• Tidak ada hasil yang ditemukan

Indianisasi di Asia Tenggara .

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Indianisasi di Asia Tenggara ."

Copied!
34
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Sebelum berlakunya proses pengindiaan di Asia Tenggara, sememangnya sudah pun wujud perhubungan awal di antara India dengan Asia Tenggara. Perhubungan ini dikatakan berlaku sejak zaman prasejarah lagi secara dua hala di mana bukan sahaja orang India menjelajah ke kawasan Asia Tenggara bahkan orang Melayu juga turut sampai ke India. Pengaruh agama Hindu dan Buddha diterima secara umum sebagai antara agama terbesar dunia. Pada masa yang sama, berdasarkan bukti-bukti sejarah termasuk tinggalan-tinggalan arkeologi, pengaruh tamadun India ini tersebar ke sebahagian besar kawasan di benua Asia terutama Asia Tenggara dan Asia Timur. Namun begitu, pengaruh dan kesan Indianisasi ini lebih jelas kelihatan dalam masyarakat di Asia Tenggara.

Apa yang dikatakan sebagai “pengindiaan” itu bukanlah bermaksud “menjadikan India” dalam erti kata kebudayaan di Asia Tenggara ini berubah menjadi kebudayaan India seluruhnya kesan daripada kedatangan budaya India tersebut. Akan tetapi apa yang sebenarnya dimaksudkan adalah dengan pengindiaan itu ialah unsur-unsur budaya India telah meresap masuk ke dalam budaya tempatan setelah berlakunya pertembungan antara dua budaya itu. Ini bukan bermakna budaya tempatan itu hilang langsung dan digantikan dengan budaya India kan tetapi hanya sebahagian ciri-ciri India diserap masuk ke dalam budaya tempatan mengikut kepada kesesuaian dan menerima apa yang sesuai sahaja dan menyelaraskannya dengan kehendak dan keadaan tempatan.

‘Indianization’ atau Indianisasi merupakan satu proses penyebaran agama Hindu-Buddha yang meliputi konsep-konsep politik, kebudayaan Hindu dan penyebaran kesusasteraan Hindu-Buddha yang ada kaitan dengan agama serta amalan-amalan Hindu-Buddha. Dari segi istilahnya, konsep Indianisasi digunakan dengan pengertian luas iaitu pengaliran pengaruh agama, politik dan kebudayaan India1. Menurut Brian Harisson, sifat-sifat budaya Hindu-Buddha

yang meliputi unsur yang didapati dari India melalui aspek politik, perundangan, agama, kesenian, bahasa dan sastera. Sementara itu, Coedes juga berpendapat bahawa Tanah Besar telah memainkan peranan yang penting dalam penyebaran agama dan kebudayaan India di Asia tenggara2. Proses Indianisasi ini berlaku

1 Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah Dan Asia Tenggara Sebelum Dan Sesudah Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2003, hlm.5.

(2)

disebabkan perluasan India di sebelah Timur. Menurut George Coedes lagi, beliau menyatakan bahawa sarjana pengajian epigrafi dan penulis subjek moden pertama, Indianisasi dikembangkan melalui cara tersendiri di Asia Tenggara untuk menghasilkan karya seni yang sangat asli. Selain itu, beliau turut mengatakan bahawa sarjana pengkhususan epigrafi dan penulis subjek moden yang pertama, proses Indianisasi berkembang dengan cara yang tersendiri di Asia tenggara untuk menghasilkan karya seni yang sangat asli dan bermutu3.

Berbeza pula dengan sarjana Quartrilh Wales. Beliau menyatakan bahawa proses Indianisasi tidak melibatkan sebarang penjajahan orang India ke atas Asia Tenggara tetapi proses Indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara adalah satu proses kebudayaan dan agama Hindu yang sesuai dengan keadaan tempat lahir diserap masuk kedalam kehidupan tempat yang telah menjadi satu bentuk tamadun yang baru4. Selain daripada itu, menurut Casparis pada tahun 1983

pula mencadangkan prinsip awal Indianisasi untuk menggantikan corak perhubungan berkekalan antara benua kecil India dan Maritim Asia Tenggara atau mungkin pemahaman berkaitan Indianisasi digantikan oleh perhubungan yang rumit diantara pelbagai daripada dua buah rantau.

Perkembangan agama Buddha sama ada di Asia Tenggara mahupun di Asia Selatan berkaitan dengan proses Indianisasi di kawasan-kawasan tersebut. Hal ini disebabkan di dalam proses Indianisasi, pelbagai aspek kehidupan dari India dibawa masuk ke Asia Tenggara dan Asia Timur termasuklah amalan agama mereka iaitu Hindu dan Buddha. Ajaran agama Buddha berasaskan ajaran Sindharta Gautama Buddha. Agama ini pada awalnya telah berpusat di India dan telah disebarkan oleh Maharaja India yang terkemuka seperti Maharaja Asoka dan raja-raja Kaniskha. Agama Buddha tersebar ke Asia Tenggara amnya terbahagi kepada dua fahaman iaitu fahaman Buddha Theravada dan fahaman Hinayana. Agama Hindu pula mendapat tempat daripada golongan bangsawan dan raja-raja kerana di dalam agama Hindu, terdapat konsep kasta dan perbezaan taraf. Golongan bangsawan dianggap mulia dan dianggap mempunyai kaitan dengan dewa-dewa. Ekoran daripada itulah, agama Buddha telah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan kerana agama Buddha

3 Thieery Zephir, Khmer Lost Empire Of Cambodia, London: Themes and Hudson ltd, 1998,hlm.98.

(3)

menekankan kesamarataan dan tidak ada perbezaan taraf ataupun hierarki sosial.

Penggunaan istilah ‘penghiduan’ (indianization) dan perkembangan kebudayaan Hindu (expansion of Indian culture) telah digunakan oleh sarjana-sarjana Barat bagi memperlihatkan kesan pengaruh Hindu ke atas Asia Tenggara. Coedes pula menganggap negeri-negeri yang beroleh kemajuan hasil daripada pengaruh Hindu sebagai les etats hindouises. Walaupun begitu, agama Buddha juga memainkan peranan penting dan agama Buddha Theravada menjadi anutan sebahagian besar penduduk-pendududk Burma, Arakan, Thailand dan Kemboja. Unsur-unsur Hindu-Buddha ini sememangnya berkisar daripada pengaruh India yang dijadikan sebagai ideology moral dan politik. Menurut Professor Yoneo Ishii, sehingga tahun 1975, Buddhisme dijadikan sebagai agama rasmi di Kampuchea dan Laos sementara di Siam agama ini dianggap sebagai agama rasmi dari segi pengalaman. Melalui perbincangan dalam soalan ini akan menerangkan bagaimana proses indianisasi ini berlaku di Asia Tenggara yang dilakukan oleh egen-egen penyebaran budaya India dan kesan serta pengaruhnya dalam sistem sosial, politik dan ekonomi masyarakat Asia Tenggara.

Malahan, menurut sarjana Kulke menyatakan bahawa hubungan sosial yang akrab di antara masyarakat di kedua-dua belah pihak Teluk Benggala berbanding dengan jarak sosial antara kuasa agung India dan orang Asia Tenggara telah menjadikan India sebagai rujukan untuk menarik Asia Tenggara. Di tambah lagi dengan definisi Casparis yang menyatakan prinsip awal Indianisasi untuk mengantikan corak perhubungan yang kekal antara benua Kecil India dan bahagian Maritim Asia Tenggara atau mungkin penjelasan yang berkaitan dengan proses Indianisasi ditukarkan dengan perhubungan yang rumit diantara pelbagai bahagian daripada dua buah rantau ini5.

2.0 GELOMBANG PROSES INDIANISASI

2.1 Pemerintahan Dinasti Gupta (Abad ke 4-6 M)

Empayar Gupta sedikit sebanyak telah merancakkan semula perkembangan tamadun India yang agak malap ratusan tahun sebelumnya. Empayar yang

(4)

menguasai bahagian tengah India ini telah diasaskan oleh Chandragupta I. Tempoh pemerintahan empayar Gupta dikenali sebagai Zaman Klasik dalam Tamadun India kerana pencapaiannya yang tinggi dalam bidang kesusasteraan Hindu, seni bina kuil, perkembangan Sains dan perkembangan lain-lain. Dalam bidang seni, Empayar Gupta didapati merupakan pelopor kepada pembinaan kuil Hindu yang mempunyai nilai seni keindahan yang tunggal dan kemudiannya disebarkan ke seluruh India.

2.2 Pemerintahan Pallava (Abad KE-4-9M)

Bahagian Selatan India pernah menyaksikan terbentuknya beberapa buah kerajaan yang berasingan. Perkembangan tamadun India di sebelah Selatan ini dikenali sebagai Zaman Sangam kerana sumbangan terhadap kesusasteraan dan mengadakan perdagangan dengan Eropah serta Asia Tenggara. Dalam kerajaan Pallava ini sudah menunjukkan bibit permulaan penyebaran budaya dan pengaruh Hindu-Buddha ke Asia Tenggara melalui hubungan perdagangan yang dijalinkan ketika itu. Keadaan ini sudah pasti melibatkan golongan vaisya yang berfungsi dalam aspek perdagangan pada masa itu. Kedatangan golongan Vaisya ke Asia Tenggara telah membina petempatan-petempatan perdagangan India di Asia Tenggara sekaligus memudahkan interaksi di antara penduduk tempatan dan menyebarkan kebudayaan Hindu-Buddha.

