• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

MENINGKATKAN MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 4 MELALUI PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

Noraini Binti Lapawi SMK Kinabutan Tawau

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk membuat tinjauan minat membaca dalam kalangan murid Tingkatan 4 melalui pelaksanaan program NILAM oleh pusat sumber sekolah. Model Kurt Lewin (1946) telah digunakan sebagai asas kerangka konseptual kajian. Kaedah kajian adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Seramai 10 orang murid dari SMK Kinabutan di Daerah Tawau menjadi respondan kajian. Kaedah pengumpulan data, temubualn dan soal selidik selidik telah digunakan untuk mendapatkan data kajian. Data soal selidik dianalisis secara manual. Dapatan kajian menunjukkan, pelaksanaan program NILAM dapat meningkatkan minat murid untuk membaca buku di pusat sumber. Dicadangkan, kajian lanjutan dengan menambah bilangan responden sebagai kumpulan sasaran agar hasil dapat digeneralisasikan

Kata kunci : NILAM, Model Kurt Lewin(1946)

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Pengetahuan amat penting dalam mengharungi kehidupan terutama pada zaman globalisasi kini. Kita semua sedia maklum bahawa salah satu daripada usaha bagi mendapatkan ilmu adalah menerusi pembacaan. Membaca turut dikaitkan dengan proses pembangunan masyarakat berfikir dan bernilai tinggi. Malah jelas terbukti dalam masyarakat hari ini bahawa individu yang berterusan membaca mempunyai personaliti yang dihormati dan berkualiti serta kaya dengan maklumat. Lebih tinggi nilai ilmu yang dimiliki seseorang, lebih tinggi penghormatan dan tanggapan masyarakat terhadapnya.

Ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan masyarakat dan negara. Senario inilah yang menjadi pencetus kepada lahirnya Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) di sekolah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun keberkesanan program ini di sekolah adalah bergantung kepada daya kepimpinan guru NILAM dan aspek pengurusan program NILAM itu sendiri. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di dalam sebuah kampong tradisi di negeri Pahang bagi mengkaji kepimpinan guru NILAM dan

(2)

pengurusan program NILAM dan kaitannya dengan tahap pencapaian pelajar.

Masalah memahami bacaan merupakan suatu proses yang menghalang untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda sama ada melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik. Deria dan minda tidak dapat dicerna dengan ilmu dari pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa inginkan perubahan. Ilmu tidak diperolehi untuk merangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca dalam kalangan pelajar. Pembaca juga tidak dapat memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya (Karnus Dewan Edisi Baru, 1991) dan padahal membaca adalah proses psikolinguistik yang berlaku apabila seseorang membentuk semula dalam pemikiraimya (dengan sebaik mungkin) erti yang telah diterbitkan oleh seseorang penulis dalam bentuk tulisan yang kemudian dibaca oleh pembaca tadi (Smith, 1971).

1.2 Refleksi Nilai Pendidikan

Berdasarkan KSPK (2010), pendidikan di sekolah bertujuan

memperkembangkan potensi pelajar menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Hal ini bertepatan dengan kehendak Kementerian Pendidikan yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis.

“ Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. “

Penyataan ini merupakan matlamat dan misi Kementerian Pendidikan

berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1988). Kerajaan mengharapkan melalui bidang pendidikan akan lahir generasi baru yang mempunyai keperibadian unggul dan berkemahiran tinggi. Pelapis yang berfikiran global dan mampu menyelesaikan masalah akan membawa kebaikan kepada kesejahteraan negara.

(3)

Untuk mencapai matlamat pendidikan, Kementerian Pendidikan juga telah memperkasa sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelan pembangunan ini memfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard, merapatkan jurang pencapaian, menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.

Menurut PPPM (2013), kejayaan masa depan negara bergantung kepada perkembangan sosiobudaya yang sihat dan pembangunan ekonomi yang mampan. Kedua-dua faktor ini bergantung kepada keupayaan menambahbaik keberhasilan sistem pendidikan negara dengan cepat dan berkesan. Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara.

2.0 Fokus Kajian 2.1 Pengenalan

Berdasarkan pengalaman sesi pengajaran dan pembelajaran lalu, penyelidik ingin memfokuskan kajian ini terhadap menjalankan satu aktiviti yang dapat meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Dalam bahagian ini membincangkan tentang isu dan pernyataan masalah kajian dengan lebih lanjut, tinjauan literatur berserta kajian lalu berkaitan dengan isu kajian

2.2 Tinjauan Literatur

Dalam era globalisasi masa kini, kejayaan sesebuah negara bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara.

