• Tidak ada hasil yang ditemukan

Skema Percubaan Penggal 2 STPM 2015.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Skema Percubaan Penggal 2 STPM 2015.docx"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

942/2

STPM 2015

Nama: ... Tingkatan: ...

GEOGRAFI

KERTAS 2

(Dua jam)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PURUN

TRIANG, PAHANG

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 2

CADANGAN

JAWAPAN

(2)

BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL [40 markah]

Jawab semua soalan.

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan akuifer? [3]

Akuifer ialah [formasi batuan] yang boleh [menakung dan menyimpan air di dalam tanah]. Air dalam tanah ini tersimpan di atas [batuan yang tidak telap air].

Kata kunci

1. formasi batuan – 1m

2. menakung dan menyimpan air di dalam tanah – 1m 3. batuan yang tidak telap air – 1m

(b) Bezakan maksud akuifud dengan akuiklud dalam sistem akuifer [4] BI – Akuifud ialah formasi batuan yang hanya dapat menyimpan air tetapi tidak

membenarkan air yang disimpan itu mengalir. Contohnya, air tanih yang disimoan dalam formasi batuan granit. – 2m BII – Akuiklud ialah formasi batuan yang boleh menyimpan dan membenarkah air tanih

mengalir sebagai aliran air bawah tanah. Sebagai contoh, air yang tersimpan di dalam lapisan tanih liat dan batuan syal. – 2m

(Pemarkahan : 2 isi yang dihurai x 2 m = 4m) . (Isi = 1m + huraian = 1m)

(c) Jelaskan faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air [4] CI – Faktor ketinggian dan aspek – 1m

Kawasan yang tinggi mempunyai simpanan air yang rendah berbanding kawasan lembah.

Cerun menghadap matahari mengalami kadar sejatan yang lebih tinggi berbanding cerun yang membelakangi matahari. – 1m

CII – Faktor kerpasan khususnya hujan – 1m

Purata taburan hujan tahunan. Sebagai contoh kawasan tropika menerima purata hujan yang tinggi berbanding kawasan gurun.

Bentuk hujan mengikut masa. Contohnya, hujan lebat meningkatkan larian air permukaan berbanding hujan renyai yang meningkatkan kadar resapan. – 1m CIII – Faktor litupan tumbuhan – 1m

Litupan tumbuhan mempengaruhi imbangan air melalui nilai sejat peluhan, proses susupan dan proses pintasan dan cegatan silara – 1m

CIV – Faktor geologi atau batuan – 1m

Geologi mempengaruhi imbangan air melalui sifat keporosan dan sifat ketelapan batuan. – 1m

(3)

CIV – Faktor manusia – 1m

Manusia mempengaruhi imbangan air melalui aktiviti penyahhutanan, penurapan muka bumi dan aktiviti penebusgunaan kawasan tanah lembap. – 1m

(Pemarkahan : Mana-mana 2 isi yang dihurai x 2 m = 4m) . (Isi = 1m + huraian = 1m)

(d) Jelaskan kepentingan air bawah tanah kepada aktiviti manusia. DI – Membekalkan sumber pengairan untuk pertanian. – 1m

Membekalkan sumber pengairan untuk pertanian khususnya di kawasan yang kurang sumber air permukaan seperti di kawasan tropika kering dan subtropika

Mengantikan sumber air sungai untuk mengairi kawasan pertanian. Senabagai contoh, penggunaan tekaga artes di India. – 1m

DII – Membekalkan sumber air domestik kepada penduduk. – 1m

Penggunaan air tanih amat mudah dan murah.

Perlu digerudi dan dipamkan keluar untuk disalirkan ke loji pembersihan sebelum diagihkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan.

Digunakan secara meluas di kawasan kampung dan kawasan pedalaman. – 1m

DIII – Membekalkan sumber air kepada industri pengeluaran air mineral. – 1m

Sumber air yang murah, bersih dan kaya dengan mineral.

