• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MEMBUAT PERABOT. TINGKATAN EMPAT dan LIMA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MEMBUAT PERABOT. TINGKATAN EMPAT dan LIMA"

Copied!
57
0
0

Teks penuh

(1)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

2002

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

MEMBUAT PERABOT

TINGKATAN EMPAT dan LIMA

(2)

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

(3)

ii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian

(4)

.$1'81*$1

3HQGDKXOXDQ 0DWODPDW 2EMHNWLI 2UJDQLVDVL.DQGXQJDQ 3HQGHNDWDQ'DQ3HQHNDQDQ 3HPHWDDQ.DQGXQJDQ )RUPDW+XUDLDQ +XUDLDQ7LQJNDWDQ(PSDW +XUDLDQ7LQJNDWDQ/LPD

(5)

iv

KATA PENGANTAR

Para 1 (kosong)

Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Pembinaan Domestik untuk sekolah menengah atas. Buku ini juga menyediakan penerangan bagi membantu guru menguruskan pelaksanaan kurikulum Pembinaan Domestik dalam bengkel. Guru diharap dapat merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan sesuai dengan kebolehan dan minat murid serta persekitaran sekolah supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.

Para 3 (kosong)

( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN ) Pengarah

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysi

(6)

Membuat Perabot adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah.

Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang perabot. Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persediaan awal ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiwan, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman, dan perkhidmatan penjagaan.

kepada kemahiran dalam kerja mereka bentuk, membuat dan membaik pulih perabot. Perabot yang dihasilkan termasuk almari, kotak kecemasan, tiang lampu, kerusi dan beberapa jenis meja serta rak. Murid juga digalakkan merebut peluang kerjaya dalam industri pembuatan perabot. Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.

Matlamat mata pelajaran Membuat Perabot adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran mereka bentuk, membuat dan membaik pulih perabot dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri pembuatan perabot.

Kurikulum Membuat Perabot adalah untuk membolehkan murid : Apakah Mata Pelajaran Membuat Perabot? Matlamat Mata Pelajaran Membuat Perabot PENDAHULUAN MATLAMAT OBJEKTIF Objektif Mata Pelajaran Membuat

(7)

2 2. Melakar dan mentafsir lukisan projek

3. Mengenal pasti dan menyediakan bahan kerja perabot

4. Menggunakan dan menyenggara alatan dan mesin kerja perabot

5. Membuat kerja kemasan

6. Mereka bentuk dan menghasilkan perabot rekaan sendiri serta membuat anggaran kos 7. Mengamalkan peraturan keselamatan dan etika

kerja

8. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan berkomunisaki dengan berkesan

Mata pelajaran ini terbahagi kepada empat bidang pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep seperti berikut: Rangka Konsep ORGANISASI KANDUNGAN

Pengurusan

Tempat Kerja

RANGKA KONSEP

KEM AHIRAN

MEMBUAT

PERABOT

Penyangkut baju

Meja serba guna Meja tulis Kotak kecemasan Rak pamer Kerusi Rak kasut Almari sisi

Kerja baik pulih perabot

REKA BENTUK dan MENGHASILKAN

PERABOT

KEUSAHAW ANAN dan KOM UNIKASI

KEM AHIRAN

MEMBUAT

(8)

Deskripsi empat bidang pembelajaran bagi Membuat Perabot adalah seperti berikut:

1. Pengurusan Tempat Kerja

Murid sentiasa mematuhi dan mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan kerja amali dengan mematuhi peraturan dan undang-undang dalam pekerjaan, rawatan kecemasan dan memadam kebakaran. Di samping itu juga murid dilatih menguruskan tempat kerja secara berkesan dengan menitikberatkan kebersihan dan penyenggaraan alatan yang berkaitan.

2. Kemahiran Membuat dan Membaik Pulih Perabot

Dalam bidang pembelajaran ini murid menjalankan latihan amali yang disepadukan dengan teori berkaitan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran yang dikuasai termasuk mengenali bahan, mesin dan alatan tangan; merancang tanda; membina pelbagai tanggam; membuat kerja kemasan; menguji projek; dan baik pulih perabot. Kemahiran ini diperolehi melalui pembinaan sembilan projek perabot yang reka bentuknya telah ditentukan. Seterusnya kemahiran ini diaplikasikan untuk

3. Reka Bentuk dan Penghasilan Perabot

Dalam bidang pembelajaran ini kreativiti murid dicungkil. Mereka diberi peluang mereka bentuk dan menghasilkan perabot mengikut idea dan kreativiti sendiri. Murid mengumpul maklumat terkini mengenai reka bentuk dan penghasilan perabot dengan melayari internet atau merujuk media cetak. Aspek yang tumpukan termasuk penterjemahan idea, perancangan, lakaran dan lukisan projek, bahan dan mesin yang diperlukan, anggaran kos dan kaedah pembinaan.

4. Keusahawanan

Murid didedahkan kepada teknik komunikasi yang berkesan, cara melayan pelanggan dan kemahiran membuat keputusan. Di samping itu, murid dibimbing membuat perancangan perniagaan yang mudah dan mengenal pasti organisasi yang membantu usahawan. Murid juga didedahkan dengan peluang kerjaya yang terdapat di industri pembuatan perabot.

(9)

4 Membuat Perabot adalah mata pelajaran yang memberi tumpuan terhadap menguasai kemahiran melalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali. Bahagian teorinya diserap secara tidak langsung semasa menjalankan kerja amali. Dalam mengendalikan kelas, penggabung jalinan perlu diadakan di antara lakaran, lukisan, teori dan amali. Bidang pembelajaran Keusahawanan perlu digabungkan dengan bidang pembelajaran Kemahiran Membuat dan Membaik Pulih Perabot bagi membolehkan murid berdikari dan memajukan diri semasa menceburi industri pembuatan perabot.

Kemahiran yang diperolehi oleh murid perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki di dalam industri pembuatan perabot dan relevan dengan bidang pekerjaan yang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan bidang kerjaya masa depan.

Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang baik harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Tumpuan diberi ke arah murid yang berusaha mencapai kecemerlangan, bersungguh menghasilkan produk yang berkualiti dan ingin memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik. Keutamaan juga

diberi mengenai kebijaksanaan menggunakan sumber dalam pengendalian dan urusan kerja, kesedaran tentang kos setiap projek serta pemeliharaan alam sekitar. Murid harus berfikiran terbuka, menepati masa semasa menyiapkan kerja, berkeyakinan dalam membuat keputusan, bekerjasama, bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan persekitaran. Guru harus memastikan murid dapat menunjukkan dan mengamalkan nilai tersebut semasa menjalankan kerja amali.

Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kerja amali, saiz bagi satu kelas mata pelajaran Membuat Perabot mestilah tidak melebihi dua puluh lima orang murid.

Alatan audio video perlu disediakan di bengkel Pembinaan Domestik bagi membantu murid memahami proses pembuatan semasa melakukan kerja amali.

Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan dan dipatuhi semasa berada di bengkel membuat perabot. Sebarang penggunaan alatan perlu diselia oleh guru untuk mengelakkan kemalangan. Organisasi bengkel dan pengurusan kerja hendaklah dijalankan secara berjadual oleh murid bagi menambahkan pengalaman, semangat Nilai Murni

Kemahiran melalui Latihan Amali

PENDEKATAN DAN PENEKANAN

Saiz Kelas Alatan Audio Video Keselamatan dan Pengendalian Bengkel Kemahiran yang Relevan

(10)

bekerjasama dan bertanggungjawab serta mempertingkatkan lagi tahap disiplin murid dan sifat kepimpinan mereka.

Murid digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini di bidang industri pembuatan perabot seperti reka bentuk fizikal, bahan yang digunakan, sumber bagi mendapatkan bahan terkini di pasaran. Kemahiran ICT murid diperkembangkan seperti melayari internet dan berkomunikasi secara elektronik. Rujukan buku dan majalah profesional juga digalakkan.

Guru perlu membuat tunjuk cara pada bahagian yang sesuai sebelum murid menjalankan kerja amali.

Modul Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 disediakan untuk membantu murid menguasai tahap kemahiran dalam setiap unit pembelajaran. Pendekatan dalam modul ini lebih kepada kemahiran praktis di samping maklumat rujukan sebagai pengetahuan teori. Setiap modul mengandungi panduan kerja, maklumat rujukan dan penilaian.

Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran Pembinaan Domestik untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5 adalah seperti dalam Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan rancangan pengajaran.

Masa pengajaran mata pelajaran Membuat Perabot ialah dua belas waktu seminggu yang mana setiap waktu ialah empat puluh minit.

Pemetaan Kandungan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Tunjuk Cara Modul Pembelajaran Bilangan Waktu Seminggu Teknologi Maklumat dan Komunikasi PEMETAAN KANDUNGAN

(11)

6

Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran Membuat Perabot

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

1. Pengurusan Tempat Kerja ( 4 ) 1.1 Organisasi bengkel 1

a. Peraturan dan langkah

keselamatan 9 b. Rawatan kecemasan 9

c. Memadam kebakaran 9

d. Etika dan budaya kerja 9

e. Peraturan dan undang-undang

kerja 9

f. Pememliharaan alam sekitar

dalam industri perabot 9 1.2 Penggunaan dan penyenggaraan

alatan 1

a. Alatan tangan 9

b. Mesin mudah alih 9

c. Mesin pegun 9

1.3 Penyediaan, penggunaan dan

penyimpanan bahan kerja perabot 1

a. Kayu 9

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

b. Papan komposit 9

c. Barang loga, dan kelengkapan 9

1.4 Kemasiapan projek 1

a. Bahan 9

b. Proses kemasan 9

c. Teknik kemasan 9

2. Kemahiran Membuat dan Membaik Pulih

Perabot ( 31) ( 25 ) 2.1 Penyangkut baju 5

a. Penyediaan kayu 9

b. Lakaran projek 9

c. Mentafsir lukisan projek 9

d. Pembinaan tanggam parit, tanggam lubang dan puting, dan tanggam penetap

9

e. Membentuk dan melubang 9

f. Kemasan 9

2.2 Meja serba guna 5 a. Penyediaan kayu 9

b. Lakaran projek 9

(12)

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting terhenti, dan tanggam temu

9

e. Pemasangan plat siku 9

f. Kemasan 9

2.3 Meja tulis 6

a. Penyediaan kayu 9

b. Lakaran projek 9

c. Mentafsir lukisan projek 9

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting kembar berbahu sebelah, tanggam lubang dan puting berjanjang, tanggam lekap berskru, dan tanggam temu

9

e. Pemasangan engsel dan skru 9

f. Kemasan 9

2.4 Kotak kecemasan 6

a. Penyediaan kayu 9

b. Lakaran projek 9

c. Mentafsir lukisan projek 9

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

e. Pemasangan bahagian projek

menggunakan skru dan glu 9 f. Pemasangan engsel sembunyi dan

tombol 9

g. Kemasan 9

2.5 Rak pamer 5 a. Penyediaan kayu 9

b. Lakaran projek 9

c. Mentafsir lukisan projek 9

d. Pembinaan tanggam bajang

tembus 9

e. Memotong lengkok 9

f. Memasang rak, kumai dan lekapan 9

g. Kemasan 9

2.6 Tiang lampu meja berlarik 4 a. Penyediaan kayu 9

b. Lakaran projek 9

c. Melarik silinder dan piring 9

d. Melelas 9

e. Memasang 9

(13)

8

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu) 2.7 Kerusi 7 a. Penyediaan kayu 9 b. Lakaran projek 9

c. Mentafsir lukisan projek 9

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting berjanjang terhenti, tanggam lubang dan puting terhenti, dan tanggam lubang dan puting bahu sebelah

9

e. Membentuk dan mengumai 9

f. Kemasan 9

g. Memotong dan memasang span

dan fabrik 9

2.8 Rak kasut 6

a. Penyediaan kayu 9

b. Lakaran projek 9

c. Mentafsir lukisan projek 9

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting terhenti, dan tanggam temu

