• Tidak ada hasil yang ditemukan

ATLIT MEMANAH SEMANGAT CEMERLANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "ATLIT MEMANAH SEMANGAT CEMERLANG"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

SMKA Segamat, 5 Mac : Ust.

Hj. Mohamad Sabri bin Satar, Pengetua SMKA Segamat diiringi Uzh. Mariatul Kaptiah binti Mohd. Kassim, GPK Kokurikulum SMKA Segamat menyampaikan sijil kejayaan kepada Amir Naqiuddin bin Baharudin, 16, yang berjaya mendapat Naib Johan kategori individu dalam pertandingan memanah Indoor Johor 2017.

Pertandingan memanah dengan jarak 30 meter tersebut berlangsung selama 3 hari bertempat di SM Sains Sultan Iskandar, Mersing, Johor. Amir bersama-sama 3 lagi peserta dari

ATLIT MEMANAH SEMANGAT CEMERLANG

SMKA Segamat bergabung dengan seorang

peserta dari Kolej Vokasional Segamat

menyertai kategori kumpulan namun tewas

pada pusingan ke-3. Dalam majlis yang

sama, Tuan Pengetua merakamkan ucapan

penghargaan dan terima kasih kepada semua

guru, staf sokongan serta para pelajar yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung

sepanjang majlis Mesyuarat Agung PIBG

pada minggu lepas. Beliau juga menegaskan

kepada semua pelajar supaya lebih peka

dengan disiplin masa sama ada di asrama

mahu pun di sekolah. Menurutnya lagi,

SMKA Johor Bahru akan mengadakan

lawatan penandaarasan ke asrama SMKA

Segamat pada 9-11 Mac 2017. Beliau sangat

berharap semua pelajar dapat meningkatkan

kebersihan dan keceriaan asrama.

(2)

Jumlah Sumbangan 2 Mac 2017 RM 455.00

PENTADBIR TINTA

BULETIN INSPIRASI SEMANGAT 2017 Penasihat Ust. Hj. Mohamad Sabri bin Satar

Penyelaras Buletin Ust. W Zainuzzaman bin Wan Abdullah

Editor ; Ust.Rumaja bin Sarmin Penolong Editor ; Uzh. Arifah binti Ayub Fotografi ; Ust. Abd. Rauf bin Abd. Rahim Promosi ; Ust.Mohsen bin Miskam Terbitan ; Pusat Sumber Sekolah (PSS)

SMKA Segamat, Johor Penaja ; Tabung Kebajikan Guru

Program Budaya Al-Quran

INFOSEMANGAT

GURU BERTUGAS MINGGUAN

Minggu 11 (12-16 Mac 2017)

Ust. M. Nazom bin Mohd. Yusof Uzh.Dzuliyati binti Naftah

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

KEBITARAAN KADET POLIS DAN MATEMATIK PERKONGSIAN SATU MINGGU SATU HADIS

"Saya menyeru semua guru dan pelajar supaya sentiasa merujuk sasaran akademik seperti yang dipaparkan di Anjung Bestari sebagai satu motivasi untuk mencapai

matlamat SEMANGAT JUARA. Kita perlu mengatur gerak kerja yang mantap kerana keputusan SPM dan STPM menyumbang sebanyak 70% dalam penilaian SKPM. Kita perlu mengekalkan sekurang-kurangnya pada kedudukan Band 2 bagi memenuhi syarat pengekalan SMKA Segamat sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan"

Petikan ucapan Ust. Hj. Mohamad Sabri bin Satar, Pengetua SMKA Segamat dalam Majlis Perhimpunan Rasmi Mingguan di Dewan Luqman Al-Hakim pada 5 Mac 2017

(3)

Tuan Pengetua menyampaikan sijil kejayaan kepada 3 orang atlit memanah SMKA Segamat iaitu Nur Nadrah binti Abdul Latif (kedudukan ke-8), Aleeya Madiha binti Bahtiar (kedudukan ke-10) dan Muhammad Azmi Hakim bin Jumatsah (kedudukan ke-20)

Sebahagian peserta Karnival Pendidikan Islam peringkat SMKA Segamat sedang mempersembahkan bakat masing- masing dalam pelbagai acara iaitu

Tilawah Al-Quran & Hafazan Surah Al-Baqarah, Hafazan 9 Surah & Qiraat Sab'ah, Berzanji, Kalimatussobah, Syarahan Agama, Seni Khat dan Nasyid pada 6 Mac 2017

(4)

Ustaz Mohamad Sabri bin Satar, Pengetua SMKA Segamat (duduk 5 dari kiri) bergambar dengan Prof.Madya Hj. Ahmad Nawawi bin Yaakob, YDP PIBG serta semua AJK PIBG Sesi 2017/2018 sejurus tamat majlis Mesyuarat Agung PIBG pada 2 Mac 2017

KARNIVAL STEM ; Karnival Science, Technology, Engineering, Mathematics (STEM) peringkat SMKA Segamat anjuran Bidang Sains dan Matematik yang diadakan pada 7 dan 8 Mac 2017 mendapat sambutan yang sangat baik dalam kalangan pelajar.

(5)

Perkataan Bombastik (BAHASA MELAYU)

KATA-KATA BOMBASTIK DALAM

PENULISAN

(Siri 3)

MAPAN

● Tidak berubah, sudah diterima umum

Aplikasi dalam ayat [Tema: Gejala Lumba Haram]

○ Sudah terang lagi bersuluh, kempen merupakan prakarsa mapan yang mampu mengatasi gejala lumba haram.

SEYOGIA

● Sepatutnya

Aplikasi dalam ayat [Tema: Semangat Patriotik]

○ Seyogia golongan remaja tidak terlibat dengan aktiviti subversif yang akan mencalarkan imej negara.

SEMENTELAHAN

● Tambahan pula

Aplikasi dalam ayat [Tema: Semangat Kejiranan]

○ Sikap tidak ambil peduli merupakan punca hubungan kejiranan semakin renggang sementelahan kesibukan bekerja menyebabkan komunikasi antara jiran semakin terbatas.

MAUDUK

● Pokok perbincangan

Aplikasi dalam ayat [Tema:Rakan Sebaya]

○ Mauduk syarahan yang akan saya sampaikan ialah, Ciri-ciri Rakan yang Menjadi Pilihan Saya.

PADAU

● Layar

Aplikasi dalam ayat

○ Sebelum padau perbincangan saya gali lebih dalam, molek kiranya saya mulakan dengan pendefinisian tajuk terlebih dahulu.

Sumber : http://aremay98.blogspot.my/2015/07/perkataan- bombastik-bahasa-melayu.html

Tn. Hj. Erham bin Mohd. Soheh, wakil rasmi YB Hj. Anuar bin Abd. Manap, Ahli Parlimen Sekijang diiringi Tuan Pengetua dan YDP PIBG SMKA Segamat menyampaikan cenderamata kepada semua AJK PIBG Sesi 2016/2017 serta Anugerah Kecemerlangan Akademik kepada pelajar-pelajar cemerlang peperiksaan PT3 dan STPM tahun 2016 di dewan Luqman Al-Hakim pada 2 Mac 2017 yang lalu.

(6)

PROGRAM SUMUR ; Sebahagian pelajar SEMANGAT yang berbakat dalam kesenian Islam seperti kompang dan nasyid mengadakan persembahan dalam majlis Mesyuarat Agung PIBG pada 2 Mac 2017.

Muhammad Alif bin Azman (kiri sekali) dari SMKA Segamat menerima hadiah Pelatih Terbaik dalam majlis penutupan rasmi Kursus Asas PISPA T6 Siri 1/2017 di PULAPAS Kluang pada 2-4 Mac 2017.

sumur perigi, telaga: mandi di ~;

~ bor Id sj perigi yg airnya memancut dr tanah (tidak perlu dipam ke atas); ~ buta = ~ mati perigi yg telah kering (tidak dipakai lagi); ~ minyak telaga minyak; ~ pantik Jk pancuran air yg dibuat dgn memasukkan paip ke dlm tanah; ~ digali air terbit prb hasil yg didapati lebih drpd yg diharap-harapkan; ~ (di) tepi jalan prb perempuan yg tidak senonoh kelakuannya (perempuan lacur);

bagai ~ (di) tepi rawa = bagai bersumur (di) tepi rawa prb orang yg selalu cemburu.

Sumber : Kamus Dewan Edisi Ketiga

Sebuah Sumur (perigi) di Bjarnarfjordur, Islandia

(7)

SIRI 6 : PERKEMBANGAN MUSHAF UTHMANI

Sebahagian daripada hasil karya para peserta pertandingan seni khat sempena Karnival Pendidikan Islam peringkat SMKA Segamat yang diadakan pada 6 Mac 2017

(8)

(93) Tidak ada sesiapa pun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba.

(94) Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya serta menghitung mereka satu persatu.

(95) Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri.

(96) Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatNya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih saying.

TERJEMAHAN

BACAAN & TAFSIRAN AYAT PROGRAM BUDAYA AL-QURAN (GURU) DIBIMBING OLEH : UST. SHARIFUDDIN BIN SULAIMAN

Referensi

Dokumen terkait

Kemudian survey lain yang dilakukan oleh Farida (2008:47) tentang pengaruh relationship marketing terhadap loyalitas nasabah dengan variabel yang sama, diperoleh hasil

Perdarahan berulang dari pembuluh darah di dalam membran ini memegang peranan penting, karena pembuluh darah pada membran ini jauh lebih rapuh sehingga dapat berperan dalam

Implementasi Microsoft MultiPoint Server 2012 adalah solusi yang unik karena menggabungkan satu paket solusi untuk fungsi hypervisor dan fungsi connection

MENGETAHUI BLITAR, 07 PEBRUARI 2014 PEMBANTU KETUA STKIP PGRI BLITAR KA PRODI PENDIDIKAN MATEMATIKA.. M KHAFID IRSYADI, S.T,

Data Penilaian Karyawan yang akan dirubah di dalam database, klik simpan maka Data pada Database akan berubah [] diterima [] ditolak 3. Hapus data Data Penilaian

Anak Berkebutuhan Khusus (ABK) juga berhak mendapatkan hak mereka, disamping pendidikan yang membantu perkembangan jasmani mereka yakni pedidikan pada raga, mereka juga

Harvested area, production and productivity of peanuts production by village in Tanjungsari District 2012 Nama Desa Villages Luas Panen Harvested area (Ha) Produksi

Penilaian terhadap objek wisata Bumi Kedaton Resort ini sangat diperlukan untuk mengetahui nilai ekonomi dari objek wisata yang melibatkan pengunjung sebagai penilai, maka