• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

TAHAP KEMAHIRAN KEPIMPINAN DALAM KALANGAN GURU-GURU BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PROGRAM JARAK JAUH (PISMP PJJ) DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

SULTAN ABDUL HALIM.

Shabibah Shaufit Affandi IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Nazri A.Bakar

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun

Abstrak

Pihak pengurusan sekolah kini memerlukan guru-guru yang menguasai kemahiran kepimpinan yang sistematik dan cekap dalam membangunkan dunia pendidikan. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran kepimpinan dalam kalangan siswa pendidik bagi PISMP PJJ di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH). Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan seramai 135 orang sampel siswa pendidik semester 8 Program Sarjana Muda Pendidikan jarak Jauh. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical package of Social Science (SPSS) versi 20.0 menggunakan min, peratusan dan sisihan piawai. Dapatan menunjukkan kemahiran kepimpinan siswa pendidik adalah pada tahap yang tinggi. Hasil analisis ujian-t, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran kepimpinan mengikut jantina tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut umur. Kajian juga mendapati bahawa kemahiran kepimpinan tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan gred perjawatan. Kajian ini mendapati program perguruan di IPGKSAH berkesan dapat membentuk kemahiran kepimpinan dalam kalangan siswa pendidik. Walau bagaimana pun kemahiran kepimpinan masih perlu dipertingkatkan supaya siswa pendidik lebih berupaya menangani permasalahan yang wujud di sekolah kelak.

Kata Kunci : Kemahiran kepimpinan, Program Pensiswazahan Guru, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Program Jarak Jauh

PENGENALAN

Salah satu tunjang utama kemajuan sesebuah negara adalah institusi pendidikan. Hal ini kerana sistem pendidikan membekalkan modal insan yang membantu membangunkan sesebuah negara. Oleh itu sistem pendidikan perlu seiring dengan perkembangan semasa agar modal insan yang terhasil adalah berkualiti serta mampu berfungsi secara holistik termasuklah berpegang teguh kepada agama. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM, 2013). Bagi tujuan melahirkan modal insan ini, PPPM menjelaskan bahawa guru dan pemimpin sekolah berperanan penting dalam menerajui kepimpinan

(2)

dalam sesebuah sekolah. Kemahiran kepimpinan guru merupakan salah satu komponen terpenting untuk membentuk guru yang berkualiti. Kemahiran kepimpinan guru ini juga merupakan salah satu elemen yang perlu diaplikasikan dan dipraktikkan kerana dapat memberi kejayaan kepada organisasi pendidikan. Sarvinder dan Ahmad (2008) serta Danielson, C (2007) menyebut faktor kemahiran kepimpinan mampu membezakan antara sesebuah organisasi yang berjaya atau sebaliknya. Menurut pakar Ekonomi Bank Dunia, Frederico Gil Sander menyatakan lebih membimbangkan mutu pendidikan Malaysia telah jatuh merudum berbanding dengan masalah peningkatan hutang isi rumah. Kenyataan ini adalah di mana Malaysia hanya berjaya menduduki tempat ke-52 daripada 65 buah negara, ini berdasarkan kepada keputusan Program Penilaian Pelajar (PISA) (Nazil,2014). Oleh itu, kemahiran kepimpinan hendaklah menjadi amanah kemestian kepada setiap guru sebagai mekanisme kepada kejayaan sesebuah sekolah. Selain itu, guru juga perlu mempunyai kemahiran kepimpinan untuk berhadapan dengan pelbagai tuntutan semasa.

Penyataan masalah

Kemahiran kepimpinan seseorang adalah bergantung kepada sejauh mana mereka melaksanakan tugas atau peranan yang diamanahkan kepada mereka secara langsung atau sebaliknya. Peranan mereka ini adalah meliputi peranan yang sangat besar dalam memartabatkan pendidikan negara.

