• Tidak ada hasil yang ditemukan

Merealisasikan Negara Zikir Melalui Pendidikan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Merealisasikan Negara Zikir Melalui Pendidikan"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Kertas Kerja:

MEREALISASIKAN NEGARA ZIKIR

MELALUI PENDIDIKAN

Oleh:

Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran

Haji Abd. Rahman

Timbalan Menteri Pendidikan,

Negara Brunei Darussalam

ﻢﻴﺣﺮﻟا ﻦﻤﺣﺮﻟا ﷲا ﻢﺴﺑ

ةﻼﺼﻟا و ﻦﻴﻤﻟﺎﻌﻟا بر ﷲ ﺪﻤﺤﻟا

ﻦﻴﻠﺳﺮﻤﻟا و ءﺎﻴﺒﻧﻷا فﺮﺷا ﺪﻤﺤﻣ ﺎﻧﺪﻴﺳ ﻰﻠﻋ مﻼﺴﻟا و

ﻦﻴﻌﻤﺟا ﻪﺒﺤﺻ و ﻪﻟا ﻰﻠﻋ و

Pendahuluan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, pada sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 9hb. Zulhijjah, 1428 Hijrah bersamaan dengan 19hb. Desimber, 2007 telah menyatakan keazaman baginda untuk terus menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah ‘Negara Zikir’ yang sentiasa mengagongkan Allah subhanahu wataala, sebagaimana titah baginda yang antara lain:

“Brunei adalah negara yang selalu bersama-sama dengan Ar-Rahman (Yang Maha Mengasihi), yang sentiasa berhias dengan zikir dan menjadikannya sebagai rutin kebiasaan. Kerana itu Allah pun dengan rahmatNya memalingkan kita dari sebarang kesusahan dan bencana dari pelbagai anasir yang boleh merosakkan keamanan.

(2)

Beta, Insya Allah akan terus berazam untuk menjadikan Brunei sebuah ‘Negara Zikir’ yang sentiasa mengagongkan Allah, supaya kita selalu berada dalam perhatian dan pemeliharaanNya, sesuai dengan janjiNya dalam surah Al-Baqarah ayat 152, tafsirnya: Kamu ingatlah Aku, nescaya Aku mengingati kamu pula”.

Jadi tajuk yang diberikan kepada saya dalam seminar ini ialah “Merealisasikan Negara Zikir Melalui Pendidikan”.

Definisi

Sebelum kita mengupas dengan lebih mendalam tajuk ini, adalah elok lebih dahulu kita memahami makna perkataan-perkataan dalam tajuk ini misalnya ‘merealisasikan’ maknanya menjadikan sesuatu itu benar-benar wujud atau terjadi di alam nyata bukannya dalam teori, tetapi di dalam praktiknya. Sesuatu yang diinginkan wujud itu ialah ‘negara zikir’.

Kita maklum bahawa pengertian ‘negara’ ialah suatu tempat atau kawasan yang tertentu yang mempunyai garis sempadan yang sah, didiami oleh sekumpulan manusia, mempunyai undang-undang dan mempunyai sebuah kerajaan yang memerintah dan mempunyai kedaulatan. Negara Brunei Darussalam memenuhi kritaria ini.

‘Zikir’ berasal dari bahasa Arab yang bermakna ‘ingat’. Konsep ‘zikir’ yang dimaksudkan di sini ialah mengingat Allah. Hendaknya jangan disalahfahamkan di sini bahawa mengingat Allah itu hanya bermaksud beristighfar, bertasbih, bertahmid, dan bertakbir semata-mata, kerana ‘zikrullah’ atau ‘mengingat Allah’ itu maksudnya luas, termasuk yang dikatakan ‘ahli zikir’ itu ialah ahli-ahli ilmuan atau ahli-ahli akademik dan cerdik pandai yang mahir dan pakar dalam sesuatu bidang keilmuan sebagaimana firman Allan Taala:

نﻮﻤﻠﻌﺗ ﻻ ﻢﺘﻨآ نا ﺮآﺬﻟا ﻞها اﻮﻠﺌﺳﺎﻓ

Maksudnya: Bertanyalah kamu kepada ahli-ahli ilmu jika

(3)

‘Pendidikan’ pula dapat dicapai melalui dua proses iaitu formal dan informal. Jelas dari definisi di atas bahawa ‘negara zikir’ itu ialah negara yang bertuhan, negara yang rakyat dan penduduknya selalu mengingat tuhan. Tuhan itu ialah Allah subhanahu wataala, bukannya tuhan dalam fahaman agama lain. Jika demikian maka ‘negara zikir’ itu ialah negara Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam, mengamalkan dan menghayatinya dari segi akidah, syariah dan akhlaknya. Negara seperti inilah yang mendapat jaminan Allah untuk selamat di dunia dan akhirat sebagaimana firmanNya :

ﻪﻟ اوﺮﻜﺷاو ﻢﻜﺑر قزر ﻦﻣ اﻮﻠآ

رﻮﻔﻏ بر و ﺔﺒﻴﻃ ةﺪﻠﺑ

Maksudnya: Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan

bersyukurlah kepadaNya. Negeri kamu itu adalah negara yang baik, aman dan makmur. Dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun (Surah Saba, Ayat 15).

Sistem Pendidikan Islam

Sehubungan itu marilah sama-sama kita menoleh kepada negara kita, apakah negara kita berpotensi untuk menjadi sebuah negara zikir? Adakah kita mempunyai kualiti-kualiti yang diperlukan itu?. Memandangkan peranan pendidikan sangat penting dalam pembentukan sesuatu bangsa dan negara, apakah negara kita telah menyediakan sistem pendidikan Islam yang dapat menjadi mekanisme utama untuk melahirkan sebuah negara zikir?. Persoalan-persoalan ini insya Allah akan terjawab dalam perbincangan ini nanti.

Brunei Darussalam sudah menjadi sebuah negara Islam pada lebih kurang 500 tahun yang lalu. Apabila raja Brunei yang bernama Awang Alak Betatar memeluk Islam dengan nama Sultan Muhammad Shah yang disertai juga oleh para pembesar negara maka Brunei telah meninggalkan kepercayaan zaman Hindu yang menyekutukan Allah kepada kepercayaan yang mentauhidkan Allah. Ini jelas dalam catatan dokumen-dokumen lama. Di awal-awal penerimaan Islam itu lagi masjid telah didirikan. Ini mengingatkan kita apabila Nabi sallallahu alaihi wasallam mula sampai di Al-Madinah Al-Munawwarah dalam peristiwa penghijrahan baginda itu, baginda telah mendirikan Masjid di Quba. Di awal pengislaman Brunei lagi

(4)

telah direkodkan dalam sumber tradisi bahawa sembahyang didirikan secara berjemaah, undang-undang Islam menjadi dasar perundangan negara, Al-Quraan dibaca dan menjadi pedoman orang-orang Islam di Brunei.

Kedudukan Brunei Darussalam sebagai sebuah negara zikir di zaman tradisional mulanya nampak memberangsangkan di mana Brunei disifatkan menjadi pusat penyibaran Islam di rantau sebelah sini di sekitar kepulauan Borneo hingga ke kepulauan Filipina, namun kegiatan tersebut terhalang kesuburannya apabila kuasa-kuasa Barat datang ke rantau ini khasnya dengan kedatangan British di mana unsur-unsur Islam yang dominan dalam Hukum Kanun Brunei itu telah dikecilkan skopnya dalam “The

Muhammaden Law” yang diperkenalkan oleh British di Brunei. Walau pun

begitu mata pelajaran Islam masih diajarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Apa yang menarik ialah adanya usaha Sultan Ahmad Tajuddin dan setengah pembesar negara dalam awal tahun 1940-an untuk menubuhkan sebuah Sekolah Arab di Brunei dengan gurunya bernama Abdullah Al-Shami dari Mesir. Umur sekolah itu tidak panjang kerana terpaksa ditutup atas arahan Jepun selepas kira-kira 3 tahun ianya ditubuhkan. Sungguhpun begitu kesannya dapat dilihat kemudian di mana keinginan untuk mendirikan Sekolah Arab itu direalisasikan pula oleh Al-Marhom Sultan Haji Omar Ali Saifuddien pada tahun 1966 dengan terdirinya Sekolah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah dan setahun berikutnya terdiri pula Sekolah Arab Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit. Daripada kedua-dua sekolah inilah pendidikan Islam meningkat tinggi dari semasa ke semasa di Brunei Darussalam. Ini kerana produk dari kedua-dua sekolah inilah yang turut mengisikan Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan yang ditubuhkan pada tahun 1972, Institut Pengajian Islam Brunei Darussalam yang ditubuhkan pada tahun 1989, Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien yang merupakan hasil dari cantuman antara Institut Pengajian Islam Brunei Darussalam dengan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam pada tahun 1999 (Fakulti ini ditubuhkan di UBD pada tahun 1993). Turut merancakkan pengajian Islam dalam tahun-tahun tersebut ialah penubuhan Maahad Islam Tutong dan Institut Tahfiz Al-Quraan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Setelah itu dengan izin Allah jua, selepas 8 tahun kemudian iaitu pada awal tahun 2007, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izaddin Waddaulah, telah mengisytiharkan penubuhan Universiti Kedua bagi Brunei iaitu Universiti

(5)

Islam Sultan Sharif Ali, diikuti dengan tertubuhnya Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan pada tahun yang sama. Fenomena ini memperlihatkan dengan jelas betapa pekanya dan besarnya minat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada menyediakan prasarana pendidikan Islam dari peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi yang dapat mengeluarkan ijazah Sarjana Muda, malah ijazah-ijazah lanjutan.

Pendidikan agama di peringkat rendah telah dibangunkan oleh al-Marhom Sultan Haji Omar Ali Saifuddien pada tahun 1956 iaitu 10 tahun sebelum tertubuhnya Sekolah Arab. Pendidikan Islam di peringkat rendah ini bertujuan untuk memberi pengetahuan Islam bagi memenuhi Fardu Ain secara teori dan amali. Pendidikan Islam yang penubuhan dan perkembangannya dibantu oleh Kerajaan Johor, Persekutuan Tanah Melayu (pada masa itu) telah benar-benar meninggalkan kesan yang sangat besar kepada generasi Brunei pada masa itu, benar-benar membuka mata dan menjadikan anak-anak Brunei memiliki pengetahuan Islam yang baik. Pendidikan itu masih berjalan hingga kini dengan perubahan-perubahan dan pembaikan-pembaikan dari semasa ke semasa mengikut sistem pendidikan agama di Negara Brunei Darussalam.

Walau bagaimana pun tidak semua anak-anak Brunei berpeluang menghadiri Sekolah Rendah Agama ini. Setengah pelajar yang belajar di sekolah kerajaan dan swasta tidak menghadirinya. Oleb kerana itu satu persetujuan telah dicapai antara Jabatan Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Pelajaran Brunei pada tahun 1965 untuk mengadakan mata pelajaran agama sebagai satu mata pelajaran di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta. Langkah ini sebanyak sedikit telah dapat menampung kekurangan pengetahuan agama kepada pelajar-pelajar yang tidak menghadiri sekolah rendah agama yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Ugama. Pada masa ini, mata pelajaran agama yang dikenali sebagai IRK itu dikategorikan sebagai wajib dipelajari dari peringkat rendah hingga ke peringkat menengah tiga (di mana para pelajar mengambil Penilaian Menengah Bawah-PMB).

Dalam pada itu Kementerian Pendidikan juga menawarkan mata pelajaran agama yang boleh diambil di peringkat “O” dan “A” Level (dalam bahasa Melayu). Sebenarnya mata pelajaran agama ini mempunyai kekuatannya dan keistimewaannya tersendiri kerana selain menjadi syarat untuk boleh memasuki Maktab Perguruan Ugama Seri Begawai (dulu hingga sekarang), ia juga membantu pelajar-pelajar bagi memilih apa-apa jua

(6)

jurusan yang bersesuaian di Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Dan menariknya lagi mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam adalah diambil kira dalam syarat kemasukan ke Tingkatan Enam. Kelebihan ini tidak begitu disedari, namun ia wujud.

Apa yang ingin saya jelaskan di sini ialah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menyediakan prasarana pendidikan Islam yang dapat dikatakan teratur, tersusun dan baik di bawah kerjasama antara Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan Kementerian Pendidikan. Ini bermakna dalam pada hasrat kita untuk memenuhi tuntutan globalisasi dan

marketable dengan memberi penekanan kepada mata-mata pelajaran umum

seperti sains, metamatik dan bahasa Inggeris, namun mata pelajaran agama juga tidak ketinggalan. Contohnya kerjasama ini pernah diperlihatkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan yang sebelum merdeka, kedua-duanya merupakan dua buah jabatan kerajaan. Perkara ini dapat dirujuk kepada buku saya bertajuk “Islam di Brunei Darussalam

Zaman British (1774-1984)”. Antara lain saya menukilkan dalam muka

surat 269-270:

Adalah disedari bahawa Sekolah Rendah Agama tidak berupaya memberikan pendidikan dan pelajaran agama kepada setiap anak-anak Islam tempatan. Sesuai dengan hasrat Perlembagaan Brunei yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara dan hasrat negara untuk membentuk dan melahirkan mesyarakat Brunei yang mempunyai pengetahuan asas agama, maka pengetahuan agama Islam sebagai satu mata pelajaran telah dilaksanakan di Brunei pada tahun 1965. Dengan yang demikian, murid-murid yang tidak berkesempatan mengikuti Sekolah Rendah Agama disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan berpeluang menikmati kemudahan ini.

Sebagai langkah permulaan sistem ini dibuat di Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) pada 1 Julai, 1965. Kemudian secara perlahan-lahan sistem ini dikembangkan ke semua sekolah-sekolah di Brunei sama ada Sekolah Melayu atau Inggeris termasuk Sekolah Misi dan Pertukangan.

(7)

i. Memupuk dan menggalakkan pendidikan pelajaran asas agama Islam yang wajib dikalangan murid-murid supaya dapat dijadikan amalan sehari-hari sebagai seorang Islam. ii. Menanam dan memperkembangkan kerohanian yang sihat

berpandukan asas keagamaan Islam untuk menjadi panduan hidup murid-murid dalam masyarakat dan untuk dapat dipergunakan bagi faedah agama, nusa dan bangsa. iii. Menanamkan kepercayaan bahawa Islam adalah satu cara

hidup yang lengkap lagi sempurna dan menjadi sumber kekuatan dalam perlembagaan dan pembangunan kemasyarakatan.

iv. Memperkenalkan kepada murid-murid akan pengertian dan pengetahuan Islam yang sebenarnya dari segi hukuman, sejarah, dan akhlaknya dan lain-lain bagi memberikan keinsafan kepada mereka bahawa agama Islam adalah satu agama yang benar-benar tinggi dan bertamadun sesuai untuk memenuhi syarat-syarat kehidupan manusia. v. Memupuk perasaan persaudaraan yang sihat di kalangan

umat manusia yang berbilang bangsa dan agama.

Berdasarkan matalamat no. i – iv jelas bahawa cita-cita Islam dan cita-cita negara ialah untuk melahirkan generasi yang beriman dan beramal salih yang sedar dan tahu akan kewajipan di dunia dan akhiratnya. Juga memahami bahawa Islam itu adalah agama yang menggalakkan tamadun dan kemajuan dalam segala bidang kehidupan dan bukannya agama yang membawa kemunduran. Matlamat no. v pula memberi peluang kepada bangsa lain untuk memahami konsep Islam yang sebenar, di samping menimbulkan rasa hormat dan menjalin setiakawan dalam negara yang berbilang bangsa dan agama itu.

Selain dari matlamat dan tujuan di atas, pengetahuan agama Islam sebagai satu mata pelajaran juga memberi faedah kepada murid-murid yang hendak mengambil peperiksaan bersijil……Perlu

(8)

di ingat bahawa Pengetahuan Agama Islam sebagai satu mata pelajaran ini bukanlah satu sistem baharu. Sebagaimana dijelaskan di atas, ia sudah diperkenalkan sejak tahun 1936 bilamana Dato Marsal bin Maun menjadi Penguasa Pelajaran Melayu beliau telah memasukkannya ke dalam Jaduan Harian. Sistem ini berterusan hinggalah ke penghujung tahun 40-an. Pada tahun 60-an nampaknya ia dihidupkan semula. Perbezaannya ialah sistem lama semata-mata untuk memberi pengetahuan dan latihan kerohanian kepada murid-murid. Tetapi sistem baharu ini, di samping tujuan tersebut, juga ia mengandungi nilai-nilai ekonomi dan merupakan salah satu mata pelajaran pilihan untuk satu-satu sijil akademik…….Kelulusan Maktab Perguruan Ugama diberikan sukatan gaji yang sama dengan mereka yang lulus dari Maktab Perguruan Hassanal Bolkiah, Gadong (pada masa itu). Ini menunjukkan bahawa mata pelajaran agama sudah diiktiraf oleh pihak berkuasa dan ada nilai ekonominya di Brunei.

Apa yang sangat penting di sini ialah metodologi pengajaran dan pembelajaran, dan kurikulum mata pelajaran agama itu sendiri perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Sehubungan itu keupayaan guru-guru agama dalam menyampaikan mata pelajaran agama juga perlu dipertingkatkan. ICT sebagai satu alat pendidikan terkini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Jika semuanya ini dapat dipenuhi, maka saya rasa mata pelajaran agama akan sangat diminati dan semua anak-anak Brunei akan mempunyai pengetahuan duniawi dan ukhrawi. Ini akan membezakan anak-anak Brunei dari anak-anak lain di rantau ini. Pengetahuan agama itu juga akan membantu bagi penghayatan mata pelajaran MIB. Kedua-duanya akan menjadi satu gabungan yang berkesan jika dapat diolah dengan sempurna.

Tapak Sistem Pendidikan Islam

Setelah melihat dari perspektif sejarah pendidikan Islam itu di Brunei dari dahulu hingga sekarang, kita bertanya: apakah ia telah turut menyumbang kearah merealisasikan negara zikir? Kalau ya, maka apakah landasan atau tapak kukuh bagi pembangunan pendidikan tersebut.

Al-Hamdulillah, bagi saya kita sangat beruntung dan bertuah kerana mempunyai sebuah negara yang telah ditakdirkan dan diberi petunjuk oleh

(9)

Allah subhanahu wataala untuk menjadi negara yang mengamalkan ajaran Islam. Negara ini mempunyai tapak dan mekanisme yang kukuh untuk membolehkan ajaran Islam berkembang dengan baik. Salah satu mekanisme untuk mengembangkan ajaran Islam itu ialah melalui sistem pendidikan Islam. Landasan atau tapaknya terdari dari beberapa faktor utama, antaranya ialah

i. Titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku “Uli al-Amri” yang perlu ditaati segala arahannya dan perintahnya yang membina dan berkebajikan sebagaimana firman Allah Taala :

ﻢﻜﻨﻣ ﺮﻣﻷا ﻰﻟوا و لﻮﺳﺮﻟا اﻮﻌﻴﻃا و ﷲا اﻮﻌﻴﻃا

Maksudnya: Taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasulullah, dan kepada Uli al-Amri yang berkuasa dari kalangan kamu (Surah An-Nisa, Ayat 59).

Taat kepada Uli al-Amri itu ialah selama mana perintah itu tidak berlawanan dengan syariat dan akidah Islam. Wajib taat itu bermakna menutup segala jalan untuk keluar dari taat tersebut. Dengan taat itu juga mewujudkan perpaduan, ikatan yang kukuh dan kesejahteraan umat.

ii. Terciptanya perlembagaan Negara Brunei 1959 yang dipelopori oleh Al-Marhom Sultan Haji Omar Ali Saifuddien menjadi satu tapak yang kukuh dan pendorong yang kuat untuk negara ini melonjak maju ke alam moden dan membolehkan ajaran Islam berkembang dengan subur. Perlembagaan ini telah menggariskan kedudukan Islam dengan jelas, tegas dan penuh yakin iaitu:

Agama resmi bagi negeri ini ialah agama Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah tetapi dengan agama yang lain boleh diamalkan dengan aman dan sempurna oleh mereka yang mengamalkannya. (Dalam Undang-undang

Agama dan Mahkamah Kadhi 1955, halaman 17 ada menyebutkan “Ahli Sunnah Waljamaah, Mazhab Shafi’i)

(10)

Sewajarnya kerasmian agama Islam itu bukan hanya dalam teori, malah ugama dalam praktik, amalan individu, sendi-sendi dan struktur pemerintahan. Kenyataan seperti ini tidak wujud dalam lain-lain perlembagaan di rantau ini. Kenyataan ini telah menjadi benteng yang kuat bagi negara Brunei Darussalam untuk menempuhi segala cabaran di sepanjang zaman yang menyebabkan segala ajaran sesat dan menyeleweng sukar untuk menembusi masyarakat dan negara.

iii. Sehubungan itu berdasarkan Perlembagaan Brunei, 1959 negara ini telah membina Undang-Undang Islamnya sendiri, juga mempunyai Majlis Ugama Islam yang menjadi badan legislatif iaitu badan tertinggi mengenai agama Islam yang mana ketua agama Islam itu di Brunei ialah Sultan yang memerintah. Dan Jabatan Hal Ehwal Ugama yang menjadi badan eksekutif, kemudiannya selepas dua tahun pencapaian kemerdekaan, Jabatan ini telah diangkat menjadi Kementerian Hal Ehwal Ugama.

iv. Watikah perisytiharan Kemerdekaan Brunei 1984 yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, menjadi satu lagi tapak yang kukuh kerana ia menyatakan falsafah negara, corak pemerintahan dan kedudukan agama Islam iaitu:

Dengan izin serta limpah kornia Allah subhanahu wataala akan selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, dan demokrasi, bersendikan kepada ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah dan dengan berasaskan kepada keadilan, ketenteraman dan keselamatan.

v. Suasana penghayatan beragama di negara ini, yang mana sejak turun temurun masyarakat di negara ini menghayati ajaran Islam, berakhlak dengan akhlak Islam, dan beradat istiadat dengan lunas-lunas Islam dalam kehidupan mereka sehari-hari. Tatacara tradisi ini diikuti dan dipatuhi sebagai satu undang-undang yang tak bertulis. Termasuk dalam erti kata suasana ini

(11)

ialah mengangkat hari-hari kebesaran Islam ke tahap sambutan negara di mana kepala negara sendiri akan berangkat merasmikannya yang mana ini jarang-jarang dilakukan di tempat-tempat lain. Hari-hari kebesaran Islam itu ialah Sambutan Awal Tahun Baharu Islam, Sambutan Isra’ Mekraj, Sambutan Maulid Nabi sallallahu alaihi wasallam, Sambutan Nuzul al-Quraan, Sambutan Hari Raya Aidil Adha, Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Malahan dalam sambutan hari keputeraan baginda Sultan sendiri dan sambutan Hari Kebangsaan – acara-acara keagamaan tidak ditinggalkan.

Jadinya kelima-lima faktor di atas telah mencorakkan sistem pendidiken Islam di negara ini yang mana dari pendidikan tersebut telah melahirkan sahsiah-sahsiah yang lohor, peka kepada agama, berawar-galat, bersopan santun dan berpakaian mengikut calak kebruneian.

Pendidikan Islam tersebut secara formal atau informal, telah berjaya melahirkan pemimpin-pemimpin negara hari ini baik ia pemimpin dalam bidang keagamaan atau bidang-bidang lain. Pokoknya sebanyak sedikit mereka mendapat pendidikan Islam yang baik yang mana pendidikan itu telah dapat menyelesaikan ‘fardu ain’ pelajar Islam di Brunei, hanya yang berbeza ialah peratus kemantapannya. Pelajar yang menghadiri sekolah rendah agama, mungkin lebih mantap lagi berbanding pelajar-pelajar yang hanya menghadiri kelas ‘satu mata pelajaran agama’ di sekolah umum kerajaan dan swasta. Aspek kemantapan inilah yang perlu diteliti dan diperbaiki khasnya apabila Kementerian Pendidikan mengenalkan “Sistem Pendidikan Abad 21” atau SPN 21 supaya generasi akan datang dilengkapi bukan sahaja dengan ilmu duniawi tapi juga ilmu ukhrawi. Saya rasa perkara ini akan dapat diatasi dengan adanya kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan di dalam penggubalan kurikulum mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam atau IRK (Islamic Religious Knowledge) dan pedadogi serta metodologi pengajaran IRK itu di sekolah-sekolah.

Adalah diharapkan dengan penubuhan Universiti Islam Sultan Sharif Ali di negara ini akan dapat melahirkan para ulama dan cendekiawan yang berwibawa, memiliki ilmu ICT, bahasa Inggeris dan bahasa Arab, di samping mahir dalam bahasa nasional. Universiti Islam Sultan Sharif Ali bukan sahaja mengajarkan ilmu-ilmu Islam tulen, juga mengenalkan program-program yang diperlukan oleh masyarakat dan negara dewasa ini

(12)

seperti program Kewangan Islam, program Undang-Undang dan lain-lain program dari semasa ke semasa.

Kesimpulan

Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa usaha Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan selama ini adalah jelas menjadi asas yang kuat untuk merealisasikan ‘Negara Zikir’.

Soalnya ialah apakah apabila di lebal sebagai “Negara Zikir’ itu akan menghalang kemajuan negara, atau akan menghalang kita dari terlibat dalam arus globalisasi. Jawabnya: sama sekali tidak, kerana ajaran Islam itu sendiri adalah ajaran antara bangsa. Ia bukan untuk satu-satu kaum, tetapi untuk seluruh umat manusia di dunia. Semua bangsa di dunia ini berhak untuk memeluk Islam tanpa mengira asal usul, rupa bangsa, warna kulit dan status kehidupan mereka. Dengan mengamalkan ajaran Islam, kita akan beruntung di dunia dan akhirat. Sebaliknya dengan meninggalkan ajaran Islam, kita mungkin beruntung sedikit di dunia tetapi akan menghadapi kerugian besar di akhirat. Sedangkan sepanjang masa kita berdoa mahukan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Sejauh ini jelas bahawa keteguhan berpegang dengan prinsip-prinsip Islam tidak membawa kerugian. Ini dibuktikan misalnya pengharaman arak, penubuhan bank Islam, pemantauan terhadap permakanan halal haram, pengharaman terhadap tembakau, dan sebagainya jika kita bersungguh-sungguh mengawal dan menerokanya, Insya Allah kita akan mendapat keuntungan dan keberkatan. Sebaliknya jika hanya sambil lewa itulah yang mendatangkan kerugian bukan disebabkan produk itu sendiri, tetapi disebabkan human factors yang tidak efision, lalai dan lengah.

Maka dengan memenuhi hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagaimana titah baginda di atas, Insya Allah anak cucu kita akan selamat, masyarakat selamat, agama selamat dan negara selamat.

(13)

RUJUKAN:

Al-Quraan al-Karim

Al-Sunnah al-Nabawiyyah

Perlembagaan Negeri Brunei 1959.

Titah-Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sheikh Abdullah Basmeih, Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada

Pengertian Al-Quraan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana

Menteri, Malaysia, 1988.

Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman, Islam di Brunei Darussalam, Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001.

____________, Islam di Brunei Darussalam Zaman British

Referensi

Dokumen terkait

3 Wawancara dengan Ibu Farid yang dilakukan pada tanggal 13 November 2016... Dengan membawa anak bungsu yang usia 3 tahun Eni selalu membawa keperluan yang dibutuhkan

Rahardi (2006: 100-101) menjelaskan, di dalam linguistik, konteks wacana atau teks dapat dibedakan menjadi sedikitnya menjadi tiga. 1) Konteks tuturan (context of utterance),

lingkungan yang mempersepsikan rendah untuk kondisi lingkungan, setelah diamati karakteristik kedua responden tersebut ternyata responden 95 sudah tinggal selama 17 tahun

Proxy Server adalah sebuah komputer server atau program komputer yang dapat bertindak sebagai komputer lainnya untuk melakukan request terhadap content dari internet atau

Pada Tabel 3 dapat dilihat buah yang berukuran besar dimana panjang buah dan diameter buahnya nilainya lebih tinggi dan daging buah tebal dan juga menghasilkan bobot per

Sistem yang dibangunkan ini adalah bertujuan untuk mcnycdiakan pakej pembelajaran tiga bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa lnggcris dan aha Cina yang khusus

 DME dapat disintesa dari berbagai macam bahan baku seperti gas alam, batubara, metanol dan berbagai macam biomassa seperti sampah organik. dan limbah

Oleh sebab itu, sebelum menggunakan 3D Pageflip Professional guru harus mendesain tampilan modul elektronik dengan sangat menarik agar dalam proses pembelajaran siswa merasa