• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jenis-jenis Pembelajaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Jenis-jenis Pembelajaran"

Copied!
40
0
0

Teks penuh

(1)

Goh Shu Han & Chia Kai Li PISMP-PSV ambilan Jan 2012

(2)

 Gagne (1970) dalam buku ‘The Condition of

Learning’ mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan

seseorang yang dapat dikekalkan, tidak

termasuk perubahan disebabkan oleh proses pertumbuhan.

 Morgan dan King (1975), dalam buku

‘Introduction to Psycology’ mentafsirkan

pembelajaran sebagai sebarang tingkah laku yang kekal akibat dari pengalaman yang

(3)

 E.R. Hilgard, R.C. Atkinson dan R.L. Atkinson

(1975), dalam buku ‘Psycology: An Introduction to a Behavioral Science’ berpendapat

pembelajaran melambangkan sesuatu konsep yang digunakan untuk menerangkan perubahan tingkah laku seseorang yang dapat diperhatikan.

 Morris L. Bigge (1982), mengikut buku ‘Theories

of Teachers’, merujuk pembelajaran kepada beberapa situasi perubahan tingkah laku atau penyusunannya berdasarkan hasil pengalaman dalam sesuatu situasi yang tertentu.

(4)

Kelvin Seifert (1983), dalam bukunya

Educational Psycology’ menghuraikan

pembelajaran sebagai perubahan tingkah

laku yang agak kekal selepas mengalami

pengalaman tertentu atau ulangan

(5)

Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu

pengetahuan atas kemahiran.

 Pembelajaran, melalui stimuli-tindak balas,

menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang yang berkenaan.

 Perubahan tingkah laku agak kekal dan stabil.  Pembelajaran tingkah laku dihasilkan daripada

pengalaman atau latihan dan bukan disebabkan oleh proses pertumbuhan semula jadi atau disebabkan

oleh pengaruh dadah atau penyakitnya.

 Pembelajaran yang bermakna merangkumi proses

kognitif yang mementingkan pengalaman sedia ada, kefahaman, motif dan inisiatif.

(6)

Model Ewell

Model Gagne

(7)

 Ewell (1997)

Membentuk satu model yang menggambarkan prinsip-prinsip pembelajaran dan ini

mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasikan dalam bilik darjah

 Gagne (1985)

Gagne mendefinisikan pembelajaran sebagai “a change in human deposition or capability, which persist over period of time and which is not

(8)
(9)

 Prinsip Pertama : Penglibatan aktif merupakan

keadaan di mana murid berinteraksi secara aktif dengan bahan pembelajaran serta mengingat kembali maklumat dengan berkesan.

 Prinsip Kedua : Perkaitan dan corak merujuk

kepada adaptasi terhadap konteks pembelajaran baharu dan tugasan dengan mengait,

mengorganisasi dan menggunakan

pengetahuan serta kemahiran yang telah

(10)

Prinsip Ketiga : Pembelajaran informal iaitu

pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam

bilik darjah ataupun dalam waktu pengajaran.

Prinsip Keempat : Pengalaman langsung iaitu

pembelajaran langsung yang bergantung

kepada proses murid membina makna

(11)

Prinsip Kelima: Situasi mendesak merupakan

situasi kompleks dan mendesak dapat

memotivasikan murid untuk mencari

penyelesaian.

Prinsip Keenam: Maklum balas berterusan

adalah maklum balas dalam proses

pembelajaran yang berperanan bukan

semata-mata pemprosesan maklumat tetapi

seharusnya mempengaruhi proses afektif dan

motivasi murid.

(12)

 Prinsip ketujuh : Suasana yang menyeronokkan ialah

suasana pembelajaran yang ceria dan murid belajar dengan seronok. Persekitaran emosi bilik darjah

dipengaruhi oleh suara, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan, kawalan kelas dan penggunaan ganjaran di dalam bilik darjah.

 Prinsip kelapan: Refleksi merupakan proses

memikirkan atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri. Ia dapat merangsang

kemahiran penilaian kendiri yang memberikan hala tuju tentang apa yang telah dicapai dan apa yang perlu ditambah baik.

(13)
(14)
(15)
(16)
(17)
(18)

Jenis-jenis pembelajaran boleh ditinjau dan dihuraikan dari segi bentuk, bidang, kaedah dan peringkat.

(19)

1.

Pembelajaran Formal

2.

Pembelajaran Bukan Formal

(Non-Formal)

(20)

 pendidikan yang diterima di institusi-institusi

seperti sekolah, maktab dan universiti.

 Suatu sistem pendidikan formal yang biasanya

dikelolakan oleh pendidik-pendidik yang terlatih, di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran.

 Sistem pendidikan ini dilembagakan dan disusun

secara berperingkat mengikut umur murid,

mulai dari peringkat sekolah rendah, kemudian peringkat sekolah menengah, hingga ke

(21)

 tambahan kepada pembelajaran formal.

 Aktiviti pembelajaran bukan formal dirancang

secara sistematik serta dikelolakan oleh pakar pendidik di bawah sebuah institusi tertentu.

 Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi

daripada ceramah, seminar, bengkel dan forum serta kursus pendek kelab, persatuan atau

institusi tertentu.

 Tempoh masa biasanya pendek iaitu antara

(22)

pembelajaran yang berlaku dalam keadaan

tidak sedar.

Melalui pendedahan pengalaman di

persekitarannya.

Kanak-kanak mencontohi sikap dan tingkah

laku ibu bapa di rumah, atau sebagai

penonton dan memperolehi maklumat am

daripada siaran program televisyen dan

(23)

1. Bidang Kognitif

2. Bidang Psikomotor

3. Bidang Afektif

(24)

 merangkumi segala ilmu pengetahuan yang dipelajari di sekolah.

 Pembelajaran kognitif melibatkan penggunaan mental manusia untuk memperolehi ilmu dan potensi pelajar dari segi intelek dapat diperkembangkan.

 Berjamin S. Bloom membahagikan bidang kognitif kepada 6 peringkat.

Aras kemahiran bidang kognitif

1.Pengetahuan 2. Kefahaman 3. Aplikasi 4. Analisis 5. Sintesis 6. Penilaian

(25)

kemahiran atau kebolehan melaksanakan

sesuatu pergerakan.

Pembelajaran psikomotor mengutamakan

aspek fizikal manusia dan melibatkan

penguasaan kemahiran melalui latihan

dalam PJ dan KH.

(26)

Aras kemahiran bidang psikomotor

1. Pengamatan (Perhatian) 2. Set (Kesediaan)

3. Tindak Balas Terbimbing (Meniru/Mencuba)

4. Mekanisme (Ketekalan)

5. Tindak Balas Kompleks (Mahir dan Tepat)

6. Penyenaraian (Pemindahan) 7. Keaslian (Mencipta)

(27)

mengutamakan sikap positif dan nilai murni.

 Nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran serta dalam aktiviti kokurikulum.

Proses pembelajaran afektif melibatkan penggunaan aspek rohani, emosi dan sosial muird untuk memperkembangkan potensi murid dari segi rohani,emosi dan sosial.

 David R. Krathwohl membahagikan bidang afektif kepada 5 peringkat.

Aras kemahiran bidang afektif

1. Penerimaan (Kesedaran)

2. Tindak Balas (Mengikut)

3. Menilai (Memilih dan Melibatkan Diri)

4. Organisasi (Membentuk Sistem Nilai)

5. Perwatakan (Tekal dan Berdisiplin)

(28)

1. Pembelajaran melalui cara meniru dan bermain

memperolehi ilmu pengetahuan alam sekitar serta membentuk kemahiran-kemahiran mental, fizikal, emosi dan sosial.

2. Pembelajaran melalui cara pragmatis – murid guna organ deria dan bahan-bahan alam sekitar untuk mencapai tujuannya. 3. Pembelajaran melalui cara akademik – kaedah induktif

dan deduktif.

4. Pembelajaran melalui cara pengalaman (persepsi, tanggapan atau konsep) – murid guna persepsinya untuk membentuk baru.

5. Pembelajaran melalui cara perhubungan – murid guna pengalaman lama untuk mengaitkan pengalaman baru supaya membentuk baru atau menyelesaikan masalah yang

dihadapinya.

6. Pembelajaran melalui cara praktis – melibatkan aktiviti pembelajaran sendiri dengan secara fizikal serta mental.

(29)

Mengikut Gagne, terdapat 5 jenis

pembelajaran yang berbeza:

1. Kemahiran intelek

2. Maklumat verbal

3. Strategi kognitif

4. Kemahiran psikomotor

5. Sikap

(30)

Kemahiran intelek – pengetahuan procedural atau

‘tahu bagaimana’.

Setiap individu berinteraksi dengan persekitaran

dengan menggunakan simbol seperti membaca,

menulis dan menggunakan nombor.

(31)

 Berdasarkan buku Robert M. Gagne Essentials of Learning for

Instruction, kemahiran intelek boleh diklasifikasikan kepada 8 peringkat:

1. Pembelajaran melalui isyarat (signal learning)

2. Pembelajaran stimuli-tindak balas (stimulus-response

learning)

3. Pembelajaran melalui rantaian (chaining)

4. Pembelajaran melalui asosiasi verbal (verbal association) 5. Pembelajaran melalui pelbagai perbezaan (multiple

discrimination)

6. Pembelajaran konsep (concept learning) 7. Pembelajaran prinsip (principle learning)

(32)

1. Pembelajaran melalui isyarat – bentuk pembelajaran yang paling primitif.

2. Pembelajaran stimuli-tindak balas –

menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsangkan dengan tindak balas individu,

demi menghasilkan perubahan tingkah lakunya. 3. Pembelajaran melalui rantaian – pelbagai

hubungkait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya, demi berlakunya

pembelajaran dalam peringkat yang lebih tinggi. 4. Pembelajaran melalui asosiasi verbal – bentuk

(33)

5. Pembelajaran melalui pelbagai perbezaan –

pembelajaran untuk memilih satu sahaja

tindak balas terhadap pelbagai rangsangan.

6. Pembelajaran konsep – pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan simbol berdasarkan ciri-ciri yang sama. 7. Pembelajaran prinsip – pembelajaran

perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari.

8. Pembelajaran penyelesaian masalah –

pembelajaran melalui proses berfikir, iaitu memikir cara penyelesaian masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.

(34)

Kemahiran verbal – kebolehan individu

menyatakan sesuatu fakta atau satu set

peristiwa secara lisan atau bertulis.

Gagne mendefinisi maklumat verbal sebagai

mengetahui sesuatu atau declarative

knowledge.

(35)

Mengikut Gagne, kemahiran-kemahiran di

mana pelajar dapat mengawal dengan sendiri

proses-proses dalaman, iaitu memberikan

perhatian, belajar, mengingat dan memikir

sesuatu.

Kemahiran-kemahiran ini diberikan nama

yang berlainan sepertimana Bruner

menamakannya sebagai strategi kognitif

manakala Skinner merujuk kemahiran

(36)

Kemahiran psikomotor merupakan

kebolehan sesuatu perlakuan dengan

menggunakan otot-otot manusia.

Jenis pembelajaran ini berkehendakkan

individu berkebolehan melakukan perlakuan

atau aktiviti secara tepat dan betul dengan

pergerakan otot.

Contoh: kanak-kanak menulis huruf dengan

pensel dan kertas, bermain pelbagai

permainan, melompat atau berlari.

(37)

Gagne menyatakan sikap merujuk kepada

keadaan dalaman yang mempengaruhi

pemilihan tindakan peribadi terhadap objek,

orang perseorangan atau peristiwa.

Tindakan setiap individu amat dipengaruhi

(38)

 jenis-jenis pembelajaran yang diklasifikasikan

mengikut bentuk, bidang, kaedah dan peringkat

saling melengkapi dan berkait rapat antara sama lain.

 Misalnya, pembelajaran formal merangkumi aspek

perkembangan bidang kognitif, psikomotor dan afektif murid-murid di sekolah, lapan jenis

pembelajaran yang disarankan R.M. Gagne berkait rapat dengan keenam-enam cara belajar yang

disarankan oleh W.W. Ryburn dan K.B. Forge kerana pembelajaran mengikut peraturan yang dikemukakan Gagne adalah pembelajaran melalui cara akademik yang diutarakan oleh Ryburn dan Forge.

(39)
(40)

 Choong Lean Keow PhD. Murid dan Alam Belajar

Edisi ke-2 untuk program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian.

 ruby.fgcu.edu/courses/ehyun/…/culture_and_de

velopment_in.htm

www.parenthood.com/article-topics/partens_play _stages.html

 Mok Soon Sang. 2010. Murid dan Alam Belajar.

Puchong: Multimedia-ES Resources Sdn.Bhd.

 Noriati A. Rashid. 2009. Murid dan Alam Belajar.

Referensi

Dokumen terkait

Pemahaman matematik yang dimaksud adalah tingkat atau level pengetahuan siswa tentang konsep, prinsip, algortima dan kemahiran siswa menggunakan strategi

KSSR Matematik bermatlamat membentuk individu yang berfikrah matematik iaitu membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami

Dengan cara komunikasi yang berkesan, murid akan lebih cekap dalam aktiviti penyelesaian masalah serta boleh menerangkan konsep dan kemahiran matematik serta kaedah

Murid boleh mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep pergerakan,prinsip dan strategi dalam kemahiran dan kecergasan semasa melakukan kemahiran pergerakan dan senaman

KSSR Matematik bermatlamat membentuk individu yang berfikrah matematik iaitu membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea

Refleksi adalah cara berfikir tentang baru apa yang dipelajari atau berfikir kebelakang tentang apa-apa yang sudah dilakukan masa lalu.Pada fase terakhir ini aktifitas

Dengan cara komunikasi yang berkesan, murid akan lebih cekap dalam aktiviti penyelesaian masalah serta boleh menerangkan konsep dan kemahiran matematik serta kaedah

Dokumen ini membahas tentang penyelesaian sengketa melalui mediasi, prinsip-prinsip mediasi, jenis dan model mediasi, serta teori dan konsep keadilan dalam