• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan frog-vle dalam pembelajaran dan pemudahcaraan di sekolah : perbandingan antara sekolah rendah bandar dan luar bandar daerah Kluang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penggunaan frog-vle dalam pembelajaran dan pemudahcaraan di sekolah : perbandingan antara sekolah rendah bandar dan luar bandar daerah Kluang"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

i

PENGGUNAAN FROG-VLE DALAM PEMBELAJARAN DAN

PEMUDAHCARAAN DI SEKOLAH : PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH BANDAR DAN LUAR BANDAR DAERAH KLUANG

IDAWATI BINTI SULIMAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,Selawat Dan Salam Ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW....

Buat Insan-insan yang sentiasa dalam ingatan

Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ayahanda yang tercinta;

Hj Suliman bin Mohamed

serta Allahyarham Bonda yang diingati;

Hjh Fatimah binti Mahail

keluarga yang banyak memberikan semangat dan kekuatan untuklebih tabah menghadapi hari-hari yang mendatang iaitu abang,kakak, adik- adik dan sahabat

karib yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan dorongan... kalianlah pencetus inspirasi ini...

Pensyarah-pensyarah yang sedia tabah menghadapi karenah anak didik yang sentiasa memerlukan pertolongan dan bantuan

Dr Nurhanim Saadah binti Abdullah selaku penyelia yang sentiasa memberi tunjuk ajar

Seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang sering bersama dalam segala suka duka

semoga UKHUWAH kita ini akan KEKAL untuk selamanya... SEGALANYA BERMULA DI SINI

(3)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

iv PENGHARGAAN

DengaN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga Baginda, para sahabat serta mujahid yang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis iaitu Dr Nurhanim Saadah binti Abdullah atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Kerjasama daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kluang, Pusat Kegiatan Guru Daerah Kluang, sekolah-sekolah rendah Daerah Kluang amatlah dihargai. Tidak ketinggalan juga buat pensyarah yang terlibat dalam menyempurnakan penyelidikan ini. Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini. Akhir kata semoga usaha ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah Yang Maha Esa.

Semoga dengan hasil kajian melalui penelitian dan hasil cerapan ini dapat dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan sebagai bahan rujukan dan ilmiah. Insya-Allah.

(4)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

ABSTRAK

Frog-VLE diistilahkan sebagai intranet melalui Internet 4G tanpa wayar berkelajuan tinggi melalui platform yang diwujudkan dengan kerjasama projek 1BestariNet pada tahun 2011 . Ia merupakan satu inovasi untuk penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia. Frog-VLE menawarkan satu kaedah pembelajaran yang mudah dan fleksibel. Ia membolehkan proses pembelajaran berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Frog-VLE mampu menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara lebih aktif. Ia bertujuan agar tahap pendidikan di sekolah adalah seiring tanpa mengira lokasi sekolah bandar mahupun luar bandar. Biarpun jelas akan keprihatinan dan tanggungjawab pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menyediakan dan melengkapkan kemudahan tersebut, namun terdapat segelintir dikalangan guru belum sepenuhnya memaksimumkan penggunaan dan memanfaatkan Frog-VLE di sekolah dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan,tahap kemahiran dan tahap kepuasan menggunakan kemudahan Frog-VLE di kalangan guru sekolah rendah di bandar dan luar bandar. Kajian ini telah dijalankan ke atas 255 orang guru sekolah rendah Daerah Kluang yang menggunakan Frog-VLE secara aktif melalui kaedah tinjauan. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan menggunakan soal selidik untuk direkod dan dianalisis. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data - data ini iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian SPSS 22.0. Analisis inferens parametrik iaitu ujian-t dijalankan bagi menganalisis perbandingan antara dua kumpulan iaitu guru sekolah bandar dan luar bandar. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa responden bandar dan luar bandar mempunyai tahap yang lebih kurang sama dan tiada perbezaan terhadap penggunaan (p>0.05 = 0.991), tahap kemahiran (p>0.05 = 0.128) dan tahap kepuasan penggunaan Frog-VLE (p>0.05 =0.374). Kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk membuat kajian lanjutan pada masa akan datang.

(5)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

vi ABSTRACT

Frog-VLE is termed as an intranet through high speed wireless 4G Internet through the platform created with the cooperation of the 1BestariNet project in 2011. It is an innovation for the improvement of the Malaysian education system. Frog-VLE offers a simple and flexible learning method. It enables the learning process to happen anytime and anywhere. Frog-VLE is able to attract students to follow the teaching and learning more actively. It aims to ensure that the level of education in schools is aligned irrespective of the location of urban and rural schools. Although it is clear that the Ministry of Education (MOE) concerns and responsibilities in preparing and completing the facilities, there are a handful of teachers not fully utilizing and utilizing Frog-VLE in schools in learning and facilitating (PdPc). The main purpose of this study was to identify the level of utilization, skill level and level of satisfaction using Frog-VLE facilities among primary and secondary school teachers. This study was conducted on 255 primary school teachers in Kluang District who actively use Frog-VLE through survey method. The quantitative approach is used by using questionnaires to be recorded and analyzed. Descriptive analysis was used to analyze these data ie frequency, percentage, mean and standard deviation using SPSS 22.0 software. The parametric inferences analysis is a t-test carried out to analyze the comparison between two groups of urban and rural school teachers. The findings from this study show that urban and rural respondents have the same level of similarity and there was no difference in the use (p> 0.05 = 0.991), the level of skill (p> 0.05 = 0.128), and level of satisfaction of Frog-VLE (p> 0.05 = 0.374). This study is expected to be used as a reference and guide for further research in the future.

(6)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

KANDUNGAN TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 - PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Penyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Batasan Kajian 8 1.8 Kerangka Kajian 9

(7)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

viii 1.9 Definisi Istilah 10 1.9.1 Penggunaan Frog-VLE 10 1.9.2 Pembelajaran dan pemudahcaraan 10 1.9.3 Perbandingan sekolah bandar dan luar bandar 11 1.10 Rumusan 12

BAB 2 - KAJIAN LITERATUR 13

2.1 Pengenalan 13 2.2 Faktor/Elemen yang berkaitan dengan kajian 14 2.2.1 Kajian tentang Frog-VLE 14 2.2.2 Kajian tentang penggunaan Frog-VLE 15

di Sekolah Rendah

2.2.3 Kajian tentang kepentingan Frog-VLE dalam 16 PdPc di Sekolah Rendah

2.2.4 Kajian tentang kemahiran penggunaan 18 Frog-VLE

2.2.5 Kajian tentang jurang sekolah bandar dan 19 sekolah luar bandar

2.2.6 Kajian tentang kelengkapan dan kemudahan 20 penggunaan Frog-VLE

2.3 Teori yang berkaitan 21 2.3.1 Teori Technology Acceptance Model (TAM) 21 2.3.1.1 Persepsi Kegunaan Penggunaan 22

(Perceived of usefulness )

2.3.1.2 Persepsi Kemudahan Penggunaan 22

(Perceived Ease of Use)

2.3.1.3 Sikap Terhadap Penggunaan 23

(8)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

2.3.1.4 Minat Perilaku Penggunaan 23

(Behavioral Intention to Use)

2.3.1.5 Penggunaan Sebenar (Actual Use) 24 2.3.2 Teori Connectivism 25 2.4 Rumusan 27

BAB 3 - METODOLOGI KAJIAN 28

3.1 Pengenalan 28 3.2 Reka Bentuk Kajian 29 3.3 Instrumen Kajian 29 3.4 Lokasi Kajian 31 3.5 Populasi dan Sampel Kajian 32 3.6 Kesahan dan kebolehpercayaan 34 3.6.1 Kesahan 34 3.6.2 Kebolehpercayaan 35 3.7 Kajian Sebenar 36 3.8 Kaedah Pengumpulan data 37 3.9 Kaedah Analisis Data 38 3.10 Kerangka Operasi 40 3.11 Rumusan 42

BAB 4 - ANALISIS DATA 43

4.1 Pengenalan 43 4.2 Analisis Kajian 44 4.3 Analisis Deskriptif 45

(9)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

x

4.3.1 Analisis demografi responden 46 4.3.2 Analisis latar belakang responden 48 4.3.3 Analisis responden menggunakan Frog-VLE 53 4.4 Analisis Statistik 54 4.4.1 Analisis tahap penggunaan Frog-VLE 55

dalam PdPc

4.4.2 Analisis pandangan guru terhadap kemahiran 59 guru menggunakan Frog- VLE

4.4.3 Analisis pandangan guru terhadap tahap 64 Kepuasan penggunaan kemudahan berkaitan

Frog-VLE dalam PdPc

4.5 Ujian Kenormalan 68 4.6 Ujian Perbandingan tahap penggunaan 69 4.7 Ujian perbandingan tahap kemahiran 71 4.8 Ujian perbandingan tahap kepuasan penggunaan 73

Kemudahan dan kelengkapan

4.9 Analisis Ujian-t 75 4.10 Rumusan 76

BAB 5 - PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 78

5.1 Pengenalan 78 5.2 Perbincangan 79 5.2.1 Latar Belakang Responden 79 5.2.2 Penilaian terhadap tahap penggunaan 81

Frog-VLE dalam PdPc

5.2.3 Penilaian terhadap tahap kemahiran 82 menggunakan Frog-VLE dalam PdPc

(10)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

5.2.4 Penilaian terhadap tahap kepuasan 83 Penggunaan kemudahan dan

kelengkapan berkaitan Frog-VLE

5.2.5 Penilaian perbandingan tahap penggunaan, 84 Tahap kemahiran dan tahap kepuasan

Penggunaan kemudahan dan kelengkapan berkaitan Frog-VLE

5.3 Rumusan Kajian 85 5.4 Cadangan Penambahbaikan 86 5.5 Cadangan kepada pengkaji akan datang 87 5.6 Kesimpulan 88

RUJUKAN 89

(11)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

xii SENARAI JADUAL

Jadual 3.1 Bahagian Soal Selidik 30 Jadual 3.2 Skala Likert 31 Jadual 3.3 Jadual nilai pekali Alpha Cronbach 35 Jadual 3.4 Analisis kebolehpercayaan nilai Alpha Cronbach 36 Jadual 3.5 Jadual kaedah analisis data 39 Jadual 4.1 Bahagian dalam borang soal selidik 44 Jadual 4.2 Jadual penentu tahap skor min 44 Jadual 4.3 Senarai nama sekolah responden 47 Jadual 4.4 Latar belakang responden 48 Jadual 4.5 Latar belakang responden 49

(pengalaman, jawatan dan mata pelajaran diajar)

Jadual 4.6 Maklumat responden dan kekangan menggunakan Frog-VLE 51 Jadual 4.7 Analisis responden menggunakan Frog-VLE 53

(min dan sisihan piawai)

Jadual 4.8 Skala soal selidik 54 Jadual 4.9 Analisis tahap penggunaan Frog-VLE 55

(kekerapan dan peratus)

Jadual 4.10 Analisis tahap penggunaan Frog-VLE 57 (min dan sisihan piawai)

Jadual 4.11 Analisis tahap kemahiran menggunakan 59 Frog-VLE (kekerapan dan peratus)

Jadual 4.12 Analisis tahap kemahiran menggunakan 62 Frog-VLE (min dan sisihan piawai)

Jadual 4.13 Analisis tahap kepuasan penggunaan kemudahan dan 64 kelengkapan berkaitan Frog-VLE (kekerapan dan peratus)

(12)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

Jadual 4.14 Analisis tahap kepuasan penggunaan kemudahan dan 66 kelengkapan berkaitan Frog-VLE (min dan sisihan piawai)

Jadual 4.15 Informasi tahap penggunaan berdasarkan kumpulan 70 Jadual 4.16 Analisis perbandingan tahap penggunaan (ujian-t) 70 Jadual 4.17 Informasi tahap kemahiraan berdasarkan kumpulan 71 Jadual 4.18 Analisis perbandingan tahap penggunaan (ujian-t) 71 Jadual 4.19 Informasi tahap kepuasan berdasarkan kumpulan 73 Jadual 4.20 Analisis perbandingan tahap kepuasan (ujian-t) 73 Jadual 4.21 Analisis perbandingan tahap penggunan , kemahiran 75

dan tahap kepuasan

(13)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

xiv SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 Kerangka konsep kajian 9 Rajah 2.1 Bilangan sekolah rendah yang kekurangan 19

infrastruktur dan kemudahan asas

Rajah 2.2 Teori Technology Acceptence Model (TAM) 21 Rajah 3.1 Populasi dan sampel kajian 33 Rajah 3.2 Kerangka operasi kajian 41 Rajah 4.1 Bilangan responden menggunakan Frog-VLE 46 Rajah 4.2 Graf Ujian kenormalan 68

(14)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

SENARAI LAMPIRAN Carta gantt 93 Borang soal selidik 94 Pengesahan borang soal selidik 97 Surat kebenaran penyelidikan 112 Analisis SPSS 114

(15)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Pelan pendidikan pada abad 21 kian mencabar dan berlaku berubah seiring dengan teknologi masa kini yang berkembang secara mendadak. Penggunaan teknologi pada abad ke21 ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dilihat berlakunya perubahan secara drastik dari dari hari ke hari. pembelajaran dan pemudahcaraan tidak lagi berpusatkan guru. Kaedah yang terkini adalah berasaskan e-learning dan penggunaan laman web atau secara atas talian. Perkembangan tersebut telah memberi impak dan tamparan kepada pihak Kementerian Pendidikan untuk merangka sistem pendidikan mengikut arus permodenan. Oleh yang demikian, melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, pihak berwajib telah mensasarkan matlamat dengan mengoptimumkan manfaat penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengajaran guru. Oleh yang demikian, warga pendidik seharusnya mengambil inisiatif agar mempunyai kemahiran bukan sahaja dalam pedagogi namun penguasaan teknologi komunikasi dan maklumat (TMK) pada aras yang tinggi.

Menurut anjakan dalam PPPM, setiap individu perlu meningkatkan mutu dalam PdPc di Malaysia dengan menyahut kehendak sistem pendidikan kini yang berasaskan teknologi. Selama sepuluh tahun sebelum ini, Kementerian telah memperuntukkan kos melebihi daripada RM6 billion untuk kemudahan terknologi sebagai inisiatif seperti mewujudkan sekolah bestari, sekolah kluster dan sekolah berprestij tinggi. Peruntukkan besar ini adalah sebagai transformasi yang dilakukan

(16)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

atau oleh kerajaan sebagai inisiatif terhadap sistem pendidikan negara. Namun demikian, tahap pencapaian dalam penggunaan teknologi di sekolah masih tidak memberangsangkan, dari pelbagai aspek, samada segi kualiti mahupun kuantiti.Hal ini demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berganding bahu dengan 1BestariNet sebagai tranformasi dalam pendidikan dengan menamakan Frog

Virtual Learning Environment atau Frog-VLE. Aplikasi Frog-VLE tersebut diharapkan dapat meingkatkan taraf pendidikan sekaligus melahirkan murid yang berkemahiran. Dengan itu Internet 4G tanpa wayar berkelajuan tinggi telah dibekalkan kepada semua sekolah di Malaysia bagi tujuan penggunaan Frog-VLE tersebut melalui kerjasama antara Yeoh Teong Lay Communication (YTL Communications) dengan pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013)

Sehubungan dengan itu, usaha yang berterusan perlu dilakukan oleh pihak kerajaan daripada pelbagai peringkat negeri mahupun daerah bagi memberi kesedaran dan menarik minat terutamanya guru pembimbing dan pemudahcara dalam membina sistem pembelajaran yang afektif. Dalam laporan Kebangsaan Jenis, Cina tahun 2014, bermula tahun 2011, Projek satu platform pembelajaran Virtual Learning Environment (VLE) atau pembelajaran secara maya telah disediakan melalui 1BestariNet dan an ia dilaksanakan secara menyeluruh iaitu hampir 10000 buah sekolah pada tahun 2013.

Pembelajaran dan pemudahcaraan secara kolaboarsi serta pengurusan pentadbiran menjadi mudah dengan menggunakan Virtual Learning Environment kerana boleh di akses di mana sahaja tanpa dengan mudah kerana ia boleh diakses hanya dengan menggunakan samada komputer, telefon pintar, tablet dan sebagainya asalkan mempunyai talian internet. Konsep ini dikenali sabagai School Community Environment. Ini kerana ibu bapa boleh melayari dan mengakses pelbagai perkara dan mendapat makluman yang berkaitan pendidikan di sekolah. Selain itu, ia bukan sahaja berfokus untuk memudahkan urusan guru dan pelajar semata-mata, malahan tujuan utama adalah untuk mempertingkatkan teknik PdPc yang disampaikan oleh guru (Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid, 2017)

Persekitaran Pembelajaran Maya atau Frog-VLE yang interaktif ini akan mampu menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran dan pemudahcaraan secara lebih aktif. Melalui aplikasi tersebut, kesepaduan dan kesatuan dengan rakan, kandungan dan alat pendidikan yang popular seperti Google Apps secara tidak

(17)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

3

langsung wujud. KPM berharap agar usaha terhadap projek ini dapat mencapai matlamat dan memberi impak dalam sistem pendidikan agar sasaran dalam RMK-10 iaitu Membangun dan Mengekalkan Modal Insan bertaraf dunia juga dicapai.

Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui pihak yang dipertanggungjawabkan sentiasa memastikan penggunaan Frog-VLE di bawah seliaan Bahagian Teknologi Pendidikan bergiat aktif dan sentiasa berusaha dalam menyampaikan input berkaitan teknologi seperti mengadakan kursus-kursus tentang Frog VLE ke sekolah-sekolah yang disertai oleh guru dan pelajar bagi memastikan projek ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak (Norzilawati,2013). Guru-guru penyelaras ICT juga perlu diberikan kursus berkaitan aplikasi Frog VLE agar dapat memainkan peranan mereka di sekolah masing - masing dengan menyebarluaskan informasi yang tepat kepada warga pendidik khusunya melalui latihan dalam perkhidmatan (LDP).

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan Internet atau teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan adalah satu paten terkini dalam sistem pendidikan (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2005). Namun demikian ianya tidak menjadi realiti, berdasarkan dapatan awal yang telah diperolehi melalui salah seorang guru sekolah rendah luar bandar di daerah Kluang, didapati guru kurang menggunakan Frog-VLE dalam PdPc kerana masalah capaian internet. Manakala seorang guru yang kini mengajar di sekolah bandar menyatakan tidak menggunakan Frog-VLE kerana kekangan masa. Ini menyebabkan guru-guru cenderong dan masih menggunakan kaedah lama iaitu “chalk and Talk”. Kepenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi tersebut dapat dilihat berdasarkan buku log penggunaan makmal komputer yang berada pada tahap yang sangat minimum.

Menurut Ting & Woo (2005) keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di bilik darjah di sebuah sekolah kawasan luar bandar adalah sederhana disebabkan oleh kemahiran guru menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi juga adalah sederhana, sikap atau minat guru terhadap penggunaannya juga pada tahap sederhana dan fasiliti yang kurang seperti kelengkapan di bilik darjah yang tidak memuaskan. Stallard (1998) dalam kajiannya menyatakan bahawa

(18)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

pembelajaran berbantukan komputer tidak berkesan disebabkan oleh guru yang kurang bersedia dalam membangunkan pengajaran tersebut. Oleh itu keyakinan guru perlu maksimum agar mereka dapat mencurahkan pengalaman mereka dan seterusnya membantu para pelajar untuk bersedia menggunakan teknologi.

Berbanding dengan sekolah yang berada di kawasan bandar, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah lebih positif dan berkesan. Menurut Yatim (2010), selaras dengan usaha kerajaan untuk mencapai 50% jalur lebar bagi setiap rumah tahun 2010, kawasan bandar berjaya mencapainya.

Dalam aplikasi Frog-VLE, objektif akan dicapai dengan bantuan bahan multimedia yang digunakan daam pembelajaran mengikut kesesuaian kandungan, topik atau tajuk yang ingin disampaikan. Dalam melaksanakan Frog-VLE tersebut, kelemahan dalam pencapaian akademik perlu diambil kira. Ini kerana, bagi mengelakkan terdapatnya jurang antara sekolah luar bandar dan sekolah bandar yang mana pelaksanaan pembelajaran persekitaran maya harus berlaku di kedua-dua lokasi tersebut. Ia dapat dilihat dalam keratan akhbar tentang kepentingan teknologi dalam pembelajaran adalah seperti berikut:

“…… Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menurut kementerian mengurangkan jurang digital yang wujud dikalangan murid dan guru luar bandar…”

(KPM, 2013)

Ini jelas menunjukkan inisiatif yang dilipatgandakan adalah bertujuan untuk merapatkan jurang pendidikan di Malaysia. Lantas, pelbagai usaha yang berterusan perlu dilakukan bagi menjamin taraf pendidikan di kawasan luar bandar khasnya adalah berada pada taraf yang sama. Jurang yang dimaksudkan adalah jurang digital yang merujuk kepada peluang untuk mengakses seperti penggunaan Frog-VLE di sekolah antara kawasan bandar dan luar bandar adalah tidak sama.

(19)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

5 1.3 Penyataan Masalah

Menurut kajian UNESCO, menyatakan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di Negara Malaysia terbantut perkembangannya disebabkan oleh inrastruktur dan talian adalah terhad di kawasan luar bandar.

Selain itu, terdapat banyak kajian yang menyatakan keberkesanan penggunaan Frog-VLE dalam kalangan guru, namun masih kurang mengkaji akan perbezaan dan perbandingan penggunaan Frog-VLE dalam PdPc di dalam kelas antara sekolah bandar dan luar bandar.

Hasil pemerhatian secara langsung oleh pengkaji, mendapati bahawa terdapat segelintir warga guru yang tidak mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menggunakan Frog-VLE terutamanya di sekolah rendah. Ini dapat dibuktikan melalui buku rekod penggunaan makmal komputer di sekolah Pengkaji iaitu di SK Ladang Mutiara, Kluang Johor mendapati dalam nisbah 10 orang guru hanya dua orang guru yang dominan dan mempunyai komited menggunakan Frog-VLE dalam PdPc di sekolah. Walhal, semua guru telah dibekalkan jadual dan giliran penggunaan makmal komputer sebagai tempat menjalankan PdPc menggunakan Frog-VLE.

Tambahan pula bekalan Broadband yang diberikan oleh KPM tidak digunakan langsung kerana tiada liputan yang membolehkan Frog-VLE diaplikasikan dalam PdPc di sekolah luar bandar.Ini dapat dibuktikan melalui pemarkahan dalam borang pemantauan yang rata-rata guru tidak mengaplikasikan penggunaan teknologi seperti Frog-VLE dalam elemen pembelajaran abad 21.

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa isu yang perlu dibincangkan dan dikaji terhadap penggunaan Frog-VLE dalam pembelajaran dan pemudahcaraan. Antara perkara yang perlu dikaji adalah adakah terdapat perbezaan dan perbandingan penggunaan Frog-VLE di kalangan guru sekolah rendah di antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar.

Justeru itu, kajian ini perlu dijalankan bagi membantu pihak berwajib iaitu KPM untuk merangka strategi atau teknik serta membuat pemantauan terhadap penggunaan Frog-VLE seperti mengenalpasti infrastruktur dan kemudahan bahan teknologi dari semasa ke semasa agar ianya berfungsi dan memberi kesan positif terhadap penggunaanya. Pihak kementerian juga harus merangka proses kerja yang

(20)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

lebih dinamik seperti mengadakan kursus atau latihan kepada guru agar mengenali dan menguasai aplikasi Frog-VLE seterusnya dapat diaplikasikan kepada para pelajar melalui pembelajaran di dalam kelas.

1.4 Objektif Kajian

Kajian dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perbandingan terhadap dua kategori sekolah yang berbeza sebagai tempat pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) iaitu lokasi di sekolah bandar dan sekolah luar bandar dalam mengaplikasikan Frog-VLE. Antara objektif kajian ialah:

i. Mengenalpasti tahap penggunaan Frog-VLE dalam PdPc di sekolah rendah (bandar dan luar bandar).

ii. Mengenalpasti tahap kemahiran guru yang menggunakan Frog-VLE dalam melaksanakan PdPc di Sekolah rendah (bandar dan luar bandar) iii. Mengenalpasti tahap kepuasan penggunaan kemudahan dan

kelengkapan berkaitan Frog-VLE di sekolah rendah (bandar dan luar bandar).

iv. Mengenalpasti perbezaan tahap penggunaan aplikasi Frog-VLE, tahap kemahiran guru dan kepuasan penggunaan kemudahan dan kelengkapan berkaitan Frog-VLE dalam konteks sekolah rendah di bandar dan luar bandar.

(21)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

7 1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah tahap penggunaan Frog-VLE dalam PdPc di sekolah rendah (bandar dan luar bandar) ?

ii. Apakah tahap kemahiran guru yang menggunakan Frog-VLE dalam melaksanakan PdPc di sekolah rendah (bandar dan luar bandar) ? iii. Apakah tahap kepuasan penggunaan kemudahan dan kelengkapan

berkaitan Frog-VLE (bandar dan luar bandar) ?

iv. Apakah perbezaan tahap penggunaan aplikasi Frog-VLE,tahap kemahiran guru dan tahap kepuasan penggunaan kemudahan dan kelengkapan berkaitan Frog-VLE dalam PdPc dalam konteks sekolah rendah di bandar dan luar bandar?

1.6 Kepentingan Kajian

Maklumat-maklumat yang terdapat dalam kajian ini diharapkan dapat mengenalpasti tahap penggunaan Frog-VLE dikalangan guru-guru yang mengajar di sekolah rendah di luar bandar dan sekolah bandar. Selain itu, dapat dijadikan panduan kepada guru-guru di sekolah bagi merancang dan merangka cara menggunakan aplikasi Frog-VLE dalam PdPc di sekolah rendah di samping membiasakan diri dengan teknologi terkini. Sehubungan dengan itu, Guru Penyelaras ICT di sekolah dapat membuat rujukan serta panduan untuk memberikan Latihan Dalam Perkhidmatan kepada guru-guru bagi meningkatkan kemahiran guru-guru dalam penggunaan Frog-VLE. Hasil kajian ini juga dapat dijadikan panduan kepada pihak pentadbir di sekolah bagi merujuk kepada pihak atasan sekiranya terdapat masalah yang berkaitan kemudahan untuk melayari Internet sekaligus merangka langkah-langkah untuk membuat penambahbaikan dalam pengurusan berkaitan Frog-VLE.

(22)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

1.7 Batasan Kajian

Menurut Abdul Ghaffar (2003), kajian adalah berdasarkan beberapa batasan, had atau sesuatu masalah. Ini kerana, penyelidik tidak mungkin dapat mengkaji semua perkara yang mempuyai kaitan dengan pernyataan masalah kajian kerana keputusannya kadangkala tidak dapat memberikan penyelesaian kepada semua masalah yang berkaitan.

i. Skop responden:

Skop kajian melibatkan guru-guru yang mengajar di sekolah rendah Daerah Kluang iaitu sekolah bandar dan luar bandar. Ia melibatkan sekolah-sekolah mempunyai bekalan 1bestari net dan menggunakan Forg-VLE dalam PdPc di sekolah.

ii. Skop Penggunaan Frog-VLE:

Kajian ini melibatkan tahap penggunaan Frog-VLE di kedua-dua kategori sekolah yang mempunyai bekalan kelengkapan yang sama namun hanya lokasi yang berbeza.

iii. Skop isu dan masalah:

Skop kajian tertumpu terhadap perbezaan terhadap tahap penggunaan, tahap kemahiran, dan tahap kepuasan kemudahan menggunakan Frog-VLE di antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar.

(23)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

9 1.8 Kerangka Kajian

Kajian ini melibatkan kalangan guru di sekolah bandar dan sekolah luar bandar berkaitan tahap penggunaan Frog-VLE dalam PdPc. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji adakah terdapat perbezaan terhadap tahap penggunaan , tahap kemahiran guru dan tahap kepuasan guru dalam penggunaan Frog-VLE di kalangan guru yang mengajar di sekolah bandar dan di sekolah luar bandar. Kajian ini juga melibatkan perbezaan demografi iaitu lokasi dan kedudukan sekolah itu, faktor infrastuktur yang terdapat di sekolah tersebut samada mempengaruhi minat guru dalam menjalankan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menggunakan Frog-VLE.

Kajian berikut berdasarkan pembolehubah bebas (IV) dan pembolehubah bersandar (DV) seperti Rajah 1.1

:

Sumber : Adaptasi dan diubahsuai daripada Technology Acceptence Model (TAM)

Rajah 1.1 : Kerangka konsep kajia

External Variable Kemahiran guru menggunakan Frog-VLE Kelengkapan dan kemudahan. Perceived Usefulness Persepsi manfaat penggunaan Frog-VLE Perceived Ease of use Frog-VLE mudah digunakan Attitude toward using Pembentukan sikap penggunaan External Variable Minat guru Arahan penggunaan Behavioral Intention Penggunaan Frog-VLE dalam PdP (kecenderungan) Actual Use Penggunaan Frog-VLE Sekolah rendah bandar dan Luar bandar 12 (Luar Bandar) 3 (Bandar) IV DV IV

(24)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

1.9 Definisi Istilah 1.9.1 Penggunaan Frog-VLE

Merupakan suatu sistem pembelajaran maya berasaskan web (web-based virtual learning system). Frog-VLE digunakan sebagai persekitaran pembelajaran maya dan juga ruang sosial untuk sekolah berhubung hanya di dalam satu bumbung. Frog-VLE menawarkan satu kaedah pembelajaran yang mudah dan fleksibel. Ia membolehkan proses pembelajaran berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja (Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid, 2017). Pengguna Frog-VLE dapat meningkatkan pemikiran tahap tinggi dan lebih kreatif (Khalid, 2014).

Dalam kajian ini, Penggunaan Frog-VLE merujuk kepada kaedah yang disarankan kepada pihak sekolah rendah di Daerah Kluang untuk digunakan dalam PdPc seiring dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu pembelajaran abad 21 yang menggunakan teknologi maklumat. Penggunaan Frog-VLE dikalangan guru teruatamanya dipantau oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan data penggunaannya akan dipaparkan pada setiap bulan. Penggunaan yang aktif akan berada pada tahap `PASS` manakala penggunaan yang tidak aktif akan dilabel

‘FAILED’. Penggunaan Frog-VLE memberikan kesan positif bukan sahaja kepada murid, malah kepada guru kerana dapat bertukar-tukar maklumat, memberi latihan dan kerja rumah, melaksanakan ujian dan menanda tugasan secara maya.

1.9.2 Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) menekankan kepada peranan guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan murid sebagai pembelajar aktif dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan dalam pembudayaan amalan PAK-21 (Mahadzir Khalid, 2017).

Dalam kajian ini, pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) adalah merujuk kepada proses belajar iaitu penyampaian ilmu dan perantaraan ilmu yang disampaikan oleh guru dengan menggunakan Frog-VLE sebagai bahan bantu belajar.

(25)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

89 RUJUKAN

Aaker, D. A. & Myres, J. G. (1997). Advertising management 5th Edition. Prentice

Hall. New Jersey.

Ghaffar, A., & Najib, M. (2003). Reka bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia.

Abdullah, A., & Ali, Z. (2014). Affordances of a digital library as a publishing meduim in aproject-based learning environment: the coredev approach. Journal of Instructional Technology. 1(1) 1-18

Akbar (2013). Penerimaan dan penggunaan situs jejaring sosial twitter di lingkungan mahasiswa dengan pendekatan Technology Acceptence Model (TAM). Journal Internet communication & technology.

Hermawan, A. (2018). Implementation ogf Indonesia National Qualification Framework to Improve Higher Education Students. Technology Acceptence Mpdel Approach. 10961, 293-3-4

Attan, N. & Hamzah, M. (2007). Tahap kesediaan guru Sains dalam penggunaan Teknologi Maklumat berasaskan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan. 46(3), 45-60

Balakrishnan, M. (2002). Penggunaan Komputer Oleh Guru Pelatih: Dahulu, Sekarang, dan Harapan Masa Depan. Seminar Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pendidikan, 40–52.

Chayuda, M. R. (2015). Hubungan antara media berbasis Multimedia Linear dengan motivasi belajar siswa. Jurnal Pendidikan Ilmu Pengetahuan Sosial Ilmu Pendidikan.

Davis, F. D. (1989). Perceived usefullness, perceived ease of use and user acceptence of information technology.MIS Quarterly, Theoritical model. 13(3) : 39-319 Gagne, R.M. (1987) Foundations of Instrustional Technology. New York: Lawrence

Erlbaum

Mohamad, H., Judi, H. M., Noor, S. F. M., & Yusof, Z. M. (2012). Jurang digital dan pendidikan di luar bandar : Tahap literasi teknologi maklumat dan komunikasi pelajar. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 1(2),

(26)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

1–13. Retrieved from http://www.ftsm.ukm.my/apjitm.

Zain, I. (2002). Aplikasi Multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan Puplications & Distributors Sdn. Bhd.

Harun, J. & Tasir, Z. (2005). Pengenalan kepada Multimedia. Kuala Lumpur :Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Kebangsaan, S., Jenis, S., Cina, K., & Content, C. (2014). Laporan Perkhidmatan 1BestariNet. Kementerian Pendidikan Malaysia, 6(Cci), 249–295. Retrieved from: https://egov.nik.gov.pl/g/egov/MY/2014/BestariNnet/1BESTARINET FOR EUROSAI CUBE.pdf.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Percetakan Nasional Berhad.

Koran, J. K. C. (2001). Aplikasi E-Learning dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di

Sekolah-Sekolah Malaysia. Retrieved from

https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004

Krejcie, R. V & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities Educational and Psychological measurement. 30:608

Hamzah, M. & Yeop, A. (2016). Frog-VLE (Persekitaran pembelajaran Maya) dalam pengajaran dan pembelajaran : Penerimaan dan kaedah pelaksanaannya . Jurnal pendidikan, 6(1),67-77

Marican, S. (2006). Penyelidikan Sains Sosial : Pendekatan Pragmatik. Batu Caves Selangor: Edusystem.

Aizuddin, M. (2013). Peningkatan profesionalisme dalam penggunaan Frog-VLE.

Retrieved from : http://www.slideshare.net/aizuddinbakar/.

Konting, M. M. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Natalia, T (2008). Online and officer socia; network : use social networking sites by emerging adults. Journal of Applied Developmental Psychology UCLA United States. 29(6) 420-433.

Idris, N. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill Education.

Norazah & Norbayah. (2009). Exploring the relationship between perceived usefullness, perceives ease of use, perceived enjoyment, attitude and subscribe intentation toward using 3G mobile service. Internet Journal. 22(1), 1-11

(27)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

91

persekitaran pengajaran Maya ( Frog Vle ) dalam kalangan guru Sains. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik, 3(2), 63–76.

Mohd Salleh, N. (2001). Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen penghayatan akidah, international Journal of Islamic. Retrieved from: http://www.ukm.my/ijit/wp.content/uploads/2016/01/6

Talib,O. (2013). Asas penulisan tesis penyelidikan & statistik. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Pallant, J. (2010). SPSS Survival Manual: A step by step guide to data analysis using SPSS. Journal of Advanced Nursing (Vol. 3rd).

Piaw, C. Y. (2014). Kaedah Penyelidikan (Edisi Ketiga). Universiti Malaya.: McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn Bhd.

Jamaludn, R. (2000). Asas-asas multimedia dalam pendidikan. Siri pengajian dan pendidikan utusan. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd. Shahaimi, S. & Khalid, F. (2017). Persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi VLE Frog di sekolah di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan negeri Selangor. Simposium Pendidikan, Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017) (pp. 226–236). Retrieved from

http://conference.ukm.my/sprin/index.php/sprin/sprin/paper/viewFile/71/30 Siemens, G. (2005). Connectivisme : A learning theory for digital age. Internet

journal of instructional Tekchnology and Distance learning 2(1).

Khasiman, S. A. (2013). Tinjauan awal penggunaan frog vle di sekolah. Retrieved from http://sekolahpenandaaras.wordpress.com.

Abdul Manaf, S. Z., Din, R., Hamdan, A., Mat Salleh, N. S., Kamsin, I. F., Abdul Karim, A., … Ismail, N. M. (2015). Pembelajaran Peribadi Melalui Teknologi ICT Abad Ke-21 Ke Arah Kemahiran Boleh Pindah. Journal of Personalized Learning, 1(1), 57–68.

Soviani, S. (2013). Tingkat Penerimaan Media Video Conference Dalam Proses Pembelajaran Dengan Menggunakan Technology Acceptance Model (TAM).

Pendidikan Ilmu Komputer FPMIPA.

Stallard, C. (1998). Factors that influences the intergration of technology into the secondary curriculum. Journal of education. retrieved from: http://ed.into.apple.com/education/techlears/adapt/adaptfactors.html

Ting, K. S.,& Woo,Y. L. (2005). Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: sikap guru, peranan ICT dan kekangan / Cabaran penggunaan ICT. Seminar Pendidikan 2005, 1–17.

(28)

PTTA

PERP

UST

AKA

AN

TUN

KU T

UN

AMI

NAH

Mohiddin, U. S. & Khalid, F. (2014). Isu- Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. The 4th International Conference on Learner Diversity. (ICELD 20 14).

Wiyono & Adriento, S. (2008). Evaluasi penerimaan wajib pajak terhadap penggunaan E-filing sebagai sarana pelaporan pajak secara online dan realtime.

Jurnal riset Akuantasi Indonesia.

Othman, Y. (2007). Aplikasi komputer dalam pengajaran Bahasa : Penguasaan guru dan kekangan dalam pelaksanaan. 1st International Malaysian Educational

Technology Convention, (47-54).

Yatim, R. 2010. Broadband penetration has exceeded 55pc. The Malaysian Insider.

December 14.. Retrieved from: http://www.theMalaysianinsider.com/ Malaysia/article/rais-broadbandpenetration-has-exceeded-55pc [5 Mac 2012]. Abd Rahman, Y. & Abdullah, W. M. R. (2001). Mengukur kesediaan guru

menggunakan komputer dalam menjalankan tugas pentadbiran dan pengajaran.

Pulau Pinang : USM.

Boon, Y. & Ngatimin, S. (2011). Penggunaan makmal komputer dalam kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Zon Jementah , daerah Segamat dalam pengajaran dan pembelajaran : Satu tinjauan. Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational, 3(September), 132–147.

Hamid, Z. & Yusof, S. M. (2014). Pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran menggunakan Frog VLE bagi matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

International Education Postgraduate Seminar, 216–228.

1BestariNet,YTL Communications Sdn.Bhd. (2012). Frog-VLE. Retreived on 4 Nov 2018 from from: http://www.frogasia.com/v2/1

Referensi

Dokumen terkait

Hal tersebut juga dijelaskan dalam penelitian mengenai kepuasan travellers dalam keinginan membeli tiket pesawat secara online oleh Bukhari, et al (2012) yang menyatakan

Orang yang belum pemah kontak dengan mycobacteria, tak ada reaksi terhadap tuberkulin. Orang sudah pemah mendapat infeksi primer dengan basil tbc, dalam 24-48 jam

Asetosal merupakan zat yang memiliki sifat alir dan kompresibilitas yang buruk sehingga apabila akan dibuat sediaan tablet harus dilakukan granulasi terlebih

Uji Bartlett Untuk Homogenitas Ragam Data Pengaruh Kombinasi Perlakuan Cuka dan Larutan Buah Lerak Terhadap Tingkat Keracuanan Gulma Cyperus rotundus pada Pengamatan

kesempurnaan penghormatan adalah engkau bersalaman dengan saudaramu”. Disebutkan Imam al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad. Dinyatakan Syekh al-Albani sebagai hadit shahih dalam Shahih

Interaksi penggunaan jenis kedelai tahan salinitas dan isolat fungi mikoriza arbuskular nyata meningkatkan jumlah daun 5 MST dan produksi per tanaman dengan

Bakteri ditumbuhkan pada media air laut dengan sumber karbon campuran sukrosa glukosa dan Na.asetat dengan salinitas 3% dan 5% Inkubasi di atas shaker pada suhu