2.3 Pemerintahan Pala (Abad Ke 8-12M)

Kerajaan Pala menyebarkan fahaman agama Buddha Mahayana bukan hanya di Tibet pada abad ke-7 tetapi juga pada abad ke-8 di Jawa. Walaupun fahaman Mahayana sudah tidak ada di Jawa, namun pengaruhnya dapat dilihat pada candi Borobudur sebagai salah satu karya seni manusia yang megah. Di sana pada 772 pendiri dinasti Sailendra mendekorasi bukit dalam sebuah stupa yang memperlihatkan visual dunia mitologi dan metafizik Mahayana. Situasi ini menggambarkan kewujudan pengaruh ajaran Hindu-Buddha melalui kesenian telah diasimilasikan ke dalam hidup masyarakat.

2.4 Pemerintahan Chola (Abad Ke 9-13M)

(5)

meluaskan kekuasaan sehingga ke seberang laut iaitu ke Asia Tenggara. Pada kerajaan Dinasti Chola, arkitektur candi India gaya timur mencapai kemuncaknya. Walaupun pada hakikatnya kerajaan Chola gagal bertahan lama namun mereka mewariskan monumen abadi khusunya dalam unsur-unsur seni seperti yang terdapat pada Angkor Wat dan Borobudur.

3.0 PROSES DAN PERDEBATAN INDIANISASI

Beberapa teori telah dikemukakan mengenai cara-cara kedatangan pengaruh dan kebudayaan India di Asia Tenggara. Antara teori-teori tersebut ialah, Ksyatria merupakan tentera dari India yang datang ke Asia Tenggara untuk meluaskan kekuasaan mereka dan tanah jajahan mereka melalui cara ini proses Indianisasi dapat dibawa masuk ke dalam Asia Tenggara.6 Walaubagimanapun toeri ini

disangkal oleh Brian Harrison. Manakala golongan Brahmin juga dikatakan memainkan peranan yang besar dalam proses penerapan agama Hindu dan kebudayaan India. Golongan ini telah menjalankan kegiatan penyebaran agama Hindu pada masyarakat tempatan di Asia Tenggara contoh seperti di Bali Indonesia yang mengamalkan ajaran Hindu sehingga terdapatnya candi-candi yang dibina contoh candi Borobudur yang menunjukkan bukti wujudnya proses Indianisasi di Asia Tenggara7.

3.1 Perpindahan Masyarakat India di Asia Tenggara

Terdapat dua teori yang menerangkan gelombang penghijrahan orang-orang India salah satu daripadanya adalah perpindahan tersebut disebabkan keadaan kacau-bilau di India. Hal ini menyebabkan ramai orang India melarikan diri mencari tempat kediaman di seberang laut. Kekacauan tersebut disebabkan oleh penaklukan kejam kalinga oleh Maharaja Maurya iaitu Asoka pada abad ke-3 S.M. Walau bagaimanapun, tidak terdapat bukti yang menyokong teori tersebut kerana pengaruh India hanya terdapat di Asia Tenggara pada beberapa abad kemudian.

6 Robert L. Brown, The Dvarati Wheels of The Law And The Indianization of South East Asia, Leiden: BRILL,

1996, hlm.187.

(6)

Teori seterusnya ialah perpindahan tersebut adalah disebabkan oleh desakan serangan-serangan Kushan ke atas India dalam abad pertama. Namun begitu, tidak terdapat bukti yang menunjukkan penaklukan Raja Kushan telah menyebabkan orang India lari ke seberang laut. Terdapat juga teori yang menyatakan bahawa pelarian keluar orang India adalah akibat daripada serangan-serangan Samudragupta padahal ia merupakan satu perkara yang tidak mungkin berlaku pada bahagian awal kedatangan pengaruh India ke Asia Tenggara.

3.2 Teori Penyebaran Hindu-Buddha di Asia Tenggara

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh beberapa orang ahli sejarah mendapati bahawa kedatangan atau penyebaran Hindu- Buddha di Asia Tenggara tidak dapat dipastikan kesahihannya. Hal ini kerana para sarjana tidak dapat mengenal pasti teori penyebaran agama Hindu- Buddha secara tepat. Namun demikian, terdapat beberapa pendapat atau pandangan daripada para sarjana yang boleh diguna pakai walaupun kesahihannya belum dapat dipastikan. Perkara sedemikian adalah berdasarkan teori `trivamsa` yang mana teori ini menekankan peranan yang sangat penting terutamanya golongan Brahmin, Ksyatria atau Vaisya yakni golongan berpengaruh dalam sistem Kasta8. Antaranya;

3.2.1 Teori Ekonomi

Teori ekonomi atau teori Vaisya ini diperkenalkan oleh sarjana barat iaitu N.J Krom dan disokong oleh sejarawan lain seperti G.Coedes9. Dalam teori ini

mengatakan bahawa penyerapan kebudayaan India berlaku ke Asia Tenggara secara damai (penetration pacifique) kerana peranan yang cukup besar dimainkan oleh orang India itu sendiri. Teori ekonomi merupakan teori yang tertua diperkenalkan dan berdasarkan teori ini jugalah yang telah membawa kepada kebanjiran serta galakkan kepada para pedagang India datang ke Asia Tenggara sejak awal abad masihi lagi. Begitu juga pendapat Coedes, dalam

8 Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Selepas Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distrubutor Sdn.Bhd, 2000. hlm.54. 9 Ahmad Jelani Halimi. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan

(7)

bukunya The Indianised States of Southeast Asia telah menyebut tentang perkembangan kebudayaan India di Asia Tenggara ini berlaku kesan daripada hubungan perdagangan. Para pedagang ini terdiri daripada kasta Vaisya merupakan penyebar budaya India melalui perhubungan mereka kepada penduduk tempatan10. Perkara sedemikian bukan sahaja tertumpu kepada prinsip

para pelaut dan pedagang India itu sendiri iaitu mencari emas dan rempah. Hal tersebut berlaku adalah kerana India telah memperoleh emas melalui jalan darat di Siberia sejak sebelum masihi lagi.

Walau bagaimanapun, ianya telah terhalang kerana disekat oleh orang-orang di Asia Tengah. Lantaran itu menyebabkan mereka terpaksa mengimport mata wang dari Rom, namun ianya tidak berkekalan. Pada masa yang sama, telah berlaku sesuatu yang baru di mana pada masa tersebut timbulnya alasan untuk mengembara ke Asia Tenggara yang dianggap sebagai `Survanabhumi` (Bumi Emas), `suvarnadhipa` (Semenanjung Emas), ataupun turut dikenali sebagai `Golden Khersonese`. Hal ini terbukti dalam karya Jataka yang mana mengandungi kisah- kisah kegiatan para pedagang dari India yang berdagang di Asia Tenggara untuk mencari kekayaan seperti emas. Para pedagang India tersebut bukan saja menetap secara tetap, malah ada di antara mereka yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan lalu memperkenalkan kebudayaan India secara beransur ansur.

3.2.2 Teori Politik

Teori politik atau teori Ksyatariya pula diperkenalkan oleh sarjana barat iaitu C. C Berg11.Sejajar dengan maksud Ksyatariya itu sendiri iaitu pahlawan, teori ini

adalah berlawanan dengan teori pertama tadi iaitu teori ekonomi. Hal ini kerana teori Ksyatariya ini menekankan penyebaran keindiaan itu secara kekerasan atau penaklukan dan ianya bebeza dengan teori ekonomi yang mengatakan bahawa penyebaran keindiaan tersebut adalah secara damai. Teori politik ini terdapat dua versi iaitu akibat kekacauan politik di India dan penjajahan yang dilakukan oleh putera raja atau hulu balang.

Berdasarkan versi pertama, kekacauan politik di India telah menyebabkan sesuatu destinasi mengalami keruntuhan yang mana akhirnya telah

10 Ibid,.hlm.69.

(8)

menyebabkan golongan raja dan bangsawan telah lari dan mencari kawasan perlindungan di Asia Tenggara. Lantaran itu juga telah mendorong mereka untuk membina sebuah kerajaan baru. Manakala versi kedua pula ialah berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa para putera dan hulu balang telah melakukan penaklukkan ke kawasan tertentu di sekitar di Asia Tenggara. Sebagai contoh, terdapat seorang putera asing yang bergelar Kusyana Canda telah Berjaya merampas pemerintahan kerajaan Funan pada abad ke 4 sepertimana yang tercatat dalam catatan tahunan China (Chinese Anal).

Hal sedemikian memungkinkan penyerapan teori ini pada tahun 1926 yang mana golongan sarjan India yang bersemangat Nasionalisme telah menubuhkan The Greater India Society yakni satu gerakkan intelektual yang menganggap bahawa Asia Tenggara sebagai Lesser India iaitu kawasan jajahan India pada masa lampau. Antara tokoh yang bersetuju dengan pendapat sedemikian adalah P. N Bose, R. Mookerji, dan R. C Majumdar.

3.2.3 Teori Agama

Melalui teori agama ini pula, dikatakan ianya adalah hasil peranan yang amat penting dimainkan oleh tokoh- tokoh agama Buddha. Menurut Bosch, pengindiaan kawasan ini telah dimulakan oleh mubaligh agama Buddha12.Hal ini

adalah kerana ajarannya yang bersifat universal. Sebagai contoh, peranan yang dimainkan oleh pemerintah beragama Buddha seperti Maharaja Asoka dari Dinasti Maurya sekitar tahun 330 hingga 180 S. M yang mana dikatakan bahawa beliau telah menghantar sami ke Ceylon, alam Yunani dan juga nusantara. Bukan itu saja, terdapat juga lagenda mengatakan bahawa beliau juga turut menghantar dua orang sami iaitu Sona dan Utara ke Suvanna-Bhumi (Bumi Emas) yang berkemungkinan Burma. Perkara tersebut membuktikan bahawa sami- sami Buddha telah sampai ke Asia Tenggara sekitar tahun 3 masihi. Penyebaran agama Buddha ini diteruskan lagi oleh beberapa pemerintah walaupun setelah berakhirnya pemerintahan empayar Maurya seperti Kanishka (78 masihi), Raja Harshavardhana (Abad ke 7)13. Sebagai mubaligh yang

bertanggungjawab menyebarkan agama Buddha, mereka bukan hanya

(9)

berdakwah kepada orang kebanyakan malah mereka memasuki istana-istana raja dan memujuk mereka supaya memeluk agama Buddha14. Penggunaan tulisan

dan bahasa Sanskrit telah digunakan untuk mengajar kitab-kitab agama kepada pihak agama15. Berdasarkan perkembangan ini, telah ramai penduduk tempatan

menganut agama ini dan ada antara mereka yang telah mengembara ke India untuk melanjutkan pelajaran mereka tentang agama Buddha16.

3.2.4 Teori Penduduk Asia Tenggara

Bagi J.C.Van Leur pula, perkembangan kebudayaan ini adalah berpunca dari masyarakat tempatan sendiri yang menjalankan perdagangan dan pelayaran ke India17. Pengambilan aspek kebudayaan India yang menarik kemudiannya

disesuaikan dengan budaya masyarakat tempatan untuk diamalkan. Campuran antara unsur tempatan dengan pengaruh dari India dapat dilihat pada candi Borobudur, candi Angkor watt, dan candi Lembah Bujang. Apabila kembalinya mereka dari India, mereka sendiri yang cuba untuk menyebarkan kebudayaan India kepada masyarakat tempatan. Teori ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan ahli arkeologi yang mengatakan terdapat penyesuaian di antara pengaruh kebudayaan India dengan pengekalan tradisi tempatan.

Masyarakat di Asia Tenggara hanya mengambil beberapa aspek daripada beberapa aspek kebudayaan India dan menyesuaikannya dengan kebudayaan

13 Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Shah Alam: Karisma Publication, 2006, hlm.16.

14 Ahmad Jelani Halimi, Op.Cit, hlm.32. 15 Abdul Rahman Hj Abdullah, Op.Cit, hlm.14. 16 Abdul Rahman Hj Abdullah, Op.Cit, hlm.15.

(10)

tempatan yang sedia ada. Pendapat dikukuhkan lagi dengan bukti bahawa masyarakat Asia Tenggara merupakan golongan pelaut, pelayar, pedagang yang hebat dan telah meneroka laut yang luas untuk menjalankan aktiviti perdagangan. Penglibatan masyarakat Asia Tenggara dalam aktiviti perdagangan dan pelayaran disokong pula oleh kemahiran dan pengetahuan mereka dalam ilmu pelayaran di samping pengetahuan dalam pembuatan kapal dagang atau lebih dikenali sebagai jong. Penganutan Agama Hindu–Buddha oleh raja-raja di Asia Tenggara telah menyebabkan golongan raja atau pemerintah sendiri menjemput golongan Brahmin datang untuk mengiktiraf atau mengesahkan peranan mereka sebagai raja.

Golongan Brahmin telah diberi kedudukan tinggi dalam susun lapis masyarakat di Asia Tenggara kerana pengetahuan yang mendalam dalam soal agama, adat-istiadat, bahasa Sanskrit dan lain-lain. Raja-raja di Asia Tenggara telah menggunakan golongan Brahmin dari India untuk menonjolkan kebesaran mereka dan ini telah mengangkat status atau martabat raja di Asia Tenggara pada kedudukan yang tinggi dalam susun lapis masyarakat di Asia Tenggara kerana mempunyai pengalaman yang mendalam dalam soal-soal agama, adat istiadat, bahasa Sanskrit dan lain-lain.

4.0 AGEN-AGEN PENYEBAR PROSES INDIANISASI DI ASIA TENGGARA

Hubungan Tamadun India dengan Asia tenggara telah bermula sejak dahulu lagi sehingga kebudayaan India dicampurkan dengan kebudayaan tempatan. Kemasukan pengaruh India dapat dikesan pada abad pertama kurun masihi lagi18.

Pelbagai teori telah diketengahkan tentang proses Indianisasi di Asia Tenggara. Menurut pendekatan tradisi, terdapat teori ‘trivamsa’ yang menekankan peranan tiga kasta tertinggi iaitu Brahmin, Ksyatriya dan Vaisya. Manakala menurut pendekatan moden, disebabkan oleh faktor-faktor politik, sosial, ekonomi dan agama. Walau bagaimanapun, peranan orang India dan penduduk tempatan memainkan peranan penting dalam proses Indianisasi. Dalam proses Indianisasi di Asia Tenggara, dapat dikesan bahawa proses perkembangannya bersifat dua

18

(11)

hala atau timbal balik. Hal ini disebabkan oleh penyebaran pengaruh India di Asia Tenggara adalah bukan hanya melibatkan peranan orang-orang India sahaja malahan penduduk-penduduk tempatan di Asia Tenggara turut memainkan peranan dalam proses penyebaran budaya India ke seluruh kawasan Asia Tenggara.

4.1 Golongan Vaisya

Penyerapan budaya India ke Asia Tenggara berlaku secara damai (penetration pacifique) dan bukannya melalui paksaan atau kekerasan. Menurut N.J Krom, orang-orang India yang mula menetap di Nusantara adalah golongan saudagar iaitu faktor ekonomi telah menggalakkan kedatangan para pedagang India ke Asia Tenggara sejak awal abad Masihi. Kumpulan saudagar atau vaisya ini dianggap sebagai perintis jalan ke Asia Tenggara berikutan berlakunya kemajuan dalam teknologi perkapalan. Para pedagang India ini telah menduduki beberapa penempatan di Asia Tenggara dan terus mengadakan hubungan baik dengan orang tempatan melalui kegiatan perdagangan mereka. Terdapat juga saudagar-saudagar ini yang berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dari lapisan masyarakat yang berpengaruh.

Menurut seorang ahli sejarawan Georges Coedes (1886-1969), perhubungan di antara wilayah Mediterranean dengan India diikuti oleh penubuhan empayar-empayar Maurya dan Kushan telah membawa kepada satu perdagangan yang penting dalam barang-barang mewah di antara Timur dengan Barat. Coedes juga menyatakan bahawa perkembangan kebudayaan India merupakan hasil daripada kegiatan perdagangan India dengan Asia Tenggara pada permulaan tahun Masihi. Petempatan-petempatan perdagangan India telah berkembang di pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara dan keadaan ini memudahkan kedatangan puak-puak yang lebih berpendidikan seperti sami-sami dan ahli-ahli persuratan untuk mengembangkan kebudayaan India. Dengan cara ini kebudayaan India telah disebarkan kepada masyarakat di Asia Tenggara.

(12)

dan pengalaman Dharmasastra, hukum-hukum agama Hindu terutamanya Manava Dharmasastra atau undang-undang manu.

4.2 Golongan Ksyatriya

Selain daripada golongan Vaisya, penyebaran Indianisasi juga dilakukan oleh golongan Ksyatriya berdasarkan teori politik atau teori Ksyatriya yang dikemukakan oleh C.C Berg. Menurut Berg, teori Ksyatriya menekankan proses penyebaran secara kekerasan dan penaklukan berbanding teori Vaisya yang menyarankan penyebaran kebudayaan India secara damai. Penaklukan yang dilakukan ke atas petempatan-petempatan awal di Asia Tenggara contohnya seperti menyebabkan mereka mendesak dan memaksa penduduk tempatan Asia Tenggara supaya menerima dan mengikuti serta mengamalkan kebudayaan dan agama yang mereka bawa dari India ke Asia Tenggara di Jawa Indonesia, Kemboja dan Kedah Tua.

Teori Ksyatriya yang dikemukakan oleh C.C Berg itu mengatakan bahawa berlaku kekacauan politik yang membawa kepada keruntuhan sesuatu dinasti di India, yang telah mendorong golongan raja dan bangsawan mencari perlindungan di tempat lain, termasuklah Asia Tenggara dan seterusnya berjaya menubuhkan kerajaan baru di Asia Tenggara. Selain itu, teori ini juga mengatakan terdapat juga golongan putera raja atau hulubalang India yabg datang menjajah ke kawasan-kawasan tertentu di Asia Tenggara. Sebagai contoh, seorang putera bangsa asing yang bergelar Kusyana Canda telah merampas takhta kerajaan Funan pada abad ke-4 dan juga dikatakan bahawa Raja Rajendra Chola telah menyerang Srivijaya dan Semenanjung Tanah Melayu pada 1023

Di samping itu mereka dikatakan telah keluar dari India untuk mencari tanah-tanah jajahan baru kerana perebutan kuasa dalam negeri mereka sendiri. Oleh itu, bersama-sama dengan pengikut-pengikut mereka telah belayar ke Asia Tenggara untuk berkelana dan ada yang menjadi lanun. Di kawasan ini dikatakan mereka telah mengalahkan pembesar-pembesar tempatan dan menguasai negeri mereka sekaligus putera-putera India telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan mendirikan kerajaan-kerajaan bercorak

(13)

golongan Brahmin juga adalah atas jemputan raja-raja dan melantik golongan Brahmin sebagai penasihat Raja. Sebagai contoh raja orang Indonesia yang berusaha memakai nama-nama Hindu dan mengundang orang-orang Brahmin dari India sebagai konsultan yang dapat memperkenalkan peradaban intelektual dan kesusasteraan Hindu di istananya.

Raja menganggap dengan adanya golongan Brahmin, Raja dapat memperoleh legitimasi dalam kerajaan kerana bagi golongan Brahmin Raja merupakan jelmaan Tuhan dan harus ditaati perintahnya. Golongan Brahmin telah datang ke istana-istana Raja contohnya di Indonesia mengajar agama Buddha, menarik Raja-raja dan keluarga memeluk agama Buddha dan melantik beberapa orang sami di Indonesia. Golongan Brahmin turut berfungsi dalam upacara-upacara agama terutamanya di Istana-istana dan masih diamalakan sehingga hari ini contohnya seperti Burma, Thailand dan Kemboja. Oleh itu, raja telah mengambil golongan Brahmin untuk mengkuduskan mereka sebagai dewaraja mengikut fahaman dan istiadat India lama.

4.3 Golongan Mubaligh Hindu-Buddha

Menurut Bosch, pengindiaan kawasan ini telah dimulakan oleh mubaligh agama Buddha. Teori agama dikatakan sebagai faktor pendorong dalam penyebaran kebudayaan India di Asia Tenggara. Dalam hal ini, tokoh-tokoh buddhalah yang memainkan peranan dalam penyebaran ajaran agama Buddha kerana ajarannya dikatakan bersifat universal. Golongan mubaligh Buddha ini juga merupakan golongan yang terawal datang ke kawasan Asia Tenggara. Dari segi sejarahnya, golongan raja yang beragama Buddha iaitu Maharaja Asoka dari Dinasti Maurya (330-180 S.M). Beliau bukan sahaja mengirim para sami Buddha ke Ceylon bahkan dikatakan juga ke alam Yunani.

(14)

4.4 Penduduk Tempatan

Peranan masyarakat tempatan turut menyebabkan pengaruh Hindu-Buddha ini tersebar di Asia Tenggara. Menurut Mohd Dahlan Mansoer dalam Sejarah Melayu “ Satu Kajian daripada Aspek Pensejarahan Budaya, pelayar tempatan telah mengembara sehingga ke Madagaskar sebelum kedatangan pengaruh Hindu ke Nusantara”. Justeru itu, ada kemungkinan mereka singgah di India semasa dalam perjalanan pulang dan membawa budaya India bersama mereka. Beliau menyatakan bahawa terdapat pelayar Melayu yang sudah belayar jauh untuk mengembara hingga ke Yaman serta Afrika dan Madagascar lalu menetap di sana, terdapat juga pelayar Melayu ini yang sampai ke India. Oleh itu, setelah mereka sampai ke Asia Tenggara mereka telah menyebarkan kebudayaan India yang mereka perolehi semasa belayar itu, sama seperti kehadiran para pelaut dan pedagang India ke Asia tenggara pada zaman yang sama. Perluasan kegiatan perdagangan yang berlaku sekitar abad ke-5 dan ke-6 masihi membawa kepada kemunculan kerajaan Srivijaya kemudiannya itu tidak lain merupakan peranan masyarakat tempatan sendiri, dan bukannya pencapaian orang India.

J.C. Van Leur pula menekankan kepentingan peranan penduduk tempatan walaupun dalam bentuk peranan yang terhad. J.C Van Leur merupakan tokoh awal yang menekankan kepentingan penduduk tempatan walaupun dalam bentuk dan peranan yang terbatas. Sumber arkeologi sendiri banyak menunjukkan unsur-unsur local genius atau penyesuaian antara penerimaan pengaruh kebudayaan India dan pengekalan tradisi sendiri. Hasil daripada peranan timbal balik antara orang India dan penduduk tempatan sendiri, maka berkembanglah agama dan kebudayaan India di Asia Tenggara. Mereka telah menyaring peradaban India yang datang ke Asia Tenggara untuk disesuaikan dengan tuntutan dan suasana tempatan sehingga agama dan kebudayaan India tidak lagi dalam bentuk yang asal. Misalnya, orang Indonesia belajar agama Hindu-Buddha dan pergi berziarah ke India kemudian mereka menyebarkan agama tersebut setelah kembali ke negara asal. Secara ringkasnya, apa yang sebenarnya berlaku ialah penduduk-penduduk Asia Tenggara telah mengambil unsur-unsur kebudayaan Buddha dan Hindu yang dibawa masuk ke Asia Tenggara dan meresapkannya ke dalam kebudayaan tradisi mereka, sambil menyesuaikannya mengikut kehendak dan pandangan mereka sendiri.

(15)

Seterusnya agen yang turut menyebarkan pengaruh Hindu-Buddha di Asia Tenggara iaitu melalui peranan golongan pedagang. Golongan pedagang pula merupakan golongan kedua selepas golongan mubaligh. Hubungan India dengan kerajaan-kerajaan awal sebelum era Indianisasi adalah lebih kepada aktiviti perdagangan dan hubungan ini juga telah berlaku sejak awal abad Masihi lagi. Melalui faktor ekonomilah membawa kepada kemasukan pengaruh India di Asia Tenggara. Pada masa itu, kemajuan dalam ilmu dan teknologi perkapalan telah mengalakkan kedatangan mereka ke Asia Tenggara. Selain itu, terdapat beberapa pandangan sarjana telah berpendapat bahawa, kedatangan masyarakat India ke Tanah Melayu juga bermula sejak awal lagi. Penghijrahan mereka adalah berkait rapat dengan perdagangan di negeri Melayu Tua seperti di Gangga Negara, Beruas dan Melaka. Penempatan awal mereka di Melaka dan kini dikenali sebagai Tanjung Keling. Mereka pada awalnya adalah pedagang yang berkahwin dengan orang tempatan dan kerana itu wujud satu golongan India campuran Melayu yang berdasarkan agama iaitu India Muslim. Kemasukan mereka secara besar-besaran pula kemudiannya juga dipengaruhi oleh faktor-faktor di negeri mereka dan Tanah Melayu sendiri pada ketika itu.

Hubungan antara pedagang India dengan Asia Tenggara termasuk Semenanjung Tanah Melalyu pada abad-abad awal Masihi sebahagian besarnya adalah untuk tujuan perdagangan. Emas dan bahan-bahan wangian menjadi tumpuan para pedagang dan peniaga dari Barat. Kawasan emas yang utama di kawasan Semenanjung Tanah Melayu ialah di Raub, Pahang, lanjutan dari Patani dan kelantan melalui kawasan Barat Pahang dan kawasan timur Negeri Sembilan ke Melaka. Selain itu, emas juga boleh di perolah dari sungai di Semenanjung Tanah Melayu. Sebelum ini tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan beberapa jenis hasil hutan yang sukar diperoleh seperti kayu gaharu. Walau bagaimanapun, keperluan mereka yang pertama ialah untuk mencari tempat berlabuh yang selamat.

(16)

mengimport besi dari Empayar Romawi. Walau bagaimanapun, Maharaja Vespasian (69-79 M) melarang pengeksportan bahan besi yang sangat bernilai itu daripada Empayar Romawi, jadi pedagang India yang biasanya memperoleh kebanyakannya bekalan emas dari Rom mengalihkan pandangan ke Asia Tenggara, terutama Semenanjung Tanah Melayu sebagai alternatif untuk mendapatkan emas. Selain emas, pedagang-pedagang India juga memperoleh rempah, kayu yang wangi, bijih timah, gading, kapur barus, sumbu badak, tanduk dan sebagainya. Sebagai balasan, mereka membawa manik dan azimat untuk ditukarkan dengan bahan yang disebut tadi.

5.0 IMPAK PENGARUH INDIA KEPADA KERAJAAN DAN MASYARAKAT AWAL.

Menurut Himansu Bhusan Sarkar pada tahun 1970 dalam Some of India the Ancient Civilization of Indonesia and Malaysia, interaksi atau proses indianisasi yang berlaku kira-kira 2 ribu tahun yang lalu telah banyak memberi kesan terutamanya dalam aspek ekonomi iaitu aktiviti perdagangan sebagai teras utama kepada indianisasi. Selain itu, indianisasi tersebut juga turut memberi kesan dalam aspek politik serta sosial di Asia Tenggara dan seterusnya impak kepada kerajaan dan masyarakat awal di asia tenggara.

5.1 Politik

Kedatangan pengaruh india ke Asia Tenggara telah membawa impak yang besar keatas sistem politik dan pentadbiran terutamanya terhadap pentadbiran kerajaan-kerajaan yang wujud di kawasan asia tenggara. Proses indianisasi ini telah memainkan peranan besar dalam setiap aspek yang diamalkan oleh pemerintah. Sebagai contoh, jika mengambil kira keadaan kerajaan awal asia tenggara sebelum kedatangan pengaruh india ini. Ia lebih banyak mengamalkan sistem masyarakat yang hidup secara berkelompok mengikut puak masing-masing, namun dengan meresapnya pengaruh india tersebut, masyarakat di asia tenggara telah mengamalkan sistem pemerintahan yang lebih sistematik dan berupaya untuk membentuk masyarakat “bernegara” yang kuat19. Walaupun

sistem berasaskan pemerintahan beraja telah wujud di asia tenggara pada

(17)

asalnya, namun demikian, ia tidaklah sehebat yang wujud semasa berlakunya proses indianisasi tersebut.

Jika melihat kepada kerajaan awal yang wujud di india, raja-raja yang memerintah dianggap memiliki sifat kedewaan kerana peranan mereka sebagai pelindung serta penjaga kebajikan penduduk. Kuasa mutlak yang dimiliki oleh pemerintah tersebtu menyebabkan mereka mudah dianggap sebagai tuhan ataupun dewa. Oleh yang demikian, dengan kedatangan pengaruh india, golongan pemerintah di asia tenggara telah mengambil beberapa unsur daripada konsep raja india untuk memperkukuhkan taraf mereka sebagai pemerintah. Aspek ketuhanan yang diamalkan oleh golongan pemerintah di india telah dijadikan asas oleh pemerintah kerajaan di asia tenggara dengan mengaitkan mereka sebagai jelmaan dewa Visynu. Keadaan ini juga membolehkan wujudnya pengaruh konsep Devaraja di Asia tenggara20.

Kesan pengaruh india ini juga amat ketara jika mengaitkan kewujudan nama-nama kerajaan awal yang wujud di asia tenggara. Sebagai contoh, kerajaan Funan yang dikatakan berasal daripada sebutan cina bagi istilah khmer bnam yang bermaksud gunung. Gunung yang dikaitkan dengan kerajaan Funan adalah gunung suci Ba Phnom yang merupakan simbol bagi kekuasaan kerajaan tersebut. Namun demikian, pengaruh india boleh dilihat dalam penggunaan konsep ini dimana konsep sedemikian menyamai gelaran ‘sailaraja’ di india21.

Funan yang pada asalnya mengamalkan corak bermasyarakat yang berdasarkan suku kaum (tribal-Society) telah berubah kepada sistem berkerajaan yang telah membentuk empayar kuat di Asia tenggara selepas menerima pengaruh india ini. Malahan kerajaan awal funan juga merupakan sebuah kuasa maritim di Asia tenggara yang berkuasa selama beberapa abad iaitu pada kurun pertama hingga kurun ke-6 masihi.

Penggunaan konsep devaraja raja juga merupakan suatu kesan yang sangat penting dalam melihat kesan pengaruh hindianisasi ini. Masyarakat india mempercayai bahawa pemerintah mereka memiliki kuasa luar biasa kerana dianggap sebagai penitisan dewa (avatar) Siva atau Visnu. Salah satu sifat yang menonjol bagi seseorang raja india adalah peranan mereka sebagai perantara antara kuasa alam semulajadi dan masyarakat yang diperintah. Oleh itu, mereka

20 M. Rajantheran, Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm.147.

(18)

menganggap raja mereka mempunyai sifat-sifat kedewaan yang harus dipuja, ditakuti dan disembah. Unsur-unsur yang diamalkan di india telah diadaptasi oleh pemerintah kerajaan yang wujud di Asia tenggara pada masa tersebut. Oleh itu, untuk menggambarkan raja sebagai seorang manusia istimewa yang memiliki kuasa luar biasa, kerajaan bercorak hindu-buddha di asia tenggara telah mengaitkan raja dengan gunung ataupun bangunan suci yang bertingkat-tingkat melambangkan gunung suci Mahameru, iaitu tempat menetapnya aspek ketuhanan dalam tradisi agama hindu22.

Kesan akibat kedatangan pengaruh india ini juga menyebabkan raja yang menjadi pemerintah di kerajaan asia tenggara akan dibebani tugas-tugas keagamaan yang berat. Ini adalah disebabkan peranannya sebagai tokoh yang melambangkan pusat alam semesta. Raja-raja yang memerintah telah dihubungkan dengan penjelmaan dewa-dewa agama hindu berdasarkan mazhab yang diamalkan di dalam kerajaan tersebut. Misalnya, di kerajaan yang menganut aliran Siva, maka pemerintahnya akan dianggap sebagai penjelmaan dewa Siva manakala begitu juga sebaliknya23. Keadaan ini telah menyebabkan

raja yang menaiki tahkta kerajaan akan berdepan dengan pelbagai adat istiadat penabalan yang berdasarkan tradisi hindu-buddha sendiri. Upacara penabalan raja ini akan dijalankan oleh golongan Brahmin yang mempunyai pengetahuan tentang upacara-upacara tertentu sesuai dengan tradisi hindu-buddha di India.

Pengaruh india juga telah membawa masuk konsep Mandala (Circle of king) yang mana difahami sebagai aspek tambahan kepada raja yang memerintah. Ini iaitu simbolik kepada bulatan yang merupakan lingkungan kekuasan raja. Secara fizikalnya negara ataupun kerajaan yang wujud di asia tenggara tidak mempunyai sempadan yang jelas dan juga tidak tetap tetapi ia bergantung mengikut raja yang berkuasa. Konsep ini dikenali sebagai Mandala yang membawa makna “bulatan raja-raja”24.

Selain itu, kesan daripada kedatangan pengaruh hindu-buddha ini juga telah mewujudkan konsep daulat dalam sistem politik negara. Kedaulatan raja tersebut sebenarnya dianggap sebagai sifat asli raja itu sendiri yang merupakan

22 M. Rajantheran, Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm.152.

23 Koentjaraningrat, Kebudayaan Jawa, Jakarta: Balai Pustaka, 1994,hlm.40.

(19)

titisan dewa. Bagaimanapun untuk meneguhkan kepercayaan rakyat tentang konsep daulat ini, adakalanya ditambah dengan kekuatan dan kesaktian melalui pemilikan barang-barang pusaka yang melambangkan kedaulatan pemerintah itu sendiri25. Konsep daulat ini telah menjamin ketaatan rakyat terhadap pemerintah

dan telah memberikan manfaat yang sangat penting kepada kesinambungan pemerintahan raja dalam sesebuah kerajaan di asia tenggara, ini disebabkan melalui konsep tersebut, rakyat telah menumpahkan seluruh kesetian mereka kepada raja yang memerintah.

5.2 Sosial

Kesan kedatangan pengaruh agama hindu-budhha ke asia tenggara sebenarnya tidaklah membawa banyak perubahaan dalam sistem kepercayaan masyarakatnya. Walaupun pada asasnya berlakunya pertukaran sistem kepercayaan daripada animisme kepada ajaran agama hindu-budhha.walau bagaimanapun perkembangan agama hindu ini sebenarnya lebih tertumpu kepada golongan atasan. Manakala golongan bawahan pula masih cenderung kepada kepercayaan lama26. Keadaan tersebut mempunyai kaitan dengan sebuah

konsep iaitu Great Tradition dan Little Tradition. Dalam konsep ini, kesan proses indianisasi ini boleh dilihat dalam pengamalan kepercayaan yang telah membawa perubahan terhadap sistem kepercayaan masyarakat. Ini disebabkan situasi pada zaman tersebut yang berkaitan dengan ketaatan terhadap pemerintah membawa kepada polisi ‘agama raja adalah juga agama rakyat’.

Kemasukan pengaruh hindu-buddha juga telah membawa kepada pemelukan agama ini oleh penduduk asia tenggara. Hal ini mempunyai kaitan dengan pendapat yang diutarakan oleh M. rajantheran yang menyebut selepas sahaja pemerintah kerajaan di asia tenggara menganut agama tersebut. Mereka telah bertindak dengan mengistiharkan agama hindu atau budhha sebagai agama rasmi kerajaan mereka sesuai dengan kepercayaan yang dianuti oleh raja tersebut27. Sebagai contoh kerajaan Dvaravati yang mencapai tahap

kegemilangan pada abad ke-6 masihi telah diperintah oleh Raja Anawrahta telah memeluk agama budhha mazhab Theraveda dan seterusnya mengistiharkan

25 Afifah Abu Yazid, Pengajian Tamadun Asia , Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd,2003, hlm.24.

26 Afifah Abu Yazid, Pengajian Tamadun Asia , Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd,2003, hlm.157.

(20)

budhha sebagai agama rasmi kerajaan tersebut. Kesannya, semenjak zaman tersebut, agama buddha tetap menjadi agama rasmi kerajaan Burma. Kesan kemasukan pengaruh india ini telah menyebabkan agama hindu dan Buddha telah berkembang dengan meluas di asia tenggara tanpa tentangan daripada mana-mana pihak. Agama hindu telah diamalkan di serata asia tenggara. Walaupun agama yang mereka anuti kelihatan bercampuraduk dan beerlakunya sinkritisme dengan agama pribumi, namun ia telah disesuailkan dengan konsep agama hindu.

Dalam hierarki masyarakat asia tenggara selepas kemasukan pengaruh india pula, tidak dapat dinafikan konsep kekastaan sememangnya wujud walaupun tidak diamalkan secara langsung mengikut seperti sistem kasta yang diamalkan di india. Pengaruh sistem kasta ini boleh dilihat buktinya melalui pengamalan di jawa amat jelas melalui penggunaan perkataan chaturvarna dan kekerapan rujukan kepada golongan Brahman, ksyatriya, dan sudra. Unsur-unsur pengkastaan ini merupakan kesan daripada pengaruh hindu-buddha yang dibawa masuk dari india.

Dalam aspek kesenian pula, kemasukan pengaruh hindu-buddha ini telah membentuk pengaruh seni yang sangat berkait dengan tradisi hindu. Semasa proses ini berlaku, pembinaan candi-candi, patung dan arca telah berkembang dengan pesat. Ini berlaku kerana peranannya yang berfungsi sebagai tempat penyembahan dan pemujaan roh nenek moyang bagi agama hindu. Monumen tersebut telah menjadi warisan pengaruh hindu-buddha yang masih wujud hingga hari ini. Candi-candi yang masih wujud sehingga pada hari ini seperti candi Borobudur dan Angkor yang menjadi lambang kepada keagungan kerajaan awal asia tenggara. Pembinaan monumen-monumen tersebut adalah disebabkan kesan pengaruh agama hindu yang telah menyebabkan pihak pemerintah sentiasa memandang tinggi pembinaan bangunan kuil-kuil dan candi, hal ini mempunyai kaitan dengan kepentingan agama itu kepada kerajaan mereka28.

Dalam aspek pendidikan dan ilmu pengetahuan pula, terdapat dua unsur penting yang membawa kepada perbezaan antara sistem pendidikan yag diamalkan dalam oleh pemerintah. Corak pendidikan yang diamalkan oleh pengaruh hindu lebih cenderung kepada golongan atasan sahaja berbanding dengan agama Buddha yang bercorak kerakyatan. Namun demikian pendidikan

(21)

telah berkembang dengan pembelajaran formal dijalankan melalui penggunaan medium bahasa yang menggunakan bahasa Sanskrit dan tamil. Corak pendidikan formal yang dimaksudkan disini ialah pengajian tentang agama hindu atau Buddha. Pengaliran bahasa Sanskrit ini telah menyebabkan wujudnya karya sastera di alam asia tenggara. Ini dapat dilihat daripada penemuan arkeologi terhadap inskripsi dan kitab-kitab lama29.

5.3 Ekonomi

Dalam aspek ekonomi pula, akibat kedatangan pengaruh india yang meresap dalam corak pemerintahan kerajaan di asia tenggara. Corak ekonomi pada masa tersebut terbahagi kepada dua iaitu kerajaan agrarian dan kerajaan maritim. Kerajaan agrarian ini merupakan kerajaan yang mengamalkan sektor ekonomi bercorak pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan. Pada asasnya ia terbentuk di lembangan sungai yang subuh. Manakala kerajaam maritim pula ialah kerajaan yang mengamalkan ekonomi bercorak perdagangan. Kesan penting daripada kewujudan kerajaan maritim adalah munculnya hubungan perdagangan diantara kerajaan di asia tenggara dan kerajaan lain seperti china dan hubungan perdagangan dengan dunia Arab.

Selain itu, kesan proses indianisasi ini juga menyebabkan hubungan perdagagan antara india dan kerajaan-kerajaan di asia tenggra menjadi lebih pesat. Ini berlaku ekoran pedagang luar seperti daripada arab, parsi dan china datang ke asia tenggara untuk tujuan berdagang. Masyarakat terlibat secara langsung dalam pelbagai bentuk perusahaan seperti yang terdapat di bali, Indonesia. Rakyat bali terlibat secara langsung dalam perusahaan seperti mengukir arca serta patung dewa-dewa hindu yang digunakan didalam kuil. Pada zaman khmer, kuil-kuil menjadi kaya disebabkan pemberian daripada para pembesar atau penaung-penaung mereka. Ini membolehkan bantuan dan pembiayaan untuk kegiatan kebajikan dapat dijalankan30.

Walau bagaimanapun, sebelum kedatangan pengaruh hindu-buddha ini, corak ekonomi masyarakat bergantung kepada pemberian alam seperti kegiatan

29 Afifah Abu Yazid, Pengajian Tamadun Asia, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2003, hlm.28.

(22)

memburu binatang, memungut hasil hutan dan bercucuk-tanam. Oleh itu, seperti aspek lain, ekonomi juga membawa perubahan serupa kerana turut mengalami pengaruh yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Namun pengaruh india terhadap sektor ekonomi ini tidaklah membawa perubahan yang besar kerana kegiatan-kegiatan ekonomi masyarakat asia tenggara sebelum proses indianisasi tetap berlaku walaupun pengaruh india telah meresap dalam masyarakat asia tenggara. Kedatangan pengaruh hindu-buddha ini malahan telah memantapkan lagi kegiatan ekonomi tersebut31.

5.4 Aspek Bahasa, Kesusteraan dan Kesenian

Bahasa Sanskrit membawa maksud “bahasa yang sempurna” dan ciri-cirinya amat bebeza dengan bahasa prakrit. Di Alam Melayu misalnya menerima pengaruh bahasa Sanskrit yang membantu bahasa melayu melalui tahap evolusinya yang pertama. Banyak perkataan Sanskrit yang diterima masuk dalam bahasa melayu memperkatakan pelbagai aspek kebudayaan dari India dan tentang hal yang belum pernah diperkatakan dalam bahasa melayu. Antara contohnya ialah bahagian tubuh badan, agama dan ilmu pengetahuan. Dengan kedatangan pengaruh India, bahasa Melayu terus mencapai kemantapannya walaupun aksara telah digantikan dengan aksara Pallava dari India Selatan. Ekoran daripada itu, Bahasa Melayu mula membentuk asas yang kukuh dalam tradisi tulisannya di Nusantara, seperti yang dapat dibuktikan pada prasasti Kedukan Bukit Palembang (683 M), Talang Tuwo, Palembang (684 M), Kota Kapur, Bangka (686 M), dan Prasasti Kedu, Jawa Tengah (832 M) yang ditulis dengan tulisan Nagiri dari India Utara.

Pengaruh bahasa Sanskrit turut membawa kesan dalam kesusasteraan sehingga wujudnya dua buah epik yang terkenal iaitu Ramayana dan

Mahabharata. Pengaruh kedua-dua epik ini sangat besar pengaruhnya di Asia Tenggara. Misalnya di Thailand, terdapat adaptasi epik Ramayana yang dikenali sebagai Ramakien atau Ramakirti hasil nukilan Rama I. Selepas itu, Rama II pula menulis versi Ramayana dalam bahasa Siam. Akibat daripada pengaruh yang mendalam terhadap epik tersebut di Thailand, maka wujudnya enam daripada raja Thailand yang bernama Rama. Sementara di Kemboja, terdapat versi

(23)

Ramayana dalam bahasa Khmer yang bertajuk Reamker. Di Laos pula, cerita Rama disebutkan dalam Rama Jataka yang dipengaruhi oleh Dasarata Jataka.

Kesenian merangkumi aspek-aspek binaan arkitektur, candi, patung, arca dan ukiran-ukiran yang memperlihatkan ciri-ciri keseniannya. Corak-corak kesenian India tidak ditiru oleh penduduk tempatan yang sememangnya kaya dengan keseniaannya yang tersendiri. Walaupun begitu, motif keseniaan India terutamanya berkaitan ketuhanan adalah berasal dari India. Contohnya motif yang terdapat pada ukiran-ukiran pada candi-candi dan patung. Tinggalan seni yang terpenting di Sumatera ialah patung-patung Hindu-Buddha. Misalnya di Sungai Musi, Palembang, terdapat patung Buddha dan patung Bodhisatwa, pecahan Kala dan Makara di samping patung Siva dan Vishnu. Kesemua ukiran ini memperlihatkan unsur-unsur Hindu-Buddha dan menunjukkan sifat patung Bhairava di samping Ganesa dan patung-patung Buddha dan di Acheh sendiri terdapat kepala patung Lokeshvara. Kesenian dan seni bina Jawa dan Kemboja yang berasal dari India jelas menunjukkan pengaruh kebudayaan India di Negara tersebut dengan pujukan raja-raja ke wilayah tersebut.

Ukiran-ukiran di candi-candi menunjukkan penguasaan pengaruh Hindu-Buddha yang telah meresap ke dalam sesebuah kerajaan. Pembinaan candi bukan sahaja sebagai tempat beribadah tetapi juga merupakan medium dalam kesenian Hindu-Buddha yang memaparkan corak kehidupan dan peradapan Hindu-Buddha yang terdapat di sesebuah kerajaan ketika itu. Perubahan kepada sistem tulisan dan bahasa juga merupakan salah satu kesan daripada proses Indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara. Penggunaan bahasa sankrit menunjukkan bahawa pengaruh Hindu-Buddha telah berjaya membawa satu perubahan yang baik terutamanya dalam mewujudkan satu prakata untuk digunakan dalam berkomunikasi.

(24)

masyarakat di Asia Tenggara. Wayang kulit yang dipersembahkan mengambarkan kisah pengambaraan Rama, sita, Hanuman yang terdapat dalam kitab Ramayana dan Mahabrata. Pengaruh Hindu dalam kesusteraan begitu kuat dalam masyarakat di Asia Tenggara yang merangkumi keseluruhan kesusasteraan yang menerima pengaruh Hindu.

5.5 Aspek Keagamaan dan Kepercayaan

Penyebaran agama Hindu-Buddha merupakan agen terpenting yang menyebabkan berlakunya Indianisasi di Asia Tenggara. Pada abad ke-3 Masihi iaitu pada zaman pemerintahan Asoka, agama Buddha telah mula disebarkan ke negara-negara berhampiran termasuk Myanmar dan Sri Lanka. Masyarakat tempatan telah beralih daripada anutan animisme kepada konsep Tuhan iaitu Hindu-Buddha. Umumnya sebelum proses Indianisasi berlaku di Asia Tenggara, masyarakat ketika itu mengamalkan konsep kepercayaan animisme dalam kehidupan seharian, kedatangan para mubaligh dari India telah membawa agama mereka ke Asia Tenggara sekaligus meyebarkan agama ini kepada masyarakat tempatan ketika itu. Mereka juga percaya kepada konsep bun (pahala) dan bab

(dosa) dan dikaitkan dengan karma di mana seseorang akan dilahirkan semula dalam pelbagai bentuk mengikut bun dan bab si pelaku.

Penyebaran agama Hindu-Buddha telah membawa kepada pembinaan candi-candi besar yang berfungsi sebagai tempat ibadat dan juga tempat kerohanian. Pembinaan candi-candi ini menunjukkan bahawa agama Hindu-Buddha telah diterima dengan baik oleh masyarakat tempatan ketika itu. Kewujudan candi-candi ini menjadi bukti bahawa agama Hindu Buddha pernah bertapak di Asia Tenggara dan candi-candi ini masih boleh dilihat hingga ke hari ini. Sebagai contoh pengaruh agama Buddha-Mahayana di Jawa Tengah dapat dikesan melalui bukti-bukti arkeologi seperti candi dan prasasti, contohnya candi-candi Syiwa di pergunungan Dieng.

5.6 Pengenalan Kepada Konsep Dewaraja, Cakravartin dan Mandala

5.6.1 Dewaraja

(25)

Tenggara, seterusnya tersebar di kalangan rakyat . Konsep dewaraja telah diperkenalkan dalam kerajaan dan raja dianggap sebagai utusan Tuhan oleh masyarakat. Dewaraja ditakrifkan sebagai suatu bentuk hubungan antara alam semesta iaitu raja dianggap sebagai wakil tuhan dan perlu dihormati oleh setiap rakyat.

Di sini dapat kita lihat bahawa corak unsur-unsur kebudayaan yang telah dipengaruhi oleh India ke Asia Tenggara. Coedes melalui D.G.E. Hall dalam buku beliau yang berjudul Sejarah Asia Tenggara, 1979, mengemukakan empat corak kebudayaan yang telah dikembangkan iaitu konsep diraja yang bersifat Hindu atau Buddha, penulisan sastera yang menggunakan bahasa Sanskrit, kepercayaan yang dipetik daripada hikayat-hikayat Ramayana dan Mahabharata, cerita-cerita Purana dan buku-buku sanskrit lain yang mengandungi beberapa banyak tradisi diraja dan salasilah keturunan keluarga-keluarga diraja di Ganges, dan pengalaman Dharmasastra hukum-hukum agama Hindu dan terutama sekali Manava Dharmasastra atau Undang-Undang Manu32.

Konsep Dewa Raja merupakan sebuah konsep yang menyamakan kedudukan raja dengan dewa-dewa33.Dalam sistem pentadbiran sesebuah

kerajaan, konsep dewaraja menekankan raja sebagai pemerintah tertinggi dan berkuasa mutlak dan rakyat tidak boleh mempersoalkan kedudukan raja. Raja dibantu oleh Brahmin dan pembesar dalam melaksakan pentadbiran kerajaan. Raja bertanggungjawab dalam menjatuhkan hukuman, namun raja tidak sepatutnya menjatuhkan hukuman dengan sewenang-sewenangya. Agama Hindu-Buddha melalui konsep dewaraja telah membantu dalam menyeimbangi kuasa raja daripada bertindak sewenang-wenangnya. Kerajaan Melaka merupakan kerajaan Hindu-Buddha yang menjalankan konsep dewaraja sebelum kedatangan Islam ke Melaka.

5.6.2 Cakravartin

Indianisasi di asia tenggara juga telah membawa kepada konsep Cakravartin dalam sesebuah kerajaan. Konsep Cakravartin merupakan peringkat tertinggi dalam martabat raja dan membawa maksud pemerintah cakrawala atau raja

32

O.W. Wolters, Early Southeast Asia: Selected Essays , United State of America: Cornell Southeast Asia Program, 2008,hlm.13-15.

(26)

alam. Dalam Kosmologi Hindu-Buddhisme, raja dianggap sebagai lambang kuasa dan kedudukan yang tiada tandingan dari aspek fizikal dan moral.

Konsep Cakravartin telah menjadi daya penggerak kepada institusi kerajaan di Asia Tenggara sejak awal masihi dan pada pertengahan abad ke-18. Antara kerajaan awal yang mengamalkan konsep cakravartin ialah Kerajaan Dinasti Konbaung di Burma dan dinasti Cakri di siam. Mengikut konsep Cakravartin, raja sepatutnya memaparkan ciri-ciri kebaikan kerana Konsep Cakravartin amat menekankan Hukum Karma atau takdir , di mana seseorang raja haruslah mempunyai nilai-nilai yang murni supaya dapat menjaminkan kerohanian, kemakmuran, dan kedamaian sesebuah kerajaan.

5.6.3 Mandala

Dalam bidang politik, pengaruh India diiringi oleh kebangkitan entiti politik baru , yang mana sebelum kedatangan kuasa barat ianya dikenali sebagai Mandala. Pengertian Mandala secara literal bermaksud ‘pusat’ atau titik tengah kerajaan atau kuasa. Menurut Tambiah, 1976, melalui Abu Talib Ahmad dalam buku beliau yang berjudul Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, 1991, Mandala adalah satu bentuk sistem pentadbiran yang telah pun wujud di Tanah Besar pada zaman klasik. Perkataan tersebut adalah bermaksud bulatan-bulatan yang mempunyai pusat yang sama dan kebiasanya jumlah bulatan itu adalah tiga. Gambaran bahawa rupa Mandala adalah berbentuk bulat juga menurut beberapa pendapat oleh beberapa sarjana. Misalnya, menurut Jakob Sumardjo, Mandala adalah lingkaran atau bulatan.

Susunan seperti itu dapat dilihat pada zaman Ayudha dan awal Bangkok dalam bentuk yang dinamakan politi galaktik yang mempunyai pusat yang sama. Di pusat bulatan-bulatan itu terdapat ibu kota dan di tengahnya pula adalah istana raja. Bulatan pertama adalah merupakan kawasan ibu kota di mana ia telah dikelilingi oleh wilayah diraja yang dikuasai secara langsung oleh raja dari istana baginda. Dalam bulatan yang kedua pula iaitu di empat sudut utama iaitu timur, barat, selatan, dan utara terdapat ruang atau daerah yang telah diperintah oleh anak-anak raja ataupun keturunan mereka.

(27)

yang samar-samar tanpa garis sempadan yang tetap. Setiap Mandala mengandungi beberapa orang raja vassal yang apabila wujudnya peluang untuk meluaskan pengaruh sempadan, mereka akan menolak taraf negeri tributarinya serta cuba untuk menubuhkan sebuah kumpulan raja vassal di bawah naungan mereka sendiri. Bagi pendapat penulis lain pula seperti Heidhues S. M., dalam buku beliau yang berjudul Southeast Asia A Concise History, 2000, menjelaskan bahawa Mandala ini juga boleh mewakili sebuah susunan politik bangsa. Misalnya, matlamat sesebuah kerajaan yang melarang masuk sebarang ancaman dan juga pengaruh jahat. Beliau juga menyatakan bahawa pusat Mandala adalah dikuasai oleh raja, dan dikelilingi oleh jabatan-jabatan tinggi raja. Menurut beliau juga Mandala ini adalah sebuah tempat yang suci dan dilindungi daripada kuasa jahat. Kepercayaan tersebut telah dikaitkan dengan Buddhism dan Hinduism.

Menurut rekod-rekod lama, semua pusat besar rantau Asia Tenggara selalu mengumumkan Mandalanya sendiri untuk menunjukkan pengaruh penguasaan terhadap sesebuah kawasan atau wilayah. Contohnya, Raja Alaungpaya mengumumkan dirinya sebagai pemerintah Myanmar dan pemerintah Siam sejak tahun 1584. Konsep Mandala dalam kerajaaan Hindu-Buddha di Asia Tenggara merupakan kesan daripada Indianisasi dan mewakili perkembangan sosiopolitik di rantau Asia Tenggara.

5.7 Kemunculan Kerajaan Hindu-Buddha

Kerajaan Hindu-Buddha Kecil pada awalnya diperintah oleh pemimpin-pemimpin bernama Sanskerta, Mereka sudah muncul sejak abad ke-2 Masehi34. Kemunculan

kerajaan-kerajaan Hindu Buddha Asia Tenggara dapat dibuktikan dengan wujudnya kerajaan awal di Tanah Besar seperti Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai, dan Ayuthia. Di kawasan kepulauan Melayu dapat dilihat melalui Kedah Tua, Gangga Negara dan Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram. Bukti kewujudan dapat dilihat menerusi sumber bertulis dan artifak arkeologi. Sumber Cina, Funan wujud pada 3 Masehi awal di Asia Tenggara. Data arkeologi Funan wujud 3M ialah melalui bukti jumpaan seni arca unsur Hindu

(28)

Buddha. Langgamnya dipengaruhi langgam Amaravati di India. Kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha ini membuktikan Hinduisme dan Buddhisme telah berjaya mempengaruhi perkembangan sesebuah kuasa dan kerajaan.

5.7.1 Kerajaan Kedah Tua

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I-Ching dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha. Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindahkan ke Lembah Bujang.

Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang. Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal "Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat. Kemakmuran Lembah Bujang telah menarik minat ramai pedagang, terutama daripada India, China dan Arab untuk singgah di sini. Manakala perkataan "Bhujangga" diambil daripada perkataan asal iaitu "Phujangga" yang membawa maksud golongan cerdik pandai atau "Brahmin" di dalam sistem kasta Hindu. Dengan erti kata lain, nama Lembah Bujang diambil daripada perkataan Sanskrit yang mempunyai pengaruh Hindu - Buddha.35

5.7.2 Kerajaan Srivijaya

Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan Maritim yang terletak di Sungai Musi, Sumatera. Kerajaan ini berkembang pada kurun ke-7 dan diasaskan oleh Dapunta Hyang Cri Yacanaca. Rakyat terdiri daripada orang laut dan pelbagai golongan lain. Srivijaya mempunyai Pelabuhan strategik di tengah laluan timur dan barat di Selat Melaka. Agama utama yang menjadi agama anutan ialah Hindu dan juga Buddha.

(29)

Memegang konsep dewaraja dan cakravartin. Srivijaya juga menjadi pusat kepada penyebaran agama Hindu-Buddha di Asia Tenggara yang kemudiannya dilihat sebagai penaung kepada agama Hindu-buddha di rantau Asia Tenggara. Penyebaran proses Indianisasi ini bukan sahaja digalakkan oleh raja itu sendiri,tetapi juga digalakkan oleh masyarakat tempatan.36

5.7.3 Kerajaan Angkor

Kerajaan Angkor diasaskan oleh Raja Yasovarnam pada abad ke-9 dan mencapai kegemilangan sehingga abad ke-15. Kerajaan ini terkenal dengan seni bina Angkor Wat yang memgambarkan ciri-ciri seni bina Hindu-Buddha yang mengagumkan. Kerajaan ini juga merupakan sebuah kerajaan yang bergantung kepada pertanian terutama pertanian padi untuk kegunaan sendiri dan juga dieksport.

Pencapaian luar biasa Kerajaan Angkor ialah pembinaan kuil-kuil pelbagai saiz yang merentasi ratusan batu selain memakan masa yang lama untuk disiapkan. Pembinaan kuil adalah salah satu kesan yang penting dalam menunjukkan kesan Indianisasi yang begitu kuat di Asia Tenggara. Kesan indianisasi sangat ketara kerana penggunaan konsep dewaraja yang dapat memperkukuhkan kekuasaan raja pada masa itu

5.7.4 Dinasti Sailendr

Merupakan sebuah Dinasti yang muncul sekitar abad ke-8 dan dinasti ini dipercayai berasal dari Kalingga, India selatan. Pengasas kepada dinasti ini ialah Sri Maharaja Syailendrawangsa Sarwarimadamathana. Dinasti ini merupakan sebuah kerajaan Buddha Mahayana dan memengang konsep dewa-Raja, iaitu kepercayaan bahawa raja mempunyai kuasa sebagai wakil tuhan. Pertembungan budaya antara Hindu Buddha hasil daripada perkahwinan antara Samaratunga dan Puteri Dewi Tara srivijaya telah berjaya mengembangkan agama Hindu-Buddha ketika itu.

Pembinaan candi-candi di sekitar Wilayah Jawa dan Sumatera yang membawa kepada perkembangan peradaban Hindu-buddha. Contohnya, Candi Borobodur merupakan candi yang terbesar pada abad ke-9 yang memaparkan

(30)

perkembanagan agama Buddha dan menunjukkan tahap kemajuan masyarakat ketika itu.

6.0 ANALISIS

Kedatangan pengaruh India ke dalam Asia Tenggara telah dibincangkan dalam pelbagai perspektif terutamanya berkaitan dengan agen-agen penyebaran agama Hindu-Buddha sama ada dari golongan Brahmin, Vaisya, Ksatrya mahupun penduduk tempatan itu sendiri. Setiap teori yang dikemukakan mempunyai alasan masing-masing. Oleh itu, adalah kurang tepat jika kita hanya menerima satu teori sahaja dan menolak yang lainnya sedangkan teori-teori tersebut mempunyai kepentingan tersendiri.

Contohnya, teori yang diutarakan oleh Coedes menyatakan bahawa kegiatan pedagang India ke Asia Tenggara yang menyebabkan tersebarnya pengaruh India. Sementara bagi Van Leur, peranan golongan Brahmin yang menyebabkan pengaruh budaya India tersebar ke Asia Tenggara, Professor C.C Berg pula mengemukakan teori Ksatrya dan Vaisya bagi menerangkan penyebaran kebudayaan India. Walaupun terdapat pelbagai teori dan pandangan berkaitan penyebaran pengaruh India namun pada hakikatnya, kesemua sarjana ini membincangkan skop yang sama iaitu penyebaran kebudayaan India di Asia Tenggara.

(31)

Manakala, gelombang kedua pula dapat kami nyatakan apabila golongan agama seperti golongan Brahmin dan Mubaligh Hindu-Buddha ingin melakukan peranan dan tanggungjawap mereka dalam menyebarkan anutan agama Hindu-Buddha mereka. Walaupun dikatakan bahawa terdapat kitab yang melarang golongan Brahmin ini keluar untuk menyebarkan anutan Hindu-Buddha, namun disebabkan oleh perasaan tanggungjawap yang seharusnya perlu dilakukannya, golongan ini terus belayar di kesemua tempat termasuk Asia Tenggara untuk menyebarkan agama Hindu-Buddha. Oleh itu, dapat kami simpulkan bahawa gelombang kedua dalam proses Indianisasi adalah dengan secara langsung iaitu penyebaran oleh egen-egen penyebar Indianisasi.

Akibat daripada proses Indianisasi ini telah banyak memberi kesan dan pengaruh kepada penduduk tempatan di Asia Tenggara dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, apa yang kami dapati bahawa pengaruh ini tidak semuanya diterima pakai oleh penduduk tempatan dan hanya sebahagian sahaja yang diterima pakai tetapi disesuaikan dengan adat tempatan. Oleh itu, pengindianisasian di Asia Tenggara sememangnya telah mendapat perhatian daripada ramai sarjana dan membincangkan perkaitan di antara pengaruh dan kesannya ke atas masyarakat itu sendiri.

7.0 KESIMPULAN

(32)

Selain daripada tinggalan candi-candi dan artifak, kewujudan Indianisasi masa lampau telah meninggalkan kesan dan telah meresap ke dalam masyarakat tempatan hingga ke hari ini. Antara kesan Indianisasi yang meresap dan menjadi sebahagian masyarakat tempatan hingga ke hari ini ialah dari segi kosa kata, bahasa, agama, adat, tulisan dan pelbagai lagi. Sistem tulisan masyarakat Siam pada hari ini adalah kesan dari Indianisasi yang pernah berlaku di Thailand abad yang lampau yang telah mengambil sistem tulisan hindi yang diubah kepada sistem tulisan yang masih digunakan hingga ke hari ini. Agama Buddha dan Hindu juga adalah kesan yang nyata dan sememangnya adalah dari Indianisasi yang pernah berlaku di Asia Tenggara ketika itu. Sememangnya Indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara telah mencorak hampir keseluruhan kawasan Asia Tenggara dan berjaya menguasai Asia Tenggara dengan ideology, budaya, dan falsafah dari asalnya Indianisasi iaitu Negara India.

(33)

8.0 RUJUKAN

Abdul Rahman Hj Abdullah. 2003 & 2000. Sejarah Dan Asia Tenggara Sebelum Dan Sesudah Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Abdul Rahman Hj Abdullah. 2006. Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam: Karisma Publication.

Abdul Rahman Hj Abdullah. 1981. Sejarah Dan Pemikiran Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Pena.

Afifah Abu Yazid. 2003. Pengajian Tamadun Asia. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

D.G.E Hall. 1981. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan bahasa Dan Pustaka.

George Coedes. 1964. Asia Tenggara Masa Hindu-Buddha. Paris: Editions E. de Borccard.

George Coedes Walter F. Vella. (Ed). 1968. The Indianizd States Of Southeast Asia (Terjemahan Susan Brown Cowing). Kuala Lumpur: University Of Malaya Press.

Ismail Hussien. 1995. Tamadun Melayu Jilid 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

J. Stephen Lansing. 1983. The Indianization Of Bali. Journal of Southeast Asian Studies 14 no.2.

K. K. Beri. 1994. History and culture of South-east Asia. New Delhi: Sterling publishers Private Limitted.

Koentjaraningrat. 1994. Kebudayaan Jawa. Jakarta: Balai Pustaka.

Konsep Dewaraja. http://kritisfrombali.blogspot.com/2011/07/konsep-dewa-raja-di-bali.html. Di akses pada 01 November 2014.

(34)

Michael Jacq Hergoualch. 2002. The Malay Peninsula: Crossroads of The Maritime Silk Road (100 BC – 1300 AD). Translated Victoria Hobson. Boston: Brill.

M. Rajantheran. 1999. Sejarah Melayu: Kesan hubungan Kebudayaan Melayu dan India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

O.W. Wolters. 2008. Early Southeast Asia: Selected Essays. United State of America: Cornell Southeast Asia Program.

R. Rajakrshan & M. Rajantheran. 1994. Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Sdn.Bhd.

Robert L. Brown. 1996. The Dvarati Wheels of The Law And The Indianization of South East Asia. Leiden: BRILL.

Thieery Zephir. 1998. Khmer Lost Empire Of Cambodia. London: Themes and Hudson ltd.

Vijay Sakhuja. 2011. Asian Maritime Power In The 21st Century: Strategic Transactions: China, India, Southernn Asia, Singapore: Institute Of Southeast Asian Studies.

Referensi

Dokumen terkait

AGAMA HINDU – BUDDHA di INDONESIA Sebelum agama Hindu dan Buddha masuk ke Indonesia, rakyat Indonesia memiliki  kepercayaan yang disebut dengan:

Situs Purbakala Kompleks Percandian Muaro Jambi adalah sebuah kompleks percandian agama Hindu-Buddha terluas di Indonesia yang kemungkinan besar merupakan peninggalan

- Mendeskripsikan masuk dan berkembangnya agama Hindu dan Buddha di Indonesia - Menunjukkan pada peta daerah-daerah yang.. dipengaruhi unsur Hindu Buddha di Indonesia -

Pakistan merupakan Negara yang memisahkan diri dari India. Pada Abad ke- 13 s.d 15 agama Islam berkembang dengan pesat di India, dengan bukti adanya kerajaan- kerajaan Islam di

Pendidikan di zaman Kerajaan-Kerajaan Hindu-Buddha diarahkan pada kesempurnaan pribadi (terutama lapisan atas) dalam hal agama, kekebalan dan kekuatan fisik,

Gambar di bawah merujuk kepada monumen agama Hindu Buddha yang membawa pengaruh yang besar dalam politik, ekonomi dan sosial sebuah negara yang terlibat. Gambar

Teori Arus Balik sepakat bahwa yang membawa masuk agama dan budaya Hindu-Budha di Indonesia adalah para pendeta India, tetapi yang menyebarkan agama Hindu-Budha ke rakyat

Konflik antara etnik Muslim di India dan Hindu, dalam kasus Masjid Babrik juga tidak dilepaskan dari proses interprestasi sejarah dari kelompok agama tertentu (Hindu