Bagi mencapai matlamat menjadi sebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi, murid harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kaedah yang paling mudah adalah melalui pembacaan. Ini bersesuaian dengan salah satu matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013 - 2025, iaitu mengurus sumber dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara. Untuk itu, murid perlu menggunakan sumber bahan bacaan yang dibekalkan di sekolah

(4)

secara lebih berkualiti bagi menzahirkan hasrat negara ini.

Namun bagaimana untuk merealisasikan matlamat kerajaan ini jika tabiat membaca dikalangan murid masih berada ditahap yang rendah berbanding dengan negara maju yang lain. Tidak dapat dinafikan murid di negara kita membaca agak kurang berbanding dengan kanak-kanak sebaya mereka di negara luar. Ini kerana kajian menunjukkan hanya segelintir rakyat Malaysia yang gemar membaca.

Berdasarkan kajian oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (2008), pelbagai alasan diberi oleh murid sekolah menengah apabila dikaitkan dengan minat membaca. Sejumlah 72.25% daripada mereka menyatakan ketiadaan masa sebagai alasan untuk tidak membaca, diikuti dengan 24.75% memberikan alasan mereka lebih suka bermain daripada membaca. Dan selebihnya memberikan pelbagai alasan yang berbeza apabila dikaitkan dengan minat membaca. Ditambah pula dengan pelbagai teknologi canggih zaman ini, murid-murid lebih gemar bermain permainan video interaktif berbanding membaca.

Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah melaksanakan pelbagai program galakkan membaca di sekolah-sekolah. Namun program yang dilaksanakan masih belum mencapai tahap yang dikehendaki terutama bagi sekolah kawasan Luar Bandar.

Program NILAM telah diwujudkan sebagai satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan di Kementerian Pendidikan ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998. Setiap sekolah di Malaysia wajib menjalankan Program NILAM di sekolah bagi memperkasa minat membaca dikalangan murid. Seterusnya pada 12 Mei 2005 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2005 dikeluarkan bagi memperkukuhkan perlaksanaan Program NILAM ini disekolah.

Surat edaran Ikhtisas yang dikeluarkan ini menunjukkan betapa pentingnya program ini dilaksanakan di sekolah kerana ianya mampu memberi impak yang besar jika program yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan ini dapat dijalankan sepenuhnya.

(5)

Teknologi Pendidikan (2008), hanya 84.43 % sahaja murid yang terlibat di dalam Program NILAM di seluruh sekolah di Malaysia. Manakala purata bacaan yang dicatatkan adalah empat buah buku bagi setiap murid di dalam setahun. Manakala daripada 10,310 buah buku yang dibaca, hanya 1,273 buah buku sahaja yang dikategorikan sebagai bahan berbentuk ilmiah. Ini menunjukkan minat membaca dikalangan murid sekolah rendah amat rendah jika dibandingan dengan negara-negara luar. Contohnya, Negara China menduduki ranking tertinggi bacaan dengan melibatkan 180,000 naskah setahun diikuti dengan United Kingdom sebanyak 116 000 buah buku setahun. Mungkin jika dibandingkan Negara China yang mempunyai bilangan penduduk yang tinggi, agak mustahil untuk Negara kita menandinginya namun bagi Negara India sendiri menunjukkan bacaan yang lebih tinggi berbanding Malaysia apabila melebihi 34,690 buah buku.

Oleh yang demikian, daya kepimpinan dan kecekapan bidang pengurusan bagi guru-guru yang terlibat amat diperlukan bagi memastikan kejayaan Program NILAM di peringkat dasarnya. Dengan pelbagai sumber yang ada serta bekalan koleksi buku-buku ke Pusat Sumber Sekolah ditambah pada setiap tahun berdasarkan grant perkapita bantuan kerajaan, seharusnya program ini tidak disia-siakan.

Oleh itu, kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada daya kepimpinan dan kecekapan pengurusan guru untuk dilaksanakan dengan lebih berkesan di sekolah

seperti yang dinyatakan oleh Rosenblum (1979) dalam penulisannya berkaitan

kepimpinan. Oleh yang demikian, guru-guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang terlibat dengan Program NILAM ini perlu menunjukkan daya kepimpinan dan kecekapan pengurusan mereka bagi memastikan setiap wang yang mengalir keluar tidak dibazirkan. Ini bersesuaian dengan agenda di dalam PIPP 2013 - 2025 bagi mengurus sumber dengan berkesan berdasarkan sumber yang diberi.

2.3 Isu dan Penyataan Masalah Kajian

Melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu, penyelidik telah menemui masalah tidak minat membaca dalam kalangan pelajar. Masalah itu menyebabkan murid mudah hilang tumpuan dan rasa rendah diri kepada rakan apabila ilmu mereka tidak setanding dengan rakan mereka atau tidak lancar dalam pembacaan. Masalah tersebut ialah :

(6)

ii. Murid tidak menunjukkan minat membaca buku ilmiah.

Penyelidik ingin memberikan perhatian kepada masalah murid yang kurang minat membaca buku ilmiah.

Menurut Duncan, J. dan Lookwood, M. (2008), pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas. Perkaitan di antara dua rangsangan ini dinamakan pelaziman. Rangsangan luaran yang menggalakkan pembelajaran termasuklah pengaruh guru, alat bantu mengajar yang digunakan dan semua kaedah yang digunapakai berulangkali untuk menarik minat belajar. Oleh itu, rangsangan luaran adalah sangat membantu dalam proses pembelajaran murid. Contoh rangsangan luaran dalam kajian ini ialah penghargaan berupa hadiah dan sijil bagi merangsang murid-murid dalam meningkatkan minat membaca di sekolah.

2.4 Kajian Lalu Berkaitan dengan Isu Kajian

Biarpun masyarakat kita mengalami arus perubahan dalam dunia globalisasi, bergelumang dengan dunia teknologi maklumat dan perkomputeran namun hakikat kepentingan membaca tidak boleh diabaikan (Mohamad Sofee, 2007).

Dalam tinjauan literatur yang dibuat bagi kajian ini, terdapat pelbagai persepsi dalam menyediakan aktiviti membaca di dalam kelas. Ini kerana kemahiran membaca menjadi agenda penting dalam tunjang pendidikan negara. Di dalam sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang baru, kemahiran membaca merupakan satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid.

Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab guru bagi memastikan kemahiran ini mampu dikuasai sepenuhnya oleh pelajar. Di sini, daya kepimpinan dan kecekapan guru mengurus perlu diaplikasi secara bijak bagi menanggani masalah yang timbul dalam kemahiran membaca pelajar. Ini kerana kurangnya minat membaca pelajar menyebabkan mereka kekurangan idea dan maklumat semasa menjawab soalan berbentuk karangan.

Menurut Mahzan (2003) dan Yahya (2008), kajian berkaitan proses membaca

penting dilakukan untuk membantu pelajar menambahkan khazanah ilmu. Penyelidikan berkaitan dengan aspek membaca mencerminkan wujudnya kesedaran untuk menjadikan amalan membaca sebagai budaya ilmu yang perlu dikekalkan.

Dalam pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia, penekanan terhadap proses membaca telah diberikan perhatian, terutama melalui penetapan kemahiran bahasa yang

(7)

perlu dicapai seperti yang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000).

Kajian literatur adalah penilaian sebuah badan penyelidikan untuk menangani suatu soalan penyelidikan. Tinjauan ini dibuat bertujuan mengenal pasti apa yang telah diketahui tentang bidang kajian. Noraini Idris (2010), menyatakan tinjauan literatur merupakan ulasan maklumat yang diperoleh daripada jurnal, buku, dokumen dan penyelidikan lepas untuk sesuatu penyelidikan baru. Ia merupakan perancangan dan prosedur kepada sesuatu kajian penyelidikan yang dapat memandu dan menentukan hala tuju kajian (Creswell, 2009). Berikut merupakan pentakrifan beberapa istilah atau konsep penting dalam kajian ini secara terperinci.

Kebiasannya perkataan minat dikaitkan dengan keseronokan. Keseronokan adalah satu perasaan yang wujud dalam diri seseorang. Perasaan yang wujud ini adalah disebabkan rasa suka, gembira dan selesa dengan sesuatu perkara yang dilakukan. Perasaan ini akan mempengaruhi sikap rajin atau malas, reaksi kita iaitu espresi muka senyum dan monyok yang memberikan kesan kepada persekitaran termasuklah manusia sekeliling kita.

Noraini (2008) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan antara minat pelajar dengan pencapaian mereka dalam pelajaran Pendidikan Islam. Minat mempunyai kaitan dengan sikap. Apabila seseorang meminati sesuatu maka ia akan bersikap positif terhadap perkara tersebut. Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan berkesan. Kesimpulannya, minat merupakan hasil dari pengalaman belajar. Jenis pengajaran yang merangsang minat bergantung kepada teknik atau kaedah yang digunakan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran

2.5 Kajian-Kajian Lepas

Kajian menunjukkan keseronokkan membaca adalah lebih penting diterapkan ke dalam diri pelajar-pelajar sejak kecil. Apabila keseronokkan membaca dapat dipupuk, ianya akan menjadi tabiat dan pelajar akan berasa seronok apabila dapat membaca. Ini penting kerana tabiat membaca pelajar akan menjadikan diri mereka lebih berilmu, berkeyakinan dan mampu menjauhkan diri pelajar dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa sudut pandangan daripada kajian lampau untuk dijadikan panduan penyelidik.

