• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengalaman dalam Kewujudan dan Persoalan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengalaman dalam Kewujudan dan Persoalan"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

FET 556

ARCA

SENI DAN IDEA

PENULISAN LAPORAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAZRUL HAMZAH BIN MD NOR AZMAN

2012473808

PELAJAR SEMESTER 04

FAKULTI SENILUKIS & SENI REKA

UiTM SHAH ALAM

DISEDIAKAN KEPADA:

EN.MOHD FUAD MD ARIF

PENSYARAH SENI HALUS (ARCA), SEMESTER 04

FAKULTI SENILUKIS & SENI REKA

(2)

PENGALAMAN DALAM KEWUJUDAN DAN

PERSOALAN IDENTITI

Nazrul Hamzah Bin Md Nor Azman Universiti institut Teknologi Mara, Shah Alam

Email:naz_ellusionist@yahoo.com

Pendahuluan

Idea memainkan peranan penting dalam sesebuah karya seni. Menurut Kamus Oxford, idea merupakan satu bentuk pemikiran dan cadangan kepada sesuatu bentuk tindakan. Idea juga memberi sumbangan kepada sesuatu perisian. Perisian yang dimaksudkan disini ialah apa yang cuba untuk disampaikan dan di ekspresi serta dikongsi oleh seniman. Namun begitu, bagi pendapat saya perisian yang diketengahkan seseorang seniman itu tidaklah bertujuan menjelaskan sesuatu kebenaran, ataupun karya yang dihasilkan tidaklah memberikan jawapan kepada sesuatu kewujudan tetapi lebih kepada membuka persoalan yang akhirnya audien atau penghayat seni sendiri yang akan persoalkan dan rungkaikan mengikut interpretasi masing-masing.Seni dan idea adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan oleh kerana seni yang hanya seni semata-mata adalah seni yang tidak mempunyai perisian didalamnya, manakala idea pula tidak akan menjadi realiti sekiranya tidak dijustifikasikan oleh seniman itu sendiri melalui penghasilan seni mereka.

(3)

BAHAN DAN PROSES

Dalam karya Give me the sweetest smile, bahan yang digunakan adalah topeng serigala dan juga papan kotak yang bertulis Give me the sweetest smile. Dalam persembahan, salah seorang daripada ahli kumpulan menjadi karakter yang memakai topeng serigala, yang lain merupakan pengekod iaitu melakukan tugas mengekod ataupun merekod seperti merakam dan juga mengambil gambar. Persediaan untuk memakai kostum adalah diluar dari kawasan tumpuan kami dengan tujuan mengelak daripada pendedahan proses dan mungkin boleh menyebabkan elemen kejutan atau janggal hilang. Dua percubaan telah dilakukan. Ini adalah bertujuan pemilihan keputusan yang baik dapat dibuat serta dapat mencari persamaan serta perbezaan persepsi atas persembahan yang sama dilakukan. Khairani, rakan kumpulan mengambil keputusan untuk menjadi watak persembahan, saya mengekod proses menggunakan kamera dan begitu juga dengan seorang lagi rakan saya, Fadli juga mengekod menggunakan kameranya dari sudut yang berbeza. Proses ini secara tidak langsung dapat merakam momen ekspresi audien terhadap persembahan yang dilakukan dari pelbagai sudut. Sementara seorang lagi rakan, Ezwa juga merakam serta mengambil gambar, dan juga memberi arah jalan kepada Khairani. Arah jalan ditunjukkan atas sebab kesukaran untuk melihat apabila memakai topeng serigala tersebut. Setelah tamat percubaan pertama, percubaan kedua dilakukan dengan proses yang sama diulang. Percubaan kedua dilakukan adalah bertujuan supaya kami dapat memperbaiki persembahan berdasarkan pengalaman kami dalam persembahan pertama.

Sementara dalam karya Lain Padang Lain Belalang pula, setiap seorang ahli kumpulan perlu mempunyai medium untuk merekod seperti kamera dan juga bahan

(4)

untuk catatan seperti buku lakaran. Setiap orang daripada kami harus mencatat dan juga merakam atau mengambil gambar secara individu seperti yang dicadangkan oleh pensyarah untuk mendapatkan hasil infomasi dan refleksi yang berbeza. Setiap perkara yang berlaku pada sesuatu detik yang dianggap memberi makna mahupun signifikan telah dirakam serta diambil dalam bentuk gambar, juga catatan mengenai refleksi terhadap apa yang berlaku dicatat. Hasil daripada itu seperti gambar-gambar dan catatan sama ada dalam bentuk lakaran mahupun penulisan telah dipersembahkan di galeri dengan cara penyusunan yang dibahagikan empat. Pembahagian ini berfungsi sebagai pisahan hasil rakaman serta catatan perseorangan bertujuan menonjolkan perbezaan refleksi setiap individu terhadap apa yang berlaku serta refleksi terhadap perkara yang signifikan sepanjang perjalanan. Dapat dilihat juga disini terdapat pasu bunga yang mengandungi pokok bunga orkid diletakkan sebagai instalasi persembahan dan memberi metafora kepada perkara yang signifikan iaitu penghargaan serta memori kami sepanjang perjalanan tersebut. Soft board digunakan dalam persembahan karya bagi menyokong bahan rakaman serta catatan yang dilakukan sepanjang perjalanan. Bagi saya disiplin dalam persembahan seni adalah amat penting disini apabila kekemasan susunan hasil rakaman atau foto seharusnya disusun dengan baik dan teratur. Disokong oleh pendapat pensyarah dimana beliau berpendapat bahawa untuk karya seperti ini yang mempunyai unsur konseptual; iaitu dari segi persembahan, disiplin dalam kekemasan persembahan, cara penyusunan yang teratur; susunan yang tidak berselerak dan kreativiti cara mempersembahkan karya harus diketengahkan.

Karya individu saya iaitu Definitions of Door Knob pula dipersembahkan dalam bentuk yang sama seperti dalam karya Lain Padang lain Belalang, iaitu persembahan fotografi yang menggunakan bahan soft board untuk menyokong visual. Soft board

(5)

harus mendekati karya untuk melihat definisi dengan lebih jelas, menjadikan karya kurang berjaya. Saiz penulisan tersebut juga tidak sama menyebabkan karya tidak konsisten sejurus memberi kesan terhadap kekurangan cara persembahan. Saya akui banyak kesilapan yang jelas dapat dilihat dalam karya ini mungkin kerana lemah dalam kemahiran persembahan. Namun begitu, hal ini sedikit sebanyak membantu saya dalam memperbaiki kelemahan untuk mempersembahkan karya yang akan datang.

Adalah amat penting disini sebagai seorang pelajar seni arca bahawa definisi arca perlu diketengahkan iaitu kepentingan bentuk tiga pergerakan (movement) jangka pendek yang dipanggil Seni Naratif (Narrative Art) -Gabungan penggunaan teks dan imej dengan cara kurang atau lebih naratif (Godfrey, 1998: 319). Sebagai contoh, artis yang terdapat pada waktu itu adalah John Baldessari dalam karya beliau, Pencil Story, yang mana beliau menggunakan gabungan fotografi dan juga teks di dalam karya. Pencil Story boleh dikatakan merupakan sebuah karya yang bagus, bukan atas dasar kecantikan formalistik, atau kerana ekspresinya, bukan juga kerana ianya lucu dan sinikal, tetapi kerana ia membuatkan kita berfikir (Godfrey, 1998: 319). Saya cuba ambil konsep yang sama dalam cara beliau mempersembahkan karya serta unsur-unsur sinikal serta bersahaja yang dimasukkan; cara mengkonstruk ayat ataupun teks yang mudah di fahami namun begitu, maksud disebalik karya boleh dikatakan agak puitis dan sukar difahami. Dalam karya Hipotesis Diri dapat dilihat konsep yang sama, iaitu gabungan penggunaan dua elemen; teks dan fotografi.

(6)

melalui teks atau fotografi tadi. Satu contoh yang diberikan oleh pensyarah ialah, kemungkinan kayu dikonstruk untuk menjadi satu tiang yang panjang, dengan perkataan diatasnya yang mungkin bertulis “Saya cuba untuk bina tiang ini dengan sempurna”, misalnya. Dapat dilihat secara langsung perhubungan antara objek (medium) dan subjek berkait antara satu sama lain dan mungkin membawa maksud dan metafora yang tersendiri yang boleh dirungkai oleh audien sendiri.

ISI

Pengalaman merupakan satu bentuk pengajaran yang membentuk sahsiah serta pemikiran manusia. Tanpa pengalaman, manusia mungkin tidak akan mengetahui sesuatu perkara tersebut dengan lebih mendalam. Walaupun seseorang itu mempunyai pengetahuan yang jelas dan konkrit tentang sesuatu perkara, tetapi tanpa pengalaman dia mungkin tidak akan dapat intipati ataupun perasaan berhadapan dengan perkara tersebut. Sebagai contoh, seseorang itu mempunyai pengetahuan luas tentang basikal. Dia mengkaji semua tentang basikal termasuklah komponen-komponen yang terdapat pada basikal tersebut; tayar apa yang sesuai digunakan, jenis rantai basikal apa yang patut digunakan, gear, dan lain-lain. Dia juga mempunyai pengetahuan tentang cara menaiki basikal, berapa kekuatan yang diperlukan untuk mengayuh basikal, pengiraan yang tepat sudut kedudukan dan sebagainya, namun dia sendiri tidak pernah sentuh dan menaiki basikal. Hal ini menyebabkan dia sendiri tidak faham dan pandai menunggang basikal. Berbeza pula dengan seseorang yang tidak pernah tahu menahu tentang basikal, pertama kali mengalami sendiri perasaan menaiki dan menunggang basikal dan akhirnya individu tersebut faham dan pandai serta mahir menunggang basikal hasil dari pengalaman jatuh bangun beliau (Fuad Arif, 2012).

Pada pandangan saya, konsep ini dapat dikaitkan dengan apa yang cuba dirungkai Heidegger (1962) dalam teori ‘Being and Understanding’ beliau.Melakukan sesuatu merupakan signifikan penting dalam memahami terma ‘memahami’.‘Memahami’ merupakan pengalaman konkrit makhluk dunia (being-in-the-world) (Barbara Bolt, 2011: 23).Melalui pemahaman praktikal ataupun pembabitan dengan benda yang telah tersedia di dunia kepada kita menyebabkan dunia kita menjadi lebih bermakna. Pemahaman praktikal kita terhadap benda yang wujud di dunia datang terlebih dahulu sebelum kita menteorikan mereka atau memperjelas mereka.

(7)

tersebut di ruang publik ataupun tempat awam.‘Pengalaman’ menjadi tema besar dalam penghasilan karya penyertaan, dan ‘kejanggalan’ merupakan skop tema kami.

Jika dilihat dalam karya Marina Abramović yang bertajuk,‘A life lesson’, karya ini menggunakan pembabitan orang awam sebagai sebahagian daripada karya seni beliau, dan sedikit sebanyak memberi idea kepada kami dalam menghasilkan karya ‘Janggal’ tadi. Di suatu ruang di galeri, beliau duduk di satu kerusi berhadapan dengan meja dan sebuah lagi kerusi kosong berhadapan beliau. Orang awam (sukarela) yang juga merupakan orang asing (strangers/anonymous person) hanya perlu duduk dihadapan beliau dan hanya perlu renung muka beliau selama seminit, dengan tujuan berkongsi seminit yang senyap antara artis dan audien. Kami cuba untuk membawa konsep yang sama, iaitu kepentingan audien sebagai sebahagian daripada karya seni dan inilah yang dimaksudkan dengan ‘participatory art’ dan ‘A life lesson’ merupakan salah satu contoh karya yang berunsurkan penyertaan ini. Dalam aktiviti ‘Janggal’, tujuan kami adalah untuk melihat reaksi orang awam terhadap sesuatu perkara yang dianggap canggung serta mengalami sendiri perasaan janggal dengan melakukan aktiviti yang luar dari kebiasaan. Apa yang telah kami lakukan ialah memakai

kepada audien, sejurus memberi

impak kepada tindakan mereka

sama ada tindakbalas mereka

positif atau sebaliknya. Selain itu juga topeng serigala sengaja digunakan untuk melihat sendiri ekspresi audien terhadap dua benda yang kontradik; topeng serigala dan tanda ‘Give me the sweetest smile’.Ekspresi audien telah direkod dengan menggunakan kamera ‘go pro’di kepala.

Banyak pengalaman yang kami peroleh hasil daripada karya ‘Give me the sweetest smile’ tersebut.Ada audien yang memberikan reaksi yang baik seperti memberi senyuman, dan terdapat juga audien yang memberikan ekspresi yang pelik

(8)

kemungkinan hasil daripada penggunaan dua elemen yang kontradik tadi; topeng serigala dan papan tanda ‘Give me the sweetest smile’.Ada juga yang menghalau, mempersoal, serta berasa jengkel dengan aktiviti kami.Ianya merupakan pengajaran kepada kami daripada pengalaman aktiviti tersebut, untuk tidak mengharapkan tindakbalas yang baik daripada audien, sebaliknya menerima kepelbagaian reaksi kerana ianya membuktikan setiap orang mempunyai persepsi dan interpretasi yang berbeza-beza.Selain itu juga, ruang publik yang dipilih kemungkinan tidak terlalu ‘publik’ kerana tempat aktiviti yang dipilih adalah tempat dimana sememangnya aktiviti seni dijalankan, iaitu di Galeri Annexe, Pasar Seni Kuala Lumpur.Tidak dapat dinafikan audien secara tidak langsung bersedia untuk berdepan dengan pelbagai bentuk aktiviti seni.

Semasa pembentangan karya ‘Give me the sweetest smile’ di dalam kelas, kami bersetuju dengan beberapa pendapat yang menyatakan tentang pegangan yang harus dibawa bersama semasa proses karya dijalankan. Apakah agenda utama yang menjadi signifikan kepada karya kami?Adakah karya ini ingin memperjuangkan hak binatang (simbol daripada topeng serigala) misalnya? Atau ada agenda lain daripada itu dan bukan hanya ingin melihat atau mengkaji reaksi serta persepsi audien semata-mata. Secara individu, saya setuju dengan pendapat tersebut kerana apa yang lebih penting dalam penghasilan karya seni adalah apa yang cuba disampaikan oleh pengkarya dan juga apa yang cuba diperjuangkan oleh pengkarya untuk renungan masyarakat terutamanya.

Diikuti dengan karya kedua berkumpulan kami iaitu Lain Padang Lain Belalangyang merupakan karya apresiasi kami kepada memori semasa berada di Melaka, tempat belajar kami pada peringkat diploma sewaktu ketika dahulu.Misi kami ialah mengagihkan bunga Orkid kepada ketua Kampung Morten dan juga Kampung Chetti.Kami diberi cadangan oleh pensyarah untuk merakam dan mencatat segala perkara yang kami peroleh sepanjang perjalanan dengan menggunakan buku lakaran serta kamera secara individu.Tak sangka, belakang berpendidikan falsafah ataupun hanya wanita biasa. “You have to read

(9)

bible..”, “Assalamualaikum,”, “InsyaAllah,”, antara perkataan-perkataan yang sempat Sidang mengenai keturunan keluarga beliau

yang mempunyai budaya India oleh kerana datuk beliau berasal daripada India (Sidang Abdullah, temubual perseorangan, 27 April, 2013). kami hadiahkan Encik Sidang dengan bunga Orkid serta berterima kasih atas segala perkongsian dan kerjasama yang dilakukan.

Begitu juga di Kampung Chetti, suasana berada disana sangat berlainan dengan kebiasaan.Apa tidaknya, majoriti penduduk Kampung Chetti berbangsa India, dan minoriti berbangsa Cina tetapi semua beragama Hindu dan bertutur dalam bahasa Melayu.Tidak sekali pun mereka menggunakan bahasa India ataupun bahasa Cina sewaktu bertutur.Ini adalah punca daripada latarbelakang penduduk Kampung Chetti yang pada awalnya berkahwin dengan penduduk tempatan dan terjadinya percampuran budaya (Kanamah Philey, temubual perseorangan, 27 April, 2013).

Terkejut juga apabila dalam perjalanan ke rumah ketua Kampung Chetti, terlihat dua orang makcik yang berbangsa India sedang asyik bergosip dalam bahasa Melayu, serta memakai kain sarung Batik seperti orang Melayu.Dari sini sahaja sudah jelas menunjukkan diversiti di dalam masyarakat majmuk Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum.Bertambah kagum lagi apabila mendapati bahawa Puan Kanamah Philey, Ketua Kampung Chetti pandai berpantun secara spontan.Agak merendah diri juga

(10)

kami kerana sebagai Melayu yang tulen, kami tidak pernah diterapkan dengan

Setiap perkara atau kewujudan yang kecil sebenarnya secara sedar atau tidak menjadi sebahagian daripada takdir (throwness) kita. Heidegger melalui teori kewujudan beliau menyatakan berada dengan keberadaan yang lain (being-with-others) itu merupakan kepastian setiap kejadian kerana setiap makhluk sebenarnya saling berkait antara satu sama lain walaupun perkara atau kewujudan tersebut dianggap kecil (Barbara Bolt, 2011: 28).Dalam karya individu saya iaitu ‘Definitions of Door Knob’, tombol pintu menjadi fokus serta subjek utama dalam karya.Kenapa tombol pintu? Secara tidak langsung tombol pintu merupakan satu benda atau kewujudan kecil yang boleh juga dikatakan menyumbang kepada aktiviti harian kita. Bukanlah tujuan tombol pintu dipentingkan disini adalah untuk menyatakan bahawa tombol pintu adalah segala-galanya atau pun suatu benda yang besar, tetapi tujuan saya lebih kepada peringatan kepada diri saya sendiri supaya untuk tidak lupa juga kepada kepentingan kewujudan yang kecil, bukan hanya tombol pintu sahaja, bahkan kewujudan kecil lain juga seperti barang peribadi dan sebagainya.Kerana kita juga sedar tanpa kewujudan-kewujudan kecil ini, banyak perkara besar tidak boleh dilakukan.Berada dalam keberadaan saya pada waktu kini iaitu keberadaan saya sewaktu belajar, membuka kesedaran saya terhadap penelitian persekitaran saya, contoh seperti rakan-rakan, barang peribadi, serta tempat bekerja.Ianya lebih kepada persoalan saya mengenai kepentingan yang dapat diberikan oleh ‘keberadaan yang lain’ tersebut.

(11)
(12)

RUJUKAN

Barbara B. (2011) Heidegger Reframed. I.B Tauris & Co. Ltd.

T. Godfrey. (1998) Conceptual Art. Phaidon Press Limited.

Kanamah Philey, temubual perseorangan, 27 April, 2013.

Sidang Abdullah, temubual perseorangan, 27 April, 2013.

(13)

Referensi

Dokumen terkait

Pengguna dapat melakukan cetak laporan Login Entry Data Anggota Baru Simpanan Pokok Simpanan Wajib Simpanan Sukarela Penarikan Simpanan Sukarela Peminjaman Tunai Pengembalian

Langkah pertama dalam pembukaan rekening tabungan SAMAWA (Sakinah Mawaddah Warahmah) biasanya di mulai dari calon anggota yang akan membuka rekening tersebut

Untuk pegawai non-darurat : Tidak boleh melakukan tindakan yang menyangkut risiko pribadi atau tanpa pelatihan yang sesuai.. Jaga agar personil yang tidak berkepentingan dan

Sesuai dengan tujuan penelitian yang menyangkut Pengaruh Profesionalisme Auditor Internal dan Role Stress Auditor Internal terhadap Kualitas Rekomendasi Audit

Penurunan kadar air gelatin ini dikarenakan semakin lama perendaman akan semakin banyak asam yang terdifusi dalam jaringan ceker ayam sehingga struktur kolagen semakin terbuka

Setiap Negara mempunyai hak untuk menetapkan lebar laut teritorialnya tidak melebihi 12 mil laut yang diukur dari garis pangkal, maka pernyataan tersebut

8 Menimbang bahwa terlebih dahulu, dari surat permohonan Pemohon dapat disimpulkan pada pokoknya adalah mohon untuk Pengadilan memberi izin kepada Pemohon untuk berikrar

HIS di rangcang Khusus untuk rumah sakit dan organisasi perawatan kesehatan dirancang untuk mengintegrasikan sistem informasi yang berbeda yang ada dalam organisasi ke dalam