Berpotensi dimajukan kerana kapasiti airnya yang banyak dan belum diusahakan secara optima. – 1m

(Pemarkahan : Mana-mana 2 isi yang dihurai x 2 m = 4m) . (Isi = 1m + huraian = 1m)

(4)

2 (a) Sejauhmanakah faktor fizikal menyebabkan perbezaan taburan suhu secara

mendatar di permukaan bumi. [13]

FAKTOR FIZIKAL

A1 – Perbezaan latitud/garisan lintang – 1m

Latitud di tengah glob seperti garisan khatulistiwa adalah lebih dekat dengan matahari dan menerima tenaga matahari lebih banyak – suhu tinggi.

Latitud di hujung glob seperti sekitar kutub utara/selatan adalah lebih jauh darapada matahari dan menerima tenaga matahari sedikit – suhu rendah. – 1m

A2 – Sudut zenith matahari – 1m

Sekitar garisan khatulistiwa menerima pancaran matahari dalam keadaan sudut tepat (90o) berbanding dengan kawasan kutub yang menerima

pancaran matahari dalam keadaan sudut condong.

Keamatan tenaga matahari di kawasan khatulistiwa adalah tinggi berbanding kedua-dua kutub. – 1m

A3 – Perbezaan litupan awan – 1m

Kawasan gurun panas menerima tenaga suria paling tinggi berbanding kawasan khatulistiwa.

Kawasan gurun mempunyai litupan awan yang nipis (awan sirus)

berbanding kawasan khatulistiwa yang mempunyai litupan awan yg lebih tebal.

Awan berfungsi mengurangkan jumlah pancaran matahari melalui proses serapan dan balikan. – 1m

A4 – Perbezaan ciri/sifat permukaan bumi – 1m

Perbezaan ciri/sifat permukaan bumi mempengaruhi nilai albedo.

Permukaan bumi yang gelap spt jalan bertar, bangunan konkrit dan hutan lebih banyak menyerap bahangan matahari berbanding permukaan yang cerah seperti salji, air laut dan sungai yg lebih bnayak membalikkan bahangan matahari. – 1m

A5 – Pengaruh kelautan – 1m

Kawasan yang jauh dari laut tidak menerima pengaruh arus lautan.

Arus lautan membantu meyederhanakan suhu di kawasan pinggir pantai – 1m

FAKTOR LAIN (MANUSIA)

(5)

Membebaskan gas pencemar spt karbon dioksid, sulfur dioksida dan nitrogen oksida.

Gas pencemar bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kpada bahangan bumi.

Bahangan bumi yang terperangkap dalam ruang atmosfera-bumi. Nilai suhu sekitar akan meningkat – 1m

A7 – Aktiviti pengangkutan – 1m

Penggunaan bahan api fosil membebaskan gas pencemar spt karbon dioksid, sulfur dioksida dan nitrogen oksida.

Gas pencemar bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kpada bahangan bumi.

Bahangan bumi yang terperangkap dalam ruang atmosfera-bumi. Nilai suhu sekitar akan meningkat – 1m

(Pemarkahan : Mana-mana 6 isi yang dihurai x 2 m + 1 m = 13m) . (+1m = kesimpulan)

(6)

2 (b )

“Taburan suhu di kawasan yang berbeza banyak mempengaruhi kehidupan

manusia.”. Terangkan. [12]

B1 – Aktiviti pertanian – 1m

Suhu tinggi di kawasan tropika lembap akan menjamin tumbesaran tanaman kerana mendapat bekalan tenaga yang mencukupi. Produktiviti hasil tanaman meningkat. – 1m

Suhu tinggi hanya pada musim panas dan luruh menyebabkan aktiviti pertanian terhad di kawasan beriklim sederhana. Dijalan pada musim panas dan luruh sahaja. Produktiviti hasil tanaman pada musim tertentu shj. – 1m

B2 – Aktiviti perikanan – 1m

Di kawasan tropika, suhu air laut adalah sederhana (sekitar 20oC) sesuai

untuk pembiakan plankton – kaya dengan sumber perikanan. – 1m

Aktiviti perikanan dijalankan ketika musim panas dan luruh di kawasan beriklim sederhana. – 1m

B3 – Aktiviti pelancongan – 1m

Di kawasan tropika, suhu yang panas/tinggi menjadi daya tarikan kepada pelancong asing untuk melakukan aktiviti erjemur, selaman scuba dan snokerling. Suhu sederhana di kawasan tanah tinggi mempengaruhi aktiviti pelancongan tanah tinggi. – 1m

Aktiviti pelancongan berbeza mengikut musim di kawasan beriklim

sederhana. Musim panas – aktiviti berjemur, scuba dan snokerling. Musim sejuk – pelancongan di kawasan pergunungan spt permainan ski dan sukan salji – 1m

B4 – Aktiviti pembalakan – 1m

Di kawasan tropika, suhu yang tinggi menjamin tumbesaran pokok dengan sempurna dan cepat matang. Hutan tropika menyumbang sumber kayu keras dunia. – 1m

Di kawasan hawa sedrehana. Aktiviti penebangan dijalankan pada musim dingin (getah pokok beku). Aktiviti pengangkutan balak dijalankan pada musim bunga dan panas kerana salji cair. – 1m

(7)

3 (a) Jelaskan faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di bandar-bandar besar

di Malaysia. [10]

A1 – Kekurangan permukaan telap air – 1m

Lebih daripada 80% muka bumI di kawasan bandar khususnya bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, George Town, Ipoh don lain-lain dilitupi oleh permukaan yang tidak telap air (bitumen, simen don aspalt).

Litupan ini menyebabkan kadar susupan berkurang don aliran permukaan

(run-off) meningkat.

Kesannya, lebih banyak air yang bertakung di permukaan berbanding dengan yang meresap ke dalam tanah. Hal ini menyebabkan keberangkalian untuk berlaku limpahan air di permukaan adalah tinggi. – 1m

A2 – Sistem saliran bandar yang tidak cekap – 1m

Sistem longkang dan parit yang sempit don cetek tidak mampu untuk menampung kuantiti don halaju air larian permukaan pada satu-satu tempoh masa tertentu khususnya ketika hujan lebat.

Sistem longkang yang ada di bandar-bandar besar mungkin sudah lama don bersaiz kecil berbanding dengan isi padu larian air permukaan semasa yang mengalir di bandar.

Keadaan ini menyebabkan sistem tersebut tidak mampu untuk menampung kapasiti air yang mengalir,

Kesannya, air lebih cepat melimpah keluar dan membanjiri kawasan yang lebih rendah seperti di kawasan lembah sungai dan dataran banjir di dalam bandar. – 1m

A3 – Kekurangan litupan tumbuhan – 1m

kawasan bandar mempunyai litupan tumbuhan yang kurang, manakala tumbuhan peneduh yang ditanam pula mungkin tidak padat atau masih kecil lagi.

Hal ini menyebabkan proses pintasan air hujan (cegatan silara) oleh tumbuhan di dalam bandar telah berkurang.

Tumbuhan amat penting untuk memperlambatkan aliran air permukaan melalui proses pintasan air hujan menerusi daun, ranting, dahan dan batang.

Ketiadaan tumbuhan menyebabkan proses pen air ke dalam sistem saliran tidak berlaku lalu air limpah dengan cepat. – 1m

A4 – Penebusgunaan kawasan tanah lembap (wet land) – 1m

Sesetengah kawasan di dalam bandar terdiri daripada kawasan tanah lembap. Sebagai contoh, kawasan paya yang selama ini menjadi kawasan tadahan dan simpanan air hujan.

Penebusgunaan kawasan bagi membina kawasan perumahan menyebabkan fungsi hutan paya untuk menyimpan air musnah.