9

e. Melurah dan mengumai 9

f. Pembinaan laci 9

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

g. Pemasangan bahagian rak kasut 9

h. Kemasan 9

2.9 Almari sisi 6

a. Penyediaan kayu 9

b. Lakaran projek 9

c. Mentafsir lukisan projek 9

d. Pembinaan tanggam lubang dan putingberjanjang, dan tanggam temu

9

e. Mengumai dan memotong lengkok 9

f. Pembinaan laci 9

g. Pemasangan bahagian sisi almari, engsel, tombol, penetap, rel laci dan pintu

9

h. Kemasan 9

2.10 Baik pulih perabot 6 a. Jenis kerosakan 9

b. Prosedur baik pulih perabot 9

3. Reka Bentuk dan Penghasilan Perabot ( 8 ) 3.1 Mereka bentuk dan melakar projek 9

(14)

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

3.2 Penyediaan bahan dan anggaran kos 9

3.3 Memotong komponen 9

3.4 Pemasangan komponen dan barang

logam 9

3.5 Kemasan 9

4. Keusahawanan ( 2 ) 4.1 Kemahiran berkomunikasi 9

4.2 Kemahiran membuat keputusan 9

4.3 Rancangan perniagaan 9

4.4 Agensi yang membantu usahawan 9

4.5 Pemasaran 9

4.6 Peluang kerjaya di industri pembuatan

perabot 9

JUMLAH 35 minggu 35 minggu

Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur

iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan.

Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masa pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.

Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasan dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.

Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu guru merancang dan membekalkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka.

Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan lima diperincikan seperti berikut:

Tiga lajur Bidang, Unit dan Tajuk Pembelajaran Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran FORMAT HURAIAN

(15)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

MEMBUAT PERABOT

TINGKATAN EMPAT

(16)

BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1. PengurusanTempat Kerja

( Cadangan peruntukan masa ialah 4 minggu )

1.1 Organisasi bengkel

( Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu )

a. Peraturan dan langkah keselamatan

x Mengamalkan langkah keselamatan Tayangan video atau slaid tentang

kemalangan yang sering berlaku di tempat kerja.

Perbincangan kumpulan untuk mengenal pasti punca berlaku kemalangan.

Mengamalkan aktiviti 4M iaitu membersih, menyusun atur, menilai dan mendisiplin. NOTA:

Amalan 4M ini perlu dipraktikkan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran

Membersih seperti membersih diri dari; aspek fizikal dan minda

Menyusun atur seperti menyediakan jadual tugasan dan melaksanakan sistem

penyimpanan alatan dan bahan

Menilai seperti menilai sendiri tentang diri, hasil kerja dan tempat kerja

Mendisiplin seperti mempraktik peraturan keselamatan dan mematuhi arahan.

(17)

11 BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN b. Rawatan kecemasan x Melakukan rawatan asas pertolongan

cemas

Menunjuk cara rawatan pertolongan cemas dan merawat kecederaan ringan.

Guru boleh menggunakan tayangan video, slaid atau carta pertolongan cemas serta keselamatan bagi memberikan kesedaran kepada murid.

c. Memadam kebakaran x Menyatakan pelbagai punca kebakaran dan cara mencegah kebakaran

Menyenaraikan empat punca kebakaran yang dikenalpasti melalui aktiviti sumbangsaran. Murid dan guru membuat latihan memadam kebakaran(fire drill ).

(18)

BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN d. Etika dan budaya kerja

i. Pengurusan masa dan kebersihan

x Menepati masa dan sentiasa

berusaha memastikan tempat kerja sentiasa bersih dan teratur

Mematuhi jadual tugasan dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan. Sentiasa memakai pakaian kerja, alat perlindungan keselamatan dan menjalankan kerja membersih seperti yang dijadualkan. Guru memberikan helaian tugasan dan menetapkan masa untuk murid menyiapkan tugasan yang diberi.

ii. Kualiti kerja x Menyiapkan kerja yang berkualiti dalam masa yang ditetapkan

Murid sentiasa diingatkan agar mematuhi tahap kualiti hasil kerja yang telah ditetapkan. Guru mempamerkan contoh perabot yang berkualiti dan tidak berkualiti untuk banding beza murid.

(19)

13 BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Mengamalkan etika dan budaya kerja Membuat penilaian menggunakan senarai semak untuk menilai amalan etika dan budaya kerja rakan semasa melaksanakan sesuatu projek.

Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja seperti menepati waktu, amanah, produktif, akauntabiliti, patuh pada peraturan dan undang-undang yang menjadi pegangan semasa menjalankan kerja. Budaya kerja bermaksud cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi.

(20)

BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN iii. Pengurusan stok x Mengkelaskan stok dan merekod stok

secara sistematik

Aktiviti menyimpan rekod stok wajar dijalankan oleh murid sebelum memulakan tajuk pengajaran yang baru.

(21)

15 BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN e. Peraturan dan undang-undang

kerja

x Menyenarai peraturan yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan sesuatu kerja atau projek membuat perabot

x Menyatakan akta dan undang- undang yang berkaitan dengan pekerja

x Menyatakan kesan mengabaikan peraturan dan undang-undang kerja di industri pembuatan perabot

Perbincangan mengenai peraturan yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan sesuatu tugas.

Perbincangan mengenai akta dan undang-undang yang berkaitan dengan bidang pembuatan perabot. Contoh Akta

Pekerjaan 1955, Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Mengumpulkan maklumat dari akhbar, majalah atau internet.

(22)

BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN f. Pemeliharaan alam sekitar dalam

industri perabot

x Menerangkan kepentingan memelihara alam sekitar dalam industri perabot

Guru dan murid berkerjasama menganjurkan ceramah oleh pegawai dari Jabatan Alam Sekitar di sekolah atau mengadakan lawatan.

x Menyenaraikan peranan industri perabot dalam melindungi alam sekitar

Perbincangan mengenai cara memelihara alam sekitar dalam konteks industri perabot.

(23)

17 BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.2 Pengunaan dan

penyenggaraan alatan ( Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu )

a. Alatan tangan i. Alat memotong ii. Alat pelubang

iii. Alat meraut dan menatal iv. Alat mengukur dan menanda

v. Alat memukul dan memutar

vi. Alat mengapit dan menyangga

x Menggunakan dan menyenggara alatan tangan mengikut fungsi

Mengenal jenis alatan tangan dan fungsi. Tunjuk cara menggunakan alatan tangan. Mencanai dan mengasah mata ketam dan pahat.

(24)

BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN b. Mesin mudah alih

i. Mesin memotong ii. Mesin menebuk iii. Mesin mengetam iv. Mesin melelas v. Mesin mengumai vi. Mesin mencanai vii. Mesin trimmer viii. Mesin pneumatik

x Mengguna dan menyenggara mesin mudah alih

Mengenal jenis mesin mudah alih dan fungsi. Tunjuk cara mengguna dan menyenggara mesin mudah alih seperti gergaji jig, gergaji rencong, gerudi tangan, gerudi tangan tanpa kabel, pengetam, pelelas, pengumai, pencanai, mesin trimmer dan mesin pneumatik.

c. Mesin pegun

i. Mesin mengetam ii. Mesin membelah dan

memotong

iii. Mesin menebuk dan melubang

iv. Mesin membentuk v. Mesin melelas

vi. Mesin pemampat udara

x Mengguna dan menyenggara mesin pegun

Penerangan langkah keselamatan penggunaan mesin pegun.

Mengenal jenis mesin pegun dan fungsi. Tunjuk cara menggunakan mesin pegun seperti gergaji lengan, gergaji piring, pengetam, gerudi meja, pelarik, pemampat udara dan pencanai meja.

(25)

19 BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.3 Penyediaan, penggunaan dan

penyimpanan bahan kerja perabot

( Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu )

a. Kayu

x Mengenal pasti pelbagai jenis kayu tempatan

Mengenali pelbagai jenis kayu dari sampel Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

x Membezakan kayu yang baik dan yang cacat

Mengenal kecacatan kayu.

Memahami bahawa kayu yang mempunyai kandungan kelembapan (moisture content atau singkatan MC) yang rendah adalah kayu yang baik.

x Mengenal pasti penyimpanan kayu Tunjuk cara menyimpan kayu.

x Menyediakan kayu untuk projek perabot

Menyediakan bahan untuk pembinaan projek dari aspek kejituan ukuran dan kerataan permukaan.

b. Papan komposit x Mengenali pelbagai jenis papan komposit

(26)

BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menyediakan papan komposit untuk projek perabot

Tunjuk cara memotong, membentuk dan mengumai papan komposit.

x Mengenal pasti cara menyimpan papan komposit

Tunjuk cara menyimpan papan komposit.

c. Barang logam dan kelengkapan

x Mengenal pasti pelbagai jenis barang logam dan kelengkapan kerja

perabot

x Menentukan kesesuaian barang logam dalam pembinaan perabot

Tunjuk cara jenis barang logam dan

kelengkapan yang digunakan seperti engsel, tombol, kunci dan selak.

Membincang kesesuaian barang logam dan kelengkapan dalam pembuatan perabot.

(27)

21 BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.3 Kemasiapan Projek

( Cadangan peruntukan masa ialah ialah 1 minggu )

a. Bahan x Mengenal pasti bahan kemasan Pengenalan bahan kemasan seperti penyumbat, pengikis, kertas las, bungkah, syelek, varnis, cat, lekar, wax, pewarna dan pencair.

b. Proses kemasan x Mengenal pasti proses kemasan Tunjuk cara membuat kemasan. c. Teknik kemasan x Mengenal pasti teknik kemasan Tunjuk cara teknik kemasan iaitu cara

menyapu dan cara semburan.

2. Kemahiran Membuat dan Membaik Pulih Perabot

2.1 Penyangkut baju

( Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu )

(28)

BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN a. Penyediaan kayu x Menyedia kayu mengikut spesifikasi

yang dikehendaki

Semasa menyediakan kayu penekanan diberi kepada kerja berikut :

- mengukur dan menanda - mengetam

- menguji kerataan dan kepersegian.

b. Lakaran projek x Melakarkan projek dalam pandangan perspektif atau isometrik

Melakarkan projek Penyangkut Baju :

Tunjuk cara penggunaan alatan lukisan tekinik

tunjuk cara melakar projek (isometrik) menggunakan kertas gred

tunjuk cara lakaran projek dalam pandangan perspektif.

c. Mentafsir lukisan projek x Menganggarkan keperluan bahan dan peralatan daripada lukisan projek

Perbincangan kumpulan tentang bahan dan peralatan yang diperlukan serta perincian pembinaan penyangkut baju.

x Menentukan cara pembinaan penyangkut baju

Merumuskan perincian pembinaan.

d. Pembinaan tanggam parit, tanggam lubang dan puting, dan tanggam penetap

x Membuat tanggam parit, tanggam lubang dan puting, dan tanggam penetap

Pengenalan pelbagai jenis tanggam mengikut kategori seperti tanggam memanjang,

tanggam melebar, tanggam pemidang atau kerangka dan tanggam siku.

(29)

23 BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Tunjuk cara membuat tanggam temu,

tanggam parit, tanggam lubang dan puting, dan tanggam penetap.

Latihan merancang tanda tanggam tersebut. Murid membina tanggam tersebut dengan menggunakan alat tangan.

e. Membentuk dan melubang x Memotong lengkok dan menebuk lubang mengikut lukisan

Menyediakan tatah tanda potongan mengikut bentuk yang dikehendaki.

Tatah tanda dibuat daripada papan lapis atau kad manila.

Tunjuk cara memotong dan melubang.

Latihan memotong dan menebuk lubang pada kayu reja.

f. Kemasan x Membuat kerja penyediaan permukaan untuk kemasan

Tunjuk cara menyedia permukaan. Pengenalan bahan kemasan permukaan seperti pelbagai jenis penyumbat, pengikis, kertas las dan bongkah.

(30)

BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Membuat kerja menyedia permukaan pada projek penyangkut baju.

Membuat kemasan warna (staining) pada projek.

