• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN KOMUNIKASI DALAM AMALAN TADBIR URUS TERHADAP PRESTASI KERJA: KERTAS KONSEPTUAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERANAN KOMUNIKASI DALAM AMALAN TADBIR URUS TERHADAP PRESTASI KERJA: KERTAS KONSEPTUAL"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

International Conference on Economics, Entrepreneurship and Management 2021 (ICEEM2021)

Nilai February 28, 2021

PERANAN KOMUNIKASI DALAM AMALAN TADBIR URUS

TERHADAP PRESTASI KERJA: KERTAS KONSEPTUAL

Norsyella Ahmad Tamizi1, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai2, Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee3

1Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

2Institut Islam Hadhari & Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

3Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

norsyella@usm.my

Abstrak

.

Dalam konteks amalan pengurusan dan pentadbiran organisasi, komunikasi merupakan instrumen yang berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima (pekerja) sama ada dalam bentuk lisan seperti melalui percakapan dan bukan lisan iaitu tulisan dan tingkah laku yang akan mempengaruhi prestasi kerja. Amalan komunikasi turut diketengahkan dalam konteks agama Islam kerana ia mendorong pekerja untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan berintegriti selari dengan prestasi kerja sejajar dengan keperluan organisasi. Menurut kajian literatur terdahulu, komunikasi yang berkesan melalui perkongsian motivasi, latihan dan dorongan dalam amalan tadbir urus mempunyai hubungan yang signifikan terhadap prestasi kerja. Walaubagaimanapun, ia masih kurang diketengahkan terutama melibatkan peranan komunikasi dalam perlaksanaan tadbir urus. Justeru itu, kertas kajian ini akan mencadangkan kerangka model untuk memahami dengan lebih mendalam perlaksanaan amalan komunikasi yang boleh diadaptasi dalam amalan tadbir urus organisasi seterusnya mempengaruhi prestasi kerja. Kertas kajian ini merupakan kertas konseptual yang memperoleh maklumat dari data sekunder melalui kajian-kajian emperikal berkenaan dengan amalan komunikasi. Dapatan kajian ini, dijangka akan diaplikasikan oleh pengamal organisasi bagi menambahbaik elemen komunikasi sedia ada dalam amalan tadbir urus organisasi.

Kata Kekunci: Komunikasi, Tadbir Urus, Prestasi kerja

1.

Pendahuluan

Kewujudan revolusi perindustrian 4.0 mula dipacu dengan teknologi digital telah menyebabkan sebahagian besar organisasi di negara ini mula melakukan anjakan paradigma melibatkan amalan pengurusan dan pentadbiran yang akan memberi impak prestasi kerja bagi memastikan organisasi mampu berdaya saing (Ghobakloo 2018). Bagi mencapai objektif tersebut, kebanyakkan organisasi mula mengambil inisiatif untuk melaksanakan amalan

(2)

komunikasi yang berkesan. Komunikasi berasal daripada perkataan Yunani iaitu communicare yang bermaksud penyampai, menyampaikan sesuatu mesej atau maklumat kepada pendengar dan turut memberi maklum balas yang bersesuaian (Ismail Hamad, 2012). Manakala, dalam konteks organisasi, komunikasi menurut Barrett (2008) adalah merujuk kepada penghantaran mesej atau makna kepada individu melalui kaedah lisan atau bukan lisan. Dalam bahasa Arab pula, komunikasi mempunyai persamaan maksud dan istilah dengan perkataan dakwah, ittisal (menyampaikan) dan wasa’illi’lam (kaedah penyampaian). Justeru itu, ia mengambarkan definisi amalan komunikasi dalam konteks agama Islam yang menekankan interaksi antara satu sama lain (Ismail Hamad, 2012). Perkataan tadbir urus juga berasal daripada perkataan Yunani yang dikenali dengan nama kubernáo. Menurut Bhasin (2005) perkataan kubernáo ini adalah merujuk kepada membimbing atau mengemudi. Manakala World Bank (1991) menyatakan tadbir urus merujuk kepada penggunaan kuasa dan sumber dalam organisasi. Oleh itu, struktur kuasa daripada amalan komunikasi yang diaplikasikan dalam tadbir urus mampu mendorong pekerja untuk melaksanakan tugas dengan lebih efisyen. Selain itu, dengan memperkasakan komunikasi yang lebih teratur dan sistematik dalam tadbir urus dapat mengurangkan kerenah birokrasi dalam organisasi (Siti Zurina Aziz et al. 2019). Sehubungan dengan itu, Rotberg (2014) dan Yosinta (2016) turut mencadangakan tadbir urus yang baik dapat dilihat daripada aspek prestasi kerja, hasil daripada peranan komunikasi yang berkesan dalam kalangan warga kerja. Peningkatan produktiviti dalam organisasi adalah berdasarkan kepada kualiti prestasi kerja. Menurut Neol (2009) mendefinisikan prestasi kerja adalah satu proses kerja dimana peranan pemimpin bertanggungjawab dalam memastikan segala aktiviti dan produktiviti sejajar dengan matlamat yang ingin dicapaikan oleh organisasi. Manakala dalam sektor awam prestasi kerja adalah penunjuk aras atau Key Performance Indicators (KPI) dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan (Norsyamimi & Mohammad Mujaheed, 2019). Selaras dengan itu, bagi mencapai penanda aras organisasi, komunikasi dalam tadbir urus merupakan aspek penting dalam penghasilan proses kerja, pengetahuan, kemahiran, maklumat dan jalinan hubungan antara pekerja. Secara tidak langsung, aspek komunikasi ini mampu mewujudkan hubungan kerjasama antara warga kerja bagi mencapai prestasi kerja yang baik dalam organisasi. Tidak terkecuali juga, pemimpin yang berorentasikan hubungan manusia mampu meningkatkan prestasi kerja serta dapat memenuhi keperluan organisasi (Conrad, 1985). Oleh itu, dalam mencapai objektif, visi dan misi organisasi perlaksanaan komunikasi yang berkesan melibatkan motivasi, latihan dan dorongan menyumbang kepada kualiti prestasi kerja kerana komunikasi merupakan instrumen interaksi, pembelajaran dan penyebaran maklumat dalam kalangan ahli-ahli organisasi. Tujuan amalan komunikasi dalam kalangan pekerja akan mencipta tingkah laku berpandukan nilai murni selari dengan proses sosialisasi yang berlaku dalam kehidupan harian termasuk dalam urusan urus tadbir organisasi (Khadijah & Maizatul Haizan, 2017).

Oleh yang demikian, pemimpin merupakan individu yang berperanan mewujudkan amalan komunikasi dan interaksi yang berkesan, bermanfaat dan berkualiti terhadap pekerja (Mohd Yusri Ibrahim, 2015). Manakala Suffian, Norhayati dan Mohammad Rezal (2014) berpendapat bahawa perancangan dan strategi dalam tadbir urus dapat dilaksanakan dengan baik melalui komunikasi yang berkesan oleh pemimpin. Misalnya, dalam amalan tadbir urus yang dilaksanakan, motivasi yang disampaikan secara langsung akan mendorong peningkatan prestasi kerja agar mencapai piawaian dan standard yang telah ditetapkan oleh pihak organisasi. Selain itu, interaksi mengenai motivasi akan menerangkan dan menjelaskan serta memberi penerangan kepada pekerja bagaimana untuk bekerja dengan baik agar dapat memperbaiki

(3)

hasil kerja seperti yang disasarkan (Mohd Yusri Ibrahim 2017, Hidayat, 2013). Dalam konteks ini, maklumat yang ingin disampaikan oleh pemimpin kepada pekerja perlu jelas dari segi penyampaian serta mudah untuk difahami. Hasilnya, pekerja akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan memberikan hasil kerja yang terbaik. Malahan, ia akan mengurangkan isu dan konflik melibatkan ketidak sefahaman dalam kalangan pekerja (Ab. Aziz, 2010). Elemen komunikasi juga merupakan maklum balas, dorongan, pengaruh rakan sekerja yang merupakan jenis media komunikasi dalam tadbir urus (Zakaria Stapa et al, 2012). Berdasarkan kepada perspektif Islam komunikasi yang baik mampu melahirkan akhlak yang baik daripada sifat keperibadian dan tingkah laku sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut”

(Surah Toha 20: 43-44) Berdasarkan kepada ayat tersebut, Allah SWT telah memerintahkan agar setiap komunikasi perlu dilaksanakan secara lemah-lembut dan kesantunan semasa berbicara. Manakala dalam perspektif barat pula sepertimana yang dinyatakan oleh Albert Bandura (1977) persekitaran sosial mampu mempengaruhi melalui komunikasi seseorang pekerja berdasarkan rakan sebaya dalam organisasi. Malah ia juga turut mempengaruhi pemimpin dalam membuat sesuatu keputusan serta tingkah laku pekerja dalam organisasi. Pemimpin yang mengaplikasikan elemen komunikasi yang baik dan berhemah mampu memberi impak yang positif terhadap tingkah laku pekerja. Secara tidak langsung, pekerja akan menunjukkan peningkatan prestasi kerja dan output dari segi produk atau perkhidmatan yang memberi kesan baik kepada organisasi (Paul, 2003). Manfaat yang diperoleh daripada perkongsian pengalaman dan komunikasi yang berkesan dalam tadbir urus adalah mempercepatkan proses membuat keputusan, memberi penyelesaian yang lebih efektif dan memberi peluang untuk bekerjasama dalam kalangan pekerja (Shah Rollah Abdul Wahab et. al, 2009). Berdasarkan kajian daripada Azman, Hassan, Norhana, Bibi Zarjan dan Mohamed Fadzil (2010) pekerja perlu melibatkan diri dalam perbincangan, mengutarakan soalan dan cadangan, berkongsi maklumat dan saling berinteraksi mampu meningkatkan kualiti organisasi secara menyeluruh. Justeru itu, motivasi dikalangan pekerja dapat dipertingkatkan apabila pekerja dapat memahami arahan pemimpin dan melaksanakan proses kerja seperti yang telah ditetapkan oleh organisasi (Siti Sarawati et al. 2012) Terdapat dua bentuk motivasi yang perlu diberi perhatian dalam tadbir urus iaitu motivasi yang lebih bersifat negatif dan motivasi bersifat positif. Melalui komunikasi, yang memberi kesan motivasi bersifat negatif akan membuatkan pekerja berada dalam ketakutan, pengelakan atau kebimbangan. Bagi komunikasi yang memberi kesan positif kepada pekerja mampu menghasilkan usaha dan kecemerlangan prestasi organisasi (Che Su Mustaffa, 2015). Dalam tadbir urus, amalan komunikasi yang baik akan bermula apabila seorang pemimpin dapat memberi contoh dan teladan yang baik kepada pekerja bawahan (Maizatul Haizan et al. 2019). Hal ini menunjukkan pemimpin dalam organisasi merupakan peranan yang penting bagi proses kerja dapat beroperasi dengan lancar dan mencapai objektif, misi dan visi organisasi. Manakala menurut Barrett (2008) menyatakan keberkesanan elemen komunikasi dalam tadbir urus merupakan kunci utama yang mampu memberi impak terhadap perubahan pengurusan. Selain itu, menurut kajian yang telah dilaksanakan oleh Day et. al (2017) yang menyatakakan bahawa kurungnya komunikasi dalam tadbir urus berkaitan dengan objektif dan matlamat

(4)

jangka panjang organisasi akan menyebabkan berlakunya penurunan dari segi tahap kepercayaan dan konflik emosi dalam kalangan pekerja. Malah prestasi kerja juga turut menurun serta menjejaskan dari segi kualiti perkhidmatan organisasi. Oleh itu, bagi mengekalkan kestabilan dalam tadbir urus perlu memilih strategi komunikasi yang tepat dan bersesuian agar dapat meningkatkan kualiti dan tahap prestasi kerja pekerja. Sataoen dan Waeraas (2017) dalam kajiannya menyatakan bahawa elemen komunikasi ini merupakan medium untuk menguruskan reputasi sektor awam yang telah digunapakai dalam organisasi kerajaan. Hatta tadbir urus yang mengaplikasikan komunikasi yang berkesan dan efektif mampu meningkatkan tahap reputasi dan pembangunan sesebuah organisasi. Tambahan lagi, amalan komunikasi dalam tadbir urus dapat memberi impak tertentu misalnya peningkatan produktiviti, keuntungan, kemahiran dan mampu meminimumkan isu dan konflik melibatkan ahli-ahli organisasi (Mohd Yusri, 2017).

2. Kajian Literatur

Terdapat beberapa kajian lepas awal yang telah mengkaji hubungan antara perlaksanan komunikasi melibatkan motivasi, latihan dan dorongan dalam amalan tadbir urus organisasi berdasarkan sampel kajian yang berbeza. Misalnya, kajian terhadap persepsi 318 pekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Wan Idros & Maizatul Haizan 2015). Kajian ini membuktikan bahawa, komunikasi dan interaksi mengenai latihan yang melibatkan perancangan strategik dalam perlaksanaan tadbir urus memberi impak kepada pembangunan modal insan yang ditonjolkan melalui prestasi kerja oleh pekerja.

Selain itu, kajian terhadap persepsi 138 penjawat awam di Malaysia menunjukkan bahawa bahawa komunikasi melibatkan motivasi pekerja adalah relevan mempengaruhi prestasi kerja apabila isu pengurusan privasi maklumat mengenai organisasi dalam media sosial seperti facebook diketengahkan (Mohd Sobhi & Junaidi 2015). Ia didorong oleh keterbukaan persekitaran organisasi untuk berinteraksi dan bersosialisasi antara satu sama lain melalui medium komunikasi tertentu. Kajian tersebut turut membincangkan dan mengetengahkan teori Pengurusan Privasi Komunikasi (CPM) yang mendorong tahap motivasi pekerja untuk menghasilkan prestasi kerja yang terbaik. Justeru itu, amalan tadbir urus organisasi yang bersifat terbuka melibatkan perkongsian elemen motivasi dan dorongan mampu mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain dan meningkatkan semangat bekerja dalam kalangan pekerja (Fayard & Weeks, 2007)

Tambahan lagi, kajian yang telah dijalankan oleh Maizatul Haizan dan Wan Idros (2015) terhadap persepsi 148 pekerja di Majlis Sukan Negara sekitar Lembah Klang menfokuskan kepada dorongan interaksi yang melibatkan kecerdasan emosi dalam konteks amalan tadbir urus. Kajian ini mengukur tahap dorongan kecerdasan emosi melibatkan prestasi pekerja melalui perlaksanaan amalan komunikasi. Kemahiran interaksi dalam kalangan pekerja memerlukan tahap kecergasan emosi yang tinggi terutama apabila berdepan dengan rakan sekerja dan masyarakat.

Seterusnya, dapatan kajian melibatkan persepsi 373 peserta latihan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Terangganu oleh Nan Zakiah dan Che Su (2016) menyatakan bahawa elemen komunikasi dalam tadbir urus melibatkan perkongsian input dan output tentang latihan untuk menggalakkan pekerja terlibat dalam pelbagai program inovasi. Melalui strategi penyampaian mesej secara efisyen ini telah menjadi medan penyampaian maklumat dalam perlaksanaan

(5)

Prestasi Kerja

tadbir urus yang memberi impak terhadap prestasi kerja (Backoff, Weschler & Crew, 1993). Oleh itu, amalan komunikasi melalui perkongsian secara terbuka melibatkan motivasi, latihan dan dorongan menggalakkan pekerja untuk meningkatkan tahap dan prestasi kerja yang baik. Berdasarkan kepada teori kesantunan dalam berkomunikasi (Brown & Levinson, 1978; 1987), yang diaplikasikan dalam tadbir urus, elemen komunikasi dapat dicapai melalui dorongan daripada pemimpin yang menjadi contoh kepada pekerja melalui komunikasi secara berkesan dan mengekalkan elemen kesantunan dalam memberi motivasi, latihan, dorongan mahupun teguran dalam organisasi.

Berdasarkan kajian literatur terdahulu, terdapat tiga hipotesis yang dicadangkan dalam kajian ini iaitu:

H1: Komunikasi tentang motivasi mempunyai hubungan yang signifikan terhadap prestasi kerja.

H2: Komunikasi tentang latihan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap prestasi kerja. H3: Komunikasi tentang dorongan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap prestasi

kerja.

3.

Kerangka Model Kesan Langsung

Pemboleh ubah tidak bersandar Pemboleh ubah bersandar

4.

Metodologi Kajian

Pengkaji bercadang untuk mengumpul data kajian berdasar kepada elemen komunikasi dalam tadbir urus adalah dengan menggunakan kaedah keratan rentas. Hal ini kerana membolehkan pengkaji menggunakan dan merujuk kepada kajian literatur komunikasi organisasi. Selain itu, metodologi utama untuk pengumpulan data dalam kajian ini adalah menggunakan kajian rintis, borang soal selidik dan temuduga tidak berstruktur. Bagi pengukuran pemboleh ubah adalah dengan menggunakan Skala Likert berdasarkan kepada skala rendah iaiu (1) “sangat tidak bersetuju” dan skala paling tinggi (5) “sangat setuju”. Borang soal selidik akan diedarkan kepada para pekerja dalam organisasi terlibat untuk melihat sejauh mana elemen komunikasi mengenai motivasi, latihan dan dorongan dalam tadbir urus mempengaruhi prestasi kerja. Dapatan kajian yang akan diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan SmartPLS version 3.0

Amalan Komunikasi Motivasi

Dorongan Latihan

(6)

5.

Hasil Kajian

Jangkaan untuk hasil kajian ini, secara tidak langsung mampu memberi sumbangan kepada pengamal organisasi bagi menjadi panduan dan praktikal dalam tadbir urus agar dapat meningkatkan prestasi pekerja. Selain itu, perkembangan positif yang diperoleh akan menambahbaik perlaksanaan amalan komunikasi sedia ada dalam tadbir urus yang dilaksanakan. Selain itu, kajian ini akan turut menyumbang percambahan idea- idea baharu dalam pembentukkan teori dan modul komunikasi berdasarkan kepada Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW dan konteks agama Islam seterusnya menjadi nilai tambah kepada kajian literatur sedia ada. Hal ini bakal memberi impak dan kesan positif dalam mewujudkan amalan komunikasi yang strategik dan lebih berkesan melalui perkongsian maklumat informasi melibatkan motivasi, latihan dan dorongan kepada pekerja. Ia sedikit sebanyak merujuk kepada komunikasi yang berkonsep qalbu salim yang mendorong hasil kerja terbaik. Oleh itu, ketua berperanan dalam memberi gambaran yang jelas kepada pekerja mengenai amalan tadbir urus melibatkan amalan komunikasi. Ia bakal menjadi role model dalam penambahbaikan amalan urus tadbir sedia ada.

6.

Kesimpulan

Secara menyeluruhnya kertas konseptual ini menghuraikan tentang peranan komunikasi dalam tadbir urus. Ia membuktikan bahawa komunikasi bertindak sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada tahap kerja dalam kalangan pekerja. Justeru itu, impak yang diperolehi dalam konteks tadbir urus organisasi dapat dicapai secara holistik tambahan lagi melibatkan peranan pekerja. Oleh itu, pemimpin berperanan penting dalam memberi cadangan dan perkongsian maklumat dengan mengamalkan komunikasi melibatkan motivasi, latihan dan dorongan yang berkesan agar pengoperasian dalam organisasi dapat dilaksanakan sebaiknya dan akhirnya berjaya mencapai piawaian serta kayu ukur yang telah ditetapkan.

Rujukan

Al-Quran Al-Karim.

Ab. Aziz Yusof. (2010). Gelagat organisasi: Satu pendekatan strategik. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia

Azman Ismail, Hasan Al-Banna Mohamed, Nurhana Mohd Rafiuddin, Bibi Zarjan Akhbar Khan & Mohamed Fadzil Abdul Razab. (2011). Gaya Kepimpinan Penyertaan, Tanggapan Penghargaan, dan Prestasi Kerja dalam Konteks Pengurusan Kualiti Menyeluruh.Seminar Kebangsaan 1Malaysia: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Bandura, A. 1997. Social learning theory. New Jersey: Prentice-Hall. Barrett, D J. (2008). Leadership Communication. McGraw-Hill. New York

Bhasin, M. L. (2005) Dharma in corporate governance: Transparency the biggest challenge in Asian countries. EBS Review. (2): 99-109.

Brown, P., & Levinson, S. C. (1978). Politeness. Universals in Language usage: Politeness Phenomenon. In E. N. Goody (Ed.), Questions and politeness: Strategies in sosial interaction. New York: Cambridge University Press.

Brown, P., & Levinson, S. C. (1987). Politeness some universals in language usage. New York: Cambridge University Press

Che Su Mustaffa (2015) Kompetensi Komunikasi dan Kepuasan Komunikasi Penjawat Awam Di Malaysia. Jurnal Pengurusan 43:13-26

(7)

Conrad, C. (1985). Strategic Organizational Communication, Cultures, Situation and Adaptation. New York: CBS College Publishing.

Day, C., Niekerk, M. V., & Okumus, F. (2017). The important of strategic communication during change management at Palm College of Hospitality and event management. Journal of Hospitality & Tourism, 5(3), 87-92

Fayard, A. L., & Weeks, J. (2007). Photocopiers and water-coolers: The affordances of informal interaction. Organization studies, 28(5), 605-634.

Hidayat Rachmad. (2013). Pengaruh Kepemimpinan terhadap Komunikasi, Kepuasan Kerja, dan Komitmen Organisasi pada Industri Perbankan. Makara Seri Sosial Humaninora, 17(1), 19-32.

Ismail Hamad (2012) Komunikasi Pendekatan Islam. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Melaka.

Khadijah Alavi & Maizatul Haizan Mahbob (2017) komunikasi Berkesan dengan Warga Emas: Dari Perspektif Intervensi Kerja Sosial. Malaysia Journal of Communication. Jilid 33 (4): 21-37

Maizatul Haizan Mahbob & Wan Idros Wan Selauiman (2015) Kepentingan Kecerdasan Emosi Dalam Komunikasi Keorganisasian dan Pengaruhnya Terhadap Kepuasan Kerja. Malaysia Journal of Communication. Jilid 31 (2) :533-546

Mohd Sobhi & Junaidi (2015) Pengurusan Privasi Facebook Penjawat Awam: Pengaruh Intensiti Pengunaan Kemahiran Swaawas dan Orientasi Privasi Organisasi. Malaysia Journal of Communication. Jilid 31(2):61-82

Mohd Yusri Ibrahim (2015) Model of Virtual Leadership, Intra-team Communication and Job Performance Among School Leaders in Malaysia. Published by Elsevier Ltd

Nan Zakiah & Che Su (2016) Hubungan Di Antara Strategi Masej Oleh Agen Pembangunan Majlis Amanah Rakyat Dengan Penyertaan Dalam Latihan Dan Adopsi Inovasi. Malaysia Journal of Communication. Jilid 32 (1) :79-103

Noel, T. W. (2009). The Impact of Knowledge Resource on New Venture Performance. Journal of Small Business Management, 47 (1), 1-22.

Norsyamimi Nordin & Mohammad Mujaheed Hassan (2019). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Komitmen Prestasi Kerja Dalam Kalangan Penjawat Awam. Kajian Rintis Di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Negeri Pulau Pinang.Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 4, (7) :11 - 20

Paul, V.D.B. (2003). “Social, Organizational and Technology Conditions That Enable Knowledge Sharing”. Journal of Business Administration, Management. pp. 38.

Rotberg, R.I. (2014). Good governance means performance and results. Governance: An International Journal of Policy, Administration, and Institutions 27(3): 511-518.

Sataoen, H. L., & Waeraas, A. (2016). Building a sector reputation: The strategic communication of National Higher Education. International Journal of Strategic Communication, 10(3), 165-176. doi: 10.1080/1553118X.2016.1176567

Shah Rollah Abdul Wahab et al. (2009) Faktor Persekitaran Organisasi Mempengaruhi Perkongsian Pengetahuan: Satu Analisis Institut Kemahiran MARA Johor. Amalan dan Latihan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia

Siti Sarawati Hj Johar, Ishak Mad Shah & Zainuddin Abu Bakar (2012). The Impact Of Intelligence Towards Relationship Of Personality And Self-Esteem At Workplace. Procedia - Social and Behavioral Sciences 65: 150 – 155

Siti Zurina Aziz, Amizawati Mohd Amir & Sofiah Md Auzair. (2019) Tadbir Urus Dan Amalan Perakaunan pengurusan: Tinjauan di Organisasi Pelancongan Negara. Asian Journal of Accounting and Governance 11: 25–3. ISSN: 2180-3838

Suffian Hadi Ayub, Norhayati Abd Manaf & Mohammad Rezal Hamzah. (2014). Leadership: Communicating Strategically in the 21st Century. The International Conference on Communication and Media 2014 (i-COME’14), 18-20 October 2014, Langkawi, Malaysia

(8)

Wan Idros Wan Sulaiman & Maizatul Haizan Mahbob (2015) Hubungan Komunikasi Keorganisasian Dengan Perancangan Strategik Modal Insan Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia Journal of Communication. Jilid 31(2):1-14

Yosinta, O. 2016. Organizational culture and good governance in the public sector: the case of provincial administration in Thailand. University of Birmingham.

Zakaria Stepa et al. (2012) Faktor Persekitaran Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 155-172.

Referensi

Dokumen terkait

Apa yang penting sekali adalah untuk mengelakkan daripada pelbagai masalah yang timbul melalui perlantikan pemegang amanah persendirian yang tidak amanah serta

Pada perpustakaan UIN Antasari Banjarmasin buku akan dimasukkan ke ruangan restorasi berdasarkan hasil wawancara sebagai berikut : “Pertama kali buku datang akan

Namun pada saat Tarjo masih kecil ada tetangga yang hidupnya berkecupupan tidak mempunyai anak, pada saat itu juga Tarjo di aku sebagai anak oleh orang

Terpadu prinsip Terpadu maeri Indikaor Keerpaduan opik Pengertan pembelajaran erpadu Kegiaan belajar i: dasar7dasar pembelajaran erpadu Prinsip pembelajaran

Abstract: The Development of Computer Based Simulation Program On Learning Wave And Optics Subject to Enhance Concept Understanding of Physics Teacher Candidates.

Giberelin adalah zat pengatur tumbuh yang berperan merangsang perpanjangan ruas batang, terlibat dalam inisiasi pertumbuhan buah setelah penyerbukan (terlebih

Dalam mendokong hasrat Kerajaan untuk menyemai tadbir urus yang baik melalui prinsip keterbukaan, ketelusan, inklusif dan progresif, Kertas Putih Pertahanan atau

Dari distribusi jawaban responden dapat dilihat bahwa kemampuan komunikasi guru pada wilayah UPTD Pendidikan Kecamatan Gunungsitoli Barat sudah cukup baik, hal ini dapat dilihat