Ciulla (2004) berpendapat kepimpinan berkaitan bagaimana seseorang menggerakkan orang lain, berkaitan seseorang melakukan sesuatu tindakan sama ada memotivasikan pengikut, mempunyai hubungan yang baik dengan pengikut, mengaitkan matlamat organisasi seperti keupayaan menyempurnakan visi dan misi. Sesebuah organisasi boleh mempengaruhi orang-orang yang dipimpinnya oleh pemimpin yang beretika. Bagi memperkukuhkan kedudukan organisasi, tanggungjawab pemimpin adalah membimbing dan membantu orang dipimpinnya supaya mempertingkatkan nilai-nilai yang baik. Jelas kepada kita bahawa salah satu faktor yang memberi kesan kepada kecemerlangan pendidikan ialah kemahiran kepimpinan. Justeru pengkaji berminat untuk mengkaji sejauh mana tahap kemahiran kepimpinan dalam kalangan siswa pendidik bagi PISMP PJJ berdasarkan penilaian mereka sendiri.

(3)

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini adalah untuk :

1. Mengenal pasti tahap kemahiran kepimpinan dalam kalangan guru-guru 2. Mengkaji perbezaan tahap kemahiran kepimpinan mengikut jantina. 3. Mengkaji perbezaan tahap kemahiran kepimpinan mengikut umur

4. Mengenal pasti hubungan antara kemahiran kepimpinan dengan gred perjawatan.

SOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap kemahiran kepimpinan dalam kalangan guru-guru?

2. Adakah terdapat perbezaan tahap kemahiran kepimpinan mengikut jantina? 3. Adakah terdapat perbezaan tahap kemahiran kepimpinan mengikut umur?

4. Adakah terdapat hubungan antara kemahiran kepimpinan dengan kemahiran gred perjawatan?

METODOLOGI Reka Bentuk Kajian

Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan cross sectional. Ini bermakna data kajian ini dikutip sekali sahaja sepanjang kajian dilakukan. Menurut Burn (2000) dan de Vaus (2002), kelebihan menggunakan reka bentuk jenis ini adalah kerana ianya sangat praktikal, boleh mendapatkan data yang banyak dalam satu masa serta tidak memerlukan penyelidikan membuat pengukuran berulang kepada sampel kajian.

Sampel Kajian

Sampel kajian ini terdiri 135 orang daripada guru-guru sekolah rendah yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Institut Pendidikan Guru Kampus Sutan Abdul Halim.

Instrumen Kajian

Pengumpulan data kajian dilakukan dengan menggunakan instrument soal selidik. Dalam kajian lain Nairn, O’Brien, Traynor, Williams, Chapple & Johnson (2006) ; Alkharusi, Kazen & Al-Musawai (2011) juga menggunakan cara sama iaitu menggunakan instumen soal selidik dalam mengumpul data kajian. Kandungan soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengumpul data berkaitan dengan maklumat demografi serta latar belakang sampel

(4)

kajian. Manakala Bahagian B terdiri daripada 15 item untuk mengumpulkan data tentang kemahiran kepimpinan.

Item-item dalam Bahagian B terdiri daripada penyataan berbentuk skala jenis Likert lima point yang bermula dengan sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju hingga ke skala sangat setuju. Keboleh percayaan instrument soal selidik kajian ini ditentukan oleh nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach manakala kesahan kandungan instrumen kajian ini ditentukan melalui kaedah semakan pakar rujuk. Nilai keboleh percayaan Alpha Cronbach keseluruhan bagi instrument soal selidik ini ialah 0.954

Prosedur pengumpulan Data

Pengumpulan data dilakukan secara bersemuka antara penyelidik dengan sampel kajian. Instumen kajian ditadbir serentak bagi semua sampel kajian oleh penyelidik dengan cara mengumpulkan ke semua sampel kajian di dalam sebuah dewan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soal selidik yang diedarkan selama 30 minit. Kaedah yang sama juga telah diguna pakai dalam kajian Nairn, O’Brien, Traynor, Williams, Chapple & Johnson (2006) ; Alkharusi, Kazen & Al-Musawai (2011); Christen & Hofmann (2008). Bagi tujuan kajian, nama dan maklumat peribadi sampel kajian yang terlibat dirahsiakan. Sampel kajian juga telah diberi taklimat tentang tujuan kajian serta prosedur kajian. Penyelidik juga memastikan tatacara dan etika dipatuhi semasa pengutipan data kajian dilaksanakan.

Analisis data

Data-data yang diperolehi daripada soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan program statistical Package for Social Science (SPSS) 20.0. Analisis statistik deskriptif dan inferensi iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk mendapatkan maklumat profil sampel serta juga untuk menjawab soalan kajian 1 hingga soalan kajian 3.