(8)

Oleh itu, air hujan yang selama ini dapat disimpan di dalam paya terpaksa mengalir-limpah sebagai banjir kilat. – 1m

A5 – Faktor penduduk – 1m

Sikap penduduk yang negatif menyebabkan sistem saliran khususnya sungai, longkang dan perparitan tersumbat dengan sampah sarap/sisa domestik dan sisa buangan projek perumahan.

Selain longkang dan parit, sistem sungai di dalam bandar merupakan laluan untuk discas/luahan air dari kawasan bandar ke muara/laut.

Tindakan ini menyekat aliran sungai di samping mencetekkan dasar sungai.

Dasar sungai yang cetek menyebabkannya tidak mampu untuk menampung isi padu air yang mengalir dalan saluran lalu mengalir melimpahi tebing sebagai banjir kilat. – 1m

(9)

3 (b )

Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko

banjir di sesebuah negara. [15]

LANGKAH PERUNDANGAN

1. Antara langkah perundangan ialah mewartakan hutan paya yang ada di zon pinggir bandar sebagai hutan rizab kekal (tidak ditebus guna sepenuhnya),

Langkah ini hanya membenarkan sebahagian daripada hutan ditebus guna untuk pembinaan perumahan, manakala sebahagian yang lain dikekalkan dalam

keadaan semula jadi. – 2m

2. Penguatkuasaan undang-undang juga boleh dikenakan kepada penduduk bandar yang tidak bertangungjawab membuang sampah dengan sewenangnya ke dalam sungai seperti penduduk setinggan. Penguatkuasaan diiringi dengan hukuman seperti denda/ kompaun, menyita premis don lain-lain. – 2m

LANGKAH PENGURUSAN

1. Langkah kejuruteraan/ kaedah tebatan banjir seperti membina benteng don tetambak, membina sistem longkang yang besar (monsoon drain) dan membina terowong air dalam tanah seperti Smart Tunnel di Kuala Lumpur. – 2m 2. Menyediakan don menyelenggara sistem saliran dengan lebih cekap seperti

melebar, mendalam dan meluruskan sungai di dalam bandar agar dapat menampung kapasiti air larian permukaan yang banyak. – 2m

3. Membersih sistem saliran dalam bandar dari sampah sarap seperti membersihkan sungai, parit dan longkang agar aliran tidak tersekat untuk discas air. – 2m

4. Menambahkan kawasan hijau dalam bandar dengan tanaman rumput don pokok-pokok peneduh yang boleh bertindak sebagai pintasan air hujan (proses cegatan silara) seterusnya boleh melambatkan larian air permukaan daripada mengalir-limpah. – 2m 5. Mengurangkan kawasan permukaan yang berturap dan diganti dengan

laluan/medan berumput don pokok-pokok kecil. – 2m KEMPEN KESEDARAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

1. Meiaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada penduduk kawasan bandar khususnya agar tidak membuang sampah sarap dengan sewenang-wenangnya ke dalam sungai. – 2m

2. Kesedaran sivik mestilah disampaikan kepada orang ramai dari semasa ke semasa agar orang ramai tidak menjadikan sungai, parit dan longkang sebagai tempat pembuangan sisa. Langkah ini bagi mengelakkan sistem saliran tersebut tersumbat. – 2m

3. Kempen ini dapat dilakukan melalui media massa, slogan, aktiviti gotong-royong yang dianjurkan secara bersama antara agensi kerajaan, swasta, NGO don masyarakat setempat. – 2m

(10)

(Pemarkahan : ((2 isi langkah perundangan + 4 langkah pengurusan + 1 kempen) x 2 m + 1m = 15m.)

(+ 1m kesimpulan) .

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA [40 markah]

Jawab semua soalan.

