• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

PENGGUNAAN MODEL ATOMION DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN DAN MINAT PELAJAR TERHADAP TAJUK STRUKTUR

ATOM DALAM DALAM MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN 4

Samri Chongo

Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau Abstract

This action research aims to improve the students’ skill in structure atom topic using Atomion Model Tingkatan 4. Kurt Lewin’s model (1946) was used as the basic of the conceptual framework. A total of 12 students from Smk madai, SMK Kinabutan and IPGK Tawau were selected as the respondents of this study. I used observation and questionnaire to collect the data needed. The questionnaire data were analyzed manually. The findings show that using Aomion can increase students’ proficiency and their interests in structure atom. As suggested, this study can be extended by increasing the number of respondents to a larger target group so that the results can be generalized.

Key word : Atomion Model , Kurt Lewin’s model (1946)

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Cabaran dan persaingan dalam ekonomi baru dan persejagatan telah menuntut Malaysia untuk melaksanakan pembaharuan bagi mencapai wawasan untuk menjadikan negara ini maju menjelang 2020. Bidang sains dan teknologi merupakan kunci kepada persaingan sejagat dan wawasan mencapai status negara maju. Hasrat ini dapat dicapai melalui pembangunan modal insan minda kelas pertama kerana segala kekayaan intelek terletak pada sumber ini untuk menerajui perubahan dan mengurus harta intelek secara bijaksana. Sendi kepada persaingan ekonomi baru ialah kecemerlangan dan kebijaksanaan.

Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokkan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar, dengan itu guru mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajar-pelajar memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu para guru perlu mencari, mencuba serta mencipta sesuatu yang baharu dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan.

(2)

Disiplin ilmu Sains seperti fizik, kimia, dan biologi adalah bidang ilmu yang memerlukan pemerhatian, penelitian dan uji kaji yang sistematik. Beberapa kajian terkini mengenai bagaimana kanak-kanak belajar sains selalunya dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme (Aguirre, Haggerty & Linder, 1990; Wellington, 1989). Menurut perspektif ini, pelajar memberi makna kepada maklumat dan peristiwa baru sebagai hasil dari interaksi antara pengetahuan dan pengalaman lalu individu tersebut dengan pemerhatiannya pada masa kini (Wellington, 1989).Kimia adalah merupakan salah satu daripada mata pelajaran sains visual (Habraken, 1996). Kimia juga merupakan salah satu sebuah cabang sains paling penting; ia membolehkan pelajar-pelajar memahami apa yang telah terjadi di sekeliling mereka. Ini kerana topik-topik kimia secara umumnya berdasarkan kerangka struktur yang saling berkaitan antara satu sama lain, fenomena ini menyebabkan mata pelajaran kimia sangat sukar bagi pelajar memahaminya. Kurikulum kimia biasanya menggabungkan kepelbagaian konsep-konsep yang abstrak, kimia juga saling berkaitan dengan cabang sains yang lain (Taber, 2002). Konsep-konsep asas kimia amat penting untuk meningkatkan pemahaman pelajar, ini kerana pemahaman awal mengenai konsep ini akan dapat membantu pelajar untuk lebih mendalami mata pelajaran kimia tersebut (Coll & Treagust, 2001a; Nicoll, 2001). Konsep kimia memerupakan penaakulan persekitaran yang luas berbanding mata pelajaran lain, ini kerana mata pelajaran kimia memerlukan tahap pemahaman yang tinggi (Taber, 2002). Oleh itu hanya penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai dan mudah sahaja dapat menjelaskan konsep asas-asas kimia. Salah satu kaedah pengajaran yang popular iaitu pengajaran berasaskan komputer terutamanya yang melibatkan teknologi multimedia mula mendapat perhatian di negara ini. Mohd Zaliman et al. (2001) menyatakan teknologi multimedia kian diiktiraf sebagai alat bantuan pengajaran yang sesuai dalam membantu para pendidik untuk mendalami dan mendasari cabaran dunia pendidikan era baru.

Salah satu masalah dalam bidang pendidikan di negara kita adalah rendahnya kualiti pendidikan di berbagai jenis dan jenjang pendidikan (Wayan Koster, 2000). Walau bagaimanapun, kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang mengaitkan faktor guru dengan pencapaian pelajar kerap kali dipersoalkan. Malahan terdapat banyak juga kajian yang menafikan hubungan positif antara faktor guru dengan pencapaian pelajar. Guru yang berkesan adalah guru yang dapat menghasilkan lebih ramai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan (Toh, 2003). Guru-guru tidak lagi mempunyai ruang

(3)

untuk mengembangkan potensi mengikut kaedah yang terbaik bagi mereka. Mereka terpaksa melaksanakan objektif yang dipaksakan ke atas mereka (Apple, 1983) iaitu menghasilkan kecemerlangan dalam peperiksaan sedangkan guru yang baik sepatutnya dibenarkan memilih strategi yang sesuai bagi mereka, suara rasa dalaman mengenai apa yang patut diajar dan bagaimana ianya patut diajar (Medvedeff, 2000).

Menurut Biggs (1990), perbezaan ini berlaku kerana proses pembelajaran melibatkan teknik yang kompleks, strategi dan pendekatan yang mana di arah oleh nilai dan sikap yang relevan. Elemen-elemen yang terdapat dalam proses belajar merangkumi motif, matlamat, sumber, kekangan, maklumat kemas kini, kebolehan, strategi pemantauan dan ‘finalising’. Kesemua elemen ini memaparkan satu jaringan kerja yang komplks yang mana ia akan membawa kepada pendekatan pembelajaran yang berbeza bagi individu.

Mata pelajaran sains merupakan mata pelajaran yang menyeronokkan yang banyak berkait dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Namun begitu, kebanyakan para pelajar tidak berminat dengan sains. Ini dapat dilihat kepada kemasukan pelajar sains yang rendah iaitu 34.3% berbanding dengan kemasukan pelajar sastera iaitu 65.7% (Hani, 2001). Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar yang tidak berminat dengan sains merasakan bahawa sains merupakan mata pelajaran yang membebankan kerana ebanyakan konsep sains adalah abstrak dan sukar untuk difahami (Subahan 1999).

Banyak dapatan kajian yang terkumpul hampir tiga dekad mengenai pembelajaran mata pelajaran sains iaitu masalah miskonsepsi pelajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran mengenai konsep asas kimia. Persepsi dan sikap mengenai konsep yang diajar menyebabkan pelajar lebih terhad pengetahuan mereka berdasarkan maklumat dan pengajaran guru sahaja (Duit dan Treagust 2003). Tahap pemahaman pelajar mengenai konsep asas sains lebih kepada pandangan mata kasar sahaja tetapi daripada segi penghayatan sebenar konsep berkenaan dalam kehidupan seharian agak terbatas. Keadaan ini menyebabkan miskonsepsi berlaku atau kerangka alternatif serta menjejaskan struktur kognitif pelajar dalam memahami lebih mendalam mata pelajaran kimia. Ia juga akan menyukarkan pemahaman mereka dalam kandungan kurikulum seterusnya

Satu kajian literatur terhadap pemahaman pelajar mengenai konsep-konsep asas kimia mengenai kategori, sintesis dan ringkasan dilakukan oleh (Duit, 2004) untuk

(4)

mengkaji pemahaman holistik mengenai konsep asas tersebut. Hasil kajian tersebut didapati guru kurang berkesan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar mengenai miskonsepi terutama dalam proses awal pembelajaran dalam bilik darjah (Costa, Marques dan Kempa 2000; Taber 2002). Oleh itu guru mesti meningkatkan minat yang tinggi untuk memperkenalkan kaedah yang sesuai untuk mengurangkan miskonsepsi pelajar mengenai konsep asas-asas kimia selaras dengan pendekatan pembelajaran konstruktivisme. Ini kerana proses ini sangat penting untuk meningkatkan sikap positif dan minat yang tinggi terhadap mata pelajaran kimia (Bell 2000; Treagust, Jacobwitz, Gallagher dan Parker 2001). Manakala menurut Wiggins dan McTigue (1998) mencadangkan satu bentuk kurikulum yang merangkumi pendekatan formal dan informal bagi menilai pemahaman terhadap kurikulum kimia tersebut. Pengkaji-pengkaji di atas mencadangkan agar penilaian awal dilakukan untuk mengenai pemahaman awal pelajar serta menetapkan satu kaedah pembelajaran yang sesuai bagi meningkatkan pemahaman mereka mengenai konsep asas-asas kimia tadi.

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan seorang pelajar. Menurut M. Shukri Abdullah(1990), di antara faktor utama pengaruh tersebut ialah alam sekitar seperti dorongan guru, suasana pembelajaran setempat dan sebagainya. Selain itu, kecerdasan atau kepintaran pelajar juga dipengaruhi oleh faktor kemahuan seseorang pelajar. M. Shukri Abdullah (1990) telah membahagikan pelajar kepada 9 kelompok berdasarkan perkaitan antara kecerdasan dan kemahuan. Rumusannya, hanya pelajar yang kurang atau tiada kemahuan dan lembap pemikiran jarang berjaya dalam peperiksaan walaupun di peringkat awal. Contohnya pelajar yang malas, lembap dan tiada semangat langsung untuk belajar.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, penyelidik dapati beberapa masalah pembelajaran telah timbul. Antaranya :

i. Pelajar sukar untuk membezakan ion dan atom suatu unsur dalam menentukan bilangan proton, bilangan elektron dan neutron.

ii. Pelajar sukar untuk melukis persamaan yang melibatkan perubahan daripada atom kepada ion

iii. Pelajar menghadapi masalah untuk menulis susunan elektron bagi atom dan ion suatu unsur.