Analisis Deskriptif

Untuk menghuraikan tahap kemahiran kepimpinan, penyelidik menggunakan min dan sisihan piawai. Pengkelasan min untuk tafsiran pemboleh ubah adalah seperti jadual 1 berikut:

(5)

adual 1

Pengkelasan Nilai Min Nilai Penerangan 1.00 – 1.80 Sangat rendah 1.81 – 2.60 Rendah 2.61 – 3.40 Sederhana 3.41 – 4.20 Tinggi 4.21 – 5.00 Sangat tinggi Analisis Inferensi

Kaedah inferensi digunakan untuk menguji hipotesis yang memerlukan statistik lanjutan seperti yang terkandung di dalam Jadual 2.

Jadual 2

Ujian-ujian Statistik yang digunakan untuk Menganalisis Hipotesis

Hipotesis Penyataan hipoteisi Kaedah ujian

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang Signifikan kemahiran kepimpinan mengikut jantina

Ujian–t sampel bebas

Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran

mengikut umur

Ujian-t ANOVA

Ho3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran memimpin dengan gred perjawatan

Kolerasi Pearson

DAPATAN KAJIAN

Maklumat Demografi Sampel

Sampel kajian ini terdiri daripada 135 orang guru pendidikan rendah yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Institut Pendidikan Guru Kampus Sutan Abdul Halim, semester lapan dari pengkhususan iaitu Pengajian Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Sains dan Matematik (seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3) Jadual 3

Jumlah Sampel Kajian Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus

Lelaki Perempuan Jumlah (n) 17 118 135 12.6 87.4 100.0

(6)

lelaki dan selebihnya 87.4 peratus (118 orang) adalah guru perempuan. Bilangan guru opsyen Pengajian Melayu berjumlah 40.7 peratus (55 orang), guru opsyen Pengajian Cina berjumlah 12.6 petarus (17 orang), guru opsyen Pengajian Tamil berjumlah 28.1 peratus (38 orang), guru opsyen Matematik berjumlah 7.4 peratus (10 orang) manakala guru opsyen Sains berjumlah 11.1 peratus (15 orang) dan tunjukkan dalam Jadual 4 berikut:

Opsyen Bilangan Peratus

Pengajian Melayu Pengajian Cina Pengajian Tamil Matematik Sains 55 17 38 10 15 40.7 12.6 28.1 7.4 11.1 Jadual 4. Jumlah sampel kajian mengikut opsyen

Perbandingan berasaskan umur ditunjukkan oleh Jadual 5 berikut. Kajian mendapati bahawa daripada 135 orang sampel kajian. 0.7 peratus (seorang) berumur di antara 25 hingga 30 tahun, 22.2 peratus (30 orang) berumur di antara 31 hingga 35 tahun, 20.7 peratus (28 orang) berumur di antara 36 hingga 40 tahun, 34.8 peratus (47 orang) berumur di antara 41 hingga 45 tahun, 20.7 peratus (28 orang) berumur di antara 46 hingga 50 tahun dan 0.7 peratus (seorang) berumur di antara 51 hingga 55 tahun.

Umur Bilangan Peratus

25 hingga 30 31 hingga 35 36 hingga 40 41 hingga 45 46 hingga 50 51 hingga 55 1 30 28 47 28 1 0.7 22.2 20.7 34.8 20.7 0.7 Jadual 5. Jumlah sampel kajian mengikut umur

Jadual 6 perbandingan berasaskan gred perjawatan. Kajian mendapati bahawa daripada 135 orang sampel kajian. 17.0 peratus (23 orang) bergred DG 29, 48.1 peratus (65 orang) bergred DG 32 dan 34.8 peratus (47 orang) bergred DG 34. Ditunjukkan dalam rajah berikut:

Jadual 6.

Jumlah Sampel Kajian mengikut Gred Perjawatan

Gred Bilangan Peratus

DG29 23 17.0

DG32 65 48.1

DG34 47 34.8

Tahap kemahiran kepimpinan dalam kalangan guru-guru

(7)

berada di tahap yang tinggi (M = 4.26; SP = 0.46) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.