4 (a) Takrifkan maksud dasar luar negara Malaysia. [3]

Dasar luar merujuk kepada [dasar kerajaan Mala} sia terhadap negara-negara lain]. Dasar ini merupe n [garis panduan] untuk Malaysia berhubung der n negara lain calam konteks [ekonomi, sosial dan politik].

Kunci Idea:

1. dasar kerajaan Malaysia terhadap negara-negara lain = 1m

2. garis panduan = 1m

3. ekonomi, sosial dan politik = 1m (b

)

Jelaskan faktor yang diambil kira untuk pembentukan dasar luar negara Malaysia. [4] i. Faktor geopolitik yang strategik yang mementingkan kepentingan dan

keselamatan nasional/negara terutama dari ancaman negara-negara kuasa besar. Oleh itu, Malaysia berpegang kepada prinsip Aman, Bebas dan Berkecuali dalam

merangka dasar luarnya. – 2m ii. Faktor ekonomi; hubungan yang adil can sating menguntungkan antara negara

dalam konteks perdagangan, pelaburan, teknologi can sebagainya. Oleh sebab itu, Malaysia mengikuti dasar pasaran bebas. – 2m

(Pemarkahan : 2 isi yang dihurai x 2 m = 4m) . (c) Mengapakah pembentukan dasar luar penting kepada negara Malaysia?

i. Menjaga/mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara di peringkat serantau dan antarabangsa daripada dicampuri oleh negara-negara lain. Oleh itu, Malaysia mengamalkan prinsip berkecuali. – 2m ii. Menjaga/melindungi kepentingan ekonomi (perdagangan/pelaburan) di

peringkat antarabangsa. Menangani cabaran global khususnya dari segi ekonomi sosial sosial dan keselamatan yang boleh memberikan impak negatif kepada Malaysia. – 2m

(11)

(d )

Bagaimanakah konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) telah berjaya di capai di rantau Asia Tenggara?

i. Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar untuk memastikan rantau Asia Tenggara sebagai zon yang Aman; Bebas dan

Berkecuali. – 2m ii. Kuala besar perlu mengundurkan tenteranya dari rantau Asia Tenggara dalam

jangka masa panjang dan menjadikan rantau Asia Tenggara bebas daripada senjata nuklear. – 2m

(12)

5 (a) Huraikan empat faktor yang menyebabkan kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru menjadi tumpuan sektor perindustrian di Malaysia. [12] A1 – Sejarah perkembangan awal industri tertumpu di kawasan ini. – 1m

Ketiga-tiga kawasan terletak di Koridor Pembangunan Industri Pertama di Malaysia yang dimajukan lebih awal (sekitar 1970-an). Contohnya, Lembah Klang menjadi nukleus pembangunan industri pembuatan negara. – 1m A2 – Faktor kelebihan aglomerasi/pengelompokan. – 1m

Wujud industri yang Baling berkait kerana penempatan kilang berdekatan antara satu sama lain. Kelebihan aglomerasi dari segi penjimatan kos pengangkutan, pemasaran, logistik, perkongsian teknologi, clan kepakaran. Industri baharu tetap menempatkan kilang di ketiga-tiga kawasan

berkenaan untuk mendapatkan faedah aglomerasi. – 1m A3 – Kemuclahan asas industri menjadi tarikan globalisasi. – 1m

Kawasan sedia maju sudah lengkap dengan prasarana industri seperti pengangkutan, bekalan tenaga dan air, serta telekomunikasi menjadi tarikan syarikat multinasional menempatkan kilang mereka di ketiga-tiga kawasan di atas. – 1m

A4 – Faktor pembandaran. – 1m

Kewujudan bandar besar atau bandar raga seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Georgetown, dan Johor Bahru memangkin kemajuan industri pembuatan. Bandar-bandar tersebut menyediakan kemudahan yang lengkap untuk pelabur dan pekerja industri seperti rangkaian telekomunikasi, perumahan yang selesa, pusat membeli-belah, kemudahan pendidikan, kesihatan, clan sebagainya. Kawasan ini juga lengkap dengan infrastruktur sokongan untuk industri seperti perkhidmatan logistik, bank clan institusi kewangan, telekomunikasi, clan pengangkutan. – 1m A5 – Faktor tenaga buruh. – 1m