(5)

iv. Pelajar menghadapi masalah dalam menentukan nombor nukleon

Berdasarkan pemerhatian penyelidik pada sesi pengajaran dan pembelajaran lepas, terdapat pelajar yang tidak dapat memahami konsep perubahan daripada atom ke ion dan sebaliknya .Di samping itu juga di antara masalah yang dikenalpasti juga ialah kesukaran menentukan bilangan proton, neutron dan nukleon. Walaupun mereka telah diajar dalam topik tersebut tetapi masalah ini masih wujud Hal ini telah mendorong penyelidik untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai untuk mengatasi kelemahan pelajar tersebut.

Melalui cara memanipulasikan bahan yang membolehkan mereka melihat kesan tersebut di hadapan mereka, pelajar dapat mempelajari sesuatu itu dengan lebih cepat untuk memahami sesuatu konsep

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Berdasarkan KSPK (2010), pendidikan di sekolah bertujuan memperkembangkan potensi pelajar menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Hal ini bertepatan dengan kehendak Kementerian Pendidikan yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis.

“ Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. “

Penyataan ini merupakan matlamat dan misi Kementerian Pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1988). Kerajaan mengharapkan melalui bidang pendidikan akan lahir generasi baru yang mempunyai keperibadian unggul dan berkemahiran tinggi. Pelapis yang berfikiran global dan mampu menyelesaikan masalah akan membawa kebaikan kepada kesejahteraan negara.

(6)

Untuk mencapai matlamat pendidikan, Kementerian Pendidikan juga telah memperkasa sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelan pembangunan ini memfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard, merapatkan jurang pencapaian, menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.

Menurut PPPM (2013), kejayaan masa depan negara bergantung kepada perkembangan sosiobudaya yang sihat dan pembangunan ekonomi yang mampan. Kedua-dua faktor ini bergantung kepada keupayaan menambahbaik keberhasilan sistem pendidikan negara dengan cepat dan berkesan. Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara.

2.0 Fokus Kajian 2.1 Pengenalan

Berdasarkan pengalaman sesi pengajaran dan pembelajaran lalu, penyelidik ingin memfokuskan kajian ini terhadap menjalankan satu aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam topik struktur atom. Pengkaji telah melaksanakan intervensi terhadap responden dengan menggunakan Model Atomion. Dalam bahagian ini membincangkan tentang isu dan pernyataan masalah kajian dengan lebih lanjut, tinjauan literatur berserta kajian lalu berkaitan dengan isu kajian

2.2 Isu dan Penyataan Masalah

Menurut teori Pembelajaran Sosial Bandura, A. (1977), salah satu pembelajaran yang amat berkesan ialah melalui model atau teladan yang sesuai, jelas dan menarik. Kenyataan ini turut disokong oleh Wood, E & Artfield, J (1996) dan Riley, J. (2003) yang menyatakan aktiviti pembelajaran perlu terdiri daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan pelajar.

2.3 Isu dan Penyataan Masalah Kajian

Melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu, penyelidik telah menemui masalah yang dihadapi pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam k

(7)

dalam kelas. Masalah itu menyebabkan murid mudah hilang tumpuan dan rasa rendah diri kepada rakan. Masalah tersebut ialah :

i. Pelajar sukar untuk menentukan bilangan proton, neutron dan nukleon daripada soalan yang berkaitan dengan penylesaian masalah.

ii. Murid tidak menunjukkan minat dan respond kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru.

Penyelidik ingin memberikan perhatian kepada masalah pelajar yang kurang memahami dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan struktur atom. Masalah ini telah ditunjukkan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran penyelidik yang lalu dalam aktiviti menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan struktur atom. Hal ini telah mendorong penyelidik untuk mencari punca dan alternatif penyelesaian masalah bagi membantu murid yang ketinggalan.

Menurut Duncan, J. dan Lookwood, M. (2008), pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas. Perkaitan di antara dua rangsangan ini dinamakan pelaziman. Rangsangan luaran yang menggalakkan pembelajaran termasuklah pengaruh guru, alat bantu mengajar yang digunakan dan semua kaedah yang digunapakai berulangkali untuk menarik minat belajar. Oleh itu, rangsangan luaran adalah sangat membantu dalam proses pembelajaran murid. Contoh rangsangan luaran dalam kajian ini ialah membentuk kefahaman tentang struktur atom dengan menggunakan Model Atomion.