Jadual 7

Tahap kemahiran kepimpinan dalam kalangan guru-guru

Item Min SP

1 Mempunyai kemampuan mengenal pasti faktor yang menimbulkan

bantahan daripada orang lain 4.05 .74

2 Mampu menentukan keutamaan 4.11 .71

3 Berkemampuan mengenal pasti matlamat kumpulan 4.17 .68

4 Sentiasa melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan tugas dan

tanggungjawab 4.32 .56

5 Mampu menilai kekuatan dan kelemahan diri 4.26 .57

6 Berupaya menilai kesan daripada setiap tindakan dan keputusan

yang dibuat 4.25 .48

7 Mampu memberi semangat dan motivasi kepada orang lain 4.24 .60

8 Memberi fokus kepada tugas dan tanggungjawab yang diberikan 4.41 .58

9 Memastikan setiap matlamat dapat dicapai seperti mana yang

dirancang 4.36 .60

10 Mempunyai kemahiran mengawal tekanan dengan baik 4.30 .59

11 Boleh bertoleransi dengan rakan sejawat yang berbeza pandangan 4.34 .60

12 Memberi keutamaan kepada pandangan dan maklumbalas rakan

sejawat 4.32 .56

13 Berkebolehan menggunakan pelbagai kaedah untuk memotivasikan

orang lain 4.23 .52

14 Berupaya menilai diri dan orang lain

dengan baik 4.19 .54

15 Cenderung untuk membuat keputusan bersama sacara berkumpulan 4.34 .52

4.26 .46

Min item yang tertinggi ditunjukkan oleh item lapan iaitu “Memberi fokus kepada tugas dan tanggungjawab yang diberikan” (M = 4.41, SP = 0.58) dan min yang terendah pada item pertama iaitu “Mempunyai kemampuan mengenalpasti faktor yang menimbulkan bantahan daripada

orang lain” (M = 4.05, SP = 0.74)

Perbezaan tahap Kemahiran Kepimpinan mengikut jantina

Analisis secara perbandingan skor min telah digunakan untuk mengenal pasti tahap kemahiran kepimpinan berdasarkan jantina

Jadual 8

Analisis kemahiran kepimpinan mengikut jantina

Jantina N Min SP

Kepimpianan Lelaki 17 4.46 .42

(8)

Jadual 8 menunjukkan bahawa min skor tahap kemahiran kepimpinan guru lelaki iaitu 4.46 adalah lebih tinggi berbanding dengan min skor guru perempuan iaitu 4.23. Ini menunjukkan guru lelaki lebih berkeyakinan dalam kepimpinan berbanding dengan guru perempuan. Perbezaan ini signifikan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran kepimpinan mengikut jantina

Berdasarkan Jadual 9, didapati tahap kemahiran kepimpinan bagi guru lelaki dan perempuan terdapat perbezaan secara signifikan (t = 0.741, p>0.05). Keputusan ini menolak Ho1, iaitu terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran kepimpinan antara jantina.

Jadual 9

Ujian-t kemahiran kepimpinan mengikut jantina Ujian-t

df Sig.2

Hujung

Kepimpinan 0.741 133 0.049

Perbezaan tahap kemahiran kepimpinan mengikut umur

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran kepimpinan mengikut umur

Jadual 10 menunjukkan hasil ujian ANOVA yang telah dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan skor min bagi pemboleh ubah kemahiran kepimpinan bersadarkan umur. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan (F = 1.733, p>0.05 bagi pemboleh ubah kemahiran kepimpinan berdasarkan umur. Jadual 10

Ujian ANOVA kemahiran kepimpinan mengikut umur Sum of Squares df Mean Square F P Kemahiran Kepimpinan Antara umur 1.808 5 .362 1.733 .132 Dalam Umur 26.913 129 .209 Jumlah 28.720 134

Hubungan di antara kemahiran kepimpinan dengan gred perjawatan

Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran kepimpinan mengikut gred perjawatan.

Analisis Korelasi dalam Jadual 11, menunjukkan [(r = .171, p>0.0.5) (n=135)] antara pemboleh ubah kemahiran kepimpinan dengan gred perjawatan. Ini menunjukkan tidak

(9)

wujud hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah kemahiran kepimpinan dengan gred perjawatan.

Jadual 11

Analisis Kolerasi antara kemahiran kepimpinan dengan gred perjawatan Gred Perjawatan

Kemahiran Kepimpinan Kolerasi Pearson 1 -.118

Sig. (2-hujung) .171

N 135

PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Program Pensiswazahan Guru ini kerap mengamalkan kelima belas komponen kemahiran kepimpinan semasa berurusan di sekolah. Bagi tahap kemahiran kepimpinan, didapati skor min paling tinggi yang diperolehi adalah bagi penyataan iaitu “memberi fokus kepada tugas dan tanggungjawab yang diberikan”. Min yang diperolehi ialah 4.41 Dan diketagorikan berada pada tahap sangat tinggi. Ini kerana responden terdiri daripada guru-guru yang sedang mengajar. Mereka telah biasa memberi fokus kepada tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Ini kerana mereka selalu dipantau oleh pihak pentadbiran dalam setiap bidang tugas mereka. Di samping itu mereka telah memahami setiap yang dirancang mesti mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh KPM. Dapatan kajian ini dapat mengukuhkan “The Great Man Theory” iaitu guru-guru PPG ini mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dalam semua aspek yang dikaji seperti yang diketengahkan oleh David (1967) Dapatan kajian ini adalah tidak selari dengan dapatan kajian Tang dan Thanalecchuy (2015) yang menunjukkan tahap sederhana sahaja iaitu 3.80.

Penyataan “mempunyai kemampuan mengenal pasti faktor yang menimbulkan bantahan daripada orang lain” dengan min yag diperolehi sebanyak 4.05. Walaupun min berada pada tahap tinggi, tetapi penyataan ini merupakan penyataan yang menunjukkan nilai min terendah berbanding dengan empat belas item kemahiran kepimpinan yang lain. Oleh itu setiap pendidikan perlulah lebih didedahkan dengan cara bagaimana untuk mengenal pasti kelemahan serta cara mengatasinya. Seterusnya setiap pendidik mestilah menguasai kesemua komponan kemahiran kepimpinan. Secara keseluruhannya, kajian ini menjawab persoalan kajian dan hipotesis kajian seperti yang dinyatakan. Tahap kemahiran kepimpinan menunjukkan skor min yang tinggi iaitu sebanyak 4.26. Selain itu wujud perbezaan antara jantina tetapi tidak pada umur. Kajian mengenai gender telah menarik minat beberapa pengkaji untuk melaksanakan kajian seperti Aburdene dan Naisbett (2012), Eagly dan Johnson (2011), dan Dobbins dan Platz (1996). Kajian mereka menemui hasil yang sama bahawa pemimpin lelaki dan perempuan mempunyai

(10)

kemahiran kepimpinan yang berlainan.

Manakala tidak wujud hubungan yang signifikan gred perjawatan dengan kemahiran kepimpinan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, keputusan analisis menunjukkan tahap kemahiran kepimpinan guru-guru dalam kalangan PPG adalah pada tahap yang sangat tinggi. Walau bagaimanapun, kemampuan kemahiran kepimpinan antara guru lelaki dan perempuan terdapat perbezaan yang signifikan. Malah tidak terdapat hubungan yang signifikan gred jawatan dengan kemahiran kepimpinan. Sewajarnya kemahiran kepimpinan ini dikuasai oleh setiap guru. Ringkasannya, usaha meningkatkan keupayaan kepimpinan guru merupakan amalan untuk memberi bimbingan dalam kalangan warga sekolah. Meningkatkan kemahiran kepimpinan merupakan asas yang boleh meningkatkan keyakinan guru sebagai salah seorang yang mewakili barisan kepimpinan sekolah. Pihak pentadbir sekolah harus memberi motivasi dan semangat kepada guru-guru agar meningkatkan penguasaan kemahiran kepimpinan mereka Saranan yang baik agar setiap guru melibatkan diri untuk membuat keputusan dan terlibat dalam pentadbiran merupakan kaedah yang paling baik mendedahkan mereka dengan ciri kepimpinan. Guru-guru sewajarnya diberi pendedahan untuk mengetuai kumpulan kerja sekolah, dan juga peluang untuk mengenal pasti masalah pengurusan sekolah dalam setiap aktiviti, mesyuarat dan pertemuan yang santai. Pihak pentadbir juga boleh mengadakan program mentor mentee agar meminta guru-guru kanan untuk membimbing para guru supaya dapat meningkatkan tahap penglibatan para guru dalam proses membuat keputusan (Norazlinda dan Surendren, 2012) Pengkaji berharap dengan hasil dapatan ini sedikit sebanyak dapat memberi satu gambaran dan panduan yang berguna kepada semua yang terlibat dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, semua pihak mesti bersama-sama menggembeleng usaha dalam mencari pendekatan yang terbaik bagi mengatasi masalah berkaitan kemahiran kepimpinan.

RUJUKAN

Aburdene, S. A., & Naisbitt, J. (2012). Megatrends for women. New York : Random House.

Ahmad, J., Ghazali, M & Hassan, A. (2011). The Relationship Between Self Concept And Respinse Towards Student’s Acedemic Achievement Among Students Universiti Putra Malaysia. Internasional Journal of Intruction 4(2).23 – 38. Muat turun dari http://www.e-iji.net/dosyalar.

Alkharusi, H., Kazen, A. M., & Al-Musawai, A. (2011). Knowledge, skill and attitude of preservice and inservice teacher in educational measurement. Asia-Pasific Journal of Teacher Education 39 (2), 113-123. Doi:

(11)

10.1080/1359866X.2011.560649

Asep Surya. (2010). Kepimpinan Pendidikan. Jurnal Administrasi Pendidikan : Universiti Pendidikan Indonesia.

Burns,R. B. (2000). Introduction to research methods. London : Sage Publicatios. Christen, A., & Hofmann, M. (2008). Implementation of e-portfolio in the first

academic year at the University of Teacher Education St. Gallen. iJET, 3 (1), 6-10.

Ciulla, J. B. (2004). Ethics and leadership effectiveness. Dalam J.Antonakis, A. T. Cianciolo, & R. J. Sternberg, The nature of leadership. Thousand Oaks, CA : Sage.

de Vaus, D. (2002). Surveys in social reseach (5th ed.) Australia : Routledge, Taylor and Fancis Group.

Dobbins, G. H., & Platz, S. J. (1996). Sex differences in leadership : How real are they? Academy of Management Review, 11(1), 118 – 127.

Eagly, A. H., & Johnson, B. T. (2011). Gender and leadership stye : A meta-analysis. Psychologal Bulliten, 108, 2, 223-256

http://www.roketkini.com/2014/04/01/pendidikan-negara-apa-lagi-yang-tak-kena-oleh-dr-nazil-nuhairi/

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lussier, R. N. & Achua, C. F. (2007). Leadership : Theory, application and skill development. 3rd. ed. New York : South Western Thomson.

Mohd. Dom, A. (2011, Januari 4). Pentingnya Pemimpin dan Kepimpinan. Utusan Malaysia. Muat turun dari http://www.utusan.com.my/utusan.

Nairn, S.,O’Brien, E., Traynor,V., Williams,G., Chapple, M., & Johnson, S., (2006). Student nurses’ knowledge, skill and attitudes towards the use of portfolio in a school of nursing. Journal of Clinical Nusing, 15, 1509-1520. doi: 10.1111/j.1365-2702.2005.01432.x

Nazil Nuhairi Ismail.(2014, April 1). Pendidikan negara : Apa yang tak kena ?. Sinar Online. Muat turun dari

Norazlinda Saad & Surendran Sankaran. (2012). Pembuatan Keputusan Kolaboratif: Sikap Guru dan Galakan Pengetua . Muat turun dari http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/69.pdf.

Robinson, L. J. (2009). The Importance Of Leadership And Group Facilitation In Leaning Communities. Mcmaster School For Advancing Humanity Journal. Ms 89 – 93. Muat turun dari http://www.defiance.edu/media/McMaster Journal 2009.

Supaat, Z. (2008, Disember 26). Menanti Kilauan Emas Pertama. Kosmo. Muat turun dari http://www.kosmo.com/2008/12/26/

Wictor, I., & Anderso, S. (2012). The Importance of Leadership and Vision in Born Globals. Business and Management Research, 22(1), ms. 13 – 25. Muat turun dari http://dx.doi.org/10.5430/bmr.vlnlpl3.

Referensi

Dokumen terkait

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga