• Tidak ada hasil yang ditemukan

METODE HERMENEUTIK DALAM MEMBENARKAN WANITA MENJADI IMAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "METODE HERMENEUTIK DALAM MEMBENARKAN WANITA MENJADI IMAM"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

METODE HERMENEUTIK DALAM MEMBENARKAN WANITA MENJADI IMAM

1Siti Maryam Bt Mohd Ali, 2 Mazlan Ibrahim & 3Indriaty Ismail Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah

Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Email: bintualisolehah92@gmail.com, mazib@ukm.edu.my, indriaty@ukm.edu.my

Abstrak: Kontroversi yang berlaku di kalangan masyarakat Agama Islam adalah keadaan di mana wanita berani menjadi imam di dalam solat berjemaah yang turut disertai jemaah lelaki. Wanita menjadi imam adalah merupakan perkara yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah. Agama Islam mengeluarkan hukum wanita yang beragama Islam hanya dibenarkan menjadi imam dalam kalangan jemaah wanita sahaja manakala dilarang untuk menjadi imam kepada jemaah lelaki. Ahli mufassir klasik dan ulama kontemporer membukukan dengan selaras fakta hukum-hukum fekah asal bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat agama Islam, agar dapat mendekatkan masyarakat kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kajian tafsir maudhui ini telah disusun mengikut langkah-langkah dalam huraian bersama sokongan hadis dan ayat Al-Quran yang lebih teliti serta sejarah perkembangan hadis.

Kajian menyebut hadis tersebut dikeluarkan mengikut keadaan dan situasi, bukanlah sewenang-wenangnya masyarakat barat menjadikan alasan samarata untuk sama-sama dibenarkan menjadi imam, lalu hadis digunapakai untuk kegunaan pihak liberal. Sehubungan itu, golongan liberal telah memudarkan ketetapan ulama Islam malah mereka melakukan kekeliruan terhadap wanita beragama Islam bahawa wanita dibenarkan menjadi imam solat berjemaah bersama jemaah lelaki. Penulis menyusun ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang berkaitan dengan sejarah berlakunya wanita berani menjadi imam. Penulis juga menghuraikan pendekatan perpustakaan dalam pengajian Islam dengan mengumpulkan karya-karya ulama klasik dan hujah-hujah baru golongan kristian yang menggunakan pendekatan terbaru iaitu metode hermeneutik yang pada awalnya mereka mentafsir bible sahaja.

Kajian ini berbentuk kualitatif, merujuk perpustakaan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data analisis dokumen. Hasil kajian ini penulis mendapati metode hermeneutik telah disusun dengan pelbagai hujah yang tidak sahih dan ia menjadi cabaran yang besar masyarakat yang beragama Islam untuk menunaikan solat berjemaah dengan lebih afdhal Semoga penulisan ini dapat memberi pencerahan kepada masyarakat daripada kekeliruan fahaman liberal yang cuba diketengahkan.

Kata kunci: Hadis, Imam, Wanita, Islam, Solat Jemaah

I. PENDAHULUAN

Solat berjemaah merupakan medium untuk kita berkomunikasi bersama Allah S.W. Solat berjemaah juga dilaksanakan sesama wanita , juga dibenarkan untuk menjadi imam kepada jemaah wanita, dan amat digalakkan untuk mengimarahkan lagi dengan tidak bertabarruj dan tidak berdandan wangi-wangian hingga dapat meransang nafsu syahwat bagi kaum wanita dibenarkan untuk ke masjid (Abdul Aziz Muhammad Azzam 2013).

لطابلا في يدامتلا نم يرخ قلحا لىإ عوجرلا

Maksudn ya: “Kem bali kepada keben ar an lebih baik dar ipada ber ter usan dalam kebatilan.”

Sesungguhnya besar hikmah kelebihan-kelebihan dalam hukum-hukum yang ditetapkan Allah S.W.T kepada hambanya yang beriman, antaranya pahala di dalam solat berjemaah dengan sempurna bersama imam bermula takbiratul ihram sehingga salam, menghadirkan rasa khusyuk ketika solat dan merapatkan ukhwah dalam hidup bermasyarakat. Ulama telah bersepakat menggalakkan masyarakat untuk mendirikan solat dengan melaksanakan secara berjemaah adalah mendapat 27 pahala berganda daripada menunaikan solat secara seorang diri. Antara hikmah dalam solat berjemaah adalah masyarakat dapat berkenalan (taaruf) antara satu dan lain, (taawun) saling membantu, melengkapi satu sama lain dalam hidup berjiran (takaful), melaksanakan ahli jawatankuasa di rumah ibadah masjid atau surau masing-masing dan mengambil tahu tentang kehidupan jiran tetangga (Jefry Noer 2006). Solat merupakan rukun yang wajib dilaksanakan bagi masyarakat beragama Islam kerana kedudukannya yang kedua selepas mengucap kalimah syahadah di dalam rukun Islam. Selepas perintah menunaikan solat diturunkan, masyarakat diwajibkan untuk

(2)

Manuscript received 27 Februari 2022, revised 27 Februari 2022

membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di tanah suci kota mekah. Antara hadis yang menceritakan kewajipan seseorang muslim untuk menunaikan solat adalah di dalam kitab Sahih Bukhari )Imam Al- Hafidz Abi 1997).Solat dari sudut bahasa bermaksud doa, dari sudut istilah adalah beberapa ucapan bersama syarat- syarat yang ditetapkan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam (Penelitian 2019).

Menjadi imam di dalam solat merupakan salah satu bentuk dari kepimpinan ketua kepada rakyat, oleh sebab itu kepimpinan imam solat juga hanya diberikan kepada lelaki jika makmum terdiri terdapat makmum wanita, dan difahami dari ayat di atas bahawa seorang wanita tidak boleh menjadi imam solat bagi makmum lelaki.

II. TINJAUAN LITERATUR

Beberapa tahun yang lepas Malaysia mendapat kontroversi di kalangan masyarakat Islam mengenai wanita menjadi imam di dalam solat berjemaah. Terdapat empat mazhab daripada ahlisunnah waljamaah dan mazhab syiah telah bersetuju bahawa wanita dibenarkan menjadi imam di dalam solat berjemaah wanita sahaja. Semua mazhab melarang wanita menjadi imam di dalam solat berjemaah bercampur jemaah yang terdiri lelaki dan wanita. Isu kontroversi telah melanda dan mereka menuntut hak persamaan jantina (gender equality) oleh Amina Wadud tersebut yang sebenarnya berasal dari pandangan hidup Barat sekular-liberal yang bercanggah dengan pandangan hidup muslim yang berpandukan ajaran Islam. Jika lelaki boleh menjadi khatib dan imam solat Jumaat, menurut pemahaman wanita di Barat, wanita juga dibenarkan menjadi imam solat Jumaat dan khatib solat Jumaat. Jika lelaki boleh mengumandangkan azan dalam solat Jumaat, demikian juga wanita (Muliadi, E. 2007).

Syarat wajib untuk menjadi imam solat berjemaah yang pertama adalah Islam kerana tidak sah jika di imamkan oleh seorang kafir dan fasiq. Kedua adalah baligh, menurut Imam Syafie sah jika menunaikan solat di belakang kanak- kanak yang sudah mumayyiz dalam solat fardu dan sunnat. Menurut Imam Hanafi solat tidak sah jika berimamkan oleh seorang kanak-kanak kecil di dalam solat fadhu dan sah pada solat sunat. Kriteria yang diperlukan fasih dalam bacaan Al-Quran, umur paling berusia, faqih dalam ilmu agama dan bertaqwa. Jika pengetahuan sunnah antara pengganti imam sama, maka usia yang paling tua diutamakan (Dar al-Kutub Salfiah 2016). Syarat keempat adalah baik bacaan Al-Qurannya dan tidak buta huruf daripada makmum, tidak lemah pada hukum tajwed. Sentiasa menjaga menjaga kebersihan daripada kotoran merupakan syarat kelima ciri-ciri untuk menjadi imam di dalam solat berjemaah. Imam menjaga kesuciannya bersih daripada hadas dan najis juga adalah syarat yang terakhir dalam menjadi imam solat untuk diterima oleh Allah S.W.T .

1. Metode Hermeneutik

Metode hermeneutik telah lama diperkenalkan lalu berkembang bersama pemahaman yang berasal daripada metode kristian lalu membuat penafsiran bible untuk selaraskan semua makna bible yang bertentangan kepada masyarakat.

Hermeneutik merupakan aliran falsafah dari sudut bahasa yunani hermeneuo dan meminjam bahasa inggeris iaitu hermeneutics yang bermaksud penafsiran naskah dan teks melalui kajian mereka sendiri. Metode ini beranggapan semua petikan teks adalah hasil penulisan manusia dan boleh berubah, maknanya berbeza-beza mengikut musim dan zaman contohnya kitab zaman Nabi Musa A.S dan Nabi Isa A.S adalah berbeza berbanding dengan Al-Quran yang sentiasa menuju kebenaran. Semakin banyak campur tangan penulisan maka lagi banyak rekaan atau tokok tambah dalam menggunakan logik akal. Ia diwujudkan kerana kekeliruan terhadap penulisan bible. Jika dibandingkan dengan metode Al-Quran , secara tidak lansung ia bertentangan dengan ajaran agama Islam. Hermeneutik menghargai setiap petikan dihasilkan melalui latar belakang sejarah berdasarkan kurun ke tujuh belas. Berlaku keraguan dari mana datangnya asal penulisan bible ini, kesalahan pada teks dan dibaiki terus menerus dan tidak bersifat mutlak sehingga mengikut tempat dan kondisi masa (Arif Syamsudin 2008).

Sehubungan dengan itu, kajian mendapati beberapa perbandingan metode tafsir Al-Quran dan metode hermeneutik, dan bahasa greek adalah hermeneutiks yang di kaitkan dengn biblical studies ertinya berubah-ubah, penafsiran yang membahaskan dengan pemahaman yang jelas dan bersifat umum, manakalah hermeneutik bersifat relatif (W.L Reese 1980). Tafsir Al-Quran dibahaskan oleh ahli mufassir yang diisytiharkan kehebatannya dalam bidang penafsiran dan kelayakannya menterjemah untuk memberi kefahaman yang mudah kepada masyarakat.

Tafsiran yang dipersetujuan atas kerjasama syura dan disepakati ulama-ulama Islam bersumberkan tafsiran al-quran dengan al-quran, al-hadis dan ijma ulama. Sebaliknya hermeneutik digubalkan oleh Hermes, seorang utusan yang berasal daripada yunani kuno yang menyampaikan perbahasan kurang jelas untuk difahamkan oleh semua manusia kerana semata-mata logik akal sahaja dan tidak selaras mengikut pesanan dewata.

Tokoh-tokoh kristian yang tidak bersetuju dengan ulama-ulama klasik Islam akan mengeluarkan pendapat yang berlawanan dengan mufassir dan hukum-hukum asal yang telah ditetapkan, lalu bersepakat membuat penafsiran semula menggunakan kaedah hermeneutik (penafsiran bible) ini untuk memperkembangkan kepada semua masyarakat menggunakan logik akal. Sehubungan dengan itu, ahli sunnah wal jamaah juga menolak keras kepimpinan imam syiah merujuk buku yang bertajuk A Comprehensive Commentary The al-Quran Volume 2 (E.M.Wherry,2013).

(3)

Manuscript received 27 Februari 2022, revised 27 Februari 2022

Para ilmuan barat dan ahli falsafah umum menjadikan ia satu lagi tafsiran umum pada ilmu-ilmu sosial , kajian ini merujuk golongan aktivis the new encyclopedia britannica telah menulis berkaitan hermeneutika telah dijadikan suatu prinsip-prinsip general tentang interpretasi bibel yang bertajuk (the study of the general principle of biblical interpretation. 2017). Sehubungan itu, kajian dalam perjalanan sejarah perkembangan tersebut , metode hermeneutik berjalan seiring ilmu falsafah, ilmu usul fiqh dan ilmu tasS.A.Wuf menimbulkan persoalan yang pelbagai dalam kehidupan masyarakat. Kemudian, apabila dikaitkan dengan hadis-hadis Rasulullah S.A.W dan tafsir al-Quran maka masyarakat menjadi bertambah rumit untuk mencari kualiti kesahihan hadis-hadis setelah Rasulullah S.A.W wafat.

Isu wanita yang diperjuangkan oleh kaum wanita barat kini adalah isu hak kesamarataan dikalangan semua masyarakat dalam semua sektor yang melibatkan wanita dalam undang-undang agama dan urusan lain. Wanita menjadi imam dikalangan Jemaah wanita sahaja adalah tidak asing lagi di dalam masyarakat beragama Islam terutama masyarakat yang bermazhab Syafie dan mazhab Hambali. Namun wanita yang menjadi imam kepada Jemaah yang terdiri daripada lelaki adalah perkara yang dilarang dalam Agama Islam. Jurnal ini bertujuan membincangkan isu-isu feminisme yang terdapat dalam hadis-hadis yang disalah ertikan oleh sokongan liberal, apakah kedudukan hadis tersebut dan implikasinya kepada masyarakat. Kajian ini mengkaji corak perkembangan dan sejarah peredaran zaman dan isu-isu terhadap umat Islam di Malaysia. Dari pelbagai aspek penghayatan sesetengah golongan yang cuba mempertahankan hak-hak yang tidak selari dengan kehendak ajaran agama Islam. Pemikiran Islam Liberal bukanlah pemikiran Islam yang sebenar, bukan disandarkan kepada sesiapa, semakin berkembang dan lebih redikal ( Abubakar, S, & Mutawali, M. 2020).

Kelemahan dalam isu-isu yang berbangkit adalah masyarakat beragama Islam mudah menerima pendapat golongan Liberal, penelitian permasalahn perlu dibuat terhadap masyarakat beragama Islam agar golongan agamawan mengambil langkah setiap hadis-hadis nabi yang di ambil hendaklah diselidik kedudukan hadis terlebih dahulu sebelum mendengar golongan Liberal membuat olahan sendiri. Dalam buah fikiran zaman Islam kontemporer, mereka beranggapan kaedah hermeneutik akan menyelamatkan segala kebuntuan dan menjawab segala persoalan masalah masyarakat melalui artikel yang ditulis oleh golongan Islam Liberal Arkoun, Fazlur Rahman, Nasr Abu Zayd, Hassan Hanafi, Khaled Abu Fadhl, dan Amin Abdullah (24 Jun 2015) yang Bertajuk “Ketika Hermeneutika Menggantikan Tafsir Al-Quran”Pada Zaman jahiliah, penindasan terhadap wanita-wanita barat di bawah pemerintahan gereja yang mendesak suara-suara wanita yang menginginkan kebebasan telah bergema di seluruh tempat. Hal inilah yang mendorong wanita-wanita barat bangkit mendapatkan kembali hak asal individu dan hak sivil mereka yang di rampas selama ratusan tahun. Oleh itu, timbul kekeliruan dalam kalangan umat Agama Islam terhadap hak dan kebebasan wanita Agama Islam dalam agama perlu diperbetulkan. Perbahasan hak kononnya melepaskan wanita daripada golongan yang berpemikiran jumud segelintir umat Agama Islam. Justeru itu, pemikiran Agama Islam liberal dan implikasinya ke atas umat Agama Islam perlu disadari oleh dalil-dalil Al-Quran dan Hadis Nabawi serta penafsiran oleh ulama-ulama muktabar.

2. Implikasi Kepada Masyarakat

Amina Wadud telah menimbulkan kontroversi dengan menjadi imam dan khatib solat Jumaat di Oxfort Centre, Oxfort (17 Oktober 2008) di Pusat Pendidikan Muslim di Oxfort dengan bermakmumkan lelaki dan wanita. Amina Wadud menjadi imam dan khatib Solat Jumaat adalah merupakan pembukaan Konferens Islam dan Feminisme global yang di gelar Wolfson College, Oxfort, Muliadi, E. (2007). Beliau telah mengambil petikan hadis Rasulullah S.A.W yang membenarkan Ummu Waraqah untuk menjadi imam solat dengan jemaah lelaki, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud : “ Dari Abdul Rahman bin Khallad Al-Anshari dari Ummu Waraqah binti Abdullah binti Haris berkata bahwa Rasulullah datang ke rumahnya dan memberikan kepadanya seorang muazzin dan memerintahkannya untuk menjadi imam bagi ahli keluarganya. “kemudian Abdul Rahman menambah : “ Saya melihat bahawa muazzin (bilal penyeru azan) tersebut adalah seorang yang sangat tua “.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa di dalam rumah Ummu Waraqah tersebut hanya ada seorang anak kecil, dan seorang hamba wanita, sehingga Ummu Waraqah meminta kepada nabi seorang penyeru azan. Hadis kedua membuat kesimpulan bahawa pada waktu itu orang yang berada di rumah Ummu Waraqah adalah Ummu Waraqah, seorang lelaki yang sangat tua, seorang hamba wanita, dan seorang budak lelaki. Oleh kerana itu Ummu Waraqah meminta kebenaran kepada nabi untuk menjadi imam solat, lalu nabi membenarkan hal tersebut berlaku. Keizinan nabi ini khas kepada Ummu Waraqah sahaja. Ia tidak dapat menjadi dalil yang membolehkan wanita menjadi imam solat bersama lelaki, kerana pada waktu itu tidak ada seorangpun yang layak menjadi imam kecuali Ummu Waraqah.

Hadis ini adalah khas hanya untuk Ummu Waraqah pada masa tertentu, di mana pada waktu itu di rumahnya tidak ada seorang pun yang layak menjadi imam, sehingga nabi membenarkannya untuk menjadi imam solat di rumahnya sahaja. Menurut riwayat Daru Qutni, hadis ini ditambah dengan ayat “bagi wanita” sehingga hadis tersebut berubah menjadi : “Rasulullah membenarkannya (Ummu Waraqah) untuk menjadi imam solat “bagi wanita” di rumahnya “.

Bererti hadis di atas sebagai dalil bagi wanita untuk menjadi imam solat bagi makmum wanita, bukan menjadi dalil bagi wanita untuk menjadi imam solat bagi makmum lelaki sebagaimana yang didakwa oleh Amina Wadud. Hadis tersebut juga menyebutkan bahawa “Nabi memberikan seorang muazzin (bilal) lelaki tua kepada Ummu Waraqah “,

(4)

Manuscript received 27 Februari 2022, revised 27 Februari 2022

tetapi hadis tidak menyatakan bahawa lelaki tua itu ikut solat berjamaah dengan Ummu Waraqah, kerana boleh jadi orang tua tersebut hanya menyerukan azan, dan kemudian dia pergi dan tidak solat bersama, sebab tidak ada ayat dalam hadis tersebut yang mengatakan bahawa orang tua tersebut turut serta solat bersama Ummu Waraqah.

Sehubungan itu, hadis di atas tidak dapat menjadi dalil untuk membolehkan seorang wanita menjadi imam solat bagi jamaah lelaki. Oleh sebab itu menurut Wahbah Zuhaili, syarat menjadi imam adalah “mempunyai sifat kelelakian yang jelas jika makmumnya seorang lelaki atau khunsa “, dan wanita hanya sah menjadi imam bagi kumpulan wanita dengan dalil hadis bahawa nabi pernah memberikan kebenaran kepada Ummu Waraqah untuk menjadi imam bagi jamaah wanita di rumahnya. Ulama besar Syaikh Yusuf Qhardawi yang melarang keras atas tindakan bidaah yang mungkar tersebut dalam artikel Nuryatno, M. A. (2007). Imam Syafie menunjukkan wanita tidak dibenarkan menjadi imam kepada jemaah lelaki. Di dalam karangan Kitab Al-Umm, beliau membahaskan wanita dibenarkan menjadi imam kepada anak-anak lelaki, maka sah solat tersebut. Ini kerana Allah S.A.W menjadikan lelaki sebagai pemimpin wanita, dan Allah S.A.W tidak memilih wanita menjadi wali dan lain-lain.

III. METODOLOGI KAJIAN

Penggunaan metodologi yang tepat sangat mustahak untuk proses pengumpulan dan analisis data. Oleh itu, dua metodologi utama digunakan oleh dalam kajian ini, iaitu Metodologi Pengumpulan Data dan Metodologi Analisis Data. Kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Kajian menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan data-data yang berkaitan dengan tajuk kajian.

Teknik pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah kepustakaan. Sumber primer daripada. Sumber sekunder adalah daripada buku, jurnal, ensiklopedia, risalah, majalah, akhbar dan lain-lain. Berdasarkan soroton kepustakaan, pengkaji mendapat data-data penulisan lebih relevan. Maklumat yang diperoleh adalah dari sumber- sumber primer dan sekunder sama ada daripada buku-buku, artikel-artikel, kajian ilmiah, jurnal-jurnal, dan internet, yang mana Perpustakaan Utama UKM dan Perpustakaan Jabatan Al-Quran dan al-Hadis sebagai pusat rujukan utama.

IV. HASIL KAJIAN

Di hasil Kajian penulis akan menjelaskan beberapa ayat al-Quran dan hadis menjelaskan kedudukan wanita mmenjadi imam ketika solat sebagai berikut :

1.

Wanita Menjadi Imam Menurut Al-Quran Dan Hadis.

Penulis mengeluarkan beberapa nas-nas Al-Quran telah menyenaraikan secara jelas berkaitan unsur-unsur yang membahaskan wanita menjadi imam menurut Al-Quran dan Hadis:

a) Firman Allah S.W.T di dalam Surah An-Nisa ayat 34 adalah seperti berikut :

















































































Maksudnya :

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang wanita dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

(5)

Manuscript received 27 Februari 2022, revised 27 Februari 2022

b) Firman Allah S.W.T menyebut di dalam Surah Mukminun ayat 3 solat mampu menjadikan seseorang adalah seperti berikut :











Maksudnya : Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

c) Firman Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Al-Ahzab ayat 56, yang bermaksud solat akan memberi keberkatan dalam kehidupan seharian ummah (Hasan Ayyub 2014).



























Maksudnya :

Sesungguhnya Allah S.W.T dan para malaikat-Nya berselawat untuk nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepada nabi dan ucapkanlah salam penuh penghormatan kepadaNya.

d) Di dalam sebuah hadis Sahih Riwayat Bukhari Ada beberapa hadis sahih yang memberikan maksud tentang larangan seorang wanita menjadi imam solat bagi jemaah lelaki iaitu

Rasulullah S.A.W bersabda :

ةأرما مىرمأ اولو موق حلفي نل

) يراخبلا (

Maksudnya : Tidak akan bahagia suatu kaum jika kaum tersebut dipimpin oleh seorang wanita

e) Ulama berpendapat bahawa kepimpinan solat termasuk dalam kepimpinan yang dimaksudkan oleh hadis di atas. Wanita yang solat dibelakang lelaki tanpa tabir , untuk mendapat pembelaan di atas kejadian yang dilakukan.

Rasulullah S.A.W bersabda :

فوفص يرخ اىرشو ، اىرخآ ءاسنلا فوفص يرخو ، اىرخآ اىرشو ، الهوأ لاجرلا

الهوأ ) ملسم (

Maksudnya :

Sebaik-baik barisan saf solat adalah barisan pertama dari barisan lelaki dan seburuk-buruknya adalah saf terakhir, dan sebaik-baik saf wanita adalah saf yang terakhir, dan seburuk-buruk saf wanita adalah saf yang pertama. ( Hadis sahih riwayat Muslim ).

(6)

Manuscript received 27 Februari 2022, revised 27 Februari 2022

f) Sahabat Nabi Anas bin Malik berkata :

اَنَفْلَخ ٍمْيَلُس ُمُأ يِمُأَو ملسو ويلع للها ىلص ِِبَِنلا َفْلَخ اَنِتْيَ ب ِفي ٌميتِيَو اَنَأ ُتيْلَص )

يراخبلا (

Maksudya: “ Saya solat dengan seorang anak yatim lelaki di belakang Rasulullah dan ibuku Ummu Sulaim berada di belakang barisan kami “. ( Hadis sahih riwayat Bukhari ).

g) Rasulullah S.A.W bersabda :

در وهف انرمأ ويلع سيل ًلامع لمع نم )

يراخبلا ملسمو

(

Maksudnya :

Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak ada contohnya pada amalan kami, maka amalan itu tertolak. ( Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ).

Menurut sejarah sahabat, tabiin (pengikut sahabat) dan tabi‟ at-tabiin (pengikut tabiin) tidak ada suatu riwayat pun yang menyatakan seorang wanita menjadi imam solat bagi makmum lelaki.

h) Oleh sebab itu menurut Ibnu Rusyd, beliau berkata :

لولأا ردصلا نع كلذ لقُنل ًازئاج ناك ول

Maksudnya :

Seandainya hal itu dibolehkan maka sudah mesti akan sampai berita itu kepada kita yang bersumber daripada amalan generasi sahabat yang pertama “

( Ibnu Rusyd, Kitab Bidayatul Mujtahid, jilid 2 : 21 ) i) Ulama berpendapat bahwa hadis Ummu Waraqah

Membolehkan Ummu Waraqah menjadi imam solat tersebut adalah lemah. Kedudukan hadis lemah tersebut tidak dapat membatalkan ayat al-Quran (surah) hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang menjadi dalil larangan wanita menjadi imam.

: 65/ 2 لاقو". ويلع لوعي نأ يغبني لا امم ثيدلحا اذى: "أطولما حرش ىقتنلما في يجابلا لاق

ةلاهج ويفو ،دلاخ نب نحمرلا دبع هدانسإ في" يربلحا صيخلتلا في رجح نبا

".

Maksudnya :

Berkata al- Baji dalam kitab al-Muntaqa dalam Syarh Muwatta : “ Hadis ini (maksudnya hadis ummu Waraqah ) adalah hadis yang tidak layak dipakai “. Dan berkata Ibnu hajar dalam kitab al-Talkhis al- Habiir menyatakan bahawa : “ Dalam silsilah hadis (isnad) Abdul Rahman bin Khalad ada jahalah ( orang yang bodoh )”.

(7)

Manuscript received 27 Februari 2022, revised 27 Februari 2022

Daripada keterangan di atas dapat disimpulkan bahawa larangan seorang wanita menjadi imam bagi makmum lelaki bukanlah berdasarkan ijtihad ulama fekah yang mempunyai pemikiran yang mengutamakan lelaki daripada wanita sebagaimana yang didakwa oleh penulis-penulis feminisme seperti Amina Wadud, Nawal Sa‟dawi, Rifaat Hassan, Fetima Mernissi, Musdah Mulia, kelompok Sisters in Islam, dan sebagainya. Pendapat ulama melarang wanita menjadi imam merupakan hasil ijtihad yang berlandaskan kepada nas al-Quran, hadis-hadis nabi yang sahih, dan amalan para sahabat dan generasi pertama Islam. (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, jilid 2, hal.21). Mahmud al-Ṭahhan merupakan ahli Muhaddisin yang menerangkan takhrij adalah menunjukkan sumber-sumber asli sesuatu Hadis pada kitab-kitab asal yang telah disusun oleh pengarangnya bersama susunan sanadnya kemudian takhrij juga boleh mengetahui peringkat dan status kesahihan Hadis tersebut. Proses pertama takhrijul Hadis ini di lakukan dengan mencari dalam Mu‟jam Al Mufakhraz. Selain itu juga dilakukan dengan bantuan CD Maktaba Syamila dan lain-lain. Untuk lebih efektif memudahkan pengkaji mencari sumber Hadis yang dimaksudkan, pengkaji dan pelajar-pelajar ilmu hadis perlu tahu bagaimanakah cara-cara penggunaan maktabah syamilah di komputer secara cepat, penggunaan apikasi yang berkaitan dengannya atau belajar secara manual dengan membuka kitab-kitab berkenaan.

j) Hadis yang melarang wanita menjadi imam dalam solat. Hadis tersebut hadis Ibn Majah :

دمحم نب الله دبع نيزدح ) ةابخ ةاٌج وبٔب یركب نب دیموما ايزدح . یرنم نب الله دبع نب دمحم ايزدح الله لىض الله لوسر ايبطخ : لاق الله دبع نب رباج نع بیسلما نب دیعس نع دیز نب لًع نع يودعما لبق الله لىٕا اوبوث سايما اھیٔب ( لاقف لمس و ھیلع . اولغشج نٔب لبق ةلحاطما للٌعٔلبا اوردباو . اوثوتم نا

. اوبرتجو اوصريثو اوقزرح ةیهلاعماو سرما في ةقدطما تثرلو ھم كمرمذ تثركب كمبر ینبو ھٌیب يلذا اولضو موی لىٕا اذھ مياع نم اذھ يرھش في اذھ ميوی في اذھ مياقم في ةعلجما كمیلع ضترفا دق الله نٔب اوملعاو فم . ةمایقما ھم الله مع لاف اھم ادوحو ؤب اھب افاافخ سا رراج ؤب لداع مامٕا ھمو يدعب ؤب ي ایی في اھلرح ن

. ةوخی تىی ھم ربلاو ھم موضلاو ھم حج لاو ھم تكاز لاو ھم تلاض لاو لأب . ٍرمٔب في ھم كربا لاو ھلشم ارجاھم بيارعٔب مؤی لاو . لاجر تٔبرما نمؤث لا لأب . ھیلع الله ةتا ةتا نفم نٔب لإا اٌمؤم رجاف مؤی لاو .

ھطوسو ھای س فایخ ناطلسب ٍرھقی .

Maksudnya : Ibn Mājah berkata): Muhammad bin 'Abd Allāh bin Numair telah menyampaikan kepada kami (katanya): al-Walīd bin Bukair, yaitu Abū Jannāb (Khabbāb) telah menyampaikan kepada kami (katanya): 'Abd Allāh bin Muhammad al-'Adawi telah menyampaikan kepadaku, dari 'Ali bin Zaid dari Sa'īd bin al-Musayyab dari Jābir bin 'Abd Allāh, (Jābir berkata): Rasulullah S.A.W. telah menyampaikan khutbah kepada kami, kata Beliau: "Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum ajalmu, lakukanlah segera perbuatan yang baik sebelum waktumu disibukkan (dengan hal yang lain), jalinlah hubungan (kasih sayang) dengan sesamamu dan hubungan (baik) dengan Rabb- Mu dengan banyak berzikir kepada-Nya, banyak bersedekah tanpa dan dengan pengetahuan orang, (pasti) kamu akan diberi rezeki, diberi pertolongan dan dipenuhi (kebutuhannya). Ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu (ibadah) Jum'at di tempat berdiriku ini, pada hariku ini, di bulan dari tahunku ini sampai hari kiamat. Siapapun yang meninggalkan (ibadah) Jum'at karena menganggap enteng atau karena mengingkarinya, (ituterjadi) di masa aku hidup dan setelahku, sementara dia punya imam yang adil ataupun lalim, maka Allah tidak (akan) memberi jalan keluar dan memberkahi urusannya. Ketahuilah, tidak ada baginya kebaikan (guna) dari salat, zakat, haji, puasa yang dikerjakannya, sampai dia bertaubat. Maka siapa yang telah bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Ketahuilah, jangan sekali-kali wanita menjadi imam (bagi) laki-laki, penduduk baduwi imam (bagi) penduduk urban, pelaku maksiat imam (bagi) orang beriman, kecuali (karena) dia dipaksa oleh penguasa yang ditakuti pedang dan cambuknya."

(8)

Manuscript received 27 Februari 2022, revised 27 Februari 2022

k) Hadis yang membenarkan wanita boleh menjadi imam dikalangan wanita sahaja.

Ini terdapat dalam Hadis-hadis al-Baihaqy :

ْب ِ َّ ا ُدْبَع اَيَزَّدَح َةوُقْعَی ُنْب ُدَّمَحُم : ِساَّبَعْما وُبَب اَيَزَّدَح ُظِفاَحْما ِ َّ ا ِدْبَع وُبَب َنَ َ َبرْخَب ِنْب َدَ َْْب ُن

ِبَِب ِنَِزَّدَح ٍلَبٌَْی

َو اَيَزَّدَح َة َشِئاَع َّنَب : ِةَّیِاَيَحْما َة َطِئاَر ْنَع ٍم ِزاَح ِبَِب َتَ َسرْیَم ْنَع ُناَیْا ُس اَيَزَّدَح ٌ یِل

ِةَبوُذْكَمْما ِفِ ًت َو ْسِو ْتَّمَب

ا ًط َس َو َّنُھٌَْیَب َّنُھْذَّمَأَف .

Maksudnya : Diberitakan dari Abu Abdullah, diceritkan Abu Abbas Muhammad Ibn Ya‟qub, diceritakan Abdullah ibn Ahmad, disampaikan oleh Ayahku, disampaikan Waqi‟ disampaikan sufyan dari Maysara Abi Hazim, dari Raita al-Kaniafiyah bhawasanya Aisyah menjadi imam bagi kaum wanita untuk sembahyang fardu lalu beliau mengimamkan mereka di tengah-tengah.

l) Hadis yang membenarkan wanita-wanita menjadi imam solat, yang ma’mumnya terdapat laki-laki.

Hal ini terdapat pada Hadis Abu Daud, al-Baihaqi dan Daraqutny, antaranya :

اَيَزَّدَح ُّىِمَ ْضَْحْما ٍداَّ َْ ُنْب ُن َسَحْما اَيَزَّدَح َو ِّمُب ْنَع ٍدَّلاَخ ِنْب ِنَ َّْْرما ِدْبَع ْنَع ٍ ْیَ ُمع ِنْب ِدیِم َوْما ِنَع ٍلْی َضُف ُنْب ُدَّمَحُم

ُلو ُسَر َن َكا َو َلاَق ُّ َتََب ُل َّوَلا َو ِریِدَحْما اَذَھِب ِث ِراَحْما ِنْب ِ َّ ا ِدْبَع ِتًِْب َةَق َر الله

ِِ

لمسو ھیلع الله لىض -

ُدْبَع َلاَق .اَھ ِراَد َلْھَب َّمُؤَث ْنَب اَھَرَمَب َو اَھَم ُنِّذَؤُی ًنَِّذَؤُم اَھَم َلَعَج َو اَھِذْیَب ِفِ اَھُرو ُزَی اًخْی َ ش اَھَهِّذَؤُم ُتْیَبَر َنََأَف ِنَ َّْْرما

اًیرِبَل .

Maksudnya :

Dari Ummu Waroqah bintu Abdillah bin Al Haarits, beliau menyatakan bahwa Rasulullah mengunjunginya di rumah dan mengangkat untuknya seorang muazin yang berazan untuknya dan memerintahkannya untuk mengimami keluarganya di rumah. Abdurrahman berkata, saya melihat muazinnya seorang lelaki tua.”

نسلحا وبٔب نَبرخٔب الله ھْر ميالحما نب ئرقلما صای نب رعم نب دْٔب نب لًع

دادغبب داجيما نلٌلس نب دْٔب ايز

یمع نب دیموما ايز یمعه وبٔب ايز رماش نب دمحم نب راعج ايز نيدزدح

: ثرالحا نب الله دبع تًب ةقرو مٔب نع ي دج

اھروزی لمسو ھیلع الله لىض الله لوسر نكاو دق تهكاو تدیھشما اھیمسیو

لىض الله لوسر نكاو نٓبرقما تعمع

ھیلع الله اردب ازغ ینح لمس و

الله لعم كماضرم ضرمٔبو كماحرج يوادٔب كعم جرخٔأف لي نذٔأث تماق لي يدھی لىاعث

نٕا لاق تداھش بييما نكاو تدیھشما اھیمسی نكاف تداھش لك دھم لىاعث الله

مؤث نٔب اھرمٔب دق لمس و ھیلع الله لىض

خغم اھهٕاو اھراد لھٔب دق تهكا ملاغو اھم ةیراج اھ

ةقرو مٔب نٕا لیقف رعم ترامٕا في اھلاذقف لٌھثربد اھخیراج اھخلذق

لٌھب تىٔأف بارھ لٌھهٔبو اھملاغو رعم لاقف ةيیدلمبا ینبولطم لؤب نَكاف لٌھبلطف

الله لوسر قدض ھيع الله ضير لىض

تدیھشما روزى اوقلطها لوقی نكا لمس و ھیلع الله

.

(9)

Manuscript received 27 Februari 2022, revised 27 Februari 2022

Maksudnya :

Dari Ummu Waraqah dan Rasulullah mengunjunginya di rumahnya dan menggelarinya syahidah dan pengumpul al-qur‟an. Tatkala Rasulullah S.A.W hendak berangkat Perang Badar, Ummu Waraqah berkata kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah, izinkanlah aku berangkat bersama anda, sehingga aku dapat mengubati orang- orang yang terluka di antara kalian, merawat orang yang sakit diantara kalian, dan agar Allah mengaruniai diriku syahadah (mati syahid).” Kemudian Rasulullah S.A.W menjawab, “Sesungguhnya Allah sahaja akan mengaruniakan dirimu syahadah, tapi tinggallah kamu di rumahmu, karena sesungguhnya engkau adalah syahidah (orang yang akan mati syahid).” Dan rasulullah S.A.W memerintahkan kepadanya untuk mengimami keluarganya. pada suatu ketika budak dan jariyahnya -yang telah dijanjikan oleh beliau akan dimerdekakan setelah beliau wafat- membunuh beliau. Tatkala pagi Umar bin Khaththab berkata, “Demi Allah, aku tidak mendengar suara bacaan Al- Quran dari bibiku semalam.” Kemudian beliau memasuki rumahnya, namun tidak melihat suatu apa pun, kemudian beliau memasuki kamarnya, ternyata beliau telah terbungkus dengan kain di samping rumah (yakni telah wafat). Umar berkata, “Alangkah benar sabda Rasulullah S.A.W ketika bersabda,

„Marilah pergi bersama kami untuk mengunjungi wanita yang syahid‟.”

یمع نب دیموما ايز يیربزما دْٔب وبٔب ايز روطٌم نب دْٔب ايز يروباسیيما ركب وبٔب ايزد نع ي دج نيدزدح

ةقرو مٔب

لھٔب مؤث نٔب اھم نذٔب لمس و ھیلع الله لىض الله لوسر نٔب : مؤث تهكاو اھراد

.

Maksudnya : Dari Ummu Waraqah : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W, mengizinkan Ummu Waraqah mengimamami keluarganya. Selanjutnya yang akan diteliti lebih jauh adalah Hadis-hadis yang membolehkan wanita menjadi imam solat dimana ma‟mumnya ada laki- laki dan wanita. Dengan demikian I‟tibar Sanadnya adalah Hadis-hadis yang membolehkan imam wanita tersebut. Untuk itu ada tiga Hadis, antara lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-baihaqi dan al-Daraqutny yang akan dibuatkan I‟tibar sanad.

Penggunaan metodologi yang tepat sangat mustahak untuk proses pengumpulan dan analisis data. Oleh itu, dua metodologi utama digunakan oleh dalam kajian ini, iaitu Metodologi Pengumpulan Data dan Metodologi Analisis Data. Kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Kajian menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan data-data yang berkaitan dengan tajuk kajian.

Teknik pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah kepustakaan. Sumber primer daripada. Sumber sekunder adalah daripada buku, jurnal, ensiklopedia, risalah, majalah, akhbar dan lain-lain. Berdasarkan soroton kepustakaan, pengkaji mendapat data-data penulisan lebih relevan. Maklumat yang diperoleh adalah dari sumber- sumber primer dan sekunder sama ada daripada buku-buku, artikel-artikel, kajian ilmiah, jurnal-jurnal, dan internet, yang mana Perpustakaan Utama UKM dan Perpustakaan Jabatan Al-Quran dan al-Hadis sebagai pusat rujukan utama.

V. DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Beberapa isu yang lain wanita feminisme juga ingin menuntut hak kebersamaan. Bagi mereka wanita yang berciri- cirikan pemimpin boleh menjadi pemimpin walaupun syarat agama Islam melantik ketua hanyalah lelaki lebih layak memimpin sebuah keluarga. Penulis mengambil isu tersebut kerana ingin mencari cara mengelakkan dari salah faham terhadap terjemahan hadis yang penulis kumpulkan di atas. Secara logiknya, wanita dan lelaki diciptakan Allah S.W.T adalah tidak sama bentuknya , lalu dengan kekuasaan Allah S.W.T. juga meramaikan zuriat manusia, melahirkan anak dan menyusukan anak dengan kelebihan pada wanita tersendiri. Kelebihan lelaki pada kemampuannya untuk menyediakan nafkah dan bertanggungjawab sebagi pemimpin, secara tidak lansung layak menjadi imam dan ketua dalam sesebuah organisasi, dengan potensi dan kemampuan masing-masing maka wanita tidak layak merampas hak tersebut.

(10)

Manuscript received 27 Februari 2022, revised 27 Februari 2022

Hikmah terbesar Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 233 yang berbunyi :

































































































































Maksudnya :

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Dr Yusuf Qaradhawi menyatakan islam merupakan agama realiti. Islam merupakan agama yang adil, adil yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya mengikut kewajipan dan kelayakkan, bukanlah adil bermaksud mesti membahagikan dengan hak yang samarata. Wanita solehah pula dikurniakan keistimewaan yang dikategorikan sebagai perhiasan, ada yang cantik lagi mempesonakan akhlaknya, hanya tatapan buat suami yang halal sahaja.

Namun berhati-hati dan waspada perlu dijaga untuk menjauhi dari godaan lelaki kerana naluri jatuh hati itu lumrah jika tidak menjaga batas-batas mengikut syariat islam. Islam menyuruh wanita menutup aurat dan kedudukan wanita di dalam solat hendaklah dibelakang lelaki untuk tidak menjadi tatapan dan tontonan perhiasan tersebut. Pendapat ulama mejoriti menolak kerana sanadnya lemah dan lemah pada perbincangan. Ahli fuqaha menghuraikan Ummu Waraqah mengeluarkan hujah pertama khusus untuk solat dikalangan wanita sahaja tanpa makmum lelaki.

Allah mengurniakan kelebihan solat berjemaah di dalam Islam, antara syarat-syaratnya adalah wujudnya diantara imam dan makmum bersyaratkan imam lelaki jika sekiranya imam lelaki sebagaimana pendapat yang terpilih dan rajih menjadi ijma‟ dikalangan ulama. Dalam konteks Al-Quran, dalil aqli dan naqli yang ditemui telah membahaskan wanita tidak berhak dan tidak layak untuk menjadi imam kepada jemaah lelaki.

Dalil-dalil dan pengambilan ayat hukum , ahli fuqaha menyemak sejarah Islam lalu berpendapat wanita tidak layak menjadi imam kerana pendapatnya tidak kuat dan rajih. Akan tetapi pertikaian yang berlaku mengenai Ummu Waraqah yang dibahaskan Abu Daud al-Hakim yang ditashihkan oleh Ibn Khuzaimah ialah :

نأ اىرمأ ِضِئاَرَفْلا ِفي اَىِراَد َلْىَأ َّمُؤَ ت

Maksudnya: Rasulullah S.A.W memerintahannya untuk menjadi imam kepada ahli rumahnya pada solat fardhu.

(11)

Manuscript received 27 Februari 2022, revised 27 Februari 2022

Menurut Imam Ahmad daripada al-Walid bin Abdullah bin Jami‟ berkata : telah dibahaskan Ketika aku bersama nendaku Ummu Waraqah yang menghafal Al-Quran saat Rasulullah S.A.W memerintahkan untuk mengimamkan solat untuk ahli keluarganya dan beliau mempunyai muazzin.

Al-Syabarsyi di dalam kitab Yas‟aluunaka fi al-Din (1/60-61) membahaskan : jumhur ulama menolak pendapat ini dengan menyatakan hadis tersebut tidak jelas. Berkemungkinan setelah dia azakan die terus ke masjid solat bersama jemaah-jemaah lelaki, kes Ummu Waraqah termasuk dalam kes-kes pengecualian.

Bagi melengkapi lagi jawapan dalam tarjih ini dinyatakan kenyataan Sa‟di Abi Jayb :

علٌجٕلابا تدساف متهلاطف تٔبرما انهٔب اوملع نٕاف لةفنَ لاو ضرف في لاجرما مؤث لا تٔبرلما نٔب لىع اوقاثا

Maksudnya:

Mereka sepakat bahawa perempuan tidak layak menjadi imam kepada lelaki sama ada sembahyang fardhu atau sunat. Jika mereka (makmum lelaki) mengetahui bahwa perempuan menjdi imam maka solatnya jadi rosak (batal) dengan ijma‟ ulama.

Pendapat pertama yang mengatakan boleh menolak pendapat majoriti ulama dengan hujah bahawa hadis riwayat Ibn Majah itu adalah lemah dengan sanadnya yang lemah seperti yang telah dibincangkan. Jumhur fuqaha menjawab hadis Ummu Waraqah yang dibuat hujah pertama ia hanya khusus kepada solat wanita sahaja. Hadis riwayat Daraqutni bahawa Ummu Waraqah diarah mengimami solat para wanita sahaja. Disamping hujah-hujah lain seperti kedudukan saf wanita yang berada dibelakang lelaki menjadi dalil menunjukkan wanita tidak layak menjadi imam kepada lelaki.

Inilah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Hurairah (Beirut: Dâr al-Saqafah al-Islâmiyah, 19609).

VI. KESIMPULAN

Kesimpulannya, Rumusan yang dibuat oleh penulis berdasarkan ayat-ayat yang terkumpul di atas, melalui sepanjang pemerhatian bagaimanakah ulama-ulama gabenor menyelesaikan kemelut masalah ini dengan mencari kebenaran dan kembali smula kepada hukum agama. Terdapat beberapa faktor sejarah, perawi dan beberapa para ilmuan telah memhaskan panjang lebar mengai isu ini akan tetap penulis ingin menambahkan lagi perincian yang mengharamkan wanita menjadi imam untuk jurnal ini menjadi rujukan kepada generasi seterusnya. Cadangan penulis untuk kepada yang menyambung membuat isu kajian ini, hendaklah mentakhrij semula perawi yang turut serta ketika menerima hadis tersebut dan membedah lagi pendapat dan pengeluar fahaman hermeneutik yang mengaburi masyarakat Islam sehingga liberal berjaya membuat kekeliruan pada sejarah fahaman hari ini. Langkah yang diambil ialah membuat penelitian matannya, penilitian terhadap sanadnya, lafal matan hadis, dan kesahihahnya. Menurut penulis mengapa Al- Quran melarang wanita menjadi imam kepada jemaah lelaki, ini kerana Al-Quran memberi penghargaan yang sangat mulia kepada kaum wanita, menjaga harta suami dan untuk dilindungi dan jumhur ulama menetapkan bagaimana syarat menjadi seorang hakim dan pemimpin yang sebenar berdasarkan hadis-hadis. Hadis-hadis yang sahih kini mampu dijadikan hujah jika terdapat ancaman pemikiran yang cuba mengganggu ketenangan masyarakat beragama Islam dengan menggugat dan memperlekeh hukum-hukum ulama feqah dan sejarah Islam.

(12)

Manuscript received 27 Februari 2022, revised 27 Februari 2022 Rujukan

1. Abdul Qadir Ar-Rahbawi, Fikih Shalat Empat Madzhab, Alih Bahasa Oleh Abu Firly Bassam Taqiy, (Jogjakarta: HIKAM PUSTAKA, 2007), H. 297-302.

2. Abu Bakar al-Jaziriy, Minhaj Muslim (Cet. II; Kairo: Dar al-Kutub Salfiah, t.th), h. 226.

3. Abubakar, S., & Mutawali, M. (2020). Pandangan Pandangan Amina Wadud Terhadap Perempuan Menjadi Imam Sholat Laki -Laki.

JURNAL SCHEMATA Pascasarjana UIN Mataram, 9(1), 15–32. https://doi.org/10.20414/schemata.v9i1.1021 4. Arif, Syamsudin, Orientalis & Diabolisme Pemikiran, Jakarta: Gema Insani Pers, 2008.

5. Bible, T., Principles, G., Plan, O., Verses, R., Message, W., Forms, U., Forms, R., Bible, T., & Context, C. (n.d.).(2017) General principles for interpreting the bible 1. 1–4.

6. E.M.Wherry Routledge 2013, A Comprehensive Commentary on the Quran: Comprising Sale's Translation and Preliminary Discourse:

Volume II, Volume 2, 416.

7. Hasan Ayyub, Fiqih Ibadah, Alih Bahasa Oleh Muhammad Rais, MA., (Depok: PT Fathan Prima Media, 2014), H. 78.

8. Iii, B. A. B. (n.d.). Hasbi ash-Shiddieqy,. 31–43.

9. Iii, B. A. B. (n.d.). Iii, B. A. B. (n.d.). Hasbi ash-Shiddieqy (2017) 31–43.

10. Imam Al-Hafidz Abi Abdillah Al-Hakim Al-Naisaburi, Al-Mustadrak „Ala AshShahihain, (Mesir: Dar al-Haramain lil Thabaa‟ah wa an- Nasyr wa atTauzii‟: 1997)

11. Jefry Noer, Pembinaan Sumber Daya Manusia Berkualitas dan Bermoral Melalui Shalat yang Benar, (Jakarta: Kencana, 2006), h. 125- 126.

12. Lihat Ali Hasaballah, Usûl al-Tasyrî‟ al-Islâmiy (Cet. III; Mesir: Dâr al-Ma‟arif, 1964), h. 15. M. Syuhudi Ismail, Hadis Nabi Menurut Pembela, Pengingkar dan Pemalsunya (Cet. I; Jakarta: Gema Insani Press, 1995), 92-108

13. M. Syuhudi Ismail, Metode Penelitian Hadis Nabi (Cet. I; Jakarta: Bulan Bintang, 1992), 7 -21 dan M. Syuhudi Ismail,Kaedah Kesahihan Sanad Hadis: Telaah Kritis dan Tinjauan dengan Pendekatan Ilmu Sejarah (Cet. II; Jakarta: Bulan Bintang, 1995), 85-118.

14. Muliadi, E. (2007). Inside the gender jihad: women‟s reform in Islam. Choice Reviews Online, 44(06), 44-3255-44–3255.

https://doi.org/10.5860/choice.44-3255

15. Nuryatno, M. A. (2007). Examining Asghar Ali Engineer‟s Qur‟anic Interpretation of Women in Islam. Al-Jami‟ah: Journal of Islamic Studies, 45(2), 389–414. https://doi.org/10.14421/ajis.2007.452.389-414

16. Prof. Dr. Abdul Aziz Muhammad Azzam, Prof. Dr. Abdul Wahhab Sayyed Hawwas, Fiqh Ibadah, alih bahasa oleh Karman As‟at Irsyady, Lc., Ahsan Taqwim, Lc., Al-Hakam Faishol, Lc., (Jakarta: AMZAH, 2013), Cet. Ke-3, h. 238.

17. Salamon, H., Mustari, M. I., Mohamed, A. K., Jasmi, K. A., & Sayed Ahmad, S. M. (2003). Kesan Perbezaan Aliran Mazhab Terhadap Kesatuan Masyarakat Islam. Satu Kajian Kes Ke atas Kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Vot. 71867.

18. Salamon, H., Mustari, M. I., Mohamed, A. K., Jasmi, K. A., & Sayed Ahmad, S. M. (2003). Kesan Perbezaan Aliran Mazhab Terhadap Kesatuan Masyarakat Islam. Satu Kajian Kes Ke atas Kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Vot. 71867.

19. W.L Reese (1980), Dictionary of philosophy and Religions – Eastern and Western Thought Sussex ; The Harvester Press Limited , h 221.

20. Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islâmiy.... loc. cit. bandingkan pula dengan Abu Muhammad ibn Abdullah ibn Qudamah, al-Kafiy fi Fiqh al- Imam Ahmad ibn Hanbal, jilid I (Cet. V; Beirut: al-Maktab al-Islamiy, 1988), 183.

21. Zainol, N. Z. N., Abd. Kadir, M. N., & Abd. Majid, L. (2014). Konsep Tafsir al-Quran Menurut Nasr Hamid Abu Zayd. Islamiyyat, 36(2), 39–46. https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2014-3602-04

(13)
(14)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan kondisi tersebut, peneliti bermaksud mengkaji penerapan nilai-nilai kearifan lokal pengolahan bahan pangan dari singkong yang dilakukan masyarakat Desa

Sangatlah penting untuk menghargai sifat alamiah dari ‘latihan’ saat diterapkan pada meditasi karena bisa disalahartikan hanya sebagai gagasan pengendalian. Hal ini tidaklah

Strategi pemasaran yang dilakukan oleh KSPPS El Amanah khususnya produk SimQura (Simpanan Qurban Amanah) yaitu dengan mengembangkan bauran pemasaran yang terdiri

Impact of Clinical Leadership Development on the Clinical Leader, Nursing Team and Care-Giving Process: a Case Study.. Journal of Nursing

yaitu klien melihat gambaran yang tidak jelas atau samar tanpa adanya rangsangan yang nyata dari lingkungan dengan kata lain orang yang berada di sekitar klien tidak melihat

Penulis menemukan kasus ibu hamil dengan Kehamilan Ektopik Terganggu disaat penulis melaksanakan praktek di Rumah Sakit Santa Elisabeth Medan serta ibu bersedia

[r]

Seluruh staf pengajar dan pegawai administrasi Departemen Teknik Mesin di Universitas Sumatera Utara, yang telah banyak membantu penulis dan memberikan bimbingan