• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSEP SEDEKAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KONSEP SEDEKAH"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

c

c

‘

j

Bersedekah adalah di antara amalan sunat yang sangat dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka. Malah amalan mulia ini bukan hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Tangan yang di atas (orang yang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang ada di bawah (http://nurjeehan.hadhituna.com.2008.09.suburkan -sedekah)

Kita juga disarankan agar tidak mengungkit segala pemberian kerana perbuatan mengungkit dan riak ini akan membatalkan sedekah (Mohammad Nidzam. 2006 : 172). Kekayaan juga tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta. Setiap kebaikan yang sama ada dalam bentuk spritual dan fizikal sebenarnya sedekah. Amalan sedekah juga lambang kebenaran iman kerana makna sedekah itu sendiri bermaksud µbenar¶. Sekecil mana sumbangan yang dihulurkan ia cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan, malah µbuah tangan¶ yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman, walaupun cuma untuk seketika. (Mohammad Nidzam. 2006:150)

Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka dalam kesempitan. Nas daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w jelas menganjurkan umat Islam menghidupkan amalan sedekah, kerana banyak manfaatnya. Sedekah pula tidak semestinya wajib dengan duit atau wang sahaja, memberi makan kepada orang yang berpuasa atau lapar, menyedekahkan baju-baju terpakai, menolong kawan yang berada di dalam kesusahan juga boleh dikategorikan dalam amalan sedekah.Antara contoh pekerja yang memotong rumput atau meengutip sampah dengan lori sampah biasanya kehausan. Besar pahalanya kalau kita dapat menyediakan segelas atau sebotol air kosong untuk mereka khususnya jika cuaca panas. Itu juga dikira sebagai sedekah dan besar ganjarannya di akhirat kelak. (Mohammad Nidzam. 2006:150)

(2)

ë

ë

‘

£

£

Sedekah itu berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu as-Sadakah yang bermaksud benar. Jadi apabila kita sebut tentang keimanan mahupun keyakinan kepada janji Allah s.w.t., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian.Jelaslah sedekah itu adalah sebagai bentuk pembuktian kepada kebenaran iman kita dengan mengeluarkan sebahagian daripada harta kita yang Allah s.w.t. kurniakan. Sedekah yang berasal daripada bahasa Arab , iaitu sadaqah ini turut diguna pakai dalam bahasa Malaysia.( http://blog.amirez.com/berkat-rezeki-kerana-sedekah/ ).

Maksud yang sama ialah menderma, membelanjakan wang atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang balasan.Sedekah juga adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak.Sesetengah pendapat mengatakan sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan daripada baginda S.A.W. bahawa barangsiapa yang bersedekah walaupun hanya sekecil sebiji buah kurma, tetapi dengan syarat harta yang disedekahkan itu benar-benar suci, maka Allah mula memelihara sedekah tersebut sepertimana kita memelihara anak-anak sehinggalah sedekah tersebut dapat dihimpunkan dan menjadi sebesar sebuah gunung (Maulana Muhammad Zakariya. 1999:17).

Pengertian sedekah juga ada disebutkan di dalam kitab I'aannatul Taalibin juzuk yang ketiga pada halaman 171 seperti berikut:

``Sedekah bererti sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada seseorang lain yang memerlukannya dengan tidak mengharapkan balasan pahala atau mengharapkan balasan pahala di akhirat sekiranya pemberian itu kepada orang kaya.''

Di sebut juga di dalam kitab berkenaan pada halaman yang sama bahawa sedekah ini tidak disyarat lafaz ijab dan qabul (Nora Murat. 2010:18). Al-Jurjani berkata, ³Sedekah adalah pemberian yang diharapkan dengannya pahala dari Allah. Raghib Al-Ashfahani mendefinisikan sedekah sebagai, sesuatu yang manusia keluarkan dari hartanya dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah seperti zakat.

(3)

Namun begitu, sedekah secara asal dipakai untuk yang sunnah sedangkan zakat untuk yang wajib.

Istilah lain untuk kata sedekah adalah µinfak¶. Dari segi istilah, infak lebih bersifat umum. Infak biasa dipakai untuk yang bersifat wajib, iaitu zakat atau yang bersifat sunnah, iaitu sedekah. Sedekah atau infak dalam istilah khusus adalah pemberian berupa harta dengan hanya untuk mencari redha Allah. Walaupun secara umum, maksud sedekah itu lebih luas, iaitu segala bentuk kebaikan, baik dilakukan dengan harta atau tidak, baik kemanfaatannya kembali kepada orang lain atau kepada diri sendiri.( http://halaqah.net/v10/index.php?topic=262.0.). Sesuai sabda Nabi yang bermaksud:

å (Hadis Riwayat Muslim)

‘

j

£

Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah.Namun sedekah yang dirahsiakan lebih baik. Sesungguhnya sedekah dapat menghapus kesalahan sebagaimana air memadamkan api.( Syahrin Jasah. 2008: 28)

Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Contohnya, kita membeli kipas angin, penghawa dingin, tikar atau al-Quran untuk digunakan oleh masyarakat umum di premis tersebut. Saranan bersedekah ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud:

å (al-Baqarah: 271)

Selain itu dalam surah Al-Munafiqun juga Allah telah menegaskan . ³Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada

(4)

ù

kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.´ (al-Munafiquun: 10)

Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. ³Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api´ (Hadis Riwayat At Tirmidzi). Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja.

Agar bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati erti µsedekah¶. Beberapa perkara perlu diambil perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah. Pertama, barang yang disedekahkan itu hendaklah baik, elok dan tidak malu untuk dipakai. Biarlah bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah. Kedua, bersedekah dengan benda yang halal. Ketiga, sunat bagi pemberi sedekah atau derma bersedekah dan berderma daripada benda yang disukai dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak.

Keempat, bersedekah disertai dengan keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah. Kelima, sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya.Keenam, sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita (http://melayucyber.blogdrive.com/archive/cm-10_cy-2005_m-10_d-14_y-2005_o-0.html).

(5)

ÿ

ù

£

ùc £

Harta benda merupakan antara perkara yang boleh dijadikan bahan untuk bersedekah. Sedekah harta benda boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sedekah wajib dan sedekah sunat. Sedekah wajib ini juga dikenali sebagai zakat. Zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu zakat harta dan zakat fitrah.

Zakat menurut bahasa bererti berkat, subur, bersih dan banyak. Menurut istilah pula zakat dirujuk kepada nama bagi perkara yang dikeluarkan daripada harta benda atau diri (badan) dengan cara yang khusus. Ada ulama yang mentakrifkan zakat sebagai nama bagi pengambilan sesuatu yang khusus daripada harta benda yang khusus dengan cara yang khusus untuk kumpulan yang khusus. Zakat merupakan satu fardu yang dikenakan ke atas umat Islam.

Zakat merupakan tanggungjawab sosial yang perlu dipikul oleh golongan yang kaya dan yang berpendapatan tinggi, untuk meringankan beban yang dipikul oleh golongan yang tidak berharta dan berpendapatan rendah dalam menjalani kehidupan seharian. Zakat juga merupakan salah satu rukun Islam yang lima seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. dalam sabdanya yang bermaksud :

Daripada Ibn Umar r.a berkata : µRasulullah SAW bersabda : Islam dibina atas lima perkara iaitu syahadah sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan sesungguhnya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan Haji , dan berpuasa di bulan Ramadhan.¶(Ariffin Omar, 2006 : 32-33). ùc c

Terdapat sebanyak tujuh jenis harta berdasarkan hadis yang diriwayatkan berhubung harta benda yang dikenakan zakat tidak termasuk perusahaan iaitu :

1.‘ Haiwan ternakan

Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat ialah unta, lembu, dan kambing. Umat Islam kini perlu melihat dan memikirkan tentang pelbagai haiwan yang dahulunya tidak diternak secara besar-besaran, tetapi sekarang haiwan tersebut diternak secara

(6)

u

komersial yang mendatangkan keuntungan lumayan dan menjadi sumber ekonomi yang penting kepada masyarakat. Contohnya ayam daging, telur ayam, rusa, dan burung kasawari. Malah ternakan dalam air seperti ikan, udang, kerang dan lain-lain menjadi sumber ekonomi yang lumayan kepada penternak.

Oleh yang demikian sebarang ternakan yang menjadi mata pencarian kepada masyarakat pada masa kini dan masa-masa akan datang perlulah dikiaskan dengan haiwan ternakan yang pernah menjadi mata pencarian dan sumber ekonomi kepada masyarakat pada zaman Rasulullah SAW. Hal ini dilakukan supaya masyarakat penternak yang menceburkan diri dalam bidang ternakan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa juga berpeluang menunaikan ibadat zakat ini. (Ariffin Omar, 2006 : 34).

2.‘ Barang Kemas

Daripada hadis yang diambil dari kitab al-Bukhari maksudnya ³ Rasulullah SAW bersabda : Tidak dikenakan sedekah pada unta yang kurang daripada lima ekor. Tidak dikenakan sedekah pada perak yang kurang daripada lima awaq (dua ratus dirham) dan tidak dikenakan sedekah pada buahan atau bijian yang kurang daripada lima ausuq (tiga ratus gantang).

Menurut al-Daraqutni dalam kitab hadisnya, daripada Amr ibn Syuaib daripada bapanya daripada datuknya daripada Rasulullah SAW bersabda : Dan tidak dikenakan zakat pada emas yang kurang daripada dua puluh timbangan berat.

Berdasarkan kedua-dua hadis di atas, barang kemas yang diwajibkan zakat hanya perak dan emas.

3.‘ Biji-bijian

Wajib zakat ke atas bijian seperti gandum. Manakala bijian lain atau bahan makanan yang berasaskan perhumaan perlulah dikiaskan dengan gandum kerana semua bahan makanan itu menjadi rezeki kepada manusia dalam menjalani kehidupan di dunia ini. (Ariffin Omar, 2006 :37).

(7)

Œ

4.‘ Buah-buahan

Buah-buahan yang diwajibkan zakat hanyalah tamar dan zabib. Buah yang lain yang ada dalam negara kita dan negara lain seperti durian, rambutan, pisang, manggis, kelapa, kelapa sawit, dan lain-lain yang menjadi sumber kewangan dan rezeki kepada penduduk yang memiliki iklim tertentu maka perlulah dikiaskan dengan tamar dan zabib, supaya umat Islam yang hidup dalam pelbagai iklim ini berpeluang berbuat ibadat zakat ini.

5.‘ Barang perniagaan.

Pendapatan yang dihasilkan menerusi perniagaan diwajibkan zakat. Contohnya perniagaan kain. Maka perniagaan lain seperti bidang makanan, perumahan, kenderaan, perubatan, dan lain-lain bahan di mana bahan-bahan itu menjadi keperluan, sumber rezeki dan kekayaan masyarakat kini, hendaklah dikiaskan dengan perniagaan kain.

6.‘ Harta simpanan dan galian.

Harta simpanan dan galian ini perlu juga diperluaskan kepada semua barang yang tertanam di dalam bumi dan di dasar laut yang mempunyai nilai harga tersendiri, dan semua bahan galian yang menjadi sumber rezeki serta pendapatan kepada manusia, sama ada galian yang berbentuk cecair, gas, mahupun bijih, bukan hanya perak dan emas. (Ariffin Omar, 2006 : 38-44).

ùcë

Ia disebut dengan zakat fitr dan sedekah fitr kerana kewajipannya disebabkan kehadiran Hari Raya Puasa pada satu Syawal, dan ia juga disebut sebagai zakat fitrah. Zakat fitrah diwajibkan ke atas manusia untuk membersihkan diri dan menyuburkan amalannya.

Zakat fitrah difardukan dengan dua matlamat seperti berikut :

1.‘ Membersihkan kecacatan puasa yang disebabkan perbuatan dan sebagainya yang tidak baik yang dilakukan oleh orang yang berpuasa. 2.‘ Menjadi sumber rezeki kepada golongan fakir dan miskin.

(8)

Pada dasarnya, zakat harta dan zakat fitrah difardukan ke atas umat Islam atas tujuan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh orang fakir, miskin dan sebagainya. Orang yang mampu memberi bantuan kewangan kepada orang lain ialah orang yang kaya. Oleh itu wajarlah kedua-dua jenis zakat itu difardukan ke atas orang yang kaya sahaja, tidak ke atas orang miskin dan fakir. Kadar zakat fitrah pula boleh ditunaikan dengan segantang makanan yang mengenyangkan masyarakat setempat atau dengan mata wang yang sama nilai dengan segantang makanan tersebut. Zakat fitrah boleh ditunaikan sebelum menjelang raya sehinggalah kepada awal pagi Syawal sebelum solat sunat hari raya. (Ariffin Omar, 2006 : 58).

Golongan yang mendapat zakat ialah : 1.‘ -akir

Golongan fakir ialah orang yang tidak ada sebarang harta dan pekerjaan atau ada tetapi tidak cukup untuk menampung keperluan seharian.

2.‘ Miskin

Golongan miskin ialah orang yang mampu untuk menghasilkan keperluan seharian tetapi tidak boleh menampung sepenuhnya terhadap keperluannya.

3.‘ Amil

Amil ialah orang yang bertugas untuk memungut zakat dan memberikannya kepada orang yang berhak menerimanya. Para amil ini diberi ganjaran berasaskan sumbangan tenaga yang diberikannya sama ada mereka itu terdiri daripada orang yang kaya atau orang yang fakir.

4.‘ Mualaf

Rasulullah SAW memberi zakat kepada orang yang baru memeluk Islam untuk menjinak-jinakkan mereka, di samping mengharapkan mereka mempengaruhi kaum masing-masing supaya memeluk Islam.

5.‘ Hamba

6.‘ Orang yang berhutang ada dua bahagian :

(9)

0

b.‘ Orang yang berhutang, dan hutangnya itu digunakan untuk maslahat dirinya sendiri.

7.‘ Pada jalan Allah SWT

Segala bentuk ibadat umum yang boleh mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan menghindarkan keburukan daripada mereka dan juga ibadat khusus yang memerlukan kewangan dalam menunaikannya di bolehkan mendapat zakat.

8.‘ Orang Musafir

Orang musafir dapat mengambil manfaat untuk dirinya daripada harta zakat bagi menampung keperluannya dalam satu-satu perjalanan. (Ariffin Omar, 2006 : 63- 91). ù ë £

1.‘ Hibah

Perkataan hibah dari segi bahasa diertikan sebagai pemberian atau kurniaan. Perkataan hibah dari segi istilah ialah memberi milik tanpa sebarang gantian. Hibah merupakan salah satu cara untuk memberi dan mengurniakan harta benda kepada seseorang. Sesiapa sahaja harus menghibahkan hartanya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Bapa juga boleh menghibahkan hartanya kepada anak-anaknya dengan saksama. Cara ini agak terbaik bagi seseorang bapa untuk melihat dan melatih anak-anaknya menyelenggarakan harta yang diberikan kepadanya.

2.‘ Hadiah

Hadiah dari segi istilah bermakna sesuatu yang diberi kerana kasih sayang dengan maksud memberi penghormatan kepada orang yang menerima hadiah. Ia juga ditakrifkan sebagai sesuatu yang diambil tanpa syarat pertolongan. Memberi hadiah merupakan amalan yang digalakkan.

3.‘ Wasiat

Perkataan wasiat diertikan sebagai sambungan atau hubungan, dari segi istilah wasiat bermaksud membuat perjanjian dan perjanjian itu terlaksana sesudah meninggal dunia.

(10)

c

4.‘ Wakaf

Perkataan wakaf dari segi istilah ialah pencegahan daripada menjual asal (harta) dengan cara khusus dan disedekahkan faedah dan hasilnya. (Ariffin Omar, 2006 : 94-110)

5.‘ Ibra¶ al-Dain ( Pelepasan Hutang)

Pelepasan hutang sangat digalakkan, terdapat firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 279-280 yang menggalakkan supaya pemiutang menyedekahkan hutangnya kepada orang yang berhutang. Perbuatan menyedekahkan hutang adalah perbuatan yang baik kerana pihak pemiutang telah membantu [ihak yang berhutang yang berada dalam keadaan yang sempit dan kurang kemampuan untuk membayar hutang. (Ariffin Omar, 2006 :116-117).

6.‘ Pengguguran Hak

Apa yang dimaksudkan dengan hak dalam perbahasan ini ialah suatu ganjaran atau balasan yang perlu diterima oleh seseorang sama ada ia berbentuk harta benda seperti diat atau bukan harta benda seperti qisas iaitu melakukan kecederaan yang sama dengan kecederaan yang dialaminya ke atas pesalah. Pengguguran terhadap hak ± hak ini adalah menjadi sedekah. (Ariffin Omar, 2006 : 120-121)

ÿ

‘

£

Allah (s.w.t.) berfirman, å !" (Al-Baqarah: 245) Menginfakkan harta di jalan Allah telah diumpamakan dengan memberi hutang kepada Allah. Sebagaimana hutang, maka mengembalikannya adalah sangat penting, demikian juga dengan pahala dan ganjaran sudah pasti akan didapatkan oleh mereka yang menyedekahkan hartanya di jalan Allah. Kerana itulah, maka ditafsirkan dengan

(11)

cc

hutang. Umar ra. berkata bahawa µmemberi hutang kepada Allah¶ maksudnya adalah menyedekahkan harta di jalan Allah. (Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad Zakariyya, 1998: m/s 12)

Supaya bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati erti µsedekah¶. Beberapa perkara perlu diambil perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah.

Pertama: Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik, elok dan tidak malu untuk dipakai (boleh dipakai). Adalah tidak wajar dan paling tidak munasabah barang yang disedekahkan itu tidak tergamak kita gunakan sendiri. Biarlah bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.

å# $ % ! & !%'()*

Kedua: Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal, bukan haram atau subahat. Ketiga: Sunat bagi pemberi sedekah atau derma bersedekah dan berderma daripada benda yang disukai dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

å! & (al-Imran. 92). å+, -. , /.

(12)

Hadis ini menunjukkan amalan bersedekah walaupun hanya separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api neraka. Keempat: Bersedekah disertai dengan keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah. Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja.

å# $0 ! ! & & (Al-Baqarah-264). Kelima: Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Perbuatan ini dekat kepada keikhlasan dan jauh daripada riak kerana sifat ini boleh merosakkan amalan sedekah. Tiada gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian dan dikatakan pemurah kerana dengan keikhlasan sahajalah ganjaran pahala diperoleh.

å0 (Al Baqarah ± 271). (http://amalansedekah.blogspot.com/)

u

‘

£

£

Kelebihan sedekah sangat banyak. Ayat dan hadis yang menerangkan tentang keutamaannya hampir tidak terhitung jumlahnya. Diantaranya ialah:

1)‘ Pelipatgandaan pahala

(13)

c

å ! !" ! & (Al-Hadid: 18)

Rasulullah (s.a.w.) bersabda, å% 1 & !1 !" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). 2)‘ Menghapus dosa -irman Allah (s.w.t.), å & ! 2 (At-Taghabun: 17).

Rasulullah (s.a.w.) bersabda, å & (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

Rasulullah (s.a.w.) juga bersabda, å (Hadis Riwayat At-Tirmidzi). (http://www.pppa.or.id/)

3)‘ Mendapat naungan Allah Dari Abu Hurairah ra.:

Nabi (s.a.w.), beliau bersabda, å . !" & !" , 2

(14)

& , (Hadis riwayat Bukhari Muslim). (Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad Zakariyya, 1998: m/s 19)

4)‘ Menyelamatkan dari seksa api neraka

Rasulullah (s.a.w.) bersabda, å%. . $ (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah (s.a.w.) pernah berkhutbah, å# .$ % . (Hadis Riwayat Bukhari). (http://www.pppa.or.id/)

5)‘ Mendapat ganti

-irman Allah (s.w.t.) yang bermaksud:

å å / !"!!" !" ! (Saba: 39)

Maksudnya, kesempitan dan kelapangan (kemiskinan dan kekayaan) adalah berasal dari Allah. Jika kita berhenti dari bersedekah, maka itu tidak akan menjadikan kita kaya, dan jika kita menambah sedekah kita, maka hal itu tidak akan membuat kita miskin. Bahkan segala sesuatu yang diinfakkan di jalan Allah, balasannya akan kita peroleh nanti di akhirat. Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran,

(15)

cÿ

kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. (Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad Zakariyya, 1998: m/s 36)

6)‘ Malaikat mendoakan orang yang bersedekah. Hakim dan Tirmidzi ra. meriwayatkan suatu kisah yang panjang dari Jubair ra. Allamah Suyuti ra. telah menjelaskan kisah ini dengan lebih terperinci dalam kitabnya Durrul Mantsur. Abu Hurairah ra. menceritakan sabda Nabi (s.a.w.),

ß ß ß ß ß ß ß ß ß ß ß ß ß ß å2 ! 34 5 34 & 5

(Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad Zakariyya, 1998: m/s 37) 7)‘ Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita.

å& . (At Taubah-103).

Ayat itu menjawab dua soalan pokok, iaitu apa yang harus disedekahkan dan mengapa umat harus bersedekah. Sedekah adalah untuk membersih dan menyucikan (jiwa) dan disedekahkan daripada harta atau benda yang dimiliki.Sebenarnya sedekah bukan saja berbentuk kebendaan. Bagi yang tidak mampu atau tiada harta, Allah menghendaki mereka menyumbangkan usaha dan doa. Usaha termasuk menjadi sukarelawan, daya upaya, idea dan ikhtiar, kegiatan, perbuatan untuk mencapai, melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu usaha yang disumbangkan dan memanfaatkan mereka yang layak menerima sedekah.

8)‘ Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain. (http://amalansedekah.blogspot.com/)

(16)

cu

Œ

‘

G

G

G

G

Œ ‘ G G

c‘ M R l t lti l tl ilii ttl i tijil t tt i ti iti ti l l i i :/ ‘ Ml iii i ji l ttt iti t ii i i iit l tl i t i tl lii ‘ i! "#l#$tt å

(17)

Pengagihan dan pengaliran harta daripada orang kaya kepada golongan dan saluran seperti yang dinyatakan diharap dapat mewujudkan kasih sayang dan keharmonian di kalangan mereka.

Œë £

1.‘ Mendapat Pahala yang Besar.

Sesiapa sahaja dalam kalangan umat Islam yang bersedekah dan menderma sesuatu yang berfaedah kepada orang lain maka dia akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah pada hari akhirat. Orang yang bersedekah jiga mendapat lindungan Allah SWT di padang mahsyar. Mereka turut akan disediakan pintu khas untuk masuk ke syurga.

2.‘ Menjadi Benteng Api Neraka.

Amalan sedekah dan menderma boleh menjadi kifarah dan penebus kesalahan seseorang kepada keluarga, harta, dan jirannya. Sedekah dan derma juga boleh menjadi penghadang kepada api neraka.

3.‘ Mendapat Doa Kebaikan daripada Malaikat.

Setiap hari Allah SWT menurunkan dua malaikat bagi menemani manusia. Satu darinya berdoa kepada Allah supaya member gentian kepada temannya yang bersedekah manakala yang satu lagi berdoa supaya membinasakan temannya yang bakhil.

4.‘ Pahala Sedekah Sampai kepada Si Mati

Amalan sedekah boleh dilakukan oleh seseorang semasa hidup. Sedekah juga boleh dilakukan oleh seseorang dengan maksud menghadiahkan pahalanya kepada orang lain yang sudah meninggal dunia. Dapat disimpulkan, pahala sedekah orang yang masih hidup ternyata sampai kepada si mati.

5.‘ Menghapuskan Sikap Tamak Haloba

Manusia bersikap tamak kepada harta benda. Sikap ini wujud berterusan kepada manusia tanpa mengira peringkat umur, sehinggalah dia meninggal dunia. Harta benda tidak mampu untuk memenuhi sikap tamak haloba setiap manusia. Manusia perlu berusaha untuk membuang sifat tamak tersebut. Orang

(18)

c

yang memiliki harta yang banyak tetapi tidak membelanjakannya kepada Allah,maka dia akan papa kedana di akhirat kelak.

Œ £ £

1.‘ Tidak Menyusahkan Orang Lain.

Islam menggalakkan umatnya supaya bekerja keras menyara diri sendiri dan orang yang berada di bawah tanggungannya. Rasulullah SAW menggalakkan umatnya supaya bekerja sendiri dan tidak bergantung atas orang lain. Orang yang berusaha menyara hidupnya sendiri dan tidak meminta-minta kepada orang lain dikira sebagai orang yang tidak menyusahkan orang lain.

2.‘ Memberi Pertolongan kepada Orang Lain

Islam menggalakkan umatnya supaya sentiasa member pertolongan kepada orang lain. Pertolongan yang diberikan itu boleh meringankan beban yang dittanggung dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Konsep tolong-menolong, tidak cela-mencela, dan saling member sumbangan merupakan rahsia kekuatan umat Islam sekiranya mereka benar-benar menjiwainya. Sabda Rasullulah yang bermaksud:

å

(al-Asqalani 1989, 10:449)

3.‘ Memberi Kasih Sayang kepada Semua Makhluk.

Memberi kasih sayang kepada kepada haiwan peliharaan atau bukan peliharaan seperti member makan dan minum adalah sangat digalakkan Islam. Allah akan memberi keampunan dan ganjaran yang setimpal kepada sesiapa yang member layanan baik kepada haiwan. Islam melarang umatnya membunuh haiwan yang tidak berbahaya kepada manusia. Kerana haiwan itu turut bertasbih kepada Allah SWT.

(19)

c0

Œù £ £

1.‘ Menyediakan Diri dengan Sifat-sifat Mahmudah.

Ibadat adalah antara medium untuk mengisi keperluan rohani setiap insan. Ia mampu membekalkan sifat-sifat mahmudah kepada orang yang melakukannya. Ibadat khusus juga boleh menguatkan jiwa seseorang sehingga mampu memikul tanggungjawab dengan baik dan sempurna. Seseorang itu digalakkan mendekatkan diri kepada Allah dengan sentiasa menunaikan segala ibadat yang diwajibkan disamping melakukan ibadat-ibadat sunat dan khusus sebanyak mungkin.

2.‘ Penerimaan Kesan daripada Sifat-sifat Mahmudah oleh Orang Ramai.

Orang yang sentiasa mengingati Allah disifatkan sebagai orang yang aktif. Orang yang aktif akan mendatangkan faedah kepada dirinya dan masyarakat. Rasulullah SAW telah membuat perumpamaan bahawa orang yang sentiasa mengingati Allah diumpamakan sebagai orang yang hidup.

Manakala orang yang sentiasa melupakan Allah, diumpamakan sebagai orang yang mati. Orang yang memiliki sifat-sifat mahmudah, disebabkan banyak beribadat (dengan ibadat khusus) kepada Allah SWT iaitu banyak berzikir dan sebagainya menyebabkan orang di sekelilingnya turut mengingati dan beribadah kepada Allah SWT.

Œÿ £ £

1.‘ Menyedarkan Diri Sendiri dan Orang Lain Supaya Melakukan yang Makruf dan Meninggalkan yang Mungkar.

Amar makruf dan nahi mungkar ini boleh menyedarkan diri seseorang, keluarganya, dan juga masyarakat umum daripada terus leka dalam melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan agama.

Setiap umat Islam bertanggungjawab untuk menyedarkan diri sendiri dan juga orang lain daripada melakukan sebarang kesalahan dan membersihkan diri daripada sebarang sifat buruk. Setiap umat Islam bertanggungjawab untuk menyedarkan dan menyampaikan kepada orang lain tentang hukum yang telah disampaikan oleh Allah SWT dan RasulNya.

(20)

ë

2.‘ Doa Dimustajabkan.

Doa adalah ibadat yang digalakkan oleh Islam. Setiap umat Islam diminta supaya berdoa kepada Allah SWT. Namun Allah tidak menerima doa daripada hambanya yang digelumangi maksiat. Ini bermakna doa daripada hambanya yang bersifat dengan amar makruf dan nahi mungkar akan dimustajabkan oleh Allah SWT.

3.‘ Membawa Keamanan dan Ketenteraman Masyarakat.

Amalan amar makruf dan nahi mungkar adalah antara amalan dan budaya yang dituntut oleh Islam. Apabila anggota masyarakat menjadi fasik dan tidak sensitif terhadap sebarang maksiat yang berlaku di depan mata, maka masyarakat ini dikhuatitri akan ditimpa azab dari Allah SWT. Jelaslah bahawa amar makruf dan nahi mungkar adalah antara unsur yang penting untuk menjana individu yang bertakwa dalam sebuah masyararakat.

‘

j

Kesimpulannya kita sebagai manusia perlulah sentiasa mengamalkan amalan sedekah dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana Allah juga menyuruh hamba-hamba Nya untuk bersedekah. Selain itu, bersedekah itu boleh dilakukan oleh semua orang sekalipun orang itu tidak berharta. Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah, pelaksanaan perintah Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim sesama muslim. Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan di antara hamba sesama hamba. Bagaimanapun, dalam bersedekah atau apa juga yang kita lakukan, ia perlu dibuat secara sederhana. Jangan terlalu ghairah bersedekah jika ia hanya bertujuan untuk menyerlahkan kemewahan yang dimiliki, atau sekadar inginkan publisiti murahan di media massa. Sedekah dan derma seperti itu tidak akan membawa erti dan tidak memperolehi sebesar-besar ganjaran dijanjikan. Walaupun amalan yang dilaksanakan untuk mendapat keredhaan Allah yang dilakukan di hadapan orang ramai bukanlah perbuatan riak tetapi, setiap amalan khususnya bersedekah sebaik-baiknya dilakukan secara tersembunyi supaya tidak akan wujud kemungkinan perasaan riak dan mereka yang menerima sedekah tersebut juga akan

(21)

ëc

terselamat daripada hinaan orang lain dan kesusahan (Maulana Muhammad Zakariya. 1999:21)

Islam amat menggalakkan umatnya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang yang susah dan orang yang memerlukan bantuan sama ada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya.Ia dapat mengelakkan kita daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan dalam Islam. Janganlah pula kita sedekahkan makanan yang sudah tamat tempoh atau yang sudah basi. Atau menderma pakaian yang memang sudah tidak boleh dipakai lagi.

Di samping itu, mereka yang bersedekah ini, Allah s.w.t. menjanjikan kepadanya syurga dan merupakan pendinding daripada api neraka, dan amalan ini juga dapat menjinakkan hati kita sekali gus membuang sifat kesombongan yang wujud di dalam diri.Hal ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud: Sesiapa yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma, maka hendaklah dia lakukan. (Riwayat Muslim). Dalam sebuah hadis yang lain daripada Anas, Baginda bersabda bermaksud: Bersedekahlah kamu, sesungguhnya bersedekah itu melepaskan kamu daripada Jahanam. Sesungguhnya konsep bersedekah adalah suatu motivasi yang cukup kuat kepada seseorang untuk menjadikan diri mereka lebih sempurna dan menjadi muslim sejati yang mempunyai keperibadian unggul serta menjadi contoh ikutan umat yang lainnya .Justeru, menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang manusia dan hamba Allah untuk membantu mereka yang memerlukan dengan bersedekah.

(22)

ëë

Al-Qur¶an

Ariffin Omar . 2006. Sedekah , 0 6 . Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Maulana Muhammad Zakariya Kandhahlawi. 1999. 7 . Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2006. 0. - / / 8. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.bhd .

Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad Zakariyya rah. a. 1419H/1998. 7 . Terj. A. Abdurrahman Ahmad. Cirebon: Penerbit Pustaka Nabawi.

Syahrin Jasah. 2008. 9:2 . Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

http://amalansedekah.blogspot.com/ [30 September 2010]. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=262.0.

http://nurjeehan.hadhituna.com.2008.09.suburkan -sedekah

Referensi

Dokumen terkait

Mengingat banyaknya permasalahan yang menuntut jawaban, sementara kemampuan peneliti terbatas maka masalah yang akan diteliti hanya pada masalah tentang pelaksanaan

Terakhir, jika pelanggan atau pemasok mengusulkan Anda bekerja sama dengannya untuk membahayakan salah seorang pesaingnya, Anda juga harus menghentikan percakapan dan

Temuan ini berbeda yang penelitian yang dilakukan oleh Khaouani (2019), bahwa terdapat hubungan positif dan signifikan dalam jangka panjang antara variabel telepon tetap

Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah menerangkan di dalam Syarh Tsalatsat al- Ushul (Lihat Syarh Tsalatsat al-Ushul, Hal. Dar al-Kutub al-'Ilmiyah tahun 1424 H)

Dalam rangka percapatan pembangunan bidang Cipta Karya di Kabupaten Lamongan dan untuk memenuhi kebutuhan pendanaan dalam melaksanakan usulan program yang ada dalam

Pada saat terjadi gangguan akan mengalir arus yang sangat besar pada fasa yang terganggu menuju titik gangguan, dimana arus gangguan tersebut mempunyai harga yang

Drug Related Problems (DRPs) yang terjadi pada pasien epilepsi, diantaranya efek samping karbamazepin yang dilaporkan sering terjadi yaitu pusing dan sakit

pembahasan yang akan dibahas dalam artikel ini diantaranya adalah komponen kurikulum dan organisasi kurikulum yang ada di Sekolah Islam Terpadu khususnya pada