• Tidak ada hasil yang ditemukan

MODEL PENGUKURAN KOMITMEN PENGAJARAN UNTUK PENGAJARAN KREATIF DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP: PENDEKATAN ANALISIS FAKTOR PENGESAHAN.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MODEL PENGUKURAN KOMITMEN PENGAJARAN UNTUK PENGAJARAN KREATIF DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP: PENDEKATAN ANALISIS FAKTOR PENGESAHAN."

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

91 MODEL PENGUKURAN KOMITMEN PENGAJARAN UNTUK PENGAJARAN KREATIF DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP: PENDEKATAN

ANALISIS FAKTOR PENGESAHAN. 1

Nazeri Mohammad, 2Ruhizan Mohamad Yasin, 3 Wan Ameran Wan Mat dan 4Mahizatul Hj Arshad

1

Jabatan Pendidikan Teknik & Vokasional, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Terengganu, 2 Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. 3

Jabatan Penyelidikan & Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik, Kuala Lumpur. 4

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 2, Besut, Terengganu.

ABSTRAK

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan modal insan kreatif dan inovatif. Elemen penting dalam pendidikan yang perlu dan masih kurang diberi perhatian ialah pendidikan guru ke arah melahirkan modal insan kreatif dan inovatif. Kajian ini dijalankan untuk menguji hubungan struktural elemen komitmen pengajaran dalam kalangan guru yang mengajar Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah menengah Semenanjung Malaysia. Kaedah kajian tinjauan rentas menggunakan soalselidik yang merangkumi faktor komitmen pengajaran dan amalan operasi metakognisi dalam pengajaran dari perspektif guru digunakan. Seramai 450 orang guru KH dipilih secara persampelan kluster pelbagai peringkat. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis komponen prinsipal melalui perisian PASW versi 18 dan analisis faktor pengesahan (CFA) melalui perisian Analysis Moment of Structure (AMOS) versi 18 dengan pengujian model pengukuran berdasarkan data bagi menilai kebagusuaian padanan (goodness of fit). Dapatan kajian menunjukkan komitmen afektif berada pada tahap yang sederhana tinggi dan komitmen berterusan berada pada tahap sederhana rendah. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan positif antara komitmen normatif dan komitmen afektif dengan amalan pengajaran kreatif. Akhirnya, model keseluruhan menunjukkan terdapat hubungan langsung dan tidak langsung antara komitmen normatif, komitmen afektif dan komitmen berterusan untuk pengajaran kreatif. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini menyokong hubungan antara elemen-elemen dalam komitmen pengajaran serta kepentingannya dalam membantu meningkatkan keupayaan guru untuk melakukan pengajaran kreatif dan inovatif dalam kalangan guru KH.

Kata kunci: amalan operasi metakognisi, komitmen pengajaran, rekabentuk dan teknologi,

analisis faktor pengesahan, modal insan kreatif dan inovatif.

Education plays significant role in development of creative and innovative human capital. The primary element need to pay attention and still lack of research done is in the teacher education for creative and innovative teaching and learning. This study was conducted to examine the structural relationship in teaching commitment

(2)

92

in creative teaching practices among secondary schools Living Skills (KH) teachers in Peninsular Malaysia. The study used cross-sectional survey method using questionnaire to investigate teaching commitment in creative teaching practices. A total of 450 teachers were selected using cluster sampling technique. This study used the principal component analysis in PASW software version 18 and confirmatory factor analysis in the Analysis of Moment Structure (AMOS) version 18 to test the measurement model to assess goodness of fit of the observed data. In addition, a relational model of variables under study was built and tested using confirmatory factor analysis (CFA). The findings showed affective commitment to be at moderately high and continuing commitment to be at medium-low. The findings reveal that there is a positive relationship between normative commitment and affective commitment to the practice of creative teaching. Finally, the overall model shows that there is a direct and indirect relationship between normative commitment, affective commitment and ongoing commitment to creative teaching. The overall findings of this study support the relationship between the elements of the teaching commitment and interest in helping to improve their ability to do creative and innovative teaching among KH teachers.

Keywords: metacognition operating practices, commitment to teaching, design and technology, confirmatory factor analysis, creative and innovative human capital.

