Ulasan Buku: Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah Nama Guru : Puan Arbayah Binti Aris
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Titi Gantong, Bota Perak Judul Buku : Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah
Pengarang : Abdullah Hassan, Ainon Mohd,
Penerbit :PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Sinopsis
Buku ini adalah bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar.
Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.
Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampaikan sesinya, kemudian mereka tidak datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali, sebaliknya ia adalah proses yang perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid.
Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu bapa yang kurang berada, khususnya ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program motivasi bagi murid-murid sekolah adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula sejak lewat tahun 70-an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu, seperti cendawan tumbuh pada musim hujan, negara menyaksikan begitu ramai
individu-individu yang digelar pakar-pakar motivasi dan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan program-program motivasi.
Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.
Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dinasi-hati, dipaksa dan seumpamanya oleh motivator-motivator yang mengendalikan program itu.
Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu
bukanlah tanpa asasnya. Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi murid-murid sekolah menggunakan teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang negatif kepada murid-murid itu. Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar
belakang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan gelaran itu, oleh sebab yang demikian mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori motivasi dalam aktiviti mereka. Inilah punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi dengan isi kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang mengikutinya.
Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah lama diterokai oleh pakar-pakar psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-pakar psikologi negara ini, yang berada di universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke depan dan menerangkan kepada masyarakat apa yang dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi. Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu sendiri.
Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pakar-pakar psikologi tempatan supaya kandungan ini dapat dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama:
1. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalankan tugas mendorong dan mengajar.
2. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya program mereka menjadi lebih berkesan.
3. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang diperlukan oleh anak-anak menjadi manusia yang berjaya.
Nilai Pengetahuan/Pengajaran :
1. Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang positif.
2. Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif.
3. Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya.
4. Melatih murid bersikap optimis.
5. Melatih murid tangguhkan kepuasan iaitu jangan bersikap puas pada
kejayaan.
6. Melatih murid berani melakukan kesilapan. IQ tinggi bukan penentu
kejayaan.
Judul Buku:
Kemahiran Interpersonal untuk Guru. Pengarang :
Ismail Kusmayadi Penerbit :
PT Pribumi Mekar. Terbitan:
Kesatu, tahun 2010. ISBN: 978-602-8142-63-2 Tebal : 90 halaman
Oleh: Yohanes Paiman
secara benar, penuh komitmen dan
erbicara masalah mutu pendidikan B sangat kompleks. Dikatakan demiki- an karena mutu pendidikan ditentu- kan banyak faktor, seperti mutu manajemen dan sistem kultur
pendidikan, sarana- prasarana pendukung pelaksanaan pendi- dikan maupun perun- dangan yang diberla- kukan.
Faktor dominan penentu mutu pendi- dikan tersebut secara uniti maupun relasi- onsif harus bersinergi dan ideal. Masing- masing melaksanakan tugas dan kewajiban- nya secara moralis, proporsional, dan idealis demi
optimali-sasi hasil yang diperoleh dan akan dibangun atau akan diwujudkan bersama.
Membangun kondisi dan tujuan ideal tidak mudah. Diperlukan sebuah kesadaran nasional melalui rapat kerja nasional untuk melahirkan kesepakatan dan konsensus nasional, melaksanakan konsensus tersebut dari aras atas/pusat sampai bawah/daerah/ lapangan Judul Buku:
Kemahiran Interpersonal untuk Guru. Pengarang :
Ismail Kusmayadi Penerbit :
PT Pribumi Mekar. Terbitan:
Kesatu, tahun 2010. ISBN: 978-602-8142-63-2 Tebal : 90 halaman
Oleh: Yohanes Paiman
secara benar, penuh komitmen dan konsisten, mengevaluasi pelaksanaannya secara benar dan transparan, menindaklanjutinya secara prospektif, edukatif, dan dalam kondisi kemajuan yang berkelanjutan.
Buku berjudul
Kemahiran Interpersonal untuk Guru karya Ismail Kusmayadi ini mem- berikan alternatif wa- wasan positif, dinamis, dan penting bagi guru selaku salah satu sumber daya pelaksana
pendidikan di lapangan yang langsung menyen- tuh dan berinteraksi dengan peserta didik selaku subjek pendi- dikan. Dengan memba- ca buku ini, guru dikon- disikan memiliki
wawa-san untuk mampu melakukan komunikasi dan interaksi secara intra dan interpersonal antara guru-siswa dalam proses pembelajaran. Kualitas komunikasi-interaksi pembelajaran guru-siswa diharapkan berdampak produktif dalam membangun citra dan kualitas proses belajar siswa. Secara berantai dan berjenjang diharapkan, kualitas kompetensi guru dalam
102Jur
Sinopsis : MEMBINA PERIBADI MUSLIM
Membina Peribadi Muslim adalah sebuah buku yang boleh menjadi panduan setiap Muslim dalam menghiasi diri dengan akhlak yang mulia. Buku ini menyoroti beberapa konsep yang menjadi panduan serta bimbingan kepada umat Islam agar sentiasa melatih diri ke arah kehidupan yang diredhai. Zikir berupaya menjadi terapi kegundahan jiwa di samping menghembus ketenangan hati dalam mengharungi pentas kehidupan. Begitu juga dengan
muhasabah diri sebagai pelengkap yang menjadi teras kecemerlangan dalam membentuk jati diri individu terbilang.
Tiada suatu yang lebih berharga pada diri seseorang Muslim itu melainkan akhlak yang terpuji kesan daripada didikan junjungan mulia Rasulullah s.a.w dalam jiwa umatnya. Sesungguhnya akhlak Rasulullah s.a.w itu adalah akhlak al-Quran. Sepatutnya, al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w yang gemilang dan cemerlang itu dijadikan sumber rujukan dalam menjejaki keterampilan akhlak yang luhur agar ia dapat mewarnai kehidupan manusia sejagat.
Buku kecil ini sewajarnya dimiliki oleh semua lapisan masyarakat ke arah melahirkan generasi al-Quran yang unik.
Pengarang:Engku Ahmad Zaki Engku Alwi Halaman:208
Terbitan:Alaf 21 Sdn Bhd Harga : RM 7.00
Posted by Noraini at 8:34 PMNo comments:
M
Ulasan Buku:Mudahkan Jangan Susahkan
Terbitan:Galeri Ilmu Sdn Bhd Tahun:2012
Buku ini merupakan buku ketiga Syed Alwi yang saya ladeni selepas Bila Allah Menduga Kita(2010) dan Senyumlah Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan
Berlalu(2011).
Buku ini adalah sebuah karya motivasi Islam yang dipenuhi dengan kisah-kisah benar yang dilalui penulis dan orang terdekat beliau juga kisah tauladan dari sirah,zaman silam dan selainnya.Kesemua kisah tersebut mengandungi tauladan yang tidak terhingga nilainya kerana ia memperingatkan kita tentang kesukaran dan kemudahan.
Ringkasnya saya melihat pengalaman selepas membaca buku ini sangat unik sekali.Ia bagaikan satu sinambungan kepada Senyum.
Buku ini memberi kesedaran supaya kita semua melihat sesuatu perkara itu mudah,walaupun terkadang ada perkara susah dilalui seperti perkara yang baru pertama kali dilakukan,perkara yang tidak suka dilakukan atau perkara yang tidak suka untuk dilakukan atau dilalui jadi, kita perlu belajar meraikan pengalaman-pengalaman baru dalam hidup kita.Lantaran ia akan dapat dilalui dengan lebih mudah.
Sungguhpun demikian,bukan semua perkara boleh kita pandang mudah.Perkara tentang dosa pahala,halal haram bukan perkara yang boleh dibuat main-main atau dipemudahkan-mudahkan.Contoh sudah Allah tetapkan solat Zohor empat rakaat tidak bolehlah kita mudahkan jadi tiga,dua dan sebagainya.Kalaupun menjadi dua rakaat pada keadaan tertentu keadaan yang membolehkan solat qasar.
Ada kalanya,kita mempunya sikap terlalu memikirkan perkara yang belum tentu kita lalui.Terkadang memikirkannya secara berlebihan mendatangkan keburukan kepada kita seperti terlalu risau kalau sakit,kalau rumah dimasuki pencuri,kalau gagal dalam peperiksaaan dan sebagainya sedangkan perkara tersebut belumpun dilalui lagi.Untuk itu kita perlu banyak beristighfar dan menggantungkan tawakal kepada Allah.Lantaran itu kita turut perlu berusaha seperti menjaga
kesihatan,mengambil langkah-langkah keselamatan juga berusaha untuk
menghadapi peperiksaan berbanding hanya rasa takut tanpa sebarang persediaan atau persiapan.
Sedang kita tidak suka orang menyusahkan kita maka kita juga sama,perlu
memudahkan urusan orang lain seperti kita suka orang lain memudahkan urusan kita.Nah!pada detik membaca bahagian ini saya terbayangkan kadang-kadang prosedur yang pelbagai dan karenah birokrasi sangat menyusahkan pelanggan misalnya,namun dari satu sudut yang lain prosedur yang adakala menyusahkan itu
ada pula kebaikannya.
Ada masanya dalam kehidupan kita,kita terpaksa melalui kesusahan.Kita perlu lalui kesusahan itu tanpa kompromi.Dalam keadaan-keadaan tertentu Allah menguji kita dengan kesusahan,pasti mereka yang bertabah tidak dipersia-siakan nilai
ketabahan mereka itu oleh Allah SWT.Pada saat kita ditimpa sesuatu,mari kita sama-sama tanamkan pertahanan bahawa Allah sedang memilih kita untuk diberi pahala yang berlimpah-ruah.Pada satu ketika yang lain kita diberi dengan
kesenangan,bolehkah kita bersyukur?Jadi mungkin ada lebih baiknya kita diuji supaya kita lebih mensyukuri sesuatu yang kita punyai.
Apatah lagi,jika kita bandingkan kesusahan yang kita lalui tidaklah sehebat yang Rasulullah saw lalui.Jika kita difitnah pula,tidaklah sedahsyat fitnah yang dihadapi Nabi Allah Yusuf.Itulah antara cara untuk kita lebih bersyukur tatkala
membandingkan kesusahan kita dengan para aulia 'alaihimusolatu wassalam. Ringkasnya,kesusahan yang Allah berikan pada kita,ternyata bersesuaian dengan kemampuan kita menghadapinya.Yakinlah dengan itu,yakinlah dengan pertolongan Allah.Jika kita pening-peningkan kepalapun,ia tidak mampu mengubah sesuatu yang susah menjadi senang,bahkan mungkin jadi lebih susah lagi.
Amalkan doa supaya Allah tidak menimpakan sesuatu yang diluar kemampuan kita.Dan...cubalah kita renung-renungkan adakalanya kita tidak tersedar kita telah melalui beberapa siri kesedihan dan kedukaan,itulah tanda Allah sedang
berkomunikasi dengan kita dan beruntunglah bagi mereka yang mengambil peluang keemasan ini dengan tabah dan redha.
Sebagai penutupnya,mari kita tanamkan dalam diri semangat,aku boleh,dengan bantuan Allah SWT,InsyaAllah semuanya akan jadi senang dan mudah.
Anda mungkin juga meminati:
Senyumlah
SINOPSIS BAHAN BACAAN ILMIAH (Latihan Dalam Perkhidmatan) Nama : Mohd Mustakim bin Kamarudin
Tajuk : Latihan Dalam Perkhidmatan (Pembacaan Bahan Ilmiah) Tarikh : 05-April-2011
Masa diambil : 3 minggu (15 Mac - 05hb April 2011)
Tajuk Buku : Imam Al-Ghazali PENDIDIKAN BERKESAN Keluaran : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Penulis : Abdul Salam Yussof
Bilangan m/s : 160 (termasuk bibliografi) No. Siri ISBN : 967-61-1388-3
Harga : RM 15.00
Sumber : Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Lahad Datu (borang sinopsis buku untuk guru: BORANG/LAMPIRAN)
Imam Al-Ghazali yang dikatakan dalam buku ini merupakan tokoh ahli fikir Islam yang terkenal bukan sahaja dalam umat Islam malah seluruh manusia sepanjang zaman bermula dari zaman Al-Ghazali di angkat sebagai ulama sehinggalah ke saat ini. Ditulis dengan terperinci akan biodata dan sejarah silam serta keluarga tokoh ini. Perkara utama yang hendak dikongsikan di sini ialah sumbangan Imam Al-Ghazali kepada umum dalam pendidikan berkesan bermula dari waktu kecil hingga dewasa.
Antara bahan rujukan yang digunakan dalam penulisan buku ini ialah Kitab Ihya Ulum Al-Din yang dikarang oleh Imam Al-Ghazali. Dihuraikan dengan panjang lebar untuk pelbagai bidang. Antara yang dapat kita beri perhatian ialah bahagian utama kitab tersebut yang telah dibahagikan antaranya ialah ibadah, muamalat dan perkara-perkara yang dapat merosakkan kehidupan manusia
(keajaiban hati).
Seterusnya diterangkan di sini kejayaan yang diperolehi oleh Imam Al-Ghazali sebagai ulama utama dalam sejarah pemikiran Islam. Ini adalah kerana sumbangan besar yang diberikan telah mewujudkan kesepaduan dan penjelasan had-had antara Islam dan kufur, had-had kebebasan pentafsiran yang boleh dibolehkan dan batas-batas yang dilanggar adalah bermakna kufur. Dalam pada itu, beliau mengkritik corak kurikulum yang sedang merosot dengan beberapa kelemahan yang dikenal pasti iaitu memisahkan sains keduniaan daripada sains Islam dan beberapa perkara-perkara yang tiada tempat dalam syariat dimasukkan dalam kurikulum dan menjadikan
seolah-olah ia adalah sebahagian daripada syariat.
Dalam bahagian kedua buku ini menjelaskan akan sumber, tujuan dan klasifikasi ilmu. Dijelaskan di sini bahawa Al-Ghazali menggambarkan kedudukan ilmu mesti berasaskan keimanan atau keyakinan yang kukuh. Ini adalah kerana segala sumber ilmu itu datang daripada Allah Taala yang diterima oleh hati dan akal untuk ditafsirkan dan berfikir. Manakala sumber ilmu itu di bahagikan kepada ilmu syariah dan ilmu bukan syariah. Sumber ilmu yang tertinggi ialah wahyu yang berasal daripada Allah. Manakala ilmu bukan wahyu (ilmu aqliah) begitu banyak batasan dan sistem nilai yang mana ada sebahagian ilmu yang tidak terjangkau dalam fikiran kita selaku manusia biasa.
Al-Ghazali dengan karya-karya yang ditulis menyatakan tujuan ilmu itu melahirkan insan sempurna untuk mendekatkan diri kepada Allah dan melahirkan insan sempurna untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Antara penulisan Al-Ghazali yang menyatakan bahawa:
Kau telah maklum bahawa natijah dari ilmu ialah mendekatkan diri kepada Pencipta Alam dan menaikkan taraf sama dengan para malaikat serta berada di tengah-tengah arwah yang utama. Hal ini adalah di akhirat nanti sedangkan di dunia pula ia menjadi mulia, memiliki kebesaran, mempunyai pengaruh pemerintahan kepada pemimpin Negara dan biasanya amat dihormati (m/s 55).
Manakala objektif utama penulisan kitab Al-Ghazali ialah menggalakkan umat Islam
mempraktikkan ilmu, membersihkan amalan daripada kotoran dan melakukan dengan ikhlas. Beliau juga menganjurkan kepada murid-muridnya menjadi orang yn cerdas, mahir berfikir, mengadakan penelitian yang mendalam, menggunakan akal fikiran dengan baik dan ptimum bagi menguasai ilmu. Dalam penulisan Al-Ghazali yang lain ialah “Tujuan murid mempelajari segala ilmu pada masa kini adalah untuk kesempurnaan dan keutamaan jiwanya”.
Turut dikupas dalam buku ini tentang konsep pembelajaran ilmu. Bagi golongan yang bergelar guru, perkara yang boleh kita ambil perhatian di sini (dalam penulisan buku ini) ialah, guru memberi kesan yang besar dalam perkembangan, personaliti, mental, fizikal dan spiritual setiap manusia. Guru memaikan peranan penting sebagai pengajar, pengurus, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga inovator iaitu orang yang membawa pembaharuan. Ini adalah kerana guru menjalankan tugas untuk membina kemurnian jiwa, pemikiran dan tingkah laku murid. Guru merupakan model dalam keperibadian sebagai pendidik kepada murid-murid. Sebab utama kemerosotan moral, disiplin dan akhlak adalah kerana pendidikan yang terlalu menekankan aspek kognitif dan psikomotor untuk pencapaian cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Keperluan pendidikan awal ditekankan oleh Al-Ghazali yang mana secara ringkasnya adalah seperti berikut; (1) Pendidikan anak mula diperhatikan sejak lahir lagi yang mana asuhan dan penjagaan diserahkan kepada perempuan yang baik akhlaknya. (2) Membiasakan anak-anak
hidup secara sederhana antaranya dianjurkan anak berpakaian putih dan tidak bercorak garang dan ditegah anak tidur di tilam yang tebal supaya otot badannya menjadi kuat. (3) Anak-anak diajar al-Quran, hadis-hadis pilihan dan biografi tokoh-tokoh besar dan hindarkan membaca syair atau puisi yang tidak bermoral. (4) Beri peruntukan waktu yang cukup untuk pendidikan jasmani supaya badannya menjadi sihat. (5) Menyemai akhlak yang mulia dan tingkah laku yang sopan. (6) Pelihara pergaulan anak-anak daripada teman yang nakal. (7) Memberi ganjaran bagi setiap budi pekerti yang dilakukan. (8) Jangan banyak mencela atau memaki anak-anak yang
melakukan kesilapan dan kesalahan. (9) Anak diajarkan ilmu syariat ketika memasuki alam remaja. (10) Anak perlu pelajari ilmu aqliah di peringkat dewasa.
Kesimpulannya, melalui pembacaan bahan ilmiah yang telah dikaji diperingkat tinggi ini maka dapatlah kita mengambil manfaat sepenuhnya untuk digunakan sebagai rujukan dan panduan dalam memperbaiki dan menambahkan pengetahuan sedia ada. Buku ini boleh dijadikan sandaran dalam membina pendidikan berkesan membentuk cara kehidupan pembelajaran yang dianjurkan oleh imam Al-Ghazali.
Sekian, terima kasih.
Beberapa link yang bleh kita lihat berkenaan tajuk buku berkaitan 1) http://www.scribd.com/doc/5382480/Imam-Al-Ghazali