2.2 Meja serba guna

( Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu )

a. Penyediaan kayu x Menyediakan kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

Semasa menyediakan kayu penekanan diberi kepada kerja berikut:

- mengukur dan menanda - mengetam

- menguji kerataan dan kepersegian. b. Lakaran projek x Melakarkan projek dalam pandangan

perspektif atau isometrik

Melakarkan projek Meja Serba Guna.

c. Mentafsir lukisan projek x Menganggarkan keperluan bahan dan peralatan daripada lukisan projek

Perbincangan kumpulan tentang bahan dan peralatan yang diperlukan serta perincian pembinaan meja serba guna.

x Menentukan cara pembinaan meja serba guna

(31)

25 BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN d. Pembinaan tanggam lubang

dan puting terhenti, dan tanggam temu

x Membuat tanggam lubang dan puting terhenti dan tanggam temu

Tunjuk cara merancang tanda tanggam lubang dan puting terhenti dan tanggam temu. Memotong, meraut dan melubang tanggam lubang dan puting terhenti.

Tunjuk cara memastikan kepersegian tepi papan meja untuk tanggam temu.

Kerja mengglu, mengapit dan memasang projek.

e. Pemasangan plat siku x Memasang muka meja pada apron dengan menggunakan plat siku

Mengenal pasti plat siku dan menentukan kedudukannya mengikut lukisan projek. Tunjuk cara menskru plat siku.

f. Kemasan x Membuat kerja penyediaan permukaan untuk kemasan

Tunjuk cara menyedia permukaan.

Membuat kerja menyedia permukaan pada projek Meja Serba Guna.

Membuat kemasan warna (staining) pada projek.

(32)

BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 2.3 Meja tulis

( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu )

a. Penyediaan kayu x Menyediakan kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

Semasa menyediakan kayu penekanan diberi kepada kerja berikut :

-mengukur, menanda dan mengetam -menguji kerataan dan kepersegian.

b. Lakaran projek xMelakarkan projek dalam pandangan perspektif atau isometrik

Melakarkan projek Meja Tulis.

c. Mentafsir lukisan projek xMenganggarkan keperluan bahan dan peralatan daripada lukisan projek

xMenentukan cara pembinaan meja tulis Perbincangan kumpulan tentang bahan dan peralatan yang diperlukan serta perincian pembinaan meja tulis.

(33)

27 BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN d. Pembinaan tanggam lubang

dan puting kembar berbahu sebelah, tanggam lubang dan puting berjanjang, tanggam lekap berskru, dan tanggam temu

x Membuat tanggam lubang dan putting kembar berbahu sebelah, tanggam lubang dan puting berjanjang, tanggam lekap berskru, dan tanggam temu

Tunjuk cara pembinaan tanggam lubang dan puting kembar berbahu sebelah, tanggam lubang dan puting berjanjang, tanggam lekap berskru, dan tanggam temu.

Menerangkan dan menunjukkan cara merancang tanda tanggam tersebut.

Latihan merancang tanda tanggam pada kayu reja.

Membina tanggam tersebut untuk projek Meja Tulis.

e. Melurah dan melurah buntu x Membuat lurah mengikut lukisan perabot

Kerja melurah pada tepi atas permukaan meja untuk tempat alat tulis.

f. Pemasangan bungkah segitiga pada kerangka meja

x Memasang bungkah pada sudut kerangka kaki meja

Memotong bungkah segitiga.

Tunjuk cara memasang menggunakan paku panel dan mengglu.

(34)

BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN g. Pemasangan engsel dan skru

meja

x Memasang engsel dan skru mengikut lukisan perabot

Mengenal pelbagai jenis skru seperti skru kepala leper,skru kepala benam, skru kepala timbul dan skru kepala phillip.

x Memasang bahagian kotak pada kerangka kaki meja

x Memasang bahagian penapak kaki pada kerangka kaki meja

Mengenal dan tahu menggunakan pelbagai jenis engsel dan skru seperti engsel

sembunyi, engsel piano dan engsel tumpu. Tunjuk cara pemasangan engsel temu. Memasang engsel dan skru pada projek. h. Kemasan x Melaksanakan kerja penyediaan

permukaan untuk kemasan

Tunjuk cara menyediakan permukaan. Pengenalan bahan kemasan permukaan seperti pelbagai jenis penyumbat, pengikis, kertas las dan bongkah.

Membuat kerja permukaan pada projek Meja Tulis.

Membuat kerja kemasan warna (staining) pada projek.

(35)

29 BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 2.4 Kotak kecemasan

( Masa yang dicadangkan masa ialah 6 minggu )

a. Penyediaan kayu x Menyediakan kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

Papan MDF (medium density fibre) pada bahagian tepi, atas, bawah dan pembahagi rak.

Penekanan diberi kepada kerja berikut : -mengukur dan menanda

-mengetam

-menguji kerataan dan kepersegian. b. Lakaran projek x Melakarkan projek dalam pandangan

perspektif atau isometrik

Melakarkan projek Kotak Kecemasan. Lakaran merangkumi lakaran projek dalam pandangan perspektif atau isometrik. c. Mentafsir lukisan projek x Menganggarkan keperluan bahan dan

peralatan daripada lukisan projek

Perbincangan kumpulan tentang bahan dan peralatan yang diperlukan serta perincian pembinaan kotak kecemasan.

d. Membentuk x Menentukan cara pembinaan kotak kecemasan

x Memotong bentuk mengikut lukisan

Kerja menyedia tatah tanda.

Memotong bentuk mengikut tatah tanda dengan menggunakan mesin gergaji jig.

(36)

BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN e. Pemasangan bahagian projek

menggunakan skru dan glu

x Memasang bahagian kerangka Memasang bahagian projek menggunakan skru dan glu.

x Membina dan memasang pintu Tunjuk cara pembinaan pintu.

Membina pintu rata mengikut lukisan. Membibir pada pintu rata.

f. Pemasangan engsel sembunyi dan tombol

x Memasang engsel sembunyi dan tombol mengikut lukisan projek

Mengenal pelbagai jenis engsel sembunyi dan tombol.

Tunjuk cara pemasangan engsel sembunyi. Latihan pemasangan engsel pada kayu reja.

g. Kemasan x Membuat kerja penyediaan

permukaan untuk kemasan

Tunjuk cara menyedia permukaan.

Membuat kerja menyedia permukaan pada projek kotak kecemasan.

x Membuat kerja kemasan Pengenalan bahan kemasan permukaan iaitu syelek dan laker.

(37)

31 BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Membuat kemasan dengan menggunakan syelek atau membuat kemasan lutsinar dengan menggunakan laker.

2.5. Rak pamer

( Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu )

a. Penyediaan kayu x Menyediakan kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

Semasa menyediakan kayu penekanan diberi kepada kerja berikut :

- mengukur dan menanda - mengetam

- menguji kerataan dan kepersegian. b. Lakaran projek x Melakarkan projek dalam pandangan

perspektif atau isometrik

Lakaran merangkumi lakaran projek dalam pandangan perspektif atau isometrik. c. Mentafsir lukisan projek x Menganggarkan keperluan bahan dan

peralatan daripada lukisan projek

Perbincangan kumpulan tentang bahan dan peralatan serta perincian pembinaan rak pamer.

x Menentukan cara pembinaan rak pamer

d. Pembinaan tanggam bajang tembus

x Membina tanggam bajang tembus Tunjuk cara merancang tanda pin dan soket. Merancang tanda pada plat contoh.

(38)

BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Latihan merancang tanda pada kayu reja. Merancang tanda dan membina tanggam bajang tembus mengikut lukisan.

e. Memotong lengkok x Memotong lengkok mengikut lukisan Penyediaan potongan lengkok pada tatah tanda.

Memotong lengkok berpandukan tatah tanda. f. Memasang rak, kumai dan

lekapan

x Memasang rak, kumai dan lekapan

Memasang tanggam temu bahagian atas dan tanggam bajang tembus di bahagian bawah. Memasang rak menggunakan skru.

Memasang papan lapis belakang.

Merancang tanda potongan rencong pada kumai.

g. Kemasan x Membuat kerja penyediaan

permukaan untuk kemasan

Memotong rencong pada kumai.

Memasang lekapan plat gantung pada projek. Tunjuk cara menyedia permukaan.

(39)

33 BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Pengenalan bahan kemasan permukaan seperti pelbagai gred kertas las, pelbagai jenis penyumbat, pengikis dan bongkah.

Murid dikehendaki membuat kerja penyediaan permukaan pada projek rak pamer.

Membuat kemasan dengan menggunakan gel kayu.

2.5 Tiang Lampu Meja Berlarik ( Cadangan peruntukan masa ialah 4 minggu )

a. Penyediaan kayu x Menyediakan kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

Semasa menyediakan kayu penekanan diberi kepada kerja berikut :

-mengukur dan menanda -mengetam

-menguji kerataan dan kepersegian. b. Lakaran projek x Melakarkan projek dalam pandangan

perspektif atau isometrik

Melakarkan projek tiang lampu meja berlarik. Lakaran merangkumi lakaran projek dalam pandangan perspektif atau isometrik.

(40)

BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN c. Melarik silinder dan piring x Memasang benda kerja pada mesin

larik untuk melarik silinder dan piring

Mengenal bahagian dan fungsi mesin larik. Tunjuk cara melarik dengan menggunakan pelbagai jenis pahat pelarik untuk melarik silinder, melarik piring.

Merancang tanda bentuk.

Melarik bentuk mengikut lukisan.

d. Melelas x Membuat kerja melelas pada benda kerja

Tunjuk cara melelas dengan menggunakan pelbagai gred kertas las.

Melelas benda kerja sehingga licin. e. Memasang x Menyambung larik silinder dengan

larik piring

Tunjuk cara memasang penetap. Menyambung kedua bahagian dengan menggunakan penetap.

(41)

35 BIDANG / UNIT / TAJUK

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN f. Kemasan x Membuat kerja kemasan lutsinar Tunjuk cara menyedia permukaan.

Murid dikehendaki membuat kerja

menyediakan permukaan pada projek larik. Membuat kerja kemasan warna (staining) pada projek dan membuat kemasan lutsinar menggunakan lekar.

(42)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

MEMBUAT PERABOT

TINGKATAN LIMA

(43)

37 BIDANG PELAJARAN / UNIT

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 2. Kemahiran Membuat dan Membaik

Pulih Perabot 2.7 Kerusi

(Cadangan peruntukan masa ialah 7 minggu)

a. Penyediaan kayu

xMenyediakan kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

b. Lakaran projek

xMelakarkan projek dalam pandangan

perspektif atau isometrik Melakarkan projek berpandukan kepada lukisan perabot.

Lakaran merangkumi lakaran projek dalam pandangan perspektif atau isometrik.

c. Mentafsir lukisan projek

x Menganggarkan keperluan bahan dan peralatan daripada lukisan projek

Perbincangan kumpulan tentang bahan dan peralatan yang diperlukan serta perincian pembinaan kerusi.

(44)

BIDANG PELAJARAN / UNIT

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting berjanjang terhenti,

tanggam lubang dan puting terhenti, dan tanggam lubang dan puting bahu sebelah

x Membuat tanggam lubang dan puting berjanjang terhenti, lubang dan puting terhenti dan lubang dan puting bahu sebelah

Tunjuk cara merancang tanda tanggam. Membina tanggam.

Mengetam bahagian selepas membuat tanggam.

e. Membentuk dan mengumai x Membuat kerja membentuk dan mengumai

x Memasang bahagian kerusi

Merancang tanda untuk tatah tanda.

Mengetam dan memotong bentuk mengikut tatah tanda.

f. Kemasan

Membuat kerja penyediaan permukaan untuk kemasan

Tunjuk cara menyedia permukaan.

Pengenalan bahan kemasan permukaan seperti pelbagai gred kertas las, pelbagai jenis penyumbat, pengikis dan bongkah.

Membuat kerja menyediakan permukaan pada projek kerusi.

Membuat kerja kemasan cat dengan menyembur cat alas diikuti dengan cat kemasan akhir.

(45)

39 BIDANG PELAJARAN / UNIT

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN g. Memotong dan memasang

span dan fabrik

x Memotong serta memasang span dan fabrik

Merancang tanda pemotongan span dan fabrik mengikut ukuran.

Memperekat span pada papan kerusi.

Membalut span dengan menggunakan fabrik dan dilekat dengan menggunakan dawai kokot. Menskru papan kerusi ke kerangka kerusi.

2.8. Rak kasut

(Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu)

a. Penyediaan kayu

b. Lakaran projek

xMenyediakan kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

xMelakarkan projek dalam pandangan perspektif atau isometrik

Semasa menyediakan kayu penekanan diberi kepada kerja berikut :

- mengukur dan menanda - mengetam

- menguji kerataan dan kepersegian.

Melakarkan projek berpandukan kepada lukisan perabot.

Lakaran merangkumi lakaran projek dalam pandangan perspektif atau isometrik.

(46)

BIDANG PELAJARAN / UNIT

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

c. Mentafsir lukisan projek x Menganggarkan keperluan bahan dan peralatan daripada lukisan projek

x Menentukan cara pembinaan ak kasut

Perbincangan kumpulan tentang bahan dan peralatan yang diperlukakan serta perincian pembinaan rak kasut.

(47)

41 BIDANG PELAJARAN / UNIT

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN d. Pembinaan tanggam lubang dan

puting terhenti, dan tanggam temu

e. Melurah dan mengumai

f. Pembinaan laci

g. Pemasangan bahagian rak kasut

x Membuat tanggam lubang dan puting terhenti dan tanggam temu

x Membuat kerja melurah dan mengumai

x Membuat laci mengikut lukisan perabot

x Memasang bahagian rak kasut mengikut lukisan perabot

Membina tanggam lubang dan puting terhenti dan tanggam temu.

Tunjuk cara merancang tanda bahagian perabot yang hendak dikumaikan.

Menanda bahagian yang hendak dilurah dan dikumai.

Mengetam lurah dan memotong kumai.

Memotong bahagian laci mengikut ukuran seperti sisi laci, belakang dan hadapan laci dan papan lapis dasar laci.

Memasang bahagian laci dengan menggunakan skru dan glu.

Memasang kerangka sisi dan rak menggunakan tanggam lubang dan putting.

Memasang papan lapis rak atas dan rak bawah.

(48)

BIDANG PELAJARAN / UNIT

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN h. Kemasan x Membuat kerja penyediaan

permukaan untuk kemasan

Tunjuk cara menyedia permukaan.

Pengenalan bahan kemasan permukaan seperti pelbagai gred kertas las, pelbagai jenis

penyumbat, pengikis dan bongkah.

Membuat kerja penyediaan permukaan pada projek rak kasut.

Membuat kerja kemasan warna (staining) pada projek atau membuat kemasan lutsinar

(49)

43 BIDANG PELAJARAN / UNIT

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 2.9 Almari sisi

(Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu)

a. Penyediaan kayu

b. Lakaran projek

xMenyediakan kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

xMelakarkan projek dalam pandangan perspektif atau isometrik

Semasa menyediakan kayu penekanan diberi kepada kerja :

- mengukur dan menanda - mengetam

- menguji kerataan dan kepersegian.

Melakarkan projek berpandukan kepada lukisan perabot.

(50)

BIDANG PELAJARAN / UNIT

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

c. Mentafsir lukisan projek xMenganggarkan keperluan bahan dan peralatan daripada lukisan projek

xMenentukan cara pembinaan almari sisi

Lakaran merangkumi lakaran projek dalam pandangan perspektif atau isometrik.

Melukis lukisan terperinci bahagian tanggam dan lakaran pemasangan barang logam.

Perbincangan kumpulan tentang bahan dan peralatan yang diperlukan serta perincian pembinaan almari sisi.

(51)

45 BIDANG PELAJARAN / UNIT

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN d. Pembinaan tanggam lubang dan

puting berjanjang, dan tanggam temu

e. Mengumai dan memotong lengkok

f. Pembinaan laci

x Membuat tanggam lubang dan puting berjanjang dan tanggam temu

x Membuat kumai dan memotong lengkok

x Membuat laci mengikut lukisan perabot

Membina tanggam lubang dan puting berjanjang dan tanggam temu.

Merancang tanda untuk plat contoh

Memotong kumai dan lengkok mengikut plat contoh.

Memotong bahagian mengikut ukuran sisi laci, belakang laci, hadapan laci dan papan lapis dasar laci.

Memasang kerangka kotak almari sisi dan tetapak

(52)

BIDANG PELAJARAN / UNIT

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

g. Pemasangan bahagian sisi almari, engsel, tombol, penetap, rel laci dan pintu

x Memasang bahagian almari sisi, engsel, tombol, penetap, pelari laci dan pintu.

h. Kemasan x Membuat kerja penyediaan permukaan untuk kemasan

Tunjuk cara penyediaan permukaan.

Pengenalan bahan kemasan permukaan seperti pelbagai gred kertas las, pelbagai jenis penyumbat, pengikis dan bongkah.

Membuat kerja penyediaan permukaan pada projek almari sisi.

Membuat kerja kemasan warna (staining) pada projek dan membuat kemasan lutsinar

(53)

47 BIDANG PELAJARAN / UNIT

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 2.10 Baik pulih perabot

(Cadangan peruntukakan masa ialah 6 minggu) a. Jenis kerosakan

b. Prosedur baik pulih perabot

x Mengenal pasti kerosakan pada perabot seperti:

- kecacatan atau kerosakan biasa - kerosakan tanggam

- kerosakan permukaan

x Membuat kerja baik pulih mengikut prosedur

Guru menerangkan:

- kerosakan biasa seperti perabot yang longgar dan bergoyang

- kerosakan tanggam seperti sambungan laci yang terbuka

- kerosakan permukaan seperti permukaan menggelembong.

Membuat pemeriksaan pada perabot yang rosak. Menyenaraikan bahan yang perlu diganti.

Menyediakan bahan untuk mengganti bahagian yang rosa.

Membuka atau menanggalkan bahagian yang rosak.

Membuat kerja pemasangan pada bahagian yang rosak.

(54)

BIDANG PELAJARAN / UNIT

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 3. Reka Bentuk dan Penghasilan

Perabot

( Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu)

3.1 Mereka bentuk dan melakar projek

x Menjana idea reka bentuk perabot Penjanaan idea dengan merujuk media cetak, internet atau melalui perbincangan.

Membuat kajian atau tinjauan industri pembuatan perabot untuk mendapat idea dan pengalaman mengenai kaedah pembuatan terkini seperti pemasangan penetap dan Allen key.

x Menterjemah idea dalam bentuk lakaran

Perbincangan unsur ergonomik dan estetika dalam projek.

x Melukis dan mendimensi lukisan projek

Melukis lukisan projek perabot dalam lukisan ortografik. (Lukisan ortografik berskala boleh dihasilkan). Sekiranya ada kemudahan, tunjuk cara melukis projek perabot dengan perisian reka bentuk bantuan komputer (CAD).

Cadangan projek ialah seperti kabinet dapur, kabinet pejabat, rak dan almari.

3.2 Penyediaan bahan dan anggaran anggaran kos

x Menyediakan senarai bahan dan anggaran kos

Menyenaraikan bahan, saiz dan kuantiti yang diperlukan.

x Menyediakan bahan yang hendak digunakan

(55)

49 BIDANG PELAJARAN / UNIT

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 3.3 Memotong komponen x Memotong komponen mengikut

spesifikasi lukisan 3.4 Pemasangan komponen dan

barang logam

x Memasang komponen dan barang logam

3.5 Kemasan x Membuat kemasan Mengaplikasikan kemasan yang telah dipelajari.

4. Keusahawanan

(Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)

4.1 Kemahiran berkomunikasi x Menyatakan maksud komunikasi Komunikasi ialah perhubungan yang berlaku antara dua pihak dalam menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara.

x Mengamalkan komunikasi yang jelas, tepat dan bertatasusila semasa berurusan dengan pelanggan

Contoh aktiviti seperti simulasi, main peranan dan menonton video mengenai cara berkomunikasi yang berkesan dalam konteks perniagaan perabot.

Simulasi cara berkomunikasi yang berkesan dalam perbincangan dengan pelanggan mengenai cita rasa pelanggan dari segi harga dan skim bayaran, kualiti, ketahanan, estetika, ergonomik, saiz, reka bentuk, warna, trend terkini, tempoh serahan dan perkhidmatan selepas jualan.

(56)

BIDANG PELAJARAN / UNIT

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menerangkan kepentingan menjalin perhubungan dengan orang lain

Perbincangan kepentingan membentuk jaringan hubungan (networking) dalam konteks perniagaan perabot.

Menjalin perhubungan antara rakan untuk melaksanakan satu projek usahasama. 4.2 Kemahiran membuat

keputusan

x Mempraktikkan langkah membuat keputusan dalam perniagaan perabot

Langkah membuat keputusan ialah mengenal pasti masalah, mencari alternatif, memilih penyelesaian yang baik, bertindak dan menilai semula.

Contoh masalah adalah seperti ketiadaan bahan yang dikehendaki untuk membuat perabot, kekurangan modal untuk perniagaan perabot dan tawar menawar harga perabot.

Aktiviti sumbangsaran, main peranan atau perbincangan.

Perbincangan kesan daripada keputusan yang telah dibuat dan kepentingan membuat keputusan yang sesuai.

4.3 Rancangan perniagaan x Mengenal pasti tujuan menyediakan rancangan perniagaan

Sumbangsaran tujuan menyediakan rancangan perniagaan.

x Menyediakan rancangan perniagaan mudah mengikut format

Membuat rancangan perniagaan mudah berkaitan projek perabot mengikut format.

(57)

51 BIDANG PELAJARAN / UNIT

PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 4.4 Agensi yang membantu

usahawan

x Mengenal pasti agensi yang terlibat dalam membantu usahawan

Perbincangan jenis perkhidmatan dan agensi yang terlibat.

Contohnya bimbingan dan latihan oleh MARA dan MEDEC, perlesenan oleh Majlis Kerajaan Tempatan (MKT), infrastruktur oleh UDA dan kewangan oleh bank.

4.5 Pemasaran x Mengenal pasti unsur pemasaran Unsur menjayakan pemasaran ialah tempat, harga, promosi dan produk.

x Mempromosi perabot yang dihasilkan Simulasi atau main peranan mempromosikakn produk perabot atau perkhidmatan baik pulih perabot.

4.6 Peluang kerjaya di industri pembuatan perabot

x Mengenal pasti peluang kerjaya di industri pembuatan perabot

Merujuk daftar kerjaya dalam ‘Piawaian Pengelasasn Pekerjaan Malaysia’, terbitan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, 1998.

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil temuan lapangan ditemukan bahwa kualitas pesan, tingkat audience anxiety, tingkat kepuasan audience, serta derajat inovatif audience tidak mampu memberikan pengaruh

KELURAHAN BIDANG BINA PEMERINTAHAN DESA BIDANG BINA KEUANGAN DAN KEKAYAAN DESA SEKSI PENGUATAN KELEMBAGAAN MASYARAKAT SEKSI PERENCANAAN PEMBANGUNAN DESA &

Dengan adanya kebijakan pimpinan untuk melakukan pengumpulan karya ilmiah dalam bentuk digital, maka perpustakaan mengembangkan sistem repositori institusi khusus karya

Prepare Execute Phase PEP draft and issue IFR (BP shall finalise document after Contractor Selection) Support to completion of remaining Quality deliverables as per EPCI

Apabila strategi yang diambil adalah strategi industri berbasis luas maka perlu diperhatikan adanya berbagai disparitas dalam perkembangan tingkat efisiensi produksi, baik

Puji syukur penulis panjatkan ke hadirat Allah SWT karena atas rahmat dan hidayah- Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul Sosialisasi Politik di

Program Pemberdayaan Ekonomi telah melakukan kegiatan pengembangan kerjasama/kemitraan usaha, antara usaha perorangan, kelompok usaha maupun koperasi serta pihak mitra

di Angkola Barat.Mereka melihat bahwa masyarakat Angkola Barat yang banyak menanam salak dan memperoleh penghasilan yang cukup besar membuat mereka juga mencoba