Ketiga-tiga kawasan menawarkan tenaga buruh yang banyak clan mahir, mudah dipindahkan, dan berpengetahuan akibat migrasi masuk

pencluduk. Hal ini memudahl an pelabur dan pengusaha industri untuk menjalankan operasi kilang. – 1m

(13)

5 (b )

Bincangkan masalah yang dihadapi oleh sektor industri perkilangan di Malaysia. [13] B1 – Masalah modal; perubahan aliran pelaburan asing. – 1m

Masalah kekurangan modal menyebabkan operasi sektor industri tidak dapat dijalankan secara besar-besaran untuk berdaya saing. Sebahagian besar modal dalam industri perkilangan datangnya dari pelaburan langsung asing (FDI),

Pada masa kini, pelabur asing mengalihkan tumpuan pelaburan ke negara lain khususnya China, Vietnam, Thailand dan India kerana kos buruhnya yang jauh lebih murah berbanding dengan Malaysia.

Perubahan ini membantutkan usaha untuk mengembangkan industri perkilangan di Malaysia.

Selain pelaburan asing, pelaburan daripada pelabur tempatan juga

berkurang. Kekurangan pelaburan tempatan berpunca daripada masalah yang berikuf:

i. i Kemudahan pinjaman kredit daripada institusi kewangan tempatan sukar diperoleh atas alasan ketiaclaan cagaran dan jaminan bayaran batik serta rekod perniagaan yang lemah.

ii. k. Pelabur tempatan khususnya Indust Kecil clan Sederhana (IKS) kekurangan tabung pusingan modal yang berpunca daripada kadar pulangan clan keuntungan yang renclah. – 2m

B2 – Masalah pasaran; daya saing produk di pasaran antarabangsa yang lemah– 1m

Masalah pasaran timbul disebabkan produk perkilangan keluaran negara kurang berkualiti dan lemah daya saingnya berbanding dengan produk perkilangan negara lain yang suclah stabil.

Hal ini berlaku kerana penggunaan feknologi yang ketinggalan, serta reka bentuk barangan yang tidak menarik untuk memenuhi cita rasa pengguna antarabangsa.

Di pasaran Asia pula, produk Malaysia menghadapi ancaman iambakan dari produk dari negara China yang jauh lebih murah.

Masalah pemasaran tempatan pula clikaitkan dengan persaingan produk yang homogeneous, kurang keyakinan pelanggan terhadap barangan buatan Malaysia, masalah pengangkutan dan penghantaran barang, stor dan tempat penyimpanan serta permintaan yang bermusim. – 2m

B3 – Masalah kekurangan tenaga buruh mahir – 1m

Sektor perinclustrian di Malaysia perlu bersaing untuk menclapatkan pekerja mahir atau berpendidikan yang lebih tinggi.

Tenaga kerja mahir yang berkurang disebabkan migrasi pekerjapekerja mahir ke negara-negara luar yang menawarkan gaji yang lebih lumayan. Keadaan ini merugikan negara,

(14)

Kekurangan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam negara, menyebabkan Malaysia mengalami kehilangan bakat melalui emigrasi rakyat Malaysia, yang mana kebanyakannya mempunyai kelayakan yang tinggi.

Lebih daripada 700 000 rakyat Malaysia kini bermastautin dan bekerja di negara-negara lain. Kesannya, kekurangan tenaga mahir dan pakar

mengakibatkan sektor inclustri ticlak mampu untuk mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dan berdaya saing. – 2m

B4 – Masalah kekurangan bahan mentah – 1m

Kekurangan bahan mentah walaupun tidak begitu serius Malaysia tetapi tetap menimbulkan masalah kepada sekt industri,

Kekurangan bahan mentah menyebabkan berlakuny peningkatan harga bahan mentah dan seterusnya meninggikc kos pengeluaran selain daripada operasi pengeluaran kilan terganggu.

Terdapat empat keadaan yang menyebabkan bahan menta, berkurang, iaitu;

i. Bahan mentah memang tidak mencukupi untuk menampun( permintaan,

ii. Bahan mentah memang tiada dalam pasaran tempatan, iii. Bahan mentah tidak dapat dibekalkan dengan segerc apabila

diperlukan,

iv. Kekurangan modal untuk membeli dan menyimpan bahan mentah dengan banyak, - 2m

(Pemarkahan : 4 isi yang dihurai x 3 m + 1m = 13m) . (+1m kesimpulan)

(15)

6 (a) Jelaskan faktor yang menyebabkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

ditubuhkan. [12]

A1 – Meningkatkan aliran perdagangan intra ASEAN – 1m

Melalui penghapusan sekatan/ halangan tarif, penghapusan dasar perlindungan, peraturan/birokrasi, cukai yang lebih rendah. Mencapai Imbangan perdagangan. Mengimbangi eksport – import antara negara ASEAN. – 1m

A2 – Meluaskan pasaran bersama. – 1m

Pasaran dalam negara yang mengamalkan pasaran bebas ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan perdagangan dimansuhkan. Kesan positif dari saiz pasaran yang besar melebihi 530juta orang. – 1m

A3 – Mengurangkan tekanan/ ancaman globalisasi ekonomi. – 1m

Mengurangkan monopoli pasaran dari negara-negara maju seperti USA, Eropah, Jepun dan lain-lain di dalam pasaran ASEAN. Tekanan dan spekulasi pasaran berkurang Berta mengurangkan ancaman lambakan produk dari China. – 1m

A4 – Mengelakkan persaingan produk sesama ASEAN. – 1m

Mengelakkan persaingan produk yang sama di pasaran yang sama.

Meningkatkan kerjasama antara pengilang atau pengeluar dan rangkaian pemasaran dalam konteks pengkhususan pengeluaran, perkongsian

teknologi, dan kepakaran. – 1m A5 – Keuntungan kos berbanding. – 1m

Saling keuntungan/menikmati Faedah kos berbanding seperti penjimatan kos buruh, bahan mentah, pengkhususan dan perkongsian komponen produk. Harga barangan akan menjadi lebih rendah. – 1m

A6 – Menjamin Bekalan barangan dalam pasaran. – 1m

Menjamin bekalan barangan di pasaran sentiasa ada/berterusan terutama barangan keperluan harian pengguna seperti produk makanan, pakaian, barangan elektrik dan sebagainya. – 1m

(16)

6 (b )

“Penubuhan AFTA akan meningkatkan kuasa beli penduduk dan meningkatkan

aliran perdagangan di negara-negara ASEAN”. Bincang [13] Penubuhan AFTA memberi faedah kepada semua pihak di negara-negara ASEAN iaitu kepada penduduk, pengusaha dan negara.

KEPADA PENGGUNA/PENDUDUK.

B1 - Harga barangan lebih murah; Menguntungkan pengguna. AFTA mengenakan kadar cukai yang rendah/ penghapusan cukai bagi sesetengah produk. Faktor ini menyebabkan harga barangan pengguna dan perkhidmatan menjadi lebih murah; pengguna boleh menikmati barangan dan kos perkhidmatan yang lebih murah. Kuasa bell pengguna bertambah/ pendapatan boleh guns meninglkat, mampu untuk memiliki barangan berjenama dan berkualiti. – 2m

B2 - Pilihan barangan lebih banyak kepada pengguna. Kepelbagaian produk dari pelbagai negara dalam pasaran AFTA menyebabkan pengguna mempunyai banyak pilihan. Monopoli pasaran dikurangkan; bergantung sepenuhnya kepada pilihan pengguna. Persaingan antara produk menyebabkan harganya menjadi lebih murah; pengguna mempunyai banyak pilihan untuk membeli barangan yang murah dan berkualiti. – 2m

