• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penyelesaian Masalah Ekonomi Kes Negara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penyelesaian Masalah Ekonomi Kes Negara"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

PENYATUAN MATAWANG UNTUK

Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 0806

Penyelesaian Masalah Ekonomi: Kes Negara Islam Terpilih

Sanep Ahmad, Siti Hajar Mohd Jani Aminuddin Mokhtar

Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

Universiti Kebangsan Malaysia

Bangi, 43600 Selangor D.E.

Malaysia

e-mail:[email protected]

This Draft, March 2008

I

slamic

E

conomics and

F

inance

R

esearch

G

roup,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

(2)

ABSTRAK

Semasa negara Islam menghadapi masalah kegawatan ekonomi ekoran kegiatan spekulasi matawang, telah dicadangkan supaya negara Islam kembali kepada penggunaan Dinar Emas. Cadangan ini membawa dua implikasi dan dua persoalan iaitu penyatuan matawang dan penggunaan nilai emas. Persoalan pertama mempersoalkan adakah penyatuan matawang sesuai ? Adakah semua negara Islam mendapat manafaat ? Atau mungkinkah penyatuan hanya sesuai untuk sesetengah negara tetapi tidak sesuai untuk sesetengah negara yang lain ? Persoalan kedua pula mempersoalkan sama ada penggunaan dinar emas menjamin kesetabilan nilia matawang dan kesetabilan ekonomi ? Kertas kajian ini bertujuan untuk menilai persoalan pertama iaitu sejauh mana kesesuaian penyatuan matawang dikalangan negara Islam dan kewajarannya sebagai cara penyelesaian masalah ekonomi. Kajian dilakukan keatas Malaysia, Indonesia, Pakistan, dan Singapura. Singapura dipilih bagi menilai kesesuaian penyatuan dengan negara bukan Islam. Data digunakan adalah bagi tahun 1968-2003 dan dianalisis berdasarkan model berstruktur VAR. Dapatan kajian menunjukkan negara Islam tidak serasi untuk melakukan penyatuan matawang dalam gabungan yang besar sebaliknya sesuai hanya secara kumpulan kecil. Penyatuan bagi sesetengah negara didapati sesuai dengan negara bukan Islam Singapura. Kajian ini menyimpulkan bahawa penggunaan satu matawang dikalangan negara Islam tidak dapat dilakukan dan ia bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah kegawatan ekonomi negara Islam. Cara lain perlu difikirkan dan ini mungkin menjadi sebab mengapa negara Islam kini tidak lagi ghairah untuk melaksanakan dinar emas.

(3)

PENGENALAN

Pada tahun 1997 berlaku krisis kewangan dikalangan negara Islam khususnya dan negara seluruh dunia amnya. Kegawatan ekonomi yang berlaku telah menjejaskan dengan teruk ekonomi dunia dan tidak ketinggalan juga dengan ekonomi negara-negara Islam. Krisis tersebut bermula dengan kejatuhan kadar tukaran asing melawan Dolar Amerika yang menyebabkab nilai matawang kebanyakan negara terjejas teruk. Kejatuhan nilai tukaran berlaku dikatakan akibat daripada kegiatan spekulasi segolongan pihak yang bermaksud untuk merundumkan ekonomi dunia demi kepentingan mereka sendiri.

Umat Islam melihat gejala tersebut sebagai akibat daripada penggunaan wang fiat iaitu wang yang nilai mukanya tidak menyamai nilai intrinsit serta tidak mempunyai sebarang harta sandaran. Memandangkan masyarakat Islam sejak zaman awal menggunakan Dinar Emas maka, dicadangkan supaya masyarakat Islam kembali semula kepada penggunaan dinar emas khususnya dikalangan negara Islam. Penggunaan Dinar Emas diharapkan akan dapat menjamin kesetabilan nilai matawang negara Islam. Cadangan ini sebenarnya mempunyai dua implikasi iaitu penyatuan matawang dikalangan negara Islam, yang bermakna negara Islam akan menggunakan satu matawang tunggal dan kedua ialah penggunaan emas sebagai logam matawang atau sebagai sandaran nilai matawang.

Namun demikian persoalan utama yang timbul ialah adakah penyatuan matawang atau penggunaan satu matawang dikalangan negara Islam sesuai dilakukan ? Adakah penyatuan matawang bagi semua negara akan mendatangkan manafaat dan kesan yang optima ? Adalah dijangkakan bahawa kesan dari sesuatu langkah baru akan mengakibatkan sesetengah negara mendapat menafaat manakala sesetengah negara lain akan mengalami mudharat. Ringkasnya bagi negara yang sesuai akan mendapat manafaat manakala negara yang tidak sesuai akan mengalami mudharat. Jika demikian keadaannya negara manakah yang mungkin sesuai dan sebaliknya ?

Begitu juga dengan persoalan penggunaan logam emas. Adakah nilai emas boleh menjamin kesetabilan nilai mata wang ? Bagaimana penggunaan emas boleh dilaksanakan dizaman modern ini ? Adakah manusia akan kembali menggunakan logam sebagai matawang atau penggunaan dalam bentuk lain ?

Lantaran daripada persoalan diatas kajian ini akan meneliti isu yang pertama iaitu berkenaan dengan kesesuaian penyatuan matawang dikalangan negara Islam. Oleh itu objektif utama kajian ialah untuk menilai sejauh mana penyatuan matawang sesuai dilakukan dikalangan negara Islam dan sejauh mana penggunaan satu matawang dikalangan negara-negara Islam dapat menyelesaikan masalah ekonomi. Secara khusus kajian ini akan meneliti:

a) Sama ada penyatuan matawang boleh menghasilkan penyelesaian yang optimum dikalangan negara Islam.

b) Bagaimana bentuk gabungan yang sesuai diantara negara Islam.

(4)

KAJIAN LITERATUR

Terdapat berbagai pandangan pro dan kontra tentang penyatuan mata wang diantara beberapa negara. Walaupun kebanyakannya menyatakan akan kebaikan adanya penyatuan mata wang namun sebahagian kecil ahli ekonomi berpandangan bahawa kewujudan pelbagai matawang tetap mempunyai kebaikan. Golongan yang menentang penyatuan matawang tetap menyatakan bahawa wujudnya berbagai matawang diantara berbagai negara adalah satu kebaikan manakala penyatuan mata wanag akan membawa keburukan. Kebaikan adanya berbagai matawang tersebut dilihat dari sudut keupayaan menyelaras kejutan. Wujudnya berbeza mata wang mungkin lebih baik bagi melindungi kejutan diantara satu negara dengan negara yang lain. Ini adalah kerana perubahan nilai satu mata wang didalam sesebuah negara akibat masalah ekonomi negara tersebut tidak akan mempengaruhi atau kecil pengaruhnya terhadap ekonomi dan mata wang didalam negara yang lain. (Shapiro, 2002; Hamid Falaton, Muhammad R Safarzadeh & Masonori Kuroki, 2007)

Golongan yang pro terhadap penyatuan mata wang pula menyatakan bahawa penggunaan satu mata wang dikalangan beberapa negara mempunyai banyak kebaikan. Walaubagaimana pun berdasarkan optimum currency theory (OCA) tidak semua negara yang terlibat akan mendapat manafaat bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara tersebut. Penggunaan satu mata wang yang sama memberi kemudahan perdagangan dan pelaburan serta mengurangkan kos transaksi dalam perniagaan dan perdagangan serta dapat menghalang kemeruapan dalam kadar pertukaran antara negara. (Srinivasa Madhur, 2002). Namun demikian terdapat masalah yang timbul dan perlu ditanggung semasa pembentukan tersebut. Masalah pertama ialah berkenaan kos dan faedah pembentukan kesatuan matawang yang sukar ditentukan. Sesetengah negara mendapat lebih mafaat berbanding dengan negara yang lain dan begitulah sebaliknya sesetengah negara terpaksa menanggung kos yang lebih berbanding negara yang lain. Selain itu terdapat juga masalah kekangan pembentukan kesatuan matawang. Kekangan dalam pembentukan satu kesatuan matawang ialah (i) kepelbagaian tahap pembanguan diantara negara (ii) sector kewangan yang lemah dalam kebanyakan negara (iii) kelemahan sumber mekanisma dan institusi yang diperlukan bagi membentuk dan mengurus satu kesatuam matawang (iv) kekurangan syarat politik untuk membentuk kerjasama kewangan diantara negara. (Srinivasa Madhur, 2002).

Ahli ekonomi lain menyatakan bahawa penggunaan satu mata wang adalah ibarat pengunaan satu bahasa antara negara. Ia memudahkan urusan dan pehubungan diantara manusia. Oleh itu dalam konteks perniagaan penyatuan matawang akan memudahkan usaha promosi pelaburan dan perdagangan antara negara. Lantaran itu kos untuk mendapatkan maklumat dapat dikurangkan. Sebaliknya perbezaan matawang akan meningkat kos mendapat maklumat tentang harga dan sebagainya (Barro, 2001).

Selain daripada itu, faedah penyatuan bergantung kepada kos yang ditanggung. Dikatakan bahawa manafaat akan meningkat sebanding dengan kos yang ditanggung. Negara yang ingin mendapat lebih keuntungan dan manafaat akan menanggung kos yang lebih besar dan begitulah sebaliknya. ( Georgies Karras, 2004). Lantaran itu kesanggupan menanggung kos menjadi kekangan terhadap manafaat yang akan diperolehi.

(5)

Bagi negara yang didapati tidak sesuai untuk membentuk kesatuan mata wang tetap mempunyai peluan untuk berbuat demikian. Peluangnya untuk menyertai kesatuan mata wang dan mendapat manafaat daripadanya adalah bergantung kepada kepantasannya menyelaras kejutan ekonomi. Semakin pantas keupayaan penyelarasan maka semakin cepat kesesuaian untuk menyertai kesatuan mata wang. Oleh itu walaupun sesetengah negara tidak sesuai membentuk kesatuan pada awalnya tetapi kepantasan menyelaras kejutan amat penting untuk membolehkannya menyertai kesatuan serta mendapat manafaat dalam pembentukan kesatuan matawang. Oleh itu integrasi ekonomi boleh membawa kepada kesesuaian kesatuan mata wang. (Steven K.B & Neven T.V, 2005).

Sebenarnya penilaian sama ada sesebuah negara itu sesuai atau tidak menyertai kesatuan matawang boleh dinilai berdasarkan beberapa prinsip utama. Terdapat tiga kreteria utama yang perlu dipenuhi untuk membolehkan sesebuah negara itu membentuk kesatuan matawang diantara negara iaitu (i) negara tersebut mempunyai hubungan positif dan signifiken disebabkan gangguan dalam pembolehubah ekonomi (ii) negara mempunyai saiz gangguan yang kecil (iii) negara mempunyai tindakbalas yang sama terhadap kadar tukaran. (Yin Huang & Feng Guo, 2005). Negara yang mempunyai kesanaan ciri tersebut mempunyai peluang yang lebih tinngi untuk membentuk kesatuan mata wang yang sama.

Aspek lain yang diperhatikan dalam menilai kesesuaian membentuk kesatuan mata wang antara negara ialah moboliti buruh. Mundell (1961) dan Hway Boon Ong & Muzafar Shah Habibullah (2007) menyatakan bahawa mobiliti buruh amat perlu untuk membentuk kesatuan matawang. Negara yang mempunyai mobiliti buruh yang lebih tinggi adalah lebih sesuai kerana ia lebih berupaya mengurangkan kesan kejutan. Disampini itu, (Hway Boon Ong & Muzafar Shah Habibullah, 2007) juga menyatakan bahawa negara yang mempunyai integrasi yang tinggi adalah lebih sesuai kerana integrasi tersebut membolehkan tindakbalas keatas kejutan berlaku melalui satu polisi kewangan yang lazim.

(6)

METODOLOGI

Kesesuaian pembentukan satu kesatuan mata wang diantara negara dinilai berdasarkan hubungan kejutan daripada gangguan pembolehubah makroekonomi. Berdasarkan teori OCA, negara yang mempunyai ciri gangguan yang sama dianggap sesuai untuk membentuk satu kesatuan mata wang. Bagi tujuan melihat hubungan gangguan diantara pembolehubah makroekonomi, kajian lepas menggunakan model VAR (Bayoumi & Eichengreen, 1993; Blanchard & Quan, 1989). Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menggunakan model VAR. Pembolehubah makroekonomi yang akan digunakan ialah indeks harga pengguna (CPI) bagi mewakili kejutan permintaaan, Keluaran dalam Negara Kasar (GDP) bagi mewakili kejutan penawaran dan Kadar Tukaran Asing (EXC) bagi mewakili kejutan kewangan.

a) Model

Bentuk model VAR yang dicadangkan sebagaimana dipelopori oleh Engle & Granger (1987) ialah seperti berikut:

Y1t =1+ 11(i)Y1,t-i+12(j)Y2,t-j+ 13(k)Y3,t-k+ 1,t (1)

Y2t =2+ 21(i)Y1,t-i+22(j)Y2,t-j+ 23(k)Y3,t-k+ 2,t (2)

Y3t =3+ 31(i)Y1,t-i+32(j)Y2,t-j+ 33(k)Y3,t-k+ 3,t (3)

dimana,

Y1= Indeks Harga Pengguna (CPI)

Y2= Keluaran Negara Kasar (GDP)

Y3= Kadar Pertukaran

t= (n x t) vector residual

Beberapa cara boleh digunakan untuk menentukan lag yang optimum seperti Akaike Information Criterion (AIC), Schawarz Information Criterion (SIC) atau Likelihood Ratio (LR). Bentuk model sebenar yang akan dianggarkan akan bergantung kepada beberapa keadaan iaitu sama ada data pegun atau tidak dan sama ada wujud atau tidak kointergarsi diantara pembolehubah.

(7)

b) Data

Kajian memfokuskan kajian kepada empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Pakistan dan Singapura. Analsis dilakukan keatas pembolehubah indeks harga pengguna (CPI), Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP), dan kadar pertukaran (EXC). Data siri masa diambil bagi jangka masa 1968-2003.

c) Ujian kepegunan ADF

Bagi mengelakkan kesan regresi palsu maka data yang digunakan perlu dipastikan kepegunannya. Ujian kepegunan sebagaimana diperkenalkan oleh Dickey D A & Fuller W A (1981) dilakukan menggunakan model berikut:

Yt= +Yt-1+T +  i Yt-I-1 + t (4)

Yt= +Yt-1 +  i Yt-I-1 + t (5)

Y = Pembolehubah pada masa t T = Masa

t= Residual

Persamaan (4) mempunyai tren masa t manakala persamaan (5) tidak mempunyai tren masa t. Jika data siri masa mengandungi unit roots maka data dikatakan tidak pegun. Data yang tidak pegun akan dikebeda sehingga ia menghasilkan kepegunan pada aras yang sama.

d) Ujian kointegasi Johansen (1988) dan Johansen & Julius (1990)

Kewujudan bentuk hubungan diantara pemolehubah boleh mempengaruhi spesifikasi model yang dibentuk. Jika tidak wujud hubungan jangka panjang diantara pembolehubah maka model yang sesuai ialah VAR dan jika sebaliknya ialah model ECM. Penentuan sama ada wujud atau tidak hubungan diantara pembolehubah, boleh dilakukan dengan menggunakan ujian kointegasi Johansen (1988) dan ujian Johansen & Julius (1990).

Model autoregresif dengan order p dinyatakan seperti berikut:

Y = A1Yt-1+ A2Yt-2+ …….. + ApYt-p+ B Xt + t (6)

Y adalah vector k dari pembolehubah I(1) tidak pegun Y X adalah vector d dari pembolehubah deterministik lain t adalah vector inovasi

Persamaan ini ditulis sebagai:

(8)

 = Ai–I dan i = -Aj (8)

dengan nilai LR berdasarkan formula dibawah:

Qt= - Tlog (1-i) (9)

Sekiranya nilai LR lebih besar daripada nilai kritikal maka wujud kointegrasi dan begitulah sebaliknya.

e) IRF

Secara individu nilai koefisien dalam model VAR atau VECM sukar ditafsirkan secara berasingan. Setiap pembolehubah mempunyai hubungan dengan pembolehubah yang lain sebagaimana ditunjukkan didalam sistem. Oleh itu analisis impulse response digunakan untuk mengesan tindakbalas pembolehubah endogen kesan daripada kejutan pembolehubah gangguan. Analisis IRF juga dapat mengenal pasti pembolehubah yang endogen yang mungki menjadi

“leading indicator” untuk pembuatan dasar.

KEPUTUSAN EMPIRIKAL

a) Ujian unit root

Jadual 1 menunjukkan keputusan nilai statistik ujian kepegunan ADF. Ujian pada pringkat paras menunjukkan pembolehubah adalah tidak pegun. Kepegunan hanya berlaku pada peringkat kebeda pertama. Pada peringkat ini semua pembolehubah bagi semua negara adalah pegun pada aras 5%.

Jadual 1 : Ujian Kepegunan

Pada paras Kebeda pertama

CPI GDP EXC CPI GDP EXC

Malaysia

(9)

Jadual 2 : Ujian Kointegrasi Johansen

Nilai kritikal LR pada 1% ialah 6.65

c) Korelasi struktur kejutan

Berdasarkan kapada model VAR yang dianggarkan, nilai gangguan bagi setiap pembolehubah bagi setiap negara dapat diperolehi. Nilai gangguan tersebut kemudiannya digunakan bagi menganggar nilai korelasi gangguan diantara pembolehubah untuk kesemua negara. Nilai korelasi gangguan diantara pembolehubah diantara negara adalah seperti berikut:

i) Korelasi gangguan permintaan CPI

Jadual 3 menunjukkan nilai korelasi bagi gangguan permintaan diantara negara. Pada umumnya kesemua nilai korelasi adalah positif dan signifiken bagi kesemua negara Islam. Ini bermakna ia berhubungan simitri dan sesuai melakuka penyatuan mata wang. Oleh itu jika dinilai dari aspek gangguan permintaan kesemua negara Islam dalam kajian menunjukkan kesesuain untuk membentuk kesatuan mata wang diantara Malaysia, Indonesia dan Pakistan. Nilai korelasi yang signifiken bermakna gangguan permintaan daripada sesebuah negara dapat menular dengan mudah kenegara lain. Peluang untuk penyatuan bagi kesemua negara Islam dengan Singapura adalah kecil atau rendah walau pun ia boleh dilakukan. Niali korelasi rendah dan tidak signifiken bermakna gangguan permintaan di Singapura agak sukar menular ke negara Islam Malaysia, Indonesia dan Pakistan.

Jadual 3: Korelasi Gangguan Permintaan (CPI)

Malaysia Indonesia Pakistan Singapura

Malaysia 1.0 0.7514 0.6799 0.1718

Indonesia 0.7514 1.0 0.8617 0.2544

Pakistan 0.6799 0.8617 1.0 0.3288

Singapura 0.1718 0.2544 0.3288 1.0

ii) Korelasi gangguan penawaran GDP

(10)

untuk pembentukan kesatuan mata wang dengan Singapura juga rendah kecuali Malaysia yang kelihatan mempunyai peluang yang agak tinggi.

Jadual 4: Korelasi Gangguan Penawaran (GDP)

Malaysia Indonesia Pakistan Singapura

Malaysia 1.0 0.4975 -0.0135 0.5739

Indonesia 0.4975 1.0 0.0437 0.3381

Pakistan -0.0135 0.0437 1.0 0.3621

Singapura 0.5739 0.3381 0.3621 1.0

iii) Korelasi gangguan kewangan EXC

Jadual 5 menunjukkan bahawa korelasi gangguan kadar pertukaran Malaysia, Indonesia dan Pakistan adalah simetri iaitu bernilai positif tetapi rendah kecuali diantara Malaysia dan Indonesia yang agak sederhana bernilai 0.4939. Ini bermakna bahawa wujud kesesuaian diantara Malaysia dan Indonesia tetapi tidak kuat. Indonesia dengan jelas menunjukkan nilai tidak simetri dengan Singapura. Oleh itu Indonesia menunjukkan ketidaksesuaian dengan Singapura dan kesesuain yang rendah dengan Pakistan. Bagi negara lain walaupun berkorelasi positif dengan Singapura, tetapi rendah dan tidak signifiken.

Jadual 5: Korelasi Gangguan Kewangan (EXC)

Malaysia Indonesia Pakistan Singapura

Malaysia 1.0 0.4939 0.1067 0.0239

Indonesia 0.4939 1.0 0.0364 -0.4021

Pakistan 0.1067 0.0364 1.0 0.0702

Singapura 0.0239 -0.4021 0.0702 1.0

d) Analisis Impulse response

(11)

MALAYSIA

Rajah 1 Impulse Response Malaysia

-0. 06 -0. 04 -0. 02 0. 00 0. 02 0. 04 0. 06

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

LNCPI LNG DP LNKP R esponse of LN C PI to One S.D . Innovations

-0. 02 0. 00 0. 02 0. 04 0. 06 0. 08

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

LNCPI LNG DP LNKP

R esponse of LN GD P to One S.D . Innovati ons

-0. 04 -0. 02 0. 00 0. 02 0. 04 0. 06 0. 08

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

(12)

INDONESIA

Rajah 2 Impulse Response Indonesia

-0. 10 -0. 05 0. 00 0. 05 0. 10 0. 15

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

LNCPI LNG DP LNKP

R esponse of LN C PI to One S.D . Innovations

-0. 02 0. 00 0. 02 0. 04 0. 06 0. 08 0. 10 0. 12

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

LNCPI LNG DP LNKP

R esponse of LN GD P to One S.D . Innovati ons

-0. 10 -0. 05 0. 00 0. 05 0. 10 0. 15

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

LNCPI LNG DP LNKP

(13)

SINGAPURA

Rajah 3 Impulse Response Singapura

0. 00 0. 01 0. 02 0. 03 0. 04 0. 05

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

LNCP I LNG DP LNKP

R esponse of LN C PI to One S.D . Innovati ons

0. 00 0. 01 0. 02 0. 03 0. 04 0. 05 0. 06

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

LNCP I LNG DP LNKP

R esponse of LN GD P to One S.D . Innovati ons

-0. 2 0. 0 0. 2 0. 4 0. 6

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

LNCP I LNG DP LNKP

(14)

PAKISTAN

Rajah 4 Impulse Response Pakistan

-0. 04 0. 00 0. 04 0. 08 0. 12 0. 16

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

LNCP I LNG DP LNKP

R esponse of LN C PI to One S.D . Innovati ons

0. 00 0. 02 0. 04 0. 06 0. 08

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

LNCP I LNG DP LNKP

R esponse of LN GD P to One S.D . Innovati ons

-0. 04 0. 00 0. 04 0. 08 0. 12 0. 16

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

LNCP I LNG DP LNKP

(15)

KESIMPULAN

Kajian ini cuba menilai kesesuaian negara Islam melaksanakan penyatuan mata wang dan seterusnya meneliti sama ada langkah ini boleh digunakan sebagai strategi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara Islam. Empat negara di Asia dipilih untuk penilaian termasuk Singapura bagi mewakili negara bukan Islam.

Hasil kajian mendapati penyatuan mata wang dikalangan negara Islam tidak dapat dilakukan secara total. Kesesuain adalah berbagai dan boleh dilakukan hanya dengan membentuk kerjasama yang kecil diantara beberapa Negara. Kemungkinannya diantara Malaysia dan Indonesia dan diantara Pakistan dengan Singapura. Ini bermakna bahawa cadangan untuk menyatukan mata wang dikalangan negara Islam dengan menggunakan Dinar Emas di semua Negara Islam sebagai langkah untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi tidak mungkin dapat dilakukan. Jika tiga negara Islam iaitu Malaysia, Indonesia dan Pakistan telah menunjukkan ketadaksesuaian maka apatah lagi penyatuan bagi seluruh negara Islam yang lain. Sehubungan itu usaha untuk kembali kepada Dinar Emas dikalangan negara Islam nampaknya sukar dilaksanakan.

Sesetengah negara Islam didapati tidak sesuai melakukan penyatuan sesama negara Islam tetapi sesuai dengan negara bukan Islam seperti diantara Pakistan dan Singapura. Walaupun nilainya rendah tetapi tetap positif. Ini bermakna penilaian dan usaha penyatuan mata wang semata-mata berdasarkan fakta ekonomi tidak akan dapat dilaksanakan dikalangan negara Islam. Semangat keagamaan dan persaudaraan Islam dirasakan tidak dapat mempengaruhi proses penyatuan mata wang. Oleh itu negara Islam akan tetap gagal dalam usaha menyatukan mata wang dikalangan negara Islam khususnya dalam usaha mengguna kembali Dinar Emas sekiranya penilaian yang digunakan untuk penyatuan mata wang adalah nilai ekonomi semata-mata. Sekiranya negara Islan tetap ingin melaksanakan penggunaan Dinar Emas maka penilaian tidak seharusnya hanya berdasarkan kepada kepentingn ekonomi semata-mata tetapi sebaliknya sesetengah negara terpaksa berkorban menggung kos yang besar demi untuk mendapat manafaat yang menyeluruh.

RUJUKAN

Bayoumi T & Eichengreen B. 1993. Shocking aspects of European monetary integration. In,: Torres,F., Giavazzi, F. (Eds), Adjustment and Growthin the European Monatary Union. Cambridge University Press, Cambridge, pp.193-229.

Blanchard, O & Quan, D., 1989. The dynamic effects of aggregate demand and supply disturbances. Am Econ. Rev. 79, pp.655-673.

David Furceri & Georgies Karras, 2005. Are the new EU members ready for the EURO ? A compararison of coste and benefits. Journal of Policy Modelling, 28, pp.25-38.

(16)

Pacific economies. Japan and the world eonomy, 17, pp. 456-469.

Hamid Falaton, Muhammad R Safarzadeh & Masonori Kuroki, 2007. An analysis of economic integration of Asian Countries for currency unification. Central Business Reiew, volume xxvi, pp. 1-12.

Hway Boon Ong & Muzafar Shah Habibullah. 2007. The ASEAN-5 economic alliance: A time varying convergence analysis. International Research Journal of Financ and Economics, isu 8, ISSN 1450-2887.

Mundell, R., 1961. A Theory of optimum currency areas. Am. Econ. Review, 51, pp. 657-665.

Srinivasa Madhur. 2002. Costs and benefit of a common currency for ASEAN. ERD working paper series no. 12, Economics and Research Department.

Steven K.B & Neven T.V. 2005. Is the proposed East African Monetary Union an Optimal Currency Area ? A Structural Vector Autoregression Analysis. World Development, 33, pp. 2119-2133.

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan penelitian ini yaitu mengetahui pengaruh perendaman ekstrak daun bakau (R. apiculata) terhadap kelulushidupan, laju pertumbuhan spesifik, dan histopatologi hepatopankreas

Dengan mengasumsikan lokasi PLTN adalah di Ujung Lemahabang, Kabupaten Jepara, dilakukan kajian untuk mempelajari dampak pembangunan PLTN tersebut terhadap pola

2 dan N-.. Existing condition perairan WGM Wonogiri berada pada tingkat kesuburan eutroik ringan. Kegiatan masyarakat yang paling dominan terhadap peningkatan

Nilai path coefficients adalah positif yaitu sebesar 0,058 yang menunjukkan bahwa arah hubungan antara kualitas pelayanan dan loyalitas siswa adalah positif tetapi tidak

Komponen keragaman lingkungan, yang ditunjukkan oleh kuadrat tengah lokasi berpengaruh sangat nyata pada semua sifat selain hasil biji per plot, sedangkan komponen

diungkapkan, penulis mengajukan suatu penelitian yang berjudul “ Penerapan Model Connected Mathematics Project (CMP) dengan Metode Hypnoteaching. untuk Meningkatkan

Upaya yang harus dilakukan pendidik ialah memperbaiki cara pembelajaran, membuat perencanaan dengan model atau metode yang matang.Maka dari itu peneliti melakukan

Data ini dikeluarkan oleh AGB Nielsen Media Research pada tahun 2010 yang merupakan masa satu sesudah pemilu atau bisa dikategorikan sebagai masih berdekatan