(8)

2.5.1 Pandangan Mengenai Membaca Dalam Situasi Bilik Darjah

Harrison (1992) berpandangan membaca bukanlah satu rantaian kemahiran yang diskret. Membaca memerlukan proses berturutan dimana seseorang individu perlu belajar dari satu tahap ketahap yang lain sehingga kemahiran membaca ini dapat dikuasai sepenuhnya.

Bagi pelajar-pelajar yang sudah mempunyai kemahiran membaca di peringkat sekolah tadika atau Pra-sekolah mereka mudah didedahkan dengan sebarang maklumat pendidikan namun bagi murid yang masih berada di peringkat pemulihan mereka perlu dilatih menguasai kemahiran membaca ini sepenuhnya bagi mengelakkan masalah keciciran pembelajaran.

Selari dengan dapatan daripada Waterland (1995) bahawa pelajar perlu terlebih dahulu menguasai bahagian yang paling mudah dalam kemahiran membaca sebelum berganjak ke bahagian yang lebih kompleks. Seperti peringkat mengenal huruf, membunyikan suku kata dan seterusnya menyebut perkataan. Setiap langkah penting dikuasai sebelum pelajar mampu menguasai kemahiran membaca sepenuhnya. Guru harus peka dengan tahap perkembangan membaca murid sebelum didedahkan dengan kaedah membaca pantas.

2.6 Rumusan

Sikap membaca dikalangan pelajar adalah kunci kepada kejayaan. Ini kerana secara tidak langsung ilmu pengetahuan yang berguna akan diserap masuk melalui pembacaan. Namun tabiat membaca seharusnya ditanam sejak dari awal lagi terutama di rumah.

Untuk itu, ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka bagi meningkatkan kesedaran membaca dari rumah. Menurut Hamilton (2006), tabiat membaca sepatutnya bermula dari rumah dan sepatutnya dijadikan sebahagian daripada aktiviti untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Ketika sesi persekolahan, pelajar akan dibimbing oleh guru-guru bagi meneruskan aktiviti pembacaan mereka. Tambahan pula dengan pelbagai inisiatif kerajaan bagi menggalakkan program membaca di sekolah, sudah pasti pelajar akan lebih terdedah dengan tabiat membaca. Namun begitu, Program NILAM yang dirangka masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan. Untuk itu, guru-guru perlu memainkan peranan mereka bagi memastikan keberkesanan program ini mampu dirasai oleh pelajar

(9)

demi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

5. 3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian ini berfokus kepada menjalankan satu aktiviti pembelajaran yang dapat meningkatkan minat membaca dengan mengunjungi pusat sumber setelah pelaksanaan program NILAM dalam kalangan murid dengan mengunjungi pusat sumber

3.2 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid dengan program NILAM di sekolah.

3.3 Objektif Kajian

Berdasarkan tujuan kajian objektif khusus untuk kajian ini adalah seperti berikut:

i. Meningkatkan kehadiran murid ke pusat sumber untuk membaca dengan

pelaksanaan program NILAM

ii. Meningkatkan minat murid untuk membaca dengan pelaksanaan program

NILAM 3.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian diatas, persoalan kajian adalah seperti berikut :

i. Adakah program NILAM dapat meningkatkan kehadiran murid ke pusat

sumber ?:

ii. Adakah melalui pelaksanaan program NILAM dapat meningkatkan minat

murid untuk membaca ?

Objektif dan persoalan kajian tersebut diringkaskan seperti dalam Jadual 3.1 Jadual 3.1 : Ringkasan Objektif dan Persoalan

Bil Objektif Kajian Persoalan Kajian

1. Meningkatkan kehadiran murid ke pusat

sumber untuk membaca dengan pelaksanaan program NILAM.

Adakah program NILAM dapat meningkatkan kehadiran murid ke pusat sumber ?:

2. Meningkatkan minat murid untuk membaca

dengan pelaksanaan program NILAM

Adakah melalui pelaksanaan program NILAM dapat meningkatkan minat murid untuk membaca ?

3.5 Kepentingan Kajian

Gerakan untuk mencapai 100% penglibatan pelajar dalam Program NILAM giat dijalankan oleh rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di peringkat Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian serta Pusat Kegiatan Guru. BTP juga turut mendapat kerjasama erat daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah dalam merangka dan melaksanakan aktiviti sokongan pemantapan Program

(10)

NILAM seperti Pertandingan Jejak Maklumat, Pertandingan Resensi buku dan Pameran buku. Ini kerana menurut Zamri & Yahya, (2008) keberkesanan dalam membaca juga merupakan satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh murid ketika membaca.