2.4 Tinjauan Literatur dan Kajian Lalu Berkaitan dengan Isu Kajian

Kajian literatur adalah penilaian sebuah badan penyelidikan untuk menangani suatu soalan penyelidikan. Tinjauan ini dibuat bertujuan mengenal pasti apa yang telah diketahui tentang bidang kajian. Noraini Idris (2010), menyatakan tinjauan literatur merupakan ulasan maklumat yang diperoleh daripada jurnal, buku, dokumen dan penyelidikan lepas untuk sesuatu penyelidikan baru. Ia merupakan perancangan dan prosedur kepada sesuatu kajian penyelidikan yang dapat memandu dan menentukan hala tuju kajian (Creswell, 2009). Berikut merupakan pentakrifan beberapa istilah atau konsep penting dalam kajian ini secara terperinci :

Kebiasannya perkataan minat dikaitkan dengan keseronokan. Keseronokan adalah satu perasaan yang wujud dalam diri seseorang. Perasaan yang wujud ini adalah disebabkan rasa suka, gembira dan selesa dengan sesuatu perkara yang dilakukan.

(8)

Perasaan ini akan mempengaruhi sikap rajin atau malas, reaksi kita iaitu espresi muka senyum dan monyok yang memberikan kesan kepada persekitaran termasuklah manusia sekeliling kita.

Noraini (2008) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan antara minat pelajar dengan pencapaian mereka dalam pelajaran Pendidikan Islam. Minat mempunyai kaitan dengan sikap. Apabila seseorang meminati sesuatu maka ia akan bersikap positif terhadap perkara tersebut. Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan berkesan. Kesimpulannya, minat merupakan hasil dari pengalaman belajar. Jenis pengajaran yang merangsang minat bergantung kepada teknik atau kaedah yang digunakan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Dua ciri penting yang ada pada proses pembelajaran berasaskan sumber ialah kesediaannya untuk menerima gaya pembelajaran dan subjek yang berbeza dan menggalakkan pembelajaran berpusatkan pelajar (Laverty 2001). Penggunaan multimedia sebagai media pengajaran tidak menjadikan guru sebagai sumber kepada pembelajaran berasaskan sumber. Penghayatan pembelajaran berasaskan sumber ialah pelajar yang perlu menggunakan bahan – bahan untuk mempelajari sesuatu topik berasaskan pengalaman pelajar dalam proses penyelesaian masalah untuk membina maklumat yang bermakna terhadap sesuatu subjek (Laverty 2001). Gaya pembelajaran berasaskan sumber akan membina keupayaan dalam diri pelajar untuk mengenal pasti apa yang telah mereka ketahui terhadap sesuatu topik dan apa yang perlu dipelajari, di mana maklumat tersebut boleh dicapai, bagaimana untuk merekodkan maklumat yang telah dicapai, bagaimana untuk menilai maklumat yang telah diperoleh dan bagaimana untuk menilai keberkesanan sesuatu proses pencarian maklumat (Laverty 2001)Pembelajaran berasaskan sumber melibatkan penyertaan yang aktif dengan penggunaan pelbagai sumber iaitu jurnal, surat khabar, multi-media, laman web, komuniti dan masyarakat. Pelajar digalakkan untuk mendapatkan maklumat secar aktif dari pelbagai sumber. Pembelajaran berasaskan sumber berpusatkan kepada pelajar dan dilakukan di tempat yang menggalakkan pelajar untuk mendapatkan maklumat secara kendiri. Kejayaan pembelajaran berasaskan sumber banyak bergantung kepada keupayaan pelajar untuk mendapatkan maklumat dengan tepat. Sejauh mana maklumat yang dicari dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar sejauh itu proses pembelajaran berasaskan sumber dapat membantu pelajar.

(9)

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN 3.1 Pengenalan

Kajian ini berfokus kepada menjalankan satu aktiviti pembelajaran yang dapat meningkatkan penguasaan dan minat pelajar tajuk struktur atom dalam mata pelajaran Kimia SPM

3.2 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan dan minat pelajar dengan penggunaan Model Atomion dan dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran kimia,

3.3 Objektif Kajian

Berdasarkan tujuan kajian objektif khusus untuk kajian ini adalah seperti berikut:

i. Meningkatkan penguasaan pelajar dalam topik struktur atom dengan penggunaan Model Atomion .

ii. Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran kimia dengan penggunaan Model Atomion.

3.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian diatas, persoalan kajian adalah seperti berikut :

i. Adakah penggunaan Model Atomion dapat meningkatkan penguasaan dalam topik struktur atom dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 ?

ii. Adakah penggunaan Model Atomion dapat meningkatkan minat terhadap mata pelajaran Kimia dalam kalangan pelajar Tingkatan 4?

Objektif dan persoalan kajian tersebut diringkaskan seperti dalam Jadual 3.1 Jadual 3.1 : Ringkasan Objektif dan Persoalan

Bil Objektif Kajian Persoalan Kajian 1. Meningkatkan penguasaan

pelajar dalam topik struktur atom dengan penggunaan Model Atomion .