PENGENALAN

Pengaruh aspek komitmen guru sebagai agen transformasi kurikulum dilihat sebagai mempengaruhi sejauhmana penglibatan guru secara total sebagai agen transformasi kurikulum (Sinclair 2008; Tormala, DeSensi & Petty 2007). Aspek komitmen ini telah dilihat sebagai aspek yang akan mempengaruhi persepsi guru terhadap pelaksanaan inovasi kurikulum dalam pengajaran kreatif bagi kurikulum berkenaan (BPK 2011; Chen & Chen 2010a; Erica & Dawson 2008). Seterusnya, persepsi tersebut akan mempengaruhi pula sikap dan tingkahlaku guru dalam pengajaran dan pembelajaran (Barnett 2010; Sidawi 2009). Hal ini telah dikaitkan dengan personaliti guru yang kreatif dalam penerimaan perubahan kurikulum berkenaan (Corner 2012; Diseth & Martinsen 2009; Chamorro & Reichenbacher 2008). Walaupun terdapat permasalahan dalam pelaksanaan inovasi, sebagai sebuah negara yang sedang menuju era maju dan mempunyai wawasan ke arah mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia, Malaysia terus memperkenalkan beberapa inovasi kurikulum sekolah bagi mencapai matlamat tersebut.

Di bawah bidang keberhasilan utama nasional (NKRA) telah dinyatakan supaya perluasan kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Oleh kerana itu, langkah kerajaan melancarkan Malaysia Inovatif 2010 baru-baru ini amat kena pada

(3)

93 masanya dalam usaha kita bergerak ke arah menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 nanti. Justeru itu, sistem pendidikan negara kita memerlukan usaha strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya dalam kalangan warga pendidik (Van 2002) ke tahap yang lebih berkualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran abad berkenaan (Ahmad Sarji 2003). Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan berjaya membina tamadun sesebuah masyarakat (Ahmad Tajuddin 2006) dan menjamin keutuhan sesebuah empayar (Sufean 2004; Ahmad 2001). Pendidikan juga menjadi bidang utama dalam membangunkan modal insan (PPK 2007) pada masa hadapan (Ahmad Tajuddin 2009). Penekanan seharusnya diberikan terhadap bidang ini dengan pembaharuan yang dapat membangunkan akal, hati, dan jiwa manusia, khususnya golongan remaja bagi melengkapkan diri ke arah negara maju pada tahun 2020 nanti (Ahmad Sarji 2003).

Sungguhpun demikian sehingga kini, kajian-kajian yang lepas menunjukkan bahawa terdapat ruang dan usaha yang boleh dijalankan dalam meningkatkan daya kreativiti pelajar (Sawyer 2008; Hamsiah 2004; Houtz et al. 2003) dalam bilik darjah (Jon Chao Hong et al. 2009; Balakrishnan 2002). Kajian ini diharapkan dapat menyumbangkan kepada konstruk pengajaran kreatif dalam pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk menguji kesepadanan model pengukuran dalam model hipotesis yang dicadangkan oleh pengkaji dan mengenalpasti hubungan antara konstruk-konstruk dalam model pengukuran komitmen normatif, komitmen afektif dan komitmen berterusan bagi model struktural komitmen pengajaran.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah:

1. Adakah terdapat hubungan antara komitmen normatif, komitmen afektif dan komitmen berterusan dengan komitmen pengajaran dalam RBT?

2. Adakah model pengukuran komitmen pengajaran yang dicadangkan adalah sepadan dengan data kajian?

HIPOTESIS KAJIAN

Ho(1):Tidak terdapat hubungan antara komitmen normatif dengan komitmen pengajaran.

Ho(2):Tidak terdapat hubungan antara komitmen afektif dengan komitmen pengajaran Ho(3):Tidak terdapat hubungan antara komitmen berterusan dengan komitmen

(4)

94

METODOLOGI KAJIAN

Penyelidikan yang dijalankan ini bersifat pengujian hipotesis (Newman 2003). Analisis faktor yang dilakukan akan mengenalpasti sama ada item-item soal selidik mengukur konsep (variabel) yang sama, iaitu mengenalpasti sama ada variabel pendam (konsep) diwakili oleh variabel-variabel indikatornya, manakala analisis laluan mengenal pasti hubungan antara variabel-variabel dalam perhubungan sebab akibat dalam sesuatu model regresi (Arbuckle 2006; Byrne 2010; Hair et al. 2010).

Pelaksanaan analisis dengan menggunakan analisis faktor pengesahan (CFA) adalah untuk menentukan bahawa data dapat disesuaikan dengan model yang dibina oleh pengkaji iaitu ia melibatkan hipotesis untuk meramalkan komposisi faktor yang mungkin terbentuk. Analisis faktor konfirmatori ini adalah teknik structural equation

modelling (SEM) untuk mengenalpasti goodness-of-fit antara model yang akan

dihipotesiskan dengan data yang dikumpulkan. Penentuan untuk menambah laluan kepada model adalah berdasarkan kepada teori atau literatur ataupun disebabkan oleh data empirikal menggunakan perisian Analysis of Moment Structures (AMOS) dengan membekalkan maklumat dalam modification indices (MI) untuk membuat penambahan laluan kepada model bagi mendapatkan model yang mempunyai nilai

goodness-of-fit yang baik (Hair et al. 2006). Walaupun pada kebiasaannya para

penyelidik menggunakan analisis faktor dan diikuti dengan ujian-ujian kebolehpercayaan, pengkaji mengikut saranan dari Brown (2006) dan Kline (2005) dengan menggunakan kaedah analisis faktor pengesahan selepas menjalankan analisis faktor bagi tujuan memantapkan lagi dapatan kajian.

Kajian ini tertumpu di sekolah menengah kebangsaan di zon pantai timur Semenanjung Malaysia sahaja. Pengkaji memilih 450 orang responden yang terdiri dalam kalangan guru-guru yang mengajar RBT dalam mata pelajaran KH. Pengkaji menggunakan instrumen seperti soal selidik, berdasarkan instrumen yang telah dibangunkan oleh Jon-Chao Hong, Jeou-Shyan Horng, Lih-Juan Lin, Shih-Hui Chang, Hui-Chuan Chu dan Chan-Li Lin. (2009), Palaniappan (2005) dan Lokman (2007). Hubungan antara variabel komitmen normatif, komitmen afektif dan komitmen berterusan dalam kalangan guru KH akan dikaji berdasarkan sebuah

model a priority yang dibentuk oleh pengkaji.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Keputusan analisis Maximum Likehood Estimates bagi komitmen pengajaran dalam pengajaran RBT menunjukkan bahawa nilai critical ratio (C.R.) bagi pekali regresi (regression weights) antara variabel pendam komitmen pengajaran dengan variabel indikatornya aspek komitmen normatif, komitmen afektif dan komitmen berterusan adalah diluar lingkungan + 1.96 (Hair et al. 2006, 2010). Oleh itu, ketiga-tiga variabel indikator tersebut merupakan variabel peramal yang signifikan bagi variabel pendam komitmen pengajaran pada p < 0.05. Nilai Standard Regression Weight pula merupakan pekali regresi piawai (β) bagi setiap path antara variabel pendam dengan variabel-variabel indikatornya (Steven & Zvoch 2007). Nilai pekali regresi piawai (

(5)

95 0.810 hingga 0.888) menunjukkan kekuatan regresi antara variabel pendam komitmen pengajaran.

JADUAL 2: Nilai pekali regresi piawai bagi variabel indikator Komitmen pengajaran

Variabel pendam Variabel indikator

Β

Komitmen pengajaran Normatif 0.848 Komitmen pengajaran Afektif 0.810 Komitmen pengajaran Berterusan 0.888

JADUAL 3: Nilai C.R bagi laluan untuk variabel Komitmen pengajaran. Komitmen pengajaran Normatif C.R = 6.67 P =

0.000 Komitmen pengajaran Afektif C.R = 5.93 P =

0.000 Komitmen pengajaran Berterusan C.R = 2.64 P =

0.008

Secara keseluruhannya dari Jadual 3 di atas dapat dilihat nilai C.R bagi path untuk semua variabel eksogenos dan variabel endogenos dalam model ini, didapati nilai C.R bagi path komitmen Normatif ke komitmen pengajaran menunjukkan secara signifikan (C.R.=6.67, p=0.000) p<0.05; nilai C.R bagi path Komitmen Afektif ke komitmen pengajaran menunjukkan secara signifikan (C.R.=5.93,p=0.000)p<0.05; nilai C.R bagi path; dan nilai C.R bagi path komitmen berterusan ke komitmen pengajaran menunjukkan secara signifikan (C.R.=2.64, p=0.008 )p<0.05.. Keputusan Squared Multiple Correlations (SMC) pula menunjukkan nilai varians bagi semua variabel indikator dalam model iaitu komitmen normatif iaitu 0.338 atau 33.8 %,, komitmen afektif 0.689 atau 68.9 %, dan juga komitmen berterusan 0.874 atau 87.4% dalam model struktural ini dapat diramal oleh data kajian (Keith 2006). Maklumat dalam Jadual CMIN pula telah menunjukkan bahawa keputusan ujian Khi Kuasa Dua Goodness-of-Fit adalah signifikan ditunjukkan Jadual 4 di bawah.

(6)

96

JADUAL 4: Keputusan ujian Khi Kuasa Dua Goodness-of-Fit

Model NPAR CMIN DF P CMIN/DF

Default model 132 964.468 571 0.000 1.689

Saturated model 703 .000 0

Independence

model 37 8117.417 666 0.000 12.188

Nilai indeks kesepadanan NFI, RFI, IFI, TLI dan CFI dalam Jadual Baseline

Comparisons adalah melebihi dari .90 kecuali NFI dan RFI. Mengikut syarat Baseline Comparisons, nilai indeks kesepadanan yang kurang dari 0.90 menunjukkan

bahawa model pengukuran yang dicadangkan oleh pengkaji adalah tidak sepadan (Keith 2006, Hair et al. 2010) dengan data kajian seperti ditunjukkan dalam Jadual 5.

JADUAL 5: Nilai bagi Baseline Comparisons modifikasi model.

Model NFI Delta1 RFI rho1 IFI Delta2 TLI rho2 CFI Default model 0.881 0.861 0.948 0.938 0.947 Saturated model 1.000 1.000 1.000 Independence model 0.000 0.000 0.000 0.000 0.000

Nilai RMSEA bagi model hipotesis ialah 0.041 (model sepadan dengan data kajian jika nilai RMSEA <0.06 ). Ini menunjukkan bahawa model yang dicadangkan oleh pengkaji adalah sepadan dengan data kajian (Ullman 2007; Hair et al. 2010) ditunjukkan dalam Jadual 6.

JADUAL 6: Nilai bagi RMSEA setelah dilakukan modifikasi model.

Model RMSEA LO 90 HI 90 PCLOSE

Default model 0.041 0.036 0.045 1.000

Independence model 0.165 0.162 0.168 0.000

Berdasarkan keputusan analisis faktor pengesahan ini, pengkaji mendapatkan nilai indeks kesepadanan yang lebih baik seterusnya model pengukuran yang dicadangkan oleh pengkaji adalah sepadan dengan data kajian (Ullman 2007; Hair et al. 2010). Hasil dari analisis Goodness of Fit Indices ke atas model keseluruhan (full

(7)

97 JADUAL 7: Goodness-of-Fit-Indices Model Pengukuran Komitmen Pengajaran Goodness of Fit Indices Cut-off Value Model Keterangan(Hasil) Utam a Modifika si Uji Semul a

Sebelum Sesudah Uji Semul a Chi-Square 3148.2 3

964.47 639.51 Besar Kecil Kecil Probabilit y > 0.05 0.00 0.00 0.780 Kurang baik Kurang baik Baik RMSEA < 0.08 0..63 0.041 0.00 Kurang baik Kurang baik Baik GFI > 0.90 0.778 0.894 0.838 Kurang baik Kurang baik Kuran g baik AGFI > 0.90 0.754 0.869 0.801 Kurang baik Kurang baik Kuran g baik CMIN/D F < 2.00 2.63 1.689 0.957 Kurang baik Baik Baik TLI > 0.95 0.847 0.938 1.011 Kurang baik Kurang baik Baik CFI > 0.95 0.857 0.947 1.000 Kurang baik Baik Baik

Berdasarkan keputusan analisis di atas, pengkaji membuat keputusan bahawa populasi guru yang mengajar RBT di sekolah menengah dalam kajian ini menunjukkan hubungan antara variabel-variabel komitmen normatif, komitmen afektif dan komitmen berterusan dalam model pengukuran Komitmen Pengajaran RBT seperti dalam model yang telah dimodifikasikan (Harrington 2009).

Penafsiran ke atas hasil analisis model pengukuran adalah bersandarkan kepada tiga kriteria iaitu Estimates, Critical Ratio dan Probability. Untuk keperluan pengujian hipotesis dilakukan dengan kriteria critical ratio lebih besar daripada 2.58 pada aras signifikan 1 peratus atau lebih besar daripada 1.96 untuk aras signifikan 5 peratus. Keputusan hasil ujian secara keseluruhannya dapat dilihat dalam Jadual 8.

(8)

98

JADUAL 8: Hasil Ujian Hipotesis dan keputusan hasil ujian. Hipotesis

Alternati f

Pernyataan Hipotesis Statistik Asas Keputusan

Keputusan

HA(1) Terdapat hubungan antara komitmen normatif dengan komitmen pengajaran.

γ = .61 dan p=.00 < .05

Diterima HA(2) Terdapat hubungan antara komitmen afektif

dengan komitmen pengajaran

γ = .36 dan p=.00 < .05

Diterima HA(4) Terdapat hubungan antara komitmen

berterusan dengan komitmen pengajaran

γ = .15 dan p=.03 < .05

Diterima

Keterangan:

β : pekali hubungan langsung antara pemboleh ubah endogen

γ : pekali hubungan langsung antara pemboleh ubah eksogen dan endogen γ’: pekali hubungan tak langsung antara pemboleh ubah eksogen dan endogen p : aras signifikan

RUMUSAN DAN PENUTUP

Kajian yang dijalankan ini telah memberikan maklumat awal kepada dunia pendidikan di negara ini, bahawa inisiatif ini dilihat antara usaha komprehensif yang menyokong usaha pihak KPM bagi menyediakan rakyat yang berpengetahuan (Young & Fry 2008), kemahiran (Elbot & Fulton 2008) dan nilai (Siti Safariah 2009) yang diperlukan melalui sistem pendidikan kebangsaan (PPK 2007) yang mengupayakan pembangunan potensi individu (Che Nidzam 2011) secara menyeluruh dan bersepadu (Abd Ghafar 2003). Malah, kefahaman yang jelas mengenai elemen kreativiti dan inovasi (Palaniappan 2005) membolehkan guru-guru merancang (Jon Chao Hong et al. 2009) dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik (Gordon 2009) mengikut kreativiti masing-masing (BPK 2010a; Houtz et. al 2003).

BIBLIOGRAFI

Byrne., Barbara. M. (2010). Modeling With AMOS: Basic concepts, application

and

programming. Second Edition. Routledge: New York.

Gravetter, F. J., & Wallnau, L. B. (2007). Statistics for the behavioral Sciences (7th edn).

(9)

99 Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B.J., Anderson, R. E., & Tatham, R.L. (2010).

Multivariate

Data Analysis (7th edn). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.

Keith, T. Z. (2006). Multiple regression and beyond. Boston, MA: Allyn and Bacon.

Kline, R. B. (2005). Principles and Practice of Structural Equation Modeling (2nd).

New

York: The Guilford Press.

Meyers, L. S., Gamst, G., & Guarino, A. J. (2006). Applied Multivariat Research:

Design and Interpretation. Thousand Oaks: Sage Publications.

Palaniappan, A. K. (2005). Creativity and Academic Achievement: A Malaysian Perspective. Shah Alam: Karisma Publication.

Referensi

Dokumen terkait

Dari beberapa definisi tersebut, dapat diambil kesimpulan bahwa sistem pendukung keputusan merupakan suatu sistem berbasis komputer, yang dapat

Hasil analisis uji t menunjukkan terdapat pengaruh secara parsial antara variabel independen terhadap variabel dependen sedangkan data uji F menunjukkan adanya pengaruh

1 Pembayaran kembali pengeluaran yang telah dilakukan guna keperluan para pegawai Negeri pada Yayasan Urusan Bahan Makanan.. 2 Penerimaan kembali dari Yayasan

Rangkaian palang pintu perlintasan kereta api otomatis ini mempunyai tiga bagian umum yaitu motor servo yang akan berputar menggerakkan palang membuka dan

berusaha merubah pandangan masyarakat terhadap polisi utamanya polisi lalu lintas dengan cara merepresentasikan polisi Salah satu yang paling sering ditampilkan adalah

Artinya, tauhīd dalam pandangannya adalah akar dari prinsip akhlak orang beriman yang tidak akan dapat dicabut oleh kekuatan manapun; Ketiga , manakala perasaan alam bawah

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui pengaruh desentralisasi fiskal dalam konsep belanja daerah dan dalam konsep pendapatan daerah serta jumlah tenaga

Penelitian ini akan meninjau performa bangunan dengan SRPM yang memikul 25% gaya lateral (skenario 1) dan bangunan dengan SRPM yang memikul kurang dari 25% gaya