Malah Jemaah Nazir juga mengambil kira elemen pelaksanaan program NILAM ketika membuat pemantauan ke sekolah-sekolah. Asas kejayaan pelaksanaan Program NILAM ini haruslah bermula di sekolah. Untuk itu kajian ini dibuat bagi mengkaji kaitan daya kepimpinan dan kecekapan guru di dalam melaksanakan Program NILAM di dalam memastikan perlaksanaan program ini dapat direalisasikan sepenuhnya di peringkat sekolah. Ini kerana secara asasnya apabila murid berminat untuk membaca, ia akan membantu mereka di dalam penguasaan mata pelajaran di dalam kelas. Menurut Hamilton (2006) aktiviti membaca sepatutnya menyeronokkan dan memberikan kepuasan buat pelajar dan bukannya menjadi beban. Sehubungan itu, kajian ini akan turut menunjukkan kaitan keberkesanan Program NILAM dalam meningkatkan prestasi murid.

Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu pihak Kementerian dan badan-badan yang bertanggungjawab di dalam Program ini bagi mengerakkan kepimpinan guru untuk melaksanakan program ini secara lebih berkesan di sekolah. Ini kerana kejayaan kepimpinan dan kecekapan guru melaksanakan Program NILAM ini mampu mewujudkan sikap minat membaca di dalam murid yang mana ianya boleh memberi impak yang sangat besar buat murid, sekolah dan Negara umumnya.

Disamping itu juga, semoga hasil kajian ini dapat memberi nilai tambah kepada kajian literatur serta boleh dibuat sebagai bahan rujukan yang berguna.

6. 4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pengenalan

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif (Soal selidik dan Temu bual langsung) bagi mengumpulkan semua data primer yang dikehendaki. Soalan adalah berkaitan dengan minat dan kehadiran ke pusat sumber di dalam menjalankan program NILAM bagi murid Tingkatan 4C.

Metodologi kajian merupakan suatu proses bagi melaksanakan suatu penyelidikan dan pemerolehan maklumat serta juga suatu seni melaksanakan suatu karya sains (Adams & Schvaneveldt, 1991). Bagi melaksanakan kajian ini dengan berkesan, metodologi yang telah dirangka melibatkan reka bentuk kajian, kumpulan sasaran kajian, plan tindakan dan pelaksanaan pelan tindakan, kaedah pengumpulan data kajian dan cara menganalisis data kajian. Kesemua proses ini akan diulas dengan lebih lanjut dalam perenggan berikutnya.

(11)

4.2 Kumpulan Sasaran Kajian

Kajian ini akan dijalankan melibatkan 10 responden dari Tingkatan 4C, pelajar SMK Kinabutan , Tawau Sabah.Responden telah dipilih berdasarkan kelas yang mempunyai pencapaian sederhana dalam bidang akademik. Data melalui pemerhatian dan soal selidik. Responden yang menunjukkan minat membaca yang sederhana diutamakan bagi melihat perubahan minat membaca melalui program NILAM di sekolah.

4.3 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan kaedah tinjauan dan dan instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946). Ini adalah kerana masalah kajian telah diketahui terlebih dahulu semasa pengajaran yang lalu di salah sebuah sekolah di Tawau, Sabah. Justeru, model ini sangat sesuai dengan kajian yang dijalankan. Dalam mengkaji intervensi ini, penyelidik telah mengenalpasti masalah dan menjangkakan masalah yang sama berlaku di prasekolah yang dibuat penyelidikan tindakan. Ini kerana kebanyakkan prasekolah yang penyelidik membuat sesi pengajaran dan pembelajaran mempunyai murid yang menghadapi masalah yang sama. Dalam model Lewin ini, terdapat lima peringkat seperti berikut :

i. Peringkat Mengenalpasti Aspek Amalan

ii. Peringkat Perancangan

iii. Peringkat Tindakan

iv. Peringkat Pengumpulan Data

v. Peringkat Refleksi

Penyelidik telah mengulas secara terperinci proses setiap peringkat seperti dalam Rajah 4.1 yang berikut : 3 Tindakan/Implementasi 2 Perancangan 1 Mengenalpasti Aspek 4 Pengumpulan Data 5 Refleksi

(12)

Rajah 4.1 : Reka Bentuk Kajian Diadaptasi daripada Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1894)

i. Mengenalpasti Masalah

Berdasarkan kajian yang lepas pelbagai alasan diberi oleh murid sekolah menengah apabila dikaitkan dengan minat membaca. Kebanyakan daripada mereka menyatakan ketiadaan masa sebagai alasan untuk tidak membaca dengan memberikan alasan mereka lebih suka bermain daripada membaca. Dan selebihnya memberikan pelbagai alasan yang berbeza apabila dikaitkan dengan minat membaca. Ditambah pula dengan pelbagai teknologi canggih zaman ini, murid-murid lebih gemar bermain permainan video interaktif berbanding membaca.