Adakah penggunaan Model Atomion dapat meningkatkan penguasaan dalam topik struktur atom dalam kalangan pelajar Tingkatan 4

2. Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran kimia dengan penggunaan Model Atomion.

Adakah penggunaan Model Atomion dapat meningkatkan minat terhadap mata pelajaran Kimia dalam kalangan pelajar Tingkatan 4?

(10)

4.0 METODOLOGI KAJIAN 4.1 Pengenalan

Metodologi kajian merupakan suatu proses bagi melaksanakan suatu penyelidikan dan pemerolehan maklumat serta juga suatu seni melaksanakan suatu karya sains (Adams & Schvaneveldt, 1991). Bagi melaksanakan kajian ini dengan berkesan, metodologi yang telah dirangka melibatkan reka bentuk kajian, kumpulan sasaran kajian, pelan tindakan dan pelaksanaan pelan tindakan, kaedah pengumpulan data kajian dan cara menganalisis data kajian. Kesemua proses ini akan diulas dengan lebih lanjut dalam perenggan berikutnya.

4.2 Kumpulan Sasaran Kajian

Kajian yang telah dijalankan melibatkan 12 responden dari sekolah Zon Tenggara Sabah dan IPG Kampus Tawau. Responden telah dipilih berdasarkan pencapaian yang sederhana iaitu 5 orang murid dari SMK Kinabutan, 5 orang murid dari SMK Madai dan 2 pelajar dari IPG kampus Tawau.

4.3 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kualntitatif yang melibatkan kaedah borang soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946). Ini adalah kerana masalah kajian telah diketahui terlebih dahulu semasa pengajaran yang lalu di salah sebuah sekolah di Tawau, Sabah. Justeru, model ini sangat sesuai dengan kajian yang dijalankan. Dalam mengkaji intervensi ini, penyelidik telah mengenalpasti masalah dan menjangkakan masalah yang sama berlaku di prasekolah yang dibuat penyelidikan tindakan. Ini kerana kebanyakkan sekolah yang penyelidik tinjau kaedah sesi pengajaran dan pembelajaran mempunyai murid yang menghadapi masalah yang sama. Dalam model Lewin ini, terdapat lima peringkat seperti berikut :

i. Peringkat Mengenalpasti Aspek Amalan ii. Peringkat Perancangan

iii. Peringkat Tindakan

iv. Peringkat Pengumpulan Data v. Peringkat Refleksi

Penyelidik telah mengulas secara terperinci proses setiap peringkat seperti dalam Rajah 4.1 yang berikut :

(11)

Rajah 4.1 : Reka Bentuk Kajian Diadaptasi daripada Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1894)

i. Mengenalpasti Aspek Amalan/Masalah Pendidikan

Sebelum melakukan perancangan intervensi, penyelidik telah mengenalpasti terlebih dahulu masalah yang wujud dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan tajuk struktur atom dalam Mata Pelajaran kimia Tingkatan 4. Masalah yang wujud ialah responden sukar untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan struktur atom serta kurang berminat dalam pengajaran dan pembelajaran. Setelah masalah dikenalpasti, perancangan untuk mengatasi masalah yang wujud telah dapat dirancang dengan baik dan memastikan perlaksanaan intervensi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa gangguan.

ii. Perancangan

Setelah mengenalpasti masalah yang wujud, penyelidik telah merangka beberapa kaedah yang bersesuaian untuk digunakan seperti menyediakan borang soal selidik dan

2 Perancangan 3 Tindakan/Implementasi 1 Mengenalpasti Aspek Amalan 5 Refleksi 4 Pengumpulan Data

(12)

merangka prosedur perlaksanaan intervensi. Penyelidik juga telah menyediakan jadual perancangan penyelidikan tindakan.

iii. Pengumpulan Data

Setelah tindakan diambil, penyelidik telah menggunakan cara pengumpulan data yang berikut :

a. Ujian pra dan ujian pos b. Borang soal selidik

Penerangan ringkas mengenai instrumen pengumpulan data dijelaskan seperti berikut :

a. Ujian pra dan ujian pos

Maklumat diperolehi dengan cara melihat dan mencatatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat kajian. Penyelidik telah menggunakan kaedah pemerhatian turut serta iaitu penyelidik terlibat sama dalam situasi yang diperhatikan. Penyelidik telah membuat 3 fasa intervensi untuk membantu murid menguasai dan mengingat isi pelajaran yang diajar. Pemerhatian dijalankan untuk mengetahui sama ada penggunaan Model Atomion dapat meningkatkan penguasaan dalam topik struktur atom ataupun sebaliknya. Data kajian intervensi diperolehi menggunakan instrumen senarai semak dan dianalisis dengan kaedah deskriptif.

b. Borang soal selidik

Borang soal selidik digunakan bertujuan memperolehi maklumat berkenaan fakta, perasaan, kehendak mengikut keperluan persoalan kajian. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan instrumen borang soal selidiuk yang bertujuan melihat emosi dan minat murid terhadap intervensi. Setelah ketiga-tiga intervensi dijalankan, penyelidik mengedarkan borang soal selidik bersama responden untuk melihat sejauhmana aktiviti ini telah dapat menarik minat resonden tersebut. Respond yang ditunjukkan oleh responden telah dianalisis sebagai data kajian..

iv. Refleksi

Berdasarkan tindakan dan pengumpulan data yang telah dibuat, penyelidik telah dapat menilai kekuatan dan kelemahan penggunaan Model Atomion dalam membantu pelajar meningkatkan penguasaan dan meningkatkan minat mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

(13)

4.4 Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan

Pelan tindakan merupakan satu perancangan khusus yang direka untuk melihat perkembangan perlaksanaan sesuatu kajian. Pelan tindakan dan perlaksanaan pelan tindakan bagi kajian ini diringkaskan seperti dalam jadual yang berikut :

Jadual 4.1 : Jadual Pelan Tindakan Kajian

Bil. Perkara Jun Julai Ogos

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1. Kenalpasti permasalahan /

2. Tinjauan data awal /

3. Merancang pelan tindakan / 4. Melaksanakan pelan

tindakan / / /

5. Menganalisis data / /

6. Refleksi /

7. Penulisan pelaporan / /

Proses kajian dimulakan dengan penyelidik mengenalpasti isu yang memberikan masalah kepada proses pengajaran dan pembelajaran lalu. Penyelidik telah melihat kepada refleksi pengajaran lalu untuk memperolehi maklumat yang secukupnya. Setelah masalah dikenalpasti penyelidik meninjau data dapatan.

Fasa seterusnya adalah merancang tindakan. Berdasarkan objektif, kumpulan sasaran dan persoalan kajian, penyelidik membuat jadual pelaksanaan dan mendapatkan instrumen data yang kemudiannya dianalisis

4.6 Cara Menganalisis Data Kajian

Analisis data merupakan kaedah mentafsir data yang diperoleh semasa pengumpulan data. Penganalisisan data kajian memerlukan penyelidik merujuk kepada soalan kajian dan instrumen pengumpulan data. Penyelidik telah menyatakan dua persoalan kajian dan menggunakan dua jenis instrumen kajian.

Penyelidik telah menggunakan borang senarai semak yang ditetapkan oleh penyelidik sendiri. Hasil dapatan kajian dianalisis berdasarkan skor penguasaan hasil borang senarai semak. Penyelidik menerangkan hasil dapatan skor penguasaan yang

(14)

diperolehi oleh setiap responden bagi setiap kali intervensi. Rumusan akhir dibuat setelah semua hasil dapatan intervensi pertama hingga ketiga dijelaskan.

Persoalan kajian kedua ialah mengenai minat murid dapat dipertingkatkan melalui aktiviti menggunakan Model Atomion sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Alat untuk mengukur minat murid ialah dengan menggunakan instrumen protokol temu bual. Temu bual telah diadakan selepas selesai intervensi ketiga. Temu bual ini bertujuan memperolehi maklumat mengenai perasaan yang ditunjukkan oleh murid sama ada menunjukkan minat, gembira, seronok, bosan atau malas. Sesi temu bual telah direkodkan dengan mencatat jawapan yang diberikan oleh ketiga-tiga responden. Dapatan kajian dianalisis melalui penggunaan tema-tema berdasarkan protokol temu bual yang dijalankan. Antara persoalan yang dikemukaan ialah berkenaan dengan perasaan, pendapat, pembelajaran, dan pandangan secara keseluruhan responden terhadap penggunaan Model Atomion dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam struktur atom Penyelidik telah melihat kekerapan tema yang wujud berkaitan minat semasa sesi temu bual tersebut. Berdasarkan hasil akhir analisis, penyelidik telah dapat maklum balas berkenaan perasaan dan emosi yang ditunjukkan oleh murid terhadap intervensi.

Cara menganalisis data kajian telah diringkaskan seperti jadual 4.2 yang berikut :

Jadual 4.2 : Cara menganalisis data berdasarkan soalan kajian dan instrumen kajian

Soalan Kajian Kaedah

Pengumpulan Data

Instrumen Analisis Data

1. Adakah penggunaan Model Atomion dapat meningkatkan penguasaan dalam topik struktur atom dalam kalangan pelajar Tingkatan 4

Ujian

Ujian pra dan pos Statistik deskriptif (peratus)

Adakah penggunaan Model Atomion dapat

meningkatkan minat terhadap mata pelajaran Kimia dalam kalangan pelajar Tingkatan 4?

Tinjauan Borang soal selidik Deskriptif Secara manual melalui

penggunaan tema-tema

(15)

5.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 5.1 Pengenalan

Analisis data ialah proses meneliti data dengan bantuan teknik-teknik statistik yang bersesuaian. Manakala intepretasi data ialah perbincangan terhadap kesimpulan yang telah dibuat berbantukan maklumat yang telah dikumpul (Noraini, 2010). Untuk memastikan objektif kajian tercapai, penyelidik telah menganalisis setiap data mengikut jenis instrumen bagi menjawab persoalan kajian.

5.2 Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini dibahagikan kepada dua. Dapatan pertama adalah untuk menjawab persoalan kajian pertama manakala dapatan kedua adalah untuk menjawab persoalan kajian kedua. Persoalan pertama dijawab menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pos. Manakala persoalan kedua dijawab menggunakan kaedah tinjauan dan instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik,.

5.2.1 Penguasaan Dalam Struktur Atom

Dapatan hasil daripada senarai semak digunakan untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut.

Persoalan 1 : Adakah penggunaan Model Atomion dapat meningkatkan penguasaan dalam topik struktur atom dalam kalangan pelajar Tingkatan 4. Jadual 5.1 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

No soalan Ujian Pra Ujian Pos Peningkatan

(%) Bil pelajar yang betul Peratus (%) Bil pelajar yang betul peratus (%) 1 7 58 11 92 33 2 9 75 10 83 8 3 9 75 12 100 25 4 1 8 7 58 50 5 8 67 12 100 33 6 9 75 12 100 25 7 5 42 12 100 58 8 2 17 12 100 83

Ujian Pra dan Ujian Pasca telah digunakan oleh pengkaji untuk melihat tahap penguasaan murid dalam topik struktur atom dengan menggunakan Model Atomion. Pengkaji menggunakan 12 orang responden dan 8 soalan yang berkaitan dengan topik

(16)

struktur atom. Soalan pertama mempunyai peratus sebanyak 58% untuk ujian pra manakala 92% untuk ujian pos. Oleh itu, peningkatan peratusan ialah sebanyak 33%. Soalan yang kedua, peratus sebanyak 75% untuk ujian pra manakala 83% untuk ujian pos. Oleh itu, peningkatan peratusan ialah sebanyak 8%. Untuk soalan yang ketiga, peratus sebanyak 75% untuk ujian pra manakala 100% untuk ujian pos. Oleh itu, peningkatan peratusan ialah sebanyak 25%. Soalan yang keempat pula, peratus sebanyak 8% untuk ujian pra manakala 58% untuk ujian pos. Oleh itu, peningkatan peratusan ialah sebanyak 50%. Soalan yang kelima pula, peratus sebanyak 67% untuk ujian pra manakala 100% untuk ujian pos. Oleh itu, peningkatan peratusan ialah sebanyak 33%. Seterusnya, soalan yang keenam, peratus sebanyak 75% untuk ujian pra manakala 100% untuk ujian pos. Oleh itu, peningkatan peratusan ialah sebanyak 25%. Soalan yang ketujuh, peratus sebanyak 42% untuk ujian pra manakala 100% untuk ujian pos. Oleh itu, peningkatan peratusan ialah sebanyak 58%. Soalan yang terakhir iaitu yang kelapan, peratus sebanyak 17% untuk ujian pra manakala 100% untuk ujian pos. Oleh itu, peningkatan peratusan ialah sebanyak 83%.

Rajah :

Rajah 5.1 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Dengan Menggunakan Model Atomion

(17)

Persoalan II :

Adakah penggunaan Model Atomion dapat meningkatkan minat terhadap mata pelajaran Kimia dalam kalangan pelajar Tingkatan 4?

Merujuk kepada persoalan kajian yang kedua iaitu “Adakah terdapat peningkatan minat murid terhadap mata pelajaran sains dengan menggunakan buku skrap ?.Setelah menjalankan semuan intervensi, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada semua responden untuk melihat kesan minat mereka terhadap intervensi yang mereka lalui.

Jadual 5.1 :Taburan Kekerapan dan Peratus Tinjauan Minat Murid Terhadap Buku Skrap

Item

Soalan Soal Selidik

Sangat tidak setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Frekuensi/ Peratus Frekuensi/ Peratus Frekuensi/ Peratus Frekuensi/ Peratus 1 Saya berminat belajar

menggunakan Model Atomion

2 ( 16.7%)

10 (83.8 %) 2 Saya selalu mengantuk dalam

kelas dan pengajaran guru sangat membosankan saya dengan menggunakan kaedah tradisioanal (biasa) 2 (16.7%) 6 (50%) 4 (33.3%)

3 Model atomion yang digunakan dapat memberikan saya

motivasi untuk terus belajar

2 (16.7%)

10 (83.3%) 4 Belajar menggunakan Model

Atomion mampu mengubah suasana pembelajaran saya

2 (16.7%)

10 (83.3%) 5 Saya mendapati saya selalu

tidak memahami pelajaran yang diajar oleh guru yang

menggunakan kaedah tradisional (biasa) 2 (16.7%) 8 (66.6%) 2 (16.7%)

6 Saya sangat tertarik dengan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan Model Atomion

2 (16.7%)

10 (83.3%)

7 Model Atomion yang berwarna dan menarik boleh menarik perhatian saya dalam kelas

2 (16.7%)

10 (83.3%) 8 Saya mudah untuk memahami

topik ini dengan menggunakan Model Atomion

2 (16.7%)

10 (83.3%)

(18)

Jadual 5.1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus tinjauan minat murid terhadap penggunaan buku skrap. Item 1, sebanyak 16.7% telah setuju dan 83.3% yang sangat setuju. Item 2, jumlah peratusan untuk tidak setuju ialah 16.7%, peratusan untuk setuju ialah 50% dan peratusan untuk sangat setuju ialah 33.3%. Seterusnya, Item 3 pula mempunyai 16.7% setuju manakala 83.3% sangat setuju. Item 4 pula sama seperti Item 3 iaitu 16.7% setuju manakala 83.3% sangat setuju. Item 5 pula mempunyai peratusan 16.7% tidak setuju, 66.6% untuk setuju dan 16.7% untuk sangat setuju. Item 6 mempunyai 16.7% setuju dan 83.3% sangat setuju. Item 7 juga sama seperti Item 6 iaitu 16.7% setuju manakala 83.3% sangat setuju. Akhir sekali, Item 8 mempunyai nilai peratusan sebanyak 16.7% setuju dan 83.3% sangat setuju.

6.0 Rumusan dan Cadangan Kajian Selanjutnya

Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa kajian tindakan yang dilaksanakan oleh penyelidik mencapai semua objektif yang di inginkan. Objektif penyelidik yang pertama iaitu meningkatkan penguasaan konsep pengkelasan haiwan menggunakan Model Atomion terjawab apabila penyelidik menjalankan ujian pra dan ujian pasca.

Melalui ujian ini penyelidik telah mengetahui bahawa terdapat murid yang lemah dalam menguasai konsep sains dan selepas menjalani intervensi yang disediakan oleh penyelidik, didapati tahap penguasaan konsep sains kebanyak responden telah meningkat daripada tahap lemah ketahap sederhana.

Objektif pertama iaitu meningkatkan penguasaan konsep kimia Tingkatan 4 menggunakan Model Atomion Respoden yang terlibat mempunyai tahap penguasaan konsep kimia yang lemah oleh itu penyelidik telah memilih mereka untuk membantu mereka meningkatkan penguasaan konsep kimia mereka. Berdasarkan analisis dokumen yang dibuat mendapati kebanyak respoden berjaya menguasai konsep Sains dengan bantuan Model Atomion.

Rujukan

Abu Bakar Nordin. 1991. Kesan pencapaian akademik kepada sikap terhadap pelajaran. Jurnal Psikologi Malaysia. 7: 41-60

Coll, R. K. & Treagust, D. F., (2001a). Learners’ Use Of Analogy And Alternative Conceptions For Chemical Bonding, Australian Science Teachers Journal, 48(1), 24–32.

(19)

Duit, R. & Treagust, D. (2003). Conceptual Change - A powerful framework for improving science teaching and learning. International Journal of Science Education 25, 671-688

Duit, R.: 2004, Bibliography – Students’ and Teachers’ Conceptions and Science Education, IPN Kiel. [available: http://www.ipn.uni-kiel.de/aktuell/stcse/bibint.html (23.06.2005)]

Mohd Najib & Mohd Yusof. (1995). “Peningkatan Kemahiran Saintifik Melalui Interaksi Di Bilik Darjah”. Seminar Kebangsaan Pendidikan Guru Ke-10. Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Zaliman Mohd Yusoff, & Manjit Singh Sindhu. (2001). Teknologi multimedia: Kaedah pembelajaran pelajar lemah dalam pelajaran. Dalam Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Kali Ke-14. Kepelbagaian dalam Teknologi Instruksional, Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia

Noraini Omar. (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar

Dalam Mata Pelajaran Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut

Perguruan Tun Abdul Razak, Sarawak.

Taber, K. S., (2002). Alternative Conceptions In Chemistry: Prevention, Diagnosis And Cure? London: The Royal Society of Chemistry.

Wellington, J. J. (1989). Skills and Processes in Science Education: A Critical Analysis. London and New York: Routledge

Referensi

Dokumen terkait

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga