• Tidak ada hasil yang ditemukan

MALAIKAT dan JIN and SYAITAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MALAIKAT dan JIN and SYAITAN"

Copied!
34
0
0

Teks penuh

(1)

MALAIKAT, JIN DAN SYAITAN

DISEDIAKAN OLEH:

NIK NUR HABSAH BINTI ABDULLAH A149794

NUR HASYIMAH BINTI IBRAHIM A149611

AMERAH AIMAN IZZATI BINTI MAT JUSOH A152079

NAMA PENSYARAH:

(2)

ISI KANDUNGAN

Halaman

1.0 PENDAHULUAN 2

2.0 MALAIKAT 3-4

2.1 Malaikat Dijadikan Daripada Cahaya 4-5

2.2 Kehebatan Kejadian Malaikat 5

2.3 Keistimewaan Malaikat 5

2.4 Ciri-ciri dan Keistimewaan Malaikat 5 2.4.1 Menyerupai Makhluk Lain seperti Manusia 6 2.4.2 Malaikat Terpelihara Daripada Melakukan Dosa 6-7

2.5 Ibadah Para Malaikat 8

2.6 Takut Malaikat Kepada Allah 9

2.7 Jumlah dan Nama-nama Malaikat 9-10

2.8 Malikat dan Peranannya 10-14

3.0 JIN 15

3.1 Asal Usul Jin 15-17

3.2 Jin Bukan Lagi Berbentuk Api 17

3.3 Tempat Tinggal Jin 17-18

3.4 Jenis-jenis Jin 18-19

3.5 Bangsa Jin Wajib Beribadah Kepada Allah SWT 20-22

4.0 SYAITAN 23

4.1 Syaitan Menurut Al-Quran 23-24

4.2 Syaitan Menurut Hadis 24-25

4.3 Sifat-Sifat Syaitan 25-26

4.4 Nama-Nama Syaitan dan Tugasnya 26-28 4.5 Bentuk Gangguan Syaitan Terhadap Manusia 28

5.0 PENUTUP 29-30

(3)

1.0 PENDAHULUAN

Al-Quran merupakan asas dan sumber rujukan umat Islam yang pertama. Manakala al-Hadis pula adalah yang kedua. Al-Quran menjelaskan setiap perkara baik yang berbentuk hakikat dan kehendak manusia. Sama ada ia telah berlaku di zaman silam sebelum kejadian manusia, semasa kehidupan manusia di dunia ini seterusnya hinggalah kepada keadaan di mana manusia menerima balasan di hari akhirat kelak.

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menerangkan tentang perkara ghaib khususnya kewujudan makhluk halus. Antaranya yang lebih dikenali dengan nama iblis, syaitan, jin, ifrit dan lain-lain lagi. Ia dikategorikan sebagai makhluk yang diciptakan di alam ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.

Beriman kepada perkara ghaib adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 1-4;

Maksudnya: “Alif, Lam, Mim. Al-Quran itu tidak ada keraguan padanya, yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Iaitu mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib, yang mendirikan solat dan mengeluarkan sebahagian rezeki yang telah Kami kurniakan. Dan mereka beriman dengan apa yang telah diturunkan kepaada mereka dan apa yang telah diturunkan sebelum daripada mereka, dan mereka yakin dengan hari akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.” )Al-Baqarah:1-4)

(4)

2.0 MALAIKAT

Percaya kepada Malaikat adalah satu tunjang utama ajaran Islam.Tambahan pula, ini juga satu daripada enam rukun iman yang wajib diketahui. Tidak sah iman seseorang Muslim itu sekiranya dia tidak mempercayai kewujudan malaikat dan sifat-sifatnya.

Dalam al-Quran sendiri berulang kali menekankan kepercayaan ini. Antaranya dalam surah al- Baqarah,ayat 285, “ Rasul beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya. Begitu juga orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat- malaikat-Nya,kitab-kitab-Nya, dan para rasul-Nya.) M.Quraish Shihab,2012 : 13)

Penggunaan istilah malaikat dalam bahasa Melayu biasanya berbentuk perkataan tunggal,sepertimana yang digunakan oleh para ulama. Dalam bahasa Arab,perkataan malaikat berasal daripada perkataan jamak daripada perkataan malak untuk malaikat, dan a’lim untuk ulama. Ada ulama berpendapat,perkataan malak diambil daripada perkataan alaka dan malakah yang bermaksud mengutuskan,peratusan,atau risalah.Malaikat adalah utusan-utusan daripada Allah yang memainkan pelbagai peranan.

Ada pendapat lain mengatakan,malak diambil daripada perkataan laaka yang bermaksud menyampaikan pengetahuan ataupun maklumat.Malaikat adalah makhluk yang menyampaikan pengetahuan daripada Allah.Semua maksud-maksud di atas dari segi bahasa.)M. Quraish

Shihab,2012 : 14)

(5)

Malaikat ialah roh yang tinggal di dalam jisim halus yang dijadikan daripada cahaya,berupaya merupakan dalam pelbagai bentuk yang baik dan tidak bersifat dengan lelaki atau perempuan.

Firman Allah S.W.T :

ةببحنجا ىلوا ببسر ةببتئلملا لببع بببج بضر او ومببسلا رببط بف هلل دمحلا

( ريدق ءىش لك ىلع هللا نا ءبشيبم قلخلا ىف ديزي عبرو ثلثو ىنثم

1

Maksudnya : “ Segala puji tertantu bagi Allah S.W.T. yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan – utusan yang bersayap dua, tiga dan empat; Ia menambahkan pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakan- Nya apa jua yang dikehendaki- Nya. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Kuasa atas setiap sesuatu”

) Surah al- Fatir:1)

Di dalam hadis, Jibril berdialog dengan Rasulullah s.a.w Jibril telah bertanya kepada Baginda. “ Apakah iman? “ Baginda menjawab: “ iman ialah engkau beriman dengan Allah, malaikat-malaikat,kitab-kitab,rasul-rasul,hari akhirat dan engkau beriman dengan qadar baik dan buruk Allah S.W.T.

2.1 Malaikat Dijadikan Daripada Cahaya

Penjelasan dalil berkenaan malaikat diciptakan daripada cahaya tidak ditemui dalam al-Quran. Walau bagaimanapun,mereka berbeza dengan jin yang disebut dalam surah ar-Rahman ayat 15. Ayat ini menyatakan,ia diciptakan oleh Allah daripada bara api yang menyala. Pengetahuan perihal asal kejadian malaikat dilaporkan oleh Muslim,Ahmad at-Tirmizi, dan Ibnu Majah melalui Isteri Rasulullah, iaitu Aisyah.

Rasulullah s.a.w telah bersabda :

(6)

Maksudnya; “ Malaikat dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada percikan api dan manusia dijadikan daripada bahan yang telah diberitahu kepada kamu “

Namun, tidak diketahui jenis cahaya ia diciptakan. Terdapat hadis yang membincangkan perkara ini,tetapi kesahihan hadis-hadis itu tidak diketahui.Ada juga ulama tasawuf mengemukakan pelbagai kajian berkenaan asal usul kejadian malaikat.Tetapitidak menemui sebarang dalil atas hujah mereka.) M.Quraish Shihab,2012 : 15-16)

) Riwayat Muslim)

2.2 Kehebatan Kejadian Malaikat

Diriwayatkan daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

نا ,شرببعلا ةببلمح نم ,ىلبعت هللا ةتا م نم لم نع ثدحا نا يل نلا

. مبع ةئمعلس ةريسم هقتبع ىلا هنلا نيب بم

Maksudnya : “ Aku telah diizinkan untuk bercakap tentang salah satu malaikat yang menjaga ‘arasy, aku dapati jarak antara cuping telinga dengan bahunya ialah tujuh ratus tahun perjalanan.”

) Riwayat Abu Daud )

2.3 Keistimewaan Malaikat

Tiada satu pun antara kami,iaitu malaikat , melainkan mempunyai kedudukan yang tertentu.”( Surah as-Saffat,ayat 164) itu adalah kata-kata malikat yang disebut dalam al-Quran.Memang tidak dinafikan, kedudukan dan kebolehan malaikat adalah berperingkat. Setiap malaikat mempunyai darjatnya sendiri. Antara mereka adalah jibril,yang mendapat darjat paling mulia di sisi Allah. Ada satu hadis mengatakan,ketika turunnya ayat Allah;

(7)

2.4 Ciri-ciri dan Keistimewaan Malaikat

Al-Quran dan Sunnah banyak menceritakan berkenaan ciri-ciri,sifat,dan keistimewaan malaikat.Antaranya adalah :

2.4.1 Menyerupai Makhluk Lain seperti Manusia

Terdapat kisah-kisah malaikat yang menyamar menjadi manusia diceritakan dalam al-Qursan.Antaranya:

Nabi Ibrahim pernah dikunjungi malaikat dalam bentuk manusia.Pada waktu itu, beliau sedang menghidangkan makanan kepada mereka sambil berkata : “ Sila makan.” ( Surah az-Zariyat,ayat 27). Tetapi, mereka enggan menjamah hidangan itu,sehingga Nabi Ibrahim berasa takut dengan mereka. Lalu,mereka berkata kepada beliau,” Jangan kamu taku.”Mereka memberi khabar gembira kepadanya dengan kelahiran seorang anak yang alim.”

) Surah az-Zariyat,ayat 28)

2.4.2 Malaikat Terpelihara Daripada Melakukan Dosa

Malaikat dijadikan dengan fitrah taat kepada Allah S.W.T dan terlindung daripada melakukan maksiat. Firman Allah S.W.T yang ditunjukan kepada orang kafir :

بببهيلع ةربببجحلاو سبببنلابه دوقواربن بمتيلهاو بمتسفنااوقاونماء نيذلا بهيبي

اظ غ ةتئلم

( نورمؤي بم نولعفيو بمهرمابم هللا نوصعي دادش

6

(8)

) Surah al-Tahrim:6)

Manakala firman Allah S.W.T di dalam surah al- Baqarah yang ada zahirnya menunjukkan bahawa malaikat telah membantah keputusan yang telah dibuat oleh Allah S.W.T dalam perlantikan Nabi Adam a.s sebagai khalifah di atas muka bumi ini :

Maksudnya ; “ Dan janganlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “ Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi .” Mereka bertanya tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata : “ Adakah Engkau Ya Tuhan kami hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan mnumpahkan darah berbunuh-bunuhan, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? “ Tuhan berfirman : “ Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahui.”

) Surah al- Baqarah:30)

Persoalan itu bukanlah menunjukkan bahawa malaikat telah berlaku ingkar terhadap Allah S.W.T kerana pertanyaan malaikat kepada Allah S.W.T itu bukanlah pertanyaan yang membawa erti ingkar atau menentang,tetapi untuk meminta penjelasan tentang hikmah yang terkandung dalam perlantikan Adam a.s sebagai khalifah terutama sekali apabila malaikat itu sudah tahu bahawa Nabi Adam a.s akan mempunyai keturunan yang akan melakukan kerosakan di atas muka bumi. Oleh itu, Allah S..W.T telah menjawab pertanyaan tersebut dengan berkata : “ Aku lebih tahu tentang perkara yang kamu tidak tahu.”

(9)

menjadi tersebar luas zaman Nabi Sulaiman a.s sehingga mereka berkata : “ Sesungguhnya jin mengetahui perkara ghaib “ dan ilmun inilah yang telah mengajar Nabi Sulaiman a.s Kerajaan Nabi Sulaiman a.s dapat ditegakkan dengan ilmu tersebut dan dengannya juga Nabi Sulaiman a.s berjaya berinteraksi dengan jin,manusia dan burung. )Ahmad Izzuddin al-Bayanuni, 2003 : 231)

2.5 Ibadah Para Malaikat

Malaikat adalah makhluk yang tidak mempunyai nafsu syahwat,tidak makan,dan tidak minum.Tetapi,mereka memiliki kecenderungan yang berbeza daripada jin dan manusia,iaitu kecenderungan rohani. Ini dapat diketahui melalui aktiviti-aktiviti mereka yang hanya untuk pengebadian dan ibadah kepada penciptanya semata-mata.Ayat al-Quran menggambarkan keadaan mereka,antaranya adalah: “ Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada meraka.Mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”( Surah at-Tahrin,ayat 6).

Para malaikat sentiasa beribadah kepada Allah S.W.T tanpa henti-henti dantanpa rasa jemu serta letih. Mereka sentiasa bertasbih siang dan malam memuji Allah.

Firman Allah S.W.T :

, هبببتدبلع نع نورلتتبببسي ,,دبببنع نمو,ضر او ومبببسلا ىف نم,هبببلو

(نورسحتسي و

19

( نورتفي ربهنلاو ليلا نوحلسي

20

Maksudnya : “ Dan ingatlah segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah S.W.T jua. Dan malaikat- malaikat yang di sisi-Nya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepada-Nya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka beribadat malam dan siang,dengan tidak berhenti-henti.”

) Surah al-Anbiya: 19-20)

(10)

memuji Allah.Apa yang kita tahu adalah bertasbih tidak terbatas kepada ucapan semata-mata,tetapi juga sikap dan perbuatan.Ada dalam kalangan mereka yang berdiri,ada yang rukuk,ada yang sujud,ada yang bertawaf mengelilingi al-Baitul Makmur,da nada juga yang berselawat kepada Nabi Muhammad.

2.6 Takut Malaikat Kepada Allah

Para malaikat sentiasa bertasbih kepada Tuhan kerana takut kepada-Nya.

Firman Allah S.W.T :

بببهب بيببصيف قعوصلا لسريو , هتفيأ نم ةتئملاو , ,دمحب دعرلا حلسيو

ءبشي نم

Maksudnya : “ Dan Dialah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memuji-Nya,kerana takut kepada-Nya. Dan Dialah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahan petir kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.”

) Surah al-Ra’d:13)

Takutnya malaikat kepada Allah S.W.T adalah takut kerana mengagung dan membesarkan Allah S.W.T dan bukannya kerana yang lain.

Takut ini aka nada pada diri seorang hamba bergantung sejauh mana kenalnya kepada kebesaran,keagungan,kekuasaan dan kekuatan Allah S.W.T serta sejauh mana hampirnya dengan Allah. Setiap Hamba itu bertambah hamper kepada Allah,maka ketakutannya kepada-Nya juga akan bertambah. Seorang salaf yang bernama al-Muhasibi telah berkata ; “ Takut orang yang muqarrabin ) hamper kepada Allah) daripada kalangan nabi dan malaikat adalah takut kerana mengagung dan memuliakan Allah S.W.T sekali pun mereka sebenarnya selamat daripada azab Allah S.W.T.” ) M.Quraish Shihab,2012 : 25-33)

(11)

Nash-nash al-Quran dan as-Sunnah menunjukkan bahawa Malaikat adalah makhluk yang sangat banyak.Tidak ada yang mengetahui jumlahnya,kecuali Allah. Oleh kerana itu ,ketika menyebutkan jumlah Malaikat penjaga Neraka Jahanam dalam firman-Nya :

" Dan tiada Kami jadikan penjaga Neraka itu melainkan dari Malikat, dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cubaann”

) QS. Al-Muddatstsir : 31)

Walau bagaimanapun hanya Allah sahaja mengetahui.Kita sendiri tidak dapat membayangkan jumlah mereka yang tidak terhingga selepas membaca beberapa hadis sahih yang direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim,antaranya:

“ Neraka jahanam pada hari kiamat memiliki 70 ribu kendali. Setiap kendali ditarik oleh 70 ribu malaikat.” ) Hadis ini direkodkan oleh Muslim)) M.Quraish Shihab,2012 : 20)

2.8 Malaikat dan Peranannya

Dalam al-Quran,Allah menceritakan perihal jenis-jenis malaikat,kedudukannya,dan peranan-peranannya sebagaimana dalam surah al-Mursalat ayat 1 hingga 6:

“ Demi malaikat-malaikat yang dihantarkan bagi menjalankan tugasnya,juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya. Dan demi makhluk-makhluk yang menyebarkan pengajaran dan peringatan dengan sebaran yang bersungguh-sungguh,serta yang meminsahkan antara yang benar dengan yang salah,dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya.Lalu,menyampaikan pengajaran dan peringatan kepada manusia bagi menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dieinya,dan menakutkan orang-orang yang derhaka.’

Enam potongan ayat al-Quran di atas menghuraikan lima golongan malaikat dengan tugas mereka masing-masing.) M.Quraish Shihab,2012 : 35)

(12)

Jibril adalah nama Malaikat yang paling masyhur. Malaikat ini ditugaskan untuk menyampaikan wahyu Ilahi kepada rasul sepertimana yang diceritakan oleh Allah : “ Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.” ) Surah asy-Syu’arah,ayat 193).

Selain itu,tugas Jibril adalah mengajarkan agama melalui Nabi Muhammad kepada sahabt-sahabat beliau. Namun,bukan hanya Jibril sahaja yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad,malah malaikat-malaikat lain juga mempunyai tugas yang sama. Berdasarkan ayat al-Quran di atas,hanya Jibril sahaja yang menyampaikan wahyu al-Quran kepada Nabi Muhammad. Manakala wahyu selain al-Quran dipikul oleh malaikat-malaikat lain.

2) Mikail

Tugas malaikat Mikail tidak disebut secara jelas dalam al-Quran.Tetapi,kita dapat mengetahuinya melalui hadis-hadis.Antara tugas utama Mikail adalah menurunkan hujan dan memberikan rezeki. Sekiranya kita memahami sebahagian malaikat dalam sunnatullah yang ditetapkan-Nya,malaikat ini adalah hukum-hukum yang berkaitan dengan penurunan hujan.Hukum-hukum itu dihuraikan dalam al-quran dalam ayat-Nya;

“Tidaklah engkau melihat ,Allah mengarahkan awam bergerak perlahan-lahan.Kemudian,Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya.Kemudian,Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis.Selepas itu,engkau melihat hujan turun dari celah – celahnya.Dia menurunkan hujan batu dari langit,dan gunung-ganang ) awan) yang ada padanya.Lalu,Dia menimpakan hujan batu itu kepada seiapa yang dikehendaki-Nya,dan menjauhkannya daripada sesiapa yang dikenhaki-Nya.Sinaran kilat yang terpancar daripada awan yang demikian keadaannya,hamper-hampir menyambar dan menghilangkan pendangan .” ) Surah an-Nur,ayat 43)

3) Israfil

(13)

4) Malik

Malaikat Malik disebut dalam surah az-Zukhruf,ayat 77 iaitu: “ Dan mereka menyeru ketua malaikat penjaga neraka,dengan berkata : ‘ Wahai Malik! Biar Tuhanmu mematikan kami,kerana kami tidak tahan menderita,Malik menjawab,” Sesungguhnya kamu tetap kekal dalam azab.”

Berdasarkan ayat di atas, kita dapat memahami, Malik adalah ketua malaikat yang ditugaskan menjaga pintu neraka. Kepimpinannya jelas difahami kerana dalam ayat lain dalam al-Quran menyebut,ada 19 penjaga neraka,iaitu dalam surah al-Mudassir ayat 30. Namun,ini tidak pasti,adakah satu malaikat yang dinamakan Zabaniyah dalam surah al-Alaq ayat 18 itu,tergolong dalam kelompok 19 itu ataupun tidak.

Zabaniyah adalah perkataan jamak yang berasal daripada perkataan zibniyah.Maksud zibniyah adalah sudut makna kata kerja adalah menolak.Ini dapat diketahui,ada malaikat-malaikat yang ditugaskan di luar neraka,menolak manusia derhaka ke dalam api neraka.

5) Malaikat Maut ) Izrail )

Tugas utama malaikat ini adalah mencabut nyawa manusia seperti yang diceritakan dalam ayat-Nya:

“ Katakan wahai Muhammad.’Nyawa kamu akan diambil oleh malaikat maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu. Kemudian,kamu dikembalikan kepada Tuhan kamu bagi menerima balasan”. ) Surah as-Sajdah,ayat 11)

Nama malaikat maut yang biasa disebut adalah izrail. Namun,nama ini tidak ditemui dalam al-Quran mahupun hadis yang sahih.

6) Munkar dan Nakir

(14)

7) Harut dan Marut

Kisah kedua-dua malaikat ini diceritakan secara panjang lebar dalam surah al-Baqarah ayat 102,iaitu:

“ Mereka membelakangkan kitab Allah dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman. Padahal, Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu. Tetapi,puak syaitan itu yang kafir dengan amalan sihirnya.Ini kerana,mereka yang mengajarkan manusia sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat, iaitu Harut dan Marut, di negeri Babil,iaitu Babylon.Sedangkan,mereka berdua tidak mengajar seorang pun,melainkan selepas menasihatinya dengan berkata ‘ Sesungguhnya kami ini hanya cubaan bagi menguji imanmu. Oleh itu jangan engkau menjadi kafir dengan mempelajari daripada mereka berdua,iaitu ilmu sihir yang dapat menceraikan antara suami dengan isterinya.Padahal mereka tidak dapat memberi mudarat atau membahayakan dengan sihir itu, melainkan dengan izin Allah. Sebenarnya,mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat.Sesungguhnya mereka,iaitu kaum Yahudi sudah mengetahui,sesiapa yang memilih ilmu sihir itu, tidak lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka pilih untuk diri mereka,sekiranya mereka mengetahui.”

8) Ar-Ra’du

Ibnu Jarir ath-Thabari r.a berkata: “ Adapun ar-Ra’du,para ulama berbeza pendapat tentangnya.Sebagian mereka berpendapat bahawa dia adalah Malaikat yang menggiring awan dengan hentakan. Ibnu Katsir berkata : “ Mikail ditugaskan untuk menurunkan hujan dan menumbuhkan tanaman,yang dari keduanya diciptakan berbagai macam rezeki di dunia ini. Mikail memiliki pembantu-pembantu yang akan melaksanakan apa yang diperintahkan berdasarkan perintah Rabbunya.

9) Raqib dan Atiq

(15)

“ Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan ataupun perbuatan yang dilakukannya,melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia menerima dan menulisnya”. ) Surah Qaf,ayat 18)

Ada ulama memahami kedua-dua perkataan Raqibun Atid daripada ayat di atas adalah nama untuk malaikat-malaikat itu. Raqib adalah pencatat amalan baik manusia. Manakala Atid adalah pencatat amalan yang buruk. Ada ulama tidak memahami perkataan itu sebagian nama, tetapi Raqin Atid difahami dengan makna tugasnya,iaitu pengawas yang sentiasa sedia.

Nama- nama untuk para malaikat yang disebutkan dalam al-Quran dan hadis tidak banyak.Nmaun,para ulama memahami wujudnya malaikat yang berperanan dalam perkara ada persoalanan tertentu. Ada malaikat untuk hujan,petir dan sebagainya. Bukankah mereka digambarkan oleh Allah sebagai al-Mudabbiraat Amra.

10) Ridwan

(16)

3.0 JIN

Jin adalah satu jenis daripada makhluk-makhluk Allah SWT. Jin tidak sama dengan malaikat dan tidak sama juga dengan manusia. Namun, demikian jin lebih dekat persamaannya dengan manusia dari segi akal dan dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Perbezaan yang paling ketara antara jin dan manusia ialah dari segi jisim dan asal kejadian. )Mustafa Asyur 1995: 12)

Jin merupakan roh yang ada di dalam jisim yang halus yang dicipta daripada api, berupaya merupa dalam pelbagai bentuk, boleh makan dan minum, ada lelaki dan perempuan, mereka menikah dan melahirkan keturunan sebagaimana manusia biasa. )Ahmad Izzuddin 2003: 282)

Allah SWT menciptakan jin sebelum menciptakan manusia lagi. Sebagaimana firman Allah SWT:

ُلببْلَق ْنِم ُ,بَنْقَلَأ َنبَجْلاَو ٍنوُنْسَم ٍإَمَح ْنِم ٍلبَصْلَص ْنِم َنبَسْنِ ْلا بَنْقَلَأ ْدَقَلَو

ِ موُمَسلا ِربَن ْنِم

)Surah al-Hijr 15: 26-27)

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah meciptakan manusia )Adam) dari tanah liat kering )yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum )Adam) dari api yang sangat panas.

Ayat di atas menunjukkan jin sudah menghuni bumi sebelum manusia lagi. )Muhammad Isa 2012: 7)

(17)

Perkataan jin berasal daripada bahasa Arab yang terdiri daripada dua huruf iaitu ج dan ن yang bermaksud sesuatu yang tersembunyi, terselindung atau diselubungi kegelapan. Jin digelar dengan nama sedemikian kerana ia tidak kelihatan dengan pandangan mata zahir manusia. Jin diciptakan daripada api iaitu terlebih dahulu daripada manusia. Sebagaimana firman Allah SWT:

ِ موُمَسلا ِربَن ْنِم ُلْلَق ْنِم ُ,بَنْقَلَأ َنبَجْلاَو

)Surah al-Hijr 15:27)

Maksudnya: Dan Kami telah menciptakan jin sebelum )Adam) dari api yang sangat panas.

ٍربَن ْنِم ٍجِربَم ْنِم َنبَجْلا َقَلَأَو

)Surah ar-Rahman 55:15)

Maksudnya: Dan Dia menciptakan jin dari nyala api.

Dalam al-Quran terdapat dua istilah api yang dijadikan jin. Ada yang dikatakan ِراَن ِموُمَسلا iaitu api yang sangat panas dan ada pula yang menyatakan ٍجِراَم iaitu nyalaan api. Daripada tafsiran ulama, tidak terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-duanya. Cuma ِموُمَسلا adalah sifat yang ditambahkan sebagai penjelasan terhadap ciri ٍجِراَم. )Mohd Faizal 2014: 36)

Dalam al-Quran ada lima perkataan yang sering digunakan bagi menunjukkan berkenaan mahkluk halus daripada jenis jin, jaan, jinnat, iblis dan syaitan. Pakar bahasa Arab dalam membincangkan istilah jaan menyatakan maksudnya sama dengan jin. Cuma kata jin bentuk jama’ daripada kata jinni yang berbentuk tunggal. Sedangkan jaan adalah isim jama’ atau kata yang digunakan bagi menunjukkan sekelompok jin. Ada sesetengah berpendapat jaan adalah bapa segala jeniss jin dan ada yang berpendapat jaan menunjukkan kepada iblis. )Mohd Faizal 2014: 37)

(18)

ْمُكَل َفِصُو اَمِم ُمَدآ َقِلُخَو ٍراَن ْنِم ٍجِراَم ْنِم ّناَجْلا َقِلُخَو ٍروُن ْنِم ُةَكِئَلَمْلا ِتَقِلُخ

Maksudnya:“Malaikat diciptakan dari cahaya. Jin diciptakan dari nyala api. Adam diciptakan dari apa yang telah ada pada kalian.” )HR. Muslim no. 2996).

Perlu difahami bahawa tidak semua jin adalah syaitan kerana daripada golongan jin ada yang taat kepada Allah SWT dan ada yang kufur kepada Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT:

اًدَدِق َقِئاَرَط اَنُكۖ َكِل َٰذ َنوُد اَنِمَو َنوُحِلاَصلا اَنِم اَنَأَو

)Surah al-Jin 72:11)

Maksudnya: Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada )pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.

3.2 Jin Bukan Lagi Berbentuk Api

Timbul juga persoalan dan tanda tanya, Allah SWT menerangkan bahawa jin diciptakan daripada api dan Allah SWT ada menyatakan bahawa api membakar dan memudaratkan mereka. mengapakah api sanggup membakar api? Jawapannya adalah, Allah SWT menyifatkan jin dan syaitan kepada api sebagaimana juga Allah SWT menyandarkan kepada tanah. Maksudnya dalam hal manusia diciptakan daripada tanah tetapi bukan bererti tanah yang sebenarnya. Begitu juga dengan jin, bukan api yang sebenarnya. Hanya asalnya daripada api tetapi jin itu bukan berapi atau panas. )Mustafa Asyur 1995: 13)

Seperti jasad kita yang bukan lagi daripada tanah iaitu apabila bercampur dengan air ia akan berderai. Begitu juga dengan jin. Bentuknya bukan lagi seperti api tetapi telah dibentukkan oleh Allah SWT menjadi sesuatu yang wujud dan dilengkapi dengan organ tubuh badan. Seterusnya, ditiupkan roh supaya menjadi makhluk yang mampu berfikir, berakal dan mempunyai kebebasan memilih. Ini seperti penciptaan Nabi Adam as yang dijadikan daripada tanah liat. )Muhammad Isa 2012: 10)

(19)

Berdasarkan kepada beberapa pandangan ulama yang masyhur, kebanyakan mereka berpendapat bahawa jin dan syaitan lebih suka tinggal di tempat yang tidak dihuni manusia. Seperti di dalam hutan, lautan, padang pasir, gunung-ganang dan lain-lain lagi. Ada juga yang tinggal di tempat pembuangan sampah dan tempat kotoran. Tidak terkecuali ada yang tinggal bersama manusia. )Wahid Abdussalam 2012: 27)

Oleh sebab itu Rasulullah SAW sering kali ke padang pasir untuk tujuan dakwah dan mengajar mereka tentang perkara-perkara keagamaan. Keadaan ini acap kali dilakukan oleh Rasulullah SAW dan banyak yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. )Wahid Abdul Salam Bali 1996: 34)

Menurut Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri )1982), jin dan syaitan biasanya tinggal di bangunan-bangunan, rumah-rumah buruk dan roboh, tempat-tempat timbunan baja, tempat-tempat sampah dan di kebun-kebun. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya kebun-kebun ini didatangi )oleh syaitan). Oleh itu apabila datang seseorang kamu ke tempat membuang air, maka hendaklah berdoa dengan berkata aku berlindung dengan Allah SWT daripada )gangguan) syaitan jantan dan betina.” )Riwayat Abu Daud)

Jelaslah bahawa jin selalu berada bersama-sama orang-orang jahat lelaki atau perempuan dari kalangan pelaku dosa dan maksiat serta berada di tempat-tempat tersebut. )Zakaria 1996: 49). Allah SWT berfirman:

َنوببُقْلُي ميِثَأ ٍكبَفَأ ِلببُ ك ٰىَلَع ُلَزببَنَت نيِطبَي َببشلا ُلَزببَنَت ْنَم ٰىَلَع ْمُتُئِلَن

ُأ ْلببَه

َنوُبِلبَك ْمُهُرَثْك

َأَو َعْمَسلا

)Surah as-Syu’ara 26: 221-223)

(20)

3.4 Jenis-jenis Jin

Allah SWT berfirman dalam menceritakan golongan yang terdapat di kalangan jin:

اًدَدِق َقِااَرَط بَنُك َ ِلَٰل َنوُد بَنِمَو َنوُحِلبَصلا بَنِم بَنَأَو

ۖ

)Surah al-Jin 72: 11)

Maksudnya: Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang saleh dan di antara kami ada )pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.

بَمَأَو اًد َببشَر باْوَرببَحَت َ ِئَٰلو

ُأَف َمَلْسَأ ْنَمَف َنوُطِسبَقْلا بَنِمَو َنوُمِلْسُمْلا بَنِم بَنَأَو

ۖ

بًلَطَح َمَنَهَجِل اوُنبَتَف َنوُطِسبَقْلا

)Surah al-Jin 72: 14-15)

Maksudnya: Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada )pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka Jahannam.

Di kalangan jin ada yang tergolong dalam jin soleh, jin jahat, jin Muslim, jin kafir, jin yang taat, jin yang derhaka dan pelbagai-bagai jenis lagi sama seperti manusia. Jin Islam dinamakan jin Muslimun. Jin oleh dinamakan suhala jin. Jin kafir pula dinamakan dengan syaitan jin. Manakala syaitan jin yang pertama dinamakan iblis. Firman Allah SWT: )Ahmad Izzuddin 2003: 295)

َق َببسَفَف ِنِجْلا َنِم َنبببَك َسيِلْبِإ َ ِإ اوُدَج َببسَف َمَد ِل اوُدُجْسا ِةَتِا َ َمْلِل بَنْلُق ْلِإَو

َسْئِب ّوُدببَع ْمُتَل ْمُهَو يِنوُد ْنِم َءبببَيِلْو

ۚ

َأ ُهببَتَيِرُلَو ُهببَنوُذِخَتَتَفَأ ِهِبَر ِرببْمَأ ْنَع

ۗ

ً َدَب َنيِمِلبَظلِل

(21)

Maksudnya: Dan )ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti )dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.

3.5 Bangsa Jin Wajib Beribadah Kepada Allah SWT

Makhluk jin juga dibebankan dengan hukum taklif )hukum syarak) sebagaimana yang dikenakan kepada manusia. Allah SWT menciptakan manusia dan jin untuk beribadah kepada Allah SWT. Sesiapa yang taat kepada Allah SWT akan masuk ke dalam syurga dan siapa yang berbuat maksiat kepada-Nya akan masuk neraka. )Zulkifli Mohamad 2014: 23). Firman Allah SWT:

ِنوُدُلْعَيِل ِإ َسنِ اَو َنِجْلا ُتْقَلَأ بَمَو

)Surah al-Zariyat 51: 56)

Maksudnya: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"

Ibnu Abdil Barr mengatakan, menurut jumhur ulama, jin terkena taklif dan mendapatkan perintah untuk beribadah kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman:

يِتبببَيآ ْمُتْيَلَع َنو ُببصُقَي ْمُتْنِم ٌل ُببسُر ْمُتِت

ْأببَي ْمَلَأ ِسْنلاَو ِنِجْلا َر َببشْعَم بببَي

بَيْنُدببلا ُةبببَيَحْلا ُمُهْتَرَغَو بَنِسُفْنَأ ىَلَع بَنْدِه َش اوُلبَق اَذَه ْمُتِمْوَي َءبَقِل ْمُتَنوُرِذْنُيَو

َنيِرِفبَك اوُنبَك ْمُهَن

َأ ْمِهِسُفْنَأ ىَلَع اوُدِهَشَو

)Surah al-An’am 6: 130 )

(22)

menjadi saksi atas diri kami sendiri", kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orang-orang yang kafir.

ِنِجْلا َنِم ْمِهِلْلَق ْنِم ْتَلَأ ْدبببَق ٍمَم

ُأ يِف ُلْوبببَقْلا ُمِهْيَلَع َقبببَح َنيِذَلا َ ِئَٰلوُأ

ْمُهَلبببَمْع

َأ ْمُهَيِفَوببُيِلَو اوُلِمَع بَمِم ٌ بَجَرَد ّلُتِلَو َنيِرِسبَأ اوُنبَك ْمُهَنِإ ِسْنِْلاَو

ۖ

ۖ

َنوُمَلْظُي َ ْمُهَو

)Surah al-Ahqaf 46: 18-19)

Maksudnya: Mereka itulah orang-orang yang telah pasti ketetapan )azab) atas mereka bersama umat-umat yang telah berlalu sebelum mereka dari jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi. Dan bagi masing-masing mereka derajat menurut apa yang telah mereka kerjakan dan agar Allah mencukupkan bagi mereka )balasan) pekerjaan-pekerjaan mereka sedang mereka tiada dirugikan.

َلبببَقَو ِسْنِ ْلا َنِم ْمُتْرَثْتَت ْببسا ِدببَق ِنِجْلا َر َببشْعَم بببَي بببًعيِمَج ْمُهُر ُببشْحَي َمْوببَيَو

ۖ

بببَنَل َتْلَجَأ يِذَلا بببَنَلَجَأ بَنْغَلَبَو ٍضْعَلِب بَنُضْعَب َعَتْمَتْسا بَنَبَر ِسْنِ ْلا َنِم ْمُهُؤبَيِلْو

َأ

ۚ

بٌميِلَع بٌميِتَح َ َبَر َنِإ ُهَللا َءب َش بَم َ ِإ بَهيِف َنيِدِلبَأ ْمُكاَوْثَم ُربَنلا َلبَق

ۗ

)Surah al’An’am 6: 128)

Maksudnya: Dan )ingatlah) hari diwaktu Allah menghimpunkan mereka semuanya )dan Allah berfirman): "Hai golongan jin, sesungguhnya kamu telah banyak menyesatkan manusia", lalu berkatalah kawan-kawan meraka dari golongan manusia: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian )yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami". Allah berfirman: "Neraka itulah tempat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki )yang lain)". Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

(23)

menyembah jin supaya mereka dapat meminta pertolongan jin bagi mencapai hawa nafsu mereka. )Ahmad Izzuddin 2003: 289)

Taklif syarak ke atas jin juga dibuktikan dengan firman Allah SWT:

ِن َ َقَثلا َهُي

َأ ْمُتَل ُغُرْفَنَس

)Surah ar-Rahman 55: 31)

Maksudnya: Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepadamu hai manusia dan jin.

Perintah Allah SWT ini mengandungi berita yang menakutkan, menggembirakan, dan amaran kepada dua makhluk Allah SWT tersebut. Maka di sini dapat kita faham bahawa jin adalah ditaklifkan dengan taklif syarak sebagaimana juga manusia yang ditaklifkan dengannya. )Ahmad Izzuddin 2003: 291)

Secara umumnya, taklif yang dikenakan ke atas jin adalah sama dengan taklif yang dikenakan ke atas manusia. Hanya perincian hukum syarak dalam perkara cabang sahaja berbeza antara jin dan manusia kerana kedua-dua makhluk Allah SWT ini berbeza dari segi kejadian sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama.

(24)

4.0 SYAITAN

4.1 Syaitan Menurut Al-Quran

Sesungguhnya Allah dan para Rasul-Nya telah memperingatkan kita akan tipu daya syaitan, dan sesungguhnya zaman yang sedang kita lalui ini dan akan datang nanti adalah masa yang penuh dengan lingkaran syaitan. Tiga ratus enam puluh darjah mereka sentiasa sibuk menyebarkan tipu daya demi memuaskan sifat permusuhannya.

Kita memerlukan peribadi muslim dan mukmin yang teguh berbekal dengan ilmu terapan yang menyeluruh untuk melumpuhkan berbagai tipu daya dan kesan syaitan, untuk menyelesaikan berbagai masalah kehidupan yang semakin kompleks dan rumit, serta mampu memberi sumbangan yang positif bagi perkembangan, kemajuan dan kesejahteraan umat manusia di dunia hingga akhirat.

Allah dan Rasul-Nya telah memperingatkan manusia bahawa sesungguhnya iblis atau syaitan dan sekutunya adalah musuh besarnya yang banyak sekali tipu muslihatnya agar dapat membawa manusia ke dalam kesesatan. Oleh itu, Allah memperingatkan manusia dalam firman-Nya, antara lain:

هببنإ نطيببشلا وببطأ اوعلتت و ةفبك ملسلا ىف اولأدا اونماء نيذلا بهيأي

( نيلم ودع متل

208

نأ اوملعبببف تنيلببلا متتءبببج بببم دعب نم متللز نإف

( ميتح زيزع هللا

209

(25)

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam keamanan )agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan.” Sesungguhnya syiatan itu musuh kamu yang nyata. Sekiranya kamu tergelincir )daripada iman) selepas kebenaran datang, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.” )Surah al-Baqarah:208-209)

ببضفو هببنم ةرفغم مكدعي هللاو ءبشحفلبب مكرمأيو رقفلا مكدعي نطيشلا

( ميلع عسو هللاو

268

(

Maksudnya: “Syaitan itu menjanjikan )menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan )jika kamu bersedekah atau berderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji )bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu )dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan )ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.” )Surah al-Baqarah:268)

ىنإ ببنم ءىرببب ىنإ لبببق رببفك بببملف رببفكا نسننل لبق لإ نطيشلا لثمك

( نيملعلا ر هللا فبأأ

16

(

Maksudnya: “ )Sikap kaum munafik dengan kaum yahudi) itu samalah seperti )sikap) Syaitan ketika dia berkata kepada manusia: Berlaku kufurlah engkau! Setelah orang itu berlaku kufur )dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai selurih alam!”.)Surah al-Hasyr:16)

Berdasarkan kepada dalil ayat al-Quran di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa kewujudan syaitan tidak dapat dinafikan. Malah semua umat Islam meyakininya. Tidak terkecuali terdapat sesetengah orang bukan Islam turut mengakui hakikat ini. Menolak dan menafikan tentang kewujudan syaitan ini boleh menyebabkan iman seseorang itu tergelincir daripada landasan syariat.

(26)

Dalam hadis Rasulullah SAW juga tidak terkecuali menyebut berkenaan tentang makhluk halus terutamanya syaitan serta beberapa jenis yang lain. Ia merungkaikan berkenaan hakikat kewujudan syaitan di alam mini. Kewujudan syaitan adalah suatu hakikat realiti yang wajib diyakini dan diimani setiap Muslim.

Syaitan dan sekutunya berusaha membawa para kekasihnya ke dalam kesesatan dan neraka, mereka merupakan suatu muslihat tersembunyi dan nyata bagi setiap manusia, kecuali bagi diri Nabi Muhammad s.a.w. Perkara ini dijelaskan dalam hadis nabawi bahawa iblis atau syaitan mengalir dalam tubuh manusia melalui aliran darahnya. Oleh kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w menyifatkan syaitan dengan sebutan ini dan beliau memberitahu bahawa setiap manusia mempunyai temannya sendiri dari kalangan syaitan. Para sahabat berkata,” Dan termasuk kamu juga wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Juga aku , tetapi Allah telah membantuku mengatasinya sehingga aku selamat )dari gangguan syaitan).” )HR. Muslim dan Ahmad)

Berdasarkan kepada hadis di atas, jelaslah kepada kita bahawa hakikat kewujudan makhluk halus adalah suatu yang realiti. Walaupun ia tidak dapat dilihat mata kasar, tetapi kewujudannya tidak dapat disangkal. Ingatlah bahawa sesuatu yang tidak dapat dilihat itu tidak bermakna ia tidak wujud.

Oleh itu, kita sebagai muslim perlu meyakini kewujudan jin dan syaitan agar kita sentiasa berwaspada dengannya. Ingatlah bahawa mereka ini sentiasa merencana untuk menghancurkan umat Islam dengan pelbagai tipu helah agar kita semua terpesong daripada jalan kebenaran agama yang diredhai ini )Islam). Kewujudan jin dan syaitan ini adalah sebagai ujian untuk kehidupan kita di dunia ini. Dengan itu, kita hendaklah sentiasa berwaspada dengan setiap tipu helah yang datang darinya.

4.3 Sifat-Sifat Syaitan

(27)

Selanjutnya, kita juga harus mengetahui bahawa, ada jenis syaitan dari golongan jin, dan syaitan dari golongan manusia. Masing-masing memiliki sifat-sifat yang sama, dan target yang sama iaitu mengajak kepada perbuatan maksiat dan melakukan kerosakan di bumi )Muhammad Mutawally Sya’rawy, 2009: 4).

Syaitan-syaitan dari golongan jin adalah para jin yang melakukan maksiat dan menghalangi manusia dari kebenaran, serta mengajak mereka kepada kekafiran. Syaitan-syaitan dari golongan manusia pun melakukan hal dan misi yang sama )Muhammad Mutawally Sya’rawy, 2009: 4).

Jadi, pengertian syaitan di sini adalah sifat-sifat tertentu untuk misi dan sasaran yang tertentu. Istilah syaitan bukan petunjuk atau nama bagi seseorang. Maka, segala sesuatu yang mengajak kepada kekafiran, kemusyrikan dan kemaksiatan disebut syaitan )Muhammad Mutawally Sya’rawy, 2009: 4).

Sedangkan iblis , ia adalah syaitan dari golongan jin. Memiliki martabat yang tinggi, dan lama ia hidup bersama para malaikat. Iblis juga adalah salah satu dari jenis makhluk pilihan Allah, tetapi berbeza dengan malaikat. Iblis tidak boleh memberontak dan menderhaka kepada perintah Allah, meskipun ia diberi hak untuk memilih. Ia hanya boleh enggan dan memberontak untuk tunduk kepadaNya. Kerana itulah dikatakan bahawa kederhakaan dan pemberontakan yang ia lakukan bukan terhadap perintah Allah, tetapi derhaka dan berontak dari taat dan tunduk kepada Allah )Muhammad Mutawally Sya’rawy, 2009: 4).

Walaupun demikian, ketidak taatannya kepada Allah juga merupakan kehendak Allah. Allah Maha berkehendak untuk menciptakan hamba-hamba pilihaNya, menjadikanya taat atau derhaka kepadaNya dan terhadap perintahNya )Muhammad Mutawally Sya’rawy, 2009: 5).

4.4 Nama-nama Syaitan dan Tugasnya

(28)

memesongkan manusia daripada jalan kebenaran dan keredhaan Allah SWT. Melalui perancangan ini, iblis dan syaitan telah membahagi-bahagikan tugas kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Setiap kumpulan-kumpulan diberi tugas yang khusus demi perancangan yang diatur lebih rapi dan berjaya.

Di sini dibawakan tujuh nama ketua iblis serta tugasnya untuk merancang dan menghancurkan umat manusia. Sebenarnya terdapat banyak lagi nama-nama iblis dan syaitan serta tugas-tugas khusus yang ditetapkan untuk mengganggu kehidupan manusia. Antara kumpulan iblis dan syaitan yang diberi tugas khusus untuk mengganggu dan merosakkan manusia ialah seperti berikut:

Kumpulan yang diketuai oleh al-Wilhan. Tugasnya adalah untuk menggoda manusia dan mengganggunya ketika berwuduk. Ia akan menimbulkan rasa was-was ketika seseorang itu sedang berwuduk dan menyebabkan solat yang dilakukannya tidak khusyuk dan terganggu )Shamsuri Shafie, 2015: 43).

Kumpulan yang diketuai oleh al-Hinzab. Tugasnya adalah untuk mengganggu manusia ketika solat. Ia akan menimbulkan hilang rasa khusyuk dan melalaikan manusia daripada melaksanakan solat dengan sempurna. Antara bentuk gangguan yang biasa dilakukannya ialah apabila seseorang itu mendirikan solat, ia akan ingat apa-apa perkara yang terlupa sebelum ini )Shamsuri Shafie, 2015: 43).

Manakala kumpulan yang diketuai oleh at-Thibr. Ditugaskan untuk membinasakan manusia terutama ketika seseorang itu bermusafir. Sebab itulah kita disarankan supaya membaca doa sebelum bermusafir dan membaca ayat-ayat perlindungan semasa dalam permusafiran agar terselamat daripada gangguan iblis dan syaitan dari kumpulan at-Thibr )Shamsuri Shafie, 2015: 44).

(29)

Kumpulan yang diketuai oleh al-Maswath. Tugasnya adalah untuk mengajar manusia supaya bercakap dusta. Dusta dilihat sebagai suatu yang ringan hingga menyebabkan ia menjadi amalan harian sehinggakan antara suamu dan isteri berdusta antara satu sama lain )Shamsuri Shafie, 2015: 44).

Kumpulan syaitan yang diketuai oleh ad-Dasim yang ditugaskan untuk membuat sengketa dan permusuhan di dalam keluarga. Ia berada di pintu-pintu rumah. Apabila seseorang itu masuk ke dalam rumahnya tanpa memberi salam terlebih dahulu, ia akan dihinggapi oleh iblis bernama ad-Dasim ini. Makai a boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan antara ahli keluarga. Suami membenci dan memarahi isteri tanpa sebab yang munasabah, begitu juga isteri benci pada suami. Anak-anak bergaduh sama sendiri tanpa sebab dan sebagainya. Ini adalah berpunca daripada angkara ad-Dasim yang ingin melihat perpecahan dalam rumah tangga )Shamsuri Shafie, 2015: 44).

Manakala yang bernama Zalnabur pula diberi tugas untuk membisik-bisik dan menipu di dalam urusan jual beli dan lain-lain. Ia akan berada di pasar-pasar dan tempat menjadi tumpuan orang ramai. Angkaranya juga menyebabkan manusia bertengkar, bermusuhan dan perselisihan hingga membawa kepada pembunuhan )Shamsuri Shafie, 2015: 45).

4.5 Bentuk Gangguan Syaitan Terhadap Manusia

Syaitan berupaya mengganggu manusia dengan pelbagai cara dan keadaan. Ianya bergantung kepada sejauh mana kemampuan seseorang manusia untuk mengelak dan mengatasi gangguan tersebut. Ini adalah kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada iblis dan syaitan. Mereka berupaya menyelinap masuk ke dalam tubuh badan manusia dan mampu bergerak selari dengan pergerakan darah di dalam badan. Hal ini diterangkan dalam hadis Nabi SAW:

(30)

ىرببجم مدا نبا نم يرببجي نبطيببشلا نإ لبببق هللا نبحلس بق ةيفص يه

مدلا

Maksudnya:” Daripada Ali bin Husain bahawa Safiyyah binti Huyayy datang menemui Nabi SAW. Bila ia hendak pulang baginda pun pergi bersamanya. Maka dua orang Ansar lalu dekat Nabi SAW. Baginda pun memanggil kedua-duanya lalu berkata: “ Ia adalah Safiyyah”. Kedua-duanya pun berkata: “Subhanallah!”. Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya syaitan berlari di dalam diri manusia di tempat di mana berlarinya darah”)Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) )Fathul Bari, no 4, hal. 282. Syarh An-Nawawi, no.15, hal.155).

Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar terlalu banyak berlaku gangguan angkara jin dan syaitan terhadap manusia. Mereka tidak hanya membisik-bisikkan perkara buruk sehingga menimbulkan keraguan kepada manusia malah turut berani mengganggu hingga mendatangkan keburukan terhadap jiwa dan fizikal manusia. Ada juga yang boleh membawa kepada kesengsaraan dan kematian.

Antara gangguan yang sering dilakukan oleh jin dan syaitan ialah gangguan terhadap minda, gangguan ketika tidur, gangguan terhadap kehidupan seharian manusia dan gangguan dalam ibadah.

5.0 PENUTUP

Allah SWT menjadikan setiap makhluk-Nya adalah tidak dengan sia-sia. Pasti terdapat pelbagai hikmah yang tersurat dan tersirat disebalik penciptaan-Nya. Begitu juga dengan kejadiaan makhluk halus ini. Pasti ada rahsia tersirat yang kita perlu mengetahuinya agar sentiasa berwaspada dengan tipu dayanya dan terselamat daripada sebarang kemungkinan helahnya.

(31)

Hikmah yang seterusnya ialah agar manusia sentiasa berhati-hati dalam manjalani kehidupan seharian. Ini kerana dijadikan makhluk halus sebagai musuh yang nyata dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia yang sentiasa berazam untuk menyesatkan manusia dari landasan syariat agama Islam.

Selain itu untuk menguji iman manusia sejauh mana pengharapan seseorang hamba kepada Allah SWT. Ini kerana manusia perlu berhadapan dengan musuh yang tidak dapat dilihat dan sangat memerlukan pertolongan-Nya. Manusia tidak mampu untuk berhadapan dengan musuh-musuh ini melainkan dengan adanya pertolongan Allah. Sebagai hamba, kita perlu yakin adanya pertolongan Allah.

Oleh yang demikian kita sebagai manusia wajib mengetahui hakikat kewujudan makhluk halus ini terutama jin dan syaitan. Kewujudan makhluk-makhluk ini merupakan sesuatu yang hakiki dan bukan rekaan semata-mata. Malah berkongsi hidup di bumi bersama-sama dengan kehidupan manusia sejagat. Pengetahuan ini amat penting agar kita dapat menghindarkan diri daripada sebarang bentuk penyelewengan serta tipu daya yang direncanakan jin dan syaitan.

Dengan pengetahuan asas berkenaan dengan hakikat kewujudan makhluk halus ini, kita hendaklah sentiasa bergantung harap kepada Allah agar terlepas daripada pelbagai bentuk godaan dan kejahatan mereka. Ingatlah, setiap kemudaratan yang berlaku pasti dengan izin Allah. Syaitan tidak dapat memberi sebarang manfaat malah kemudratan kepada manusia melainkan dengan izin-Nya.

(32)

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Abu Bakar Jabir Al-Jaza-iri. 1982. Aqidah Al-Mukmin. Jeddah: Dar Al-Shuruq.

Ahmad Izzuddin al-Bayanuni. 2003. Petunjuk Akidah 1: Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Mohd Faizal bin Omar. 2014. Biografi Jin: Menyingkap Rahsia Alam Jin. Kuala Lumpur: Yamani Angle Sdn. Bhd.

Malik Faisal, 2011. Jampi Jelmaan Al-Quran Dan Hadis Membongkar Rahsia Alam Jin Dan

(33)

Muhammad Isa Dawud. 2012. Berdialog Dengan Jin Islam. Selangor: Hijjaz Records Publishing.

Muhammaf Mutawally Sya’rawy. 2009. Syaitan dan Manusia. Kuala Lumpur: Perniagaan Normahs

Mustafa Asyur. 1995. Alam Jin dan Syaitan Serta Cara Mengatasi Gangguannya. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

M.Quraish Shihab. 2012. Malaikat dalam Al-Quran . PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd : Selangor

Rachmat Ramadhana Al-Banjari. 2011. Psikologi Iblis. Selangor: Percetakan Zafar Sdn. Bhd

Shamsuri Shafie. 2015. Kewujudan Makhluk Halus Jin dan Syaitan: Kaedah Rawatan Menurut

Al-Quran dan Sunnah. Selangor: Ultimate Print Sdn. Bhd

Wahid Abdus Salam Bali. 2008. Perisai Kebal Untuk Menangkis Kejahatan Jin Dan Syaitan. Malaysia: Penerbitan Nurulhas

Wahid Abdus Salam Bali. 2010. Merawat Kemasukan Jin Dan Histeria. Malaysia: Pustaka Ilmi

Wahid Abdus Salam Bali. 2012. Jin Dan Syaitan Dalam Kehidupan Manusia. Malaysia: Al Hidayah House Of Publishers Sdn. Bhd

Wahid Abdul Salam Bali. 1996. Perisai Kebal untuk Menangkis Kejahatan Jin dan Syaitan.

Kuala Lumpur: Syarikat Nurulhas.

Wahid Abdus salam Bali. 2012. Jin dan Syaitan dalam Kehidupan Manusia. Selangor: Al Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd.

Zakaria@Mahmod Daud. 1996. Soal Jawab Aqidah: Bab Malaikat dan Jin. Selangor: Penerbitan Al-Ramadhan.

(34)

Referensi

Dokumen terkait

Novel ini merupakan novel edukasi yang bisa dijadikan pembelajaran mengenai pendidikan karakter, maka yang menjadi pokok permasalahan dalam penelitian ini adalah:

Kelajuan ialah ukuran cepat atau lambat sesuatu objek bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.. Setiap objek yang bergerak

Oleh karena itu, bagian Bahan dan Metode yang digunakan di dalam melaksanakan suatu eksperimen, haruslah ditulis dengan sejelas mungkin, sehingga jika orang lain yang

Dengan sistem pengelolaan yang berdasarkan prinsip- prinsip ekonomi yang tepat (model Faustman dengan sequent harvest) T (waktu) untuk kayu pertukangan jenis Sengon

Dalam mengaplikasikan metode Dis#o0er! Learning guru berperan sebagai  pembimbing dengan memberikan kesempatan kepada sis"a untuk belajar se#ara akti$' sebagaimana

Pertumbuhan tajuk akar yang seimbang memiliki kemampuan hidup semai yang tinggi ketika ditanam di lapangan.Hasil pengamatan membuktikan bahwa pemberian kompos

Lampiran 2 Nama Perusahaan Kemitraan Peternak Ayam Broiler dan Mandiri di Kec1. Galang, Kab

Sistem manajemen keselamatan dan kesehatan kerja berdasarkan Permenaker No.5 Tahun 1996 adalah bagian dari sistem manajemen secara keseluruhan yang meliputi struktur