• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Nota Pengenalan Dan Penyenggelaraan Komp"

Copied!
58
0
0

Teks penuh

(1)

2009

FASLITATOR SCHOOLNET

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT,

BATU 12 ½,JALAN CHERAS KAJANG,

43000 KAJANG,

SELANGOR

PENGENALAN

KOMPUTER

(2)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 2

ISI KANDUNGAN

8.1 Memperolehi Semula Folder dan Fail 8.2 Membersih Recycle Bin

PENYELENGGARAAN DAN ‘HOUSEKEEPING’

1.0 Perkakasan

1.1 Pengawal Arus 15

1.2 Bekalan tenaga berterusan 15

1.3 Memindah komputer

1.4 Teknik Penjagaan Komputer 16

1.4.1 Masalah Habuk 1.4.2 Masalah Suhu

1.4.3 Masalah Cara Penggunaan

1.5 Cara Membersihkan Perkakasan 18 1.5.1 Central Processing Unit (CPU)

1.5.2 Kasing 1.5.3 Monitor 1.5.4 Pencetak 1.5.5 Keyboard 1.5.6 Mouse 1.5.7 Thumb Drive 1.5.8 Cakera Liut(Disket) 2.0 Perisian

2.1 Disk Cleanup, Error Checking dan Defragmentation 22 2.2 Penggunaan Perisian Membuat Salinan (Backup) 28

2.3 Uninstall Program 30

2.4 Mengemaskini Windows 32

2.5 Perkongsian Folder 35

2.6 Mencari Folder Dalam Jaringan 36

Muka Surat PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

1.0 Pengenalan 3

2.0 Komponen-Komponen Komputer 5

2.1 Input 2.2 Output

2.3 Unit Pemprosesan Komputer 2.4 Ingatan

2.5 Storan Sekunder 2.6 Bahagian Komputer

2.6.1 Perkakasan 2.6.2 Perisian

3.0 Objek-Objek Asas Pada Windows 8

4.0 Pilihan-Pilihan Pada Menu 9

5.0 Memeriksa Ruang Cakera Keras & Memori 10 6.0 Pengendalian Ikon-Ikon Pada Desktop 12

6.1 Auto Arrange 6.2 Control Panel

7.0 Mewujudkan Shortcut Bagi Explorer 13

(3)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 3

2.7 Instalasi Pencetak 37

2.8 Buang Cookies,History dan Temporary Internet Files 38

2.9 Create user Account 39

2.10 Cara Menutup Komputer 41

MENGESAN KEROSAKAN (‘TROUBLESHOOTING’)

1.0 Mengesan Kerosakan (‘Troubleshooting’)

1.1 Peralatan – Monitor 42

1.2 Peralatan – Hard Disk 42

1.3 Peralatan – Disket Drive 43

1.4 Peralatan – Keyboard 43

1.5 Peralatan – Mouse 44

1.6 Peralatan – Operating System 44

VIRUS KOMPUTER

1.0 Definasi 45

2.0 Jenis-Jenis Virus 46

2.1 Virus Sektor Boot 2.2 Virus Makro

2.3 Virus Fail TSR (Terminate dan Stay Resident) 2.4 Virus Companion 2.5 Virus Overwriting 3.0 Bagaimana Ia Merebak 47 3.1 Perisian 3.2 Cakera Liut 3.3 Internet 3.4 Rangkaian 4.0 Cara Pencegahan 48 5.0 Perisian Antivirus 48 5.1 Aplikasi Antivirus

5.1.1 Cara Membuat Instalasi 49 5.1.2 Cara Mengaktifkan Anti Virus 57

(4)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 4

PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

1.0

PENGENALAN

1.1 Komputer adalah sebuah alat elektronik atau mesin automatik yang digunakan untuk memproses data.

1.2 Komputer boleh melakukan kerja-kerja untuk membantu manusia menyelesaikan masalah- masalah dalam memproses data:

1.2.1 Menerima arahan (input) dan memasukkan data daripada pengguna.

1.2.2 Melaksanakan arahan (memproses) input/data yang diterima berbentuk pengiraan, logik memanipulasi data secara automatic dan sebagainya.

1.2.3 Menyimpan data/program dalam ingatan sekunder.

1.2.4 Menghasilkan laporan atau sebarang keputusan daripada kerja-kerja pemprosesan.

1.2.5 Laporan boleh disimpan dan boleh dipanggil semula pada bila-bila masa.

(5)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 5

Rajah Komponen Asas Komputer

INPUT

KOMPUTER

OUTPUT

Papan kekunci (

keyboard

)

Monitor

Tetikus (

mouse

)

Pencetak

Scanner

INGATAN RAM/ROM

ALAT

UNIT

ALAT

INPUT

KAWALAN

OUTPUT

UNIT

KAWALAN

STORAN

SEKUNDER

Petunjuk:

Unit Pemprosesan Pusat Aliran data masuk Arah kawalan Arahan data/masuk

Proses =

Input

Unit kawalan

Ingatan

Arithmetik

Output

dan logik

(6)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 6

2.0 KOMPONEN- KOMPONEN KOMPUTER

2.1 Input

2.1.1 Menerima data arahan daripada pengguna.

Contoh: P a p a n kekunci (keyboard), Tetikus (mouse),

Pengibas(Scanner)

2.1.2 Untuk memasukkan data ke dalam computer.

2.2 Output

2.2.1 Segala maklumat yang telah diproses dan dikeluarkan dalam bentuk tayangan atau cetakan (hardcopy).

Contoh: Monitor., Pencetak (Printer)

2.3 Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

2.3.1 Mengawal keseluruhan operasi komputer, menerima input data arahan daripada memproses data arahan yang diterima.

2.3.2 Mengeluarkan hasil pemprosesan dan menyimpan di dalam storan sekunder atau mengeluarkan kepada alat output.

2.3.3 Semua kawalan dan arahan diproses pada dua (2) bahagian utama:

2.3.3.1 Unit Kawalan

• Membaca dan mentafsir arahan-arahan yang diterima, kawalan aktif alat-alat input/output, storan ingatan unit arithmetic dan logik.

• Mengawal pengaliran data di dalam komponen-komponen komputer yang lain berjalan lancar.

(7)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 7

2.3.3.2 Unit Arithmetik dan Logik

• Menerima data daripada ingatan komputer, proses data berdasarkan arahan yang diterima ( +, -, *, /, )

logik) dan hasil proses akan disimpan di dalam storan sekunder dan ingatan.

2.4 Ingatan

2.4.1 Kegunaannya:

2.4.1.1 Menyimpan pemprosesan unit arithmetic dan logic. 2.4.1.2 Menyimpan arahan oleh pengguna.

2.4.1.3 Menyimpan arahan yang sedang diproses.

2.4.2 Terdapat dua (2) jenis:

2.4.2.1 ROM (Read Only Memory) – Ingatan bacaan sahaja. 2.4.2.2 RAM (Random Access Memory) – Ingatan secara rawak.

2.4.3 Saiz ingatan komputer diukur dalam unit Byte. 1 Byte bersamaan dengan 8 Bit (Binary digit 0 dan 1).

1

Bit

0 dan 1 (On / Off)

1

Byte

8 Bit

1 aksara (character)

1

Kilobyte

1024

Byte

½ mukasurat teks

1

Megabyte

1024

Kilobyte

500 mukasurat

1

Gigabyte

1024

Megabyte

1

Terabyte

1024

Gigabyte

Rajah II

(8)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 8

2.5 Storan Sekunder

Contoh: Hard disk, Disket, CD- ROM, USB storage

2.6 Komputer terdiri daripada dua (2) bahagian:

2.6.1 Perkakasan

Perkakasan adalah kelengkapan fizikal.

Contoh: Papan kekunci (keyboard), Pencetak, Modem, CD ROM,

Tetikus (mouse), Unit Premporsesan Pusat (CPU) dan lain-lain.

2.6.2 Perisian

2.6.2.1 Kumpulan aturcara/program yang membolehkan kita berhubung dengan komputer.

2.6.2.2 Ianya terdiri daripada perintah-perintah tersusun yang perlu dipatuhi oleh komponen komputer untuk menghasilkan aktiviti tertentu.

2.6.2.3 Terbahagi kepada dua (2) jenis:

2.6.2.3.1 Perisian Sistem • MS-DOS • Windows ’95, Windows ’98, Windows 2000, Windows XP, Windows ME • UNIX • Linux 2.6.2.3.2 Perisian Komputer • Microsoft Office • Photoshop • Dreamweaver • Oracle

(9)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 9

3.0 OBJEK-OBJEK ASAS PADA WINDOWS

3.1 Skrin awal yang akan didapati semasa memulakan Windows XP adalah desktop yang mempunyai objek-objek berikut :-

Ikon -ikon

Desktop (Icons)

Start Button Task Bar Jam

3.2 Tetingkap (Windows) pula mempunyai bahagian-bahagian berikut :-

Title Bar Minimise Button Maximise Button

Window Title

Menu Bar Close Button

Tool Bar

(10)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 10

4.0 PILIHAN –PILIHAN PADA MENU

Anak Panah Penunjuk Kanan

Radio Button Tanda Periksa Program

(11)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 11

4.1 Tanda Periksa ( 9 )

Pilihan ini boleh ditandakan lebih dari satu. 4.2 Radio Button

Pilihan ini merangkumi kumpulan dan hanya satu item dalam kumpulan boleh dibuat pada satu masa.

4.3 Anak Panah Penunjuk Kanan ( > ) Pilihan ini membukakan submenu seterusnya.

5.0 MEMERIKSA RUANG CAKERA KERAS & MEMORI

5.1 Cakera Keras

i. Buka tetingkap bagi ikon MY COMPUTER melalui dwi klik pada ikon tersebut.

ii. Klik kanan pada ikon cakera keras. iii. Pilih Properties.

(12)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 12 iv. Kapasiti storan pada cakera keras akan dipaparkan

5.2 Memori

i. Klik kanan pada ikon MY COMPUTER

ii. Pilih Properties

(13)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 13

6.0 PENGENDALIAN IKON- IKON PADA DESKTOP

6.1 Auto Arrange

6.1.1 Fungsi auto arrange adalah untuk menyusun ikon-ikon pada desktop secara automatik oleh sistem.

Cara

- Klik kanan pada desktop - Pilih Arrange Icon - Pilih Auto Arrange

(14)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 14

6.2 Control Panel

6.2.1 Untuk tukar Date/Time.

Ada dua perkara perlu dilihat iaitu DISPLAY SETTING dan - Pilih Start

- Pilih Settings - Klik Control Panel - Dwi Klik Date/Time

Anda boleh ubah tarikh dan masa jika bersalahan dengan sepatutnya.

6.2.2 Untuk tukar background - Dwi klik Display

Ada menu - Themes

- Desktop - Screen Saver - Appearance - Settings

Ini boleh diubah sebagaimana yang sepatutnya. Jika tidak yakin jangan ubah. Ini mungkin boleh menyebabkan gangguan pada skrin.

7.0 MEWUJUDKAN SHORTCUT BAGI EXPLORER

Cara 1

a) Klik kanan pada Start Button di Taskbar b) Klik ‘OPEN’

c) Dwi klik pada program

d) Klik kanan dan tarik/heret keluar ikon explorer dan lepaskan tetikus e) Klik ‘ COPY HERE ‘

Atau

Cara 2

a) Klik kanan pada di desktop anda b) Pilik Properties

c) Pilih desktop

d) Klik pada Customize Desktop e) Tandakan pada Internet Explorer

8.0 BEKERJA DENGAN RECYCLE BIN

Recycle Bin adalah tempat sementara di mana folder-folder dan fail-fail yang telah dibuang disimpan. Selagi pembersihan di Recycle Bin belum dilakukan folder/ fail masih boleh diperolehi semula.

(15)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 15

a. Memperolehi Semula folder dan fail

Buka Tetingkap RECYCLE BIN

§ Dwi klik di ikon RECYCLE BIN

§ Pilih item yang dikehendaki semula

§ Klik kanan di pemilihan yang perlu

Atau

§ Klik di file pada Menu Bar

§

Pilih Restore

b. Membersih RECYCLE BIN

Pembersihan perlu dilakukan secara berkala agar ruang storan terkawal bagi BIN. Apabila dihapuskan maka folder/fail tidak akan diperolehi kembali. Anda boleh bersihkan dengan cara

§ Klik kanan ikon RECYCLE BIN

§ Pilih EMPTY RECYCLE BIN

Atau

§ Buka RECYCLE BIN

§ Pilih item yang hendak dibuang

§ Klik kanan dipilihan yang ditentukan

(16)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 16

PENYELENGGARAAN DAN ‘

HOUSEKEEPING

Masa membeli sesuatu komputer peribadi (PC) adalah saat paling sibuk dan tidak kurang menceriakan. Semua perancangan, belanjawan, pemilihan sistem, jenis CPU, Video CD mana hendak dibeli, sehingga kepada jenis meja dan kerusi yang sesuai dengan warna sarung komputer sibuk dibincangkan. Kesemuanya dipertimbangkan, tetapi setelah sekian lama PC menduduki kediamannya di atas meja, banyak perkara m u l a b e rubah lebih-lebih lagi aspek penjagaan. Penjagaan yang baik dapat memanjangkan jangka hayat komputer anda.

Asas komputer akan melihat aspek yang dapat membantu pengguna memastikan sistem PC beroperasi dangan baik. Pengguna perlu tahu cara penyelenggaraan komputer yang terbahagi kepada dua komponen iaitu perkakasan(hardware) dan perisian(software).

1.0 PERKAKASAN

1.1 Pengawal arus

Sistem komputer yang disambung terus ke bekalan elektrik pada dinding terdedah kepada elektrik atau pengaliran elektrik berlebihan. Seperti alat elektronik dan elektrik lain, bekalan tambahan yang mendadak akan menyebabkan kerosakan litar yang teruk. PC tidak terkecuali. Adalah lebih baik bagi pengguna untuk membuat sedikit pelaburan dengan mendapatkan pengawal aliran elektrik atau "surge protector". Selain menyambungkan PC, pengguna juga boleh menyambungkan pelbagai peranti lain seperti pencetak kepada pengawal arus itu. Begitu juga untuk modem. Pengguna juga digalakkan menggunakan pengawal kilat bagi sambungan talian telefon ke modem terutama ketika menggunakan modem sewaktu hujan lebat.

(17)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 17

1.2 Bekalan tenaga berterusan

Hari ini pengguna komponen bekalan elektrik berterusan tidak terhad kepada sistem dalam pejabat sahaja. Lebih ramai pengguna di rumah mula menggunakan bekalan tenaga berterusan iaitu UPS (Uninterruptable Power Supply) terutama mereka yang bekerja di rumah. Penggunaan UPS dapat menyediakan bekalan elektrik berterusan untuk tempoh tertentu walaupun tanpa bekalan elektrik utama. Jenis dan harga bergantung kepada jumlah masa tenaga yang dibekalkan.

1.3 Memindah komputer

Jangan menghentak, menjatuhkan atau menghumban peralatan ini kerana kebanyakan komponen adalah sensitif kepada getaran yang kuat. Contohnya, cakera keras dan pemacu CD-ROM. Hentakan yang kuat juga boleh menyebabkan sambungan dengan papan litar utama menjadi longgar dan komponen tertentu tidak boleh beroperasi dengan betul atau memberi mesej "error" apabila ia disambungkan semula. Apabila memindahkan PC, pastikan semua kabel dicabut dan tiada yang tertinggal. Pada masa yang sama, jangan mendekatkan benda bermagnet kepada komponen elektronik kerana ia juga boleh merosakkan PC.

1.4 Teknik Penjagaan Komputer

Teknik penjagaan komputer merangkumi beberapa topik utama yang perlu menjadi perhatian. Diantaranya :

1.4.1 Masalah Habuk

Musuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini sentiasa berada disekeliling kita. Ianya berbentuk partikel-partikel halus yang terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik yang terdapat pada PC amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdapat berbagai jenis dan termasuklah asap rokok. Partikel-partikel asap

(18)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 18 boleh mengakibatkan jangka hayat komputer akan kurang. Jenis-jenis habuk yang lain pula termasuklah habuk dari udara dan habuk dari serangga-serangga yang masuk ke dalam komputer kita.

Cara pencegahannya, kita perlu tutup komputer kita jika tidak di gunakan, dengan plastik komputer. Cara rawatannya pula , ialah gunakan vacum cleaner yang berkuasa rendah dan berus cat yang kering untuk menyedut habuk-habuk yang terdapat pada PC anda (jangan gunakan yang berkuasa tinggi kerana ia boleh merosakkan komponen-komponen komputer tersebut).

Pastikan kipas di bahagian dalam CPU di bersihkan. Habuk boleh menyebabkan udara dari kipas tidak bergerak dengan sempurna dan mengurangkan kesejukan. Kipas perlu di bersihkan ialah pada

bahagian bekalan kuasa dan kipas di atas chip CPU.

1.4.2. Masalah Suhu

Letakkan komputer anda di kawasan yang sejuk. Tempat sejuk yang dimaksudkan disini adalah kering. Sekiranya lembab, ia boleh merosakkan komponen di dalam komputer. Suhu memang menjadi penentu utama dalam menentukan jangka hayat sesebuah komputer. Jangan biarkan komputer anda terkena air dan kelembapan. Air mungkin akan menjadi punca kemalangan yang tidak di ingini. Komputer yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan komputer anda jauh dari pancaran matahari.

Pastikan komputer anda sentiasa mendapat peredaran udara yang baik. Pasang kipas dengan kuat sekiranya anda menggunakannya lebih dari 2 jam. Jika anda menggunakan penghawa dingin adalah lebih baik di aktifkan ketika anda menggunakan komputer. Kepanasan membolehkan komputer anda mengalami kerosakan komponen.

1.4.3. Masalah Cara Penggunaan

Penggunaan PC bergantung kepada sikap. Terdapat beberapa komponen komputer yang mempunyai jangka hayat yang rendah.

(19)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 19 Komponen-komponen ini terdiri daripada keyboard dan mouse. Keyboard dan mouse mudah rosak dan perlu diganti bila perlu. Cuba dapatkan keyboad atau mouse pada harga yang mahal sedikit kerana keyboard dan mouse jenis ini lebih tahan lama dan selesa untuk di gunakan.

1.5 Cara membersihkan perkakasan 1.5.1 Central Processing Unit (CPU)

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

Matikan komputer dan cabut semua kabel dari arus elektrik Buka kasing komputer

Sedut habuk menggunakan vakum

Semburkan cairan alkohol atas kain bersih

Bersihkan habuk-habuk kecil menggunakan kain tersebut Pastikan CPU benar-benar kering

Pasangkan kasing dan kabel

Pastikan CPU berfungsi dengan baik

1.5.2 Kasing (Casing)

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

•Semburkan cairan alkohol atas kain bersih

•Bersihkan habuk-habuk kecil menggunakan kain tersebut

•Tutup kembali kasing komputer dan pasang semua kabel seperti asal

1.5.3 Monitor

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

Matikan dan cabut semua kabel elektrik yang tersambung dengan monitor

Semburkan cairan alkohol atas kain bersih

(20)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 20 habuk Setelah bersih, pasang kembali semua kabel yang terhubung dengan monitor seperti asal

1.5.4 Pencetak (Printer)

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum,

berus

Langkah-langkah :

• Cabut semua kabel yang terhubung dengan printer • Keluarkan Catridge atau tempat toner yang ada dalam

printer

• Sedut habuk menggunakan vakum atau gunakan berus kecil untuk membuang habuk

• Pastikan printer benar-benar kering

• Masukkan kembali catridge atau toner seperti asal.

1.5.5 Keyboard

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

• Buka kasing yang mengikat kekunci dengan membuka skru pada bahagian belakang keyboard

• Cuci kasing menggunakan spray cleaner

• Bersihkan papan litar keyboard dengan menggunakan vakum untuk membuang habuk-habuk yang lekat pada papan litar tersebut.

• Kemudian buka satu persatu penutup kekunci keyboard dan cuci dengan menggunakan kain bersih yang lembap. • Cara membukanya ialah dengan mencungkil penutup itu

dengan menggunakan pemutar skru ataupun testpen. • Bersihkan bahagian dalam kaki kekunci keyboard

• Akhir sekali pasangkan kembali kasing keyboard dengan mengetatkan kembali skru yang dibuka.

Cara penjagaan keyboard

• Elakkan dari merokok semasa menggunakan komputer • Buat ujian dengan menggunakan software khas iaitu

(21)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 21 yang kurang baik dan baiki jika kekunci didapati rosak. • Hindarkan daripada habuk dan sentiasa gunakan

penutup keyboard.

• Simpan keyboard di tempat yang tertutup dan berhawa dingin.

• Semasa membuat pembersihan ,keyboard hendaklah diterbalikkan supaya segala bendasing yang terdapat di dalam atau di celah-celah kekunci jatuh

1.5.7 Mouse Bahagian Dalam

Alatan : Putik Kapas

Langkah-langkah :

• Didalam mouse akan terdapat bebola penggerak

• Buka bahagian bawah mouse untuk mengeluarkan bolanya.

• Bersihkan bahagian-bahagian yang kotor dengan putik kapas lembap

• Jika selesai masukan kembali bebolanya dan posisikan mouse seperti asal.

Bahagian luar

Alatan : Kain bersih (lembut) dan Cairan Alkhohol Pembersih

Langkah-langkah :

• Gosok dengan kain bersih lembap secara merata dan perlahan-lahan

• Biarkan sampai kering

1.5.8 Thumb/Pen Drive

Tiada cara pembersihan. Cuma pengguna perlu tahu yang thumb drive ini tidak boleh jatuh.

Cara pengggunaannya perlu betul. Ikuti langkah dibawah untuk mengeluarkannya dari USB Port.

a) Klik sekali di yang terdapat di sudut kiri (taskbar) b) Bila Mesej “Safely remove USB Mass Storage

Device” dipaparkan klik sekali dan Mesej “ Safe to remove hardware” dipaparkan.

(22)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 22

1.5.8 Cakera Liut (Disket)

Cakera Liut sering dipanggil sebagai "disket" merupakan peranti storan yang paling banyak digunakan untuk menyimpan data. Data disimpan di dalam cakera liut dengan menggunakan pemacu cakera liut yang terdapat pada sistem komputer peribadi. Pemacu Cakera Liut digunakan untuk membaca dan menulis data pada cakera liut. Cakera Liut amat berguna untuk memindahkan data di antara komputer dengan ciri mudah alihnya dan juga untuk tujuan membuat salinan atau pendua (backup) terhadap data.

Penjagaannya:

Jangan sentuh permukaan cakera. Permukaan cakera yang Sentuhan Jari disentuh, mudah tercemar. Permukaan cakera yang terdedah

akan menyebabkan kerosakan data apabila disentuh dengan tangan yang kotor.

Jangan letak cakera berhampiran dengan medan magnet. Bahan Bahan Bermagnet bermagnet boleh mengganggu dan merosakkan data.Telefon bimbit dan speaker stereo adalah di antara sumber bahan

bermagnet. Cahaya Matahari Objek Berat Label Berlapis Memaksa Cakera Liut

Jangan dedahkan cakera kepada cahaya matahari atau keadaan panas terik seperti meninggalkan cakera di dalam kereta yang panas.

Jangan letakkan objek yang berat di atas cakera. Elakkan tenggekan cakera iaitu satu cakera diletakkan di atas cakera yang lain. Cakera sepatutnya disimpan secara menegak di dalam kotak yang dikhaskan.

Jangan meletakkan label baru di atas label yang sedia ada (berlapis). Elakkan cakera menjadi tebal disebabkan label berlapis kerana ia berkemungkinan akan tersekat di dalam pemacu cakera.

Jangan keluarkan cakera daripada pemacu cakera apabila lampu pada pemacu sedang menyala. Lampu yang menyala

menyatakan bahawa cakera liut sedang digunakan dan apabila mengeluarkannya secara paksa, ia mungkin boleh

(23)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 23

2.0 PERISIAN

2.1 Disk Cleanup, Error Checking dan Defragmentation

Imbasan cakera keras harus dilakukan dengan kerap sekurang-kurangnya sekali setiap bulan kerana ia berupaya memastikan kelompok "cluster" pada cakera keras berada di dalam keadaan baik. Anda juga boleh menggunakan fungsi Disk Cleanup, Error Checking dan Disk Defragmentor apabila anda melihat penurunan persembahan dalam sistem PC.

2.1.1 Disk Cleanup

Kegunaannya adalah membuang fail-fail yang tidak diperlukan

dalamsistem komputer berdasarkan kehendak pengguna.

a) Dwi klik pada ikon

Klik pada drive C dan klik kanan, skrin dibawah akan dipaparkan

(24)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 24 b) Pilih Properties , Skrin dibawah akan dipaparkan

(25)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 25 d)

Anda dikehendaki tandakan fail-fail yang anda hendak bersihkan dan klik OK untuk memulakan proses pembersihan.

e)

Satu mesej pengesahan akan dipaparkan. Jika anda hendak meneruskan proses pembersihan, sila klik Yes. Jika sebaliknya klik

No. Menu di bawah akan dipaparkan iaitu menunjukkan proses pembersihan sedang dijalankan.

(26)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 26

2.1.2 Error checking

Kegunaannya adalah menyemak dan memperbetulkan

kerosakan dan kesalahan yang berlaku pada disk(disk

error) sama ada cakera keras, cakera liut dan lain-lain

storan.

(27)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 27

b) Klik Check Now

c) Tandakan kotak Check disk options dan klik Start

(28)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 28

2.1.3 Defragmentation

Kegunaannya adalah menyusun semula kedudukan fail dalam

disksupaya ia dapat mempercepatkan capaian data dalam komputer.

(29)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 29 b) Klik Defragment Now…

Klik Defragment untuk memulakan proses penyusunan semula

2.2 Penggunaan Perisian Membuat Salinan (Backup)

Kebanyakan masalah dengan fail yang rosak atau hilang dapat dielakkan jika pengguna selalu melakukan operasi Backup bagi keseluruhan sistem (sistem operasi perisian, aplikasi dan dokumen) selepas sesuatu tempoh. Untuk memulakan fungsi Backup:

(30)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 30 Klik Start› Programs Accessories System Tools Backup

Klik folder atau fail yang mahu disalin serta tentukan destinasi salinan.

Pengguna boleh membuat salinan ke dalam disket 1.44 MB atau CD-Writer (penulis CD- ROM). Kaedah kedua lebih mahal tetapi lebih mudah, pantas, boleh dipercayai serta menyimpan saiz storan yang lebih besar berbanding disket. Satu lagi pilihan yang agak murah adalah pemacu Zip.

Pengguna PC juga digalakkan membuat boot diskette kerana ia adalah penyelamat apabila masalah PC berlaku. Sistem operasi menyediakan fungsi bagi membina boot diskette dan Start Up kepada sistem. Pastikan juga sistem dilengkapi dengan perisian antivirus. Ia adalah perisian yang paling penting terutama dengan kepelbagaian sumber fail serta peningkatan jumlah virus. Selain langkah-langkah di atas, beberapa tabiat yang baik ketika menggunakan PC dapat membantu meningkatkan jangka hayat penggunaan PC. Antaranya, jangan matikan sistem PC ketika ia sedang beroperasi. Gunakan fungsi Shut Down dalam Windows 95/98. Mematikan sistem terus tanpa menggunakan fungsi Shut Down mungkin merosakkan Register atau fail-fail tertentu yang sedang beroperasi ketika sistem dimatikan. Juga

(31)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 31 jauhi makanan dan minuman dari PC serta kanak-kanak yang tidak tahu menggunakan PC.

Jika kanak-kanak di bawah umur hendak menggunakan PC, pastikan kehadiran orang dewasa sepanjang masa. Anda tidak mahu anak anda memformat keseluruhan cakera keras anda. Mengikut kaedah yang dinyatakan di atas tidak menjamin seratus peratus sistem PC tidak akan mengalami masalah kerana seperti barangan elektronik lain, ia juga mempunyai jangka hayat tertentu. Tetapi langkah d i a t a s berupaya membantu sistem PC beroperasi dengan baik serta mengelak kejadian tidak diingini.

2.3 Uninstall Program

a) Kegunaannya adalah membuang aplikasi yang tidak diperlukan.

(32)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 32 c) Pilih aplikasi yang dikehendaki

d) Klik Change/Remove

(33)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 33

2.4 Mengemaskini Windows

Pengguna Microsoft Windows boleh menggunakan kelebihan untuk Mengemaskini Windows secara automatik tetapi komputer anda mesti bersambung ke internet. Sekiranya anda tidak pasti apakah versi Windows yang anda sedang gunakan, anda boleh

mengetahuinya dengan mengikuti arahan bagi menyemak di http://www.microsoft.com/athome/security/protect/checkos.aspx

Langkah-langkah:

(34)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 34 b) Pilih Properties skrin dibawah akan dipaparkan

(35)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 35 c) Klik Automatic Updates.

Anda boleh tentukan sendiri bila waktu yang sesuai untuk melakukan proses kemaskini ini. Setelah membuat pilihan klik Apply dan OK

Sila lawati http://windowsupdate.microsoft.com/ untuk mendapatkan updates

terbaru.

Perhatian: Pastikan anda kembali ke Windows Update selepas mengebut

semula untuk memeriksa apa-apa muat turun tambahan. Anda mungkin perlu melakukan ini beberapa kali.

Catatan penting bagi pengguna Microsoft Office. Anda juga patut

melawattapak Office Update untuk memasang sebaran keselamatan yang terbaharu.

(36)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 36

2.5 Perkongsian Folder

Perkongsian folder dimaksudkan untuk memberikan hak pakai pada komputer lain, sehingga anda dapat melihat isi dari komputer lain. Langkah-langkah yang digunakan untuk menentukan sharing local drive ini adalah sebagai berikut :

a) Dwi klik My Computer

b) Dwi klik pada drive yang hendak di kongsi cth Drive C c) Pilih folder yang hendak dikongsi dan klik kanan

Dapatkan menu Sharing and Security

d) Tandakan Share this folder on the network e) Namakan folder yang ingin dikongsi

f) Klik Apply dan OK

(37)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 37

2.6 Mencari folder dalam jaringan (network)

a) Pilih menu My Network Places

b) Folder yang telah di kongsi akan dipaparkan pada window seperti di bawah

(38)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 38

2.7 Instalasi pencetak(printer)

a) Klik butang Start

b) Klik Printers and Faxes. c) Pilih Add a Printer

d) Klik Next> untuk menampilkan kotak dialog berikutnya.

e) Klik pilihan A network printer, or a printer attached to

anothercomputer.

f) Klik Next> untuk melanjutkan pada langkah berikutnya, kemudian klik pilihan Browse for a printer.

g) Klik Next> untuk memilih jenis printer yang ada atau telah dilakukan kongsikan.

h) Klik Next> untuk menampilkan kotak dialog berikutnya, i) Pastikan adakah anda ingin menggunakan printer tersebut

sebagai default.Jika ya, klik pilihan Yes pada bahagian do you

(39)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 39 a) Kemudian klik butang Next> untuk menuju pada kotak dialog

tersebut.

b) Klik butang Finish untuk mengakhiri proses instalasi tersebut.

2.8 Buang Cookies, History dan Temporary Internet Files

Setiap kali kita melayari internet segala cookies, history dan

temporaryinternet files akan tercipta dan akan disimpan. Sekiranya

ia tidak dibuang iaakan menjejaskan performance komputer masing-masing.

a. Buka aplikasi Internet Explorer b. Klik Menu Tools

c. Pilih Internet Option dan skrin dibawah akan dipaparkan

d. Klik butang Delete Cookies

(40)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 40 f. Klik butang Delete Files

g. Tandakan Delete All Offline Content h. Klik OK

i. Klik butang Clear History

j. Klik YES (membenarkan files history di buang) k. klik OK (untuk keluar aplikasi)

2.9 Create User Account

Sekiranya kita tidak mahu sesiapa menggunakan komputer kita. Pengguna perlu menciptakan password dikomputer masing- masing.

a) Klik Start Settings› Control Panel› User Accounts

b)

Dwi klik pada Administrator dan masukkan password yang dikehendaki.

(41)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 41 c) Sekiranya anda ingin menukar password

Start › Settings › Control Panel › User Accounts

Pilih Administrator dan klik Change my password

Masukkan password baru anda dan tekan butang Change Password.

(42)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 42 2.10 Cara Menutup Komputer

Jangan buka dan tutup komputer anda sesuka hati. Gunakan cara menutup komputer anda dengan betul .

a. Klik START

b. Klik Turn Off Computer

c. Pilih Turn off untuk menutup komputer anda

Pilih Restart untuk menutup dan membuka semula komputer anda. Sekiranya anda ingin meninggalkan komputer anda buat seketika, anda di syorkan untuk menggunakan menu STANDBY)

(43)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 43

MENGESAN KEROSAKAN (

TROUBLESHOOTING

)

1.0 MENGESAN KEROSAKAN (TROUBLESHOOTING)

1.1 Peralatan : Monitor

Masalah : Gambar wujud pada tengah skrin Penyelesaian :

a) Periksa komponen pada horizontal area b) Periksakapasitor tantalum/coupling * c) Tukar monitor lain

Masalah : Gambar wujud di bawah skrin Penyelesaian :

a) Periksa komponen pada vertical area b) Periksa kaki transistor *

c) Tukar monitor lain

Masalah : Contrast (background) cerah sangat. Ada horizontal line Penyelesaian :

a) Laras pada contrast di panel kawalan

b) Laras screen button pada “high voltage” capasitor *

Masalah : Gambar/tulisan tidak jelas (skrin kabur) Penyelesaian :

a) Laras brightness di panel kawalan

b) Laras focus button pada “high voltage” capasitor * c) Tukar monitor

1.2 Peralatan : Hard disk (HDD)

Masalah : Sistem hang / tidak boleh run c: Penyelesaian :

a) Periksa boot sector/virus

b) Pastikan hard disk utility telah dibuat c) Periksa cable connection

(44)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 44 Masalah : Tidak boleh buat fdisk/fails to create

Penyelesaian :

b) Pastikan hard disk ok/detected ok c) Periksa DOS disket/BIOS

d) Periksa hard disk setup e) Periksa motherboard * f) Periksa cable connection

Masalah : Cari/baca data slow Penyelesaian :

a) Buat chkdsk c:

b) Ada virus/periksa memori

1.3 Peralatan : Disket Drive (FDD)

Masalah : Tidak boleh baca data dalam disket Penyelesaian :

a) Periksa head/cuci b) Pastikan disket ok

a. Ada system/ada fail b. Tiada virus

c. Kapasiti betul d. Tidak rosak

1.4 Peralatan : Keyboard

Masalah : Satu huruf tak berfungsi/timbul banyak Penyelesaian :

c) Cabut/bersihkan huruf tersebut d) Uji kelancaran butang huruf e) Tukar keyboard

Masalah : Tidak berfungsi langsung/ bila “boot” keyboard error Penyelesaian :

(ii) Periksa suis pada keyboard (sebelah belakang – AT – XT) (iii) Periksa key lock

(45)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 45 (iv) Periksakeyboard connector

(v) Tukar keyboard

1.5 Peralatan : Mouse

Masalah : Arrow bergerak tidak lancar Penyelesaian :

a) Bersihkan roller dan bebola b) Periksa mouse configure/control c) Tukar mouse

Masalah : Tidak berfungsi Penyelesaian :

a) Periksa mouse connection b) Tukar mouse

1.6 Peralatan : Operating System

Masalah : Sistem slow Penyelesaian :

f) Periksa CPU/motherboard – 286, 386, 486, Pentium dsb g) Tambah kapasiti RAM

h) Periksa virus, buang

i) Close program yang tidak diperlukan

j) Program perlu banyak memory untuk beroperasi k) Check HDD

(46)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 46

VIRUS KOMPUTER

1.0 DEFINASI

Secara amnya virus merupakan program (blok kod yang boleh dilarikan) yang menyelit, menulis dan menggantikan program lain untuk merebak tanpa pengetahuan pengguna PC.

Kata kunci di sini adalah membiak (the ability to reproduce itself) dan memerlukan host. Ciri-ciri ini membezakan antara virus dan worm.

Virus menyelitkan dirinya kepada fail (biasanya fail aplikasi seperti program pemprosesan kata atau program DOS). Lazimnya, virus tidak menjangkiti fail data. Namun fail data mungkin mengandungi kod boleh laksana seperti makro yang boleh menyebarkan virus. Fail teks seperti fail batch, postscript dan kod sumber yang mempunyai arahan kompilasi/terjemahan oleh program lain juga merupakan pembawa virus. Namun, host jenis ini adalah jarang.

Aktiviti virus dicetuskan oleh 2 faktor:

B o m m a s a – dicetus oleh faktor masa atau bilangan kali komputer

diboot. Contohnya: virus Michelangelo yang menjadi aktif setiap Mac 6, harijadi pelukis terkenal ini.

Bom logik – tercetus apabila peristiwa tertentu berlaku seperti arahan

tertentu dilaksanakan atau data tertentu diubah, dicipta atau dihapuskan. Contoh aplikasinya adalah seorang juruprogram yang mengesyaki dirinya akan dibuang kerja. Beliau mencipta bom logik yang akan menjadi aktif sekiranya status kerjanya diubah ke ‘terminated’.

(47)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 47

2.0 JENIS-JENIS VIRUS

2.1 Virus Sektor Boot

Contoh: Form, Stoned

Virus jenis ini menjangkiti sektor boot cakera liut (MBR) atau DOS boot record dalam cakera keras.

Contoh kes virus Stoned (1987)

Cakera liut yang mengandungi virus terselit dalam data digunakan dalam projek bersama dengan rakan sekerja. Virus dipindahkan apabila disket ditinggalkan dalam pemacu dan komputer cuba melakukan bootup dari disket. Komputer memasukkan sektor pertama disket ke dalam ingatan dan melaksanakannya. Virus menyalinkan dirinya ke dalam cakera keras menggantikan MBR. Virus ini adalah ‘memory resident’ (99% virus mempunyai ciri ini), ia terletak dalam ingatan dan menangkap interrupt 13h (baca/tulis). Setiap kali komputer membaca/menulis pada pemacu A, cakera liut akan dijangkiti.

2.2 Virus Makro Contoh: WM.Concept

Virus jenis ini merupakan ancaman baru kerana ia ditulis dalam bahasa WordBasic, yang senang dipelajari. Virus tradisional ditulis dalam bahasa perhimpunan dan memerlukan kepakaran tertentu. Virus jenis ini menjangkiti fail data dan host jenis ini lebih berkesan kerana fail data lebih kerap dikongsi bersama. Virus makro tidak terikat pada satu platform sahaja. Oleh itu, satu virus boleh menjangkiti komputer yang menggunakan Windows 3.x, 95, NT malah Macintosh.

2.3 Virus Fail TSR (Terminate and Stay Resident)

Virus jenis ini menjangkiti fail adalah ‘memory resident’ dan menjangkiti com dan exe.

(48)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 48

2.4 Virus Companion

Virus ini merebak melalui fail yang dilarikan. Misalnya fail asal adalah myapp.exe. Apabila pengguna menaip myapp dalam prompt c, myapp.com akan dilarikan dan akan menjalankan rutin rebakannya. Kemudian myapp.exe akan dilaksanakan oleh myapp.com tanpa pengetahuan pengguna.

2.5 Virus Overwriting

Ia menulis dirinya keatas fail yang dijangkiti menyebabkan program tersebut tidak dapat dijalankan lagi. Virus jenis ini tidak popular kerana mudah dikesan.

3.0 BAGAIMANA IA MEREBAK

3.1 Perisian

Perisian baru yang dibeli mungkin mengandungi virus. Kemungkinan ini lebih besar jika perisian tersebut adalah cetak rompak. Selain itu, demonstrasi perisian jurujual dalam komputer juga merupakan satu sumber virus sekiranya perisian tersebut telah dijangkiti virus.

3.2 Cakera Liut

Virus merebak melalui cara ini akibat perkongsian fail dalam projek dan dalam sistem rangkaian.

3.3 Internet

Virus hanya merebak melalui attachment dalam emel(auto download tanpa scanning), dan program yang dimuat-turun dari Internet. Namun demikian, virus hanya akan menjangkiti komputer sekiranya program tersebut diinstalasikan ke dalam komputer. IRC (Internet Relay Chat) juga merupakan satu ‘hotspot’ bagi virus.

(49)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 49

3.4 Rangkaian

Satu fail mungkin digunakan oleh beberapa kumpulan dalam rangkaian yang

sama oleh itu hanya terdapat 1 salinan fail tersebut. Jika fail tersebut dijangkiti, semua pengguna yang menggunakannya juga akan terdedah kepada jangkitan virus.

4.0 CARA PENCEGAHAN

Berikut merupakan cara untuk mengelakkan dari jangkitan virus:

• Penggunaan perisian anti-virus

• Periksa disket yang dikongsi sebelum membukanya. Virus tersebar apabila akses dibuat.

• Ubah status disket dari boleh-padam ke ‘read-only’

• Beli dan muat-turun perisian dari Internet hanya dari sumber yang boleh dipercayai.

• Berhati-hati dengan perisian yang ditawarkan dalam BBS dan Internet • Elakkan penggunaan perisian cetak rompak

• Pengimplementasian polisi keselamatan organisasi. Antara kandungan utamanya:

- hak penggunaan perkakas, perisian dan data - akses fizikal ke perkakas, perisian dan data - prosedur backup dan recovery

- penalti jika polisi dilanggar • Sentiasa backup data

5.0 PERISIAN ANTIVIRUS

Perisian antivirus merupakan langkah pencegahan utama terhadap jangkitan virus. Cara antivirus berfungsi:

(50)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 50

• TSR scanner – mencari virus apabila program lain sedang berjalan • VxD scanner – memerika untuk virus secara berterusan

• Heuristic scanners – memeriksa fail boleh laksana (.exe fail) • Monitor/Behaviour Blocker – memeriksa perlakuan system • Change Detectors/Checksummers/Integrity Checkers

- menyimpan pangkalan data ciri-ciri semua fail boleh laksana dan memeriksa untuk perubahan dalam program tersebut

• Cryptographic Checksummers – menggunakan algoritma enkripsi

Perisian antivirus perlu sentiasa di kemaskini agar dapat mengesan virus baru. Ini dibuat melalui muat-t u r u n f a i l macro.def dan sign.def dari Internet. Kebanyakan syarikat pengeluar antivirus menawarkan pengemaskinian percuma.

Jika menggunakan Windows 95 ke atas, pakej antivirus yang berkesan mestilah merupakan 32 bit. Di antara pakej antivius adalah seperti Mc Afee, PC Cilin, Norton, AVG dan lain-lain lagi.

5.1 Aplikasi Antivirus

Pihak Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor telah membekalkan satu CD Anti Virus ke setiap jabatan.

5.1.1 Cara Membuat Instalasi (protection)

Masukkan CD yang telah dibekalkan ke dalam CD Drive anda.

Instalasi Perisian Antivirus Corporate Edition.o Klik 2

kali My Computer .

o Klik 2 kali Folder Protection.

o Klik 2 kali pada Folder Norton Antivirus Corporate Edition.

o Klik 2 kali pada fail Savcelm.exe

o Semasa Proses instalasi berlaku rajah di bawah akan dipaparkan.

(51)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 51

o Proses seterusnya

o

Klik pada butang Next untuk proses seterusnya.

o

Tandakan kekotak “I Accept the terms in the license agreement”

(52)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 52

o

o

Tandakan pada kekotak Microsoft Exchange dan Lotus

Notes

o

Klik Next

(53)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 53

o Tandakan pada Kekotak Managed

o Klik Next

(54)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 54

o Klik pada Find Computer

o Masukkkan IP Address 10.144.2.2

o Pilih Address

(55)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 55

o Seterusnya nama Server akan di paparkan

o Klik pada butang OK untuk proses seterusnya

(56)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 56

o Klik Next

(57)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 57

o Tunggu hingga proses ini selesai

5.1.2Cara Mengaktifkan Anti Virus

• Klik butang Start

• Klik All Programs

• Pilih program Symantec Client Security

Atau

• Dwi klik pada simbol Symantec Client Security yang

terletak di sebelah kanan task bar

(58)

[Faslitator SchoolNet-SKSS] Page 58

• Pilih Scan Computer

• Tandakan Drive yang ingin di scan

• Klik Scan

Referensi

Dokumen terkait

Nilai F hitung 66,471 > F tabel 2,68 yang artinya semua variabel independen (keputusan investasi, kebijakan deviden, kebjikan hutang dan profitabilitas) dalam

Dapat dimengerti bahwa akibat yang luas dari masa peralihan masa remaja ini (puber) sangat rentan dengan kenakalan remaja, karena pada masa ini anak masih labil

Adanya kesamaan komposisi mineral pasir pada pedon-pedon yang diteliti menunjukkan bahwa tanah sawah yang terbentuk di dataran Aluvial lebih banyak dipengaruhi oleh bahan

Berdasarkan undang-undang Nomor 6 tahun 2014 tentang desa, pasal 18 kewenangan desa meliputi kewenangan dibidang penyelenggaran pemerintahan desa, pelaksanaan pembangunan desa,

Berdasarkan kepada pertumbuhan ekonomi yang berlaku diberbagai negara dapat disimpulkan bahwa faktor utama yang mempengaruhi pertumbuhan dan pembangunan suatu negara adalah:

Awal dalam memulai usaha baik dalam usaha produksi maupun jasa,hal dalam perencanan lokasi merupakan hal yang penting untuk dipertimbangkan dalam karena baik langsung maupun

Coliform merupakan suatu golongan bakteri yang digunakan sebagai indikator adanya polusi kotoran dan kondisi yang tidak baik di dalam air, jadi adanya bakteri

Ketika Islam telah menguasai secara efektif dalam aspek-aspek strategis dan merupakan esensi dari kehidupan Negara Indonesia, maka liberalisme politik yang ada di Indonesia tidak