B3 - Menjana peluang pekerjaan melalui peningkatan aktiviti ekonomi. Kesan positif perluasan pasaran. Permintaan yang tinggi dari pasaran bebas AFTA terhadap barangan dan perkhidmatan menyebabkan aktiviti pengeluaran khususnya perkilangan dan pertanian dipertingkatkan. Kesannya, kegiatan ekonomi pertanian, pemprosesan, dan pembuatan dalam negara akan berkembang pesat untuk menampung permintaan dari pasaran AFTA. Menjana peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk tempatan; mengurangkan kadar pengangguran. – 2m

KEPADA PENGUSAHA/PENGILANG.

B4 - Keuntungan pengkhususan aktiviti pengeluaran. AFTA membuka kerjasama yang lebih erat antara pengusaha intra ASEAN untuk menjimatkan kos,

mengelakkan persaingan produk sejenis, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan lain-lain. Faedah dari segi pengkhususan pengeluaran dan keadaan saling melengkapi (complementary) diperolehi. – 2m

B5 - Keuntungan pembangunan teknologi, R&D dan kepakaran. Bagi menjamin daya saing produk di pasaran bebas AFTA, maka syarikat pengeluar sentiasa

meningkatkan R&D bagi mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi kepelbagaian cita rasa pengguna. Kesannya, syarikat-syarikat Malaysia akan menikmati faedah dari segi perkembangan R&D, penggunaan teknologi dan

inovasi baharu oleh syarikat-syarikat swasta (MNCs) atau kerajaan (GLC) yang berlumba-lumba menjaga kualiti produk masing-masing. – 2m

(17)

KEPADA PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA (EKONOMI MAKRO)

B6 - Meningkatkan aliran perdagangan. Aliran perdagangan Malaysia dengan rakan dagangan ASEAN meningkat kerana boleh menikmati faedah daripada penghapusan sekatan perdagangan, dasar perlindungan dan cukai/tarif yang lebih rendah. Defisit imbangan perdagangan (import – eksport) diperbaiki. Pendapatan eksport Malaysia meningkat. Meningkatkan kerjasama perdagangan antara negara. Karenah birokrasi/peraturan rigid dalam perdagangan boleh diminimakan. – 2m

B7 - Perluasan pasaran. Saiz pasaran semakin lugs/ jumlah penduduk bertambah. AFTA memiliki saiz pasaran melebihi 530 juta orang. Pasaran dalam negara ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan perdagangan dimansuhkan. Produk Malaysia bebas berada di pasaran negara ASEAN lain. Kesan positif perluasan pasaran termasuklah hubungan antara rangkaian pemasaran, pengilang atau pengeluar dalam AFTA menjadi lebih kukuh. Kuasa bell pengguna meningkat; harga produk dalam AFTAjauh lebih murah. Bekalan barangan di pasaran AFTA sentiasa ada dan berterusan. – 2m

B8 - Mengurangkan tekanan globalisasi ekonomi yang dihadapi Malaysia. AFTA mengurangkan monopoli pasaran dari negara-negara maju seperti USA, Eropah, Jepun dan lain-lain di dalam pasaran ASEAN. Tekanan dan spekulasi pasaran berkurang. Kebergantungan kepada produk dari negara maju sahaja dapat dikurangkan. Ancaman lambakan produk dari negara China yang tidak berkualiti boleh dikurangkan. Pengguna boleh pilih produk buatan Malaysia yang lebih berkualiti pada harga yang lebih murah. – 2m

(Pemarkahan : 6 isi yang dihurai x 2 m + 1m = 13m) . (+ 1m jika nyatakan faedah kepada tiga pihak)

(18)

Referensi

Dokumen terkait