• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENDENGAR MURID PRASEKOLAH MELALUI AKTIVITI BERCERITA

Norain Md Nor, Ph.D IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Muhamad Fikri Abdul Razak SMK Sri Andalas, Klang Selangor

Abstract

This research aimed to study the effect of storytelling towards the listening skill of preschoolers. Listening skill is a very important skill because it is the most dominant communication skills that can help children develop language skill (Esther & Akintenti, 2014). Listening skill is defined as one’s ability to listen and interpret information received orally. One of the ways listening skill can be reinforced is through storytelling activity. Listening skill, unlike other skills, is given less attention by teachers in schools. Therefore, this research was implemented to identify the effect of storytelling activity on pupils’ listening skill. Fifteen five and six years old pupils were involved in the research. However, only the eight six years old pupils were evaluated. These pupils recognize letters but are still unable to read fluently. The research was carried out for four weeks. The pupils listened to four stories related by the teacher. They were required to retell the stories at the end of each week. Retelling Analysis Tool by Morrow (2001) was used to analyze and measure the storytelling skill of the eight pupils scoring them out of ten. The result shows the highest mean score is 7 and the lowest is 4.8. The storytelling scores for six of the pupils are found to have increased. The female pupils (P1, P2, P3, P4 and P5) show higher min scores compared to the male pupils (P6 and P7). In conclusion, storytelling process is found to be able to help increase hearing skill of preschool pupils if carried out continuously.

Keywords: Kemahiran Listening, Mencerita Semula

Pengenalan

Perkembangan literasi di kalangan kanak-kanak telah mula diberi perhatian secara serius oleh semua pihak khususnya pihak Kementerian Pendidikan. Cabaran besar di kalangan guru sekolah adalah untuk memastikan setiap murid dapat mencapai perkembangan yang maksimum dalam aspek kognitif, fizikal, emosi, sosial dan rohani. Literasi tidak hanya bermaksud kemahiran membaca tetapi juga termasuk kemahiran mendengar, kemahiran bertutur.kemahiran pemahaman dan kemahiran bercerita.

Latar Belakang

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan. Mendengar merupakan kemasukan input bahasa

(2)

atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia, iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan makna ayat dan ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Rivers (1981) berpendapat bahawa mendengar merupakan seni kreatif yang merujuk kepada seni mendengar dan memahami perkara yang diperkatakan oleh penutur. Konsep mendengar juga merujuk kepada aktiviti memberikan tumpuan kepada sesuatu yang sampai ke telinga, memberikan tindakbalas secara teratur dan memberikan gerakbalas terhadap bunyi.

Pernyataan Masalah

Seringkali guru di sekolah mengandaikan murid sudah menguasai kemahiran mendengar sebelum masuk ke sekolah rendah. Andaian ini menyebabkan guru hanya memberi arahan supaya murid mendengar apabila sesuatu maklumat hendak disampaikan. Kemahiran mendengar dianggap sebagai ‘kemahiran untuk hidup’ yang sepatutnya sudah dipelajari daripada ibubapa sebelum kanak-kanak memasuki sekolah. Setakat ini berapa ramaikah ibubapa yang membacakan buku untuk anak-anak mereka semasa kecil? Adakah ibubapa tahu cara mengajar kemahiran mendengar untuk anak mereka? Murid yang mempunyai kemahiran mendengar yang baik lebih berjaya berbanding dengan murid yang mempunyai kemahiran mendengar yang kurang (Miller 2016). Kemahiran mendengar yang baik membantu orang dewasa berjaya dalam hubungan dan dalam kerjaya. Kajian menunjukkkan ketajaman mendengar sudah bermula sejak bayi berusia lima bulan dalam kandungan ibu (Robinshaw, 2007). Clark, McQuail dan Moss (2005) menyatakan mendengar adalah satu bentuk komunikasi Objektif Kajian

Terdapat dua objektif kajian iaitu

1. Meningkatkan kemahiran mendengar murid prasekolah melalui aktiviti bercerita 2. Mengenal pasti perbezaan peningkatan kemahiran mendengar melalui bercerita

antara murid lelaki dan perempuan

Persoalan Kajian

1. Adakah bercerita dapat membantu meningkatkan kemahiran mendengar murid prasekolah?

2. Adakah terdapat perbezaan peningkatan kemahiran mendengar melalui bercerita antara pelajar lelaki dan perempuan

(3)

Tinjauan Literatur

Mengikut Harmer (2002) kemahiran mendengar terbahagi dua kategori iaitu mendengar 'intensive' dan mendengar 'extensive'. Mendengar intensif adalah 'live listening' bermaksud guru bercakap secara langsung dengan murid contohnya guru membaca kuat/nyaring kepada murid atau guru bercerita kepada murid. Semasa bacaan kuat guru boleh melakonkan atau berdialog kepada murid sehingga murid boleh mendengar sebutan perkataan yang jelas daripada guru.

Bercerita merupakan aktiviti yang sangat disukai oleh kanak-kanak terutama jika pencerita menyampaikan cerita dengan gaya kreatif dan menarik (Ushwatun Khasanah 2011). Bercerita boleh meningkatkan imaginasi pelajar melalui perkataan dan gambar yang ditunjukkan kepada pelajar semasa aktiviti bercerita. Pelajar menjadi aktif semasa mendengar cerita. Guru boleh meminta murid meramal kesudahan cerita atau guru meminta murid bercerita tentang watak utama dan watak pembantu dalam cerita. Orang yang bercerita biasanya akan memerhati mata audien dan mengadun cerita dengan alunan suara dan gesture yang berubah-berubah serta membentuk satu siri imej mental sehingga audien menjadi asyik mendengar. Kajian yang dilaksanakan oleh Morrow dan Smith (1990) tentang bercerita telah memberi banyak kesan terhadap penguasaan bahasa dan pemahaman kanak. Banyak kajian yang dilaksanakan terhadap kanak-kanak mendapati melalui bercerita kanak-kanak-kanak-kanak menjadi aktif dan terlibat secara langsung dalam pengalaman literasi. Orang dewasa boleh membantu dengan mengemukakan soalan, berdialog, memberi maklumbalas, memberi penjelasan dan perkongsian pengalaman personal. Apabila kanak-kanak menceritakan semula cerita yang didengari mereka akan memfokus kepada makna penceritaan.

‘Story Time’ dalam kelas adalah ketika guru akan melaksanakan aktiviti bercerita atau bacaan kuat kepada semua murid dalam kelas. Mengikut Morrow dan Smith (1990) bacaan kuat mempunyai impak terhadap penguasaan perbendaharaan kata dan pemahaman murid. Kajian Morrow tentang aktiviti bercerita menunjukkan murid yang diberi peluang bercerita semula biasanya mendapat skor yang lebih tinggi dalam latihan pemahaman berbanding dengan murid yang tidak diberi peluang bercerita semula. Morrow juga mendapati bercerita membuka peluang kepada pengalaman pembelajaran sosial apabila guru dan murid berinteraksi ketika bersoal jawab, berdialog atau ketika penerangan lanjutan. Bercerita bukan sahaja meningkatkan kemahiran

(4)

mendengar tetapi juga meningkatkan perkembangan kemahiran membaca. Zenger (1997) menyatakan bercerita adalah berkaitan sesuatu peristiwa atau anekdot yang bertujuan merangsang minat, pembelajaran dan imaginasi seseorang murid . Cerita mungkin berasal daripada cerita sebenar atau mungkin cerita rekaan semata-mata.

Metodologi

Peserta kajian adalah terdiri daripada lima belas orang kanak-kanak daripada sebuah tadika. Mereka berusia antara lima hingga enam tahun. Seramai lapan orang daripada lima belas orang yang terpilih akan diuji setiap hujung minggu. Kajian ini akan menggunakan instrumen "Retelling Analysis' Morrow (2001) untuk mengukur kebolehan murid mengingat cerita yang telah didengari.

Instrumen 'Bercerita Semula' Morrow (2001) terbahagi kepada lima bahagian dengan taburan 10 markah seperti berikut:

- Latar cerita (pengenalan, watak utama, watak lain, masa, tempat) (4 markah) - Tema cerita (1 markah)

- Plot (urutan peristiwa ) (1 markah)

- Resolusi (peleraian masalah, pengakhiran cerita) (2 markah) - Sekuen cerita/struktur cerita (2 markah)

Prosedur

Kajian ini mengambil masa empat minggu. Pada peringkat awal, pemilihan cerita telah dibuat oleh penyelidik berpandukan nilai moral yang boleh dijadikan pengajaran kepada murid.

Cerita yang dipilih sangat sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak dan pengalaman kanak-kanak. Cerita 'Si Tanggang' ' Tikus Bandar dan Tikus Kampung' 'Bawang Putih Bawang Merah' dan 'Bunga Cengkih'. Tema dan plot cerita sangat jelas dengan karakter yang autentik

Untuk memastikan kejayaan dalam pengajaran kemahiran mendengar melalui bercerita, beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh guru sebelum proses bercerita dimulakan, antaranya

 membaca cerita berkali-kali sehingga guru menguasai cerita sepenuhnya

 Analisis cerita dari aspek perkataan, gambar ilustrasi, pesanan

 perhatikan latar belakang dan budaya dalam cerita

 menghayati cerita sehingga watak dan latar cerita kelihatan hidup

 membayangkan cerita dengan muzik, ekspresi muka dan pergerakan yang berlaku

(5)

Guru bercerita dengan menggunakan bantuan gambar kepada murid-murid selama empat hari dalam seminggu selama empat minggu dengan mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh penyelidik. Guru memperkenalkan tajuk cerita dan penulis cerita. Guru kemudian memperkenalkan watak utama dan watak sampingan. Guru juga akan mengemukakan soalan berkaitan cerita, seterusnya guru bercerita tanpa gangguan. Selepas bercerita guru akan mengulang soalan sebelum ini dan mengemukakan soalan seterusnya, iaitu bahagian manakah dalam cerita ini yang anda paling suka?. Murid diberi masa untuk berfikir dan menjawab. Penyelidk akan menguji kemahiran mendengar lapan orang murid setiap hujung minggu melalui penceritaan semula. Skor dalam penceritaan untuk keempat-empat orang murid telah direkodkan oleh penyelidik

Dapatan Kajian

Data yang didapati daripada murid-murid yang bercerita semula cerita yang didengari daripada guru dinilai menggunakan Borang Analisis Penceritaan Semula Morrow (2001). Skor atau markah dikira berdasarkan lima bahagian iaitu latar cerita, tema, plot, resolusi dan sekuen.

Merujuk Jadual 1 hingga 9 menunjukkan murid tidak mendapat markah yang penuh untuk bahagian pertama iaitu setting atau latar cerita (4 markah) kerana murid hanya menceritakan pengenalan dan watak utama, watak sampingan, masa dan tempat tidak disebut semasa memulakan penceritaan. Bahagian plot juga menunjukkan kesemua lapan orang murid tidak menceritakan dengan lengkap pada minggu pertama tetapi murid bertambah baik pada minggu berikut.

Bahagian keempat peleraian masalah dan pengakhiran cerita menunjukkan pada minggu pertama murid hanya memperolehi skor 1 tetapi meningkat kepada 2 pada minggu berikut. Keadaan yang sama juga untuk aspek sekuen, terdapat murid yang mendapat skor maksimum iaitu 2 contoh murid P1 dan P2 memperolehi skor 2 untuk cerita 2,3 dan 4.

Jadual 1 : Skor Bercerita Murid (P1) Minggu 1 Cerita 1 Minggu 2 Cerita 2 Minggu 3 Cerita 3 Minggu 4 Cerita 4 Setting 2 2 3 2 Tema 0.5 1 1 1 Plot 0.5 0.5 1 1 Resolution 1 2 1 2 Sekuen 1 2 2 2 Jumlah 5 7.5 8 8

(6)

Jadual 2 : Skor Bercerita Murid (P2) Minggu 1 Cerita 1 Minggu 2 Cerita 2 Minggu 3 Cerita 3 Minggu 4 Cerita 4 Setting 2 1 2 1.5 Tema 0.5 1 1 1 Plot 0.5 0.5 1 0.5 Resolution 1 2 1 1 Sequence 1 2 2 2 Jumlah 5 6.5 7 6

Jadual 3 : Skor Bercerita Murid (L1 ) Minggu 1 Cerita 1 Minggu 2 Cerita 2 Minggu 3 Cerita 3 Minggu 4 Cerita 4 Setting 0.5 1 0.5 2 Tema 0.5 1 1 1 Plot 0.5 0.5 1 1 Resolution 1 1 1 1 Sequence 0.5 1 1.5 2 Jumlah 3 4.5 5 7

Jadual 4 : Skor Bercerita Murid (L2 ) Minggu 1 Cerita 1 Minggu 2 Cerita 2 Minggu 3 Cerita 3 Minggu 4 Cerita 4 Setting 1 2 0.5 1 Tema 1 1 1 1 Plot 0.5 0.5 1 1 Resolution 1 1 1 1 Sekuen 1 2 1.5 1 Jumlah 4.5 6.5 5 5

Jadual 5 : Skor Bercerita Murid L3 Minggu 1 Cerita 1 Minggu 2 Cerita 2 Minggu 3 Cerita 3 Minggu 4 Cerita 4 Setting 1 1 2 2 Tema 0.5 1 1 1 Plot 0.5 0.5 1 1 Resolution 1 2 1 1.5 Sekuen 1 2 2 2 Jumlah 4 6.5 7 7.5

Jadual 6 : Skor Bercerita Murid P3 Minggu 1 Cerita 1 Minggu 2 Cerita 2 Minggu 3 Cerita 3 Minggu 4 Cerita 4 Setting 2 2.5 2 2 Tema 0.5 1 1 1 Plot 0.5 0.5 1 1 Resolution 1 1 1 2 Sekuen 1 1 2 1 Jumlah 5 6 7 7

(7)

Minggu 1 Cerita 1 Minggu 2 Cerita 2 Minggu 3 Cerita 3 Minggu 4 Cerita 4 Setting 2 2 3 2 Tema 0.5 1 1 1 Plot 0.5 1 1 1 Resolution 1 1 1 2 Sekuen 1 1 1.5 2 Jumlah 5 6 7.5 8

Jadual 8: Skor Bercerita Murid P5 Minggu 1 Cerita 1 Minggu 2 Cerita 2 Minggu 3 Cerita 3 Minggu 4 Cerita 4 Setting 1.5 2 3 3 Tema 0.5 1 1 1 Plot 0.5 0.5 1 1 Resolution 1 1 1 1 Sekuen 1 2 0.5 2 Jumlah 4.5 6 6.5 8

Rajah 1: Skor Lapan Murid untuk Cerita 1

Rajah 2: Skor Lapan Murid untuk Cerita 2

Rajah 3: Skor Lapan Murid untuk Cerita 3 P1 P2 L1 L2 P3 L3 P4 P5 0 2 4 6 cerita 1 P1 P2 L1 L2 P3 P1 P2 P3 P4 P5 L1 L2 L3 0 2 4 6 8 cerita 2 P1 P2 P3 P4 P5 L1 P1 P2 P3 P4 P5 L1 L2 L3 0 2 4 6 8 10 cerita 3 P1 P2 P3 P4 P5 L1

(8)

Rajah 4: Skor Lapan Murid untuk Cerita 4

Rajah 1 hingga Rajah 4 menunjukkan skor lapan orang murid bercerita. Cerita pertama bertajuk Si Tanggang. Dapatan menunjukkan skor tertinggi hanya 5 dan skor terendah ialah 3. Cerita kedua adalah cerita Tikus Bandar dan Tikus Kampung memperolehi skor tertinggi 7.5 dan skor terendah 4.5. Cerita ketiga ialah Bawang Putih Bawang Merah skor tertinggi ialah 8 dan skor terendah 5, manakala cerita keempat bertajuk Bunga Cengkih skor tertinggi 8 dan skor terendah 5. Seramai 3 orang murid memperolehi skor 8 untuk cerita keempat dan seorang memperolehi skor 7.5 dan dua orang memperolehi skor 7. Daripada skor yang diperolehi murid, didapati bercerita dapat meningkatkan kemahiran mendengar murid prasekolah.

Soalan kajian kedua yang melihat tentang perbezaan kesan bercerita terhadap kemahiran mendengar murid lelaki dan perempuan. Dapatan menunjukkan murid L1 mendapat skor rendah untuk semua cerita kecuali cerita 4 manakala murid L2 mendapat skor yang rendah untuk cerita 1, 3 dan 4. Murid L3 mendapat skor rendah untuk cerita 1 sahaja. Secara keseluruhan didapati murid perempuan (min skor antara 6.1-7) menunjukkan kesan peningkatan kemahiran mendengar yang lebih ketara berbanding murid lelaki (min skor 4.8 dan 5.25)

P1 P2 P3 P4 P5 L1 L2 L3 0 2 4 6 8 10 cerita 4 P1 P2 P3 P4 P5 L1 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

cerita 1 cerita 2 cerita 3 cerita 4

P1 P2 L1 L2 P3 L3 P4 P5

(9)

Rajah 5: Keseluruhan Skor Lapan Orang Murid

Jadual 9: Skor Bercerita Lapan Orang Murid

P1 P2 L1 L2 P3 L3 P4 P5 cerita 1 5 5 3 4.5 5 4 5 4.5 cerita 2 7.5 6.5 4.5 6.5 6 6.5 6 6 cerita 3 8 7 5 5 7 7 7.5 6.5 cerita 4 8 6 7 5 7 7.5 8 8 Min skor 7 6.1 4.8 5.25 6.25 6.25 6.62 6.25

Skor untuk cerita pertama paling rendah berbanding cerita 2,3 dan 4 mungkin kerana cerita Si Tanggang lebih panjang dan murid masih kurang biasa dengan struktur penceritaan yang sesuai. Skor terendah adalah 4.8 murid L2. Murid L1 mendapat skor yang rendah untuk semua cerita kecuali cerita 4.

Perbincangan

Dapatan menunjukkan aktiviti bercerita semula dapat meningkatkan kemahiran mendengar murid prasekolah. Bercerita dengan disertai gambar menunjukkan kesan yang tinggi terhadap kemahiran mendengar untuk murid prasekolah. Ini bersesuaian dengan pendapat Nicholas (2007) yang mengatakan murid berpeluang untuk melihat gambar semasa guru bercerita. Carr (2003) dalam kajian beliau juga mendapati murid yang diberi peluang untuk bercerita semula biasanya mendapat skor yang lebih tinggi dalam ujian pemahaman. Jika murid diberi lebih masa untuk mendengar cerita kemahiran mendengar mereka akan menjadi lebih baik. Mendengar cerita merupakan satu bentuk pembelajaran yang menyeronokkan, bersifat interaktif ketika murid terlibat secara aktif semasa bercerita. Selain itu, bercerita juga dapat meningkatkan kebolehan imaginasi murid dan kekerapan mendengar cerita merupakan bentuk latihan kepada proses imaginasi murid. Kesan bercerita terhadap kemahiran mendengar murid lelaki dan perempuan menunjukkan murid perempuan mempunyai skor yang lebih tinggi daripada murid lelaki. Ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh National Literacy Trust (NLT) terhadap guru-guru di United Kingdom menunjukkan 76 peratus daripada mereka mengatakan murid lelaki tidak sebaik murid perempuan dalam kemahiran membaca. (NLT, 2012). Perbezaan yang ketara antara murid lelaki dan perempuan sangat membimbangkan guru-guru. Sebagai kesimpulan, bercerita dapat meningkatkan kemahiran mendengar murid perempuan melebihi murid lelaki.

(10)

Kesimpulan

Kajian ini mempunyai implikasi yang baik dan sesuai diapplikasikan dalam kelas. Dapatan menunjukkan bercerita dapat meningkatkan kemahiran mendengar murid prasekolah. Bercerita juga merupakan satu pembelajaran yang menyeronokkan apabila lakonan dimasukkan semasa proses bercerita. Bercerita semula bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran mendengar murid malah dapat menambah pengalaman pembelajaran murid.

RUJUKAN

Brown, L. (2012). Developing Effective Listening Skills in Children. http://www.neverendingstories.co.za/educational-resources/item/2-developing-effective-listeningskillsinchildren.htm

Carr, C.L. (2003) Journaling as a Tool to Improve Story Comprehension for Kindergarden students. A thesis presented in partial fulfillment of the degree Masters of Arts in Early Childhood Education.

Clark, A., McQuail, S., & Moss, P. (2005) Exploring the Field of Listening to and Consulting with young Children. Research Report, 445. London:DIES

Esther, Odoluowo & Akintenti,Eilen Oluvakemi (2014) Effect of Story telling on listening skills of Primary One Pupil in Ibadan North Local Goverment Area of Oyo State Nigeria

Gilbert, M.B. 2005. An examination of listening effectiveness of educators: performance and preference. Professional Educator 27.1: 1 – 18

Khasanah, Uswatun. (2011). Improving Listening Skill by Using Storytelling. http://perpus.iainsalatiga.ac.id/docfiles/fulltext/2dbdcdbe1fafdf3f.pdf

Miller, K (2016) Developing listening skills are vital to a child's school success https://expertbeacon.com/experts/kari-miller

Morrow ( 2001) Story Telling Analysis Tool

Morrow, L.M. O'Connor, E.M. and Smith, J.K. (1990) Effects of Story Reading Program on the Literacy Development of at Risk Kindergarden Children, Journal of Reading Behavior

National Literacy Trust (2012) Boys Reading Commission. http://literacytrust.org.uk/assets/0001/4056/Boys_Commission_Report,pdf Nicolas, J.L. (2007). An exploration of picture book illustrations on the comprehension

skills and vocabulary development of emergent readers. A Dissertation Submitted to the Graduate Faculty of the Lousiana State University and Agricultural and Mechanical College in Partial Fulfillment of the Requirements for the Award of Doctor of Philosophy in the Department of Educational

Theory, Policy and Practice.

http://www.citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.94.93998

Rivers, W.M. (1981) Teaching Foreign Language Skills (2nd ed) Chicago: University of Chicago Press

Robinshaw, H (2007) Acquisition of Hearing, Listening and speech skills by and during key stage 1. Early Development and Care

(11)

ERIC Clearinghouse on Reading, English and Language ERIC, ED480895. Tramel, A. (2011). The importance of developing Listening skills and attention skills in

children. http://www.livestrong.com/article/507882

Wolvin, A.D. and Coakely, C.G. (2000). Listening education in the 21st century. International Journal of Listening 12:143-152.

Scrivener, J. (2011) Learning Teaching: The Essential Guide to English Language Teaching. (3rd ed) Oxford : Macmillan Education

Referensi

Dokumen terkait

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan