakan proses 'POST' ↓

BIOS grafik dibaca ↓

Maklumat memori RAM dan CPU dibaca ↓

POST baca maklumat perkakasan & bandingkan dengan maklumat dalam memori CMOS

Maklumat CMOS diperbaharui ↓

BIOS mulakan carian OS (proses bootstrap) ↓

Memulakan program OS ↓

OS ambil alih kawalan PC dari BIOS

Rajah 2: Turutan proses komputer dihidupkan dan memulakan OS

Kerosakan Slot-slot Pengembangan dan

Chipset

Kerosakan yang melibatkan slot-slot pengembangan dan chipset lazimnya adalah kerosakan yang serius dan tidak dapat dibaiki (oleh juruteknik biasa). Antara faktornya:

• Arus berlebihan

o

Apabila berlaku lebihan arus, chipset dan komponen lain boleh rosak. Apabila chipset rosak, slot pengembangan yang dikawalnya akan turut gagal berfungsi.

• Kebocoran kapasitor

o

Ini boleh berlaku akibat beban (arus) berlebihan, bahan binaan kapasitor tak bermutu, atau faktor dimakan usia. • Litar pintas

o

Ini terjadi apabila dua (atau lebih) litar yang tidak berpasangan bersambung akibat: Kebocoran elektrolit (cecair) kapasitor, ataupun kesilapan pintasan jumper.

Gambar 6: Kebocoran kapasitor

(7)

Mengenalpasti Pesanan-pesanan Kesalahan

Bagi memudahkan diagnosis, pesanan-pesanan kesalahan (error code) semasa proses POST boleh dijadikan panduan. Setiap pesanan atau kod kesalahan menandakan kerosakan yang tertentu bergantung kepada jenis BIOS yang digunakan.

Kod kesalahan atau kod ralat ini ditunjukkan dalam 2 cara:

1.

Paparan kod ralat pada skrin

2. Bunyi kod ralat

Kod ralat pada skrin dipaparkan dalam bentuk teks. Kesalahan seperti ini boleh

dikatakan tidak begitu serius kerana tidak melibatkan unit pemprosesan **** komputer. Contohnya adalah:

Kesilapan maklumat CMOS (akibat kesilapan ketetapan CMOS atau bateri CMOS habis)

Peranti I/O (mouse atau

keyboard) bermasalah

Pemacu storan data (harddisk, disket) bermasalah

**** Unit pemprosesan merujuk kepada fungsi gabungan motherboard, CPU, dan RAM Untuk kod bunyi pula, kod ralat adalah berbeza mengikut jenis BIOS. Maklumat di bawah boleh dijadikan panduan bagi mengenali kod ralat bunyi:

1. Bunyi frekuensi tinggi/rendah (bunyi siren)

Ini bermakna suhu CPU anda terlalu panas. Semak:

kipas CPU sama ada berpusing atau tidak (semak kabel kuasanya)

sambungan heatsink (sirip penyejuk) CPU - disambung betul atau tidak

sentuhan heatsink - menyentuh CPU dengan baik atau tidak (semak juga pad atau cecair silikon/penyejuk pada heatsink)

2. Kod bunyi (beep code) BIOS AMI

Satu bunyi beep pendek akan kedengaran apabila proses boot berjaya.

Bunyi beep Kod kesalahan

1 pendek Kegagalan System RAM refresh 2 pendek Kesalahan litar memory parity 3 pendek Kegagalan memori asas 64KB 4 pendek Kegagalan system timer

5 pendek Kegagalan CPU

6 pendek Kegagalan 8042 – Gate A20 (keyboard) 7 pendek Kesilapan Processor exception interrupt 8 pendek Kegagalan memori baca/tulis Paparan (grafik) 9 pendek Kesilapan checksum cip ROM BIOS

10 pendek Kesilapan pendaftar baca/tulis CMOS shutdown Gambar 7: Kod ralat BIOS

(8)

11 pendek Kesilapan memori Cache

1 panjang, 3 pendek Kegagalan ujian memori Conventional/Extended 1 panjang, 8 pendek Kegagalan ujian Paparan/Retrace

3. Kod bunyi BIOS Award

Sama seperti AMI, satu bunyi beep akan kedengaran apabila proses boot berjaya. Kod-kod Award di bawah adalah sebagai rujukan dan mungkin berbeza mengikut jenama motherboard yang digunakan (kod mungkin diubah oleh pembuat motherboard).

Bunyi beep Kod kesalahan

2 pendek Kesalahan ubahsuai CMOS

1 panjang, 1 pendek Kesalahan DRAM atau motherboard 1 panjang, 2 pendek Kesalahan monitor atau kad grafik 1 panjang, 3 pendek Kesalahan keyboard

1 panjang, 9 pendek Kesalahan ROM BIOS Beep panjang berterusan Kesalahan DRAM

Beep pendek berterusan Kesalahan bekalan kuasa 4. Kod bunyi BIOS IBM

Biasanya, satu bunyi beep pendek kedengaran apabila BIOS IBM memulakan proses POST, diikuti proses POST biasa yang menandakan PC berjaya boot dengan normal.

Bunyi beep Kod Kesalahan

2 pendek Kesalahan initialization 1 panjang, 1 pendek Kesalahan motherboard

1 panjang, 2 pendek Kesalahan adapter video (MDA, CGA) 1 panjang, 3 pendek Kesalahan adapter grafik EGA/VGA 3 panjang Kesalahan adapter keyboard 3270

Beep pendek berterusan Masalah bekalan kuasa atau motherboard

Berterusan Masalah bekalan kuasa, motherboard, atau keyboard Tiada Masalah bekalan kuasa atau motherboard

5. kod bunyi BIOS Compaq

Komputer akan .berbunyi beep pendek sekali apabila proses boot berjaya.

Bunyi beep Kod kesalahan

2 pendek Kesalahan umum

1 panjang, 1 pendek Kesalahan ROM BIOS checksum 1 panjang, 2 pendek Kesalahan adapter Video

Gambar

Gambar 1: Papan litar utama format ATX
Gambar 2: Pemasangan dan ujian komponen utama komputer
Gambar 3: Pelan asas papan litar utama
Gambar 4: Contoh paparan CMOS setup
+2

Referensi

Dokumen terkait

Materi penelitian yang digunakan adalah daun dan batang tanaman mangrove yang di ekstraksi dan selanjutnya hasil ekstraksi dengan menggunakan fiksasi tawas, kapur dan

Hasil penelitian ini berbeda dengan hasil penelitian yang dilakukan oleh Nunung Nurhaeni (2009) tentang reaksi aktivitas volume perdagangan di BEI terhadap

Rata-rata Persentase Soft Skill Mahasiswa berdasarkan presentasi Media pada Mata Kuliah Pengembangan Program Pembelajaran Biologi.. Hai ini disebabkan

Andi Wijayanto, Analisis Kesesuaian Lahan Untuk Tanaman Sayuran dan Buah-Buahan Dengan Pendekatan Kondisi Fisik Lahan Menggunakan Sistem Informasi Geografi, Undegraduate, 2006

Hasil uji stabilitas diperoleh kondisi penyimpanan lebih stabil pada suhu 40C , yaitu sampai 21 hari penyimpanan kemurnian radiokimia masih memenuhi syarat (97,6%)

Setiap karya ilmiah harus mencantumkan abstrak yang mencakup : Introduction berasal dari latar belakang dan masalah utama yang diteliti, tujuan penelitian dan

Jenis gulma mempengaruhi pertumbuhan dan komponen hasil yang meliputi tinggi tanaman dan diameter batang 3 MST, bobot 100 butir pada KA14%, serta bobot basah dan