ii. Perancangan

Setelah mengenalpasti masalah yang wujud, penyelidik telah merangka beberapa kaedah yang bersesuaian untuk digunakan seperti menyediakan borang soal selidik.. Penyelidik juga telah menyediakan jadual perancangan penyelidikan tindakan.

iii. Pengumpulan Data

Setelah tindakan diambil, penyelidik telah menggunakan cara pengumpulan data menggunkakan kaedah tinjauan. Penyelidik telah menggunakan kaedah tinjauan.. Data kajian soal selidik diperolehi menggunakan instrumen borang soal selidik.

iv. Refleksi

Berdasarkan pengumpulan data yang telah dibuat, penyelidik telah dapat menilai keberkesanan program NILAM di sekolah dalam meningkatkan minat mereka memabca buku dan kehadiran ke pusat sumber dapat ditingkatkan.

4.4 Pelan Tindakan dan Perlaksanaan Pelan Tindakan

Pelan tindakan merupakan satu perancangan khusus yang direka untuk melihat perkembangan perlaksanaan sesuatu kajian. Pelan tindakan dan perlaksanaan pelan tindakan bagi kajian ini diringkaskan seperti dalam jadual yang berikut :

(13)

Jadual 4.1 : Jadual Pelan Tindakan Kajian

Bil. Perkara Januari

1 2 3 4

1. Kenalpasti permasalahan /

2. Tinjauan data awal /

3. Merancang pelan tindakan /

4. Melaksanakan pelan tindakan / /

5. Menganalisis data /

6. Refleksi /

7. Penulisan pelaporan /

Proses kajian dimulakan dengan penyelidik mengenalpasti isu yang memberikan masalah kepada kajian ini. Penyelidik telah melihat kepada refleksi kajian lalu untuk memperolehi maklumat yang secukupnya. Setelah masalah dikenalpasti penyelidik meninjau data dapatan.

Fasa seterusnya adalah merancang tindakan. Berdasarkan objektif, kumpulan sasaran dan persoalan kajian, penyelidik membuat jadual pelaksanaan dan mendapatkan instrumen data yang kemudiannya dianalisis.

4.5 Cara Menganalisis Data Kajian

Analisis data merupakan kaedah mentafsir data yang diperoleh semasa pengumpulan data. Penganalisisan data kajian memerlukan penyelidik merujuk kepada soalan kajian dan instrumen pengumpulan data. Penyelidik telah menyatakan dua persoalan kajian dan menggunakan dua jenis instrumen kajian.

5.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

5.1 Pengenalan

Analisis data ialah proses meneliti data dengan bantuan teknik-teknik statistik yang bersesuaian. Manakala intepretasi data ialah perbincangan terhadap kesimpulan yang telah dibuat berbantukan maklumat yang telah dikumpul (Noraini, 2010). Untuk memastikan objektif kajian tercapai, penyelidik telah menganalisis setiap data mengikut jenis instrumen bagi menjawab persoalan kajian.

5.2 Dapatan Kajian

5.2.1 Latar Belakang Kajian

Penyelidik telah menjalankan soal selidik dan temubual dalam kalangan murid Tingkatan 4C. Sampel yang diambil ialah sampel bertujuan. 10 orang murid ini telah

(14)

dijadikan responden ini.

Jadual 5.2.1: Profil Responden

Bil Nama Umur Tingkatan Jantina

1 Responden A 16 4C Lelaki 2 Responden B 16 4C Lelaki 3 Responden C 16 4C Lelaki 4 Responden D 16 4C Lelaki 5 Responden E 16 4C Lelaki 6 Responden F 16 4C Lelaki 7 Responden G 16 4C Perempuan 8 Responden H 16 4C Perempuan 9 Responden I 16 4C Perempuan 10 Responden J 16 4C Perempuan

Dapatan kajian ini dibahagikan kepada dua. Dapatan pertama adalah untuk menjawab persoalan kajian pertama manakala dapatan kedua adalah untuk menjawab persoalan kajian kedua. Persoalan pertama dijawab menggunakan temubual dan soal selidik. Manakala persoalan kedua dijawab menggunakan borang soal selidik

Jadual 5.2.2 :Taburan Peratus Tinjauan Minat Membaca Melalui Program NILAM di Sekolah

Item Soalan Soal Selidik

Sangat tidak setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Frekuensi/ Peratus Frekuensi/ Peratus Frekuensi/ Peratus Frekuensi/ Peratus

1 Program Nilam mendorong

saya banyak membaca

3 (30%)

7 (70%)

2 Program Nilam mendorong

saya meminjam lebih

banyak buku

6 (60%)

4 (40%)

3 Program Nilam mendorong

saya mengunjungi pusat sumber sekolah 3 (30%) 7 (70%) 4 Program Nilam menggalakkan saya

meminjam buku di pusat sumber.

4 (40%)

6 (60%)

5 Saya mengisi masa lapang

dengan membaca setelah

program Nilam dilaksanakan 8 (80%) 2 (20%)

6 Semenjak program Nilam

dilaksanakan di sekolah,

saya semakin banyak

membaca

5 (50%)

5 (50%)

(15)

saya lebih suka membaca. (90%) (10%) 5.2.3 Meningkatkan Kehadiran Murid ke Pusat Sumber

Dapatan hasil daripada senarai semak digunakan untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut.

Persoalan 1 : Adakah program NILAM dapat meningkatkan kehadiran murid ke pusat sumber ?

Merujuk kepada persoalan kajian yang pertama iaitu “Adakah program NILAM dapat meningkatkan kehadiran murid ke pusat sumber ?”. Setelah menjalankan kajian dengan menggunakan borang soal selidik dan temubual kepada semua responden untuk melihat kesan kehadiran terhadap pelaksanaan program NILAM di sekolah.

a) Program Nilam Mendorong Saya Mengunjungi Pusat Sumber Sekolah

Berdasarkan Jadual: 5.2.2 menunjukkan dapatan dapatan borang selidik yang diedarkan kepada responden, 3 orang responden yang meliputi 30% setuju bahawa program NILAM mendorong responden hadir ke pusat sumber. Manakala 7 orang atau 70% responden sangat setuju bahawa program NILAM mendorong responden hadir ke pusat sumber.

b) Program Nilam Menggalakkan Saya Meminjam Buku di Pusat Sumber

Berdasarkan Jadual 5.2.2 menunjukkan dapatan dapatan borang selidik yang diedarkan kepada responden, 4 orang responden yang meliputi 40% setuju bahawa program NILAM menggalakkan responden meminjam buku di pusat sumber. Manakala 6 orang atau 60% responden sangat setuju bahawa program NILAM menggalakkan responden meminjam buku di pusat sumber.

5.2.4 Meningkatkan Minat Murid Untuk Membaca

Dapatan hasil daripada senarai semak digunakan untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut.

Persoalan II :Adakah melalui pelaksanaan program NILAM dapat meningkatkan minat murid untuk membaca ?

Merujuk kepada persoalan kajian yang kedua iaitu “Adakah Adakah melalui pelaksanaan program NILAM dapat meningkatkan minat murid untuk membaca ?

Setelah menjalankan kajian dengan menggunakan borang soal selidik kepada semua responden untuk melihat kesan minat terhadap pelaksanaan program NILAM di sekolah.

(16)

a) Program Nilam Mendorong Saya Banyak Membaca

Berdasarkan Jadual 5.2.2 menunjukkan dapatan daripada borang selidik yang diedarkan kepada responden, 3 orang responden yang meliputi 30% setuju bahawa program NILAM mendorong responden banyak membaca buku dari pusat sumber sekolah. Manakala 7 orang atau 70% responden sangat setuju bahawprogram NILAM mendorong responden banyak membaca buku dari pusat sumber sekolah,

b) Program Nilam Mendorong Saya Meminjam Lebih Banyak Buku

Berdasarkan Jadual 5.2.2 menunjukkan dapatan daripada borang selidik yang diedarkan kepada responden, 3 orang responden yang meliputi 30% setuju bahawa program NILAM mendorong responden meminjam lebih banyak dari pusat sumber sekolah. Manakala 7 orang atau 70% responden sangat setuju bahaw program NILAM mendorong responden meminjam lebih banyak dari pusat sumber sekolah.

c) Saya Mengisi Masa Lapang Dengan Membaca Setelah Program NILAM dilaksanakan

Berdasarkan Jadual 5.2.2 menunjukkan dapatan daripada borang selidik yang diedarkan kepada responden, 8 orang responden yang meliputi 80% setuju bahawa program NILAM mendorong responden banyak membaca buku pada masa lapang. Manakala 3 orang atau 30% responden sangat setuju bahawprogram NILAM mendorong responden membaca buku pada masa lapang.

d) Semenjak Program Nilam Dilaksanakan di Sekolah Saya Semakin Banyak Membaca

Berdasarkan Jadual 5.2.2 menunjukkan dapatan daripada borang selidik yang diedarkan kepada responden, 5 orang responden yang meliputi 50% setuju bahawa program NILAM mendorong responden semakin banyak membaca dari pusat sumber sekolah. Manakala 5 orang atau 50% responden sangat setuju bahawa program NILAM mendorong responden semakin banyak membaca dari pusat sumber sekolah.

e) Program Nilam Membuat Saya Lebih Suka Membaca

Berdasarkan Jadual 5.2.2 menunjukkan dapatan daripada borang selidik yang diedarkan kepada responden, 9 orang responden yang meliputi 90% setuju bahawa program NILAM mendorong responden lebih suka membaca dari pusat sumber sekolah. Manakala 1 orang responden atau 10% responden sangat setuju bahawa program NILAM mendorong responden lebih suka membaca dari pusat sumber sekolah

(17)

6.0 Rumusan dan Cadangan Kajian Selanjutnya

Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa kajian tindakan yang dilaksanakan oleh penyelidik mencapai semua objektif yang di inginkan. Objektif penyelidik yang pertama iaitu meningkatkan kehadiran murid ke pusat sumber untuk membaca dengan pelaksanaan program NILAM Melalui borang soal selidik dan temubual peyelidik mendapati bahawa program nilam dapat meningkatkan kehadiran murid ke pusat sumber melalui program NILAM yang telah dilaksanakan. Di sampin itu keadaan pusat sumber sekolah yang kondusif turut menggalakkan kehadiran murid untuk membaca buku.

Objektif penyelidik yang kedua iaitu Meningkatkan minat murid untuk membaca dengan pelaksanaan program NILAM. Melalui borang soal selidik mendapati bahawa program nilam dapat meningkatkan minat murid untuk membaca melalui program NILAM yang telah dilaksanakan. Peningkatan minat membaca dalam kalangan murid akan dapat membantu peningkatan dalam pencapaian akademik di sekolah khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Berdasarkan hasil kajian, adalah dicadangkan program NILAM yang dilaksanakan perlu didokong oleh jumlah bahan bacaan yang banyak, bilangan komputer untuk mengakses maklumat mempunyai bilangan yang mencukupi. Di samping itu program ni perlu mendapat sokongan daripada pihak pentadbir sekolah.Kajian lanjutan dengan menambah bilangan responden sebagai kumpulan sasaran agar hasi dapat digeneralisasikan.

Rujukan

Abu Bakar Nordin. 1991. Kesan pencapaian akademik kepada sikap terhadap pelajaran. Jurnal Psikologi Malaysia..

Noraini Omar. (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam

Mata Pelajaran Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Perguruan

Tun Abdul Razak, Sarawak.

Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (2003). Qualitative research for education. An

introduction to theories and methods. Boston: Allyn & Bacon.

Busher, H. & Hariss, A.with Wise,C (2000). Subject leadership and school Improvement. London: Paul Chapman Publishing Ltd.

Cleland, D.I. (2004). Field Guide To Project Management. 2nd Ed. New Jersey: John Wiley

Ciulla,J.B. (2004). Ethics and leadership effectiveness. Dalam J. Antonakis,A.T.

Cianciolo & R.J. Sternberg, The nature of leadership. Thousand Oaks,CA: Sage

Creswell, J. W. (1998). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five

traditions. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

(18)

Alexandria, VA : Association for Supervision and Curriculum Development.

Durrant, J. & Holden, G. (2006). Teachers leading change. (Alma Harris, Ed.)

London,UK : Paul Chapman

David Lim Chong Lim etl.(2010) HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan ( 6th ed) Meteor Doc. Sdn. Bhd: Universiti Terbuka Malaysia.

Field, (2004) Foster the quality of teacher leadership: Ten steps to Egulty in Education , DECD Publishing

Gray & Airasian (2003).Leadership refined: An evocative context for teacher leadership. School leadership and management, 23(4), 421-430

Hamilton (2006).Interview with Fullan: Change agent.Journal os staff

Development,24(1).Dimuat turun pada 26 Oktober 2013 daripada:

www.queensu.ca/idc/trainerslhandleaderlhtml.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Bil.13/1998: Program

Membina Tabiat Membaca

Kementerian Pelajaran Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005 Perlaksanaan

Program NILAM

Lee Rutledge (2009) Teacher Leadership and School Improvement: A case study of

teacher participating in the teacher leadership with a Regional Education

Service Center.Diperolehi pada 24 Oktober 2013 daripada

file:///C:/Documents%20and%20Settings/malim/Desktop/upsi/kepimpinan/te acher%20leadership%20kepimpinan.pdf

Noraini Omar. (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam

Mata Pelajaran Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Perguruan

Tun Abdul Razak, Sarawak.

Robbins,(2003) Organizational Behaviour.Prentice Hall PTR

Salbiah Ismail etl. (2008) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia.Program pembacaan NILAM. Diperolehi pada 25 Oktober

2013 daripada:

http://www.slideshare.net/rosminilobah880997/slide-show-program-nilam

Saeeda.(2006).Educational leadership : An islamic perspective. British Educational Research Journal,

Thomas, N. (ed.) (2005). Adair on Leadership. New Delhi: Viva Books Pte.Ltd.

Wallen & Fraenkel (2000) "Reading Habit Style: A Classroom-level Study", Journal of Educational Administration, Vol. 32 Iss: 3

Referensi

Dokumen terkait

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga